TAJUK 1

(SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK)

Sinopsis Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. 2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke 20 Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman praSocrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah,

khususnya untuk retorik dan puisi. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Zaman Arab. ganti nama dan kata depan. Namun demikian. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Secara umumnya. 1. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. iaitu kata penghubung.2 Zaman Pertengahan. tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. . iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia. namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja.nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani. iaitu pertuturan. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tensedalam bahasa Yunani. anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa.participal.

morfologi dan sintaksis. Gunakan bahasa sendiri menunjukkan anda faham apa yang dibincangkan. Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu. berimbuhan dan bahasa berfleksi. Tugasan: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda. hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu. 1. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. iaitu antropologi dan sosiologi. zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden. iaitu sekitar abad ke-19. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. iaitu bahasa berisolasi. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasabahasa di dunia kepada tiga kelompok. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. . Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

· Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna. iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. iaitu pemikiran Edward Sapir. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman (ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik Kerangka Tajuk Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden” Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori behaviourisme Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk Language (1881) 1. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif. TAJUK 2 : PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK Sinopsis Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik.Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. · Menurut beliau. Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. · Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik · Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. bahasa akan sentiasa berubah. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. .

· Rumusan beliau. · Dalam sejarah ilmu linguistik moden. beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. · De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. · Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya. 1. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Buku beliau yang popular ialahLanguage (1933). iaitu secara sinkronis dan diakronis. sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan ataustimulus.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik · Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. · Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Dengan kata lain. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik · Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden.1. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. . Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Tugasan : Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield.

TAJUK 3: BIDANG LINGUISTIK Sinopsis Tajuk tiga ialah bidang linguistik. · Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan. linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa. · Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. ejaan. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. · Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahanbahan mengajarkan bahasa. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum. Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. · Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. . Kerangka Tajuk Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik 3. iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan · Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am. iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan. linguistik sejarah. bentuk kata. · Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. · Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. deskripsi.

seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. · Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza. · “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto. iaitu secara deskriptif. dan tidak rapat hubungannya. umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi. . · Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa. · Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. · Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. sintaksis. · Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untukmembandingkan sistem-sistem fonologi. dan perubahan-perubahan sistematik. cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa. sistem-sistem morfologi. · Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. iaitu terjemahan dan perkamusan. · Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: · Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. · Pada dasarnya. · Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. · Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh. dan leksikon.· Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan. tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. kaedah perbandingan tidak begitu berguna. dijangka amat tetap. setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah. · Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan · Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. · Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. 3.

Tujuan Linguistik perbandingan adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga. · Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. kajian perlu dilakukan secara diakronik. · Kemudian. yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. · Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. • Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. linguistik evolusi.3 Linguistik Kontekstual • Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplindisiplin akademik yang lain. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.· Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. . Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. linguistik pengiraan. serta sains kognitif. 2. · Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuan linguistik histori adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. · Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. · Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibandingkan itu. · Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. · Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu 3. • Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. • Sosiolinguistik. Tugasan: 1. linguistik antropologi. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa sematamata untuk tujuan sendiri.

Kajian saintifik tentang bahasa. 2. Berkaitan dengan bahasa. makna dan kepentingan (meaningful).Yang membawa maksud. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur 2005). Kontekstual membawa pengertian: 1. Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). Linguistik Kontekstual Menurut J. 2.Yang berkenaan. Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. Linguistik ialah1. Hasil Pembelajaran: 1. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji . Kuala Lumpur 2005). 1968 . Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurut John Lyons (1968). Mengenalpasti aspek-aspek bahasa. Lyons. 2. Menurut Kamus Dwibahasa (1981). Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik.Tajuk 4: LINGUISTIK KONTEKSTUAL Sinopsis: Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplindisiplin akademik yang lain. ada hubungan atau kaitan langsung. kebudayaan dan masyarakat. Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. Ø Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa sematamata untuk tujuan sendiri. relevan. Kontekstual ialah-Berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. mengikut konteks. Definisi kontekstual: Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsifungsi sosial.

bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara. kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial antara penutur. Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari. Pada prinsipnya. Kesimpulannya. pelacakan bahasa rahsia bajak laut. Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi. ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa. masyarakat. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa. dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainya. . mantra dan pelbagai istilah lain lagi. Secara mudah. Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Antropologi Linguistik v Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan. penerimaan istilah akuntasi dalam kalangan ahli ekonomi. bahasa. struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial. kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa. kumpulan sosial. pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti. peranan bahasa.

Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. 2. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik. . Stilistik Menurut Abdullah Hassan (1990) -Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa -Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan -Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Latihan: 1. Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.v Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberi penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif. TAJUK 5 : STILISTIK Sinopsis Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur. v Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation. menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama. Hasil Pembelajaran 1. v Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada sesuatu etnik. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Melihat bagaimana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa. pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.

mudah dimengerti. Pengenalan am Stilistik Bahasa. -Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami. -Namun. Stilistik dari sudut Sastera -Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. . penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. banyak maksud dan mempunyai makna simbolik. -Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya. -Kedua. -Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. -Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. -Ketiga. penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. -Cabang linguistik gunaan atau terapan. -Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur. Prinsip Stilistik -Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.-Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. -Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. -Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik. khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.

-Semasa berkarya. -Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. -Ketujuh.M. -Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami. . -Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti. Latihan: 1. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman. pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya. -Penulis mempunyai cara tersendiri. -Keenam. -Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. pendidikan. Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.-Murry J. -Kelima. sikap dan keperibadian penulis -Keempat. -Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. (1976:7). mesej atau idealisme pengarang. melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi. pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran. pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.

1. kata).TAJUK 6: SIFAT BAHASA Sinopsis Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam Chomsky. 2. • Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan. struktur dan tatabahasanya tidak berubah. • Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. nahu atau bentuk sintaksis. • Pertembungan kebudayaan. • sebagai contoh : BAHASA MELAYU buku itu sebuah buku merah pensel ini BAHASA INGGERIS that car (kereta itu) three red books (tiga buah bukuyang merah) the beautiful book (buku yang cantik itu) 2. • Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. 3. • Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu. Bahasa itu bersifat arbitrari . sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan. Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. melainkan mengikut caracara tertentu. • Walaupun begitu. Bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. ayat. Bahasa sebagai satu sistem • Bahasa mempunyai susunan yang tertentu. Hasil Pembelajaran. pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. Bahasa bersifat dinamis • Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. • Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. 1. susunan perkataan .

Bahasa mempunyai makna Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat. huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas. Sebagai contoh: • dalam Bahasa Melayu itu dipanggil “pintu” • dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” • “puerta” dalam Bahasa Sepanyol.• Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. Latihan: 1. TAJUK 7 : VARIASI BAHASA Sinopsis Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Bahasa sebagai alat berkomunikasi. 5. • Sebagai contoh untuk menyebut kalam . ’a’. • Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. dan ‘m’. • • 6. • Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.Bahasa ialah kepunyaan . Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. • Faktor yang mengubah bahasanya. 4. • Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan bendabenda yang dimaksudkan. termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai. – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi. ’l’. iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu. – pendengar : orang yang dilawan bercakap. ’ a’. Bahasa itu linear • Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu.

Terengganu. kosa kata dan tatabahasa. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. — Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. — Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Melaka. Variasi Bahasa. — Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Negeri Sembilan. Pahang. Makin besar jumlah penuturnya. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.masyarakat yang menuturkannya. Pahang. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Perak dan Johor. Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. seperti latar belakang pendidikan. Melaka. — Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : — Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan — Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. — Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Hasil Pembelajaran 1. — Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. — Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan. Perak dan Johor. — Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu — Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya. seperti dialek Kelantan. Terengganu. — Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek. seperti dialek Kelantan. Makin besar jumlah penuturnya. Negeri Sembilan. 2. makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya. misalnya bahasa . Makin besar jumlah penuturnya. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Dalam rangka Malaysia. — Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktorfaktor sosial. jenis pekerjaan. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu. Dalam konteks Malaysia. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek.

tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. tatabahasa. — Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah. .Melayu atau bahasa Inggeris. — Daripada beberapa variasi satu bahasa. — Dialek mempunyai bentuk tertentu.mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa. jawa. — Dalam bidang ilmu bahasa. dan penggunaan kata-kata tertentu. masih terdiri daripada satu keseluruhan. mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. dan gerak bibir. — Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. untuk berkomunikasi. bukannya suara. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia. — Variasi ini. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina. — Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum. Kalimantan dan sebagainya. sosial dan stilistik. dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan. Tujuannya supaya mudah difahami. ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah). yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan. satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. Variasi Bahasa (Dialek) — Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Bahasa Isyarat — Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual. yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. — Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. bahasa tubuh. yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku. cabang Nusantara. — Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. — Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Sumatera.

analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol). orientasi dan gerak tangan. — Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. — Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama. lengan. Hal yang sebaliknya juga berlaku. yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan. Amerika Serikatdan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Contohnya. Latihan: Dengan memilih cerpen yang sesuai.— Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini. — Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun. serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka. — Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan. . — Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. — Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. dan tubuh.