You are on page 1of 7

KEPENTINGAN BUNGA. Terdapat pelbagai jenis bunga di sekeliling kita.

Ada bunga mawar, anggerik, kekwa, bunga raya dan sebagainya. Biasanya apabila disebut bunga, tergambar dalam fikiran kita bahawa fungsinya hanyalah sebagai hiasan. Tahukah kamu bahawa bunga mempunyai pelbagai kepentingan?

Bunga kantan dijadikan bahan masakan. Bunga ini digunakan untuk menambah keenakan rasa kuah asam laksa. Selain itu, bunga kantan juga penting untuk dijadikan perencah asam pedas. Penggunaan bunga kantan dalam sebarang masakan akan membuka selera kita.

Selain dijadikan penghias halaman, bunga juga penting sebagai pengikat kasih sayang. Misalnya ketika melawat rakan yang sakit, kita membawa bunga untuk menggembirakan hati mereka. Di samping itu, bunga juga dihadiahkan kepada ibu sempena menyambut Hari Ibu sebagai tanda kasih sayang kita terhadap mereka.

Bunga juga digunakan dengan meluas dalam pembuatan minyak wangi. Pati bunga juga digunakan untuk tujuan tersebut. Pati bunga melur dan pati bunga lavender sering dijadikan bahan untuk menghasilkan minyak wangi yang bermutu tinggi dan berfungsi untuk mewangikan badan kita.

Selain itu, bunga juga digunakan sebagai perasa minuman. Misalnya bunga roselle digunakan dengan meluas untuk menghasilkan jus minuman yang berkhasiat. Jus minuman ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Jus minuman ini juga mampu menyejukkan badan dan melancarkan proses penghadaman.

Bunga urang-aring pula amat berguna untuk dijadikan bahan pembuat syampu rambut. Penggunaan bunga ini dalam pembuatan syampu akan memberikan kesan yang sungguh menakjubkan. Rambut dipercayai akan menjadi lebat, cantik dan berkilat.

Oleh sebab bunga mempunyai banyak kepentingannya, maka kita hendakl;ah menghargainya. Usahakanlah penanaman bunga secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan orang ramai yang kian meningkat.

You might also like