You are on page 1of 42

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA MURID TAHUN EMPAT DEDIKASI MENGGUNAKAN ALAT PERMAINAN PUZZLE

SITI SARIZAH BINTI MD SARIL 880426-01-5284

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

UNTUK PERHATIAN: ENCIK WAN AHMAD ABDUL HAKIM BIN WAN DAGANG

2011

ISI KANDUNGAN
BIL i. ii. iii. PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH PERKARA MUKA SURAT i ii iii

1.

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

1 1-6 5-8 9 9-11 11-14

2.

FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian 2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

3.

OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 3.3 Soalan Kajian

15 15 15 15 16-17 18 18-20 21-31 32-35 36 37 38-39

4. 5.

KUMPULAN SASARAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan 5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian 5.5 Kos Kajian

6.

BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, Sejuta penghargaan saya hadiahkan kepada setiap individu yang terlibat dalam menyiapkan Tugasan ini . Walaupun pelbagai cabaran serta kesukaran yang berlaku sepanjang menyiapkan kerja ini tetapi perkara itu hanyalah sebagai penguat semangat saya untuk memberikan yang terbaik dalam menghasilkan kertas cadangan ini. Pertama kalinya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya memberikan keupayaan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah yang dihormati iaitu EN. WAN AHMAD ABD HAKIM B. WAN DAGANG dari Jabatan Kajian Sosial amat saya hargai. Tanpa bimbingan beliau dan beberapa pensyarah lain pastinya tugasan ini bertambah rumit untuk saya siapkan. Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa yang telah memberikan sokongan teguh untuk saya menyiapkan tugasan ini serta mendoakan kejayaan anaknya di sini. Seterusnya, kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam setiap permasalahan yang timbul. Kalian banyak membantu dalam berkongsi bahan maklumat samada dari sumber buku-buku mahupun dari internet.. Semoga segala usaha yang saya lakukan sepanjang menghasilkan kerja kursus ini akan mendapat manfaatnya kelak. Sesungguhnya tiada apa yang dapat saya berikan bagi membalas jasa anda semua melainkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah yang akan dapat membalas jasa baik anda semua. Pastinya setiap perkara baik akan mendapat ganjaran setimpal dari Allah. Insya Allah hendaknya. Sekian, Terima kasih.

SENARAI JADUAL

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Jadual 1 : Latar Belakang Kumpulan Sasaran

17

2.

Jadual 2: Borang Temu Bual

27

3.

Jadual 3 : Borang Pemerhatian Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

29

4.

Jadual 4 : Borang pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

34

5.

Jadual 5 : Perancangan Pelaksanaan Kajian.

36

6.

Jadual 6 : Kos Kajian.

37

SENARAI RAJAH

BIL 1.

PERKARA Rajah 1 : Set alat permainan puzzle.

MUKA SURAT 10

2.

Rajah 2 : Contoh Histogram

32

1. PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala, kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, pemahaman dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui

kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat , boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang kepada pembangunan. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat, untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, serta boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, dan negara.

Dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini terbahagi kepada enam tema. Tema yang pertama dan kedua dalam matapelajaran ini ialah Sayangi Diri dan Sayangi Keluarga. Manakala, tema ketiga dan keempat ialah Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat dan Kenali Budaya Malaysia. Tema kelima dan keenam pula ialah Malaysia Negaraku dan Sedia Hadapi Cabaran . Kajian yang akan dijalankan ini berkait dengan unit pertama dalam tema Malaysia Negaraku iaitu tentang tajuk Benderaku. Umumnya, bendera menurut Kamus Dewan edisi keempat bermaksud sepotong kain (biasanya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, pengetahuan am dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Justeru, kajian ini juga bersabit dengan elemen patriotisme kerana melibatkan pengetahuan am tentang Negara iaitu tentang bendera. Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Negara secara tidak langsung akan melibatkan semangat patriotik. Dengan mengenali bendera negeri-negeri, murid-murid akan mengingati setiap nama negeri-negeri di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia

umumnya dan juga sebagai guru khususnya, adalah menjadi satu kebanggaan kepada kita apabila melihat anak-anak didik kita pada masa kini sudah pun mengenal setiap nama bendera negeri-negeri di Malaysia. Apabila sudah mengenal bendera dan nama negeri-negeri, murid dipupuk pula dengan nilai cintakan negara, menghargai serta menghormati negeri-negeri lain.

Bagi memastikan murid-murid dapat mempelajari tajuk ini secara berkesan, salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai ialah kaedah permainan. Kaedah permainan dianggap sebagai salah satu strategi P&P yang efektif terutamanya bagi kanak-kanak. Permainan boleh diintegrasikan dalam aktiviti P&P untuk meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak serta usaha untuk menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran.

