You are on page 1of 4

Air

Hampir semua aktiviti yang di lakukan memerlukan air.Dalam erti kata lain,air

merupakan keperluan asas yang amat penting .Pada suatu masa dahulu punca-punca air

bersih boleh diperolehi dari sungai dan tasik.Selain diperolehi dari dua punca utama ini,air

juga boleh diperolehi dari air mata air atau lebih dikenali sebagai air bumi.Tapi malang sekali

punca air bersih pada masa sekarang amat sukar diperolehi kerana berlakunya pencemaran

.Bila pencemaran air berlaku maka sukarlah untuk kita menggunakan air secara terus seperti

suatu masa dahulu,sebaliknya air kini perlu dirawat dahulu sebelum selamat digunakan.

Air yang telah tercemar ini akan berubah sifatnya dari segi fizikal,kimia dan

biologinya .Air tidak menjadi jernih lagi seperti asal akibat hadirnya bahan-bahan koloid

tidak tulen seperti besi dan mangan dan juga kehadiran bahan-bahan organik yang terhasil

akibat dari pereputan tumbuh-tumbuhan .Air yang tecemar ini sangat berbahaya bukan hanya

kepada manusia tetapi juga terhadap ekosistem ,Air yang telah dicemari ini sekiranya hendak

digunakan ,perlulah dirawat terlebih dahulu .bagi memastikan air ini selamat untuk

digunakan

Punca-punca pencemaran air

Pencemaran air berlaku adalah hasil dari aktiviti manusia sendiri.Salah satu aktiviti

manusia yang menjurus kepada pencemaran air ialah pembuangan sampah dan kumpahan

secara tidak bermoral ke dalam sungai-sungai dan tasik yang tidak terkawal.Sampah sarap

yang di maksudkan adalah dari pembuangan sisi dari kawasan perbandaran dan juga kewasan

kediamam,perindustrian dan juga pertanian.Pencemaran yang di sebabkan oleh perindustrian

biasanya dalam bahan-bahan kimia ,sisa toksik ,logam berat ,minyak dan kemungkinana juga

bahan radioaktif .Ini termasuk sisa-sisa dari sektor penternakan Bahan-bahan seperti pestisida

dan bahan kimia lain di ditemui di dalam air yang tercemar berpunca sektor pertanian.akibat

dari penggunaan baja yang berlebihan.


Permusnahan terhadap alam sekitar yang serius contohnya penebangan pokok-pokok

di hutan bagi tujuang komersial.Ini bagi membuka penempatan baru untuk kediaman

manusia,atau bagi mendirikan kilang-kilang.Akibatnya air akan tercemar akibat dari

perlepasan air-air sisa dari kilang-kilang ini dan sisi makan dan najis yang di buang oleh

kawasan kediaman manusia. Ini akan mendatangkan kesan termal dan juga sudah pasti akan

mengakibatkan kandungan oksigen di dalam air sungai ,tasik dan laut berkurangan dan

seterusnya menjejaskan ekosistem .

Hujan asid juga boleh menjuruskan kepada berlakunya pencemaran air.Hujan asid

yang mengandungi sulphur dioksida dan juga nitrogen dioksida ,Ini boleh menyebabkan

eutrofikasi dan boleh membunuh kehidupan akuatik,Hujan asid ini sebenarnya berkaitan

dengan pencemaran udara ,Pencemaran udara pula berlaku adalah akibat dari asap-asap

eksos kereta , asap yang dibebaskan semasa melakukan pembakaran secara terbuka.dan

akibat dari perlepasan gas-gas dari kilang ke udara.

Selain dari beberapa punca yang disebabkan oleh manusia,alam semulajadi juga boelh

menyebabkan pencemaran air,Contohnya akibat letusan gunung berapi ,badai atau ribut

taufan dan gempa bumi.Bila ini berlaku maka secara tidak langsung kualiti air pada sungai

,air dan tasik terjejas.

Penyelesaian

Masalah pencemaran air ,sekiranya tidak di tangani ,ia akan mendatangkan kesan

yang buruk kepada manusia ,malah kepada bumi kita sendiri.Sebenarnya pencemaran ini

bolehlah kita katakan bermula dari rumah kita sendiri.Contohnya penggunaan serbuk

pencuci yang berlebihan semasa mencuci pakaian samaada menggunakan mesin pencuci

ataupun menggunakan tangan.Pembuangan sisa-sisa makanan yang basah atau sisa-sisa

organik terutamanya ke dalam longkang secara terbuka .Sebenarnya kelakuan sebegini boleh

di elakkan sekiranyanya kita tahu menghargai alam semulajadi.Sisa-sisa basah atau sisa-sisa
organik ini ,boleh kita lupuskan secara mesra alam.Begitu juga dengan botol-botol plastik dan

botol-botol kaca. Kerajaan telah lama memperkenalkan kempen kitar semula namun sehingga

kini kelihatanya masalah ini masih belum berjaya ditangani dengan berkesan.

Berbalik kepada sisa – sisa organik ini sekiranya hanya di buang di dalam longkang

sudah pasti air longkang akan menjadi kotor dan tercemar oleh bakteria yang boleh

membahayakan dan boleh mengancam kesihatan manusia itu sendiri,.Ini adalah kerana sisa-

sisa makanan ini mengundang lalat-lalat dan pada persekitaran yang sesuai bakteria boleh

membiak.Pembiakan bakteria inilah yang akan memburukkan lagi pencemaran air .Aliran air

longkang biasanya akan terus mengalir ke sungai-sungai berdekatan.

Satu cara yang mungkin agak praktikal dilakukan pada pendapat saya ialah dengan

menanam sisa-sisa makanan ini di tapak yang sesuai .Kawasan yang dianggap sesuai

mestilah letaknya agak jauh dari sungai-sungai atau terletak jauh dari mana-mana punca

air.Ini bagi mengelakkan proses larut resap yang juga boleh mengakibatkan pencemaran

air.Tapak penanaman sisa-sisa makanan ini perlu di gali setelah beberapa bulan sampah –

sampah di tanam dan kemudian di timbus semula.Dalam tempoh beberapa bulan hasil dari

tindakan bakteria di dalam tanah akan mereputkan sisi-sisa organik ini,maka tanah di

kawasan tersebut menjadi gembur membentuk tapak tanah gambut yang subur ..Dengan ini

tapak penanaman sisa-sisa makanan ini boleh di majukan menjadi satu kawasan pertanian

yang mungkin boleh di lakukan secara komersial bagi tapak penanaman sisa-sisa makanan

yang luas. Sebaliknya pula s,ekiranya sisa-sisa makanan ini ditanam di belakang rumah

kediaman ,maka tapak ini boleh digunakan untuk bercucuk taman.Secara tidak lansung ,kita

dapat menjimatkan kos pembelian baja-baja kimia,yang sudah semesti nya baja-baja kimia ini

tidak begitu baik untuk kesihatan manusia..Penggunaan baja-baja kimia ini juga boleh

menyebabkan pencemaran air.Bila sisa-sisa makanan basah ini atau organic ini di kitar

semua secara semulajadi maka sudah tentu sekali pencemaran air sedikit sebanyak boleh di
kurangkan ,Setidak-tidaknya ada usaha bagi menyelesaikan masalah ini.Selain ini ,ia sudah

pasti menjimatkan kos bagi sektor pertanian,dan seterusnya mendatangkan pulangan hasil

yang agak lumayan kepada pekebun-pekebun yang terlibat dalam sektor pertanian.

You might also like