You are on page 1of 13

SOALAN 2 2.

1 Kepentingan Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, berdasarkan teori-teori dan pemerolehan bahasa, terdapat empat jenis pendekatan mengajar bahasa iaitu deduktif, induktif, elektik dan komunikatik. Pendekatan Deduktif Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, pendekatan deduktif memerlukan guru untuk lebih mementingkan pengajaran undang-undang bahasa daripada penggunaan bahasa. Beliau juga menyatakan bahawa pelajaran bahasa dimulakan dengan huraian undang-undang bahasa sebelum guru memberikan contoh-contoh menggunakan undang-undang itu dalam ayat. Sebagai contoh, jika guru mengajar tajuk kata kerja, guru akan memberi definisi kata kerja terlebih dahulu sebelum menunjukkan contoh-contoh kata kerja dalam ayat. Terdapat banyak kepentingan penggunaan pendekatan deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satunya ialah penyampaian generalisasi yang disampaikan pada permulaan pelajaran akan menjadikan topik pembelajaran tersebut akan lebih mudah difahami. Selain itu, murid juga dapat memberi contoh-contoh lain kerana pendekatan ini memberi peluang kepada murid untuk memberikan contoh-contoh lain, asalkan contoh-contoh yang digunakan adalah sesuai dan mencukupi. Selain itu, pendekatan deduktif juga adalah beraneka jenis dan dalam aneka konteks, di samping bermakna dan

bukan semata-mata penghafalan. Selain itu, pendekatan ini juga tidak memakan masa yang terlalu panjang pada satu-satu masa. Pendekatan Induktif. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir menyatakan bahawa pendekatan induktif mengkehendaki guru mengajar bahasa dengan cara menunjukkan penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh-contoh, sebelum membuat generalisasi undang-undang unsur bahasa tersebut. Contohnya, jika guru tersebut mengajar tajuk kata tunggal, contoh-contoh kata tunggal akan diberikan terlebih dahulu sebelum memberikan definisinya. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, pendekatan induktif memerlukan guru untuk mendapatkan satu struktur isi yang hendak disampaikan. Selain itu, pendekatan ini juga memudahkan proses pemahaman kerana berdasarkan bahagian-bahagian isi yang saling berkait yang diberi dalam satu struktur, guru menyusun satu turutan langkah-langkah penyampaian yang logikal. Di samping itu, strategi penyoalan juga diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk konsep dan seterusnya membuat generaisasi yang dikehendaki. Selain itu, pendekatan ini juga memerlukan guru memberi latihan yang mencukupi untuk memberi peneguhan dan menguji kefahaman murid. Pendekatan Elektik Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir menyatakan bahawa pendekatan elektik menggabungkan kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Contohnya guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek-aspek yang hendak diajar serta ditambah contoh-contoh. Kemudian murid-murid didorong untuk memberikan contoh-contoh lain dalam aspek yang hampir sama.

Kepentingan pendekatan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah murid dapat memberi contoh-contoh sendiri untuk menggambarkan generalisasi-generalisasi yang telah diperoleh atas dorongan gurunya. Selain itu, murid dapat meneguhkan pembelajaran dengan mengaplikasikan generalisasi yang telah diterangkan serta contoh-contoh sendiri dikemukakan bagi menunjukkan tahap penguasaan mereka. Pendekatan Komunikatif Menurut Hassan Basri Nik Ab. Kadir strategi pengajaran bahasa yang diutarakan oleh pendekatan komunikatif ini adalah berasaskan proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak. Tujuan seseorang kanak-kanak memperlajari bahasa ibundanya adalah untuk memperolehi keperluankeperluannya. Salah satu kepentingan pendekatan komunikatif ini ialah mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan sahaja kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif. Selain itu, pendekatan ini juga meliputi proses kognitif dan interaksi. kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi bahasa supaya mereka dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat. Selain itu, pendekatan ini juga mengutamakan mengutamakan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya, selain mempertimbangkan semua aspek, iaitu aspek linguistik, psikolinguistik dan sosiolinguistik. 2.2 Kepentingan Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Strategi merupakan kebolehan dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Terdapat empat strategi dala pengajaran dan pembelajaran. Kempat-empat

