You are on page 1of 21

ITEM SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 Bahagian C [ 20 markah] NILAI-NILAI MURNI 1. BAIK HATI 1.1.

Belas kasihan Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain. 1.2. Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan. 1.3. Murah hati Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya. 1.4. Saling memahami Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing. 1.5. Saling bermaafan Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan. 2. BERDIKARI 2.1. Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain. 2.2. Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba. 3. HEMAH TINGGI 3.1. Kesopanan Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain. 3.2. Mengakui kesalahan sendiri Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. 3.3. Ramah mesra Sedia bergaul mesra dengan semua orang. 4. HORMAT 4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga. 4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik. 4.3. Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri. 4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.

4.5. Patuh kepada undang-undang negara Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada. 4.6. Patuh kepada ketetapan masa - Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah. 5. KASIH SAYANG 5.1. Sayangkan diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri sendiri dan orang lain. 5.2. Sayang alam sekitar Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup. 5.3. Cintakan negara Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme). 6. KEADILAN 6.1. Adil Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian. 6.2. Saksama Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman. 7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.

8.

KEBERANIAN 8.1. Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi. 8.2. Berani kerana benar Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9.

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL 9.1. Kebersihan diri Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat. 9.2. Kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.

9.3. Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain. 10. KEJUJURAN 10.1. Amanah - Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. 10.2. Bercakap benar Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung. 10.3. Ikhlas - Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan. 11. KERAJINAN 11.1. Daya usaha - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. 11.2. Dedikasi Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah. 12. KERJASAMA 12.1. Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela. 12.2. Toleransi Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan. 12.3. Perpaduan - Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa. 13. KESEDERHANAAN 13.1. Pertuturan dan perlakuan yang sederhana Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain. 13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain. 14. KESYUKURAN 14.1. Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

15.

RASIONAL 15.1. Membuat pertimbangan Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

16.

SEMANGAT BERMASYARAKAT 16.1. Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama. 16.2. Kejiranan Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga. 16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

17.

PATRIOTISME 17.1. Menghormati pemimpin 17.2. Berusaha untuk memajukan negara 17.3. Semangat untuk kejayaan negara 17.4. Rela berkorban demi kemakmuran negara

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD NAZRI HJ. MOHTAR UNIT BAHASA MELAYU SK DATUK AWANG UDIN MUKAH

KERTAS 2 (I jam 15 minit) BAHAGIAN A (Masa yang dicadangkan : 15 minit) [10 markah] 1 Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

2 KEPING GAMBAR

3 KEPING GAMBAR

4 KEPING GAMBAR

Bahagian A

No. Soalan

10 9

BAHAGIAN B (Masa yang dicadangkan : 40 minit) [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

10

Bahagian B No. Soalan .

11

....................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... ........... . .......................................................................................................................................

12

30

............................................................................................................................................... ........... BAHAGIAN C (Masa yang dicadangkan : 20 minit) [20 markah] 1 Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pergi memancing ikan haruan, Dapat seekor ikan kelisa; Berhati-hati memilih kawan, Pilihlah kawan berbudi bahasa. Jangan dijolok sarang tebuan, Kalau tak tahan sengatan berbisa; Jangan tersalah memilih kawan, Kelak dirimu hancur binasa. Kakiku sakit terpijak duri, Bisanya sampai ke tulang sendi; Kawan ketawa senang dicari, Kawan menangis tiada yang sudi. Ke Kampung Ulu ke rumah Che Baha, Untuk membeli ayam serama; Kawan yang setia berkongsi usaha, Kejayaan dicapai dikecapi bersama.

13

BAHAGIAN C (Masa yang dicadangkan : 20 minit) [20 markah]

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

14

15

Bahagian C No. Soalan

20 16

KERTAS 2 (I jam 15 minit) BAHAGIAN A (Masa yang dicadangkan : 15 minit) [10 markah] 1. Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

17

BAHAGIAN B (Masa yang dicadangkan : 40 minit) [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Kamu ialah ahli Persatuan Bahasa Melayu dan sedang berbincang dengan ahliahli persatuan bagi melaksanakan Minggu Bahasa Melayu. Tulis perbualan kamu dan kawan-kawan kamu itu selengkapnya. ATAU 2.Sukan sangat penting kepada semua orang. Terangkan kebaikan sukan kepada murid sekolah.

ATAU 3. Kamu telah berpindah ke sekolah baru. Ceritakan pengalaman kamu ketika di hari pertama kamu di sekolah tersebut.

18

BAHAGIAN C (Masa yang dicadangkan : 20 minit) [20 markah] 2 Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pergi memancing ikan haruan, Dapat seekor ikan kelisa; Berhati-hati memilih kawan, Pilihlah kawan berbudi bahasa. Jangan dijolok sarang tebuan, Kalau tak tahan sengatan berbisa; Jangan tersalah memilih kawan, Kelak dirimu hancur binasa. Kakiku sakit terpijak duri, Bisanya sampai ke tulang sendi; Kawan ketawa senang dicari, Kawan menangis tiada yang sudi. Ke Kampung Ulu ke rumah Che Baha, Untuk membeli ayam serama; Kawan yang setia berkongsi usaha, Kejayaan dicapai dikecapi bersama.

19

NAMA : ...

KELAS :

KESALAHAN AYAT Taandakan / pada ayat-ayat yang betul dan X pada ayat-ayat yang salah. Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 . 11 . 12 . 13 . 14 . 15 . 16 . 17 . 18 . 19 . 20 . Ayat Mawi paling terpandai di dalam kelas 6 Bestari. Semua murid-murid yang sesat di hutan itu telah dijumpai. Di musim perayaan , pasar raya agak sibuk. Rizal menghantar sepucuk surat pada abangnya yang sedang belajar di luar Negara. Rosni memcuci pinggan sambil adiknya menyapu sampah di halaman rumah. Mana baju panas yang saya beli semalam? Rumah Sazali terletak antara sekolah dengan balai raya di kampungnya. Maklumat tentang pertandingan nyanyian itu akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Barang antik itu diperbuat dari kayu jati. Setengah orang percaya akan cerita dongeng itu. Memang sudah menjadi rasmi Pak Ayop menghirup secawan teh sebelum memulakan tugasnya di ladang sawit. Tugas seorang doktor adalah merawat pesakitnya. Ayah sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Dato Azman mewarisi sebahagian hartanya kepada rumah kebajikan. Kamal kesakitan setelah menyepak seketul batu. Tidak lama lagi kita akan menduduki peperiksaaan UPSR. Sikap ketidak adilannya menyebabkan dia tidak digemari ramai. Masakan ibu dicampurkan dengan pelbagai rempah-ratus. Yang berbaju biru itu siapakah? Adik bermain sambil berbual seorang diri. //X

20

Markah : .

21

You might also like