Asas Ukuran

M O D U L
MARZITA PUTEH MOHD FAIZAL NIZAM LEE ABDULLAH MAZLINI ADNAN

MODUL ASAS UKURAN

MARZITA PUTEH MOHD FAIZAL NIZAM LEE ABDULLAH MAZLINI ADNAN

MODUL ASAS UKURAN

Marzita Puteh Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah Mazlini Adnan

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK 2012

. electronic or mechanical including photocopy. recording.2309 . Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. 3.my E-mel: penerbit@upsi. II. Diterbitkan di Malaysia/Published in Malaysia by Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim. Malay poetry--History and criticism. All right reserved. 899. Mengandungi indeks Bibliografi : ms. Perak Darul Ridzuan. Malaysia Dicetak oleh/Printed by FR VISION SDN. without permission in writing from the Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means. Judul. I. sama ada dengan cara elektronik. MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Muhammad Bukhari Lubis. Jalan Ho Lo Park 31650. 2.edu. Malay literature--History and criticism.my Atur huruf oleh/Typesetting by Penerbit UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim. 1927-.3 & 3A.Cetakan Pertama/First Printing 2012 © Universiti Pendidikan Sultan Idris 2012 Hak Cipta Terpelihara.N. Perak Darul Ridzuan. / Muhammad Bukhari Lubis. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula. disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun. gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris terlebih dahulu. 1953Sumbangsih tizkari : buat Masuri S. Malaysia Tel: 05-450 6000. or any information storage and retrieval system. Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz. Ipoh Perak Darul Ridzuan.edu.upsi.N.BHD No. Faks: 05-459 5169 Laman Sesawang: www. 479 ISBN 978-983-3759-47-7 1. Masuri S.

ISI KANDUNGAN PRAKATA BIODATA PENULIS PANDUAN KURSUS UNIT 1 PENGENALAN KEPADA ASAS UKURAN Hasil Pembelajaran Pengenalan Rangka Konsep Idea Intuitif Konsep Matematik Pengetahuan Kandungan Pedagogi Masa dan Waktu Ukuran Panjang Timbangan Berat Isi Padu Cecair Alat Sembarangan dan Unit Bukan Piawai Urutan Pengukuran Pengajaran Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 2 SEJARAH ASAS UKURAN Hasil Pembelajaran Pengenalan Masa dan Waktu Ukuran Panjang Timbangan Berat Isi Padu Cecair Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 3 MASA DAN WAKTU Hasil Pembelajaran Pengenalan Konsep Masa dan Waktu Apakah Konsep Masa? Apakah Konsep Waktu? Mengenal Waktu Mengenal Hari Mengenal Bulan Mengenal Jam 19 19 24 24 25 26 27 29 30 10 10 11 12 14 16 17 17 18 1 1 2 4 4 4 5 6 6 6 7 8 8 9 i ii iii .

Tahun dan Dekad Rumusan Kata Kunci Peta Konsep Penilaian Kendiri Rujukan UNIT 4 OPERASI DALAM MASA DAN WAKTU Hasil Pembelajaran Pengenalan Operasi Tambah Operasi Tolak Operasi Darab Operasi Bahagi Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri Peta Konsep Rujukan UNIT 5 UKURAN PANJANG Hasil Pembelajaran Pengenalan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konsep Ukuran Panjang Apakah Konsep Ukuran Panjang? Perbandingan Secara Pengamatan Perbandingan Secara Langsung Perbandingan Secara Tidak Langsung Mengukur dengan Menggunakan Unit Sembangan dan Unit Rujukan Unit Piawai bagi Ukuran Panjang Unit Sentimeter Perkaitan Antara Sentimeter Dengan Meter Unit Milimeter Penukaran Unit Sentimeter ke Milimeter Unit Kilometer Rumusan Kata Kunci Peta Konsep Penilaian Kendiri Rujukan 31 32 35 37 40 44 44 44 45 46 47 47 48 53 58 62 66 66 67 68 70 71 71 71 76 76 76 77 80 81 83 85 88 89 90 93 97 97 97 98 99 . Bulan. Hari.Menyebut dan Menulis Waktu Waktu Kepada Lima Minit Membaca Jadual Waktu dan Kalendar Menyatakan Hubungan Antara Unit Masa Menukar Unit Masa yang Melibatkan Jam.

UNIT 6 OPERASI DALAN UKURAN PANJANG Hasil Pembelajaran Pengenalan Operasi Tambah dan Tolak Operasi Darab dan Bahagi Penyelesaian Masalah Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri Peta Konsep Rujukan 100 100 101 106 115 120 120 121 122 124 UNIT 7 TIMBANGAN BERAT Hasil Pembelajaran Pengenalan Strategi Pengajaran Pembelajaran Konsep Timbangan Berat Apakah konsep Timbangan Berat? Perbandingan Secara Pengamatan Perbandingan Secara Langsung Perbandingan Secara Tidak Langsung Perkaitan Antara Berat. Saiz dan Bentuk Mengukur dengan Menggunakan Unit Sembangan dan Unit Rujukan Unit Piawai bagi Timbangan Berat Hubungan Antara Unit Timbangan Berat Timbangan Dalam Unit Gram dan Kilogram Anggaran Dalam Unit Gram dan Kilogram Rumusan Kata Kunci Peta Konsep Penilaian Kendiri Rujukan 125 125 129 130 130 131 131 134 135 137 138 142 145 146 149 149 149 150 151 UNIT 8 OPERASI DALAM TIMBANGN BERAT Hasil Pembelajaran Pengenalan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Operasi Tambah Operasi Tolak Operasi Darab Operasi Bahagi Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri Peta Konsep Rujukan 152 152 153 155 159 161 164 168 168 169 170 172 .

UNIT 9 ISI PADU CECAIR Hasil Pembelajaran Pengenalan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konsep Isi Padu Cecair Apakah konsep Isi padu Cecair? Perbandingan Secara Pengamatan Perbandingan Secara Langsung Perkaitan Antara Berat. Saiz dan Bentuk Mengukur Isi Padu Cecair Menggunakan Unit Sebarangan dan Unit Rujukan Unit Piawai Bagi Isi Padu Cecair Cara Membaca Alat Penyukat Menyukat Isi Padu Cecair Dalam Unit Mililiter Hubungan Antara Unit Isi Padu Cecair Rumusan Kata Kunci Peta Konsep Penilaian Kendiri Rujukan 173 173 177 178 178 179 180 183 185 187 187 191 192 195 195 195 196 197 UNIT 10 OPERASI DALAM ISI PADU CECAIR Hasil Pembelajaran Pengenalan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Operasi Tambah Operasi Tolak Operasi Darab Operasi Bahagi Rumusan Kata Kunci Peta Konsep Penilaian Kendiri Rujukan 198 198 199 200 203 206 207 209 209 210 212 213 .

Selain itu. kritikan. Operasi Dalam Ukuran Panjang. Perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka ini akhirnya telah menghasilkan Modul Asas Ukuran bagi kegunaan para pelajar dalam bidang ini. Pengenalan Asas Ukuran. Kesemua mereka adalah terdiri daripada pensyarah yang berpengalaman dan berketrampilan dalam pelbagai bidang Pendidikan Matematik. kata kunci. UPSI telah terlibat dalam penghasilan modul ini. Akhir sekali. Unit-unit dimulakan dengan memberikan gambaran awal tentang hasil pembelajaran yang akan diperoleh. Ukuran Panjang. kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pendapat. Setiap unit dalam modul ini disusun mengikut struktur format yang mudah diikuti dan difahami. Modul ini menggunakan ayat dan laras bahasa yang mudah difahami. Modul ini mengandungi 10 unit yang meliputi tajuk-tajuk asas dalam asas ukuran iaitu. sokongan dan apa juga dorongan secara langsung mahupun tidak sehingga terhasilnya modul ini. Operasi Dalam Masa dan Waktu.Prakata |i PRAKATA Modul ini telah ditulis dan disusun secara khusus bagi membantu para pelajar yang mengikuti kursus Asas Ukuran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agar dapat mengenali dan memahami konsep asas ukuran. Operasi Dalam Timbangan Berat. Masa dan Waktu. Fakulti Sains dan Matematik. peta konsep dan soalan-soalan perbincangan berasaskan setiap unit juga disediakan supaya pelajar dapat membuat aplikasi dan penilaian terhadap pemahaman konsep dan aplikasi asas ukuran di dalam kehidupan seharian. Isi padu Cecair dan Operasi Dalam Isi Padu Cecair. Penulis Marzita Puteh Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah Mazlini Adnan . Soalan-soalan juga dibekalkan bertujuan untuk penilaian kendiri. Ia diberikan untuk menguji dan meningkatkan lagi kefahaman pelajar pada setiap unit yang dipelajari. Seramai 3 orang pensyarah daripada Jabatan Matematik. Sejarah Asas Ukuran. Penghasilan modul ini diharap dapat membantu pelajar UPSI khususnya dan pelajar-pelajar lain di Institut Pengajian Tinggi secara amnya. Timbangan Berat. diikuti dengan contoh dan aktiviti yang sesuai.

.

Ijazah Sarjana (Pendidikan Matematik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. UPSI Tanjong Malim. Beliau juga mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Menengah hampir 5 tahun dalam bidang Matematik dan Matematik Tambahan. England. Fakulti Sains Dan Matematik. England dan Diploma Pendidikan (Matematik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. ■Mazlini Adnan Mazlini Adnan ialah seorang pensyarah di Jabatan Matematik. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kebimbangan Matematik adalah kepakaran beliau hingga membuahkan beberapa buku mengenai fenomena ini. Pengalaman beliau yang luas dalam pengajaran dan pembelajaran matematik mebolehkan beliau menghasilkan banyak penulisan sama ada dalam bentuk buku-buku teks dan buku latihan.D di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran beliau dalam bidang pedagogi pembelajaran matematik dan domain afektif adalah bidang yang sangat dekat di hatinya. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Komunikasi Matematik. Norwich. Fakulti Sains dan Matematik. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Matematik dari University of East Anglia. buku-buku ilmiah dan jurnal-jurnal sama ada di dalam atau luar negara. Fakulti Sains dan Matematik. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang Pendidikan Matematik dari University of East Anglia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda (Pendidikan Matematik) dari Universiti Malaya. . Reading. England. Sarjana Pendidikan (Matematik) dan Sarjanamuda Pendidikan (Matematik) dengan kepujian dari UPSI. Sarjanamuda Sains (Hons) Matematik dari University of Reading. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru matematik di dua buah sekolah sebelum menyertai UPSI sebagai tutor pada tahun 2003. Norwich. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau pernah mengajar di Sekolah Rendah hampir 9 tahun dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Sekarang beliau sedang melanjutkan pengajian peringkat Ph. ■Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Matematik. Juga memiliki Sijil Asas Perguruan (TESL) dari Maktab Perguruan Ipoh.B i o d a t a P e n u l i s | ii BIODATA PENULIS ■ Marzita Puteh merupakan seorang profesor di Jabatan Matematik. Sarjana Pendidikan (Komputer Dalam Pendidikan) dari Universiti Malaya. Hulu Kinta.

.

Jadual 1: Anggaran agihan masa pembelajaran KRM 3023 Mod Penyampaian 1. PERUNTUKAN MASA PENGAJARAN PEMBELAJARAN MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) Waktu pembelajaran untuk kursus KRM3023 adalah disyorkan seperti Jadual 1. E-Learning (MyGuru) 4. kursus ini menyediakan modul yang akan membantu pelajar meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Tidak ketinggalan juga. Modul P&P (CD) 3. Anda juga diberikan latihan pengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. KUMPULAN SASARAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah di UPSI. Video P&P (MyGuru) Jumlah Pemberatan 10 jam 10 jam 12 jam 10 jam 42 jam . Tutorial 2. Kursus KRM 3023 memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Ukuran Asas yang merangkumi pembelajaran Matematik di sekolah rendah. modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh. Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar dalam bilik darjah.P a n d u a n K u r s u s | iii PANDUAN KURSUS PENGENALAN Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus.

P a n d u a n K u r s u s | iv

HURAIAN KRM 3023 ASAS UKURAN
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus KRM 3023, anda diharap dapat: 1. Menganalisis konsep bidang ukuran dan perkembangannya. 2. Membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang ukuran. 3. Merancang penggunaan bahan konkrit, media dan teknologi dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang ukuran. 4. Membina Pengetahuan Kandungan Pedagogi (PCK) bagi tajuk-tajuk dalam bidang ukuran. 5. Membuat penilaian dan keputusan secara efektif.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincangkan tentang konten matematik dalam bidang ukuran yang merangkumi topik-topik masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan berat dan isi padu cecair. Pelajar akan memperkukuhkan pengetahuan mereka dengan penekanan kepada konsep-konsep dalam bidang ini melebihi daripada penekanan terhadap nombor-nombor dan pengiraan. Pelajar juga akan mengkaji bagaimana kanak-kanak berfikir dan belajar tentang topik-topik tersebut. Pembinaan pengetahuan pedagogi isi kandungan bagi setiap topik akan dibincangkan secara mendalam. Bahan konkrit, media dan teknologi yang sesuai bagi memperkenal dan memperkembangkan konsep dan kemahiran bagi topik-topik tertentu akan juga dibincangkan.

ISI KANDUNGAN KURSUS
Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada beberapa tajuk utama dan sepuluh (10) unit pembelajaran dirancang untuk memenuhi dan mencapai hasil pembelajaran kursus ini. Sepuluh unit itu ialah seperti berikut :

Panduan Kursus |v

UNIT
1 2 3 dan 4

TAJUK
Pengenalan Asas Ukuran Sejarah Asas Ukuran Masa dan Waktu Konsep masa dan waktu Kesukaran dan miskonsepsi konsep masa dan waktu Integrasi bahan konkrit, media dan teknologi bagi konsep masa dan waktu Pembinaan PCK bagi konsep masa dan waktu Ukuran Panjang Konsep ukuran panjang Kesukaran dan miskonsepsi konsep ukuran panjang Integrasi bahan konkrit, media dan teknologi bagi konsep ukuran panjang Pembinaan PCK bagi konsep ukuran panjang

5 dan 6

7 dan 8

Timbangan Berat Konsep ukuran timbangan berat Kesukaran dan miskonsepsi konsep ukuran timbangan berat Integrasi bahan konkrit, media dan teknologi bagi konsep ukuran timbangan berat Pembinaan PCK bagi konsep ukuran timbangan berat

9 dan 10

Isi Padu Cecair Konsep ukuran isi padu cecair Kesukaran dan miskonsepsi konsep ukuran isi padu cecair Pembinaan PCK bagi konsep ukuran isi padu cecair Integrasi bahan konkrit, media dan teknologi bagi konsep ukuran isi padu cecair

Tugasan
Kerja Kursus Peperiksaan Akhir Jumlah 60% 40% 100 %

P a n d u a n K u r s u s | vi

RUJUKAN
Haylock, D. & Cockburn, A. (1989). Chapter 5: Measurement. In Understanding early years mathematics. London: Paul Chapman. Haylock, D. (2001). Mathematics Explained for Primary Teachers 2nd Edition. London: Paul Chapman Publishing. Lee Peng Yee & Lee Ngan Hoe. (2009). Teaching Primary School Mathematics A Resource Book 2nd Edition. Singapore: McGraw Hill. Outhred, L. N. & Mitchelmore, M. C. (2000). Young children’s intuitive understanding of rectangular area measurement. Journal for Research in Mathematics Education, 31(2): 144-167. Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1999). Teaching mathematics: A sourcebook of aids, activities and strategies. Boston: Allyn and Bacon. Van de Walle, J. A.(2004). Elementary and middle school mathematics: Teaching developmentally. New York: Pearson Education Inc.

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, membuat pengiraan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada internet, buku dan sumber lain-lain.

Unit 1
PENGENALAN KEPADA ASAS UKURAN

ukuran panjang. Pengenalan masa dan waktu. Membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan tajuk masa dan waktu. b. timbangan berat dan isi padu cecair. Operasi tambah. Ukuran Panjang a. U PENGENALAN kuran merupakan satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian. timbangan berat dan isi padu cecair. Penukaran unit panjang. Operasi tambah. Penentuan tempoh masa. ukuran panjang. Pengenalan unit panjang. . timbangan berat dan isi padu cecair. Menyenaraikan pengetahuan kandungan pedagogi untuk tajuk masa dan waktu. Penyataan waktu termasuk sistem 12 jam dan 24 jam. c. c. ukuran panjang. timbangan berat dan isi padu cecair. darab dan bahagi melibatkan masa dan waktu. darab dan bahagi melibatkan panjang. anda diharap dapat 1. Skop bidang pembelajaran ini merangkumi masa dan waktu. Mentakrif masa dan waktu. tolak. d. ukuran panjang. Pengetahuan tentang ukuran dapat membantu pelajar mengendalikan aktiviti seharian mereka. 2. b. Kemahiran yang akan dibincangkan ialah: Masa dan Waktu a. 3. tolak. d.Pengenalan Asas Ukuran |1 UNIT 1 PENGENALAN ASAS UKURAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. Pengukuran dan penganggar.

ukuran panjang.2|Asas Ukuran Timbangan Berat a. lebar dan panjang) Kehidupan seharian mereka (masa bangun. Ukuran adalah satu daripada tajuk yang paling menarik dalam kurikulum matematik sekolah kita. d. b. darab dan bahagi melibatkan isi padu cecair. Oleh itu. Penimbangan dan penganggar. c. Penukaran unit isi padu . RANGKA KONSEP Kanak-kanak membina kefahaman mengenai proses ukuran dan sukatan melalui proses mencuba. murid perlu belajar konsep dan proses yang berkaitan dengan ukuran melalui penglibatan aktif daripada situasi pelbagai amalan. ukur lilit kepala) Perabot bilik darjah (ketinggian kerusi. d. timbangan berat dan isi padu cecair akan dibincangkan. Operasi tambah. tidur. tolak. empat jenis ukuran iaitu masa dan waktu. pasir. b. Operasi tambah. Pengenalan unit timbangan berat. ke sekolah) . batu) Anggota badan (panjang lengan. menerokai pelbagai aktiviti yang bermakna dengan menggunakan bahan-bahan dan objek sekeliling mereka seperti:      Bahan-bahan manipulatif yang terdapat di dalam bilik darjah (blok-blok kiub) Bahan semulajadi (air. Dalam tajuk ini. tolak. Ia adalah biasa dan amalan kemahiran matematik ini digunakan dalam sains dan hidupan seharian. darab dan bahagi melibatkan timbangan berat. Ukuran memainkan peranan yang sangat penting dalam hidupan harian. Isi padu Cecair a. Penyukatan dan penganggar. c. Penukaran unit timbangan berat. Pengenalan isi padu cecair. Tajuk ini meliputi idea intuitif konsep matematik tentang ukuran dan instrumen bukan konvensional dan unit bukan piawai.

ASAS UKURAN Konsep masa dan waktu. menimbang sesama mereka (atau bahan-bahan lain) dengan mesin penimbang atau mengukur ketinggian mereka. Keperluan untuk ukuran dan sukatan yang piawai secara beransur-ansur menjadi penting apabila kanak-kanak sekali-sekala didedahkan kepada aktiviti seperti: memasak kuih. penyukat air. panjang. Rajah 1 menunjukkan rangka konsep keseluruhan pemahaman dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam asas ukuran ini. panjang. penimbang dan jam boleh juga diiperkenalkan dan dimuatkan sebagai sebahagian dari bahan pengukur dan penyukat kepada kanak-kanak untuk diterokai secara tidak formal. Alat-alatan pengukuran dan sukatan yang piawai seperti pembaris. timbangan berat. isi padu cecair Idea intuitif konsep matematik mengenai asas ukuran Alat sembarang -an dan unit tidak piawai Operasi asas melibatkan masa dan waktu. timbangan berat. timbangan berat. lebih banyak/sedikit dan lebih berat/ringan dengan meggunakan ukuran dan sukatan yang tidak piawai. panjang.Pengenalan Asas Ukuran |3 Pengenalan awal ukuran dan sukatan hendaklah menekankan kepada membangunkan perbendaharaan kata perbanding seperti lebih tinggi/rendah. isi padu cecair Rajah 1: Rangka konsep keseluruhan pemahaman dan kemahiran Asas Ukuran . isi padu cecair Penyelesaian melibatkan masa dan waktu.

isi padu cecair. Murid perlu mempunyai pengalaman hands-on barkaitan dengan ukuran. mereka akan menyedari bahawa masa itu berterusan dan tiada penghujungnya. mengecam unit bukan piawai dan piawai untuk mengukur kuantiti. melakukan operasi matematik yang melibatkan ukuran dalam unit piawai.4|Asas Ukuran IDEA INTUITIF KONSEP MATEMATIK Pengajaran kemahiran untuk mengukur perlu dilakukan secara praktikal. Secara spesifik. kemahiran matematik yang utama memerlukan mereka arif dalam: membandingkan dua kuantiti secara terus. Modul ini berfokus kepada membandingkan dua kuantiti secara terus. Ukuran unit bukan piawai dan piawai. menukar antara unit-unit piawai pengukuran. ukuran panjang. Apakah masa dan waktu? Apakah panjang? Apakah berat? Apakah isi padu cecair? Masa dan Waktu Kanak-kanak kurang memahami konsep abstrak masa dan waktu. Apabila mereka semakin dewasa. menganggar dan mengukur kuantiti dalam unit bukan piawai dan piawai. mengecam unit bukan piawai dan piawai bagi ukuran. menyelesaikan masalah harian yang melibatkan ukuran dalam unit piawai. Kanak-kanak perlu belajar untuk mengenali waktu tertentu (menamakan waktu) dan juga mengetahui mengenai sesuatu jangka masa (berapa lama masa untuk memasak nasi) untuk membina pemahaman sebenar mereka . penukaran antara unit-unit piawai pengukuran. timbangan berat. melakukan operasi asas yang melibatkan ukuran dalam unit piawai dan menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pengukuran unit-unit piawai. PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) Pengetahuan berhubung dengan aspek kandungan dan pedagogi adalah penting untuk mengajar tajuk-tajuk berikut : Pengertian masa dan waktu. menganggar dan mengukur kuantiti dalam unit bukan piawai dan piawai. Urutan bagi pengajaran dalam ukuran.

Unit bukan piawai ialah sebarang ukuran panjang abitrari yang digunakan sebagai unit. Unit piawai ukuran panjang telah diterima di peringkat antarabangsa. Manakala unit milimeter. genggam – semua jari ditutup dan dari tepi tapak tangan ke tepi ibu jari (masih lagi digunakan untuk mengukur tinggi kuda). Walau bagaimanapun. Kanak-kanak hendaklah diberikan kesemua aspek konsep masa dan waktu dalam konteks kehidupan seharian sebenar. depa – daripada hujung jari hantu ke hujung jari hantu sebelah tangan lagi satu. batu dan inci dikenali sebagai unit Imperial. tapak kaki dan panjang lengan. contohnya: hasta – daripada siku ke hujung jari hantu. kurikulum sekolah di Malaysia hanya menyentuh unit Metrik sahaja.Pengenalan Asas Ukuran |5 mengenai pengukuran waktu dan jangka perjalanan masa. lidi dan sebagainya. Panjang juga boleh dibandingkan secara tidak langsung dengan membandingkannya dengan panjang ketiga. Ia adalah dua pengertian yang berbeza. rod. bahagian badan menjadi ukuran untuk mengukur unit panjang . kaki – membahagikan ukuran kepada 12 inci. Ukuran Panjang Panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus. Perbandingan ukuran panjang sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan pita pengukur. Contohnya: (a) bahagian badan seperti jengkal. Dahulu kala. Contohnya : (a) ela (b) batu (c) inci (d) milimeter (e) sentimeter (f) meter dan (g) kilometer. sentimeter. Dua ukuran panjang boleh dibandingkan secara terus dengan meletakkannya secara sebelah menyebelah. . Unit-unit seperti ela. meter dan kilometer dikenali sebagai unit Metrik. klip kertas. jengkal – daripada hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng yang diluaskan pembukaan jari. dan (b) objek seperti pen. Konsep masa dan waktu yang abstrak menjadi jelas kepada mereka hanya jika mereka dapat mengaitkannya dengan kejadian dalam kehidupan seharian mereka. dan ukuran asalnya berdasarkan kepada panjang kaki.

Jisim ialah ukuran jumlah jisim dalam suatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim. Unit bukan piawai untuk isi padu cecair ialah sebarang ukuran isi padu abitrari yang digunakan sebagai unit. menjalankan aktiviti seharian. Isi Padu Cecair Isi padu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Unit bukan piawai berat ialah sebarang ukuran berat abitrari yang digunakan sebagai unit. Tajuk ukuran perlu digabung selari dengan hidupan dunia nyata dan pengalaman kerana ini akan meningkatkan pengetahuan murid tentang mustahaknya konsep matematik di sekolah dan kehidupan seharian. pain dan kuart. Maka adalah penting untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa “saiz objek yang besar tidak semestinya lebih berat daripada objek bersaiz kecil”. Unit piawai isi padu cecair diterima di peringkat antarabangsa. auns and gram. Unit ukuran berat yang diterima di peringkat antarabangsa. pengajaran ukuran kepada pelajar sekolah rendah akan membantu mereka membina kemahiran dan konsepnya diperluaskan dan . klip kertas. Apabila melakukan pelbagai aktiviti seharian seperti membeli barangan. contohnya ialah kilogram. Ketulan besi yang kecil mungkin lebih berat bungkusan besar kapas. pain dan kuart adalah unit Imperial untuk isi padu cecair manakala milimeter dan liter adalah unit Metrik. Dengan kata lain berat dua objek tidak boleh dibandingkan dengan melihat. cawan. maka ukuran adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. mangkuk dan baldi. tetapi boleh dipegang dan dirasa. Unitunit seperti pound dan auns ialah unit Imperial bagi berat manakala kilogram dan gram ialah unit Metrik. Biasanya proses berat objek merujuk kepada jisim. konsep jisim adalah lebih sukar untuk difahami kerana jisim tidak boleh dilihat. Juga. Berat objek tidak kadar terus dengan saiz. paku tekan dan batu kelikir. kedua-dua penggunaan terminologi ini agak longgar tetapi pada bahasa maksudnya adalah sama.6|Asas Ukuran Timbangan Berat Dalam sains. gelen. biji getah. Walau bagaimana pun. Contoh objek yang biasa digunakan adalah kekacang. Ciri cecair yang penting ialah isi padunya tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya berubah. Contoh biasa bekas yang digunakan adalah sudu. contohnya liter. Jika dibandingkan dengan panjang. Alat Sembarangan dan Unit Bukan Piawai Eksplorasi ukuran adalah penting untuk pelajar disebabkan ianya adalah satu bidang matematik yang digunakan secara meluas. Unit-unit seperti gelen. pound. perjalanan dari rumah ke sekolah dan lain-lain. terminologi untuk jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza.

panjang. berat dan isi padu cecair melalui perbandingan secara langsung dan tidak langsung. menyatukan konsep unit ukuran melalui penggunaan instrumen pengukuran. Secara keseluruhan. Oleh itu. panjang. membangunkan hubungan antara unit piawai bagi ukuran. Penganggaran menggunakan unit ukuran adalah proses penting untuk dijalani kerana penganggaran dapat menggalakkan mereka berfikir dan membantu mereka untuk memperolehi “measurement sense”. Konsep pengukuran digabungkan dengan memahami hubungan antara unit piawai ukuran seperti 1 meter bersamaan 100 sentimeter. murid belajar konsep ukuran melalui urutan berikut: mengamati dan mengenal pasti atribut masa dan waktu. berat dan isi padu cecair adalah berbeza antara sama lain tetapi pada asasnya urutan pengajaran adalah sama. maka 1 meter bersamaan 1000 milimeter. kita juga memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan pengukuran sendiri. berat dan isi padu diberi penekanan utama. .Pengenalan Asas Ukuran |7 ditajamkan mengikut pembesaran dan perkembangan semasa mereka. timbangan berat dan isi padu cecair. Kecekapan ini kemudiannya dipindahkan dalam menyelesaikan pelbagai masalah matematik. membina konsep tempoh masa dan unit pengukuran melalui pengukuran unit bukan piawai diikuti dengan unit piawai secara langsung. Latihan penukaran antara antara unit piawai akan membantu murid untuk memperoleh kecekapan tinggi dalam matematik untuk tajuk pengukuran. melakukan operasi aritmetik dengan melibatkan tempoh masa dan unit piawai bagi panjang. Urutan Pengajaran Ukuran Walaupun pengertian masa dan waktu. Selain daripada penggunaan instrumen pengukuran konvensional. berat dan isi padu cecair. Belajar untuk membaca jam dan juga skala dengan menggunakan instrumen piawai untuk mengukur panjang. 1 sentimeter bersamaan 10 milimeter. menyelesaikan masalah harian melibatkan masa dan waktu dan unit piawai bagi panjang. adalah berfaedah jika kita menggalakkan pelajar membuat anggaran sebelum membuat sebarang ukuran.

Anggota badan 4. sebelum/ selepas/ antara. membuat kesimpulan dan dapat membuat jangkaan mengenai situasi masa hadapan. menyemak anggaran yang dibuat.8|Asas Ukuran Kenapakah urutan pengajaran untuk setiap ukuran itu penting? Apakah kesannya kepada pelajar jika urutan itu tidak diikuti? Adakah anda fikir ada kemungkinan urutan pengajaran yang berbeza dari yang dicadangkan di atas? RUMUSAN Konsep matematik hendaklah dibina melalui interaksi bersahaja di dalam suasana pembelajaran yang kaya dengan kepelbagaian dan bukannya terkongkong oleh arahan aktiviti guru yang terlalu berstruktur. mereka dapat menyusun maklumat terlebih dahulu. dapat membuat anggaran yang munasabah. paling/ kurang. berapa lebih atau kurang. Kehidupan seharian 7. Mengukur dan menganggar . darab dan bahagi. paling besar/ kecil. Aktiviti pengukuran. Pedagogi 2. Apabila seseorang bijak menyelesaikan masalah. Idea Intuitif 6. Alat pengukuran dan sukatan 3. timbangan dan sukatan seharusnya memberi peluang pelajar untuk membina dan memahami konsep dan proses-proses mengenai asas ukuran. tolak. separuh/setengah mustahak apabila kanak-kanak mula menggunakan empat operasi asas – tambah. Lebih pelbagai pengalamannya. Bahan manipulatif dan bahan semulajadi 5. Sebahagian daripada pengalaman mengenai konsep dan proses itu ialah perbendaharaan kata perbandingan : keupayaan menggunakan dan memahami perbendaharaan kata perbandingan seperti:lebih/kurang/sama. akan menjadikannya seorang yang lebih fleksibel. KATA KUNCI 1.

cuba anda senaraikan beberapa miskonsepsi atau kekeliruan yang berkemungkinan pelajar hadapi di dalam tajuk asas ukuran ini. Cuba tuliskan: Masa dan Waktu: Ukuran Panjang: Timbangan Berat: Isi Padu Cecair: .Pengenalan Asas Ukuran |9 PENILAIAN KENDIRI Dari pengalaman anda sebagai seorang guru.

.

Unit 2 SEJARAH ASAS UKURAN .

