You are on page 1of 13

PRAKTIKAL 1

Teori :

Apabila

asid bertindak balas dengan alkali,

garam

dan

air

akan

dihasilkan. Sebagai contoh, HCl(aq)+NaOH(aq) NaCl(aq)+H20(l). Hasil tindak balas atau proses ini adalah dikenali sebagai tindak balas peneutralan. Semasa tindak balas peneutralan, haba dibebaskan. Haba ini dipanggil sebagai haba peneutralan. Persamaan umum yang digunakan untuk mewakili tindak balas adalah seperti berikut: Asid + alkali garam + air + haba peneutralan Sewaktu peneutralan, air akan dihasilkan. Ini kerana ion hidrogen, H+ daripada asid akan bergabung dengan io hidroksida, OH - daripada alkali untuk membentuk H20. Ion-ion lain adalah tidak terganggu. Haba peneutralan merupakan perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid meneutralkan 1mol ion OH- daripada alkali bagi menghasilkan air pada keadaan piawai. Tenaga haba yang dihasilkan adalah apabila 1 mol ion OH- bergabung dengan 1 mol ion H+ untuk menghasilkan 1 mol air, H20. Semua haba peneutralan adalah sentiasa bersamaan dengan -57.3 kJmol-1.

Tindak balas haba peneutralan adalah eksotermik. Contoh biasa bagi tindak balas peneutralan yang sangat eksotermik adalah tindak balas antara natrium hydrogen karbonat (alkali) dengan cuka (asid), juga dikenali sebagai asid asetik. Dalam tindak balas ini, natrium hydrogen karbonat (NaHCO3) bertindak balas dengan asid asetik (CH3COOH) untuk dioksida menghasilkan (CO2) dan natrium asetat juga haba (CH3COONa), air(H2O) dan karbon

akan dibebaskan. Persamaan untuk mewakili tindak balas ini adalah:

CH3COOH + NaHCO3 H2O + CO2 + CH3COONa + Haba Gambar rajah di tepi menunjukkan jumlah relatif tenaga yang disimpan di dalam produk dan bahan tindak balas, yang diukur dalam kJ/ mol. Tindak balas peneutralan adalah eksotermik. Tahap tenaga yang pada produk lebih rendah daripada bahan tindak balas. Dalam pengeluaran haba ini, suhu di sekitar turut meningkat. Dalam tindak balas eksotermik, perubahan tenaga adalah negatif, ditulis sebagai H-ve. Ini adalah kerana tenaga dilepaskan, jadi tenaga dalam produk kurang daripada bahan tindak balas.

Semua

tindak

balas

haba

peneutralan

merupakan

tindak

balas

eksotermik. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan bergantung kepada :

a) Kepekatan asid dan alkali b) Kuantiti asid dan alkali yang digunakan c) Kebesan asid

Tujuan

: Untuk menentukan haba peneutralan bagi: (i) (ii) (iii) asid hidroklorik (HCI) dan natrium hidroksida (NaOH) asid sulfurik (H2SO4) dan natrium hidroksida (NaOH) asid nitrik (HNO3) dan kalium hidroksida (KOH)

Bahan

: EC1 ialah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik (HCl) EC2 ialah 1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik (H2SO4 ) EC3 ialah 1.0 mol dm-3 akeous natrium hidroksida (NaOH) EC4 ialah 1.0 mol dm-3 asid nitrik (HNO3) EC5 ialah 1.0 mol dm-3 akeous kalium hidroksida (KOH) 25 cm3 pipet, termometer 00C-1100C (0.20C), 100 cm3 silinder penyukat, cawan plastik dan botol basuhan yang dipenuhi dengan air suling.

Radas

Prosedur : 1. Dengan menggunakan pipet, 25.0 cm3 EC1 ditempatkan ke dalam cawan plastik. Suhu EC1 direkod sebagai suhu awal campuran R dalam jadual di bawah. 2. Dengan menggunakan silinder penyukat, 60 cm3 larutan EC3 ditambah ke dalam cawan plastik yang mengandungi EC1. 3. Campuran R dikacau dengan teliti dengan termometer dan suhu tertinggi yang tercapai direkod dalam jadual di bawah. 4. Campuran R dituang dari cawan plastik. Kemudian cawan dibersihkan dan dibilas dengan air suling. 5. Prosedur di atas diulangi dengan menggunakan (i) 25.0 cm3 EC2 campuran S, dan (ii) 25.0 cm3 EC4 dan 60 cm3 EC5 untuk menggantikan EC1 dan EC3 masing-masing untuk memperoleh campuran T. untuk menggantikan EC1 untuk memperoleh

Keputusan :

Lengkapkan jadual di bawah.