strategi tersebut ialah pembelajaran berpusatkan guru, pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran berpusatkan bahan dan pembelajaran berpusatkan projek. 1) Pembelajaran berpusatkan guru Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. (http://mahirppb.tripod.com) Terdapat beberapa kepentingan pembelajaran berpusatkan guru. Antaranya ialah guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru menjadi penunjuk cara dan saluran informasi relajar. Selain itu, guru juga dapat menguasai kelas. Relajar hanya membuat apa yang disuruh oleh guru dan murid bertindak sebagai pendengar dan penonton. Selain itu, interaksi komunikasi adalah sehala. Di camping itu, kepimpinan guru adalah bersifat autokratik. Namun, strategi ini lebih mementingkan pencapaian penghasilan guru mengajar 2) Pembelajaran berpusatkan pelajar Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran berpusatkan pelajar merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000). Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan

persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya memantau dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya memberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial, menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran. Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka

Selain kepentingan yang dijelaskan di atas, terdapat beberapa kepentingan lain seperti berikut: 1) Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajarannya. 2) B ahan yang dipelajarinya mempunyai releven dan bermakna kepada pelajar.

3) Keterlibatan dan penyertaan adalah penting dalam pembelajaran 4) Hubungan interpersonal antara para pelajar. 5. Guru sebagai fasilitator dan manusia sumber. 6. Pelajar melihat dirinya berbeza sebagai hasil dari pengalaman pembelajaran 7. Pengalaman pelajar bertemu dalam pembelajaran.

3) Pembelajaran berpusatkan bahan Sesetengah strategi pengajaran berpusatkan bahan pelajaran berkait rapat dengan stategi pemusatan guru. Misalnya strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar epeti transperansi dan projektor. Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan-bahan pembelajaran yang lain. Kepentingan pendekatan berpusatkan bahan adalah ianya menggunakan sama ada bahan pengajaran seperti carta, graf, slaid, perakam radio dan sebagainya. Selain itu, pendekatan berpusatkan bahan pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan-bahan bercetak dan Komputer juga digunakan dalam strategi ini. Penggunaan alat bantu mengajar seperti ini dapat merangsang kognitif pelajar untuk memahami pembelajaran tersebut. Atas sebab itulah, bahan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru dan murid bergantung kepada bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan atau digunakan. Proses interaksi berlaku dengan aktif antara guru dan murid, murid dan murid dan guru dan murid 6

dengan bahan. Selain itu, murid juga dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran guru. Di samping itu, peluang interaksi antara murid juga adalah banyak. Hubungan social dapat dicipta melalui strategi ini. 4)Pembelajaran berpusatkan projek Pembelajaran berpusatkan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik atau terancang dalam jangkamasa tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Kepentingan pembelajaran berpusatkan projek ini adalah seperti yang berikut: 1) Membentuk interaksi yang positif dalam kalangan murid. 2) Memotivasikan murid sekaligus menarik minat dan tumpuan murid yang kurang memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3) Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan. 4) Membantu pelajar menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, beromunikasi dan pengurusan diri. 5) Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti. 6) Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat. 7) Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. 2.3 Kepentingan Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Mangantar Simanjuntak mendefinisikan kaedah sebagai prosedur yang diikuti dalam menerapkan pendekatan. Othman Zakaria pula menyatakan bahawa kaedah ialah menyampaikan bahan yan g tersusun mengikut kehendak

pendekatan yang telah ditentukan. Khatijah Abdul Hamid (1985) pula menyatakan bahawa kaedah ialah strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karangan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Antara kepentingan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah seperti berikut: 1) Para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. 2) Mencapai taraf penguasaan kemahiran pelajar disamping menjamin kekekalannya. 3) Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. 4) Mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. 5) Dapat memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. 6) Pelajar dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

7) Pelajar berpeluang untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. 8) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. 9) Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan. 10) Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur. Sebagai contoh, dalam kaedah bacaan dapat diterapkan teknik bercerita. Ia merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar, di samping dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.

