You are on page 1of 12

PENGAJARAN MENGGUNAKAN BONEKA

KONSEP BONEKA
Boneka merupakan sebagai sebarang objek yang digerakkan lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Pemain boneka akan cuba menghidupkan watak sama menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka boleh dijadikan medium pembelajaran bagi kanak-kanak kerana mampu membantu meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, kemahiran melakukan sesuatu secara spontan dan menyelesaikan masalah dan mengenali diri. Boneka boleh digunakan sebagai alat komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan sifatnya yang istimewa, boneka boleh digunakan untuk member nasihat, menyelesaikan masalah dan mencerminkan cara hidup murid-murid yang dilakonkan. Menurut Mc Caslin (1984), boneka dapat berfungsi sebagai alat bantu mengajar. Selain itu, penggunaan boneka boleh membantu menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran dan membantu menghidupkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (1987), boneka ialah barang permainan yang diperbuat menyerupai patung orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan.

Tujuan penggunaan dalam pengajaran. a. Sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, muridmurid lebih menghayati dan memahami sesebuah pencapaian itu dengan khusyuk di samping melibatkan diri secara langsung melalui penggunaan boneka. b. Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirka idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. c. Selain itu, penggunaan boneka juga mendedahkan murid-muird untuk bekerjasama secara kumpulan.
1

BENTUK-BENTUK BONEKA
Boneka Tangan
Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakanboneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka

Boneka Lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukisdi atas kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,plastic lutsinar dan kertas tebal.

Contoh-contoh boneka lidi.

Boneka Wayang Kulit


Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyanggoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

Contoh-contoh boneka wayang kulit.

Boneka Tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap menyerupai objek yang digambarkanb. Contohnya haiwan, buahbuahan dan sebagainya. Boneka ini diperkukuhkan dengan tongkat yang diperbuat daripada kayu, rotan, buluh pada bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini berbentuk tiga dimensi. Contoh-contoh boneka tongkat.

Boneka Tali
Boneka jenis tali ini digerakkan dengan menggunakan tali atau benang yang digantung untuk mendapat keseimbangan. Cara menggerakkan tangan boneka itu adalah dengan hanya menarik tali yang menggantung tangan boneka itu sahaja. Boneka ini boleh digantung di dalam kelas dan boleh digunakan guru bila-bila perlu. Guru boleh juga meminta murid-murid untuk menggerakan tali ini agar murid-murid berasa terlibat sepenuhnya dalam sesi pengajaran. Contoh-contoh boneka bertali.

PERSEMBAHAN BONEKA
Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Seeloknya dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk selesa sambil menghadap kepada pentas boneka. dengan

Susun atur

Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan.

Teknik penyampaian

Terdapat

beberapa

teknik

penyampaian

dengan

menggunakan

boneka.Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak-kanak tanpa

menggunakan pentas. Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggerak lakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu .Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik

Persembahan Boneka
Semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas boleh digunakan. Jenis-jenis pentas tersebut adalah seperti berikut:

1.Pentas kerusi Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam sebagai tirai. Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa menggerak lakonkan boneka.

2.Pentas rentang Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding.

3.Pentas tingkap Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Guru duduk di luar dan murid di dalam kelas.

4.Pentas pintu Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai pentas. Kain, papan atau kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu. Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah. 5. Pentas meja Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang semasa bermain boneka.

6. Pentas berlipat.

Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai bingkainya kemudian ditutup dengan kain.

7. Boneka tanpa pentas. Boneka ( biasanya sarung tangan ) dimainkan kea rah penonton. Aktiviti ini ialah aktiviti lisan yang hanya dilakukan secara berpasangan.

8.Teknik overhead projektor ( OHP ). Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. Objek diletakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP di lancarkan ke dinding atau kain layar.

RUMUSAN
Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan. Dengan menggunakan boneka untukaktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti, perkembangan komunikasi dan bahasa, sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman.

Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak,menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatian kanakkanakdan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik. Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yangmengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan

mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan.

Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

10

REFLEKSI
(ZALIHA BINTI MAMAT) Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, perasaan yang terdetik di dalam hati ialah sama ada mampu atau tidak untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tibanya tarikh penghantaran . Ini kerana semasa pensyarah memberi kerja kursus ini adalah dalam bulan Ramadan. Sememangnya memberi satu cabaran besar pada saya. Beserta kesibukan untuk menyiapkan persiapan untuk hari raya. Persoalan-persoalan ini saya abaikan terlebih dahulu. Dengan semangat berpasukan yang tinggi, akhirnya saya dan rakan sekumpulan berjaya siapkan walaupun berbagai halangan perlu kami tempuhi. Saya dan rakan telah cuba mencari bahan mengenai tajuk yang telah dipilih. Kami telah membuat agihan tugasan agar kerja kursus ini dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapka. Saya telah diamanah untuk menyediakan satu esei tentang satu daripada aktiviti pengajaran yang telah dipilih. Kumpulan kami memilih aktiviti pengajaran menggunakan boneka.

Saya telah melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan serta isu semasa yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Semasa mengkaji isu ini, saya berasa sangat sedih kerana kami kekurangan sumber. Terutamanya sumber rujukan yang berteraskan buku. Selain menggunakan kemudahan internet, saya juga telah mencari bahan-bahan berkaitan dengan isu ini daripada sumber bacaan yang ada seperti keratan akhbar, Namun, sumber bahan rujukan yang terdapat di institut ini tidak mencukupi serta tidak banyak berkaitan dengan tajuk ini.

Tugasan yang diberi secara tidak langsung dapat memupuk minat yang tinggi dalam menghasilkan bahan p&p yang pelbagai walaupun memakan masa dan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit. Diharapkan pendedahan yang diberikan oleh pensyarah sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat

membantu saya dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu tinggi agar bersesuaian dengan tahap penerimaan murid sekolah rendah. . Bukan mudah menjadi seorang guru. Guru bukan sahaja perlu kreatif malah perlu lebih inovatif serta mampu berfikir secara analitik dalam memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna.

11

RUJUKAN Buku Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Berawi & Siti Hajar bt Idrus (2011). Literasi Bahasa; Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Puchong Selangor.

Siri Favourite Animal Tales, Tajuk Cerita : Mother Hen And The Iguana. Penerbit : Kualiti. Jumlah Muka Surat 14. Azman Wan Chik (1993). Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marohani Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Internet

12

You might also like