Campuran R EC1 + EC3 Suhu tertinggi /oC Suhu awal /oC Perubahan suhu /oC 330C 290C 40C

Campuran S EC2 + EC3 360C 300C 60C

Campuran T EC4 + EC5 330C 290C 40C

Soalan :

1.

Tuliskan satu persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku dalam campuran R, S dan T. (2 m)

Campuran R = EC1 + EC3 EC1 ialah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik EC3 ialah 1.0 mol dm-3 akeous natrium hidroksida Persamaan ion tindak balas campuran R = H+ + Cl- + Na+ + OH- NaCl + H2O H+ + OHH2O

Campuran S = EC2 + EC3 EC2 ialah 1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik EC3 ialah 1.0 mol dm-3 akeous natrium hidroksida Persamaan ion tindak balas campuran S = H2 + + SO42- + Na+ + OH- Na2 SO4 + 2H2O H2+ + 2OH2H2O

Campuran T = EC4 + EC5 EC4 ialah 1.0 mol dm-3 asid nitrik EC5 ialah 1.0 mol dm-3 akeous kalium hidroksida Persamaan ion tindak balas campuran T = H+ + NO32- + K+ + OH- KNO3 + H2O H+ + OHH2O

2.

Bandingkan nilai haba peneutralan yang anda peroleh dalam (i) (ii) (iii) Campuran R dan S; Campuran R dan T; dan Campuran S dan T

Terangkan mengapa terdapat perbezaan atau persamaan antara dua nilai yang anda bandingkan. (6 m)

Campuran R a)Tenaga haba pembebasan = mc0 = (25.0 + 60.0) X 4.2 X 4 = 1428 J = 1.428kJ b) Bilangan mol yang digunakan oleh HCl = = 0.025

Bilangan mol yang digunakan oleh NaOH = = 0.06

H+ (aq) + OH- (aq)

H2 O(aq)

Bilangan mol air yang dihasilkan = 0.025

c) melalui (a) dan (b)

0.025 mol H2 O yang dihasilkan telah membebaskan tenaga haba sebanyak 1.428kJ.

d) Bilangan tenaga haba yang dibebaskan semasa 1 mol air dihasilkan = 1.428kJ X = 57.12 kJ

Haba peneutralan antara HCl dan NaOH = - 57.12kJ mol-1

Campuran S a)Tenaga haba pembebasan = mc0 = (25.0 + 60.0) X 4.2 X 6 = 2142 J = 2.142 kJ b) Bilangan mol yang digunakan oleh H2SO4 = = 0.025

Bilangan mol yang digunakan oleh NaOH = = 0.06

H+ (aq) + 2OH- (aq)

2H2 O(aq)

Bilangan mol air yang dihasilkan = 0.025

c) melalui (a) dan (b) 0.025 mol H2O yang dihasilkan telah membebaskan tenaga haba sebanyak 2.142 kJ.

d) Bilangan tenaga haba yang dibebaskan semasa 1 mol air dihasilkan = 2.142kJ X = 85.68 kJ

Haba peneutralan antara H2SO4 dan NaOH = - 85.68 kJ mol-1

Campuran T a)Tenaga haba pembebasan = mc0 = (25.0 + 60.0) X 4.2 X 4 = 1428 J = 1.428kJ b) Bilangan mol yang digunakan oleh HNO3 = = 0.025

Bilangan mol yang digunakan oleh KOH = = 0.06

H+ (aq) + OH- (aq)

H2 O(aq)

Bilangan mol air yang dihasilkan = 0.025

c) melalui (a) dan (b) 0.025 mol H2 O yang dihasilkan telah membebaskan tenaga haba sebanyak1.428kJ.

d) Bilangan tenaga haba yang dibebaskan semasa 1 mol air dihasilkan = 1.428kJ X = 57.12 kJ

Haba peneutralan antara HCL dan NaOH = - 57.12kJ mol-1

Bandingan nilai haba peneutralan Campuran R


- 57.12 kJ mol
-1

Keputusan bandingan dan keterangan Nilai haba campuran S adalah lebih tinggi

Campuran S
- 85.68 kJ mol
-1

berbanding dengan Campuran R. (nilai beza)

