You are on page 1of 5

RUMUSAN KARANGAN

CONTOH SATU CONTOH DUA


JAWAPAN SATU JAWAPAN DUA

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan
rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak
wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama ,
malah semakin menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan biasa terutama yang
buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar
dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa , akan
membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti
yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia .

Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam


fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa , kesedaran seluruh
masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi
yang kian pesat .

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan
memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan
turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang
mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan
Malaysia sebuah negara maju . Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang
ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem
perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga tidak boleh dimulakan
kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya , maka wabak
berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah menyebabkan
seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang
mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah
ditetapkan .

Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis


kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh
menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja
melebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini ,
rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang –
undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa
daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal
boleh menerbitkan perilaku baik seseorang . Sehubungan itu , dalam memerangi
gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan .
Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal .
( 30 m )

(Diubahsuaikan daripada
Minda Pengarang Berita Harian 15 Februari 1997 )

Contoh 1 merumuskan karangan

- JAWAPAN -

Pendahuluan

1.Petikan membincangkan implikasi/kesan – kesan amalan rasuah di negara ini dan


usaha – usaha untuk membendungnya. (2M)
2. Petikan membincangkan implikasi/kesan – kesan amalan rasuah di negara ini .
(1M)

Isi tersurat

1. Rasuah menjejaskan system pentadbiran sesebuah negara ( 2 M )


2. Menggugat kestabilan sosial (2M)

3. Menjejaskan keyakinan masyarakat terutama pelabur asing terhadap kecekapan


dan keberkesanan sistem perundangan dan birokrasi negara . ( 2 M )
4. Seseorang sanggup menjual prinsip dan maruah ( 2 M )
5.Pengamal rasuah akan bertindak di luar peraturan yang ditetapkan ( 2 M )
6. Akan ditimpa krisis kepercayaan ( 2 M )

Isi tersirat

1. Pentadbiran negara akan menjadi lemah ( 2 M )


2. Hubungan sosial antara anggota masyarakat menjadi renggang ( 2 M )
3. Keadilan sistem perundangan dan birokrasi akan dipersoalkan oleh masyarakat (
2M )
4. Amalan rasuah boleh menghancurkan masa depan masyarakat .( 2 M )

Kesimpulan
Amalan rasuah perlu dibanteras agar gejala buruk tidak berleluasa. ( 2 M )

Contoh 2

Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari menular di
negara kita . Harta benda awam telah dirosakkan sewenang – wenangnya .
Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi
. Pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta – juta ringgit untuk memperbaiki
kemudahan awam yang telah dirosakkan oleh individu yang tidak mempunyai “
perasaan memiliki “ setiap kemudahan yang disediakan .

Banyak perkara yang dapat dilakukan oleh masyarakat untuk membanteras


vandalisme daripada terus menerus berleluasa . Pendidikan merupakan tunjang
atau paksi utama yang dapat mengubat penyakit sosial ini . Di peringkat sekolah ,
pendidikan diharap mampu mencambahkan kesedaran cinta terhadap harta benda
awam . Di samping itu, masyarakat setempat pula perlu prihatin dan berasa
terpanggil untuk mengambil tindakan tanpa perlu mengharapkan pihak berkuasa
membuat tangkapan . Dalam hal ini , Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan
perlu bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing – masing .

Kepada pesalah – pesalah vandalisme pula , hukuman yang lebih berat perlu
dikenakan sebagai suatu jalan pencegahan yang paling baik . Ada cadangan
daripada pihak masyarakat yang mahu supaya para pesalah didenda melakukan
kerja pembersihan di kawasan – kawasan awam , seperti membersihkan tandas dan
sebagainya. Denda ini adalah sebagai pengajaran kepada individu lain agar
menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme . Kita boleh juga mengambil
contoh dari negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah
vandalisme . Selain itu, langkah bersama yang boleh diambil adalah mengadakan
program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi
seperti Polis Diraja Malaysia , Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ).

Di ibu negara , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya


upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara
harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang
turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan . Kerana menyedari hakikat
bahawa pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akan
menerajui negara pada masa hadapan , maka Jawatankuasa Antivandalisme ini
telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen
ini . Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan “ Harta Benda Awam Milikku
– Milikmu “ . Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifat
bertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam
.
( 30 markah )

Merumuskan karangan

- Jawapan Contoh 2 -

pendahuluan

1 . petikan tersebut membincangkan langkah – langkah mengatasi masalah


vandalisme di negara kita dan akibat – akibatnya / kesan – kesannya.( 2 M )
2. Petikan tersebut membincangkan langkah – langkah mengatasi masalah
vandalisme di negara kita ( 1 M )

Isi – isi tersurat

1. Pihak sekolah perlu menanamkan perasaan cinta terhadap harta benda awam di
kalangan pelajar ( 2 M )

2. Masyarakat setempat perlu prihatin dan berasa terpanggil untuk membuat


tindakan tanpa mengharapkan pihak berkuasa ( 2 M )
3. Pesalah vandalisme perlu dikenakan denda dan hukuman yang lebih berat ( 2
M)
4. Mengadakan program tindakan bersama yang melibatkan pelbagai pihak ( 2 M )

5. Penubuhan jawatankuasa Antivandalisme oleh DBKL bersama dengan jabatan


dan agensi lain .( 2 M )

6. Kementerian Pendidikan telah menganjurkan pertandingan – pertandingan yang


menyemaikan sifat bertanggungjawab terhadap harta benda awam di kalangan
pelajar .( 2 M )

Isi – isi tersirat

1. Dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap harta benda awam


(2M)
2. Orang ramai takut untuk melakukan vandalisme ( 2 M )
3. Imej negara akan terjejas di mata dunia ( 2 M )
4. Industri pelancongan akan merosot ( 2 M )
5. Negara terpaksa mengalami kerugian kerana membaik pulih kerosakan ( 2 M )

6. Gejala vandalisme dapat dikurangkan .( 2 M )

Kesimpulan

Semua pihak hendaklah bekerjasama mengatasi masalah vandalisme agar masalah


ini dapat dikurangkan .( 2 M )

You might also like