.

banyak sistem ukuran yang berbeza digunakan. ia dikaitkan dengan matra jasad manusia. digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. unit ukuran boleh berbeza bukan sahaja dari tempat ke tempat. Menerangkan sejarah perkembangan asas ukuran : masa dan waktu. . Kebanyakannya dikaitkan dengan sesuatu takat atau yang lainnya. Ciri penting bagi sistem moden adalah pemiawaian. Beberapa sistem metrik bagi unit telah berkembang sejak penggunaan sistem metrik asli di Perancis pada tahun 1791. Sistem metrik piawai antarabangsa kini adalah Sistem unit Antarabangsa (SI Unit). Sebagai kesannya. berat. ukuran panjang. PENGENALAN U nit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal. Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. tetapi turut daripada orang perseorangan. ukuran panjang. timbangan berat dan isi padu cecair muncul dari banyak sumber.A s a s U k u r a n |10 UNIT 2 SEJARAH ASAS UKURAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. dan mungkin juga Elam di Parsi. Pengetahuan kita tentang masa dan waktu. rekaan pakaian. ukuran panjang. Sebelum penggunaan sejagat akan sistem metrik. Sistem yang seragam bagi masa dan waktu. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai. Mesir dan Lembah Indus. 2. isi padu cecair dan ukuran yang terawal diketahui telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia. ukuran panjang. timbangan berat dan isi padu cecair dan mengaitkan dengan keperluan untuk menggunakan satu sistem piawaian. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. anda diharap dapat 1. Membincang sejarah perkembangan asas ukuran : masa dan waktu. timbangan berat dan isi padu cecair. Lazimnya. atau penukaran bahan makanan.

fatom.11| S e j a r a h Asas Ukuran Setiap unit mempunyai saiz yang sama semuanya. kajian-kajian mendapati bahawa terdapat artifak-artifak yang menunjukkan manusia telah mula mengukur dan merekod masa. pemburu-pemburu zaman ais di Eropah (20. bulan. dan sebagainya. diukur dalam meter. rantai. atau seperibu meter (milimeter). Peningkatan dan pengurangan berkait dengan unit asas melalui pendaraban kuasa sepuluh. MASA DAN WAKTU Dahulu kala manusia menggunakan matahari.234 meter adalah 1234 milimeter. Kalendar Aztec pula merupakan satu contoh artifak yang menunjukkan puak Mayan di Amerika Tengah menggunakan matahari dan bulan sebagai rujukan dalam menghitung hari. Tidak terdapat banyak unit berlainan dengan faktor penukaran yang berlainan. furlong. batu nautika. Sebagai contoh. planet-planet dan bintang-bintang sebagai rujukan untuk mengukur masa. batu. Namun demikian. Tamadun purba bergantung sepenuhnya kepada pergerakan objekobjek ini dalam menentukan musim.001234 kilometer dan seterusnya. ela. farsakh dan lain lain. sebagai contohnya. atau ribu meter (kilometer). Semua panjang dan jarak. bulan dan tahun. Stonehenge yang dibina di England 4000 tahun dahulu menunjukkan manusia mengukur masa dan waktu menggunakan pergerakan objek-objek di langit. Bolehkan anda fikirkan beberapa jenis jam yang digunakan oleh manusia pada zaman dahulu hingga sekarang? .000 tahun dahulu) telah menggores dan membuat lubang pada tulang-tulang binatang dan kayu-kayu yang berkemungkinan untuk mengira hari. Terlalu sedikit yang diketahui tentang pengukuran masa di zaman prasejarah. dengan itu seseorang boleh menukar hanya dengan mengalih tanda perpuluhan: 1. kaki. 0. seperti inci. Salah satu matlamat sistem metrik adalah bagi mengadakan satu unit tunggal bagi sebarang kuantiti fizikal. pol.

Ukuran kesemua mercu tanda di Malaysia ini diukur menggunakan ukuran piawai iaitu Sistem Metrik atau Sistem International (SI) yang di pelopori oleh orang Perancis pada tahun 1790. Semuanya berbeza di antara satu sama lain. Begitu juga Menara Kuala Lumpur iaitu dengan ketinggian 421 m adalah menara tertinggi di Asia Tenggara. kaki atau jari untuk menyatakan mengenai ukuran panjang. ianya gunung tertinggi di Asia Tenggara dan ketinggiannya ialah 4 100 m. kaki dan tangan. Seterusnya. Unit piawai bagi ukuran panjang dalam Sistem Metrik ialah milimeter (mm). Mereka menetap bahawa ukuran 1 meter sebagai: 1 meter = (1 ÷10 000 000) x jarak dari Khatulistiwa ke Kutub Utara Malaysia telah menjadikan sistem ini sebagai sistem ukuran rasmi sejak 1982. Gambar di dinding-dinding gua menunjukkan bahawa kemungkinan ukuran adalah aktiviti matematik pertama yang dilakukan oleh manusia. Jambatan Pulau Pinang pula iaitu sepanjang 13. Bagaimana pula dengan gunung Kinabalu di Sabah? Tahukah anda berapa ketinggiannya dari paras laut? Ya. Ukuran panjang membolehkan manusia menghayati ketinggian mercu tanda dunia kebanggaan kita rakyat Malaysia iaitu Menara Kembar Petronas. Ukuran yang piawai tidak lagi wujud. meter (m) dan kilometer (km). Kemudian. Sejak dahulu lagi manusia telah menyedari kepentingan ukuran panjang di dalam kehidupan mereka. Perkaitan antara unit ukuran ini ialah: 10 mm = 1 cm 100 cm = 1 m 1 000 m = 1 km Bolehkan anda fikirkan beberapa mercu tanda yang terdapat di dalam dunia? Cuba fikirkan kenapa ia menjadi begitu tersohor? Beribu tahun yang lalu.C. sentimeter (cm). semua orang mempunyai cara tersendiri mengukur.. Sebelum 6000 B. manusia menggunakan alat-alatan yang tidak piawai pula untuk mengukur panjang. manusia menggunakan anggota badan mereka seperti tangan. apabila manusia . Ketinggiannya ialah 452 m dan menara kembar yang tertinggi di dunia.5 km adalah jambatan ketiga panjang di dunia. Manakala Sungai Rejang dengan panjangnya 563 km ialah sungai yang terpanjang di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.A s a s U k u r a n |12 UKURAN PANJANG Sejarah ukuran memberikan gambaran yang sangat kukuh mengenai kita sebagai manusia dan apa yang telah manusia capai sejak zaman gua lagi. Ukuran piawai yang diketahui adalah seperti batu.

uk/educate-explore/factsheets/history-of-lengthmeasurement/history-of-length-measurement-%28poster%29 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah ukuran panjang dan unit-unit yang digunakan untuk mengukur panjang. Tahukah anda unit-unit ukuran yang pernah digunakan sebelum Sistem Metrik atau System International (SI) diperkenalkan di Malaysia? Cuba senaraikan unit-unit yang digunakan dan apakah perkaitannya di antara satu sama lain.npl. Nini pula memberitahu bahawa panjang bilik tidurnya ialah 12 langkah kakinya. Bagaimana pula di luar negara seperti di England atau Amerika? Bolehkah anda senaraikan unit yang mereka gunakan untuk ukuran panjang? Lawati laman web di alamat: http://www. buat refleksi dapatan dengan menjawab soalan berikut:  Kenapakah manusia memerlukan satu sistem ukuran panjang yang standard di dalam kehidupan seharian mereka?  Nabila memberitahu bahawa panjang bilik tidur di rumahnya ialah 10 langkah kakinya.co.13| S e j a r a h Asas Ukuran semakin maju. Kita gunakan ukuran panjang di dalam banyak situasi kehidupan kita seharian. Bilik tidur siapakah yang lebih panjang? Bincangkan. Kurikulum yang dirancang di Malaysia juga memberikan tumpuan kepada kemahiran ukuran panjang yang perlu dikuasai oleh pelajar di Tahap 1 dan Tahap 2 di peringkat Sekolah Rendah. Jadual 5.1 menggabung Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menyenaraikan kemahiran ukuran panjang yang perlu diajar dan dicapai oleh pelajar di peringkat Sekolah Rendah. menulis ukuran panjang dengan tepat. Unit ini akan membincangkan beberapa situasi seharian yang melibatan ukuran panjang dan akan memberi fokus kepada kemahiran mengukur. Keperluan untuk satu sistem ukuran yang diselaras satu dunia telah lama disedari hampir 300 tahun yang lalu. . yang bermakna satu ukuran. Perkataan “metre” telah diberi kepada unit ukuran panjang yang berasal dari perkataan Yunani “metron”. keperluan untuk mempunyai satu sistem ukuran yang piawai menjadi lebih ketara untuk memenuhi kehendak di dalam bidang-bidang kajian sains dan pembangunan ekonomi. Selepas anda selesai. Maka Sistem Metrik yang menggunakan “asas 10” atau sistem “decimal” terbentuk. membaca.

A s a s U k u r a n |14 TIMBANGAN BERAT Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Perkaitan unit-unit ini ialah: 1 kilogram (kg) = 1 000 gram (g) 1 gram (g) = 1 000 miligram (mg) Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis alat penimbang yang pernah digunakan. gantang dan mayam (untuk emas). depa dan batu. rekaan pakaian. Sukatan bagi timbangan berat yang selalu digunakan dahulu seperti tahil. kilogram (kg) pula digunakan sebagai satu unit yang piawai. kati. cupak. Binatang dan barang dagangan digunakan sebagai ukuran berat. Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui telah dicipta pada abad ke-4SM dan ke-3SM di kalangan masyarakat Mesopotamia. bijih timah dan rempah. salah satu ialah penimbang elektronik. Mesir dan Lembah Indus. Unit ukuran berat seperti gram(g). sayur dan sebagainya. terdapat banyak alat yang boleh digunakan untuk menimbang. ia digunakan untuk mengukur berat sesuatu barangan.1 menunjukkan turutan sejarah ukuran berat. banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur contohnya. Pada zaman dahulu. Alat penimbang bungkusan Alat penimbang surat . Kini. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda seperti pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai. Alat penimbang ini digunakan oleh peniaga pada zaman dahulu untuk menimbang barangan keperluan seperti ikan. Bagi timbangan berat. perak. jengkal. Rajah 2. Terdapat pelbagai alatan yang dicipta untuk menimbang berat ialah seperti dacing dan pikul digunakan untuk menimbang emas. atau penukaran bahan makanan.

15| S e j a r a h Asas Ukuran Rajah 2.1: Turutan sejarah ukuran berat Bolehkan anda fikirkan beberapa jenis alat penimbang yang digunakan oleh manusia pada zaman dahulu hingga sekarang? .

Parlimen British telah menghapuskan semua gelen tradisional dan menubuhkan satu sistem baru yang berdasarkan gelen ”imperial” 277. adalah sangat sukar untuk mengukur kapasiti bekas tepat dalam unit padu. Pada tahun 1824. arak atau cecair lain. hogsheads atau bekas lain dengan unit wain yang berbeza seperti bir.5 inci diameter dan 8 inci. Amerika lebih suka menggunakan gelen wain tradisional British yang ditakrifkan oleh Parlimen untuk 231 inci padu. Sistem Imperial British 2 pain (pt) = 1 kuart (qt) 4 kuart (qt) = 1 gelen (gl) Sistem Metrik 1 liter (l) = 1000 mililiter (ml) Bolehkan anda fikirkan beberapa jenis alat penyukat yang digunakan oleh manusia pada zaman dahulu hingga sekarang? .A s a s U k u r a n |16 ISI PADU CECAIR Nama-nama unit isi padu pada zaman tradisional adalah mengikut nama-nama bekas yang standard. Bagi mengelakkan kekeliruan ini. bekas standard telah ditakrifkan dengan menyatakan berat bahan tertentu.42 inci padu. rakyat Amerika tidak cenderung untuk menerima pakai gelen baru ini. Bagi komoditi kering. Malangnya. seperti gandum dan bir. Manakala untuk cecair. yang seterusnya dibahagikan kepada 2 pain setiap satu. Gelen imperial ini direka untuk memegang tepat 10 paun air di bawah keadaan tertentu. Bagi isi padu cecair yang lebih besar. tiga sistem pengukuran isi padu yang berbeza diperkenalkan iaitu AS cecair. Justeru. Sehingga abad yang ke-18. unit gelen telah diperkenalkan untuk unit isi padu cecair. Amerika menggunakan ”fitrah Winchester” yang ditakrifkan oleh Parlimen pada tahun 1696 untuk menjadi kelantangan bekas silinder 18. AS kering dan Imperial British. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara sistem Imperial British dengan sistem metrik yang digunakan kini. ia diukur dengan menggunakan tong. Gelen sentiasa dibahagikan dengan empat kuart. maka Amerika telah memudahkan perkara ini dengan memilih dua gelen sahaja untuk digunakan sebagai unit ukuran isi padu cecair. Dengan itu. Oleh itu.

Deci. meter bagi panjang. Nama gandaan dan pembahagian dibentuk dengan awalan. terutamanya Bumi dan air: 1 meter pada asalnya ditakrifkan sebagai 1/40. centi. Pada sistem metrik awal terdapat beberapa unit dasar atau asas.(perbilion).(perseribu). Mikro. Mega. deci. dan nano. hekto. Pada akhir abad ke-18.(bilion). Masalah tidak sama bukanlah disebabkan oleh unit berlainan tetapi disebabkan unit bersaiz berlainan dengan itu daripada menjadikan ukuran yang ada sebagai piawaian. Satu negara bersatu dengan mata wang tunggal dan pasaran seluruh negara. pemimpin kerajaan revolusi Perancis memutuskan untuk menggunakan sistem baru sepenuhnya. Centi. Pemiawaian 5. KATA KUNCI 1. Awalan yang biasa digunakan bagi gandaan bergantung kepada aplikasi dan kadangkala tradisi.(ribu). bukannya megameter. dan 1 liter air seberat 1 kilogram dan berukuran 1 dm³. Nano . Nama gandaan 7. dan giga. mikro(persejuta). Ia termasuk deka. biasa dan sejagat bagi menggantikan sistem yang berlainan yang sedang digunakan. Louis XVI dari Perancis menyuruh sekumpulan cendekiawan bagi memajukan sistem ukuran yang menyeluruh. gram bagi berat dan liter bagi isi padu. Standard 6.(sepuluh).(peratus). Mili. mempunyai pemangkin ekonomi yang kuat dan dalam kedudukan bagi meninggalkan sistem ukuran lama dan mengambil unit ukuran piwaian. kilo. Ia dihasilkan dari sesama sendiri melalui ciri-ciri objek alam. Deka.(seratus). Kilo. jarak jauh disebut dalam seribu kilometer. Giga . 4. Matra jasad Marusia. Sebagai contoh. Takad 3. Sistem Metrik 2.(juta).000. sebagaimana kebanyakan negara Eropah muncul pada akhir abad ke-18. Hekto. mili. mega.(sepersepuluh).17| S e j a r a h Asas Ukuran RUMUSAN Kemunculan pelbagai sistem ukuran berbeza merupakan salah satu punca utama pertikaian antara pedagang dan penduduk dengan pengumpul cukai.000 daripada ukur lilit kutub Bumi.

cuba senaraikan beberapa unit ukuran asas yang diguna pakai oleh orang zaman dahulu di Malaysia untuk setiap asas ukuran berikut: Masa dan Waktu: Ukuran Panjang: Timbangan Berat: Isi Padu Cecair: .A s a s U k u r a n |18 PENILAIAN KENDIRI Dari pengalaman anda.

.

Unit 3 MASA DAN WAKTU .

.

2. pelajar-pelajar dalam Tahun 1 juga akan dibimbing untuk menyebut dan menulis waktu. Menentukan tempoh masa. Umpamanya dalam Tahun 1.1 menggabung Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menyenaraikan kemahiran ukuran masa dan waktu yang perlu diajar dan dicapai oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Ini akan membolehkan pelajar-pelajar menyatakan waktu dalam sehari. Jadual ini juga menunjukkan bahawa standard kandungan dan standard pembelajaran. anda diharap dapat: 1. Menyatakan waktu dalam sistem 12 jam dan 24 jam. Ini akan membolehkan pelajar-pelajar mengenal pasti dan menyatakan ’setengah’ dan ’satu perempat’ berdasarkan muka jam. Jadual ini juga menyenaraikan standard kandungan dan standard pembelajaran untuk Tahun 2 hingga Tahun 6. PENGENALAN K D urikulum yang dirancang di Malaysia juga memberikan tumpuan kepada kemahiran ukuran masa dan waktu yang perlu dikuasai oleh pelajar di Tahap 1 dan Tahap 2 di peringkat sekolah rendah. Selain dari itu.M a s a d a n W a k t u | 19 UNIT 3 MASA DAN WAKTU HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. guru akan membimbing pelajar-pelajar untuk menamakan hari dan bulan dan menerangkan aktiviti sejajar dengan hari persekolahan. menamakan hari dalam seminggu dan menamakan bulan dalam setahun. Jadual 3. . Standard kandungan adalah instruksi guru manakala standard pembelajaran adalah kandungan pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar. menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari.

v) Merekodkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit dalam bentuk angka. 1. ii) Menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari (pada hari persekolahan sahaja). 2. ii) Mengenal tanda sengatan dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam. vi) Merekodkan aktiviti harian mengikut waktu dalam jam dan minit.1 Kemahiran topik masa dan waktu mengikut Tahun dan Tahap Standard Kandungan Pelajar dibimbing untuk 1. iii) Menyata dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit. iv) Menamakan bulan dalam setahun. Menamakan hari dan bulan dan menerangkan aktiviti sejajar dengan hari persekolahan. Menyebut dan menulis waktu. . i)Menyatakan perkaitan: a) hari dengan jam. Menyatakan waktu dalam jam dan minit. i) Mengenal tanda senggatan minit pada muka jam. i) Mengenal pasti dan menyatakan “setengah” dan ”satu perempat” berdasarkan muka jam. ii) Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam sahaja dengan menggunakan jam analog. b) jam dengan minit. iv) Menukar waktu dalam jam dan gandaan lima minit daripada perkataan kepada bentuk angka dan sebaliknya.20| A s a s U k u r a n Jadual 3. 2 Tahun 1 2. Standard Pembelajaran Pelajar berupaya untuk i) Menyatakan waktu dalam sehari. Menyatakan perkaitan dalam waktu. iii) Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan.

M a s a d a n W a k t u | 21

1. Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

i) Menyatakan waktu dalam jam dan minit. ii) Membaca dan merekod waktu semasa, sebelum dan selepas bagi sesuatu aktiviti. iii) Membina jadual harian. i) Membaca dan memahami kalendar. i) Menyatakan perkaitan antara unit masa melibatkan: a) minit dengan saat, b) minggu dengan hari, c) bulan dengan tahun. i) Menambah hingga tiga masa melibatkan: a) jam dengan jam, b) minit dengan minit, c) jam dan minit, d) minit dan saat. i) Menolak masa melibatkan: a) jam dengan jam, b) minit dengan minit, c) jam dan minit, d) minit dan saat. i) Mendarab masa melibatkan: a) jam, b) minit, dengan nombor satu digit. i). Membahagi masa melibatkan: a) jam, b) minit, dengan nombor satu digit. i) Mereka bercerita berdasarkan ayat matematik tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan masa dan waktu. ii) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi berkaitan dengan masa dan waktu.

3

2. Mengenali kalendar. 3. Menyatakan perkaitan dalam waktu.

4. Menambah masa.

5. Menolak masa.

6. Mendarab masa.

7. Membahagi masa.

8. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan masa dan waktu.

22| A s a s U k u r a n 1. Memahami, membaca dan menulis masa dalam jam dan minit. 2. Membina jadual mudah. 3. Membaca kalendar. 4. Memahami hubungan antara unit masa. i) Membaca dan menulis waktu dalam jam dan minit. i) Membina, membaca dan mendapatkan maklumat daripada jadual waktu. i) Mendapatkan maklumat daripada kalendar. ii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan kalendar. i) Menyatakan hubungan antara unit masa: a) hari dan jam, b) tahun dan hari, c) dekad dan tahun. ii) Menukar: a) tahun kepada hari dan sebaliknya, b) dekad kepada tahun dan sebaliknya, c) tahun kepada bulan dan sebaliknya, d) hari kepada jam dan sebaliknya. iii) Menukar: a) jam kepada minit dan sebaliknya, b) jam dan minit kepada minit dan sebaliknya, i) Menambah masa melibatkan penukaran unit masa: a) jam dan minit, b) tahun dan bulan, c) dekad dan tahun. ii)Menolak masa melibatkan penukaran unit masa: a) jam dan minit, b) tahun dan bulan, c) dekad dan tahun. iii)Mendarab masa melibatkan penukaran unit masa: a) jam dan minit, b) tahun dan bulan, c) dekad dan tahun. iv)Membahagi masa melibatkan penukaran unit masa: a) jam dan minit, b) tahun dan bulan, c) dekad dan tahun. iv)Menyelesaikan masalah masa yang melibatkan operasi asas: a) jam dan minit, b) tahun dan bulan, c) dekad dan tahun. i) Membaca dan menyatakan waktu mula dan waktu akhir bagi suatu peristiwa. ii) Mengira tempoh masa, waktu mula dan waktu akhir bagi suatu peristiwa.
4

5. Menambah, menolak, mendarab dan membahagi unit masa.

6. Menggunakan dan menaplikasikan pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa.

M a s a d a n W a k t u | 23

1. Memahami perbendaharaan kata berkaitan masa.

i) Membaca dan menulis masa dalam sistem 24-jam. ii. Menghubungkaitkan masa dalam sistem 24-jam kepada sistem 12-jam. iii) Menukarkan masa dari sistem 24-jam kepada sistem 12-jam dan sebaliknya. i)Menukarkan masa dalam pecahan dan perpuluhan dari minit kepada saat. ii) Menukarkan masa dalam pecahan dan perpuluhan dari jam kepada minit dan saat. iii) Menukarkan masa dalam pecahan dan perpuluhan dari hari kepada jam, minit dan saat. iv) Menukarkan unit masa dari: a) abad kepada tahun dan sebaliknya, b) abad kepada dekad dan sebaliknya. i) Menambah masa dalam jam, minit dan saat. ii) Menolak masa dalam jam, minit dan saat. iii) Mendarab masa dalam jam, minit dan saat. iv) Membahagi masa dalam jam, minit dan saat. i) Mengenalpasti masa mula dan masa akhir sesuatu peristiwa. ii) Mengira tempoh masa sesuatu peristiwa yang melibatkan: a) jam, minit dan saat, b) hari dan jam. iii) Mengenalpasti masa mula dan masa akhir sesuatu peristiwa dari satu tempoh masa yang diberikan. iv) Menyelesaikan masalah yang melibatkan tempoh masa dalam pecahan dan/atau perpuluhan dalam jam, minit dan saat. i) Mengira tempoh masa sesuatu peristiwa antara: a) bulan, b) tahun, c) tarikh. ii) Menghitung selang masa sesuatu situasi dalam pecahan untuk satu tempoh masa. iii) Menyelesaikan masalah dalam konteks sebenar yang melibatkan penghitungan tempoh masa.

5

2. Memahami hubungan antara unit-unit masa.

3. Menambah, menolak, mendarab dan membahagi unit-unit masa.

4. Menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa.

1. Menggunakan dan mengaplikasi pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa.

6

Perhatian: Senarai ini menggabungkan isi kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard

24| A s a s U k u r a n

KONSEP MASA DAN WAKTU
Pelajar sering menghadapi masalah untuk memahami istilah masa dan waktu. Konsep masa dan waktu perlulah dijelaskan dengan tepat kepada pelajar-pelajar agar tidak berlaku miskonsepsi pada pembelajaran yang akan datang.

Apakah konsep masa?
Masa merujuk kepada tempoh sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku. Di bawah adalah beberapa contoh yang melibatkan konsep masa.

Contoh 1:

Masa Adam mengulangkaji ialah 2 jam, iaitu dari pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Contoh 2: Masa perjalanan Muthu dari rumah ke sekolah ialah 25 minit.

Contoh 3: Masa yang ditetapkan untuk satu perlawanan bolasepak ialah 90 minit.

Cuba anda fikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar tentang konsep masa.

M a s a d a n W a k t u | 25

Apakah konsep waktu?
Waktu merujuk kepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku. Contoh 1: Aktiviti Mariam sepanjang hari. Waktu 7.30 pagi 1.00 tengah hari 2.00 petang 2.30 petang 3.15 petang 5.30 petang Aktiviti Di sekolah Balik dari sekolah Makan tengah hari Melayari internet Buat kerja sekolah Bermain badminton

Contoh 2: Susunan rancangan televisyen. Waktu 6.00 pagi 7.00 pagi 7.30 pagi 8.00 pagi Program Buletin Terkini Tazkirah Bersenam Bersama Achik Mari Memasak

Cuba minta pelajar-pelajar anda untuk fikirkan kejadian atau peristiwa yang pernah mereka alami yang ada kaitannya dengan konsep waktu.

. tengah hari. PAGI TENGAH HARI PETANG MALAM Cuba minta pelajar anda untuk senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah mereka lakukan pada waktu pagi.1 Pelajar bercerita tentang aktiviti yang dilakukan berdasarkan gambar yang diberikan 1. Guru menunjukkan gambar-gambar aktiviti pada waktu tertentu. Aktiviti 3. malam dan tengah malam dengan mengaitkan aktiviti yang dilakukan pada waktu tersebut. Guru meminta pelajar bercerita tentang aktiviti-aktiviti tersebut. petang. tengah hari. petang dan malam. 2.26| A s a s U k u r a n Mengenal waktu Membimbing pelajar mengenal waktu pagi.

Apakah hari sebelum Jumaat? Cuba anda fikirkan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu pelajar mengingati hari-hari dalam seminggu. Di antara Khamis dan Sabtu ialah hari ……………………. b. Aktiviti 3. Isnin.M a s a d a n W a k t u | 27 Mengenal hari Ada tujuh hari dalam seminggu bermula dengan hari Ahad. Guru menunjukkan hari-hari dalam seminggu bermula dari Ahad ke Sabtu. 3. Khamis. 2. Selasa. Membimbing pelajar menyebut hari-hari dalam urutan yang betul adalah penting agar mereka tahu hari sebelum dan hari selepas.2 Menyebut nama hari dalam seminggu 1. Rabu. a. Guru juga meminta pelajar mengenal pasti hari sebelum dan hari selepas. Jumaat dan Sabtu. Apakah hari selepas Isnin? c. Guru meminta pelajar menyebut nama hari dalam seminggu mengikut urutan yang betul. .

Guru meminta pelajar bercerita tentang aktiviti dalam gambar yang ditunjukkan. 22) 2. .3 Bercerita tentang aktiviti yang dijalankan dalam seminggu 1. Guru meminta pelajar menceritakan aktiviti mereka sepanjang minggu lepas. (Gambar dipetik dari Buku Teks Matematik Tahun 1 .s. Cuba suruh pelajar merancang aktiviti-aktiviti yang akan mereka laksanakan sepanjang minggu hadapan.m.28| A s a s U k u r a n Aktiviti 3.

4 Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan yang betul 1. Jun. m. Julai. Mei. Mac. November dan Disember. Mei. Julai. Ogos. Bulan-bulan yang mengandungi 30 hari ialah bulan April. a. Aktiviti 3. Mac. Membimbing pelajar menamakan bulan-bulan mengikut urutan adalah penting agar pelajar mengetahui bulan sebelum dan bulan selepas. Oktober dan Disember. Aktiviti-aktiviti pengajaran yang bersesuaian perlu dilaksanakan dalam memperkukuhkan kefahaman pelajar-pelajar berkaitan dengan fenomena tahun lompat. Bulan-bulan yang mengandungi 31 hari ialah Januari. Juga perlu memberi penerangan berkaitan bulan Februari yang mengandungi 28 hari pada tahun-tahun biasa dan 29 hari pada tahun lompat (berlaku setiap 4 tahun – tahun 2012 ialah tahun lompat).. Jun. Perlu diberi perhatian ialah bilangan hari yang terdapat dalam satu-satu bulan. Februari. April.. b.Bulan-bulan tersebut mengikut urutan ialah Januari. Guru meminta pelajar menamakan bulan-bulan dalam setahun mengikut urutan yang betul. Minta pelajar befikir Mengenal jam bagaimana hendak mengingati bulan-bulan yang penting dalam sejarah Malaysia. Ogos. Sebelum April ialah bulan ………. (Gambar dipetik dari Buku Teks Matematik Tahun 1. September. Oktober. 23) 2.s. Guru meminta pelajar mengenal pasti bulan sebelum dan bulan selepas. September dan November.M a s a d a n W a k t u | 29 Mengenal bulan Ada dua belas bulan dalam setahun. Selepas Julai ialah bulan ………. .

Guru menyediakan jam dinding sebenar atau pun jam mainan. . 2.5 Mengenal jarum minit dan jarum jam 1.s. 24) 3. Guru meminta pelajar membina muka jam menggunakan pinggan kertas dan straw/lidi. Minta pelajar menamakan satu aktiviti seharian yang mereka lakukan dan memutarkan jarum jam dan minit untuk menunjukkan masanya.30| A s a s U k u r a n Jam terdiri daripada jarum saat. Ketiga-tiga jarum ini mempunyai fungsi yang berbeza. jarum minit dan jarum jam. Guru memperkenalkan jarum minit dan jarum jam kepada pelajar. jarum minit dan jarum jam. Adalah penting untuk muirid-pelajar memahami apa itujarum saat.m. Aktiviti 3. (Gambar dipetik dari Buku Teks Matematik Tahun 1 .

Aktiviti 3.s. (Gambar dipetik dari Buku Teks Matematik Tahun 1 . pelajar perlu dibimbing untuk menyebut dan menulis waktu dengan cara yang betul.dositey. Pukul dua = 2:00 3.m.s. Guru meminta pelajar menyebut waktu dengan cara yang betul.6 Menyebut dan menulis waktu dengan cara yang betul 1. Guru menunjukkan cara menulis waktu dengan cara yang betul.M a s a d a n W a k t u | 31 Menyebut dan menulis waktu Dalam topik mengenal jam ini. 25) Galakkan pelajar melayari laman web berikut: http://www. Gambar dipetik dari Buku Teks Matematik Tahun 1 (m.htm\ .com/2008/worksheet/clock/clock3. Guru meminta pelajar menyebut dan menulis waktu . 25) 2.

Cuba fikirkan aktiviti yang melibatkan pelajar menyebut waktu. Guru membimbing pelajar menyatakan waktu kepada lima minit. Inilah jarum minit. dari satu nombor ke nombor yang lain mewakili 5 minit. jika pelajar-pelajar lihat.7 Menyatakan waktu kepada lima minit 1. Aktiviti 3. antara setiap satu nombor ke nombor lain terdapat lima senggatan. Sebagai contohnya. 2. Setiap senggatan mewakili satu minit. Contoh: Jarum minit mnunjukkan 12.Kita tulis sebagai 10:00. setiap jam ada 60 minit. Kita baca waktu ini sebagai pukul sepuluh.32| A s a s U k u r a n Waktu kepada lima minit Guru disarankan agar memberi penerangan mengenai cara membaca jam hendaklah dimulakan dahulu. Maka. Oleh itu. Jarum jam menunjukkan 10. . Guru meminta pelajar membacakan waktu yang ditunjukkan.

18) Guru meminta pelajar merekodkan waktu bagi setiap aktiviti yang mereka lakukan dalam sehari. m. (Gambar dipetik dari Buku Teks Matematik Tahun 2. .8 Merekodkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit dalam bentuk angka 1. Guru meminta pelajar melukiskan jarum jam dan jarum minit. Guru meminta pelajar merekodkan waktu seperti yang ditunjukkan.M a s a d a n W a k t u | 33 Aktiviti 3.s. 2.

.9 Membaca dan menyatakan waktu mula dan waktu akhir bagi suatu peristiwa 1. Berapa lamakah dia berada di Pusat Sumber sekolah? Cuba fikirkan peristiwa-peristiwa yang melibatkan pelajar sepanjang tahun. Guru meminta pelajar membaca dan menyatakan waktu mula dan waktu akhir bagi sesuatu peristiwa. Pukul berapakah kelas berakhir? (Gambar dipetik dari Buku Teks Matematik Tahun 2 . 24) Contoh 2: Linda mengulangkaji di Pusat Sumber sekolah mulai pukul 4:05 hingga 5:40 petang.34| A s a s U k u r a n Aktiviti 3.s. Contoh 1: Kelas bermula pukul 7:30 pagi dan berakhir enam jam kemudian.m.

Oleh itu. Jadual waktu membantu kita merancang aktiviti-aktiviti harian manakala kalendar memberikan informasi berkaitan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada satu hari tertentu. Guru meminta pelajar bercerita tentang gambar-gambar yang ditunjukkan.s.10 Membaca jadual waktu 1. Aktiviti 3. adalah penting untuk membimbing pelajar membaca jadual waktu dan kalendar. m. 94) Guru meminta pelajar merancang aktiviti mereka dalam sehari dan tuliskan dalam bentuk jadual.M a s a d a n W a k t u | 35 Membaca jadual waktu dan kalendar Jadual waktu dan kalendar adalah dua sumber yang penting dalam menyalurkan maklumat kepada kita. (Gambar dipetik dari Buku Teks Matematik Tahun 4. .

Bilakah sekolah bermula pada tahun ini? b. Bilakah Hari Sukan sekolah? Pelajar-pelajar… Cuba ingat kembali bilakah sekolah bermula tahun ini ? 2. Guru meminta pelajar-pelajar: a. Guru membimbing pelajar membaca kalendar.11 Membaca kalendar 1. Minta pelajar untuk menyenaraikan peristiwa-peristiwa bersejarah dengan merujuk kepada kalendar. Contoh soalan: a.36| A s a s U k u r a n Aktiviti 3. Senaraikan tarikh hari jadi ahli-ahli keluarganya. b. Tandakan dalam kalendar. .

