You are on page 1of 12

EKSPERIMEN 5

Tujuan

: Untuk menyiasat kesan kepekatan terhadap daya gerak elektrik (d.g.e.) sel : EC1 ialah akues 1.0 mol dm-3 kuprum(II) nitrat EC2 ialah akues 2.0 mol dm-3 zink nitrat EC3 ialah akues 1.0 mol dm-3 zink nitrat EC4 ialah akues 0.1 mol dm-3 zink nitrat EC5 ialah akues 0.01 mol dm-3 zink nitrat EC6 ialah akues 0.001 mol dm-3 zink nitrat A ialah larutan tepu kalium klorida.

Bahan

Alat Radas : Bekalan kuasa 3V, potentiometer, joki, kepingan zink, kepingan kuprum, 100 cm3 selinder penyukat, 100 cm3 bikar, kertas turas, galvanometer, penyambung klip buaya.

Prosedur

1. Dengan menggunakan silinder penyukat, 50.0 cm 3 EC1 dimasukkan ke dalam bikar A dan 50 cm3 EC2 dimasukkan ke dalam bikar B. 2. Satu jalur kertas turas direndamkan ke dalam larutan tepu kalium iodida. Bagi membina titian garam, satu hujung kertas turas tersebut dicelupkan ke dalam bikar A manakala satu hujung lagi ke dalam bikar B. 3. Kepingan zink dan kuprum dicuci dengan kertas pasir kemudian dibasuhkan dengan air suling serta dikeringkan. 4. Kepingan kuprum diklipkan dengan menggunakan klip buaya dan kemudian ianya disambungkan ke terminal positif bekalan kuasa. 5. Kepingan zink disambungkan ke galvanometer yang telah disambung kepada joki. 6. Terminal negatif bekalan kuasa disambungkan ke penghujung potentiometer yang satu lagi seperti dalam Rajah 3.

7. Kedua-dua kepingan logam tersebut dicelupkan ke dalam larutan masingmasing. Selepas satu minit, joki digerakkan di sepanjang wayar potentiometer sehingga galvanometer menunjukkan bacaan sifar iaitu bacaan yang

menunjukkan tiada arus yang mengalir. Joki tidak digelongsorkan di sepanjang wayar potentiometer bagi mengelakkan pembentukan rintangan. 8. Jarak wayar potentiometer dicatatkan sebagai x cm dan bacaan direkodkan dalam jadual. 9. Eksperimen di atas diulang dengan menggantikan larutan EC2 dengan larutan lain seperti yang terdapat dalam jadual. Kertas turas yang baru digunakan bagi setiap larutan baru yang diuji. 10. Nilai Esel dikira dengan menggunakan formula berikut :

Esel =

x _________________________ X 3 V Panjang wayar potentiometer

Bekalan kuasa 3V Potentiometer

Joki kuprum Larutan kuprum (II) nitrat Zink

Titian Garam

Larutan zink nitrat

Rajah 3 Keputusan :

Panjang wayar potentiometer = 100 sm

Amali

Bikar A

Bikar B

Panjang wayar, x/cm

Esel/ V 1.77

[Zn2+] / mol dm-3 2.0

lg [Zn2+]

50 cm3 EC1

50 cm3 EC2 50 cm3 EC3 50 cm3 EC4 50 cm3 EC5 50 cm3 EC6

59.00

0.301

50 cm3 EC1

63.00

1.89

1.0

0.00

50 cm3 EC1

69.50

2.09

0.1

-1

50 cm3 EC1

71.50

2.15

0.01

-2

50 cm3 EC1

80.50

2.42

0.001

-3

Pengiraan : Nilai Teori Zn2+ 2.0 mol dm-3 E = E - 0.0592 2 log [Zn2+] [Cu2+] Nilai Teori Zn2+ 1.0 mol dm-3 E = E - 0. 0592 2 log [Zn2+] [Cu2+]

= 1.10 - 0.0592 log 2.0 2 1

= 1.10 - 0.0592 log 1.0 2 = 1.10 - 0.0592 x 0 2 = 1.10 0.0296 x 0 = 1.10 - 0 = 1.10 V 1