Menurut Mok Soon Sang (2009), main merupakan salah satu pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum kerana ia dapat memenuhi kriteria utama seperti pembelajaran melalui pengalaman langsung, penglibatan diri secara aktif, dan kebebasan belajar berdasarkan gaya belajar, gaya berfikir, minat kanak-kanak serta masa yang mencukupi. Jean Piaget (1962) berpendapat terdapat tiga jenis bentuk main yang sering dapat diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak iaitu main sensorimotor, main dengan objek dan main simbolik. Main sensorimotor juga dikenali sebagai main latihan, meliputi ulangan aktiviti-aktiviti sensorimotor yang telah diasimilasi dalam struktur kognitif kanak-kanak. Main dengan objek pula hanya dapat berlaku apabila kanak-kanak berkenaan mula menguasai kemahiran memegang bahan mainan.

Oleh yang demikian, saya telah memilih satu aplikasi permainan yang boleh digunakan dalam P&P, iaitu permainan puzzle. Didapati bahawa kanak-kanak yang berusia antara lima hingga lapan tahun lebih gemar bermain daripada membaca. Maka, permainan puzzle yang menarik dan mesra pengguna ini dapat menarik minat kanakkanak bermain sambil belajar.

Disamping itu, kanak- kanak yang kurang menguasai kemahiran membaca juga dapat menggunakan permainan puzzle ini untuk meningkatkan kemahiran mereka disamping merangsang pemikiran mereka sambil berhibur. Puzzle merupakan satu alat permainan berstruktur. Saya menggunakan alat permainan puzzle dalam kajian ini kerana permainan ini dapat menguji tahap pemikiran murid-murid dan menggalakkan murid berfikir. Puzzle merupakan satu bahan visual yang mempunyai pecahan gambargambar yang dimainkan dengan cara mencantumkan kembali pecahan-pecahan tersebut membentuk satu visual.

Daripada kajian lepas yang telah dibuat oleh Richard A. Huber (1978) dalam kajiannya yang bertajuk Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak amat menyukai puzzle dan menyediakan makna semulajadi yang mempercepatkan semangat murid-murid untuk bekerjasama dalam kumpulan mereka. Dalam melakukan aktiviti ini akan berlakunya interaksi antara mereka dan membuatkan aktiviti ini kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Sewaktu menjalani praktikum fasa (II) di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh, saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk Tahun 4. Semasa saya mengajar Tahun 4 Dinamik untuk tajuk Mengenal Bendera Negeri-Negeri di Malaysia, saya dapati murid-murid mengalami masalah untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. Tambahan pula Tahun 4 Dinamik pada waktu itu merupakan kelas terakhir untuk aliran Tahun 4. Saya dapati, majoriti mereka gagal mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia dengan baik. Sedangkan bendera negeri Terengganu itu sendiri mereka tidak kenal, inikan pula bendera negeri-negeri lain. Masalah seperti ini turut berlaku apabila saya menjalani praktikum fasa (III) di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri. Sekolah ini mempunyai tiga kelas untuk setiap aliran dan saya ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 Dedikasi. Kelas ini merupakan kelas ketiga selepas Tahun 4 Cemerlang dan 4 Bestari. Pencapaian bagi kesemua 25 orang murid-murid dalam kelas ini adalah pada tahap lemah. Apa yang membimbangkan saya ialah, murid-murid di dalam kelas ini masih lagi lemah untuk mengenal bendera Negeri-Negeri di Malaysia. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya menggunakan kaedah visual ruang. Menurut Alan Grant (2007) dalam kajiannya tentang Constructing Meaning Through Visual Spatial Activities, beliau mendapati bahawa pertama; murid-muridnya lebih mudah mengingati gambar-gambar yang telah mereka hasilkan. Kedua; ia telah digunakan sebagai titik percakapan dalam wawancara seterusnya.

Walau bagaimanapun, teori ini tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam P&P saya. Walaupun saya telah menunjukkan satu persatu gambar-gambar bendera yang saya muat turun daripada internet, murid-murid masih lagi tidak dapat mengenal bendera dengan baik. Apabila saya menunjukkan gambar bendera negeri Terengganu, ada yang menjawab itu adalah bendera Kuala Besut. Saya berasa sedikit terkejut dan kasihan kepada mereka kerana mereka tidak mengenali bendera negeri mereka sendiri. Walau bagaimanapun, saya dapati masih lagi terdapat segelintir daripada mereka yang berjaya mengenal bendera negeri-negeri dengan baik. Selain gagal mengenal nama bendera, murid-murid ini juga tidak tahu untuk menamakan negeri-negeri dengan nama yang betul. Apabila diminta menyebut negeri-negeri di Malaysia ada diantara mereka menyebut Pulau Langkawi, Kuala Besut, Jerteh dan Pulau Redang sebagai negeri. Apabila saya bertanyakan tentang keadaan itu, mereka menjawab alah cikgu, nanti bila dah besar kami tahu lah.. Saya lihat mereka seolah-olah tidak mengambil peduli langsung akan pengetahuan tentang tanah air sendiri. Selain itu, mereka juga mengeluh dan mengatakan susah nak ingat cikgu, banyak sangat negeri di Malaysia ini, warna bendera pun lain-lain.. .Saya juga menyedari bahawa murid-murid dalam kelas ini masih ramai yang lemah dalam mengeja dan membaca. Mereka sebenarnya boleh mengeja dan membaca tetapi masih lagi tidak lancar. Ada di antara mereka yang masih keliru untuk mengenal bendera terutamanya negeri Perlis, Perak dan Pahang kerana bilangan jalur yang hampir sama.