Pelajar-pelajar… Ada berapa jamkah dalam satu hari ? 2. Kita kira mula dari pukul 12:00 tengah malam hingga 12:00 tengah hari… kita ada 12 jam. Lepas itu. Dengan itu. Guru menerangkan bagaimana kiraan jam dalam sehari. Guru menyoal pelajar tentang hubungan antara hari dan jam. dan c) dekad dan tahun. sudah lengkap satu pusingan jam untuk sehari.12 Hubungan antara hari dan jam 1. Ini akan membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran yang dikehendaki. kita kira dari pukul 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam balik… kita ada 12 jam. Guru adalah disarankan mengikut standard kandungan dan standard pembelajaran dalam menyatakan hubungan antara unit masa.M a s a d a n W a k t u | 37 Menyatakan hubungan antara unit masa Adalah penting untuk mengetahui hubungan antara unit masa seperti: a) hari dan jam. b) tahun dan hari. iaitu: 1 hari = 12 jam + 12 jam = 24 jam Minta pelajar nyatakan apa yang mereka buat dalam masa 24 jam . Aktiviti 3.

Guru menyoal pelajar tentang hubungan antara bulan dan tahun. Juga perlu diberi perhatian mengenai bila berlakunya tahun lompat. Namakan bulan-bulan tersebut mengikut urutan? c.13 Hubungan antara tahun dan hari Dalam memberi penerangan tentang hubungan antara tahun dan hari. Nyatakan bilangan hari dalam bulan Februari pada tahun biasa.38| A s a s U k u r a n Aktiviti 3. Mac. Pelajar-pelajar perlu diberi penerangan tentang bilangan hari dalam tahun biasa dan bilangan hari dalam tahun lompat. Anda disaran mengadakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dalam menerangkan tentang tahun lompat dan kaitkan dengan bulan Februari. Nyatakan bilangan hari dalam bulan Februari pada tahun lompat. Jun. November. e. Februari. adalah disarankan agar diberi penekanan berkaitan tahun lompat. Nyatakan bilangan hari dalam bulan-bulan tersebut? d. Contoh soalan: a. September. Ogos. Disember b. April. 1. Mei. Ada berapa bulankah dalam satu tahun? Januari. Oktober. . Julai.

jam dan minit.14 Hubungan antara dekad dan tahun Dalam membicarakan tentang masa dan waktu. Ada berapa tahun dalam satu dekad? Pelajar-pelajar… Ada berapa tahunkah dalam satu dekad ? b. hubungan antara dekad dan tahun merupakan salah satu komponen yang penting. Ada berapa hari dalam setahun? Cuba anda fikirkan bagaimana hendak menghubungkaitkan dekad dengan hari. Nyatakan bilangan hari dalam bulan-bulan tersebut? c. Pelajar-pelajar boleh mengenali dan mengetahui bahawa tempoh sepuluh tahun adalah bersamaan dengan satu dekad. Contoh soalan: a. Guru menyoal pelajar tentang hubungan antara dekad dan tahun.M a s a d a n W a k t u | 39 Aktiviti 3. . 1.

Contoh soalan: Restoran Ali dibuka setiap hari dalam setahun.40| A s a s U k u r a n Menukar unit masa yang melibatkan jam. penolakan. Berapa harikah restoran tersebut dibuka dalam 5 tahun ? Penyelesaian: 5 tahun = 1 tahun + 1 tahun + 1 tahun + 1 tahun + 1 tahun = 365 hari + 365 hari + 365 hari + 365 hari + 366 hari (tahun lompat) = 1826 hari * Guru adalah disarankan untuk memberi penerangan tentang tahun lompat yang berlaku setiap 4 tahun. pendaraban dan pembahagian masa. hari. Berapa harikah Rashid telah bekerja dalam tempoh 3 tahun tersebut? . tahun dan dekad Kebolehan dalam membuat penukaran unit-unit masa adalah penting kerana pelajar dikehendaki mengaplikasikannya dalam menjalankan operasi penambahan. Guru memberikan satu contoh soalan yang melibatkan tahun dan hari. Aktiviti 3. Sepanjang perkhidmatannya.15 Menukar unit masa yang melibatkan tahun dan hari 1. bulan. Rashid telah cuti sakit selama 44 hari. Pelajar-pelajar perlu diingatkan tentang tahun lompat dan juga bukan Februari. Selesaikan masalah ini: Rashid bekerja dengan sebuah syarikat surat khabar selama 3 tahun yang mana satu tahun ialah tahun lompat.

Selesaikan masalah ini: Usia perkahwinan John dan Mary sudah menjangkau 4 dekad dan 3 tahun. Berapakah usianya dalam tahun ? Penyelesaian: 1 dekad = 10 tahun. dalam tahun? .M a s a d a n W a k t u | 41 Aktiviti 3. 3 dekad = 3 X 10 tahun = 30 tahun Oleh itu.16 Menukar unit masa yang melibatkan dekad dan tahun 1. Contoh soalan: Menara Teluk Intan berusia 3 dekad. Oleh itu. Berapa lamakah mereka telah berkahwin. Guru memberikan satu contoh soalan yang melibatkan dekad dan tahun. menara Teluk Intan berusia 30 tahun.

mereka telah menaiki kapal terbang lain yang mengambil masa sehari setengah untuk sampai ke Amerika Syarikat.17 Menukar unit masa yang melibatkan hari dan jam 1. Di England. Guru memberikan satu contoh soalan yang melibatkan hari dan jam. Berapa jamkah yang diambil oleh ibu Ali ? Penyelesaian: Sebentar tadi. Maka. Ibu mengambil masa setengah hari untuk pergi ke pasar dan kedai runcit. Oleh itu. mereka telah mengambil masa tiga suku hari untuk sampai ke England. setengah hari = 12 jam. Selesaikan masalah ini: Keluarga Ah Chong telah pergi bercuti di Amerika Syarikat. kita telah belajar bahawa 1 hari = 24 jam. Dari KLIA. ibu Ali telah mengambil masa 12 jam untuk ke pasar dan kedai runcit.42| A s a s U k u r a n Aktiviti 3. Berapa jamkah yang telah mereka ambil untuk sampai ke Amerika Syarikat? .

Oleh itu. Cuba pelajar-pelajar fikirkan… Apakah 3 jam 40 minit dalam unit minit ? Penyelesaian: Kita sudah tahu bahawa : 1 jam = 60 minit. Maka. 3 jam 40 minit = 180 minit + 40 minit = 220 minit Selesaikan masalah ini: Lee Chong Wei mengambil masa 1 jam 15 minit untuk menewaskan Lin Dan dalam perlawanan akhir Terbuka Korea.M a s a d a n W a k t u | 43 Aktiviti 3. 3 jam = 3 X 60 minit = 180 minit. Apakah masanya dalam unit minit ? .18 Menukar unit masa yang melibatkan jam dan minit 1. Guru memberikan satu contoh soalan yang melibatkan hari dan jam.

modul ini juga memberi penekanan kepada operasi penambahan. mengenal hari. dan hubungan antara dekad dan tahun. penolakan. modul ini juga mengandungi konsep-konsep hubungan yang melibatkan unit masa. Jam 4. mengenal jam. Dekad 8. mengenal bulan. Waktu 3. unit ini mempersembahkan aktiviti-aktiviti yang terdapat topik Masa dan Waktu yang terkandung dalam silibus sekolah Rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Minit 5. .44| A s a s U k u r a n RUMUSAN Secara ringkasnya. pendaraban. Tahun 7. dan membaca jadual dan kalendar. Antaranya ialah hubungan antara hari dan jam. Jadual 9. hubungan antara tahun dan hari. dan pembahagian melibatkan unit masa. Selain dari itu. Kalendar PETA KONSEP MASA DAN WAKTU Sila lihat Unit 4 muka surat 68-69. Di samping itu. Masa 2. Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah mengenal waktu. KATA KUNCI 1. Hari 6.

trigonometri dan statistik. a) 13 tahun b) 21 tahun c) 30 tahun 3. Amir mula bekerja pada pukul 8.M a s a d a n W a k t u | 45 PENILAIAN KENDIRI 1. Tukarkan yang berikut kepada hari.bidang algebra.00pagi. Kursus ini meliputi bidang.15 petang? b) Apakah waktu di United Kingdom jika waktu di Kuala Lumpur ialah pukul 6. a) 2 minggu b) 5 minggu c) 12 minggu 2. a) 14 bulan b) 38 bulan c) 57 bulan 4. Waktu di United Kingdom adalah 7 jam lebih lambat dari waktu di Kuala Lumpur. Tukarkan yang berikut kepada bulan. Jadual di bawah menunjukkan tempoh setiap bidang yang diikuti oleh Firdaus. Firdaus telah menghadiri kursus matematik selama 8 bulan. a) Apakah waktu di Kuala Lumpur jika waktu di United Kingdom ialah pukul 4. Bidang yang diikuti Algebra Trigonometri Statistik Pecahan tempoh masa 1 8 1 4 5 8 a) Apakah tempoh masa bagi setiap bidang yang diikuti oleh Firdaus? b) Apakah bidang yang mengambil tempoh masa yang paling panjang untuk disempurnakan? .00 pagi? 6. Pukul berapakah dia selesai bertugas jika dia bekerja selama 10 jam? 5. Tukarkan yang berikut kepada tahun dan bulan.

Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Teachers’ Handbook. Santhi Periasamy.my/imgres?q=cat+cartoon+image&hl=en&client=safari&sa=X&rls=en&biw=128 2&bih=587&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=2zpmVp1o99DW1M:&imgrefurl http://www. Mohamad Khairuddi Yahya. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Textbook. (2007). Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Teachers’ Handbook.com. Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia.google.Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4 Teachers’ Handbook. Kuriulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Rosli Maun & Haslina Jaafar. http://www. Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Yusof Wan Ngah. Mohamad Khairuddi Yahya. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Daud Zakaria & Abdullah Md. (2011). Mohamad Khairuddi Yahya. Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Bhd.debaird. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Marzita Puteh.com. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.com.46| A s a s U k u r a n RUJUKAN Abdul Razak Othman. Kuala Lumpur: Aras Mega Sdn. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. (2007). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.google. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Pendidikan Guru. Isa.my/imgres?q=tortoise+cartoon+image&hl=en&client=safari&sa=X&rls=en&biw =1282&bih=587&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=RjHqK1_G3REvzM:&imgrefurl .net/. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Textbook.google. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yook Lean. Mohamad Khairuddi Yahya. (2006). (2004).com. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd.(2005). Wan Yusof Wan Ngah.my/imgres?q=parrot+cartoon+image&hl=en&client=safari&sa=X&rls=en&biw= 1282&bih=587&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=IlIHVW-kls7dbM:&imgrefurl http://www.a/6a00d8341c007953ef013486afe443970c-320wi&imgrefurl http://www. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. (2006). (1998). Abdul Razak Saleh & Rabiyah Fakir Mohd. (2011). Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Wang.google. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Santhi Periasamy. Marzita Puteh.my/imgres?q=rabbit+cartoon+image&hl=en&client=safari&sa=X&rls=en&biw= 1282&bih=587&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=69BPRyUKvM48UM:&imgrefurl http://www. Wan Yusof Wan Ngah. (2010). Mohamad Khairuddi Yahya. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Marzita Puteh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ukuran dan Sukatan untuk Sekolah Rendah.

Unit 4 OPERASI DALAM MASA DAN WAKTU .

.

tahun-bulan dan dekad-tahun. . Dalam Tahun 5 pula. kemahiran menjalankan operasi asas (seperti yang dinyatakan dalam Unit 3 – Jadual 3.1) hanya akan mula diajar kepada pelajar-pelajar mulai Tahap 2 (dari Tahun 4 hingga Tahun 6). Sementara itu. Dalam Tahun 4. Unit 4 ini akan dimulai dengan operasi tambah. dalam Tahun 6. penolakan. minit dan saat. operasi darab. Oleh itu. pelajar-pelajar akan diajar untuk menjalankan operasi asas yang melibatkan penularan unit masa: jam-minit. pelajar-pelajar akan lebih memberi tumpuan kepada penggunaan operasi asas ke atas tempoh masa. PENGENALAN O perasi asas penambahan. penolakan. diikuti oleh operasi tolak. pendaraban dan pembahagian melibatkan masa dan waktu. Menjalankan operasi penambahan.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 47 UNIT 4 OPERASI DALAM MASA DAN WAKTU HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. anda diharap dapat: 1. Mengikut kurikulum yang dirancang. dan akhirnya operasi bahagi. pelajar-pelajar akan lebih memfokuskan kepada operasi asas yang melibatkan unit masa jam. unit ini akan memberi penekanan kepada operasi asas dan cadangan bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan operasi asas masa dan waktu dapat dijalankan dengan jayanya. pendaraban dan pembahagian melibatkan unit masa dan waktu adalah salah satu sub-tajuk yang penting untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar.

1 Operasi tambah yang melibatkan unit jam dan minit Untuk aktiviti ini. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit minit yang mana jawapan akhir adalah dalam unit jam dan minit. dia menaiki bas yang mengambil masa 22 minit untuk sampai di rumah. Berapakah jumlah masa yang diambil Muthu. Berapakah jumlah masa yang diambil Rohana untuk pergi dan balik dari sekolah. Kemudian. dalam unit jam dan minit? . dia pergi ke kantin untuk membeli minuman selama 30 minit.48 | A s a s U k u r a n OPERASI TAMBAH Aktiviti 4. Waktu balik. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi tambah malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit minit ke unit jam yang telah mereka belajar sebelum ini. Muthu bermain di padang selama 45 minit. 1. Guru memberikan contoh masalah operasi tambah yang melibatkan unit jam dan minit. dalam unit jam dan minit ? Contoh soalan: Penyelesaian: 45 minit + 30 minit = ? 45 minit + 30 minit 75 minit Ingat kembali: 1 jam = 60 minit 75 minit = 60 minit + 15 minit = 1 jam 15 minit Selesaikan masalah ini: Rohana mengambil masa 50 minit untuk berjalan ke sekolah.

Nyatakan dalam tahun dan bulan. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi tambah malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit bulan ke unit tahun yang telah mereka belajar sebelum ini. Kemudian.2 Operasi tambah yang melibatkan unit tahun dan bulan Untuk aktiviti ini. anda ditugaskan di sekolah menengah selama 23 bulan. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit bulan yang mana jawapan akhir adalah dalam unit tahun dan bulan. Berapa lamakah masa yang telah anda habiskan di sekolah dalam unit tahun dan bulan? . berapa lamakah masa yang telah Firdaus habiskan untuk pelajaran dan bercuti ? Penyelesaian: 24 bulan + 3 bulan 27 bulan Tukarkan jawapan yang didapati kepada unit tahun dan bulan: 27 bulan = 12 bulan + 12 bulan + 3 bulan = 1 tahun + 1 tahun + 3 bulan = 2 tahun 3 bulan Selesaikan masalah ini: Anda telah berkhidmat di sekolah rendah selama 15 tahun dan 3 bulan. Contoh soalan: Firdaus telah melanjutkan pelajaran ke Australia selama 24 bulan.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 49 Aktiviti 4. 1. Guru memberikan contoh masalah operasi tambah yang melibatkan unit tahun dan bulan. Dia kemudiannya telah bercuti ke Eropah selama 3 bulan.

Contoh soalan: Umur bapa Ali ialah 58 tahun 7 bulan.3 Operasi tambah yang melibatkan unit dekad dan tahun Untuk aktiviti ini. 1. Umur Ali ialah 23 tahun 5 bulan. Proton telah beroperasi selama 33 tahun 4 bulan. Guru memberikan contoh masalah operasi tambah yang melibatkan unit dekad dan tahun. 82 tahun = 8 dekad (80 tahun) 2 tahun Selesaikan masalah ini: Pengeluar kereta nasional. Nyatakan jumlah masa kedua-dua syarikat itu telah beoperasi dalam unit dekad dan tahun ? . Nyatakan dalam dekad dan tahun. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi tambah malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit tahun ke unit dekad yang telah mereka belajar sebelum ini. berapakah jumlah umur mereka berdua? Penyelesaian: 58 tahun 7 bulan (bapa Ali) + 23 tahun 5 bulan (Ali) 82 tahun 0 bulan Oleh itu. Syarikat Perodua pula telah beroperasi selama 25 tahun 9 bulan. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit tahun yang mana jawapan akhir adalah dalam unit dekad dan tahun.50 | A s a s U k u r a n Aktiviti 4.

Ini bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar-pelajar dalam menjalankan operasi tambah melibatkan ketiga-tiga unit masa ini. minit dan saat Untuk aktiviti ini.4 Operasi tambah yang melibatkan unit jam. Guru memberikan contoh masalah operasi tambah yang melibatkan unit jam. Kassim pula mengambil masa 1 jam 2 minit dan 56 saat dengan memandu. Berapakah jumlah masa kedua-dua peserta tersebut ? Penyelesaian: 2 jam 35 minit 23 saat + 2 jam 55 minit 55 saat 5 jam 31 minit 18 saat Ingat kembali: 1 jam = 60 minit dan I minit = 60 saat 78 saat = 1 minit 18 saat (Tambahkan 1 minit ke ruang minit) 91 minit = 1 jam 31 minit (Tambahkan 1 jam ke ruang jam) Selesaikan masalah ini: John mengambil masa 2 jam 15 minit 30 saat untuk sampai ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekpress. aktiviti-aktiviti seperti ini akan dapat membantu pelajar-pelajar mengukuhkan lagi kemahiran penukaran unit-unit masa ini. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit jam. 1.5 Operasi tambah yang melibatkan tempoh masa . Kirakan jumlah masa yang mereka ambil untuk sampai ke Kuala Lumpur ? Aktiviti 4. Di samping itu. minit dan saat.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 51 Aktiviti 4. Contoh soalan: Rajan telah menamatkan perlumbaan maraton sejauh 20 km dalam masa 2 jam 35 minit 23 saat. Shuib pula telah menamatkan perlumbaan dalam masa 2 jam 55 minit 55 saat. minit dan saat yang mana jawapan akhir adalah dalam unit-unit ini juga.

Berapa lamakah mereka telah pergi bercuti. Berapa lamakah lawatan tersebut dalam unit hari dan jam ? OPERASI TOLAK . 22 Dis = 1 hari Jumlah = 2 hari Kelab Guru SMK Tanjong Malim akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Guru memberikan contoh masalah operasi tambah yang melibatkan tempoh masa sesuatu peristiwa. 21 Dis = 1 hari 0900. 1. 1 Mei 2012 dan bertolak pulang jam 1200. Mereka akan bertolak jam 0745.52 | A s a s U k u r a n Untuk aktiviti ini. Mereka kembali ke rumah selepas bercuti pukul 0900 pada 22 Disember 2011. Ini bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar-pelajar menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan tentang masa dalam mencari tempoh masa sesuatu peristiwa. bulan dan tarikh tertentu. dalam unit hari dan jam? Penyelesaian: 0900. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan tempoh masa sesuatu peristiwa berlaku antara tahun. 4 Mei 2012. 20 Dis hingga 0900. Contoh soalan: Keluarga Syasya telah memulakan perjalanan pulang ke kampung di Alor Gajah pukul 0900 pada 20 Disember 2011. 20 Dis hingga 0900.

Cari beza masa antara mereka dalam unit jam dan minit? . Pak Hashim pula mengambil masa selama 333 minit untuk membakar bilangan lemang yang sama. kita boleh tukarkan unit jam kepada minit. 1. Oleh itu. kita tukarkan: 95 minit = 60 minit + 35 minit = 1 jam 35 minit Pak Itam mengambil masa selama 5 jam 12 minit untuk membakar 30 batang lemang. Kita tukarkan 3 jam kepada 180 minit. Di samping itu. beza masa ialah: 195 minit . pelajar-pelajar juga akan dapat memperkukuhkan kemahiran penukaran unit jam ke unit minit.6 Operasi tolak yang melibatkan unit jam dan minit Aktiviti ini akan membolahkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran menjalankan operasi tolak yang melibatkan unit jam dan minit. Guru memberikan contoh masalah operasi tolak yang melibatkan unit jam dan minit.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 53 Aktiviti 4. Maka: masa untuk pulang ke kampung ialah 195 minit. Berapakah beza masa bagi kedua-dua situasi tersebut dalam unit jam dan minit? Penyelesaian: Untuk memudahkan pengiraan. Contoh soalan: Angah mengambil masa selama 100 minit untuk menonton perlawanan bola sepak dan dia mengambil masa selama 3 jam 15 minit untuk pulang ke kampung di Perlis.100 minit 95 minit Oleh kerana jawapan dalam unit jam dan minit.

tukarkan 3 tahun kepada 36 bulan.54 | A s a s U k u r a n Aktiviti 4. Maka: Oleh kerana jawapan dalam unit tahun dan bulan. . Faizal pula melanjutkan pelajaran ke England selama 3 tahun 9 bulan. Guru memberikan contoh masalah operasi tolak yang melibatkan unit tahun dan bulan. masa belajar Faizal ialah 45 bulan. Oleh itu.25 bulan 20 bulan Cuba anda bina masalah yang melibatkan operasi tolak yang melibatkan unit tahun dan bulan seperti contoh yang diberikan. Nyatakan dalam tahun dan bulan. Contoh soalan: Firdaus melanjutkan pelajaran ke Australia selama 25 bulan. Di samping itu. beza masa yang mereka ambil untuk melanjutkan pelajaran ? Penyelesaian: Untuk memudahkan pengiraan. 1. pelajar-pelajar juga akan dapat memperkukuhkan kemahiran penukaran unit tahun dan unit bulan. kita tukarkan: 20 bulan = 12 bulan + 8 bulan = 1 tahun 8 bulan 45 bulan .7 Operasi tolak yang melibatkan unit tahun dan bulan Aktiviti ini akan membolahkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran menjalankan operasi tolak yang melibatkan unit tahun dan bulan.

pelajar-pelajar juga akan dapat memperkukuhkan kemahiran penukaran unit dekad dan tahun. Contoh soalan: Umur bapa Razak ialah 58 tahun 7 bulan. tahun dan bulan. berapakah beza umur mereka ? Penyelesaian: 58 tahun 7 bulan .8 Operasi tolak yang melibatkan unit dekad dan tahun Aktiviti ini akan membolahkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran menjalankan operasi tolak yang melibatkan unit dekad dan tahun. Guru memberikan contoh masalah operasi tolak yang melibatkan unit dekad dan tahun.23 tahun 6 bulan 35 tahun 1 bulan Oleh kerana jawapan dalam unit dekad. kita tukarkan: 35 tahun 1 bulan = 10 tahun + 10 tahun + 10 tahun + 5 tahun + 1 bulan = 1 dekad + 1 dekad +1 dekad + 5 tahun + 1 bulan = 3 dekad 5 tahun 1 bulan Selesaikan masalah ini: Umur ibu Romah ialah 35 tahun 2 bulan manakala anaknya.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 55 Aktiviti 4. Di samping itu. tahun dan bulan ? . Berapakah beza umur mereka dalam unit dekad. Umur Razak ialah 23 tahun 6 bulan. 1. Rahim 3 tahun 3 bulan. Nyatakan dalam dekad tahun dan bulan.

minit dan saat Aktiviti ini akan membolahkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran menjalankan operasi tolak yang melibatkan unit jam. minit dan saat. minit dan saat.2 jam 35 minit 23 saat 0 jam 20 minit 32 saat Selesaikan masalah ini: John mengambil masa 2 jam 15 minit 30 saat untuk sampai ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekpress. Kirakan beza masa yang mereka ambil untuk sampai ke Kuala Lumpur ? . Kassim pula mengambil masa 1 jam 2 minit dan 56 saat dengan memandu. Di samping itu. Guru memberikan contoh masalah operasi tolak yang mlibatkan unit jam. Berapakah beza masa kedua-dua peserta tersebut ? Penyelesaian: 2 jam 55 minit 55 saat .9 Operasi tolak yang melibatkan unit jam. 1.56 | A s a s U k u r a n Aktiviti 4. Shuib pula telah menamatkan perlumbaan dalam masa 2 jam 55 minit 55 saat. Contoh soalan: Rajan telah menamatkan perlumbaan maraton sejauh 20 km dalam masa 2 jam 35 minit 23 saat. pelajar-pelajar juga akan dapat memperkukuhkan kemahiran penukaran unit-unit yang disebutkan ini.

bulan dan tarikh tertentu. OPERASI DARAB . Keluarga Amin pula telah pergi 0900. Beza masanya: 3 hari 15 jam – 2 hari = 1 hari 15 jam Cuba anda bina masalah yang melibatkan operasi tolak yang melibatkan tempoh masa sesuatu peristiwa menggunakan penyelesaian bentuk lazim.10 Operasi tolak yang melibatkan tempoh masa Untuk aktiviti ini. 20 Dis hingga 0900. 22 Dis = 1 hari bercuti di Langkawi selama 3 hari 15 jam. manakah yang bercuti lebih Jumlah = 2Keluarga hari lama dan apakah beza masanya dalam unit hari dan jam? Penyelesaian: Keluarga Syasya: Ternyata keluarga Amin bercuti lebih lama. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan tempoh masa sesuatu peristiwa berlaku antara tahun. Contoh soalan: Keluarga Syasya telah memulakan perjalanan pulang ke kampung di Alor Gajah pukul 0900 pada 20 Disember 2011. 1.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 57 Aktiviti 4. 21 Dis = 1bercuti hari pukul 0900 pada 22 Disember 2011. Guru memberikan contoh masalah operasi tolak yang melibatkan tempoh masa sesuatu peristiwa. 20 Dis hingga 0900. Mereka kembali ke rumah selepas 0900. Ini bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar-pelajar menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan tentang masa dalam mencari tempoh masa sesuatu peristiwa.

Contoh soalan: 25 minit diperlukan untuk menggoreng sebungkus bihun. Berapa masakah yang diperlukan untuk menggoreng empat bungkus bihun? Penyelesaian: 1 bungkus = 25 minit Oleh itu. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit minit yang mana jawapan akhir adalah dalam unit jam dan minit.58 | A s a s U k u r a n Aktiviti 4. 4 bungkus = 4 X 25 minit = 100 minit Maka: 100 minit = 60 minit + 40 minit = 1 jam 40 minit Jika kita memerlukan 15 minit untuk pergi dan pulang dari sekolah sehari. Berapa masakah yang diperlukan untuk lima hari persekolahan? .11 Operasi darab yang melibatkan unit jam dan minit Untuk aktiviti ini. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi darab malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit minit ke unit jam yang telah mereka belajar sebelum ini. 1. Guru memberikan contoh masalah yang operasi darab yang melibatkan unit jam dan minit.

12 Operasi darab yang melibatkan unit tahun dan bulan Untuk aktiviti ini. Berapa masakah yang diambil oleh Pak Abu untuk menyiapkan 4 buah rumah? . Nyatakan dalam tahun dan bulan. masa yang diambil oleh Husin untuk menyiapkan lapan pasang baju sekolah? Penyelesaian: Jika 1 pasang baju mengambil masa 2 bulan. Guru memberikan contoh masalah operasi darab yang melibatkan unit tahun dan bulan. Oleh kerana jawapan dalam unit tahun dan bulan.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 59 Aktiviti 4. kita tukarkan: 16 bulan = 12 bulan + 4 bulan = 1 tahun 4 bulan Pak Abu membina sebuah rumah dalam masa 6 bulan. Oleh itu 8 pasang: 8 X 2 bulan = 16 bulan untuk disiapkan. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit tahun dan bulan. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi darab malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit tahun ke unit bulan yang telah mereka belajar sebelum ini. Contoh soalan: Tukang jahit Husin boleh menyiapkan sepasang baju sekolah dalam masa dua bulan. 1.

berapakah jumlah umur mereka? Penyelesaian: 10 tahun 3 bulan X 5 51 tahun 3 bulan *Ingat kembali: 1 tahun = 12 bulan Oleh kerana jawapan dalam unit dekad dan tahun.13 Operasi darab yang melibatkan unit dekad dan tahun Untuk aktiviti ini. kita tukarkan: 51 tahun 3 bulan = 10 tahun + 10 tahun + 10 tahun + 10 tahun +10 tahun + 1 tahun + 3 bulan = 1 dekad + 1 dekad + 1 dekad + 1 dekad + 1 dekad + 1 tahun + 3 bulan = 5 dekad 1 tahun 3 bulan Cuba anda konstruk masalah yang melibatkan operasi darab yang melibatkan unit dekad dan tahun menggunakan penyelesaian bentuk lazim. Guru memberikan contoh masalah operasi darab yang melibatkan unit dekad dan tahun. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi darab malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit dekad ke unit tahun yang telah mereka belajar sebelum ini. Nyatakan dalam dekad dan tahun. 1. Contoh soalan: Terdapat 5 orang pelajar dalam Tahun 4 Bestari yang berumur 10 tahun 3 bulan. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit dekad dan tahun. .60 | A s a s U k u r a n Aktiviti 4.

Guru memberikan contoh masalah operasi darab yang melibatkan unit jam. Berapa masakah yang Maimun ambil untuk membakar 4 biji kek? Penyelesaian: 3 jam 40 minit 35 saat X 4 13 jam 42 minit 20 saat *Ingat kembali: 1 jam = 60 minit dan 1 minit = 60 saat Cik Aizam mengambil masa 1 jam 20 minit 33 saat untuk menjahit sepasang sarung kusyen. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi darab malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit-unit yang disebutkan.14 Operasi darab yang melibatkan unit jam. Berapa masakah yang diambil oleh Cik Aizam untuk menjahit tujuh pasang kusyen? OPERASI BAHAGI . 1. minit dan saat. minit dan saat Untuk aktiviti ini. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit jam. minit dan saat.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 61 Aktiviti 4. Contoh soalan: Maimun mengambil masa 3 jam 40 minit 35 saat untuk membakar sebiji kek.

Contoh soalan: Johan mengambil masa 160 minit untuk menghadiri dua kelas tuisyen. Oleh itu.15 Operasi bahagi yang melibatkan unit jam dan minit Untuk aktiviti ini. Berapa masakah yang Rose ambil untuk menghadiri satu kursus? . Kira masa yang diambil ole Johan untuk menghadiri satu kelas tuisyen ? Penyelesaian: 2 kelas tuisyen mengambil masa 160 minit. Guru memberikan contoh masalah operasi bahagi yang melibatkan unit jam dan minit. 1. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi darab malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit-unit yang disebutkan. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit jam dan minit.62 | A s a s U k u r a n Aktiviti 4. 1 kelas tuisyen : 160 ÷ 2 = 80 minit Kita tukarkan kepada unit jam dan minit: 80 minit = 60 minit + 20 minit = 1 jam 20 minit Rose menghadiri tiga kursus yang mengambil masa 12 jam 30 minit.

Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi darab malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit-unit yang disebutkan. Contoh soalan: Mei Ling mengambil masa 36 bulan untuk menghabiskan tiga latihan amalinya. Guru memberikan contoh masalah operasi bahagi yang melibatkan unit tahun dan bulan. 1 latihan amali : 36 bulan ÷ 3 = 12 bulan Kita tukarkan kepada unit tahun dan bulan: 12 bulan = 1 tahun 0 bulan Siva telah bertugas selama 15 tahun 4 bulan di empat sekolah yang berasingan dalam tempoh masa yang sama. Berapa lamakah dia bertugas di sebuah sekolah ? . 1. Oleh itu. Nyatakan dalam tahun dan bulan. berapa lamakah masa yang diambil untuk setiap latihan amali ? Penyelesaian: 3 latihan amali mengambil masa 36 bulan.16 Operasi bahagi yang melibatkan unit tahun dan bulan Untuk aktiviti ini. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit tahun dan bulan.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 63 Aktiviti 4.