= 1.10 - 0.0592 x 0.301 2 = 1.10 - 0.0296 x 0.301 = 1.10 0.0089 = 1.09 V

Nilai Teori Zn2+ 0.1 mol dm-3 E = E - 0.0592 2 log [Zn2+] [Cu2+]

Nilai Teori Zn2+ 0.01 mol dm-3 E = E - 0. 0592 2 log [Zn2+] [Cu2+]

= 1.10 - 0.0592 log 0.1 2 1

= 1.10 - 0.0592 log 0.01 2 1

= 1.10 - 0.0592 x (-1) 2 = 1.10 - 0.0296 x (-1) = 1.10 - (- 0.0296) = 1.10 + 0.0296 = 1.13 V

= 1.10 - 0.0592 x (- 2) 2 = 1.10 - 0.0296 x (- 2) = 1.10 - (- 0.0592) = 1.10 + 0.0592 = 1.16 V

Nilai Teori Zn2+ 0.001 mol dm-3 E = E - 0.0592 2 log [Zn2+] [Cu2+]

= 1.10 - 0.0592 log 0.001 2 1

= 1.10 - 0.0592 x (- 3) 2 = 1.10 - 0.0296 x (- 3) = 1.10 - (- 0.0888) = 1.10 + 0.0888 = 1.19 V

Nilai Eksperimen : Esel =

x Panjang wayar potentiometer

x 3V

Nilai Eksperimen Zn2+ 2.0 mol dm-3 Esel = 59 100 = 0.59 x 3V = 1.77 Nilai Eksperimen Zn2+ 0.1 mol dm-3 Esel = 69.5 100 = 0.695 x 3V = 2.09 V x 3V x 3V

Nilai Eksperimen Zn2+ 1.0 mol dm-3 Esel = 63 100 = 0.63 x 3V = 1.89 Nilai Eksperimen Zn2+ 0.01 mol dm-3 Esel = 71.5 100 = 0.715 x 3V = 2.15 V x 3V x 3V

Nilai Eksperimen Zn2+ 0.001 mol dm-3 Esel = 80.5 100 = 0.805 x 3V = 2.45 V x 3V

Perbincangan : Eksperimen yang dijalankan adalah sel kimia dimana dua jenis logam berlainan direndam dalam suatu elektrolit dan disambung dengan wayar penyambung. Dalam eksperimen ini, kepingan zink merupakan logam yang berkedudukan lebih tinggi dalam siri elektrokimia iaitu logam yang lebih elektropositif bertindak sebagai terminal negatif sel. Hal ini kerana logam zink cenderung untuk menyingkirkan elektron dan mengalami proses pengoksidaan. Maka logam zink bertindak sebagai agen penurunan. Manakala kepingan kuprum bertindak sebagai terminal positif sel kerana logam kuprum yang berkedudukan lebih rendah dalam siri elektrokimia merupakan logam yang kurang elektropositif.Hal ini kerana logam kuprum cenderung untuk menerima elektron dan mengalami proses penurunan. Maka, logam kuprum bertindak sebagai agen pengoksidaan. Dalam sel kimia zink-kuprum, kepingan zink bertindak sebagai anod iaitu terminal negatif sel kerana elektrod zink mengalami proses pengoksidaan berlaku. Kepingan kuprum bertindak sebagai katod iaitu terminal positif sel kerana elektrod kuprum mengalami proses penurunan berlaku. Eksperimen yang dijalankan merupakan Sel Daniell. Hal ini dapat dijelaskan melalui konsep Sel Daniell iaitu

pembinaan sel yang terdiri daripada dua kepingan logam yang berlainan direndam dalam larutan garam logam masing-masing

Melalui eksperimen yang dijalankan, kepingan zink dan kepingan kuprum digunakan sebagai elektrod dimana kepingan zink direndam dalam larutan garam zink nitrat manakala kepingan kuprum direndam dalam larutan kuprum (II) nitrat.