Ini disebabkan campuran S adalah hasil peneutralan antara asid dwibes dengan alkali kuat. Selain itu, apabila asid sulfurik , H2SO4 dineutralkan oleh natrium hidroksida, NaOH, nilai haba peneutralan adalah dua kali ganda. Ini disebabkan oleh sifat asid diprotik yang dimiliki oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion hidrogen, H+. Campuran R
- 57.12 kJ mol-1

Campuran T
- 57.12 kJ mol-1

Nilai haba antara campuran R dan T adalah sama. (nilai sama)

Ini disebabkan kedua-dua campuran R dan T adalah hasil campuran asid monobes dengan alkali kuat. Campuran S
85.68 kJ mol-1

Campuran T
- 57.12 kJ mol-1

Nilai haba campuran S adalah lebih tinggi berbanding dengan Campuran T. (nilai beza)

Ini disebabkan campuran S adalah hasil peneutralan antara asid dwibes dengan alkali kuat. Selain itu, sifat asid diprotik yang dimiliki oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion hidrogen, H+.

3.

Haba peneutralan antara asid kuat dan bes lemah ialah -57.3 kJ mol-1. Cadangkan dua cara untuk memperbaiki prosedur yang diberi untuk mendapat nilai lebih kurang -57.3 kJ mol-1? (4 m)

Cara 1: Dengan menggunakan cawan polistirena bagi menggantikan cawan plastik. Ini kerana cawan polistirena lebih boleh menyimpan haba berbanding plastik. Ia dapat mengurangkan haba yang yang terbebas ke persekitaran berbanding dengan menggunakan cawan plastik.

Cara 2: Dengan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga (safety precaution) iaitu dengan mengambil bacaan awal termometer setelah ianya dicecah ke dalam cawan plastik untuk seketika. Ini adalah bagi memastikan suhunya telah stabil. Bacaan termometer mesti diteliti sepanjang eksperimen supaya suhu tertinggi yang tercapai dapat direkod. Selain itu, proses untuk mencampurkan asid dan alkali juga perlu dijalankan dengan cepat supaya tindak balas itu boleh lengkap dalam masa yang singkat. Ini adalah bagi menggurangkan kadar pembebasan haba ke persekitaran. Campuran larutan di dalam cawan juga perlu sentiasa dikacau dengan berhati-hati sepanjang masa agar suhu larutan adalah sekata. Bagi meningkatkan prosedur amali juga, suhu yang diukur perlulah hanya diambil bagi suhu yang tertinggi sahaja.

4. Adakah haba peneutralan antara asid kuat dan asid lemah lebih atau kurang daripada -57.3 kJ mol-1? Terangkan . i) Haba peneutralan asid kuat Haba peneutralan bagi asid kuat adalah bersamaan dengan -57.3 kJmol1. Ini kerana asid kuat mengionkan secara lengkap (completely ioinize) di (3 m)

dalam air. Kesemua ion hidrogen H+ terion dan dineutralkan oleh ion hidroksida OH- tanpa menggunakan haba yang terhasil daripada tindak balas peneutralan.

ii) Haba peneutralan asid lemah Asid lemah hanya mengion secara separa di dalam air. Hanya sebilangan kecil ion hidrogen, H+ akan terhasil. Ini adalah kerana kebanyakan molekul asid lemah masih wujud sebagai molekul tak terion. Tenaga haba diperlukan untuk memutuskan ikatan molekul asid tersebut supaya pengionan lengkap berlaku. Maka sebahagian daripada haba peneutralan yang terhasil digunakan untuk mengionkan molekul asid lemah tersebut. . Oleh yang demikian, haba peneutralan bagi asid lemah akan lebih rendah atau kurang daripada -57.3 kJmol-1.

Perbincangan :

Haba peneutralan 1. Haba peneutralan ialah tenaga haba yang dikeluarkan apabila satu mol air terbentuk daripada peneutralan antara satu mol ion hidrogen, H+ daripada asid dan satu mol ion hidroksida, OH- daripada alkali. 2. Dalam tindak balas ini, ion hidrogen(H+) dan ion hidroksida(OH-) bergabung untuk menjadi air (H2O). Jadi, H+ + OH- H2O 3. Perubahan tenaga = mc Di mana, m = jisim campuran tindak balas c = muatan haba tentu campuran tindak balas

= perubahan suhu

4. Nilai haba peneutralan dalam amali ini (-57.12 kJ mol-1) lebih kurang daripada nilai teoritikal (-57.3 kJmol-1) kerana sebahagian haba yang dilepaskan hilang ke persekitaran atau diserap oleh alat