Berapa kalikah pertandingan ini telah dijalankan selama ini? Penyelesaian: Tukarkan 2 dekad kepada tahun dahulu: 2 dekad = 2 X 10 tahun = 20 tahun Oleh itu. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit dekad dan tahun. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi darab malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit-unit yang disebutkan. Contoh soalan: Pertandingan bola sepak Piala Dunia telah berlangsung selama 2 dekad 4 tahun. 1. maka 24 tahun berlangsung: 24 tahun ÷ 4 tahun = 6 kali Cuba anda konstruk masalah operasi bahagi yang melibatkan unit dekad dan tahun menggunakan penyelesaian bentuk lazim. Guru memberikan contoh masalah operasi bahagi yang melibatkan unit dekad dan tahun. Pertandingan ini dijalankan setiap 4 tahun sekali. pertandingan telah berjalan selama: 2 dekad 4 tahun = 20 tahun + 4 tahun = 24 tahun Sekarang kita cari berapa kali pertandingan ini telah dijalankan: 4 tahun berlangsung sekali.64 | A s a s U k u r a n Aktiviti 4. .17 Operasi bahagi yang melibatkan unit dekad dan tahun Untuk aktiviti ini.

minit dan saat. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar telah menguasai operasi darab malah juga untuk melihat samada mereka telah menguasai kemahiran menukarkan unit-unit yang disebutkan. minit dan saat. Oleh itu. sepasang seluar memerlukan: 3 jam 15 minit 30 saat ÷ 3 = 1 jam 5 minit 10 saat Maimunah mengambil masa 3 jam 40 minit 20 saat untuk membakar empat biji kek. Berapakah masa yang diambil untuk membakar sebiji kek? .O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 65 Aktiviti 4. Guru memberikan contoh masalah operasi bahagi yang melibatkan unit jam. minit dan saat Untuk aktiviti ini. Contoh soalan: Cik Minah membasuh tiga pasang seluar dalam masa 3 jam 15 minit 30 saat. 1. Berapakah masa yang diambil untuk membasuh sepasang seluar? Penyelesaian: Tiga pasang seluar memerlukan 3 jam 15 minit 30 saat. pelajar-pelajar akan diberikan masalah yang melibatkan unit jam.18 Operasi bahagi yang melibatkan unit jam.

Operasi asas 2. Tempoh masa . Dalam Tahun 4. tahun-bulan dan dekad-tahun. Pelajar-pelajar dalam Tahun 5 pula diajar untuk menjalankan operasi asas yang melibatkan unit jam-minit-saat. Darab 5. mereka diajar untuk menjalankan operasi asas yang melibatkan tempoh masa sesuatu peristiwa. pelajar-pelajar diajar untuk menjalankan operasi asas yang melibatkan unit-unit: jamminit. Tolak 4. Bahagi 6.66 | A s a s U k u r a n RUMUSAN Secara ringkasnya. unit ini mempersembahkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan operasi asas. pendaraban dan pembahagian untuk topik masa dan waktu. Tambah 3. penambahan. KATA KUNCI 1. Untuk pelajar-pelajar Tahun 6. penolakan.

. Musim hujan di setengah-setengah tempat di Malaysia mengambil masa sehingga 1 6 tahun. 4. Subra sampai ke stesen bas pukul 0715. Berapa lamakah musim hujan dalam unit masa bulan? Suhaila dan Ali menyertai kursus Kalkulus.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 67 PENILAIAN KENDIRI 1. Bas bertolak pukul 0800. Siapakah yang mengambil masa yang lebih lama untuk menamatkan kursus tersebut? 5. Konsert itu berakhir pukul 4:00 petang. Jamal menghadiri konsert sekolah anaknya yang berlangsung selama 2 jam 20 minit. Bilakah konsert itu bermula? 3. Berapa lamakah dia berada di stesen bas? 2. Lengkapkan jadual di bawah ini.

Darab &Bahagi .1 MASA DAN WAKTU PENGENALAN TAHAP 1 TAHUN1 TAHUN 2 TAHUN 3 MENAMAKAN HARI DAN BULAN DAN AKTIVITI YANG BERKAITAN SEBUT DAN TULIS WAKTU MENYATAKAN WAKTU DALAM JAM DAN MINIT MENYATAKAN PERKAITAN DALAM WAKTU MENYATAKAN WAKTU DALAM JAM DAN MINIT KENAL KALENDAR SELESAI MASALAH HARIAN MENYATAKAN PERKAITAN DALAM WAKTU OPERASI ASAS Tambah.68 | A s a s U k u r a n PETA KONSEP . Tolak.

2 MASA DAN WAKTU PENGENALAN TAHAP 2 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 FAHAM. Tolak. Tolak. Darab & Bahagi HUBUNGAN ANTARA UNIT MASA GUNA DAN APLIKASI PENGETAHUAN TENTANG MASA OPERASI ASAS Tambah.O p e r a s i d a l a m M a s a d a n W a k t u | 69 PETA KONSEP . BACA DAN TULIS MASA DALAM JAM DAN MINIT BINA JADUAL MUDAH BACA KALENDAR PERBENDAHARAAN KATA BERKAITAN MASA HUBUNGAN ANTARA UNIT MASA GUNA DAN APLIKASI PENGETAHUAN TENTANG MASA OPERASI ASAS Tambah. Darab & Bahagi GUNA DAN APLIKASI PENGETAHUAN TENTANG MASA .

(2011). (2006). Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Mohamad Khairuddi Yahya. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Mohamad Khairuddi Yahya. (2010). Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Marzita Puteh. Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia. Isa. Santhi Periasamy.my/imgres?q=parrot+cartoon+image&hl=en&client=safari&sa=X&rl s=en&biw=1282&bih=587&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=IlIHVWkls7dbM:&imgrefurl http://www.Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4 Teachers’ Handbook. Bhd. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Textbook. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Daud Zakaria & Abdullah Md. (2007). (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Mohamad Khairuddi Yahya. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzita Puteh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.com. Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yook Lean. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Teachers’ Handbook. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Abdul Razak Saleh & Rabiyah Fakir Mohd. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Teachers’ Handbook.my/imgres?q=tortoise+cartoon+image&hl=en&client=safari&sa=X& rls=en&biw=1282&bih=587&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=RjHqK1_G3REvzM:&imgr efurl . (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Yusof Wan Ngah. Mohamad Khairuddi Yahya. Santhi Periasamy.my/imgres?q=rabbit+cartoon+image&hl=en&client=safari&sa=X&rl s=en&biw=1282&bih=587&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=69BPRyUKvM48UM:&imgr efurl http://www. (2004). Wan Yusof Wan Ngah. Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Wang.com. Kuala Lumpur: Aras Mega Sdn. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Ukuran dan Sukatan untuk Sekolah Rendah. http://www. Rosli Maun & Haslina Jaafar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007).my/imgres?q=cat+cartoon+image&hl=en&client=safari&sa=X&rls=e n&biw=1282&bih=587&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=2zpmVp1o99DW1M:&imgrefu rl http://www. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Mohamad Khairuddi Yahya. Marzita Puteh. (2006).google. Bahagian Pendidikan Guru. (2011). Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2.google. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Textbook.google. Kuriulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.com. Kementerian Pendidikan Malaysia. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd.70 | A s a s U k u r a n RUJUKAN Abdul Razak Othman. Bhd. Wan Yusof Wan Ngah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.com.google.

Unit 5 UKURAN PANJANG .

.

6. meter dan milimeter. Mengenal unit ukuran panjang. anda diharap dapat: 1. PENGENALAN K urikulum yang dirancang di Malaysia memberikan tumpuan kepada kemahiran ukuran panjang yang perlu dikuasai oleh pelajar di Tahap 1 dan Tahap 2 di peringkat Sekolah Rendah. Menyelesaikan masalah yang melibatkan ukuran panjang dalam situasi harian. Mengukur dengan menggunakan unit sembarangan dan unit rujukan. sentimeter dan milimeter. 2. Menilai pecahan daripada sesuatu ukuran panjang. Menganggar dalam unit kilometer. 7. tolak. Jadual 5. Menganggar ukuran juga perlu diberi tumpuan di dalam membina kemahiran asas sebelum menekankan kepada kemahiran mengukur dengan tepat. 4. Mengukur dalam unit kilometer. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi yang paling sesuai dan berkesan untuk mengajar dan mempelajari ukuran panjang ialah dengan mengukur objek-objek berkaitan dengan pembaris atau pita pengukur. darab dan bahagi ukuran panjang.1 menggabung Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menyenaraikan kemahiran ukuran panjang yang perlu diajar dan dicapai oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Melakukan operasi tambah. 3. Menukar unit ukuran panjang. Secara keseluruhannya untuk kefahaman yang berkesan.U k u r a n P a n j a n g | 71 UNIT 5 UKURAN PANJANG HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. 8. meter. 5. turutan berikut dicadangkan: .

meter.1 Kemahiran-kemahiran dalam Ukuran Panjang . UKURAN PANJANG KILOMETER METER SENTIMETER MILIMETER KEMAHIRAN MENGENAL/BACA ANGGARAN BANDING UKUR LUKIS Rajah 5. sentimeter dan milimeter mereka hendaklah didedahkan kepada kemahirankemahiran seperti Rajah 5. 1. Pada keseluruhannya untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menghayati setiap unit ukuran panjang iaitu kilometer.  Mengukur dengan unit piawai.72 | A s a s U k u r a n  Membuat perbandingan antara objek.  Mengukur dengan menggunakan unit sembarangan dan unit rujukan.

i) Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan ukuran panjang di dalam konteks yang praktikal. iii) Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuranpanjang dalam konteks. 3 2 Tahun 1 . dan b) sentimeter. dan b) sentimeter. Tambah.U k u r a n P a n j a n g | 73 Jadual 5. Memahami perkaitan di antara unit-unit ukuran panjang. Mengukur dan membanding panjang menggunakan unit piawai. tolak. 3. Mengukur dan membandingkan panjang secara langsung dan menggunakan unit sembarangan yang sekata. 1. ii) Mengukur panjang objek menggunakan unit sembarangan yang sekata (uniform). i) Membaca skala(scales) ke bacaan pembahagian(division) yang terdekat . Standard Pembelajaran Murid berupaya untuk i) Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai. 2. ii) Membanding dua atau lebih ukuran objek menggunakan unit bukan piawai. Memahami dan boleh menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan panjang. ii) Mengukur dan merekod ukuran panjang objek menggunakan unit piawai : a) meter. 1. darab dan bahagi panjang. dan b) sentimeter. i)Tambah unit ukuran panjang dalam : a) meter. i) Faham dan boleh menggunakan perkaitan antara meter dan sentimeter. dan b) sentimeter. dan b) sentimeter. i) Mengukur panjang objek menggunakan unit piawai. a) meter. ii) Tolak unit ukuran panjang dalam a) meter. 3. i) Membanding panjang dua objek secara terus. 2. Mengukur dan membandingkan panjang dengan menggunakan unit piawai.1: Kemahiran Ukuran Panjang mengikut Tahun dan Tahap Standard Kandungan Murid dibimbing untuk: Menggunakan unit relatif untuk mengukur panjang. iii) Perbanding dua ukuran panjang objek dengan menggunakan unit piawai a) meter. .

b) meter dan sentimeter. b) meter dan milimeter. . . ii) Tolak unit ukuran panjang yang melibatkan pertukaran unit: a) milimeter. 4 2. Menggunakan dan mengaplikasi pengetahuan mengenai panjang di dalam kehidupan seharian. i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan panjang. Menambah dan menolak panjang. iv) Menganggar ukuran panjang objek dalam a) milimeter. dan b) sentimeter. c) meter dan sentimeter. b) meter. iv) Bahagi unit ukuran panjang dalam: a) meter. b) meter dan sentimeter. Mengukur ukuran panjang menggunakan unit piawai. dan b) sentimeter.74 | A s a s U k u r a n iii) Darab unit ukuran panjang dalam a) meter. Memahami perkaitan antara unit-unit panjang. 1. c) sentimeter dan milimeter. b) sentimeter dan milimeter. iii) Menulis ukuran panjang ke skala pembahagian persepuluh terdekat: a) sentimeter. iii) Mengukur dan merekod ukuran panjang objek menggunakan unit: a) milimeter. i) Membaca ukuran panjang dengan menggunakan unit milimeter. i) Menyatakan perkaitan antara sentimeter dan milimeter. c) sentimeter dan milimeter. 4. i) Tambah unit ukuran panjang yang melibatkan pertukaran unit dalam : a) milimeter. b) Unit majmud (compound) ke satu unit(single). ii) Menukar unit ukuran panjang dari: a) Milimeter ke sentimeter dan sebaliknya. 3. c) sentimeter dan milimeter.

U k u r a n P a n j a n g | 75 4. tolak. ii) Tukar meter ke kilometer dan sebaliknya. 100. 1000. 2. ii) Membahagi panjang yang melibatkan pertukaran unit dengan. darab dan bahagi panjang. i) Kaitankan meter dan kilometer. a) satu nombor satu digit. Tambah. 6 Menggunakan dan aplikasi pengiraan pecahan kepada masalah yang melibatkan panjang. 100. i) Menyatakan dengan perbandingan jarak satu kilometer. ii) Mengukur dengan menggunakan skala (scales) jarak antara tempat. a) satu nombor satu digit. 5 1. Memahami perkaitan antara unit-unit panjang. 3. b) 10. i) Mengira panjang dari situasi yang dinyatakan dalam pecahan ii) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan panjang. Perhatian: Senarai ini menggabungkan isi kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard . i) Mendarab panjang yang melibatkan pertukaran unit dengan. ii) iii) Mengenal pasti operasi di dalam situasi yang diberi. 1000 iii) Menyelesaikan masalah panjang melibatkan operarsi asas. Mengukur dan membanding panjang. Mendarab dan membahagi panjang. b) 10. b) kilometer dan meter. i) Tambah dan tolak panjang yang melibatkan pertukaran unit dalam: a) kilometer . iv) Menyelesaikan masalah panjang yang melibatkan operasi asas.

tinggi-rendah. Contohnya: Leena boleh melompat jauh hampir 2 meter. Bersama dengan setiap konsep ini pula beberapa contoh aktiviti diberikan untuk memperkenal konsep dengan lebih jelas dan konkrit. . dalam-cetek adalah beberapa yang perlu diperkenalkan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran ukuran secara pengamatan. “dekat dengan” “lebih kurang” adalah istilah yang selalu digunakan oleh pelajar apabila membincang mengenai ukuran. Semua ukuran adalah satu anggaran. Di dalam matematik kita mengaitkan nilai ukuran untuk sedikit sebanyak menggambar ketepatan dan perincian ukuran tanpa mengira unit ukuran yang digunakan. Ukuran panjang adalah satu nilai. Sesetengah ukuran lebih tepat dari yang lain tetapi ianya bukan satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan sebagai ukuran yang tepat. Rumah saya lebih kurang 5 kilometer dari sekolah. jauh-dekat. Kenapa ukuran dikatakan sebagai anggaran? Bolehkah anda fikirkan cara untuk membuatkan ukuran itu lebih tepat? Berikan satu cadangan. memperkayakan perbendaharaan kata pelajaran mengenai ukuran. Maka proses pengukuran itulah yang perlu diberi perhatian dan tumpuan untuk membina kemahiran di kalangan pelajar di Tahap 1 dan 2 di sekolah rendah.76 | A s a s U k u r a n KONSEP UKURAN PANJANG Apakah konsep ukuran panjang? Beberapa konsep ukuran panjang akan dibincangkan di bahagian ini. Anggaran ukuran adalah kemahiran yang perlu diberi perhatian. Istilah seperti “hampir”. kita akan melalui satu proses membanding (langsung atau tidak langsung). Apabila mengajar pelajar ukuran. PERBANDINGAN SECARA PENGAMATAN Istilah seperti panjang-pendek. menggunaan alatan untuk mengukur dan membaca alatan ini.

Pelajar diminta mengenal pasti dengan menunjuk dan menyebut pensil warna yang lebih panjang dan yang lebih pendek. lebih pendek dan sama panjang. Aktiviti ini memberi tumpuan kepada membina kefahaman pelajar membanding dan menggunakan perbendaharaan kata ukuran seperti: lebih panjang. tinggi-rendah. jauh-dekat. Aktiviti 5. Guru mengeluarkah dua pensil warna yang sama panjang dan meminta pelajar menyebut sama panjang. Murid diminta menyusun pensil warna bersebelahan untuk membuat perbanding ukuran panjangnya. Guru mengeluarkan dua pensil warna yang berlainan panjangnya. pembelajaran ukuran dimulakan dengan pembandingan secara langsung. 4. 2. dalamcetek dengan menunjukkan kepada pelajar gambar-gambar seperti: PERBANDINGAN SECARA LANGSUNG Apa sekalipun ukuran.U k u r a n P a n j a n g | 77 Aktiviti 5. sebaris 3.2 Mengenal pasti objek yang lebih panjang dan lebih pendek 1. . sebaris 5.1 Memahami maksud ukuran Secara lisan guru memperkenalkan istilah panjang-pendek. Bimbing murid untuk memastikan pensil warna disusun sebaris sebelum perbanding dilakukan.

Lebih jauh Lebih dekat . Lebih tinggi Lebih rendah Sama tinggi Aktiviti 5. Murid diminta menyatakan siapa di antara pelajar yang lebih dekat dan yang lebih jauh dari guru. Murid diminta menyatakan siapa di antara kedua-dua pelajar ini yang lebih tinggi dan yang lebih rendah.4 Mengenal pasti objek yang lebih dekat dan lebih jauh Guru berdiri di hadapan satu barisan pelajar.78 | A s a s U k u r a n Aktiviti 5.3 Mengenal pasti objek yang lebih tinggi dan lebih pendek Guru meminta dua pelajar lelaki atau perempuan yang berlainan ketinggian ke hadapan kelas.

6 Menyusun objek dari panjang kepada pendek 1. riben dan tali. . 6. Pelajar diminat menyusun mengikut ukuran panjang reben dan menyatakan reben yang paling panjang dan yang paling pendek. Guru membekalkan beberapa objek kepada pelajar seperti pensil. Guru membekalkan tiga reben berlainan warna dan ukuran panjangnya. pensil warna pen.U k u r a n P a n j a n g | 79 Aktiviti 5. 2. Murid diminta memilih objek yang lebih panjang dari pensil. Paling panjang Paling pendek Nota: Aktiviti ini boleh dilakukan untuk memilih objek yang lebih tinggi dan juga objek yang sama tinggi dengan mempelbagaikan objek-objek yang dibekalkan kepada murid. Lebih panjang Nota: Aktiviti ini boleh dilakukan untuk memilih objek yang lebih pendek dan juga objek yang sama panjang dengan mempelbagaikan objek-objek yang dibekalkan kepada murid. Aktiviti 5. 2.5 Mengenal pasti objek yang lebih panjang dan lebih pendek 1.

b = c.7 Membandingkan ukuran panjang secara tak langsung 1. Catatkan secara ringkas dalam ruang ini: 7. 3. Cuba rancang satu aktiviti yang anda boleh jalankan dalam bilik darjah untuk membantu pelajar memahami konsep ukuran panjang secara tidak langsung. . Ukuran yang tidak piawai dibandingkan dengan ukuran yang piawai.80 | A s a s U k u r a n PERBANDINGAN SECARA TIDAK LANGSUNG Keperluan untuk berkomunikasi di antara manusia membawa tamadun ke satu era yang baru mengenai ukuran. Pasangan pelajar diminta mengukur ukur lilit kepala dan ukuran pinggang secara bergilir-gilir dengan menggunakan benang atau tali. 2. Guru membimbing pelajar dengan menanyakan beberapa soalan seperti: Ukuran mana yang lebih panjang? Ukur lilit kepala anda atau rakan anda? Ukuran pinggang anda atau rakan anda? 5. Elemen transitiviti (Jika a = b. Satu pemahaman mengenai ukuran panjang yang piawai mula berkembang dan diwujudkan. Aktiviti diulang dengan mengukur bahagian anggota lain. Aktiviti 5. Lakukan aktiviti di dalam kumpulan atau berpasangan. 4. maka a = c) membolehkan manusia menggunakan alat-alat untuk mengukur. Pelajar diminta membuat perbandingan dengan merengangkan kedua-dua benang atau tali tersebut.

Adakah semua unit sembarangan sesuai untuk digunakan untuk mengukur semua benda? Nyatakan rumusan anda. meja pelajar atau pensil. 2. Cuba rancang satu aktiviti yang anda boleh jalankan dalam bilik darjah untuk mengukur beberapa benda di sekeliling pelajar anda dengan menggunakan unit sembarangan selain dari yang dinyatakan di atas. 5. 4. 3. pen. penyepit baju dan kapur.8 Mengukur dengan unit sembarangan 1. batang mancis. Pelajar diminta mengukur panjang atau lebar benda yang pelajar pilih dengan menggunakan klip kertas dan penyepit baju. buku latihan. Guru meminta pelajar memilih satu benda yang mereka hendak ukur seperti buku teks. Pelajar diminta merekod ukuran mereka ke dalam jadual berikut: Bilangan klip kertas Bilangan sepit baju Benda Pensil Buku Latihan Pen 6.U k u r a n P a n j a n g | 81 MENGUKUR DENGAN MENGGUNAKAN UNIT SEMBARANGAN DAN UNIT RUJUKAN Terdapat berbagai benda yang sesuai di sekeliling kita yang boleh digunakan untuk dijadikan unit ukuran seperti klip kertas. Lakukan aktiviti di dalam kumpulan atau berpasangan. Aktiviti 5. batang ais krim. . Aktiviti diulang dengan menggunakan unit sebarangan dan benda yang lain. 8.

2. Pelajar diminta mengukur panjang atau lebar benda yang pelajar pilih dengan menggunakan anggota badan mereka seperti jengkal. Pelajar diminta merekod ukuran mereka ke dalam jadual berikut: Bilangan jengkal Bilangan Depa Bilangan Langkah Benda Papan Hitam Lebar Meja Tulis Tinggi Meja Tulis Panjang Bilik Darjah Lebar Bilik Darjah 5. Lakukan aktiviti di dalam kumpulan atau berpasangan. Bimbing murid untuk membincangkan unit sembarang yang sesuai untuk setiap benda yang diukur. lebar bilik darjah. papan hitam. 6. Aktiviti diulang dengan menggunakan unit sebarangan dan benda yang lain. 7. depa dan langkah sama di antara anda dan rakan anda? Kenapa berbeza? Bincang dan bimbing pelajar untuk menyedari bahawa terdapat perbezaan bilangan ukuran mengikut setiap individu dan perlu ada ukuran yang piawai yang digunakan. 3.9 Mengukur dengan unit rujukan – anggota badan 1. . 4. langkah dan depa. Cetuskan soalan kepada pelajar seperti: Adakah bilangan ukuran jengkal. ketinggian meja tulis pelajar. Minta pelajar membuat rumusan mereka. Nyatakan kenapa bilangan ukuran dengan menggunakan unit sembarangan sama ada benda atau anggota badan tidak memberikan ukuran yang tepat? Berikan alasan anda kenapa unit piawai ukuran panjang diperlukan? Tuliskan huraian anda dalam ruang ini. 8. 9. Guru meminta pelajar memilih satu benda yang mereka hendak ukur seperti meja pelajar.82 | A s a s U k u r a n Aktiviti 5. 9.

3. milimeter (mm) yang bermakna 1÷1000 meter. Pada hari ini kita menggunakan unit System International (SI) atau Sistem Metrik untuk semua ukuran termasuk ukuran panjang. Guru memberi penekanan kepada simbol meter sebagai “m” dan satu meter ditulis sebagai “1 m”. 10 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 … 2. Unit piawai untuk panjang ialah meter (m). Pelajar diperkenalkan dengan pembaris 1 meter dan simbol meter (m).U k u r a n P a n j a n g | 83 UNIT PIAWAI BAGI UKURAN PANJANG Manusia telah menyedari keperluan untuk menggunakan satu unit piawai ukuran yang diterima pakai oleh satu dunia untuk memastikan bahawa ukuran yang dipakai boleh difahami dan sama tanpa mengira di mana mereka berada.10 Mengenal panjang 1 meter dan simbolnya 1.. Dari unit meter ini pula wujud pula unit kilometer (km) yang bermakna seribumeter. . Pelajar diminta mengukur dan memotong jalur kertas atau tali yang panjangnya satu meter dengan menggunakan pembaris satu meter.. Aktiviti 5. Di Tahap 1 pelajar diperkenalkan kepada meter dan sentimeter. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 . sentimeter (cm) yang bermakna seratus meter.

5. Aktiviti 5. Lakukan aktiviti di dalam kumpulan atau berpasangan. 3. Guru meminta pelajar memilih satu benda yang mereka hendak ukur seperti lebar meja pelajar. panjang papan hitam. Guru menandakan beberapa garisan warna yang panjangnya 2 m. Murid diminta menganggar jarak dalam meter dan mengukur dengan menggunakan pita ukur.84 | A s a s U k u r a n Aktiviti 5.12 Menganggar dan mengukur dalam unit meter 1. 2. Pelajar diminta mencatat ukuran ke dalam jadual berikut: Garisan Warna Merah Warna Biru Warna Hijau Warna Kuning Anggaran Ukuran (m) 6.11 Menganggar dan membanding panjang dengan unit satu meter 1. 2. 4. 3 m. ketinggian meja tulis pelajar. Pelajar diminta menandakan ( ) pada ruangan dalam jadual berikut: Anggaran Kurang daripada 1 m Benda Lebih daripada 1 m Panjang Meja Tulis Panjang Papan Hitam Lebar Meja Tulis Tinggi Meja Tulis Sama dengan 1 m 5. Pelajar diminta mengukur panjang atau lebar benda yang pelajar pilih dengan menggunakan tali atau jalur kertas satu meter. 3. Muird di minta menganggar dan kemudiannya mengukur garisan berkenaan dengan pita ukur. . 4 m dan 10. Lakukan aktiviti di dalam kumpulan atau berpasangan. 4. Aktiviti diulang dengan menggunakan unit sebarangan dan benda yang lain. 5m di atas lantai. Aktiviti diulang dengan menggunakan unit sebarangan dan benda yang lain.

3 m. Pelajar diminta mengukur dan menandakan jarak 2 m. Maka pengalaman mengenai unit sentimeter ini perlu dibina dan dilakukan oleh pelajar melalui beberapa aktiviti seperti mengenal. Lakukan aktiviti di dalam kumpulan atau berpasangan. Tahukah anda apakah makna sentimeter? Dari manakah asal usul perkataan ini? Bolehkan anda fikirkan kenapa unit sentimeter diwujudkan? Apakah perkaitan unit meter dengan unit sentimeter? Bagaimana pula apabila benda yang hendak diukur sangat kecil? Adakah unit yang boleh mengukur panjang yang sangat kecil? . Pelajar diminta mencatatkan ukuran ke dalam jadual berikut: Perkara Bilik Darjah Gelanggang Badminton Ukuran Panjang (m) Ukuran Lebar (m) 5. Guru meminta pelajar memilih pelajar mengukur seperti lebar dan panjang bilik darjah mereka atau panjang dan lebar gelanggang badminton di sekolah mereka.13 Mengukur. Pelajar hendaklah diberikan pengalaman ini supaya dapat membina pemahanan sendiri mengenai konsep sentimeter dan sekaligus membuat perkaitannya dengan unit meter yang telah dipelajarinya sebelum ini. melukis dan mencatat ukuran 1. 4.U k u r a n P a n j a n g | 85 Aktiviti 5. Unit ini hanya diperkenalkan kepada pelajar di Tahap 1. Contohnya seorang tukang jahit atau tukang kayu yang sentiasa berhadapan dengan pengukuran yang melibatkan unit kurang dari 1 meter. 2. menganggar dan melukis. Aktiviti boleh diulang dengan perkara yang lain. 3. manusia berhadapan dengan banyak benda dan situasi yang memerlukan mereka mengukur ukuran yang lebih kecil dari satu meter. 4 m dan 5 m di atas lantai dengan menggunakan pita ukur atau jalur kertas 1 meter. mengukur. UNIT SENTIMETER Unit sentimeter dicipta memandangkan dalam kehidupan seharian.

Guru mencetuskan beberapa soalan seperti: Berapa panjang reben? Satu meter lebih. Guru menunjukkan dengan menggunakan pembaris memperkenalkan unit sentimeter pada pembaris dan memperkenalkan simbol sentimeter iaitu “cm”. dan satu sentimeter ditulis sebagai “1 cm”. 2. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 4. 6. Pelajar dibekalkan dengan pembaris 1 meter dan sehelai reben yang lebih sedikit dari 1 meter. . Bolehkah anda rancang satu aktiviti di dalam bilik darjah untuk memperkenalkan unit sentimeter selain dari contoh yang diberikan dalam contoh 5.86 | A s a s U k u r a n Aktiviti 5. Berapakah panjang bahagian yang lebih itu? Panjang bahagian yang lebih kurang dari 1 meter. Untuk mengukur panjang objek yang kurang dari satu meter unit yang lebih kecil digunakan. Pelajar diminta mengukur reben yang diberi. 5.14 Mengenal panjang 1 sentimeter dan simbolnya 1.14 di atas? Tuliskan di dalam ruang ini.

setem. bateri. 45 cm. Aktiviti diulang dengan menggunakan unit sebarangan dan benda yang lain. 2. . 3.U k u r a n P a n j a n g | 87 Aktiviti 5. pensil. 15 cm atau 6 cm . Murid diminta membawa beberapa objek ke sekolah seperti kunci. 12. kotak pensil. Muird diminta mencatatkan anggaran dan ukuran sebenar di dalam jadual di bawah: Objek Pensil krayon Pen Berus gigi Bateri Anggaran (cm) Ukuran Sebenar (cm) Cuba rancang satu aktiviti untuk pelajar melukis dengan menggunakan pembaris beberapa ukuran yang diberi seperti 30 cm. krayon. 2. sehelai kertas. berus gigi dan lain-lain. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 3. Aktiviti 5.15 Mengukur panjang objek dalam unit sentimeter 1. klip kertas. Murid diminta membawa beberapa objek seperti pen. pensil dan lain-lain. 70 cm. pemadam. 4. Guru meminta pelajar menganggar dan kemudiannya mengukur objek tersebut dalam sentimeter dengan menggunakan pembaris.16 Menganggar dan mengukur panjang objek dalam unit sentimeter 1. Guru meminta pelajar membaca panjang objek tersebut dalam sentimeter seperti berikut dengan meletakkannya bersebelahan dengan pembaris. Aktiviti diulang dengan menggunakan unit sebarangan dan benda yang lain.

Guru menunjukkan kepada pelajar pembaris 1 meter dan membaca bersama pelajar untuk membuat perkaitan antara 1 m dengan 100 cm. Guru bimbing pelajar untuk mendapatkan perkaitan: 1 keping = 10 cm 10 keping = 10 x 10 cm = 100 cm Maka. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 … 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 .88 | A s a s U k u r a n PERKAITAN ANTARA SENTIMETER DENGAN METER Pelajar perlu ditunjukkan dan mereka hendaklah diberi pengalaman untuk memahami perkaitan di antara sentimeter dan meter.18 Perkaitan antara sentimeter dan meter dengan pembaris 1 m 1. Guru meminta pelajar menyusun jalur kertas 10 cm bersebelahan dengan jalur kertas 1 m seperti berikut: 10cm 1m 3. 2. Perkaitan di antara unit ini dan unit meter perlu diberi perhatian agar pelajar mempunyai pengalaman dan fahaman yang kukuh mengenainya.17 Menunjukkan perkaitan antara sentimeter dan meter 1. Pelajar juga perlu didedahkan kepada pemahaman bahawa unit sentimeter adalah lebih kecil dari unit meter. 100 cm = 1m Aktiviti 5. Perkaitan diantara kedua unit ialah: 1 m = 100 cm Aktiviti 5. Pelajar diminta memotong satu jalur kertas berukuran 1 m dan 10 keping jalur kertas bewarna berukuran 10 cm.

Pelajar perlu memerhatikan pembaris mililiter dan memberi fokus kepada setiap satu sentimeter yang dibahagikan kepada 10 senggatan. Unit ini hanya diperkenalkan kepada pelajar di Tahap 2. A ke F. . 1 cm = 10 mm Seterusnya pelajar juga perlu dibimbing untuk dapat membuat perkaitan secara tidak langsung di antara milimeter dan meter. Pelajar diminta menyatakan jarak di antara : A ke C. A ke G dan A ke H. Pelajar perlu ditunjukkan dan mereka hendaklah diberi pengalaman untuk memahami perkaitan di antara milimeter dan sentimeter dengan menggunakan pembaris. m 3 4 5 6 7 8 4.U k u r a n P a n j a n g | 89 UNIT MILIMETER Untuk ukuran yang lebih kecil yang kurang dari 1 sentimeter satu unit yang lebih kecil diperlukan. Maka unit milimeter diwujudkan untuk mengukur ukuran yang kurang dari 1 sentimeter. Setiap senggatan kecil berukuran 1 milimeter. Beri pelajar latihan membaca jarak di dalam milimeter dengan meminta mereka membaca jarak yang di tanda pada pembaris mililiter berikut: AB A C D E F G H 0 cm 1 2 c Contoh: B ke C ialah 9 mm. m 1 3. A ke E. A keD. 1 m = 100 cm = 1000 mm Aktiviti 5. Simbolnya ialah mm.19 Membaca ukuran dalam unit milimeter 1. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 mm 0 cm c 2.