Akibatnya, proses P&P yang dijalankan pada hari itu tidak dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan kerana majoriti murid-murid saya gagal mengenal

bendera dengan baik. Mereka pula kurang memberikan tumpuan semasa pengajaran berlangsung. Ini mungkin disebabkan oleh bahan bantu mengajar yang saya gunakan itu kurang menarik perhatian murid-murid. Saya terfikir adakah mereka mungkin

menginginkan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokan untuk tajuk ini.

Saya merasakan bahawa saya harus mengubah gaya pengajaran saya kepada gaya pengajaran yang lebih baik dan menarik. Tujuan utama saya ingin mengubah gaya pengajaran adalah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. Saya akan mengubah pengajaran dengan menggantikan bahan visual tadi kepada bahan bantu mengajar yang lebih menarik iaitu puzzle.

Puzzle merupakan satu alat permainan berstruktur. Saya menggunakan alat permainan puzzle dalam kajian ini kerana ia dapat menguji tahap pemikiran muridmurid dan menggalakkan murid berfikir. Puzzle merupakan satu bahan visual yang mempunyai pecahan gambar-gambar yang dimainkan dengan cara mencantumkan kembali pecahan-pecahan tersebut membentuk satu visual.

Menurut ahli psikologi Howard Gardner (1993) dalam bukunya Frames of Mind; beliau telah mengklasifikasikan tentang kecerdasan pelbagai kanak-kanak. Beliau mengatakan bahawa :

Spatial. These children think in images and pictures. They may be fascinated with mazes or jigsaw puzzles, or spend free time drawing, building with Leggos or daydreaming. (FRAMES OF MIND, 1993) .Objektif utama permainan puzzle ini adalah untuk merangsang pemikiran kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah dengan mencantumkan imej, ikhtibar dan pengajaran kepada kanak-kanak melalui cerita serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca sambil berhibur di samping mengenal bentuk-bentuk puzzle.

Berbanding pengajaran lama, pengajaran baru ini akan melibatkan murid secara aktif melalui aktiviti berkumpulan. Daripada kajian lepas yang telah dibuat oleh Richard A. Huber (1978) dalam kajiannya yang bertajuk Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak amat menyukai puzzle dan menyediakan makna semulajadi yang mempercepatkan semangat murid-murid untuk bekerjasama dalam kumpulan mereka. Dalam melakukan aktiviti ini akan berlakunya interaksi antara mereka dan membuatkan aktiviti ini

kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan.

Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk belajar. Murid yang pasif akan menjadi aktif kerana mereka semua terlibat sama dalam aktiviti. Dalam aktiviti berkumpulan, sudah tentulah akan berlakunya komunikasi dan interaksi antara mereka. Saya merasakan adalah amat perlu untuk saya membuat perubahan. Sekiranya saya tidak memperbetulkan keadaan ini, saya pasti bahawa murid-murid kelas ini masih lagi tidak dapat mengenal bendera-bendera negeri di Malaysia dan akhirnya pada masa hadapan semangat patriotisme di kalangan generasi muda semakin luntur.

2. FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Kajian yang akan saya jalankan ini member fokus kepada murid-murid Tahun 4 Dedikasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri, Jerteh. Kajian ini hanya melibatkan 25 orang murid sahaja. Kajian yang saya jalankan ini adalah untuk membantu murid-murid ini mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia melalui kaedah bermain dengan menggunakan alat permainan puzzle. Ini adalah kerana alat permainan puzzle ini bukan sahaja menyeronokkan murid-murid sekolah rendah, malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia; iaitu apabila mereka sendiri yang mencantumkan pecahan-pecahan puzzle tersebut. Untuk tajuk pengajaran pula, saya hanya fokuskan kepada tajuk Mengenal Bendera Negeri-Negeri Di Malaysia. Kajian ini tidak melibatkan tentang kedudukan negeri-negeri dalam peta Malaysia, jata-jata negeri dan tempat-tempat menarik yang terdapat di setiap negeri. Ini adalah kerana fokus utama saya adalah untuk membantu murid mengenal bendera dahulu. Saya ingin melihat mereka semua mengenal bendera negeri-negeri dengan baik kerana seharusnya pada usia sebegini mereka sudah mengetahui akan perkara itu. Masih belum terlambat sekiranya saya ingin mengambil tindakan pada masa sekarang dan saya akan pastikan kajian ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif seperti mana yang saya harapkan.

Walaupun isu ini tidaklah dianggap besar oleh rakan-rakan seperjuangan, tetapi bagi saya ia merupakan pencetus kepada semangat patriotisme dalam kalangan muridmurid. Ini adalah kerana apabila murid-murid tidak mengenali langsung bendera

negeri-negeri di Malaysia, manakan mereka akan mencintai tanah air mereka sendiri. Sedangkan bendera negeri-negeri mereka tidak kenal, inikan pula untuk menyemai rasa cintakan tanah air. Justeru, saya mengambil isu ini sebagai fokus kajian saya. Melalui kajian ini saya akan menggunakan 5 set alat permainan puzzle seperti di dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Set alat permainan puzzle.

