You are on page 1of 24

JENIS-JENIS PERMAINAN KECIL

Permainan Pergerakan Asas (Permainan organisasi rendah) Permainan dengan bola (Permainan organisasi rendah) Permainan dengan Jaring (Permainan organisasi rendah) Permainan Mendorong / Ubahsuaian

Permainan Pergerakan Asas


Kejar-mengejar
Nama Permainan: Ku-Da Alatan: Tiada Organisasi:
Guru membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan. Murid-murid meniarap dan menghadap antara satu sama lain bersebelah di garisan tengah. Satu kumpulan dinamakan Ku dan kumpulan yang lain dinamakan Da. Seorang ketua dipilih untuk memberi isyarat Ku atau Da. Murid-murid bergilir-gilir memegang peranan ini.

Cara bermain
Pada permulaan permainan, ketua memberi isyarat Ku atau Da. Apabila isyarat Ku diberi, muridmurid kumpulan Da juga berdiri dan berlari secepat mungkin untuk mengelakkan diri daripada disentuh ahli kumpulan Ku. Jika disentuh sebelum sampai ke kawasan selamat, murid itu akan menjadi ahli kumpulan murid yang mengejar dan menyentuhnya.

Variasi
Guru boleh menambahkan jarak garisan selamat. Guru juga boleh menggunakan sedikit halangan yang tidak berbahaya supaya murid-murid perlu melompat sebelum melepasi garisan selamat.

Lari berganti-ganti
Nama Permainan: Kumpul Barang Alatan: Pundi saga atau bola kecil. Organisasi: Empat hingga enam kumpulan. 20-40 orang. Objek-objek dikumpul dan dimasukkan ke dalam gelung yang diletakkan.

Cara bermain
Mengutip objek mengikut giliran masing-masing. Selepas isyarat diberi, murid-murid melakukan aktiviti secara bergilirgilir. Orang yang kedua hanya boleh berlari jika disentuh pada tapak. Permainan berterusan sehingga objek habis dikutip dan pemenang adalah kumpulan yang mengutip paling banyak objek.

Lari berganti-ganti
Nama Permainan: Bersama Berjaya Alatan: Sapu tangan atau selendang Organisasi:
Murid-murid dikumpulkan dalam empat hingga enam kumpulan. Berpasangan mengikat kaki ke kaki.

Cara bermain
Murid-murid bergerak secara berpasangan apabila guru memberikan isyarat permulaan. Pasangan yang pertama sampai di garisan penamat adalah pemenang.

Variasi
Guru boleh mengira berapa pusingan yang dapat dihabiskan oleh satu pasangan dalam masa dua atau tiga minit.

Penerimaan
Nama Permainan: Menghantar Alatan: Bola besar Organisasi:
26 kumpulan. 510 orang murid. Semua peserta terlibat bertaburan dalam kawasan yang telah ditetapkan. Selendang atau bips digunakan untuk mengasingkan ahli-ahli kumpulan masing-masing.

Cara bermain
Permainan dimulakan oleh satu pasukan. Pasukan ini akan cuba melambung atau menghantar bola sebanyak 10 kali tanpa jatuh atau ditangkap oleh pihak lawan. Jika berjaya satu markah diberikan. Bola diberi kepada kumpulan lain untuk melakukan perbuatan yang sama. Pihak lawan boleh cuba merebut bola. Sentuhan badan tidak digalakkan. Jika bola jatuh, permainan masih boleh diteruskan. Jika bola direbut oleh pihak lawan, giliran melakukan aktiviti itu berpindah tangan.

Variasi
Guru boleh menghadkan masa pegang bola selama tiga saat. Guru boleh mengurangkan atau menambahkan bilangan bola.

Penerimaan
Nama Permainan: Melambung kotak Alatan: Kotak kecil Organisasi: Setiap peserta memegang satu kotak. Peserta bertaburan di dalam kawasan yang ditetapkan.

Cara bermain
Setiap peserta mula melambung kotak apabila isyarat diberi oleh guru dan cuba menggunakan seberapa banyak anggota badan yang lain untuk terus melambungkan kotak tanpa menangkapnya. Guru akan mengira berapa kali kotak disentuh dan berapakah bahagian anggota badan yang digunakan.

Variasi
Guru boleh menggunakan saiz kotak yang berlainan. Guru boleh menetapkan bahagian anggota badan yang boleh digunakan sahaja.

Permainan Dengan Bola


Nama Permainan: Mengebom Kubu Alatan: Bola besar, kon dan tali Organisasi: Dua pasukan dibentuk

Dua kon untuk garisan tengah, empat kon dan tali dijadikan garisan, peserta mesti berada dalam kawasan antara garisan gol dengan garisan di sebelumnya dan empat kon menjadi garisan gol.
Sebiji bola diletak di tengah garisan tengah Hakim-hakim digunakan untuk menentukan sama ada bola telah masuk gol.

Cara bermain
Peserta mula bermain apabila isyarat diberi dan cuba membaling atau menggolekkan bola supaya menyentuh bola di tengah sehingga bola dimasukkan ke dalam gol iaitu melepasi garisan gol. Satu mata diberi untuk setiap gol yang dijaring. Apabila bola dijaring, ia diletak semula di tengah dan isyarat diberi untuk memulakan permainan semula.

Variasi
Guru boleh menambahkan bilangan bola di garisan tengah. Guru boleh menambahkan bilangan bola untuk peserta. Bola yang lebih berat seperti bola keranjang atau bola medicine boleh digunakan.

Permainan dengan jaring


Nama Permainan: Bola Terapung Alatan: Jaring, bola tampar Organisasi:
Perlawanan 4 lawan 4

Cara bermain
Bola dilambung dan ditangkap di atas kepala atau paras dada. Bola mesti dihantar tiga kali sebelum dihantar ke pihak lawan. Bola yang jatuh dikira bola mati dan pihak lawan dapat satu markah. Pasukan yang mengutip lapan markah dikira pemenang.

Variasi
Bola dilambung dari bawah ke atas dengan dua tangan dan menyambut dengan dua tangan di bawah.

Permainan mendorong / ubahsuaian


Nama Permainan: Merebut Bola (Bola Keranjang) Alatan: Bola keranjang mini atau bola besar Organisasi: Kawasan bermain ialah 4 meter x 4 meter. Permainan 2 lawan 2, 4 lawan 4, atau 5 lawan 5. 2 sempadan sahaja digunakan.

Cara Bermain
Objektif permainan ini ialah untuk bermain di luar membuat hantaran di antara mereka. Bola mesti di bawah paras ketinggian pemain yang mengawal di dalam kawasan yang ditetapkan itu. Pemain yang mengawal cuba merebut, menangkap atau mengawal bola. Satu markah diberi setiap kali satu hantaran disempurnakan. Pemain-pemain bertukar peranan selepas 10 markah.

Variasi
Guru boleh menggunakan lebih daripada sebiji bola. Guru boleh menyatakan jenis hantaran yang boleh digunakan. Murid-murid yang bermain di luar mesti menggelecek bola sebelum membuat hantaran.

You might also like