Sel kimia zink/kuprum ini dikenali sebagai Sel Daniell yang menggunakan titian garam. Titian garam terdiri daripada secarik kertas turas yang dibasahi dengan larutan garam pekat yang tidak bertindak balas dengan kedua-dua elektrolit.

Dalam eksperimen yang dijalankan, titian garam yang digunakan terdiri daripada secarik kertas turas yang dibasahi dengan larutan garam kalium klorida yang tidak bertindak balas dengan kedua-dua elektrolit iaitu larutan zink nitrat dan larutan kuprum (II) nitrat. Titian garam digunakan dalam ekpserimen ini bertujuan untuk memisahkan kedua-dua elektrolit tetapi membenarkan pemindahan ion berlaku supaya litar elektrik dapat dilengkapkan.

Simbol bagi sel kimia zink/kuprum adalah seperti dibawah Zn(p) / Zn2+(p) Cu2+(ak) / Cu(p)

Berdasarkan simbol sel di atas, terminal negatif ditulis di sebelah kiri manakala terminal positif ditulis di sebelah kanan.Tanda / bermakna terdapat perbezaan keadaan jirim (pepejal dengan cecair) manakala tanda bermakna ada titian garam yang digunakan dalam sel kimia ini. Selain itu, simbol sel di atas menjelaskan tindak balas yang berlaku dalam sel kimia zink/kuprum. Zink yang lebih elektropositif daripada kuprum menderma elektron untuk membentuk ion Zn2+. Ion Zn2+ bergerak ke dalam elektrolit. Zn(p) / Zn2+(p) ditulis di sebelah kiri kerana tindak balas di terminal negatif mengalami proses pengoksidaan seperti yang ditunjukkan oleh persamaan di bawah: Zn(p) Zn2+(ak) + 2e-

Seterusnya, elektron yang dibebaskan akan mengalir melalui litar luar ke kepingan elektrod kuprum dan diterime oleh ion Cu2+ untuk membentuk logam

kuprum. Cu2+(ak) / Cu(p) ditulis di sebelah kanan kerana tindak balas di terminal positif mengalami proses penurunan seperti yang ditunjukkan oleh persamaan di bawah : Cu2+(ak) + 2eCu(p)

Merujuk kepada keputusan eksperimen, didapati bahawa semakin rendah kepekatan larutan zink nitrat yang digunakan, semakin bertambah panjang wayar potentiometer dan semakin meningkat nilai Esel. Eksperimen dijalankan untuk menyiasat kesan kepekatan larutan terhadap daya gerak elektrik (d.g.e) sel, Esel. Oleh itu, persamaan Nerst menjelaskan hubungan di antara kepekatan ion dan keupayaan elektrod. Keupayaan elektrod menjadi lebih positif apabila kepekatan ion-ion dalam setengah sel bertambah dan keupayaan elektrod menjadi lebih negatif apabila kepekatan ion dalam setengah sel berkurang. Persamaan di bawah merupakan persamaan Nerst :

Di mana : E = Daya gerak elektrik (d.g.e) bukan piawai E0 = Daya gerak elektrik (d.g.e) piawai R = 8.31 J K-1 mol-1 = Pemalar universal T = suhu (Kelvin) n = bilangan elektron yang terlibat F = 96 500 C mol-1 = Pemalar Faraday Q = Kc = Hasil bahagi tindak balas Apabila persamaan ditulis dalam log10, ianya adalah seperti berikut :

Dan pada suhu standard 25 oC (298 K), R = 8.31 J K-1 mol-1 dan F = 96 500 C mol-1, persamaan boleh diringkaskan seperti di bawah :