0 cm cm 1 2 3 4 5 6 7 8 0 mm cm 10 20 30 40 50 60 70 80 . Lanjutan daripada kemahiran-kemahiran ini pula. reben atau jalur kertas . pelajar juga diberi kemahiran melukis untuk mewakili ukuran yang diberi. Pelajar perlu diberikan pengalaman menjalankan pertukaran unit ini dengan aktiviti-aktiviti mengukur secara langsung. Penukaran dari sentimeter ke milimeter dan sebaliknya. Pelajar diminta mengukur dalam unit sentimeter dengan tepat dan kemudiannya mengukur dalam unit milimeter . 2. Pertukaran unit kemudiannya hendaklah dilaksanakan secara pengiraan latih tubi dengan samada memberi latihan-latihan pengiraan ataupun dalam bentuk aktiviti rekreasi yang mana secara tidak lansung pelajar juga akan perlu mengira untuk mencapai matlamat permainan atau rekreasi yang diberikan.20 Menukar unit sentimeter kepada milimeter dan sebaliknya 1. PENUKARAN UNIT SENTIMETER KE MILIMETER Penukaran unit di antara sama lain adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Umumnya kemahiran penukaran unit ini adalah seperti berikut: Penukaran dari meter ke sentimeter dan sebaliknya. tali. pelajar hendaklah pula diberi pengalaman dan latihan di dalam menggangar jarak yang diberi dan seterusnya mengukur di dalam mililiter. Pelajar diberi beberapa objek seperti kapur.90 | A s a s U k u r a n Seterusnya selepas pelajar didedahkan kepada kemahiran membaca di dalam milimeter. Aktiviti 5.

5 cm = b) 56 mm = mm cm b) 8 cm = d) 134 mm = mm cm . 4 cm = 4 x 10 mm = 40 mm 6. Pelajar kemudiannya dibimbing untuk menukar dari sentimeter ke milimeter. Sebaliknya untuk menukar dari milimeter ke sentimeter. pelajar diminta membuat perkaitan 1cm = 10 mm 1 cm = 10 mm 5. Pelajar diminta mencatakan ukuran ke dalam jadual berikut: Objek Kapur Reben Tali Ukuran (cm) 4 cm Ukuran (mm) 40 mm 4. 10 mm = 10 ÷ 10 = 1 cm Fakta yang perlu di beri penekanan: Penukaran dari cm ke mm di darab dengan 10 Penukaran dari mm ke cm dibahagi dengan 10 Cuba selesaikan pertukaran unit ini: a) 7.U k u r a n P a n j a n g | 91 3. dibahagi dengan 10. Dari jadual di atas. dengan mendarab dengan 10.

2. .2 m = 8.6 m 7. Guru seterusnya membimbing pelajar menukar dari sentimeter ke meter dengan membahagi unit sentimeter dengan 100. Contoh: 1 m = 1 x 100 cm = 100 cm 4 m = 4 x 100 cm = 400 cm 8.92 | A s a s U k u r a n Aktiviti 5.2 x 100 cm = 820 cm 6. 8.21 Menukar unit sentimeter kepada meter dan sebaliknya 1. Berapa sentimeter bersamaan dengan satu meter? 4. Pelajar diminta untuk mengingat kembali perkaitan antara meter dam sentimeter. Contoh: 100 cm = 100 ÷ 100 = 1 m 900 cm = 900 ÷ 100 = 9 m 56 cm = 56 ÷ 100 = 5. 1 meter 3. Guru bimbing pelajar menukar dari unit meter ke sentimeter dengan mendarab unit meter dengan 100. Guru boleh menyediakan dan menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi bersama murid yang melibatkan pertukaran unit meter ke sentimeter dan sebaliknya dan aktiviti rekreasi bergabung yang melibatkan pertukaran sentimeter ke milimeter dan sebaliknya. Meminta pelajar membuat perkaitan antara unit meter dan sentimeter. Guru meminta pelajar menunjukkan panjang 1 m dengan tangan dan 1cm dengan jari mereka. Pelajar mengingat kembali bahawa: 1 m = 100 cm 5. 9.

Adalah disarankan untuk mengenali satu kilometer. Contohnya jarak antara dua bandar atau dua tempat yang jaraknya agak jauh seperti dari rumah ke satu destinasi yang jaraknya jauh. Kilo bermaksud satu ribu. Jadi “kilometer” bermakna satu ribu meter. pastikan pelajar mendapat pengalaman dan pemahaman secara langsung mengenai jarak 1 kilometer ini. tetapi mereka perlu melalui pengalaman untuk membolehkan mereka merasai dan memahami sendiri pengertian jarak 1 kilometer itu. guru hendaklah merancang aktiviti-aktiviti luar bilik darjah seperti di padang sekolah yang membolehkan pelajar mendapat pengalaman berjalan atau berlari sejauh satu kilometer. Unit ini hanya diperkenalkan kepada pelajar di Tahap 2. Unit kilometer digunakan untuk mengukur jarak yang lebih jauh seperti jarak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pemahaman intuitif mengenai konsep kilometer tidak boleh hanya dengan memberitahu kepada pelajar.U k u r a n P a n j a n g | 93 Fakta yang perlu di beri penekanan: Penukaran dari m ke cm di darab dengan 100 Penukaran dari cm ke m dibahagi dengan 100 Cuba selesaikan pertukaran unit ini: a) b) 2.5 m = 190 cm = cm m b) 8 m = d) 421 cm = cm m Ingat: 120 cm 100 cm 20 cm 120 cm = 1 m 20 cm UNIT KILOMETER Untuk ukuran satu kilometer ini. Kilometer adalah kombinasi perkataan “kilo” dan “meter”. .

94 | A s a s U k u r a n Aktiviti 5. 2. Murid diminta mengisi jadual seperti berikut: Tempat Rumah ke sekolah Rumah ke pasar raya Rumah ke klinik Rumah ke hospital Rumah ke balai polis Jarak (km) . Guru membawa pelajar ke padang sekolah dan membimbing pelajar mengukur jarak untuk satu pusingan balapan yang ada di padang sekolah. 7.22 Mengenal unit kilometer 1. 1 000 m = 1 km 6. Pelajar diminta menuliskan perkaitan antara meter dam kilometer. pelajar seterusnya pelajar didedahkan dengan aktiviti menganggar jarak seperti jarak dari rumah ke sekolah atau jarak dari rumah ke pasar raya atau klinik. Guru menjelaskan bahawa jarak 1 000 meter ini dinamakan 1 kilometer. Guru menunjukkan simbol untuk kilometer ialah km. atau dari rumah ke hospital atau balai polis. 4. 5. Murid diminta mengisi jadual seperti ini: Pusingan Jarak 1 200 m 2 400 m 3 600 m 4 800 m 5 1 000 m 3. Selepas pelajar mengenali tentang 1 kilometer.

Kuala Lumpur Anggaran 55 km Sebenar Lembah Beringin Anggaran 30 m Sebenar Tanjong Malim Anggaran 45 m Sebenar Bukit Sentosa 36 km 5. 60 cm). Guru membimbing pelajar untuk boleh menyemak sama ada anggaran mereka tepat. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan. 160 cm. Guru meminta mereka menganggar jarak bandar-bandar tersebut dalam kilometer dari bandar yang mereka berada. Contoh: . 2. Contohnya: Pelajar berada di Bandar Bukit Sentosa. basikal) Ketinggian anda ialah hampir dengan? (60 cm.U k u r a n P a n j a n g | 95 Aktiviti 5. 30 cm. Apakah objek yang anggarannya lebih kurang 300 cm? (kereta. Pelajar diminta melayari laman sesawang yang bersesuai untuk menyemak jarak sebenar untuk setiap bandar yang telah disenaraikan: 6. Namakan dua objek yang panjangnya hampir 1 meter? a) ___________ b) ______________ Papan papan hitam di bilik darjah anda ialah _______________ Guru bimbing pelajar menukar dalam unit meter ke sentimeter dengan mendarab unit meter dengan 100. Selangor. Lebar meja tulis anda ialah: (10 cm. Cuba selesaikan pertukaran unit ini: a) c) e) 3.23 Menganggar jarak dalam unit kilometer 1.6 km = 8700 m = 4100 m = m km km b) 100 k m = d) 420 m = m km km f) 5902 m = Cuba fikirkan soalan yang berikut: a) b) c) d) e) 5. Murid diminta mengisi jadual seperti ini: Rawang Anggaran Sebenar 4. 7. Guru meminta pelajar menamakan beberapa bandar yang berdekatan dengan bandar yang mereka berada. kapal terbang. Pelajar diminta mengisi ukuran sebenar ke dalam lajur ukuran sebenar. 260 cm). 3.

96 | A s a s U k u r a n Aktiviti 5. c) Berapakah beza jarak di antara Masjid dengan Sekolah dan Masjid dengan Balai Polis? d) Rumah siapa yang paling dekat dengan Masjid? 6. 3. tali dan pembaris. Pelbagai soalan yang boleh diberi oleh guru untuk merangsang pelajar untuk menjalankan aktiviti mengukur dan mengira ini.24 Mengukur jarak dengan menggunakan skala 1. Guru membimbing pelajar melihat skala yang digunakan dalam peta yang diberi. Pelajar melakukan aktiviti dalam kumpulan. 4. Rumah Ben Rumah Eli Masjid Sekolah h Rumah Hilmi Rumah Sheela SUPER MARKET Balai Polis Skala: 1 cm: 1 km 2. Guru menunjukkan cara mengukur jarak dengan menggunakan tali dan pembaris. Kemudian tali direnggangkan pada pembaris untuk dibaca ukurannya. Contoh: Skala yang digunakan ialah 1 cm : 1 km Jarak dari Rumah Ben ke Rumah Eli Bandar B ialah 10 cm. Jadi 1 cm = 1 km 10 cm = 10 x 1 km = 10 km 0 cm 1 0 5. Guru boleh menyediakan beberapa soalan c seperti: m 2 0 3 0 4 0 5 0 6 0 7 0 8 0 a) Berapakah jarak dari Rumah Hilmi ke Sekolah (beri jawapan dalam unit kilometer) b) Berapakah jarak dari Rumah Sheela ke Supermarket? (beri jawapan dalam unit kilometer). Guru menyediakan peta sesuatu bandar. . Tali diletakkan mengikut ukuran jarak dua tempat.

Pertukaran dari m ke cm didarab dengan 100 dan pertukaran dari cm ke m dibahagi dengan 100. rendah 8. Meter 5. KATA KUNCI 1. Pertukaran dari cm ke mm didarab dengan 10 dan pertukaran dari mm ke cm dibahagi dengan 10. Tinggi.U k u r a n P a n j a n g | 97 RUMUSAN Secara umumnya terdapat beberapa perkaitan yang boleh rumuskan seperti berikut: 1 km = 1000 m 1 m = 100 cm 1 cm = 10 mm Pertukaran dari km ke m didarab dengan 1000 dan pertukaran dari m ke km dibahagi dengan 1000. Kilometer 6. Milimeter 3. . Jengkal 10. Depa PETA KONSEP UKURAN PANJANG Sila lihat peta konsep di mukasurat 122-123.Lebih pendek 7. Sentimeter 4. Ukuran panjang 2. Lebih tinggi.Lebih rendah 9. Panjang. panjang .

Tukarkan.98 | A s a s U k u r a n PENILAIAN KENDIRI 1. a) 1600 m = b) 2850 m = c) 1130 m = d) 7405 m = e) 6005 m = km km km km km m m m m m f) 40 mm = g) 250 mm = h) 106 mm = i) 305 mm = j) 960 mm = cm cm cm cm cm mm mm mm mm mm 3. a) 190cm = b) 286 cm = c) 118 cm = d) 945 cm = e) 994 cm = m m m m m cm cm cm cm cm f) 400cm = g) 250 cm = h) 608 cm = i) 555 cm = j) 325 cm = m m m m m cm cm cm cm cm 2. Tukarkan. Tukarkan a) 9 m = b) 21 m = c) 8 m 15 cm = d) 9 m 375 cm = e) 16 km 60 m = cm cm cm cm m a) 13 km = b) 45 km = c) 2 km 5 m = d) 14 cm 75 mm = e) 31 cm 10 mm = m m m mm mm .

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (2011). Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Teachers’ Handbook. Mohamad Khairuddi Yahya. (2006). (2006). (2007). Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. (1998). Isa. Wan Yusof Wan Ngah. Kuriulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Yusof Wan Ngah. Mohamad Khairuddi Yahya. (2010).U k u r a n P a n j a n g | 99 RUJUKAN Abdul Razak Othman. Santhi Periasamy. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Textbook. Marzita Puteh. Bhd. Marzita Puteh. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. (2005). Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Textbook.Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4 Teachers’ Handbook. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Mohamad Khairuddi Yahya. Mohamad Khairuddi Yahya. Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yook Lean. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Aras Mega Sdn. Bhd. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. (2011). Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohamad Khairuddi Yahya. Daud Zakaria & Abdullah Md. Bahagian Pendidikan Guru. (2007). . Santhi Periasamy. Abdul Razak Saleh & Rabiyah Fakir Mohd. Marzita Puteh. Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rosli Maun & Haslina Jaafar. (2004). (2004). Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Teachers’ Handbook. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Yusof Wan Ngah. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matrematik: Wang. Ukuran dan Sukatan untuk Sekolah Rendah.

.

Unit 6 OPERASI DALAM UKURAN PANJANG .

.

Kemudiannya gabungan meter dan sentimeter. mendarab dan membahagi. Penukaran unit perlu diberi penekanan memandangkan kemahiran ini sangat kritikal terutama apada pengiraan melibatkan penambahan dua unit seperti 2 m 45 cm + 3 m 60 cm ataupun penolakan seperti 3 m 25 cm – 1 cm 40 cm.A s a s U k u r a n |100 UNIT 6 OPERASI DALAM UKURAN PANJANG HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. menolak. Menilai pecahan daripada sesuatu ukuran panjang. 2. milimeter dengan milimeter dan kilometer dengan kilometer. iaitu menambah atau menolak tiga ukuran. Operasi dimulakan dengan penambah atau menolak dua ukuran panjang dan kemudian diikuti dengan penambahan dan penolakan berturut-turut. menganggar. kemahiran yang seterusnya yang perlu dikuasai oleh mereka ialah empat operasi asas matematik iaitu menambah. Dimulakan dengan penambahan tanpa mengumpul semula kepada penambahan yang melibatkan mengumpul semula. darab dan bahagi ukuran panjang. mengukur dan juga telahpun mahir dalam perkaitan antara meter. Kemahiran ini dilaksanakan selepas semua kemahiran yang dinyatakan sebelum ini telah dicapai oleh pelajar untuk memastikan bahawa mereka boleh melakukannya jika diperlukan semasa menjalankan ke empat-empat operasi ini. 3. sentimeter dan milimeter. PENGENALAN A pabila pelajar sudahpun menguasai kemahiran mengenal. . anda diharap dapat: 1. Penambahan dan penolakan dimulakan dengan unit yang sama iaitu. Pelajar didedahkan kepada pengiraan dalam bentuk lazim. sentimeter dan milimeter dan kilometer dan meter. Menyelesaikan masalah yang melibatkan ukuran panjang dalam situasi harian. tolak. meter dengan meter. Melakukan operasi tambah. Pengiraan juga melibatkan penukaran unit. sentimeter dengan sentimeter. membanding.

100 dan 1000. nombor perpuluhan.41cm 23cm cm 11 m b) 558 m – 236 m = 558 m .1 Menambah. hasil darab atau hasil bahagi perlu ditukarkan unitnya. Operasi darab pula adalah pendaraban ukuran panjang dengan satu nombor satu digit. menolak dalam meter. milimeter dan kilometer Menambah dan Menolak (dalam m) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula): a) 203 m + 164 m = 203 m + 164 m 367 m Contoh Soalan ( mengumpul semula): a) 357 m + 265 m = 357 m + 265 m 622 m Menambah dan Menolak (dalam cm) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula): a) 63 cm + 35 cm = 63 cm + 35cm 98cm cm b) 64 cm – 41 cm = 64cm .433 m 288 m 6 11 11 m . 100 dan 1000. Manakala operasi bahagi pula adalah pembahagian dengan satu nombor satu digit.101| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g Operasi tambah dan tolak boleh dilakukan kepada ukuran panjang dalam bentuk nombor bulat. kerana apabila menjalankan operasi kepada ukuran panjang. sentimeter.436 m 122 m m m b) 721 m – 433 m = 721 m . 10. 10. OPERASI TAMBAH DAN TOLAK Aktiviti 6. berkemungkinan hasil tambah. Pelajar hendaklah selalu diingatkan kembali mengenai perkaitan di antara setiap unit dalam ukuran panjang. hasil tolak.

Menambah dan Menolak (dalam mm) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula): a) 124 mm + 163 mm = 124 mm + 163 mm 287 mm Contoh Soalan ( mengumpul semula): a) 58 mm + 65mm = 1 mm b) 678 mm – 236 mm = 678 mm .89 m Ingatkan pelajar bahawa apabila ukuran lebih dari 100 cm.A s a s U k u r a n |102 Contoh Soalan ( mengumpul semula): a) 275 cm + 235 cm = 1 1 m b) 632 cm – 343 cm = cm .445 mm 89 mm 89 mm = 8 cm 9 mm = 8. bolehlah ditukarkan ke sentimeter.1 m 289 cm = 2 m 89 cm = 2. . hendaklah ditukar ke meter.343 cm 289 cm 512 1 632 2 m 275 cm + 235 cm 510 cm 510 cm = 5 m 10 cm = 5.236 mm 442 mm mm cm b) 534 mm – 445 mm = cm Ingatkan pelajar 1cm = 10 mm 58 mm + 65 mm 123 mm 4 12 14 123 mm = 12 cm 3 mm = 12.9 cm Ingatkan pelajar bahawa apabila ukuran lebih dari 10 mm.3 cm 534 mm .

84 km + 1.326 km 202 km km Ingatkan pelajar.469 km 12.469 km = 5.13 km = 4.310 km 1 1 1 km b) 534 km – 345 km = 4 12 14 km 534km .82 km + 1.103| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g Menambah dan Menolak (dalam km) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula): a) 4. titik perpuluhan hendaklah sebaris a) 5.841 km + 6.97 km Contoh Soalan ( mengumpul semula): km b) 348 km – 126 km = 528 km .13 km 5.841 km + 6.345km 189 km .

2 m 46cm 3 m 22cm 1 m 3 m 69 cm = 3 m + 0.22 m = 3.42 .22 m 56 km 13 56 km 13 m m Contoh Soalan ( mengumpul semula): 7 392 km 91 7 392 km 91 m m a) 5 m 65 cm + 8 m 80 cm = .54 m 100 cm + 28 cm = 128 cm 2 m 82 cm = 2 m + 82 cm = 2 m + 0.7 b) 5 m 28cm – 2 m 46 cm = m .35 42 21 42 21 4 128 Kumpul semula 1 m 5 m 651cm 5 m 28 cm .21 kepada 100 cm.7 cm 52mm 2 cm 46 mm m cm . + 8 m 89 cm .7 .82m = 2.2 m 46cm 0 0 0 0 13 m 154 cm 2 m 82cm 154 cm = 1 m 54 cm 13 m + 1 m 54 cm = 13 m + 1 m + 0.69 m = 3.21 . sentimeter dan millimeter. kilometer dan meter Menambah dan Menolak (dalam m dan cm) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula): b) 2 m 45 cm + 1 m 24 cm = 2 m 45 cm + 1 m 24 cm 3 m 69 cm m b) 5 m 68 cm – 2 m 46 cm = 5 m 68 cm . menolak dalam meter dan sentimeter.54 m = 14.A s a s U k u r a n |104 Aktiviti 6.82 m Menambah dan Menolak (dalam cm dan mm) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula): a) 3 cm 25 mm + 6 cm 54 mm = 3cm 25 mm + 6 cm 54 mm 9 cm 79mm cm mm b) 9cm 98 mm – 7 m 52 cm = 9cm 98 mm .42 .35 m .2 Menambah.69 m 3 m 22 cm = 3 m + 0.

10 mm + 25 mm = 35 mm 52 mm = 5 cm 2 mm 40 cm + 5 cm 2 mm = 45 cm + 2 mm = 45 cm + 0.7 9 km 1012 m = 1 km 12 m 1 km + 1 km 0.37 km 43 km 218 m = 43 km + 0.2 cm 35 mm -28 mm = 7 mm 64 cm – 49 cm = 15 cm 15 cm 7 mm = 15 cm + 0.79 km = 1.218 km Contoh Soalan ( mengumpul semula): a) 1.3 km 790 m 1 km 790 m 1580 m -790 m = 790 m 4 km – 3 km = 1 km 4 1580 km Kumpul semula 1 km kepada 1000 m.248 km + 764 m = 1 km 248 m + 764 m 1 km 1012 m 11 km 1.248 km = 1 km 248 m b) 5 km 580 m – 3 km 790 m = 5km 580 m .012 km = 2. 1000 m + 580 m = 1580 m 1 km 790 m = 1 km + 0.37 km = 59.7 cm = 15.218 km = 43.7 cm Menambah dan Menolak (dalam km dan m) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula): a) 42 km 140 m + 17 km 230 m = 42km 140 m + 17 km 230 m 59 km 370 m km b) 135 km 648 m – 86 km 450 m = 129km 668 m .2 cm = 45.86 km 450 m 43 km 218m km 59 km 370 m = 59 km + 0.012 km .49 cm 28 mm 15 cm 7 mm 64 35 cm Kumpul semula 1 cm kepada 10 mm.105| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g Contoh Soalan ( mengumpul semula): a) 16 cm 25 mm + 27cm 85 mm = 15 cm 25 mm + 25 cm 27 mm 40 cm 52 mm 1 cm b) 65 cm 36 mm – 49 cm 78 cm = 65cm 25 mm .

milimeter dan kilometer Mendarab dan Membahagi (dalam m) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula dan mengumpul semula): a) 3 x 32 m = 32 m x 3 96 m m b) 6 x 43 m = 43 m x 6 258 m 1 m c) 4 x 1.30 m 2 3 m e) 360 m ÷ 9 = 40 m 9 360 m -36 00 .A s a s U k u r a n |106 OPERASI DARAB DAN BAHAGI Aktiviti 6. 24 m = 1.3 Mendarab dan membahagi dalam meter. 46 m = 2.0 0 m f) 865 m ÷ 5 = 173 m 5 865 m -5 36 .88 m m d) 5 x 2. - .15 0 m - 0 Bimbing pelajar membahagi secara panjang seperti di atas.35 15 . sentimeter.22 m x 4 4.46 m x 5 12.

13 cm x 3 12.30 0 00 0 cm .46 cm = 9.- Pembahagian ukuran panjang juga boleh dibahagi dengan 1000.40 60 . e) 560 cm ÷ 7 = cm f) 768 cm ÷ 6 = 128 cm 6 768 cm -6 16 .0 0 128 cm = 1 m 28 cm = 1.3 cm 100 830.46 cm x 3 28.) cm 80 cm 7 560 cm -56 00 .39 cm cm d) 3 x 9.12 48 .800 30 0 .107| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g Mendarab dan Membahagi (dalam cm) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula dan mengumpul semula): Ingatkan pelajar m= 100 cm 1m a) 2 x 24 cm = 24 cm x 2 48 cm cm 85 cm x 7 595 cm 3 b) 7 x 85 cm = 595 cm = 5 m 95 cm = 5.7 cm . Contoh: 12 700 cm ÷ 1000 = 12.48 0 g.95 m c) 3 x 4.13 cm = 4.60 0 cm 0 - 830 cm ÷ 100 = 8.28 m - f) 460 cm ÷ 10 = 46 cm 10 460 cm .38 cm 1 1 cm Jawapan yang diberi bergantung kepada unit yang dikehendaki oleh soalan.0 cm .

2mm x 100 320.0 mm cm 320 mm = 32 cm 6200 mm = 620 cm Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula dan mengumpul semula): a) 7 x 69 mm = 69 mm x 7 483 mm 6 cm b) 10 x 42 mm = 42 mm x 10 420 mm cm 483 mm = 48 cm 3 mm = 48.49 00 .54 0 cm 70 mm = 7 cm 56 mm = 5.25 mm = 6.0 mm cm d) 1000 x 6.0 0 cm e) 504 mm ÷ 9 = 56 mm 9 504mm -45 54 .A s a s U k u r a n |108 Mendarab dan Membahagi (dalam mm) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula ): a) 2 x 34 mm = 34 mm x 2 68 mm mm b) 10 x 42 mm = 42 mm x 10 420 mm mm Ingatkan pelajar 1 cm = 10 cm c) 100 x 3.3 cm 420 mm = 42 cm cm d) 490 mm ÷ 7 = 70 mm 7 490 mm .2 mm = 3.2 mm x 1000 6200.6 cm - 0 - - .

500 km km e) 2 x 200 km = 5 2 x 200 km = 400 km 5 5 = 80 km km f) 1½ x 24 km = km Kemahiran mendarab kiraan jarak dari sesuatu situasi yang dinyatakan dalam pecahan 1½ x24 km = 3 x 24 km 2 = 72 km 2 = 36 km .40 km km d) 100 x 49.65 km x 8 77.65 mm 100 265 mm -200 65 .74 km x 10 27.65 00 mm 82 mm = 8.65 km = 9.6 km km b) 8 x 9.2 km = 1.74 km = 2.20 km 5 4 km c) 10 x 2.20 00 cm g) 265 mm ÷ 100 = 2.325 km x 100 4932.325 km = 49.2 km x 3 3.2 cm - Mendarab dan Membahagi (dalam km) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula dan mengumpul semula): a) 3 x 1.109| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g f) 820 mm ÷ 10 = 82 mm 10 820 mm -80 20 .

5 km ÷ 1000 = km .00 0 km h ) 756 km ÷ 6 = 126 km 6 756 km -6 15 .08 km ÷ 100 = 0 km 4.j) 834.36 0 km - i) 46.800 0 Pembahagian ukuran panjang juga boleh dibahagi dengan 1000.800 340 .60 50 . Contoh: 1284.12 36 .0800 km .40 65 .300 408 .50 km .65 km 10 46.3408 km 100 834.400 800 .5 km ÷ 10 = km .50 0 - - 8.A s a s U k u r a n |110 g) 360 km ÷ 3 = 120 km 3 360 km -3 6 -6 00 .

64 0 0 m d) 23 m 98 cm ÷ 7 = 23 m 14 cm 161 m 98cm .62 m a) 8 m 64 cm ÷ 8 = 1 m 8 cm 8 8 m 64 cm -8 .62 m = 336.14 -7 21 28 .08 m 7 23 m 14 cm = 23 m +0.28 0 0 m 1 m 8 cm = 1 m + 0.21 .4 Mendarab dan membahagi dalam meter dan sentimeter. kilometer dan meter. Mendarab dan Membahagi (dalam m dan cm) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula dan mengumpul semula): a) 3 m 24 cm x 2 = 3 m 24 cm x 2 6 m 48 cm m b) 67 m 18 cm x 9 = 67 m 18cm x 9 335 m 162 cm 3 4 m Ingatkan pelajar 1m = 100 m 6 m 48 cm = 6 m + 48 cm = 6 m + 0.08 m = 1.111| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g Aktiviti 6. sentimeter dan milimeter.48 m 335 m 162 cm = 335 m + 1 62 cm = 335 m + 1.14 m = 23.14 m .48 m = 6.

8 cm 9 2 cm 4 mm = 2 cm + 4 mm = 2 cm + 0.4 cm = 2.8 cm = 24.A s a s U k u r a n |112 Mendarab dan Membahagi (dalam cm dan mm) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula dan mengumpul semula): a) 21 cm 44 mm x 2 = 21 cm 44 mm x 2 42 cm 88 mm cm b) 15 cm 9 mm x 6 = 15 cm 9 mm x 6 90 cm 54 mm 3 cm Ingatkan pelajar 1cm = 10 mm 88 mm = 8.69 km = 95.26 km = 130.10 -5 15 40 .8 cm.15 . 42 cm 88 mm = 42 cm + 8.8 cm = 50. 90 cm 54 mm = 90 cm + 5.8 cm 54 mm = 5.690 km = 370.4 cm = 336 m 62 cm b) 18 cm 36 mm ÷ 9 = 2 cm 4 mm 18 cm 36 mm -18 .8 cm Mendarab dan Membahagi (dalam km dan m) Contoh Soalan (tanpa mengumpul semula dan mengumpul semula): a) 65 km 130 m x 2 65 km 130 m x 2 130 km 260 m 130 km 260 m = 130 km + 260 m = 130 km + 0.36 0 0 cm b) 115 cm 90 mm ÷ 5 = 23 cm 18 mm 5 115 cm 90 mm .4 cm = 50.26 km = km b) 37 km 69 m x 10 = 69 m x 10 370 km 690 m 37 km km Ingatkan pelajar 1km = 1000 m 370 km 690 m = 370 km + 690 m = 370 km + 0.4 cm = 95.4 cm.4 cm = 336 m 62 cm .8 cm = 50.40 0 0 cm Ingatkan pelajar 1cm = 10 mm 23 cm 18 mm = 23 cm + 18 mm = 23 cm + 1.

100 atau 1000 yang melibatkan mm. tolak.013 km = 50.013 km = 56.113| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g c) 6 km 190 m x 8 = km 190 m x 8 48 km 1520 m 6 km 1520 m = 1000 m + 520 m = 1 km + 0.21 0 0 56 km 13 m = 56 km + 13 m = 56 km + 0. m dan km.52 km d) 36 km 54 m ÷ 6 = cm e) 392 km 91 m ÷ 7 = cm 6 4 km 90 m 36 km 540 m -36 .8 cm Cuba anda bina beberapa soalan yang melibatkan operasi tambah.42 .8 cm 7 56 km 13 m 392 km 91 m -35 -7 42 21 . Pendaraban dan pembahagian ukuran panjang dengan 1 digit.52 km. Pastikan juga ke-empat operasi ini melibatkan penukaran unit. 10. cm.009 km = 4. m dan km.52 km = 49.009 km = 50.540 0 0 4 km 9 m = 4 km + 0. darab dan bahagi untuk diberi kenapa pelajar anda supaya dapat menguji kefahaman mereka mengenai: i) ii) iii) Penambahan dan penolakan ukuran panjang yang melibat kan mm. 48 km 1520 m = 48 km + 1 km + 0. cm. .

768 km = = = = = mm cm cm cm km km k) 12.A s a s U k u r a n |114 Cuba selesaikan. a) 37 m + 162 m = c) 302 cm + 66 cm = e) 95 m – 23 m = m m m cm b) 223 m + 156 m = m m m m d) 387 cm + 358 cm = f) h) 203 m – 146 m = g) 373 cm – 141 cm = 682 cm – 475 cm = 2 a) 3 x 13 m = c) 8 x 90 cm = e) 618 m ÷ 2 = g) 155 cm ÷ 5 = m m m cm b) d) f) h) 7 x 65 m = m m m m 4 x 164 cm = 504 m ÷ 9 = 735 cm ÷ 3 = 3.450 km 10 = 378.90 km 100 = 4 ) a) 2 x 34 m 41 cm = c) 3 x 9 cm 30 mm = e) 84 cm 48 mm ÷ 4 = g) 960 km ÷ 1000 = i) ¾ x 840 m = m cm cm km m b) d) f) h) j) 6 x 48 m 27 cm 5 x 57 cm 26 mm = = m cm cm km km 91 cm 224 mm ÷ 7 = 675 km 805 m ÷ 5 = 2½ x 460 km = . a) 8 x 9 mm c) 3 x 23 mm e) 46 mm ÷ 2 g) 848 mm ÷ 4 i) 2 x 1. 1.342 km = = = = = mm cm mm cm km km b) d) f) h) j) l) 6 x 48 mm 5x 38 mm 264 mm ÷ 6 406 mm ÷ 7 9 x 4.