2.4 5 Teknik Pengajaran dalam Bahasa Melayu 1) Teknik Permainan Bahasa Teknik ini mengaplikasikan bahasa dalam permainan. Kekuatan Kelemahan 1) Penglibatan dalam permainan telah 1) Terdapat pelajar yang bermain memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. 2) pelajar dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran berbahasa sekaligus. 3) Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan sistem pendidikan di negara kita. Cadangan 1) Guru haruslah membahagikan murid kepada beberapa kumpulandan melantik seorang ketua daripada kumpulan tersebut untuk tujuan kawalan kelas. 2) Guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk bercakap, di samping memantau bahasa murid. 3) Guru haruslah memberikan aktiviti yang menarik supaya murid tertarik dengan pengajaran guru. tanpa mengambil kira aspek pembelajaran. 2) Guru tidak dapat mengawal keadaan kelas sekiranya pelajar leka bermain. 3) Berlaku pertentangan pendapat yang seterusnya membawa pertelingkahan dalam kalangan murid.

2) Teknik Bersoal Jawab

10

Guru bersoal jawab dengan murid dan sebaliknya. Kekuatan 1) Berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. 2) Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. 3) Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kelemahan 1) Murid tidak memahami soalan yang diutarakan. 2) Tahap soalan adalah tidak dapat bertepatan dengan kognitif murid. 3) Murid tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap soalan yang diutarakan. 4) Murid mengutarakan soalan yang tiada kaitan dengan topik

pembelajaran. Cadangan

1) Guru haruslah membuat persediaan soalan terlebih dahulu. 2) Guru memberikan ganjaran atas soalan yang dapat dijawab oleh murid. 3) Menasihati murid yang pasif di dalam kelas.

3) Teknik Inkuiri Teknik ini merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Kekuatan Kelemahan 1) Dapat menimbulkan daya refleksi 1) Murid tidak mahu membincangkan dikalangan pelajar. 2) merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. 3) melatih pelajar mengemukakan sesuatu masalah tersebut. 2) Masalah sukar untuk diselesaikan. 3) Pelajar enggan bertanya sebarang soalan.

11

pelbagai soalan. 4) memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Cadangan 1) Guru haruslah memberi ganjaran atas kerjasama murid. 2) Guru hendaklah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan seterusnya membicangkan masalah tersebut dalam kumpulan. 3) Menasihati pelajar yang enggan bertanya.

4) Teknik Bercerita Pelajar belajar melalui teknik bercerita. Kekuatan Kelemahan 1) Merupakan salah satu pendekatan 1) Terdapat pelajar yang masih tidak yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. 2) Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. 3) Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar tahu membaca. 2) Terdapat pelajar yang membaca dengan laju. 3) Guru memberi bahan yang kurang sesuai dengan kognitif murid. 4) Murid berasa malu untuk bercerita di hadapan rakan-rakan.

12

Cadangan 1) Guru haruslah memberi ganjaran atas kerjasama murid. 2) Guru hendaklah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan seterusnya memberikan bahan kepada murid untuk bercerita. 3) Menasihati pelajar yang malu untuk mencuba. 4) Guru hendaklah memberikan bahan yang sesuai sebagai bahan bacaan murid

5) Teknik Sumbangsaran. Pelajar belajar melalui teknik menyumbang idea dan pendapat. Kekuatan Kelemahan 1) Setiap pelajar diberi peluang untuk 1) Terdapat murid yang tidak berminat mengemukakan seberapa banyak idea. untuk menyumbangkan idea. 2) Interaksi antara guru dan pelajar. 3) Guru dapat mengetahui kemahiran berfikir muridnya. 2) Murid berasa malu untuk memberi idea di hadapan rakan-rakan. 3) Topik yang diutarakan adalah sukar bagi tahap kognitif murid. Cadangan 1) Guru haruslah memberi ganjaran atas setiap sumbangsaran murid. 2) Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid. 3) Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas. 4) Guru haruslah menasihati murid yang enggan menyumbang idea.

Kesimpulannya, keempat-empat pendekatan, strategi, kaedah dan teknik adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya adalah saling berkaitan dan merupakan asas dalam pembelajaran. Ia juga merupakan asas bagi mencapai kehendak sistem pendidikan negara amnya dan falsafah pendidikan khususnya. Oleh itu, seseorang guru haruslah bijak dalam menggunakan keempat-empat pendekatan, strategi, kaedah dan teknik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna.

13

You might also like