Persamaan di atas menunjukkan bahawa daya gerak elektrik sel berkait dengan Q = Kc = hasil bahagi tindak balas. Apabila proses penurunan berlaku, bahan tindak balas digunakan dan mengurangkan kepekatan bahan tindak balas tersebut. Pada masa yang sama, kepekatan produk tindak balas bertambah hasil dari pertambahan produk tindak balas. Ini secara tidak langsung menyebabkan daya gerak elektrik sel berkurang sehingga mencapai keseimbangan iaitu 0. Berdasarkan keputusan eksperimen, persamaan Nernst digunakan untuk mengira E sel seperti dibawah : Nilai Eksperimen : Esel =

x Panjang wayar potentiometer

x 3V

Nilai Eksperimen Zn2+ 2.0 mol dm-3 Esel = 59 100 = 0.59 x 3V = 1.77 Nilai Eksperimen Zn2+ 0.1 mol dm-3 Esel = 69.5 100 = 0.695 x 3V = 2.09 V x 3V x 3V

Nilai Eksperimen Zn2+ 1.0 mol dm-3 Esel = 63 100 = 0.63 x 3V = 1.89 Nilai Eksperimen Zn2+ 0.01 mol dm-3 Esel = 71.5 100 = 0.715 x 3V = 2.15 V x 3V x 3V

Nilai Eksperimen Zn2+ 0.001 mol dm-3 Esel = 80.5 100 = 0.805 x 3V = 2.45 V x 3V

Pada suhu yang tetap, nilai E bagi elektrod berubah dengan kepekatan. Hal ini dapat dilihat melalui jadual di bawah. Kepekatan [Zn2+]/ mol dm
-3

2.0

1.0

0.1

0.01

0.001

Esel/ V

1.77

1.89

2.09

2.15

2.42

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa daya gerak elektrik (d.g.e) sel, Esel meningkat dan lebih positif apabila kepekatan ion Zn2+ berkurang. Kesan perubahan kepekatan ion Zn2+ boleh diramal secara kualitatif dengan menggunakan prinsip Le Chatelier. Hal ini dapat dillihat melalui gambar rajah sel sistem elektrod kuprum dan zink seperti di bawah: Zn(p) / Zn2+(p) Cu2+(ak) + 2eZn2+(ak) + 2eEsel = ECu - EZn = + 0.34 (- 0.76) = + 1.10 V Cu2+(ak) / Cu(p) Cu(p) Zn(p) E = + 0.34 V E = -0.76 V

Hal ini dapat dijelaskan melalui persamaan setengah di bawah:

Maka, daya gerak elektrik(d.g.e) sel ialah

Persamaan tindak balas di atas berlaku pada keadaan piawai. Menurut persamaan Nerst, apabila kepekatan ion berkurang keupayaan elektrod menjadi kurang positif. E bagi tindak balas Zn2+(ak) + 2eZn(p) ialah 0.76 V. Menurut prinsip Le Chatelier, apabila kepekatan Zn2+ berkurang, kecenderungan Zn2+ untuk membentuk Zn dikurangkan mengakibatkan E lebih negatif daripada 0.76 V. Oleh itu, kepekatan ion Zn2+ dalam setengah sel zink dikurangkan, maka EZn dikurangkan dan daya gerak elektrik (d.g.e) sel bertambah iaitu lebih besar daripada nilai + 1.10 V. Seterusnya, tindak balas keseluruhan bagi sel ini adalah seperti di bawah. Zn(p) + Cu2+(ak) Zn2+(ak) + Cu(p)

10

Menurut prinsip Le Chatelier jika kepekatan ion Zn2+ diturunkan, keseimbangan akan beralih ke kanan. Maka, nilai daya gerak elektrik (d.g.e.) sel bertambah. Setelah wayar disambung dengan lengkap, didapati jarum voltmeter terpesong. Melalui pemerhatian yang dilakukan, didapati arah pesongan jarum voltmeter menunjukkan bahawa arus mengalir daripada kepingan kuprum kepada kepingan zink. Potentiometer merupakan alat yang digunakan untuk mengukur arus elektrik. Potentiometer juga boleh digunakan untuk mengubah nilai arus yang mengalir dalam sesuatu litar. Dalam eksperimen ini, potentiometer digunakan untuk mengubah nilai arus agar keseimbangan dapat dicapai dalam sel kimia yang disambungkan kepadanya. Berdasarkan eksperimen, semakin rendah kepekatan ion zink(II) nitrat yang digunakan semakin bertambah nilai Esel, dan joki digerakkan pada jarak yang semakin jauh dari permulaan potentiometer. Ini menunjukkan peningkatan arus yang diperlukan bagi menyeimbangkan tindak balas yang berlaku.