Guru di sekolah sentiasa meneroka pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah serta dapat memilih strategi yang sesuai dengan mengambil kira perbezaan seperti kebolehan. Panjang reben yang tinggal ialah 227 cm atau 2 m 27 cm. Penyelesaian masalah yang melibatkan ukuran panjang mula didedahkan kepada pelajar mulai Tahap 1 di Tahun 3. Model Mayer (1983). Menurut Model Polya (1973). Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975). terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah. Nisha menggunakan 128 cm untuk membalut hadiah. . Di peringkat ini pelajar hendaklah mula dilatih untuk menggunakan salah satu model penyelesaian masalah yang mudah. minat. Berapa panjangkah reben yang tinggal? Bimbing pelajar dengan bertanyakan soalan seperti berikut dan minta pelajar memberikan jawapannya: Panjang reben ? : 355 cm Reben yang diguna : 128 cm Bimbing murid untuk memberikan operasi yang perlu digunakan dan kemudian menuliskan ayat matematik : 355 cm – 128 cm = Bimbing murid untuk menyelesaikannya: 355cm .115| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g PENYELESAIAN MASALAH Pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik telah diperkenalkan oleh para guru kepada pelajar dan diharapkan mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari untuk melaksanakan pembelajaran atau tugasan yang lebih berkesan di sekolah.128 227cm 4 15 Bimbing pelajar untuk menukar unit: 227 cm = 200 cm + 27 cm = 2 m 27 cm Bimbing pelajar untuk menyemak : 227 cm + 128 cm = 355 cm. Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985).5 Menggunakan ukuran panjang di dalam kehidupan seharian Berikan soalan kepada pelajar seperti berikut: Sehelai reben berukuran 355 cm. implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali. gaya pembelajaran serta pelbagai kecerdasan pelajar. Contoh beberapa soalan adalah seperti berikut: Aktiviti 6. merancang strategi tentang masalah.

A s a s U k u r a n |116

Pelbagai soalan yang merangkumi semua operasi hendaklah diberikan kepada pelajar supaya mereka dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah seharian yang mereka temui seperti:

Contoh (tambah): Jalan Setia ialah 380 m dan Jalan Budi ialah 200 m lebih panjang dari Jalan Setia. Berapakah jumlah panjang jalan-jalan ini? Jalan Setia : 280 m Jalan Budi : 280 m + 200 m = 480 m 280 m + 280 m + 200 m = m 280 m + 480 m 760 m Semak: 760 m – 480 m 280 m
1

Contoh (darab): Jarak di antara Pekan A dan Pekan B ialah 65 m. Jika Ramesh berulang sebanyak 3 kali antara dua pekan in, berapakah jaraknya? Jarak Pekan A dan B : 650 m Berulang : 3 kali 650 m x 3 = m 650 m x 3 1950 m Semak:
1

1950 m = 1000 m + 950 m = 1 km + 0.95 km = 1.95 km 1950 ÷ 3 = 650 m

Jarak yang telah dilalui ialah 1950 m Jumlah panjang jalan-jalan ialah 760 m

Contoh (bahagi): Puan Nina ada tali berukuran 320 cm. Dia memotongnya kepada 8 bahagian yang sama panjang. Berapa panjang setiap tali yang telah dipotong? Panjang tali Potong tali 320 cm ÷ 8 = : 320 cm : 8 bahagian cm

Contoh (bahagi): Lee Na ada tali berukuran 262 cm. Panjang tali Jothi ialah 173 cm. Berapa beza panjang tali-tali mereka? Panjang tali Lee Na Panjang tali Jothi 263 cm -173 cm = 262 cm - 173 cm 89 cm Semak: 173 cm + 89 cm 262 cm
11 1 15 12

: 262 cm : 173 cm cm

40 cm 8 320 cm -32 00 Semak: 40 cm x 8 = 320 cm Panjang setiap tali ialah 40 cm

Beza panjang tali ialah 89cm

117| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g

Penekankan guru hendaklah supaya langkah semak dilakukan untuk memastikan jawapan yang diperolehi adalah betul. Pelbagai soalan lagi yang merangkumi semua operasi seperti tambah, tolak, darab dan bahagi hendaklah diberikan kepada pelajar mengenai ukuran meter dan sentimeter supaya mereka dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah seharian yang mereka temui. Langkah-langkah dalam menyelesaikan soalan hendaklah diberi penekanan seperti contoh di bawah:

Contoh 1: Soalan masalah seharian yang melibatkan meter dan sentimeter

(Dipetik dari Buku Teks Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan, ms. 145)

Cuba selesaikan soalan ini: 1. Panjang meja tulis Miza ialah 65 cm. Panjang meja guru ialah 180 cm. Berapakah beza panjang kedua meja ini?

A s a s U k u r a n |118

2. Swee May menggunakan 56 cm reben untuk membalut sebungkus hadiah. Berapa panjang reben yang diperlukan untuk membalut 4 hadiah yang sama? 3. Encik Hisham ada sebatang kayu yang panjangnya ialah 4 m. Jika dia memotong kayu itu kepada 5 bahagian yang sama panjangnya, berapakah panjang setiap bahagian yang dipotong? Seterusnya pelajar diberi latihan penyelesaian masalah yang melibatkan km dan m. Pelbagai soalan yang merangkumi semua operasi seperti tambah, tolak, darab dan bahagi hendaklah diberikan kepada pelajar mengenai ukuran kilometer dan meter supaya mereka dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah seharian yang mereka temui. Langkah-langkah dalam menyelesaikan soalan hendaklah diberi penekanan seperti contoh di bawah:

Contoh 2: Soalan masalah seharian yang melibatkan kilometer dan meter

Beberapa orang pekerja menanam bunga raya di sepanjang jalan raya. Mereka menanam bunga raya merah sepanjang 0.875 km dan bunga raya merah jambu sepanjang 625 m. Berapa jumlah panjang barisan bunga raya di dalam meter, sepanjang jalan raya? Diberi Dicari Operas i Bunga raya merah : 0.875 km Bunga raya merah jambu : 625 m Jumlah panjang barisan bunga raya Tambah O.875 km + 625 m = 875 m + 625 m 1500 m Membuat anggaran: Dsemak m

Selesaikan

0.875 km = 875 m

875 m 900 m 625 m 500 m Jadi 900 m + 600 m = 1500 m, jawapan yang munasabah.

Jumlah panjang barisan bunga raya ialah 1500 m

(Dipetik dari Mathematics Textbook Year 5, ms. 156)

119| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g

Pelajar hendaklah dilatih dan diberikan pelbagai soalan masalah harian yang melibatkan kesemua operasi, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Cuba selesaikan soalan ini. 1. Jarak rumah Faisal dari sekolah ialah 7 km 560 m. Jarak rumah Haziq ke sekolah ialah 4 km 680 m. Berapakah beza jarak di antara kedua rumah ini dengan sekolah rumah? 2. Di dalam acara mencari harta karun, jarak di antara setiap stesyen ialah 3.560 km. Jika terdapat 5 stesyen kesemuanya. Berapakah jumlah jarak dari stesyen pertama ke stesyen ke-5? Lanjutan daripada aktiviti ini, pelajar seterusnya diberi latihan penyelesaian masalah yang melibatkan kiraan jarak dalam kilometer dari sesuatu situasi yang dinyatakan di dalam pecahan km, m dan cm. Pelbagai soalan hendaklah diberikan kepada pelajar supaya mereka dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah seharian yang mereka temui. Pecahan yang digunakan boleh meliputi pecahan waja dan pecahan bercampur seperti 2½, 5¾ atau 8¼. Langkah-langkah dalam menyelesaikan soalan hendaklah diberi penekanan seperti contoh di bawah:

Contoh 3: Soalan masalah seharian yang melibatkan kiraan jarak dari sesuatu situasi yang dinyatakan dalam pecahan

2 dari 500 km =

km

5

2 5 2 dari 500 km = 2 x 500 km 5 5 = 2 x 500 km 5 = 1 000 km 5 = 200 km Jadi 2 dari 500 km = 200 km 5

(Dipetik dari Mathematics Textbook 6, ms. 155)

A s a s U k u r a n |120

Cuba selesaikan soalan ini. Panjang tali Pecahan Panjang (cm/m/km) 75 m 280 cm 420 km 2¼ 3¾ ½

RUMUSAN
Secara umumnya terdapat beberapa perkaitan yang boleh rumuskan seperti berikut: 1 km = 1000 m 1 m = 100 cm 1 cm = 10 mm Pertukaran dari km ke m didarab dengan 1000 dan pertukaran dari m ke km dibahagi dengan 1000. Pertukaran dari m ke cm didarab dengan 100 dan pertukaran dari cm ke m dibahagi dengan 100. Pertukaran dari cm ke mm didarab dengan 10 dan pertukaran dari mm ke cm dibahagi dengan 10.

KATA KUNCI
1. Ukuran panjang 2. Milimeter 3. Sentimeter 4. Meter 5. Kilometer 6. Panjang, panjang - Lebih pendek 7. Tinggi, rendah 8. Lebih tinggi- Lebih rendah

Depa PENILAIAN KENDIRI Cuba selesaikan. a) 7 x 8 mm c) 5 x 46 mm e) 36 mm ÷ 2 g) 949 mm ÷ 9 i) 9 x 1.40 km 100 = 4 ) a) 2 x 23 m 32 cm = c) 4 x 8 cm 70 mm = e) 16 cm 32 mm ÷ 4 = g) 69 km 60 m ÷ 3 = i) 3¼ x 260 m = m cm cm km m b) d) f) h) j) 5 x 37 m 28 cm = m cm cm km km 6 x 49 cm 76 mm = 84 cm 224 mm ÷ 7 = 285 km 405 m ÷ 5 = 5½ x 240 km = .569 km = = = = = mm cm cm cm km km k) 17. Jengka l0.121| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g 9.342 km = = = = = mm cm mm cm km km b) 7 x 36 mm d) 7 x 49 mm f) h) j) l) 264 mm ÷ 8 924 mm ÷ 7 7 x 3.350 km 10 = 895. a) 234 m + 152 m = c) 403 cm + 78 cm = e) 86 m – 23 m = m m m cm b) 425 m + 164 m = m m m m d) 686 cm + 459 cm = f) h) 501 m – 157 m = g) 484 cm – 151 cm = 591 cm – 396 cm = 2 a) 5 x 12 m = c) 9 x 70 cm = e) 814 m ÷ 4 = g) 165 cm ÷ 5 = m m m cm b) d) f) h) 8 x 76 m = m m m m 5 x 275 cm = 504 m ÷ 8 = 465 cm ÷ 3 = 3. 1.

Darab & Bahagi m. Tolak. cm. m &cm SELESAI MASALAH HARIAN OPERASI ASAS Tambah. cm. m &cm .A s a s U k u r a n |122 PETA KONSEP .1 UKURAN PANJANG PENGENALAN TAHAP 1 TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 GUNA UNIT RELATIF UKUR GUNA UNIT BUKAN PIAWAI GUNA DAN PELBAGAI PERBENDAHARAAN KATA UKURAN PANJANG KENAL cm &m UKUR JARAK TULIS cm & m UKUR DAN TULIS ANGGAR PANJANG LUKIS GARIS LURUS TUKAR UNIT m.

2 UKURAN PANJANG PENGENALAN TAHAP 2 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 PERKAITAN ANTARA UNIT UKUR GUNA UNIT PIAWAI PERKAITAN ANTARA UNIT UKUR DAN BANDING GUNA DAN APLIKASI KIRAAN PECAHAN KEPADA MASALAH HARIAN MELIBATKAN PANJANG OPERASI ASAS & SELESAI MASALAH HARIAN Tambah. km & m . Darab & Bahagi mm.123| O p e r a s i D a l a m U k u r a n P a n j a n g PETA KONSEP . m. m &cm OPERASI ASAS & SELESAI MASALAH HARIAN Tambah. cm. Tolak. m. Tolak. Darab & Bahagi km.

Bhd. (2007). Daud Zakaria & Abdullah Md. Mohamad Khairuddi Yahya. Wan Yusof Wan Ngah. Rosli Maun & Haslina Jaafar. . Mohamad Khairuddi Yahya. (2004). (2007). (2011). Kuriulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matrematik: Wang. (2006). (2011). Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Textbook. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. (1998). Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia. Isa. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Santhi Periasamy.Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4 Teachers’ Handbook. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Mohamad Khairuddi Yahya. Ukuran dan Sukatan untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Marzita Puteh. Kuala Lumpur: Aras Mega Sdn. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Textbook. Marzita Puteh.A s a s U k u r a n |124 RUJUKAN Abdul Razak Othman. Bahagian Pendidikan Guru. Santhi Periasamy. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Teachers’ Handbook. (2004). (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Teachers’ Handbook. Wan Yusof Wan Ngah. Mohamad Khairuddi Yahya. Mohamad Khairuddi Yahya. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Yusof Wan Ngah. Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Bhd. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Marzita Puteh. Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yook Lean. Abdul Razak Saleh & Rabiyah Fakir Mohd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

.

Unit 7 TIMBANGAN BERAT .

.

T i m b a n g a n B e r a t | 125 UNIT 7 TIMBANGAN BERAT HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. 5. PENGENALAN D alam sains. Mengenal unit timbangan berat. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim. Menilai pecahan daripada suatu timbangan berat. . Menimbang dalam unit gram dan kilogram. konsep jisim adalah lebih sukar untuk difahami kerana jisim tidak boleh dilihat. Menganggar dalam unit gram dan kilogram. Jika dibandingkan dengan panjang. Objek yang sama saiz tidak semestinya sama berat dan objek yang besar tidak semestinya lebih berat daripada objek yang lebih kecil. 3. anda diharap dapat: 1. kedua-dua penggunaan istilah ini agak longgar tetapi pada bahasa maksudnya adalah sama. istilah untuk jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. 4. Tahukah anda berat bagi dua objek tidak boleh dibandingkan dengan melihat secara langsung sebagaimana dalam ukuran panjang atau luas. 2. Menyelesaikan masalah yang melibatkan timbangan berat dalam situasi harian. Walaubagaimana pun. tetapi boleh dipegang dan dirasa. Tahukah anda unit-unit ukuran dalam timbangan berat yang pernah digunakan sebelum Sistem Metrik SI atau Standard International Metric System (SI) diperkenalkan? Cuba senaraikan unit-unit yang digunakan dan apakah perkaitannya di antara satu sama lain.

. buat refleksi dapatan dengan menjawab soalan berikut:  Kenapakah manusia memerlukan satu sistem ukuran berat yang standard di dalam kehidupan seharian mereka?  Afiq memberitahu bahawa beliau lebih berat daripada Hakim. Adakah rumusan Afiq benar? Bincangkan.html untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah timbangan berat dan unit-unit yang digunakan untuk mengukur berat.historymeasurement. Selepas anda selesai.126| A s a s U k u r a n Bolehkah anda fikir satu contoh yang sesuai untuk menunjukkan saiz objek yang besar tidak semestinya lebih berat daripada objek yang bersaiz kecil? Lawati laman web di alamat http://www. Gambarajah di bawah menunjukkan beberapa alat penimbang yang di gunakan masa kini.net/. Maka Afiq membuat rumusan bahawa beliau lebih berat daripada Hakim. Cuba senaraikan alat-alat penimbang lain yang digunakan masa kini.

ii) Mengenal jisim dalam a) Unit g b) Unit kg iii) Menulis jisim yang diberi dalam: a) gram dengan menggunakan simbol g b) kilogram dengan menggunakan simbol kg iv) Mengenal unit kilogram dan unit gram dengan memerhatikan senggatan pada alat penimbang. iii) Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata timbangan dalam konteks. Menambah tiga timbangan berat dalam unit kilogram yang melibatkan tempat Mengenal unit kilogram dan gram Mengetahui hubungan antara unit timbangan berat Mengenal timbangan dalam unit gram dan kilogram Membuat anggaran dalam unit gram dan kilogram Melakukan operasi tambah. darab dan bahagi timbangan berat iii) . Penambahan timbangan berat (kilogram dan gram) i) Menambah timbangan berat dalam unit: a) kilogram b) gram ii) Menambah dua timbangan berat dalam unit kilogram yang melibatkan tempat perpuluhan. i) Menimbang dan merekodkan objek yang jisimnya dalam: a) gram. b) kilogram.1 menggabung Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menyenaraikan kemahiran timbangan berat yang perlu diajar dan dicapai oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. ii) Membandingkan dua objek menggunakan unit piawai: a) kilogram. i) Menganggar jisim sesuatu objek dalam unit gram dan kilogram dan bandingkan anggaran dengan timbangan sebenar. Jadual 7. i) Mengetahui dan menggunakan hubungan antara kilogram dan gram. iv) Menukar unit timbangan berat dalam kilogram yang melibatkan hingga tiga tempat perpuluhan kepada gram dan sebaliknya. b) gram iii) Mengukur berat dalam unit kilogram yang melibatkan pecahan. tolak.T i m b a n g a n B e r a t | 127 Kurikulum yang dirancang di Malaysia juga memberikan tumpuan kepada kemahiran timbangan berat yang perlu dikuasai oleh pelajar di Tahap 1 dan Tahap 2 di peringkat sekolah rendah. Jadual 7. iii) Menukar unit timbangan berat dalam kilogram kepada gram dan sebaliknya tanpa melibatkan perpuluhan. ii) Menganggar berat dalam unit kilogram yang melibatkan pecahan. ii) Menyatakan hubungan antara kilogram dengan gram. ii) Membanding dua atau lebih timbangan objek menggunakan unit bukan piawai.1 Kemahiran Timbangan Berat mengikut Tahun dan Tahap Standard kandungan Murid dibimbing untuk Menggunakan unit relatif untuk timbangan Standard Pembelajaran Murid berupaya untuk i) Membuat timbangan objek berkaitan jisim menggunakan unit bukan piawai. i) Mengenal unit kilogram dan unit gram dengan memerhatikan senggatan pada alat penimbang.

Pembahagian timbangan berat (kilogram dan gram) i) Memahagi timbangan berat dalam unit: a) kilogram. iv) Mendarab timbangan berat yang melibatkan perpuluhan dalam unit kilogram dengan dengan 10. iv) Menolak berturut-turut timbangan berat yang melibatkan gabungan unit kilogram dan gram. 100 dan 1000. iv) Menambah hingga tiga timbangan berat yang melibatkan gabungan unit kg dan g. i) Mengira panjang dari situasi yang dinyatakan dalam pecahan ii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan timbangan berat dalam situasi harian. 100 dan 1000. iiii) Membahagi timbangan berat yang melibatkan nombor bulat dalam unit: a) kilogram. Menggunakan dan aplikasi pengiraan pecahan kepada masalah yang melibatkan timbangan berat. Penolakan timbangan berat (kilogram dan gram) i) Menolak timbangan berat dalam unit: a) kilogram b) gram ii) Menolak timbangan berat dalam unit kilogram yang melibatkan tempat perpuluhan. vi) Menyelesaikan masalah operasi bahagi yang melibatkan timbangan berat dalam situasi harian. v) Menyelesaikan masalah operasi tolak yang melibatkan timbangan berat dalam situasi harian. b) gram ii) Membahagi timbangan berat yang melibatkan nombor bulat dalam unit: a) kilogram. v) Menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan timbangan berat dalam situasi harian. b) gram dengan nombor dua digit. nombor dua digit. iii) Menolak berturut-turut timbangan berat dalam unit kilogram yang melibatkan tempat perpuluhan. v) Membahagi timbangan berat dalam unit kilogram yang melibatkan tempat perpuluhan dengan 10. dan b) gram dengan 10 dan 100 dan dengan nombor dua digit. Perhatian: Senarai ini menggabungkan isi kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard . v) Menyelesaikan masalah operasi darab yang melibatkan timbangan berat dalam situasi harian. b) gram dengan 10 dan 100. Pendaraban timbangan berat (kilogram dan gram) i) Mendarab timbangan berat dalam unit: a) kilogram b) gram ii) Mendarab timbangan berat yang melibatkan nombor bulat dalam unit: a) kilogram.128| A s a s U k u r a n perpuluhan. iv) Membahagi timbangan berat dalam unit kilogram yang melibatkan tempat perpuluhan dengan nombor satu digit dan nombor dua digit. iii) Mendarab timbangan berat yang melibatkan perpuluhan dalam unit kilogram dengan nombor satu digit.

Menganggar timbangan berat juga perlu diberi tumpuan di dalam membina kemahiran asas sebelum menekankan kepada kemahiran menimbang dengan tepat.1.  Mengukur dengan unit piawai.T i m b a n g a n B e r a t | 129 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi yang paling sesuai dan berkesan untuk mengajar dan mempelajari timbangan berat ialah dengan menimbang objek-objek berkaitan dengan alat penimbang. turutan berikut dicadangkan:  Membuat perbandingan antara objek.  Mengukur dengan menggunakan unit sembarangan dan unit rujukan. Pada keseluruhannya untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menghayati setiap unit timbangan berat iaitu gram dan kilogram mereka hendaklah didedahkan kepada kemahiran-kemahiran seperti Rajah 7. Secara keseluruhannya untuk kefahaman yang berkesan.1 Kemahiran Timbangan Berat mengikut Tahun dan Tahap . UNIT GRAM KILOGRAM KEMAHIRAN MENGENAL/BACA ANGGARAN BANDING TIMBANG Rajah 7.

Sesetengah timbangan lebih tepat dari yang lain tetapi ianya bukan satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan sebagai timbangan yang tepat. contohnya ialah kilogram. Unit ukuran berat yang diterima di peringkat antarabangsa. klip kertas.130| A s a s U k u r a n KONSEP TIMBANGAN BERAT Apakah konsep timbangan berat? Beberapa konsep timbangan berat dibincangkan dalam bahagian ini. biji getah. pound. Semua timbangan merupakan satu anggaran. Contoh objek yang biasa digunakan adalah kekacang. memperkayakan perbendaharaan kata pelajaran mengenai timbangan berat. Bersama dengan setiap konsep ini pula beberapa contoh aktiviti diberikan untuk memperkenal konsep timbangan berat dengan lebih jelas dan konkrit. Unit bukan piawai berat ialah sebarang ukuran berat abitrari yang digunakan sebagai unit. Apabila mengajar pelajar timbangan berat. paku tekan dan batu kelikir. . Contohnya: Aneesya lebih berat daripada Adam walaupun mereka lahir pada tahun yang sama. aun dan gram. Unit seperti pound dan aun ialah unit Imperial bagi berat manakala kilogram dan gram ialah unit Metrik. Anggaran timbangan adalah kemahiran yang perlu diberi perhatian. menggunakan alatan untuk menimbang dan membaca alatan ini. kita akan melalui satu proses membanding (langsung atau tidak langsung). Istilah seperti “lebih ringan” dan “lebih berat” adalah istilah yang selalu digunakan oleh pelajar apabila membincang mengenai timbangan. Maka proses penimbangan itulah yang perlu diberi perhatian dan tumpuan untuk membina kemahiran dalam kalangan pelajar Tahap1 dan Tahap 2 di sekolah rendah. Dalam matematik kita mengaitkan nilai timbangan berat untuk sedikit sebanyak menggambar ketepatan dan perincian dalam timbangan tanpa mengira unit timbangan yang digunakan. Timbangan berat merupakan satu nilai.

Berat atau ringan? Objek yang manakah lebih berat? Kenapa? Aktiviti 7. Aktiviti ini memberi tumpuan kepada membina kefahaman pelajar membanding dan menggunakan perbendaharaan kata dalam timbangan berat seperti: lebih ringan.T i m b a n g a n B e r a t | 131 Perbandingan Secara Pengamatan Istilah berat-ringan adalah yang perlu diperkenalkan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran dalam timbangan berat secara pengamatan. lebih berat dan sama berat. pembelajaran mengenai timbangan berat dimulakan dengan pembandingan secara langsung. .1 Mari banding Secara lisan guru memperkenalkan istilah ringan-berat dengan menunjukkan kepada pelajar gambar-gambar seperti: Kotak ini ringan Kotak ini berat Kotak B Kotak A Kenapa kotak B lebih berat dari kotak A? Perbandingan Secara Langsung Apa sekalipun timbangan berat.

. Nota: Aktiviti ini boleh dilakukan untuk membandingkan berat dua objek.132| A s a s U k u r a n Aktiviti 7. 2. Guru memberikan lembaran kerja kepada pelajar. Guru meminta pelajar untuk menandakan (√) pada objek yang lebih berat.2 Mengenal pasti objek yang lebih ringan dan lebih berat 1.

.T i m b a n g a n B e r a t | 133 Aktiviti 7. ……………… daripada ……………… daripada ……………… daripada Nota: Aktiviti ini boleh dilakukan untuk memilih objek yang lebih ringan dan juga objek yang sama berat dengan mempelbagaikan objek-objek yang dibekalkan kepada pelajar. Pelajar diminta untuk melengkapkan ayat berikut dengan menggunakan perkataan lebih ringan atau lebih berat.3 Menggunakan perkataan”lebih ringan” dan ”lebih berat” 1. 2. kaca mata dan sebagainya. Guru membekalkan pelajar dengan beberapa objek seperti kalkulator. telefon.

.4 Menyusun objek mengikut berat 1. pemadam bulu ayam. pelajar yang paling banyak mengumpul bintang akan dikira sebagai pemenang. Pelajar diminta untuk membawa objek mengikut arahan yang diberikan oleh guru. “Bawakan saya satu objek yang berat” ”Bawakan saya satu objek yang ringan” ”Bawakan saya dua objek yang sama berat” ”Bawakan saya satu objek yang lebih berat daripada sekotak tisu” ”Bawakan saya satu objek yang lebih ringan daripada seketul bata” ”Bawakan saya satu objek yang lebih berat daripada bola pingpong tetapi lebih ringan daripada bola tenis” . jam dinding. Perbandingan Secara Tidak Langsung Keperluan untuk berkomunikasi di antara manusia membawa tamadun ke satu era yang baru mengenai timbangan berat.5 Permainan ”Berikan saya. Satu pemahaman mengenai timbangan berat yang piawai mula berkembang dan diwujudkan. pelajar diminta untuk menyusun semua objek yang dibekalkan daripada berat kepada ringan.134| A s a s U k u r a n Aktiviti 7. Timbangan berat yang tidak piawai dibandingkan dengan timbangan berat yang piawai. 2. Dengan menggunakan penyangkut baju yang dibekalkan. Diakhir permainan. 2. Aktiviti 7.. Guru membekalkan lima jenis objek kepada pelajar iaitu cawan. Pelajar yang paling pantas menghantar objek seperti yang diarahkan akan memperolehi bintang sebagai ganjaran..” 1. 3. bateri dan pen marker..

batu dan kapas.T i m b a n g a n B e r a t | 135 Perkaitan Antara Berat. Saiz dan Bentuk Guru perlu mengingatkan pelajar mengenai perkara berikut: Objek yang sama saiz tidak semestinya sama berat. Objek yang besar saiznya tidak semestinya lebih berat daripada objek yang lebih kecil. Cuba fikir kenapa dua kek ini berlainan saiz sedangkan kedua-dua kek ini dibuat daripada adunan yang sama berat? Aktiviti 7. Adakah semua kotak ini sama bentuknya? b. Pelajar diminta untuk menimbang semua kotak tersebut dan mencatatkan beratnya dan menyusun dari yang paling berat ke paling ringan.6 Menentukan objek yang sama saiz mempunyai berat yang sama 1. Bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa kotak yang sama bentuk. Adakah semua kotak ini sama beratnya? d. beras. Berat sebarang objek adalah tetap walaupun bentuknya berubah. 2. sama saiz mempunyai berat yang sama? A B C D E . Adakah semua kotak ini sama saiznya? c. Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan mengemukakan soalan berikut: a. Guru menyediakan lima kotak yang sama saiz dan masing-masing diisi dengan pasir. 3. Setiap kotak dibalut dengan kertas yang berlainan warna.

Guru meminta pelajar untuk membentuk tanah liat tersebut dengan bentuk bulat dan satu lagi bentuk leper. Seterusnya pelajar membuat kesimpulan berdasarkan soalan berikut: a. Guru menyediakan tiga buah kotak yang berlainan saiz dan bentuk tetapi mempunyai berat yang sama. Adakah kedua-dua plastisin tersebut mempunyai saiz yang sama? c. 2. Adakah semua kotak ini sama bentuknya? c. 2. 3. Adakah semua kotak ini sama saiznya? b. Bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa kotak yang mempunyai berat yang sama mesti mempunyai bentuk dan saiz yang sama? Aktiviti 7. Adakah semua kotak ini sama beratnya? d. Adakah kedua-dua plastisin tersebut mempunyai berat yang sama? b.136| A s a s U k u r a n Aktiviti 7. Guru membekalkan dua ketul plastisin berlainan warna dan meminta pelajar untuk menimbang kedua-dua plastisin tersebut.8 Menentukan berat sebarang objek berubah apabila bentuk dan saiznya diubah yang sama saiz mempunyai berat yang sama 1. 3. 4. Guru meminta pelajar membuat kesimpulan berdasarkan soalan berikut: a. Pelajar diminta untuk menimbang berat bagi setiap kotak tersebut. Adakah dengan mengubah bentuk dan saiz sesuatu objek maka beratnya akan turut berubah? . Adakah kedua-dua plastisin tersebut mempunyai bentuk yang sama? d. guru meminta pelajar unutk menimbang semua berat bagi keduadua plastisin tersebut.7 Menentukan objek yang berlainan saiz dan bentuk mempunyai berat yang sama 1. Selepas dibentukkan.

5. Pelajar diminta untuk menyatakan objek yang paling berat. pelajar diminta untuk membandingkan berat objek. Guru meminta pelajar untuk menimbang dan mencatat semua objek yang dibekalkan dengan guli.9 Mari timbang objek 1. paling ringan dan objek yang sama berat. Guru berbincang dengan pelajar mengenai perbezaan jawapan yang diperolehi bagi setiap objek yang ditimbang dan menyedarkan pelajar tentang pentingnya unit piawai. kotak pensil. 9 0 1 8 6 7 kg 2 3 5 4 Objek Bilangan guli Bilangan paku 1 inci 1. potongan kayu. . buku catatan. Guru menyediakan bahan seperti alat penimbang. 2. paku 1 inci dan pemadam. Berdasarkan jadual yang dibina.T i m b a n g a n B e r a t | 137 Mengukur Dengan Menggunakan Unit Sembarangan dan Unit Rujukan Terdapat berbagai benda yang sesuai di sekeliling kita yang boleh digunakan untuk dijadikan unit timbangan berat seperti biji getah. Mari timbang Berat satu sama dengan berat tiga Aktiviti 7. guli. 3. Kotak pensil 2. ketulan tanah liat dan sebagainya. Buku catatan 4. guli. kubus.

Dari unit kilogram ini pula wujud unit gram (g) yang bermakna 1 per 1000 kilogram. kg g simbol untuk kilogram simbol untuk gram Bolehkah anda senaraikan jenis alat timbangan yang anda tahu? Aktiviti 7. Pelajar dikehendaki menentukan nilai bagi setiap senggatan kecil pada skala. Hari ini kita menggunakan unit System International (SI) atau Sistem Metrik untuk semua timbangan berat.138| A s a s U k u r a n Unit Piawai Bagi Timbangan Berat Manusia telah menyedari keperluan untuk menggunakan satu unit piawai bagi timbangan berat yang diterima pakai oleh satu dunia untuk memastikan bahawa ia dipakai. difahami dan sama tanpa mengira di mana mereka berada. 2. piring skala 8 6 9 0 kg 1 2 3 4 jarum Senggatan kecil 7 5 . kita menggunakan alat penimbang untuk menimbang objek sama ada dalam gram atau kilogram. penyelarasan sifar perlu dilakukan sebelum alat penimbang digunakan. Jika jarum tidak menunjukkan pada skala sifar.10 Mengenal bahagian pada alat penimbang 1. Biasanya. Unit piawai untuk timbangan berat ialah kilogram (kg).

.11 Melukis jarum pada skala pemberat Skala pemberat boleh dibaca seperti jam. jarum akan bergerak apabila berat bertambah. manakala bagi setiap senggatan kecil ialah 10 g.T i m b a n g a n B e r a t | 139 Aktiviti 7. 1100 1KG 0 gram 100 200 900 300 800 700 600 500 400 Guru meminta pelajar untuk melukiskan anak panah pada pemberat bagi menunjukkan a) 50 g b) 300 g c) 770 g d) 1000 g e) 1130 g Nota: Aktiviti ini boleh dilakukan untuk membantu pelajar melukis anak panah pada skala pemberat yang menunjukkan beberapa berat objek yang ditimbang. anak panah menunjukkan 260 g. Setiap senggatan yang besar ialah 100 g.