Saya ingin menjalankan kajian ini kerana saya ingin memperbaiki kelemahankelemahan saya semasa mengajar serta meningkatkan kemahiran mereka bukan sahaja untuk mengenal tetapi menghargai bendera-bendera negeri di Malaysia. Melalui kaedah ini, murid-murid akan berasa seronok untuk belajar, murid-murid pula belajar tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang belajar.

Selain itu, mereka juga belajar tanpa sebarang tekanan kerana pada hakikatnya mereka sedang bermain. Tambahan pula guru pembimbing saya, iaitu Puan Ruhaiza Bt. Jusoh juga menyokong usaha saya untuk menjalankan kajian ini. Beliau juga bersetuju apabila saya mengatakan yang saya akan menggunakan alat permainan puzzle dalam kajian yang akan saya jalankan. Set puzzle yang disertai dengan warna-warna yang menarik ini juga akan secara tidak langsung mempengaruhi mereka untuk menghafal fakta. Alat permainan puzzle ini amat sesuai digunakan dalam P&P di sekolah. Saiznya sederhana kecil dan tidak terlalu tebal memudahkan guru untuk mengendalikannya dan menyimpannya selepas ia digunakan. Setakat ini saya bercadang untuk menggunakan modal sendiri bagi mendapatkan set permainan ini. Ini adalah kerana perbelanjaannya tidaklah terlalu mahal. Apa yang penting bagi saya ialah ia dapat membantu anak-anak murid saya belajar dan mengenal bendera-bendera negeri serta objektif kajian saya tercapai.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian Bahagian ini akan meninjau tentang hasil kajian berkaitan keberkesanan penggunaan kaedah permainan dalam pengajaran. Antara aspek yang dibincangkan ialah beberapa hasil kajian yang berkaitan dengan penggunaan kaedah permainan dalam pengajaran dan kesannya terhadap pencapaian murid untuk meningkatkan kemahiran mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia.

Alat Permainan Puzzle Terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan kaedah pengajaran berbantukan alatalat permainan serta kajian yang dibuat berkaitan kaedah permainan. Daripada kajian lepas yang telah dibuat oleh Richard A. Huber ( 1978) dalam kajiannya yang bertajuk Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak amat menyukai puzzle dan menyediakan makna semulajadi yang mempercepatkan semangat murid-murid untuk bekerjasama dalam kumpulan mereka. Dalam melakukan aktiviti ini akan berlaku interaksi sesama mereka dan membuatkan aktiviti ini kelihatan lebih menarik dan menyeronokan.

Kaedah Permainan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Mengikut Vygotsky (1962) main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanakkanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Fauziah Md. Jaafar ( 2002 ) tentang Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis permainan. Asma (2001) dalam Fauziah Md. Jaafar (2002), dalam kajiannya Play In Brunei Preschool Classrooms mendapati bahawa guru prasekolah di Brunei lebih

memfokuskan pengajaran mereka pada konsep membaca, menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa. Beliau telah membuat kajian pelaksanaan main di tadika Brunei.

Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60 peratus guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak memberi sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya, kesemua guru tadika yang dikaji, iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak ini perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari, chalk and talk dan pengajaran secara kelas. Ini sangat penting bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun satu. Aktiviti bermain cumalah mengisi masa yang terluang sahaja. Selain itu mereka membenarkan aktiviti ini hanya sebagai alat untuk mengawal keadaan kelas yang terlalu bising.

Teori Kecerdasan Pelbagai Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mempercayai kepada frasa `seven ways of knowing, perceiving and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Beliau juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Keberkesanan pembelajaran melalui aktiviti visual ruang turut dibuktikan oleh seorang lagi pengkaji dari barat. Menurut Alan Grant (2007) dalam kajiannya tentang Constructing Meaning Through Visual Spatial Activities, beliau mendapati bahawa

pertama; murid-muridnya lebih mudah mengingati gambar-gambar yang telah mereka hasilkan. Kedua; ia telah digunakan sebagai titik percakapan dalam wawancara seterusnya. Kanak-kanak berkebolehan menceritakan dan menggambarkan

pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

3. OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif kajian dibahagikan kepada objektif umum dan objektif khusus.: 3.1 Objektif Am Untuk membantu murid-murid mengenal dan menghargai bendera negeri-negeri di Malaysia menggunakan permainan puzzle dalam mata pelajaran Sivik dan

Kewarganegaraan. 3.2 Objektif Khusus 1) Mengenal pasti permainan puzzle dapat meningkatkan kemahiran murid mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. 2) Mengenal pasti permainan puzzle boleh menjadi bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, menarik dan berkesan untuk tajuk Mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia.

3.3 Soalan Kajian 1) Adakah permainan puzzle dapat meningkatkan kemahiran murid mengenal

bendera negeri-negeri di Malaysia? 2) Adakah permainan puzzle boleh menjadi bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, menarik dan berkesan untuk tajuk Mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia?

4. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 4. Namun begitu, tidak semua murid-murid Tahun 4 ini terlibat kerana saya hanya memfokuskan kepada murid-murid di Tahun 4 Dedikasi sahaja. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga dalam Tahun 4. Kesemua murid dalam kelas ini, iaitu seramai 25 orang. Daripada jumlah daripadanya merupakan murid lelaki; manakala selebihnya, iaitu daripada murid perempuan. Dari segi kemahiran 3M, mereka masih lagi lemah. Ini dapat dikesan melalui keputusan Ujian OTI 1 baru-baru ini. Menurut guru kelas Tahun 4 Dedikasi , terdapat 5 orang murid daripada kelas ini yang masih lagi lemah mengeja dan membaca. Dari segi pencapaian dalam matapelajaran pula, pencapaian mereka sangat rendah. Tahap kognitif mereka sangat lemah jika hendak dibandingkan dengan dua kelas sebelumnya. Berdasarkan maklumat sekolah yang diperolehi, rata-rata murid dalam kelas ini mempunyai latar belakang keluarga yang susah dan kurang berkemampuan. Kebanyakan ibu bapa mereka bekerja sendiri seperti bekerja kampung dan bertukang. Selain itu, mereka juga kurang mendapat perhatian darpada ibu bapa yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pencapaian pelajaran mereka. Mereka inilah yang menjadi kumpulan sasaran untuk kajian saya nanti. Untuk mendapatkan kumpulan sasaran ini, saya akan menjalankan satu ujian pra. Kumpulan sasaran untuk kajian ini akan dapat dikenalpasti selepas mendapat keputusan daripada ujian pra yang dijalankan. itu, 15 orang 10 orang terdiri

Hanya mereka yang tidak mencapai gred lulus untuk ujian pra ini akan menjalani rawatan dalam kajian saya nanti. Latar belakang kumpulan sasaran dapat ditunjukkan melalui Jadual 1. Jadual 1 : Latar Belakang Kumpulan Sasaran
Bil No. Daftar 5339 5390 5341 5342 5391 5343 5345 5346 5392 5347 5348 5349 5396 5399 5350 5351 5352 5378 5354 5404 5356 5405 5357 5428 5386 Nama Murid Jantina Bangsa Pekerjaan Ibu Bapa Swasta Kerajaan Kerja sendiri Kerja sendiri Kerajaan Kerajaan Kerajaan Swasta Kerajaan Kerja sendriri Kerja sendiri Kerja sendiri Kerja sendiri Kerja sendiri Kerajaan Kerja sendiri Swasta Kerja sendiri Kerja sendiri Swasta Swasta Kerajaan Kerja sendiri Kerja sendiri Kerja sendiri Ujian Pra % Tahap Membaca Baik Sederhana Sederhana Sederhana Sedrhana Lemah Lemah Sederhana Baik Baik Baik Baik Baik Sederhana Sederhana Lemah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Lemah Baik Lemah Sederhana Sederhana

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

Ikhwan B. A. Hamid Mahmood Wafiy Bin Shihabuddin Mohamad Fakrul Hakimi B. Shukri Muhammad Adha Aiman B. Ruzaman Muhammad Alif Haikal Bin Mohd Narawi Muhammad Amir B. Mohd Ridzuan Muhammad Ezam B. Mat Narasik Muhammad Faiz B. Suhaimi Muhammad Farid Bin Bazeli Muhammad Haizul B. Hamzah Muhammad Hanif B. Ghazali Muhammad Rozaini B. Kadir Muhammad Syahrul Fahmi Bin Yasin Wan Muhammad Syakir Azim Bin Wan Razali Zubair B. Md. Affandi Zulkhairi Noor Iwanina Aqilah Bt. Zailani Nor Ashikin Bt. Rahim Nur Alyaa Izzati Binti Abd Halim Nur Arisa Nazifah Bt. Che Soh Nur Husnanajian Binti Hasim Nur Liyana Bt. Md. Nadzir Nursyazlinna Idayu Binti Md Nawi Nurul Atikah Bt. Ibrahim Nurul Fatihah Bt. Che Omar Siti Hajal Binti Azman

L L L L L L L L L L L L L L L P P P P P P P P P P

M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M

5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan Dalam kajian ini, saya akan menjalankan P&P seperti biasa. Walau bagaimanapun, saya akan menjalankan P&P ini secara berperingkat-peringkat. Ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid menerima isi pengajaran saya dengan lebih baik. Berikut adalah antara langkah-langkah yang akan saya lakukan dalam kajian ini iaitu; Langkah 1 Aktiviti 1: Menjalankan ujian pos. Murid-murid diminta menjawab soalan-soalan ujian ini dalam masa 30 minit. Ujian ini dijalankan adalah untuk menentukan bilangan sebenar kumpulan sasaran yang akan menerima rawatan. Keputusan ujian ini akan dianalisis untuk melihat dan mendapatkan kumpulan sasaran. Langkah 2 Aktiviti 2: Mencantumkan puzzle. Selepas mendapatkan kumpulan sasaran yang sebenar, saya akan menjalankan P&P dengan menggunakan alat permainan puzzle. P&P ini dijalankan selama satu jam. Pada peringkat ini, murid-murid akan dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu set puzzle yang berbeza-beza. Kumpulan satu akan diberikan set puzzle negeri-negeri pantai timur Malaysia, kumpulan dua akan diberikan set puzzle negeri-negeri utara Malaysia, kumpulan tiga pula akan diberikan set puzzle negeri-negeri pantai barat Malaysia; manakala kumpulan empat dan lima akan diberikan set puzzle negeri-negeri selatan Malaysia dan negeri-negeri Malaysia Timur.

