You are on page 1of 2

ARAH MATA ANGIN Tujuan: Arah mata angin adalah arah khas yang ditunjukkan oleh medan magnet

di bumi. Empat arah utama mata angin adalah Utara, Selatan, Timur dan Barat yang bersudut 900 antara satu dalam satu bulatan / pusingan. Selain daripada boleh menentukan oleh compass arah mata angin juga boleh ditentukan oleh matahari, kerana matahari terbit dari Timur dan bergerak ke Barat. Arah mata angin sangat berguna untuk membantu menentu, menerang dan mengikuti arah perjalanan yang diberi dengan lebih berkeyakinan. Teknik: 1. Pada peringkat permulaan, guna rajah timbul bagi menentukan arah utama mata angin.

Utara

Barat

timur rrrrr rarat Selatan

2. Jelaskan kepada klien beberapa petanda kekal yang telah biasa kepadanya. Contoh: Matahari berada di Timur di waktu pagi dan di Barat di waktu petang. 3. Jalankan beberapa latih-tubi bagi memastikan penerimaan dan kefahaman klien. A. Gunakan anggota badan klien berdiri menghadap Utara Tangan kanan angkat ke arah Timur Tangan kiri angkat ke arah Barat Belakang menghadap Selatan B. Klien berdiri menghadap ke Utara pusing ke kanan, menghadap ke Timur; Selatan; Barat dan balik semula ke Utara. C. Bawa klien keluar ke tempat yang biasa dan melakukan aktiviti di atas.

Perhatian: 1. Latih tubi yang akan dijalankan perlulah dari tempat yang sudah biasa oleh klien, kepada yang belum biasa misalnya dari dalam bilik darjah kemudian keluar ke kawasan sekolah. 2. Setelah klien dapat memahami, barulah dilatih mengenali arah mata angin yang lapan iaitu Utara, Selatan, Timur, Barat, Timur Laut, Barat Laut, Barat Daya dan Tenggara. 3. Setelah klien dapat menguasai pengetahuan serta kefahaman berkenaan arah mata angin, maka ia akan lebih berkemampuan menggunakan petanda-petanda kekal bagi membantu arah perjalanannya.

You might also like