600 700 .12 Membaca skala pada alat pemberat Skala 1 kilogram. 0 100 200 300 400 500 Nota: Aktiviti ini boleh dilakukan untuk membantu pelajar membaca skala pemberat yang menunjukkan beberapa berat objek yang ditimbang. Pelajar diminta untuk menuliskan bacaan skala bagi setiap anak panah yang ditunjukkan.140| A s a s U k u r a n Aktiviti 7. manakala bagi setiap senggatan kecil pula ialah 20 gram. setiap bahagian besar ialah 100 gram.

9 8 6 7 0 1 2 8 6 7 3 4 9 0 1 2 3 4 kg kg 5 5 .14 Membaca skala pada alat penimbang dalam kilogram Guru meminta pelajar untuk mencatat bacaan skala pemberat dalam kilogram bagi setiap objek yang dibekalkan.13 Membaca skala pada alat penimbang dalam gram Guru meminta pelajar untuk mencatat bacaan skala pemberat dalam gram bagi setiap objek yang dibekalkan.T i m b a n g a n B e r a t | 141 Aktiviti 7. 0 100 0 900 100 900 800 200 800 600 300 600 300 g 400 700 700 400 500 900 800 600 700 g 0 100 200 300 400 500 Aktiviti 7.

Berat klip kertas kecil lebih kurang 1 gram.2 kg = 3 kg 200 g 2.7 kg x 1000 = 2700 g 6000 g = _____ kg 6000= 6 kg 1000 6000 g = 6 kg 3200 g = _____ kg 3200= 3. 1 kilogram = 1 000 gram 3 kg = _____ g 3 kg x 1000 = 3000 g 3 kg = 3000 g 2.7 kg = 2700 g = 2 kg 700 g Bolehkah anda fikirkan objek-objek yang mempunyai berat kurang dari 1 gram? . Kilogram (kg) digunakan untuk mengukur berat atau jisim objek yang lebih susu berat. Berat botol yang mengandungi 1 liter susu lebih kurang satu kilogram.2 kg 1000 3200 g = 3.7 kg = _____ g 2.142| A s a s U k u r a n Hubungan Antara Unit Timbangan Berat Gram (g) digunakan untuk mengukur berat atau jisim objek yang sangat ringan.

2000 g = b. 9300 g = kg kg kg kg kg g g . 8000 g = c. 4400 g = e. 9 0 1 2 3 4 e. 3 kg = b. 40 kg = g g g d. 50000 g = d.T i m b a n g a n B e r a t | 143 Aktiviti 7. 7 kg = c. tepung tepung tepung tepung 8 6 7 kg 5 1 kg 1 kg kg = 1 kg g 1 kg kg Aktiviti 7.15 Menukar unit kilogram kepada gram Guru mengemukakan soalan berikut kepada pelajar: a.16 Menukar unit gram kepada kilogram Guru mengemukakan soalan berikut kepada pelajar: a.

2 kg 300 g = b.17 Menukar unit kilogram dan gram kepada gram Pelajar diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru: a. 1 kg = 10 g b. 5 kg 550 g = 7 kg 150 g = g g 9 0 8 6 7 kg 1 4 2 3 5 kg g= g c. 1 kg = g 1 25 . 3 kg 500 g = g g c.144| A s a s U k u r a n Aktiviti 7. kg 0 1 kg 2 kg g= g Aktiviti 7. d. Pelajar dikehendaki menjawab soalan berikut: a. 9 kg = 200 g c. 1 kg = 1000g 1 kg = 1x 1000 g = 500 g 2 2 = 500 g 2. Guru menunjukkan contoh penukaran daripada kilogram kepada gram.18 Menukar unit kilogram dan gram melibatkan pecahan 1.

e.19 Menukar unit kilogram dan gram melibatkan perpuluhan 1. c. 0. .03 kg = 9.07 kg = 6.3 kg = g g g g g TIMBANGAN DALAM UNIT GRAM DAN KILOGRAM Kita boleh menggunakan alat penimbang adil untuk menimbang dan membandingkan berat sesuatu objek. Guru meminta pelajar mengguna perkaitan 1 kg = 1000 g untuk menyelesaikan soalan yang dikemukakan. b. Contoh : Oleh itu. Contoh: Penimbang condong ke kiri kerana jam loceng tersebut lebih berat daripada segulung tisu. d.T i m b a n g a n B e r a t | 145 Aktiviti 7.1 x 1000 g = 100 g 2.1 kg = 0.75 kg = 13.25 kg = 0. 1 kg = 1000 g 0. Guru mengemukakan soalan berikut kepada pelajar: a.

Pelajar perlu meletakkan kiub yang sesuai supaya alat penimbang akan seimbang di kiri dan kanan. adalah baik menggalakkan murid untuk membuat anggaran sebelum membuat sebarang ukuran. . Pelajar perlu menggunakan panduan untuk meletakkan kiub seperti rajah di bawah. 2. Selain daripada penggunaan alat ukuran pengukuran konvensional. 3. Guru menyediakan alat penimbang adil dan beberapa kiub yang mempunyai berat yang berbeza. Belajar untuk membaca skala dengan menggunakan alat ukuran piawai untuk mengukur berat perlu diberi penekanan utama. 2 kg 750 g 1 kg 300 g 200 g 900 g 1100 g 2 kg 110 g 590 g 230 g 440 g 190 g 670 g ANGGARAN DALAM UNIT GRAM DAN KILOGRAM Pengangaran menggunakan unit ukuran adalah proses penting untuk dilakukan kerana penganggaran dapat menggalakkan proses berfikir dan membantu untuk memperoleh “measurement sense”. Oleh itu. kita juga memberi peluang kepada murid untuk melakukan pengukuran sendiri.20 Membuat imbangan pada alat penimbang 1.146| A s a s U k u r a n Aktiviti 7.

T i m b a n g a n B e r a t | 147 Cuba selesaikan: 1. 15 kg. 570 g 7 kg 37 kg Anggarkan berat bagi setiap objek yang berikut: 5 biji cili merah (15 g. 750 g. c. d. b. b. a. Pilih anggaran terbaik bagi setiap objek atau haiwan yang ditunjukkan. 7 kg) Sebuku sabun (1 g. d. 20 g 500 g 18 kg c. 150 g 1500 g) Seekor ayam (1.5 kg. 18 g 4 kg 8 kg 600 kg 6000 kg 60000 kg 2. a. 100 kg) Sebuah kerusi (75 g. 25 kg) . 100 g.

3. Apakah barang keperluan yang anda fikir perlu dibawa agar beratnya 1 kg atau kurang ? b. Guru membekalkan beberapa objek seperti kasut. berus gigi.5 kg atau kurang ? 2.5 kg. Anda dibenarkan untuk membawa barang keperluan HANYA 2.148| A s a s U k u r a n Aktiviti 7. Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. Pelajar diminta untuk membaca arahan yang diberikan dan masa yang diperuntukkan ialah 10 minit. Apakah barang keperluan yang anda fikir perlu dibawa agar beratnya 2. a. Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan ini dan memberikan jawapan yang tepat dikira sebagai pemenang. seluar dan sebagainya. Anda telah terpilih sebagai salah seorang daripada rakyat Malaysia untuk pergi ke Planet Pluto. Anda dibenarkan untuk membawa barang keperluan HANYA 1 kg. Dua kumpulan menjawab soalan a dan dua kumpulan lagi menjawab soalan b. 250 g 400g 90g 550g g 500g 350 650g 150g 100 g . Anda telah terpilih sebagai salah seorang daripada rakyat Malaysia untuk pergi ke Planet Pluto.21 Permainan Pluto 1.

 Penekanan terhadap penggunaan unit sebarangan bagi timbangan berat haruslah diberi perhatian oleh guru sebelum memperkenalkan unit piawai.  Simbol bagi gram ialah ”g”. 5. 6. lebih berat daripada.  Berat sesuatu benda tidak bergantung kepada saiz dan bentuk objek tersebut. 3. Timbangan berat Jisim sesuatu objek Berat Lebih berat Ringan Sama Berat Lebih ringan Sama ringan PETA KONSEP Sila lihat Peta Konsep di Unit 8 ms 170 -171. 8.  Perkaitan antara unit piawai kilogram dan gram adalah: 1 kg = 1000 g KATA KUNCI 1. 4. lebih ringan daripada) boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui aktiviti perbandingan dan penyusunan benda mengikut berat sesuatu objek. 7. manakala simbol bagi kilogram pula ialah ”kg”. 2. berat. .T i m b a n g a n B e r a t | 149 RUMUSAN  Konsep timbangan berat objek (ringan.

............................................................................................................................................................ 6. Berapakah jumlah berat bagi 5 biji kek coklat? ...... Berapakah jumlah berat kek coklat tersebut? .. 4.........berapa banyakkah bahan yang diperlukan? Bahan Kuantiti (gram) 5............. Sila tulis soalan anda sendiri: ... .......150| A s a s U k u r a n PENILAIAN KENDIRI MARI BUAT KEK COKLAT Bahan-bahan: Bahan A 4 biji telur (1 biji telur ialah bersamaan 75 g) 150 g gula 100 g kacang hazel (dihancurkan) 5 sudu teh serbuk koko (1 sudu teh ialah bersamaan 10 g) Bahan B 300 g coklat gelap 100 ml krim (50 ml bersamaan 50 g) 1....... 2............ Jika saya mahu membuat kek seberat 500 g........................... Jika anda mempunyai kek yang seberat 6 kg dan dibahagikan kepada 20 bahagian yang sama besar.................... berapa banyakkah bahan yang diperlukan? Bahan Kuantiti (gram) 3...................... berapakah berat bagi setiap bahagian kek tersebut? .................................................... Jika saya ingin membuat kek seberat 6 kg....

Daud Zakaria & Abdullah Md. Wan Yusof Wan Ngah. Wan Yusof Wan Ngah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Yusof Wan Ngah. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Mohamad Khairuddi Yahya. Kuala Lumpur: Aras Mega Sdn. Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yook Lean.com/JIMSMeasurementpage.htm . (2011). Marzita Puteh. (2007). Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Mohamad Khairuddi Yahya. (2007). Kuriulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4 Teachers’ Handbook.com/B/mea. Kementerian Pendidikan Malaysia. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Textbook.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/measures/index. Mohamad Khairuddi Yahya. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Teachers’ Handbook. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. (2004). Marzita Puteh. (2010). Bhd. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Wang.html http://www.htm http://www. Abdul Razak Saleh & Rabiyah Fakir Mohd. Isa. (2011). Mohamad Khairuddi Yahya. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Teachers’ Handbook. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. http://jmathpage.aaamath. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Textbook.T i m b a n g a n B e r a t | 151 RUJUKAN Abdul Razak Othman. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Santhi Periasamy.bgfl. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. (2005). Marzita Puteh. Santhi Periasamy. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Bahagian Pendidikan Guru. Ukuran dan Sukatan untuk Sekolah Rendah. Rosli Maun & Haslina Jaafar. (2006). (2004). Mohamad Khairuddi Yahya. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2.

.

Unit 8 OPERASI DALAM TIMBANGAN BERAT .

.

Menyelesaikan masalah yang melibatkan timbangan berat dalam situasi harian. Kemudiannya gabungan gram dan kilogram. tolak. Operasi dimulakan dengan menambah atau menolak dua ukuran timbangan berat dan kemudian diikuti dengan penambahan dan penolakan berturut-turut. anda diharap dapat: 1. PENGENALAN A pabila pelajar sudahpun menguasai kemahiran mengenal. gram dengan gram dan kilogram dengan kilogram. Penukaran unit perlu diberi penekanan memandangkan kemahiran ini sangat kritikal terutama apada pengiraan melibatkan penambahan dua unit seperti 2 kg 450 g + 1 kg 600 g ataupun penolakan seperti 3 kg 150 g – 1 kg 250 g. Kemahiran ini dilaksanakan selepas semua kemahiran yang dinyatakan sebelum ini telah dicapai oleh pelajar untuk memastikan bahawa mereka boleh melakukannya jika diperlukan semasa menjalankan ke empat-empat operasi ini. membanding. . Melakukan operasi tambah. Ia dimulakan dengan penambahan tanpa mengumpul semula kepada penambahan yang melibatkan mengumpul semula. Penambahan dan penolakan dimulakan dengan unit yang sama iaitu. iaitu menambah atau menolak tiga berat. Pelajar didedahkan kepada pengiraan dalam bentuk lazim.A s a s U k u r a n |152 UNIT 8 OPERASI DALAM TIMBANGAN BERAT HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. darab dan bahagi timbangan berat. menganggar. mengukur dan juga telahpun mahir dalam perkaitan antara gram dan kilogram. kemahiran yang seterusnya yang perlu dikuasai oleh mereka ialah empat operasi asas matematik iaitu menambah. mendarab dan membahagi. Pengiraan juga melibatkan penukaran unit. menolak. 2.

153| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t

Operasi tambah dan tolak boleh dilakukan kepada timbangan berat dalam bentuk nombor bulat, nombor pecahan dan nombor perpuluhan. Pelajar hendaklah selalu diingatkan kembali mengenai perkaitan di antara setiap unit di dalam timbangan berat, kerana apabila menjalankan operasi kepada timbangan berat, berkemungkinan hasil tambah, hasil tolak, hasil darab atau hasil bahagi perlu ditukarkan unitnya. Operasi darab pula adalah pendaraban timbangan berat dengan satu nombor satu digit, 10, 100 dan 1000. Manakala operasi bahagi pula adalah pembahagian dengan satu nombor satu digit, 10, 100 dan 1000. Buat refleksi dapatan dengan menjawab soalan berikut:  Afiq memberitahu bahawa berat beliau ialah 35 kg. Berat hakim pula ialah 10 kg kurang dari berat Afiq. Maka Afiq membuat rumusan bahawa berat Hakim ialah 25 kg. Adakah rumusan Afiq benar? Bincangkan.  Berat Qarmila ialah 19 kg. Berat Damia pula ialah 22 kg. Aneesya pula mempunyai berat yang sama dengan berat Damia Oleh itu, Qarmila membuat kesimpulan bahawa jumlah berat mereka boleh dicari dengan menambah semua berat mereka. Adakah kesimpulan Qarmila itu benar? Bincangkan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi yang paling sesuai dan berkesan sebagai permulaan untuk mengajar dan mempelajari operasi dalam timbangan berat ialah dengan menggunakan alat penimbang. Secara keseluruhannya untuk kefahaman yang berkesan, turutan berikut dicadangkan:  operasi tambah  operasi tolak  operasi darab  operasi bahagi

A s a s U k u r a n |154

Pada keseluruhannya untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menghayati setiap unit timbangan berat iaitu gram dan kilogram mereka hendaklah didedahkan kepada kemahiran-kemadiran seperti Rajah 8. 1.

UNIT

GRAM

KILOGRAM

KEMAHIRAN

MENGENAL/BACA

ANGGARAN

BANDING

TIMBANG

Rajah 8.1 Kemahiran Timbangan Berat mengikut Tahun dan Tahap

155| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t

OPERASI TAMBAH
Proses penambahan timbangan berat dilakukan melalui aktiviti menimbang objek. 1 kilogram adalah bersamaan dengan 1000 gram. Sewaktu melakukan operasi tambah, unit yang digunakan hendaklah sama.

Contoh : 480 g + 260 g =

480 g + 260 g 740 g
Contoh : 2.6 kg + 1.5 kg =

2.6 g + 1.5 g 4.1 g
Contoh : 2 kg 220 g + 4 kg 330 g =

2 kg 220 g + 4 kg 330 g 6 kg 550 g

A s a s U k u r a n |156

Aktiviti 8.1 Operasi tambah

Guru memberikan contoh masalah yang melibatkan operasi tambah. Contoh soalan: Semasa minum petang semalam, Irfan makan dua ketul karipap yang mempunyai berat 50 g setiap satunya. Firdaus pula makan satu keping murtabak yang mempunyai berat 0.5 kg. Berapakah jumlah berat (dalam gram) makanan yang mereka berdua makan?

Penyelesaian: Cuba kita lihat penyelesaiannya: Oleh kerana jawapan yang dikehendaki adalah dalam unit gram, kita perlu tukarkan unit kilogram kepada gram dahulu sebelum kita tambahkan dengan 100 g. 0.5 kg = 500 g 500 g + 50 g + 50 g = 600 g Maka, mereka berdua telah makan sebanyak 600 g makanan semalam.

Cuba kita selesaikan soalan di atas dengan menggunakan penyelesaian bentuk lazim:

500 g + 50 g 50 g 600 g

0.5 kg = 500 g

Cuba anda fikirkan masalah yang melibatkan operasi tambah menggunakan penyelesaian bentuk lazim.

157| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t

Cuba selesaikan 1. Tambahkan setiap yang berikut: a. b. c. d. e. 2. 5.3 kg + 11 kg 21.1 kg + 0.74 kg 1.5 kg + 0.8 kg + 3 kg 9.2 kg + 2 kg + 13.52 kg = = = = ......................... kg ..........................kg ..........................kg ..........................kg ..........................kg

25.07 kg + 2.29 kg + 0.3 kg =

Berat badan Aleesya 22 kilogram, manakala berat badan Aneesya 3 kilogram lebih berat daripada Aleesya. Berapakah berat badan Aneesya? .............................................................................................................................................................

3.

Bulatkankan pemberat disebelah supaya sepadan dengan objek yan diberi.

1 kg
a. 2.1 kg

1 kg
500 g
10 g

1 kg

500 g

50 g
10 g

50 g

b.

1 kg
0.5 kg

500 g

50 g

10 g

................... 1 kg 1 donut = 130 g 50 g 10 g 500 g 50 g 10 g 50 g 10 g 50 g 10 g 10 g 10 g 4..... Saya telah menghantar dua bungkusan kepada rakan saya di Kuala Lumpur.............. Qistina mahu membuat kek.............. 5...... 2 biji telur (1 biji telur bersamaan dengan 100 g). 200 gram mentega dan 150 gram gula........ Beliau perlu membeli 530 gram tepung gandum.. 560 g 1 kg 500 g 500 g 50 g 50 g 10 g 10 g d...............8 kg dan satu lagi bungkusan seberat 750 g...A s a s U k u r a n |158 c.... Satu bungkusan seberat 1. Berapakah jumlah berat kedua-dua bungkusan tersebut? ................ .... Berapakah jumlah berat semua bahan tersebut? ..............

03 kg – 12. 9 8 6 7 0 1 2 8 6 7 3 4 9 0 1 2 3 4 kg kg 5 5 4. 16. Contoh : a. 4....35 kg = 4.0.159| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t OPERASI TOLAK Proses penolakan timbangan berat dilakukan melalui aktiviti menimbang objek........1 kg = ..8 kg Contoh : a.5 kg .5 kg – 8.. Penolakan berturut-turut dihadkan kepada tiga timbangan berat.4 kg 3 13 4. 23....0.25 kg – 0.......9 kg 4. = ....3 kg b.....6 kg .76 kg c....3 kg – 0. .3 kg 4...5 kg c.1 kg – 3..0 kg – 2.. 11...9 kg = 3.4 kg = .. 7. 4..08 kg – 1. = .12 kg – 0.5 kg – 0........3 kg .8 kg 3 15 Beza 4.7 kg = 3.7 kg 3.0 kg b...0........6 kg – 0....9 kg 3...

Pak Ismail telah menggunakan 50 kg beras berbanding semasa kenduri kahwin minggu lepas yang telah menggunakan 150 kg beras yang sama.50 kg 100 kg Cuba anda fikirkan masalah yang melibatkan operasi tolak menggunakan penyelesaian bentuk lazim. . Guru memberikan contoh masalah yang melibatkan operasi tolak.A s a s U k u r a n |160 Aktiviti 8. Contoh soalan: Cuba selesaikan masalah ini. Cari beza berat beras yang digunakan? Penyelesaian: Jom kita lihat penyelesaiannya: 150 kg – 50 kg = 100 kg Oleh itu. Cuba kita selesaikan soalan di atas dengan menggunakan penyelesaian bentuk lazim: 150 kg . Semasa kenduri kesyukuran semalam. semasa kenduri kahwin telah menggunakan 100 kg beras lebih dari jumlah beras yang digunakan semasa kenduri kesyukuran.2 Operasi tolak 1.

. Ambil 20 g dari 35 g................ Beliau telah menggunakan ¾ kg daripada gula tersebut untuk membuat kek.... Had bagasi bagi setiap orang ialah 25 kg...... Bulatkan jawapan anda pada garis nombor di bawah.0 kg 39 kg x 10 390 kg 5 kg x 100 500 kg ....161| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t Cuba selesaikan 1...... Berikut dibincangkan setiap jenis pendaraban yang dinyatakan...... pendaraban dengan SATU digit dan pendaraban dengan DUA digit... Puan Mahani mempunyai 1 kg gula............. g ........... kg 0.... Berat bagasi Firdaus ialah 25200 g... dia telah memberikan separuh tembikai tersebut kepada Hakim..................... Pendaraban dengan 10 dan 100: Contoh: 39 kg x 10 5 kg x 100 10 x 235 g 100 x 2 308 g 0....0 kg ..2 kg. Setelah ditimbang kembali.........5 kg x 10 7.... 5g 10 g 15 g 20 g Afiq mempunyai 2...... 0 2.................... g 5....3 kg x 100 = = = = = = 390 kg 500 kg ........................4 kg tembikai.... baki tembikainya adalah 1......... 4................... ..... Berapa banyak bagasi ini melebihi had yang telah ditetapkan? .. 3.. OPERASI DARAB Terdapat beberapa jenis pendaraban seperti pendaraban dengan 10 dan 100..... Berapakah berat tembikai yang telah diberikan kepada Afiq? ...5 kg x 10 5........ Semasa waktu rehat. Berapa baki gula tinggal? Berikan jawapan anda dalam gram........

.............7 kg ....23 kg x 30 12 x 3..... kg ....... kg .......... g 3.....77 kg 21 x 43.............10 kg Pendaraban dengan SATU digit: Contoh: 0...........6 kg 5 kg x 66 18 kg x 18 25 x 52 g 11 x 111 g = = = = = = = = 77.4 kg Pendaraban dengan DUA digit: Contoh: 3....7 kg x 21 0..6 kg x 4 2.. kg .7 kg x 21 37 +74 77.21 432.......A s a s U k u r a n |162 10 x 43..7 kg .. kg 10 kg x 43..4 kg .. kg ......................21 kg 100 x 0.........10 kg ...93 kg = = 432............ kg 0.......................09 kg = = = 2.. ...6 kg x 4 1............ kg ....... kg . g ....56 kg x 7 9 x 15.

jumlah berat tepung yang dibeli oleh Haris ialah 3.6 kg..163| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t Aktiviti 8. Cuba kita selesaikan soalan di atas dengan menggunakan penyelesaian bentuk lazim: 600 g x 6 3600 g 3600 g = 3.. . Guru memberikan contoh masalah yang melibatkan operasi darab.3 Operasi darab 1. Contoh soalan: Cuba selesaikan masalah ini. Haris telah membeli 5 kampit tepung yang setiap satunya mempunyai berat 600 g.6 kg Maka.6 kg Cuba anda fikirkan masalah yang melibatkan operasi darab menggunakan penyelesaian bentuk lazim. Berapakah jumlah berat tepung (dalam kilogram) yang dibeli oleh Haris? Penyelesaian: Jom kita lihat penyelesaiannya: 6 x 600 g = 3600 g 3600 g = 3.

................................................. a... Berapakah berat sekeping resit yang bernilai RM 100? Jelaskan jawapan anda......5 kg = .. Berat tembikai adalah 8 kali lebih berat daripada epal tersebut........ ....... Berat sebiji mangga ialah 50 g. .. b............. 2.. Berapakah jumlah berat mereka? ............ Sekiranya terdapat seorang pembeli yang ingin membeli 3......5 kg buah mangga tersebut..................... Berapakah berat bayi tersebut selepas empat minggu? ............ 6.. .......... Alia menjual 1 kg buah mangga dengan harga RM 13 sekilogram.............. 3.......5 kg.............. Sebiji epal mempunyai berat 200 g........................................... Berat bayi yang baru dilahirkan ialah 3................ 4.A s a s U k u r a n |164 Cuba selesaikan...... berapakah jumlah yang mesti dibayar oleh pembeli tersebut? 1 kg = RM13 3........ a................................ Empat orang lelaki setiapnya mempunyai berat 52 kg.. b.... 1.... 5. Berat sekeping resit yang bernilai RM 1 ialah 1 gram. Berapakah berat bagi 2 biji tembikai? ... Berapakah berat untuk 6 biji mangga? Berapakah biji mangga jika berat pada skala ialah 60 kg? . Setiap minggu berat bayi ini bertambah sebanyak 200g..................

....30 00 7...4 kg 2 5..0 kg ÷ 100 = ......700 600 ................8 kg = 7.5 kg ÷ 10 = .............4 kg = . pembahagian dengan SATU digit dan pembahagian dengan DUA digit............. g 10 7600 g = 76 g 100 9...........8 kg -14 8 8 0 3 kg 10 30 kg .. kg 10 420 g = ... kg 5 56....... Berikut dibincangkan setiap jenis pembahagian yang dinyatakan........g = ....600 000 Hasil bahagi yang lebih daripada dua tempat perpuluhan dibundarkan kepada dua tempat perpuluhan.......5 kg = .. kg Pembahagian dengan SATU digit: Contoh: 14. Pembahagian dengan 10 dan 100: Contoh: 30 kg = 3 kg 10 500 kg = . terdapat beberapa jenis pembahagian seperti pembahagian dengan 10 dan 100....165| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t OPERASI BAHAGI Seperti juga dalam pendaraban...... .. kg 4 Pembahagian dengan DUA digit: Contoh 1: 930 kg 30 77 kg 11 840 g 60 2020 g 20 = 31 kg = ...............4 kg 2 14... g 31 kg 30 930 kg -900 30 .30 00 76 kg 100 7600 kg .......................... kg = ... kg 11.........

0336 kg 0.03 kg 9.. .5411765 dibundarkan kepada dua tempat perpuluhan menjadi .... Beliau ingin membahagikannya kepada 8 bahagian.36 kg ÷ 100 = 0.. Cuba kita selesaikan soalan di atas dengan menggunakan penyelesaian bentuk lazim: 500 kg 8 4000 g -4000 4 kg = 4000 g 0000 8 Cuba anda fikirkan masalah 0 yang melibatkan operasi bahagi menggunakan penyelesaian bentuk lazim. Penyelesaian: Mari kita lihat penyelesaiannya: 4 kg = 4000 g 4000 g ÷ 8 = 500 g Oleh itu setiap bahagian kek mempunyai berat 500 g... 3. Durrah telah membeli sebiji kek coklat yang mempunyai berat 4 kg. kg Aktiviti 8. Contoh soalan: Cuba selesaikan masalah ini..... 2.2 kg ÷ 17 = 0.4 Operasi bahagi Guru memberikan contoh masalah yang melibatkan operasi bahagi.A s a s U k u r a n |166 Contoh 2: 1...0336 kg dibundarkan kepada dua tempat perpuluhan = 0. Berikan jawapan anda dalam gram..5411765 kg 0...

...... d. Jumlah berat bagi 15 buah buku Matematik ialah 45 kg........ kg .................7 kg ÷ 18 0.... 6.................... Dia mahu membahagikan gula pasir tersebut ke dalam 15 helai plastik......11 kg ÷ 44 = = = = ... ....................167| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t Cuba selesaikan........ c............... 5.................... 4...... kg 2............ Berapakah berat (dalam gram) untuk setiap beg? .......... 3.8 kg ÷ 33 77............. 1................. Berat 12 beg yang berisi mangga ialah 18 kg.................................. Berat Hasna’ ialah 64 kg.......................... b............... Berat beliau adalah 4 kali lebih berat daripada berat Afiqah......... Berapakah jumlah berat bagi 5 buah buku matematik yang sama tersebut? ..................... Berapakah berat badan Afiqah? ........ Puan Fadhilah Hanim membungkus 3 kg 500 g gula sama rata ke dalam 5 buah bekas.......... Firdaus mempunyai 900 g gula pasir............................... kg . Berapakah jumlah gula pasir dalam setiap plastik tersebut? .......46 kg ÷ 13 9..................................... kg . Berapakah berat gula yang terdapat dalam setiap bekas? ........ Bundarkan setiap yang berikut kepada dua tempat perpuluhan a........... 23...

2.  Simbol bagi gram ialah ”g”. Timbangan berat jisim sesuatu objek Sama berat .A s a s U k u r a n |168 RUMUSAN  Konsep timbangan berat objek (ringan.  Perkaitan antara unit piawai kilogram dan gram adalah: 1 kg = 1000 g KATA KUNCI 1.  Berat sesuatu benda tidak bergantung kepada saiz dan bentuk objek tersebut. 3. lebih berat daripada. lebih ringan daripada) boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui aktiviti perbandingan dan penyusunan benda mengikut berat sesuatu objek. manakala simbol bagi kilogram pula ialah ”kg”.  Penekanan terhadap penggunaan unit sebarangan bagi timbangan berat haruslah diberi perhatian oleh guru sebelum memperkenalkan unit piawai. berat.

............... Guru membahagikan pelajar kepada lima kumpulan.................. Kumpulan yang paling cepat menghabiskan semua soalan dan jawapan yang betul dikira sebagai pemenang kepada permainan ini.  Roti / 2 . d.............. f.............. 3...... 2........... c..... ................................................ Menentukan item yang paling ringan................... Gula dan coklat .................................. b.......................... ................... sekampit tepung dan sebagainya......................... 5. gula gula Menentukan item yang mempunyai berat lebih daripada 1kg. ...... ........ Darabkan berat item berikut:     Coklat x 3 Roti x 2 Telur x 5 Gula x 4 . .......... Menyusun barangan keperluan dari berat terkecil hingga terbesar..... ............169| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t PENILAIAN KENDIRI Permainan “Supermarket” 1....... Biskut dan telur ...................................  Gula / 4 ................. Bahagikan berat item berikut:  Coklat / 3 ................... Menentukan item yang mempunyai berat yang sama. g.............. pelajar perlu untuk membantu pengurus pasar raya untuk: a....... Menentukan jumlah berat bagi setiap barangan berikut:    e............. Masa yang diperuntukkan untuk permainan ini ialah 40 minit... sebuku roti.............................................. Guru menyediakan satu meja yang diletakkan dengan beberapa barangan keperluan seperti alat penimbang............ Menentukan item yang paling berat..... sekampit gula.......... Sebagai satu kumpulan.................. ....................................... 4.  Telur / 5 .......... h... ................ Coklat dan roti ............... .............

Tolak. Darab & Bahagi (kg dan g) SELESAI MASALAH HARIAN TIMBANG BERAT TIMBANG DAN TULIS GUNA DAN PELBAGAI PERBENDAHARAAN KATA TIMBANGAN BERAT .1 TIMBANGAN BERAT PENGENALAN TAHAP 1 TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 GUNA UNIT RELATIF UKUR GUNA UNIT BUKAN PIAWAI KENAL g & kg TULIS g & kg ANGGAR TIMBANGAN BERAT TUKAR UNIT kg.A s a s U k u r a n |170 PETA KONSEP . g OPERASI ASAS Tambah.

Tolak.171| O p e r a s i D a l a m T i m b a n g a n B e r a t PETA KONSEP .2 TIMBANGAN BERAT PENGENALAN TAHAP 2 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 PERKAITAN ANTARA UNIT UKUR GUNA UNIT PIAWAI PERKAITAN ANTARA UNIT TIMBANG DAN BANDING GUNA DAN APLIKASI KIRAAN PECAHAN KEPADA MASALAH HARIAN MELIBATKAN TIMBANGAN BERAT OPERASI ASAS & SELESAI MASALAH HARIAN Tambah. Tolak. Darab & Bahagi (kg dan g) km & m . Darab & Bahagi (kg dan g) OPERASI ASAS & SELESAI MASALAH HARIAN Tambah.

http://jmathpage. (2005). Mohamad Khairuddi Yahya. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Teachers’ Handbook. (1998).A s a s U k u r a n |172 RUJUKAN Abdul Razak Othman. Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yook Lean. Wan Yusof Wan Ngah.com/JIMSMeasurementpage. Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. (2004). Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. (2011). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011).htm http://www. Daud Zakaria & Abdullah Md. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Textbook.bgfl. Wan Yusof Wan Ngah.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/measures/index.htm . Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Wang. Marzita Puteh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Yusof Wan Ngah.aaamath. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Teachers’ Handbook. Marzita Puteh. (2007).Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4 Teachers’ Handbook. Kuriulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Mohamad Khairuddi Yahya. (2006). Bahagian Pendidikan Guru. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. (2004). Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Abdul Razak Saleh & Rabiyah Fakir Mohd. Kuala Lumpur: Aras Mega Sdn. Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Rosli Maun & Haslina Jaafar. Mohamad Khairuddi Yahya. Mohamad Khairuddi Yahya. Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Isa. Santhi Periasamy. Ukuran dan Sukatan untuk Sekolah Rendah. (2007). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzita Puteh & Santhi Periasamy.com/B/mea. Mohamad Khairuddi Yahya. Marzita Puteh. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Textbook.html http://www. (2010). Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Santhi Periasamy. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali.