Apabila kelima-lima kumpulan ini berjaya mencantumkan puzzle tersebut, mereka akan melakukan penukaran alat permainan puzzle daripada kumpulan lain dan

mencantumkannya. Aktiviti diteruskan sehingga kelima-lima kumpulan ini sempurna mencantumkan kelima-lima set puzzle yang berbeza-beza. Langkah 3 Aktiviti 3: Persembahan Power Point hasil kerja murid. Untuk satu jam P&P berikutnya, saya akan mengimbaskan hasil cantuman-cantuman puzzle yang telah dijalankan pada aktiviti dua menggunakan mesin pengimbas. Kemudian saya akan menayangkannya menggunakan pancaran Liquid Crystal Display (LCD). Murid-murid akan melihat hasil kerja mereka dipaparkan di skrin besar. Dalam aktiviti ini, murid-murid diminta menyebutkan setiap nama negeri-negeri yang ditunjukkan. Selepas itu, murid-murid diminta untuk mengeja setiap nama negeri-negeri yang ditunjukkan tadi dengan tepat dan betul. Sebelum menamatkan P&P, murid-murid akan bergerak kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diminta mencamtumkan set puzzle yang mempunyai kesemua bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Aktiviti ini adalah sebagai pelengkap dan juga pengukuhan kepada murid-murid supaya mereka lebih mengenali kesemua bendera negeri-negeri di Malaysia. Pada akhir setiap P&P iaitu pada langkah dua dan tiga, saya akan menguji tahap kemahiran murid dengan menggunakan lembaran kerja. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah yang saya gunakan dan untuk melihat tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran pada hari tersebut.

Langkah 4 Aktiviti 4: Menjalankan ujian pos. Untuk mengesan pencapaian dan penguasaan terhadap rawatan yang telah diberikan; murid-murid diminta menjawab soalan-soalan ujian pos yang diberikan dalam tempoh tiga puluh minit. Kesemua skrip jawapan muridmurid untuk ujian ini akan dikumpul dan dianalisis bagi melihat perbezaan pencapaian mereka dalam ujian pra dan ujian pos ini.

5.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data Untuk mencapai objektif kajian ini, saya menggunakan beberapa alat untuk pengumpulan data seperti berikut :

Ujian Pra. Ujian pra ini dijalankan untuk mengenalpasti kumpulan sasaran. Saya akan menggunakan satu lembaran kerja yang mempunyai satu soalan objektif berbentuk mengisi tempat kosong. Murid-murid perlu melengkapkan enam belas tempat kosong yang telah disediakan dengan memilih jawapan yang betul. Berikut ialah contoh instrumen ujian pra.

Contoh instrumen Ujian Pra LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

Nama : Tahun :

Lengkapkan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul bagi bendera negeri-negeri di Malaysia.
Negeri Perlis Negeri Johor Negeri Kedah Negeri Sembilan Negeri Perak Negeri Pahang Negeri PulauPinang Negeri Terengganu Negeri Selangor Negeri Kelantan Negeri Melaka Negeri Sabah Wilayah Persekutuan Labuan Wilayah Persekutuan Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Negeri Sarawak

Bendera

Negeri

Bendera

Negeri

Bendera

Negeri

Soal Selidik Soalan-soalan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data primer daripada kumpulan sasaran berkaitan dengan kaedah kajian dan keberkesanan kaedah yang dijalankan. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A berkaitan maklumat responden dan Bahagian B berkaitan Penggunaan Alat permainan puzzle dan pencapaian murid. Bahagian A mengandungi tiga soalan manakala Bahagian B mengandungi dua belas soalan yang perlu dijawab oleh responden. Semua maklumat yang dilengkapkan oleh responden akan dirahsiakan. Berikut ialah contoh instrumen soal selidik.

Contoh instrumen Soal Selidik SOAL SELIDIK

JABATAN KAJIAN SOSIAL IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU.

Soalan soal-selidik ini adalah untuk memudahkan satu kajian yang bertajuk MENINGKATKAN MALAYSIA KEMAHIRAN MENGENAL BENDERA NEGERI-NEGERI DI

MENGGUNAKAN ALAT PERMAINAN PUZZLE DALAM PENDIDIKAN

SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 . Sila lengkapkan soalan soal-selidik dengan ikhlas. Semua maklumat yang dilengkapkan akan dirahsiakan.Terima kasih atas kerjasama anda.

SITI SARIZAH BINTI MD SARIL IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT TERENGGANU

BORANG SOAL SELIDIK

TOPIK: Meningkatkan Kemahiran Mengenal Bendera Negeri-Negeri Di Malaysia

Menggunakan Alat Permainan Puzzle Dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4 . Arahan : Sila tandakan ( / ) bagi pernyataan yang berkenaan. Bahagian A: Maklumat responden

1. Jantina: 1. Lelaki 2. Perempuan

2. Bangsa 1. Melayu 2. Cina 3. India 4. Lain-lain (Nyatakan): ..

3. Pekerjaan ibu bapa 1. Bekerja sendiri 2. Kerajaan 3. Swasta 4. Lain-lain (Nyatakan):..

Bahagian B : Penggunaan Alat permainan puzzle dan pencapaian murid. Tandakan ( / ) bagi pilihan jawapan anda :

12345BIL
4. 5. 6. 7.

Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju PERKARA 1 2 3 4 5

Alat permainan puzzle membantu saya mengenal bendera negerinegeri di Malaysia. Saya dapat mengingat bendera negeri-negeri di Malaysia selepas saya mencantumkan pecahan-pecahan puzzle itu. Saya berasa seronok belajar menggunakan alat permainan puzzle. Saya lebih mudah untuk mengenal bendera menggunakan alat permainan puzzle berbanding dengan menggunakan gambar bendera sahaja. Saya lebih suka apabila guru saya menggunakan alat permainan puzzle dalam pengajarannya. Saya mudah untuk memahami pengajaran guru. Saya suka mencamtumkan pecahan-pecahan puzzle itu. Pencapaian ujian saya meningkat selepas saya belajar mencantumkan bendera negeri-negeri di Malaysia menggunakan puzzle. Alat permainan puzzle sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Benderaku dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Permainan puzzle sangat menarik dan berkesan kepada saya untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. Saya mengenal lebih banyak bendera negeri-negeri di Malaysia selepas saya mencantumkan pecahan-pecahan puzzle itu. Saya semakin menyayangi negara ini setelah saya dapat mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia.

8. 9. 10. 11. 12.

13. 14. 15.

Pemerhatian Selain itu, saya juga akan menjalankan pemerhatian dari semasa ke semasa untuk melihat sebarang perubahan tingkah laku murid-murid yang menerima rawatan. Segala maklumat yang diperoleh semasa proses pemerhatian akan dikumpulkan dan direkodkan dalam sebuah buku log. Untuk peringkat seterusnya, saya akan

mengedarkan borang soal selidik kepada kumpulan sasaran untuk mendapatkan data tentang sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah yang digunakan serta tajuk yang diajar. Berikut ialah contoh instrumen Pemerhatian.

Pemerhatian Berstruktur

Jadual pemerhatian akan digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai contoh, memerhatikan tingkah laku murid yang tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Kod-kod aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti : 1. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi. 2. Pemikiran ditempat lain. 3. Berangan-angan. 4. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain. 5. Membuat kerja lain. 6. Mengganggu murid lain secara fizikal. 7. Mencuba untuk menarik perhatian

8. Pasif, tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. 9. Keluar dari bilik darjah. 10. Tidur di dalam kelas. Pemerhatian akan direkodkan dalam bentuk jadual seperti mana dalam Jadual 3.

Jadual 3 Borang Pemerhatian Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Kod 1 Tingkah laku Kekerapan

Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi. Pemikiran ditempat lain. Berangan-angan. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Membuat kerja lain. Mengganggu murid lain secara fizikal. Mencuba untuk menarik perhatian Pasif, tidak mengambil dalam aktiviti kumpulan. Keluar dari bilik darjah. Tidur di dalam kelas. bahagian

10

Ujian pos Pada peringkat akhir kajian saya, sekali lagi saya akan menjalankan ujian yang dikenali sebagai ujian pos. Ujian pos ini dijalankan untuk melihat pencapaian baru murid-murid dalam kumpulan sasaran selepas menerima rawatan. Keputusan ujian ini akan dibandingkan dengan keputusan ujian pra yang dibuat diawal kajian. Tujuannya adalah untuk melihat perbezaan pencapaian di antara murid-murid sebelum dan selepas rawatan diberikan. Ujian pos ini sangat penting kerana, keberkesanan kaedah rawatan yang diberikan bergantung kepada pencapaian murid dalam ujian ini. Berikut ialah contoh instrumen ujian pos.

Contoh instrumen Ujian Pos LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

Nama : Tahun :

Lengkapkan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul bagi bendera negeri-negeri di Malaysia.
Negeri Perlis Negeri Johor Negeri Kedah Negeri Sembilan Negeri Perak Negeri Pahang Negeri PulauPinang Negeri Terengganu Negeri Selangor Negeri Kelantan Negeri Melaka Negeri Sabah Wilayah Persekutuan Labuan Wilayah Persekutuan Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Negeri Sarawak

Bendera

Negeri

Bendera

Negeri

Bendera

Negeri

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Penganalisisan data secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan analisis deskriptif. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan nilai min, mod dan peratusan serta membandingkan tahap pencapaian murid-murid dalam ujian pra dan pos. Statistik deskriptif ini akan diterjemahkan dalam bentuk graf bar dan histogram bagi memudahkan setiap data yang diperoleh dibaca. Graf bar dan histogram akan ditunjukkan seperti pada Rajah 2.

5 4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0

Rajah 2: Contoh Histogram

Bagi meninjau sebarang perubahan tingkah laku saya akan mentafsir data melalui pendekatan pemerhatian berstruktur. Segala maklumat yang diperoleh akan disimpan dan direkodkan dalam sebuah buku log.