(termometer atau cawan plastik). Kedua-dua haba hilang ini diabaikan dalam pengiraan. 5. Asid dan alkali akan bertindak balas untuk menghasilkan garam dan air. Sebagai contoh dalam amali ini, Asid + alkali garam + air EC1 + EC3 : HCl (aq) + NaOH (aq) NaCl(aq) + H2O(l) EC2 + EC3 : H2SO4 (aq) + 2NaOH (aq) NaSO4 (aq) + 2H2O(l) EC4 + EC5 : HNO3 (aq) + KOH (aq) KNO3 (aq) + H2O(l)

Tindak balas antara asid kuat dan alkali kuat 1. Asid kuat dan alkali kuat mengionkan sepenuhnya (completely ioinize) di dalam air. 2. Apabila kedua-dua bahan tindak balas ini dicampurkan, apa yang berubah dan berlaku ialah pembentukan molekul air. 3. Oleh itu, haba peneutralan adalah haba yang dibebaskan daripada pembentukan 1 mol air dan nilainya adalah kira-kira 57.3 kJ mol-1. 4. Oleh itu, haba peneutralan pelbagai jenis asid kuat dan alkali kuat adalah sama.

Tindak balas antara asid lemah dan alkali kuat 5. Walau bagaimanapun, apabila asid atau alkali kuat terlibat, haba peneutralan adalah lebih rendah daripada 57.3 kJ mol-1. 6. Asid lemah adalah sebahagian dipisahkan dalam air. (partially dissociated in water) 7. Hal ini adalah kerana sedikit tenaga yang perlu memecah ikatan OHuntuk melepaskan ion-ion hidrogen atau ion hidroksida sebelum mereka boleh bertindak balas.

8. Oleh itu, perubahan haba bersih akan kurang daripada 57.3 kJ mol-1.

Rajah di atas menunjukkan tindak balas asid lemah dengan alkali. Tenaga haba diperlukan untuk memecahkan ikatan O-H sebelum H+ boleh bertindak balas dengan OH- untuk membentuk air. Oleh itu,perubahan haba bersih adalah kurang daripada 57.3 kJ mol-1. 9. Haba peneutralan, H antara asid dan alkali menjadi rendah mengikut urutan: H asid kuat/ alkali kuat > H asid kuat/ alkali lemah atau asid lemah/ alkali kuat > H asid lemah/ alkali lemah

Langkah berjaga-jaga semasa menjalani eksperimen (a) Suhu awal bagi campuran larutan direkod selepas termometer dalam larutan selama beberapa minit untuk memastikan larutan tersebut sudah mencapai suhu yang stabil. (b) Bahan tindak balas (asid dan alkali) mesti dicampur dengan segara dan dikacau supaya tindak balas itu boleh lengkap dalam masa yang singkat. Ini bagi mengurangkan kehilangan haba secara pantas ke persekitaran. (c) Campuran yang bertindak balas tersebut juga perlu sentiasa dikacau agar percampuran secara homogenous dapat diperoleh dan supaya suhu adalah sekata. (d) Bacaan termometer mesti diteliti sepanjang eksperimen supaya suhu tertinggi yang tercapai dapat direkod.

Kesimpulan: a) Haba peneutralan bagi asid hidroklorik (HCl) dan natrium hidroksida (NaOH) adalah - 57.12kJ mol-1 . b) Haba peneutralan bagi asid sulfurik (H2SO4) dan natrium hidroksida (NaOH) adalah - 85.68 kJ mol-1 . c) Haba peneutralan bagi asid nitrik (HNO3) dan kalium hidroksida (KOH) adalah - 57.12kJ mol-1 . d) Asid sulfurik ialah asid diprotik, maka haba peneutralannya adalah dua kali ganda daripada asid hidroklorik dan asid nitrik.

Rujukan : L.G. Wade, Jr.( 2006). Organic Chemistry, Sixth Edition. US: Pearson, Prentice Hall.

Rose Marie Gauagher and Paul Ingram. (2001). Complete Chemistry. United Kingdom: Oxford Unversity Press.

Tan Pek Soo. (2008).SPM Bilingual Chemistry. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn.Bhd. Tan Yin Toon. (2000). Kimia Organik STPM. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd. (2011). Interaksi Antara Bahan Kimia. http://icolour.com.my/heraldprinter/Herald%20Printers_Buku%20Teks%20Kimia %20Tg4/BAB%207%20pg116-136.pdf. Diakses pada 20 Januari 2013.

You might also like