Langkah berjaga-jaga : Eksperimen ini dijalankan dengan penuh berhati-hati. Antara langkah

keselamatan yang telah diambil adalah dengan memastikan elektrod yang digunakan iaitu elektrod zink dan kuprum dicuci terlebih dahulu dengan menggosokannya menggunakan kertas pasir. Ini adalah bagi memastikan elektrod tersebut bersih daripada sebarang benda asing yang melekat pada permukaan atau terdapatnya kesan teroksida pada elektrod itu. Hal ini kerana, elektrod yang terdedah tersebut mempunyai potensi untuk bertindakbalas dan teroksida jika dibiarkan terdedah ke persekitaran. Maka, sangat penting untuk mencuci elektrod terlebih dahulu sebelum menjalankan ujikaji. Walau bagaimanapun, pastikan elektrod yang telah dicuci dengan kertas pasir tersebut kemudiannya dibasuh dengan menggunakan air suling dan dikeringkan. Ianya perlu dikeringkan sebaik mungkin bagi mengelakkan daripada benda asing yang terdapat di persekitaran melekat pada permukaan elektrod yang basah tersebut. Selain itu, pastikan elektrod yang dikepit pada klip buaya diletakkan secara menegak ke dalam bikar yang berisi larutan ujikaji. Ini penting kerana ia turut mempengaruhi nilai ujikaji

11

yang dilakukan. Jika sukar dilakukan, elektrod tersebut boleh dikepitkan sekali di dinding bikar. Seterusnya, langkah penting yang perlu diberi perhatian adalah mengenai titian garam. Pertamanya, titian garam yang telah dicelup dan digunakan bagi ujikaji yang pertama haruslah ditukar atau diganti dengan titian garam yang baru. Ini adalah kerana titian garam yang digunakan hanya mampu berfungsi dalam satu tempoh yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 1 minit sahaja. Jika, ianya digunakan dalam tempoh masa yang lebih daripada itu, pengaliran ion tidak dapat berlaku dengan efektif lagi apatah lagi jika ingin digunakan berulang-ulang kali untuk ujikaji yang berikutnya. Keduanya, jarak titian garam itu juga haruslah seragam bagi kesemua ujikaji yang dilakukan. Oleh itu, pastikan kedua-dua bikar yang diletakkan itu mempunyai jarak yang sama sahaja. Di samping itu, pastikan joki yang diletakkan pada dawai di potentiometer itu mempunyai daya tekanan yang sama tanpa menggelongsorkannya. Hal ini kerana, jika digelongsorkan, ianya akan turut mempengaruhi nilai sebenar bacaan yang akan diperoleh. Begitu juga dengan tekanan, jika terlalu kuat atau perlahan turut

menjejaskan bacaan. Oleh itu, yang terbaik adalah mengambil sekara berhati-hati dan teliti. Bukan itu sahaja, pastikan bacaan yang diambil dengan serta-merta. Elakkan daripada teragak-agak untuk mengambil bacaan walaupun perubahan yang dapat dilihat pada galvanometer tersebut adalah sedikit dan sukar. Akhir sekali, langkah ini sememangnya penting untuk dititikberatkan iaitu pastikan mata berserenjang dengan skala yang terdapat pada galvanometer dan potentiometer. Elakkan daripada berlakunya ralat paralaks bagi mendapatkan nilai yang lebih jitu dan tepat.

Kesimpulan : Dalam sel kimia proses pengoksidaan berlaku di anod iaitu terminal negatif sel manakala proses penurunan berlaku di katod iaitu terminal positif sel. Semakin rendah kepekatan larutan zink nitrat yang digunakan, semakin bertambah panjang wayar potentiometer dan semakin meningkat nilai Esel.

12

You might also like