Pemerhatian Berstruktur Contoh : Memerhatikan Tingkah Laku Murid Yang Tidak Menumpukan Perhatian Semasa Guru Mengajar.

Jadual pemerhatian akan digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kod-kod aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti berikut : 1. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi. 2. Pemikiran ditempat lain. 3. Berangan-angan. 4. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain. 5. Membuat kerja lain. 6. Mengganggu murid lain secara fizikal. 7. Mencuba untuk menarik perhatian 8. Pasif, tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. 9. Keluar dari bilik darjah. 10. Tidur di dalam kelas.

Pemerhatian akan direkodkan dalam bentuk seperti mana dalam Jadual 4. Jadual 4 Borang pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
Kod 1 Tingkah laku Kekerapan ///

Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi. Pemikiran ditempat lain. Berangan-angan. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Membuat kerja lain. Mengganggu murid lain secara fizikal. Mencuba untuk menarik perhatian Pasif, tidak mengambil dalam aktiviti kumpulan. Keluar dari bilik darjah. Tidur di dalam kelas. bahagian

//

////

///

//

10

//

Soal selidik Untuk pengumpulan data soal selidik, semua borang soal selidik yang telah dijawab akan diproses dengan menggunakan program SPSS (Pakej Statistik untuk Sains Sosial) supaya memperoleh keputusan yang tepat dan benar . Borang soal seidik ini menggunakan 5 skala likert iaitu :

1- Sangat tidak setuju 2- Tidak setuju 3- Kurang setuju 4- Setuju 5- Sangat setuju

Dalam kajian ini, penganalisisan data melalui komputer adalah digalakkan kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa untuk menghasilkan output yang diperlukan. Data yang menunjukkan peratusan yang tinggi akan menunjukkan penerimaan yang positif manakala peratusan yang rendah menunjukkan penerimaan negatif.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan Perancangan tindakan saya adalah seperti mana dalam Jadual 5. Jadual 5 Perancangan Pelaksanaan Kajian.
BIL AKTIVITI TARIKH/BULAN PELAKSANAAN 5-28 FEBRUARI 2011 21-26 MAC 2011 11-13 APRIL 2011 14 JULAI 2011 15 JULAI 2011 16 JULAI 2011 21 JULAI 2011

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Mengenalpasti masalah kajian Menulis proposal kajian Menjalankan temubual Melaksanakan tindakan 1 (ujian pra) Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1. Pengumpulan dan penganalisisan data awal. Melaksanakan tindakan 2 (pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat permainan puzzle) Menjalankan pemerhatian semasa aktiviti berjalan. Pengumpulan dan menganalisis data Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Melaksanakan tindakan 3 (persembahan P&P hasil kerja murid ) Melaksanakan tindakan 4 (ujian pos) Pengumpulan dan menganalisis data tindakan 4 Menjalankan soal selidik Menulis dapatan kajian Menulis refleksi kajian Refleksi kajian Pembentangan dapatan kajian

8. 9. 10. 11.

21 JULAI 2011 22-23 JULAI 2011 25 JULAI 2011 25 JULAI 2011

12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

28 JULAI 2011 30 JULAI 2011 5 OGOS 2011 8 OGOS 2011 9 OGOS 2011 10 OGOS 2011 Belum dimaklumkan

5.5 Kos Kajian Anggaran kos di sepanjang kajian saya adalah seperti mana dalam Jadual 6. Jadual 6 Kos Kajian BIL BAHAN KOS SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)

1.

Set puzzle besar

6.90

RM6.90 x 5 set

34.50

2.

Set puzzle kecil

1.00

RM 1.00 x (5 x 5 set)

25.00

2.

Potostat Ujian pra & Ujian pos

0.10

RM0.10 x 50 helai

5.00

3.

Makanan ringan

5.00

RM5.00 X 1 bungkus

5.00

JUMLAH KESELURUHAN

69.50

BIBLIOGRAFI
Alan Grant (2007), Construsting Meaning Through Visual Spatial Activities. Research Project. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/ALAN/v34n3/baer.pdf Asmah Morni (2001). Play In Brunei Classrooms: In Journal Of Applied Research In Education, 20002, vol.2, No.4,203-213. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia( 2008). Buku Manual Kajian Tindakan, Putrajaya , Malaysia.

Chua Yan Piaw, PhD (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hil (Malaysia) Sdn.Bhd.

Fauziah Md. Jaafar (2002), Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://web.usm.my/education/MEDC/Vol3/11.%20Kepentingan%20Aktiviti%20Ber main%20Pend%20Prasek.pdf Imran Ariff Ariffin (2010), Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Peringkat Tadika Atau Pra Sekolah. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://www.pdfking.net/pdf/kajian-kajian-lepas-berkaitan-pendidikanawal-kana.html Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4. Pusat Perkembangan Kurikulum. Mok Soon Sang (2009), Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Richard A. Huber (1978) Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups. Diperoleh pada 18 Februari 2011 daripada http://people.uncw.edu/huberr/srfour.pdf Saayah Bt. Abu (2003). Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika-Tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saayah.pdf.

You might also like