.

Unit 9 ISI PADU CECAIR .

.

menyukat jumlah cecair yang diperlukan oleh tubuh manusia. 5. Tahukah anda unit-unit ukuran dalam isi padu cecair yang pernah digunakan sebelum Sistem Metrik SI atau Standard International Metric System (SI) diperkenalkan? Cuba senaraikan unitunit yang digunakan dan apakah perkaitannya di antara satu sama lain. 3. Bolehkah anda fikir satu contoh yang sesuai untuk menunjukkan isi padu cecair tidak berubah walaupun bentuk bekas berubah? . 4. Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu cecair dalam situasi harian. Masyarakat purba memerlukan penyukatan bagi cecair: menyukat isi padu sungai. menyukat ubat-ubatan yang berbentuk cecair dan sebagainya. Mengenal unit isi padu cecair.I s i P a d u C e c a i r | 173 UNIT 9 ISI PADU CECAIR HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. Menilai pecahan daripada suatu isi padu cecair. Isi padu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. 2. Menganggar dalam unit liter dan mililiter. Menimbang dalam unit liter dan mililiter. PENGENALAN U nit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Satu ciri cecair yang penting ialah isi padunya tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya berubah. anda diharap dapat: 1.

Jadual 9. iv) Menyukat. Jadual 9.174| I A s a s U k u r a n Lawati laman web di alamat http://www. Menyukat dalam unit mililiter dan liter 3. buat refleksi dapatan dengan menjawab soalan berikut:  Kenapakah manusia memerlukan satu sistem isi padu cecair yang standard di dalam kehidupan seharian mereka? Kurikulum yang dirancang di Malaysia juga memberikan tumpuan kepada kemahiran isi padu cecair yang perlu dikuasai oleh pelajar di Tahap 1 dan Tahap 2 di peringkat sekolah rendah. iii) Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isi padu cecair dalam konteks. v) Menganggar isi padu cecair dalam unit mililiter dan liter dan bandingkan dengan sukatan sebenar. b) unit l.html untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah isi padu cecair dan unit-unit yang digunakan untuk menyukat cecair. ii) Membandingkan dua atau lebih bekas cecair menggunakan unit bukan piawai. menanda dan merekodkan isi padu cecair yang ditentukan dalam: a) mililiter b) liter. Menganggar dalam unit mililiter dan liter . i) Mengenal unit mililiter dan unit liter dengan memerhatikan senggatan pada silinder penyukat.historymeasurement. Tahun 1 1. iii) Menulis isi padu cecair yang diberi dalam: a) mililiter dengan menggunakan simbol ml. b) liter dengan menggunakan simbol l. Selepas anda selesai. Menggunakan unit relatif untuk isi padu cecair Standard Pembelajaran Murid berupaya untuk i) Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan isi padu cecair menggunakan unit bukan piawai.net/. Mengenal unit mililiter dan liter 2 2.1 Kemahiran Isi Padu Cecair mengikut Tahun dan Tahap Standard Kandungan Murid dibimbing untuk 1.1 menggabung Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menyenaraikan kemahiran dalam isi padu cecair yang perlu diajar dan dicapai oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. ii) Mengenal isi padu cecair dalam: a) unit ml.

ii) Menulis isi padu cecair ke skala pembahagian persepuluh terdekat: a) liter b) mililiter iii) Mengukur dan merekod isi padu cecair menggunakan unit: a) liter b) mililiter iv) Menganggar isi padu cecair menggunakan unit: a) liter b) mililiter i) Menukar unit dalam isi padu daripada a) mililiter ke liter b) liter dan mililiter ke liter c) liter dan mililiter ke mililiter i) Menambah isi padu cecair melibatkan penukaran unit dalam: a) liter b) mililiter. Mengukur dan membanding isi padu cecair menggunakan unit piawai. ii) Menolak isi padu cecair melibatkan penukaran unit dalam: a) liter b) mililiter. 6. c) liter dan mililiter. Menggunakan dan mengaplikasi pengetahuan mengenai isi padu cecair di dalam kehidupan seharian. i) Membaca skala ke bacaan pembahagian (division) yang terhampir . i) Tambah unit isi padu cecair dalam : a) liter. . dan b) mililiter. Memahami perkaitan di antara unit-unit isi padu cecair.I s i P a d u C e c a i r | 175 4. iv) Bahagi unit isi padu cecair dalam: a) liter. i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan isi padu cecair. dan b) mililiter. tolak. iii) Darab unit isi padu cecair dalam : a) liter. dan b) mililiter. i) Faham dan boleh menggunakan perkaitan antara liter dan mililiter. dan b) mililiter. 3 5. 4 2. iii) Perbandingan dua ukuran isi padu cecair dengan menggunakan uint piawai a) liter. c) liter dan mililiter. Tambah dan tolak isi padu cecair. iv) Menganggar isi padu cecair dengan menggunakan uint piawai a) liter. dan b) mililiter. i) Membaca isi padu cecair dengan menggunakan unit liter dan mililiter. ii) Tolak unit isi padu cecair dalam: a) liter. dan b) mililiter. 1. Mengukur dan membandingkan isi padu cecair dengan menggunakan unit piawai. darab dan bahagi isi padu cecair. dan b) mililiter. Memahami perkaitan di antara unit-unit isi padu cecair. 3. ii) Mengukur dan merekod isi padu cecair menggunakan unit piawai : a) liter. 7. Tambah.

Perhatian: Senarai ini menggabungkan isi kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard . c) liter dan mililiter. i) Mengukur dan merekodkan isi padu cecair dalam satu unit kecil metrik yang diberikan ukuran dalam pecahan dan atau perpuluhan yang lebih besar. ii) Menyelesaikan masalah melibatkan isi padu cecair. ii) Membahagi unit isi padu menggunakan: a) sehingga nombor 2 digit. iii) Membahagi unit isi padu melibatkan: a) nombor satu digit. i) Mendarab isi padu cecair melibatkan penukaran unit: a) Digit satu nombor b) 10. 1. i) Menukar unit dalam isi padu cecair melibatkan pecahan dan perpuluhan dalam liter dan sebaliknya. 3. Menggunakan dan aplikasi pengiraan pecahan kepada masalah yang melibatkan isi padu cecair. i) Mendarab unit isi padu melibatkan nombor bercampur menggunakan: a) nombor satu digit. iv) Menyelesaikan masalah isi padu cecair yang melibatkan operasi asas. 1000. b) 10. 2. 1000. 1000 ii) Membahagi isi padu cecair melibatkan penukaran unit: a) Digit satu nombor b) 10. Darab dan bahagi isi padu cecair. ii) Menganggar isi padu cecair melibatkan pecahan dan perpuluhan dalam liter dan mililiter. Mengukur dan membanding isi padu cecair menggunakan unit piawai. 1000. 1000 c) Menyelesaikan masalah melibatkan isi padu cecair. c) literdan mililiter. 100. 100. ii) Menolak unit isi padu cecair melibatkan perpuluhan bercampur dalam: a) liter b) mililiter. Memahami perkaitan di antara unit-unit isi padu cecair. 6 5 1. Tambah dan tolakisi padu cecair. 100.176| I A s a s U k u r a n Darab dan bahagi isi padu cecair. 100. 4. iii) Membanding isi padu cecair melibatkan pecahan dan perpuluhan menggunakan liter dan mililiter. b) 10. i) Menambah unit isi padu cecair melibatkan perpuluhan bercampur dalam: a) liter b) mililiter. i) Mengira isi padu cecair dari situasi yang dinyatakan dalam pecahan ii) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan isi padu cecair. b) 10.melibatkan penukaran unit. melibatkan penukaran unit. 100. melibatkan perpuluhan bercampur.

turutan berikut dicadangkan:  Membuat perbandingan antara objek. Pada keseluruhannya untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menghayati setiap unit isi padu cecair iaitu liter dan mililiter mereka hendaklah didedahkan kepada kemahiran-kemadiran seperti Rajah 9.1 Kemahiran Isi Padu Cecair mengikut Tahun dan Tahap .  Mengukur dengan unit piawai.1.I s i P a d u C e c a i r | 177 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi yang paling sesuai dan berkesan untuk mengajar dan mempelajari isi padu cecair ialah dengan menyukat cecair berkaitan dengan alat penyukat. Secara keseluruhannya untuk kefahaman yang berkesan.  Mengukur dengan menggunakan unit sembarangan dan unit rujukan. Menganggar isi padu cecair juga perlu diberi tumpuan di dalam membina kemahiran asas sebelum menekankan kepada kemahiran menyukat dengan tepat. UNIT LITER MILILITER KEMAHIRAN MENGENAL/BACA ANGGARAN BANDING SUKAT Rajah 9.

Semua sukatan merupakan satu anggaran. Bersama dengan setiap konsep ini pula beberapa contoh aktiviti diberikan untuk memperkenal konsep isi padu cecair dengan lebih jelas dan konkrit. memperkayakan perbendaharaan kata pelajaran mengenai isi padu cecair. Isi padu cecair adalah banyaknya cecair dalam sesuatu bekas. Sesetengah sukatan lebih tepat dari yang lain tetapi ianya bukan satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan sebagai sukatan yang tepat. kita akan melalui satu proses membanding (langsung atau tidak langsung). menggunakan alatan untuk menyukat dan membaca alatan ini. Dalam matematik kita mengaitkan nilai isi padu cecair untuk sedikit sebanyak menggambar ketepatan dan perincian dalam menyukat tanpa mengira unit sukatan yang digunakan. Maka proses penyukatan itulah yang perlu diberi perhatian dan tumpuan untuk membina kemahiran dalam kalangan pelajar Tahap1 dan Tahap 2 di sekolah rendah.178| I A s a s U k u r a n KONSEP ISI PADU CECAIR Apakah konsep isi padu cecair? Beberapa konsep isi padu cecair dibincangkan dalam bahagian ini. Apabila mengajar pelajar isi padu cecair. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut KAPASITI (muatan) bekas itu. “lebih banyak” dan ”sama banyak” adalah istilah yang selalu digunakan oleh pelajar apabila membincang mengenai isi padu cecair. Anggaran sukatan adalah kemahiran yang perlu diberi perhatian. Isi padu cecair Kapasiti bekas . Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama. Isi padu cecair merupakan satu nilai. Istilah seperti “lebih sedikit”.

Banyak atau sedikit? Bekas manakah yang boleh mengisi paling banyak cecair?Jelaskan? Aktiviti 9. Perbandingan Secara Pengamatan Istilah banyak-sedikit adalah yang perlu diperkenalkan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran dalam isi padu cecair secara pengamatan. tin dan sebagainya. baldi. Contohnya ialah liter dan mililiter. gelas. - Unit ukuran cecair boleh diterima di peringkat antarabangsa. ”separuh penuh” dan ”penuh” juga turut diperkenalkan. Contoh objek yang biasa digunakan untuk menyukat ialah cawan.1a Mari banding Secara lisan guru memperkenalkan istilah banyak-sedikit dengan menunjukkan kepada pelajar gambar-gambar seperti: Air dalam bekas manakah yang paling banyak? . istilah ”kosong”.I s i P a d u C e c a i r | 179 - Unit bukan piawai untuk isi padu cecair ialah sebarang ukuran cecair abitrari yang digunakan sebagai unit. tempurung kelapa. Selain itu. mangkuk.

1b Mari banding 1. 3. Dengan menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar. pembelajaran mengenai isi padu cecair dimulakan dengan pembandingan secara langsung. Aktiviti ini memberi tumpuan kepada membina kefahaman pelajar membanding dan menggunakan perbendaharaan kata dalam isi padu cecair seperti: lebih banyak. . 2. Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. guru berbincang dan membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang telah dilakukan. Selepas aktiviti ini.180| I A s a s U k u r a n Aktiviti 9. 4. Setiap kumpulan disediakan dengan tiga buah bekas yang sama dan cecair berwarna. setiap kumpulan perlu berbincang untuk menyediakan bekas yang kosong. lebih sedikit dan sama banyak. separuh penuh dan penuh. Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D Perbandingan Secara Langsung Apa sekalipun isi padu cecair.

Pelajar dibimbing untuk memastikan gelas disusun sebaris sebelum perbandingan dilakukan. Guru menyediakan dua gelas yang sama yang diisi dengan air berwarna dengan kuantiti yang berbeza.I s i P a d u C e c a i r | 181 Aktiviti 9. 2. Pelajar diminta mengenal pasti dengan menunjuk dan menyebut gelas yang lebih banyak dan yang lebih sedikit. . 3.3 Menyusun gelas mengikut isi padu 1. 2. Pelajar diminta meletakkan gelas tersebut secara bersebelahan untuk membuat perbandingan isi padunya. Aktiviti 9. Pelajar diminta untuk menyusun gelas tersebut dari isi padu paling banyak ke yang paling sedikit.2 Mengenal pasti objek yang lebih sedikit dan lebih banyak 1. Guru membekalkan lima gelas yang sama saiz dan bentuk tetapi berlainan isi padu. Nota: Aktiviti ini boleh dilakukan untuk memilih isi padu yang lebih banyak dengan mempelbagaikan isi padu cecair dalam pelbagai bekas yang dibekalkan kepada pelajar.

B dan C.4 Mengenal pasti isi padu cecair 1. B dan D. Manakala bikar yang ke empat iaitu bikar D diisi dengan air yang lebih dari bikar A dan bikar B. Isi padu cecair dalam bekas C lebih banyak daripada isipadu dalam bikar A. 3. 3. satu biji bikar ditanda dengan bikar C diisi dengan air yang kurang dari bikar A dan bikar B. Isi padu cecair dalam bikar A dan B adalah sama. . 2. Setiap pelajar dibekalkan dengan empat bikar. 2.182| I A s a s U k u r a n Aktiviti 9. A B C D 1. Isi padu dalam bikar D kurang daripada isi padu cecair dalam bikar A. Dua bikar diisi dengan air yang sama banyak dan ditandakan dengan bikar A dan satu lagi bikar B. Pelajar dikehendaki membandingkan isipadu cecair dalam bikar dan guru membimbing mereka membuat kesimpulan.

Y dan Z.5a Menentukan isi padu cecair menggunakan bekas berlainan bentuk dan saiz 1. . Guru menyediakan tiga bekas (A. A B C X Y Z Nota: Aktiviti ini boleh dilakukan untuk memilih isi padu yang lebih banyak dengan mempelbagaikan isi padu cecair dalam pelbagai bentuk dan saiz bekas yang dibekalkan kepada pelajar. Saiz Dan Bentuk Guru perlu mengingatkan pelajar mengenai perkara berikut: Isi padu cecair adalah sama walaupun diisi dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Pelajar dikehendaki untuk menuangkan cecair dalam bekas A ke dalam bekas X. Pelajar dibimbing untuk membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka. 3. 2. Aktiviti 9.I s i P a d u C e c a i r | 183 Perkaitan Antara Isi Padu Cecair. B dan C) yang mengandungi cecair berwarna yang sama banyak. Pelajar dikehendaki untuk memerhatikan paras cecair dalam bekas X. cecair dalam bekas B dalam bekas Y dan cecair dalam bekas C ke dalam bekas Z.

Guru membekalkan dua bekas lutsinar yang berlainan saiz dan bentuk (bekas P dan Q). 3. Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan. Seterusnya pelajar diminta untuk menuangkan cecair tersebut dalam dua bekas lutsinar yang serupa (bekas M dan N). Bagaimana kita ingin tahu sama ada isi padu cecair itu sama atau tidak? Paras air tidak sama.. Pelajar dikehendaki menentukan isi padu cecair tersebut dengan membuat perbandingan paras cecair dalam bekas M dan N..bagaimana dengan isi padunya? P Q M N Isipadu cecair dalam bekas M dan N adalah sama walaupun bekasnya berbeza. Setiap bekas tersebut diisi dengan isi padu cecair berwarna yang sama banyak. .5b Menentukan isi padu cecair menggunakan bekas berlainan bentuk dan saiz 1.. Pelajar diminta untuk membandingkan paras cecair dalam kedua-dua bekas tersebut. 4. 2. 5.184| I A s a s U k u r a n Aktiviti 9.

Alat penyukat ini dinamakan unit sebarangan untuk mengukur isi padu cecair. Bilangan Sukatan …………………….…. Bolehkan anda nyatakan alat penyukat yang digunakan untuk menyukat cecair dalam mata pelajaran sains? Aktiviti 9. 3. Lebih kecil saiz alat penyukat. Unit rujukan pula ialah alat penyukat yang digunakan khusus untuk menyukat isi padu cecair.…. cawan. Guru menyediakan tiga alat penyukat yang berlainan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 liter bagi setiap cecair yang berlainan warna.. gelas dan sebagainya. Berdasarkan jadual yang dibina. . Lebih besar saiz alat penyukat. lebih banyak bilangan sukatan. Dengan menggunakan alat penyukat yang disediakan.. baldi. 4. Bilangan Sukatan ……………………. pelajar diminta untuk membuat perkaitan antara saiz alat penyukat dengan bilangan sukatan. pelajar dikehendaki mengisi cecair tersebut ke dalamnya.6 Mari sukat : unit sebarangan 1. Bilangan Sukatan …………………….…. 2. lebih kecil bilangan sukatan.I s i P a d u C e c a i r | 185 Mengukur Isi Padu Cecair Menggunakan Unit Sebarangan Dan Unit Rujukan Terdapat berbagai benda yang sesuai di sekeliling kita yang boleh digunakan untuk dijadikan unit isi padu cecair seperti menggunakan tin.. mangkuk. Guru meminta pelajar untuk menyukat dan merekod bilangan sukatan dalam jadual yang telah disediakan.

5. Guru meminta pelajar untuk menyukat dan merekodbilangan sukatan dalam jadual yang telah disediakan. pelajar dikehendaki mengisi cecair tersebut ke dalamnya.7 Mari sukat : unit rujukan 1. Aktiviti diulang menggunakan alat penyukat lain seperti botol dan baldi. satu unit piawai diperlukan untuk menyeragamkan semua sukatan bagi menyukat isi padu cecair. Guru menyediakan tiga bekas yang mengandungi cecair berlainan warna. 3. . Oleh itu. 4. Dengan menggunakan alat penyukat (bikar) yang disediakan. Berdasarkan jadual yang dibina. Alat penyukat Bekas A Bikar Botol Baldi Bilangan sukatan Bekas B Bekas C Unit rujukan yang berlainan menghasilkan bilangan sukatan yang berbeza. 2. pelajar diminta untuk berbincang perkaitan antara jenis unit rujukan dengan bilangan sukatan dan seterusnya membuat kesimpulan.186| I A s a s U k u r a n Bolehkah anda fikirkan benda yang terdapat disekeliling anda yang boleh dijadikan untuk dijadikan unit sebarangan bagi menyukat isi padu cecair? Aktiviti 9.

Apakah isi padu air dalam silinder? _____ml.I s i P a d u C e c a i r | 187 Unit Piawai Bagi Isi Padu Cecair Manusia telah menyedari keperluan untuk menggunakan satu unit piawai bagi isi padu cecair yang diterima pakai oleh satu dunia untuk memastikan bahawa ia dipakai. Cara yang salah . Apabila menggunakan silinder sebenar. Hari ini kita menggunakan unit System International (SI) atau Sistem Metrik untuk semua isi padu cecair. kita menggunakan alat penyukat untuk mennyukat sama ada dalam mililiter atau liter. Dari unit liter ini pula wujud unit mililiter (ml) yang bermakna 1per 1000 liter. difahami dan sama tanpa mengira di mana mereka berada. l ml - simbol untuk liter simbol untuk mililiter Cara Membaca Alat Penyukat Cara bacaan isi padu cecair yang betul dapat dilihat di dalam gambarajah di bawah: Cara yang salah Cara yang betul Baca ukuran yang berdasarkan bawah meniskus atau lengkung. Unit piawai untuk isi padu cecair ialah liter(l). Biasanya. pastikan mata anda selaras dengan tahap air.

A B C . Guru meminta beberapa pelajar datang ke hadapan untuk membaca isi padu cecair yang terdapat di dalam silinder tersebut.8 Membaca silinder 1.188| I A s a s U k u r a n Aktiviti 9. 3. Guru menyediakan tiga silinder yang sama yang diisi dengan cecair berwarna yang tidak sama isi padunya. Guru mencatat bacaan pelajar dan membandingkannya dengan bacaan sebenar. 4. Guru membuat perbincangan jika ada terdapat dalam kesilapan bacaan. 2.

langkah (2) hingga (3) diulang dengan menggunakan gelas. Bolehkan anda fikirkan barangan di pasaran yang dijual dalam liter? Aktiviti 9. gelas dan bikar 1 liter dan cecair berwarna. Pelajar diminta untuk menggunakan cawan untuk menyukat cecair ke dalam bikar 1 liter sehingga paras air mencapai 1 liter. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bikar 1 liter. Bekas Baldi Teko Balang kaca Tin Isi padu (l) Di akhir aktiviti. Seterusnya. Guru menyediakan cawan. 4.9 Mengenal dan menamakan unit liter dan simbolnya 1.10 Menyukat isi padu cecair dalam unit liter 1. Pelajar dikehendaki mencatat bilangan sukatan yang diperlukan untuk mendapatkan 1 liter. 3. guru berbincang tentang kesimpulan dari aktiviti yang telah dilakukan. bekas berisi cecair berlainan warna. 2. . 3. Setiap kumpulan diminta untuk menyukat isi padu cecair yang terdapat dalam bekas tersebut dan rekodkan dalam jadual seperti di bawah: Kumpulan A B C D 4. 2.I s i P a d u C e c a i r | 189 Aktiviti 9.

3. Seterusnya. Rekodkan dalam jadual seperti di bawah: Kumpulan . Setiap kumpulan dibekalkan dengan bikar 1 liter. setiap kumpulan diminta untuk menyukat isi padu cecair yang terdapat dalam bekas tersebut dengan menggunakan bikar 1 liter. 2. 5. Pelajar dikehendaki menganggar isi padu cecair tersebut. Seterusnya. bekas berisi cecair berlainan warna. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. 4. Setiap kumpulan diminta untuk menganggar isi padu cecair yang dibekalkan dalam unit liter. pelajar dikehendaki untuk menyukat isi padu cecair tersebut menggunakan silinder penyukat untuk mengetahui isi padu sebenar.12 Menyukat dan merekod isi padu cecair kepada liter yang terdekat 1.11 Menganggar isipadu cecair dalam unit liter 1. 3. Isi padu cecair yang melebihi setengah liter dihampirkan kepada 1 liter . Pelajar dibekalkan beberapa bekas yang berisi cecair berwarna. A B C D Bekas Baldi Teko Balang kaca Tin Isi padu (l) anggaran Isi padu (l) sebenar Menganggar isi padu sebenar Mengetahui isi padu sebenar Aktiviti 9.190| I A s a s U k u r a n Aktiviti 9. 2.

4. sudu besar dan picagari 1 ml serta cecair berwarna. Unit ini dikenali sebagai mililiter. Pelajar diminta untuk mengisi picagari dengan cecair tersebut dan memindahkannya ke sudu kecil. Proses diulang sehingga sudu kecil penuh. .13 Mengenal unit mililiter dan simbolnya ”ml” 1. Pelajar dikehendaki untuk mencatatkan dalam jadual seperti berikut: sudu sudu kecil sudu besar Bilangan pindahan kandungan picagari Isi padu (ml) 5.I s i P a d u C e c a i r | 191 Menyukat Isi Padu Cecair Dalam Unit Mililiter Untuk menyukat isi padu cecair yang kurang dari 1 liter. unit piawai yang lebih kecil diperlukan. Aktiviti 9. Simbolnya pula ialah ml. Aktiviti diulang dengan menggunakan sudu besar. 2. Pelajar dibekalkan dengan sudu kecil. 3.

5l = _____ ml 1. 1 liter = 1.14 Menyukat isi padu cecair dalan unit mililiter 1.192| I A s a s U k u r a n Aktiviti 9.5l = 1500 ml = 1l 500 ml 4000 ml = _____ l 4000 = 4l 1000 4000 m l = 4l 2200 m l = _____ l 2200 = 2. Pelajar dibekalkan dengan silinder penyukat (500 ml) dan beberapa bekas seperti tin. liter (l) digunakan untuk menyukat isi padu cecair yang lebih banyak (melebihi 1 liter). Pelajar diminta untuk menyukat cecair yang terdapat dalam bekas tersebut ke dalam silinder penyukat dan merekodkan bacaannya.2 l = 2 l 200 ml .2 l 1000 2200 ml = 2. bekas Tin Mangkuk Botol ubat Isi padu (ml) Hubungan Antara Unit Isi Padu Cecair MIliliter (ml) digunakan untuk menyukat isi padu cecair yang sangat sedikit (kurang daripada 1 liter). mangkuk dan botol ubat yang berisi cecair berwarna. 2.5l x 1000 = 1500 ml 1.000 mililiter 2 l = _____ ml 2 l x 1000 = 2000 ml 2 l = 3000 ml 1.

1l = 2l = 3l = dan seterusnya. Setiap kumpulan diminta untuk menyukat cecair berwarna 100 ml dan menuangkannya ke dalam silinder penyukat 1 liter.1 l 0. Guru membekalkan silinder penyukat 100 ml dan 1 liter kepada setiap kumpulan. BAHAGIKAN dengan 1000. 5. . 1000 ml 2 x 1000 ml 3 x 1000 ml = = 2000 ml 3000 ml Untuk menukar unit milliliter kepada liter.2 l 0.I s i P a d u C e c a i r | 193 Aktiviti 9. Diakhir aktiviti ini. 3.3 l 300 ml = 300/1000 l dan seterusnya. Seterusnya pelajar dibimbing untuk menukar unit liter kepada mililiter. DARABKAN dengan 1000.1 l 1000 ml = 100 ml = 200 ml = 1l 100/1000 l 200/1000 l = = = 0. Untuk menukar unit liter kepada mililiter. 6. Bilangan slinder penyukat 100 ml 1 2 3 4 5 Bacaan pada silinder penyukat 1 liter (dalam ml) 100 ml Sukatan dalam liter (l) 0. Aktiviti ini diulang sehingga paras air dalam silinder penyukat tersebut menunjukkan 1000 ml. Guru membimbing pelajar untuk menukar unit mililiter kepada liter. 2.15 Menukar unit mililiter kepada liter dan sebaliknya 1. guru berbincang dengan pelajar untuk membuat kesimpulan. 4. Mereka dikehendaki merekodkan bacaan isi padu dalam unit ml.

194| I A s a s U k u r a n Aktiviti 9.16 Menukar unit mililiter kepada liter dan sebaliknya Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap pelajar untuk dibincangkan bersama-sama. Isi padu dalam liter (l) Isipadu dalam mililiter (ml) 600 ml 1l 200 ml 2l l .

 Simbol bagi liter ialah ”l” dan simbol bagi mililiter pula ialah ”ml”. Terdapat pelbagai istilah yang diperkenalkan dalam unit ini seperti: o Lebih sedikit daripada o Lebih banyak daripada o Kurang daripada o Sama banyak  Bagi memperolehi sukatan yang tepat.  Perkaitan antara unit liter dan mililiter adalah: 1 l = 1000 ml KATA KUNCI 1. 212. Sama banyak PETA KONSEP Sila Lihat Peta Konsep Unit 10 ms.I s i P a d u C e c a i r | 195 RUMUSAN  Isi padu cecair adalah banyaknya cecair dalam sesuatu bekas. dua unit piawai iaitu liter dan mililiter digunakan.  Pelajar diperkenalkan dengan konsep isi padu cecair dengan menggunakan aktiviti perbandingan.213. Kapasiti 3. . Isi padu cecair 2.

7 l = ___________________ ml 6.531 l = _________________ ml 1500 ml = _________________ l 3890 ml = _________________ l 8008 l = __________________ ml 10000 l = _________________ml .196| I A s a s U k u r a n PENILAIAN KENDIRI Berikan jawapan dalam liter atau mililiter.1 l = __________________ ml 0.1 l = __________________ ml 2. 0.

Mohamad Khairuddi Yahya. Mohamad Khairuddi Yahya. Wan Yusof Wan Ngah.Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4 Teachers’ Handbook. (2006). (2006).youtube. (2011). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzita Puteh. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Textbook. Mohamad Khairuddi Yahya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Khairuddi Yahya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. http://jmathpage. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Santhi Periasamy. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2.com/JIMSMeasurementpage. Wan Yusof Wan Ngah. Abdul Razak Saleh & Rabiyah Fakir Mohd.I s i P a d u C e c a i r | 197 RUJUKAN Abdul Razak Othman. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Wang. (2010). Marzita Puteh. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. (2004). Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Textbook. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Isa. Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. (2007). (2007). Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Teachers’ Handbook. (2011). Rosli Maun & Haslina Jaafar. Bhd. (1998).html http://pbskids.com/watch?v=iPkZlce84ag . Wan Yusof Wan Ngah. Marzita Puteh & Santhi Periasamy.org/cyberchase/games/liquidvolume/liquidvolhttp://www. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Khairuddi Yahya. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Santhi Periasamy. (2004). Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Teachers’ Handbook. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. (2005). Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yook Lean. Bahagian Pendidikan Guru. Daud Zakaria & Abdullah Md. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Kuala Lumpur: Aras Mega Sdn. Ukuran dan Sukatan untuk Sekolah Rendah. Marzita Puteh.

.

Unit 10 OPERASI DALAM ISI PADU CECAIR .

.

liter dengan liter danmililiter dengan mililiter. mengukur dan juga telahpun mahir dalam perkaitan antara liter dan mililiter. Penambahan dan penolakan dimulakan dengan unit yang sama iaitu. Penukaran unit perlu diberi penekanan memandangkan kemahiran ini sangat kritikal terutama apada pengiraan melibatkan penambahan dua unit seperti 1l 220ml+ 3l 600ml ataupun penolakan seperti 5l 250ml – 2l 400ml. Pelajar didedahkan kepada pengiraan dalam bentuk lazim. Ia dimulakan dengan penambahan tanpa mengumpul semula kepada penambahan yang melibatkan mengumpul semula. anda diharap dapat: 1. 2. darab dan bahagi isi padu cecair. mendarab dan membahagi. nombor pecahan dan nombor perpuluhan. PENGENALAN A pabila pelajar sudahpun menguasai kemahiran mengenal. membanding. menolak. kemahiran yang seterusnya yang perlu dikuasai oleh mereka ialah empat operasi asas matematik iaitu menambah. Pengiraan juga melibatkan penukaran unit.A s a s U k u r a n |198 UNIT 10 OPERASI DALAM ISI PADU CECAIR HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini.Pelajar hendaklah selalu diingatkan kembali mengenai perkaitan di antara setiap unit di dalam . tolak. menganggar. Kemahiran ini dilaksanakan selepas semua kemahiran yang dinyatakan sebelum ini telah dicapai oleh pelajar untuk memastikan bahawa mereka boleh melakukannya jika diperlukan semasa menjalankan ke empat-empat operasi ini. Kemudiannya gabungan liter dan mililiter. iaitu menambah atau menolak tiga isi padu.Operasi tambah dan tolak boleh dilakukan kepada isi padu cecair dalam bentuk nombor bulat. Operasi dimulakan dengan menambah atau menolak dua ukuran isi padu cecair dan kemudian diikuti dengan penambahan dan penolakan berturutturut. Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu cecair dalam situasi harian. Melakukan operasi tambah.

100 dan 1000. hasil darab atau hasil bahagi perlu ditukarkan unitnya. kerana apabila menjalankan operasi kepada isi padu cecair. UNIT LITER MILILITER KEMAHIRAN MENGENAL/BACA ANGGARAN BANDING SUKAT Rajah 10. turutan berikut dicadangkan:  Operasi tambah  Operasi tolak  Operasi darab  Operasi bahagi Pada keseluruhannya untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menghayati setiap unit dalam operasi dalam isi padu cecair iaitu liter dan mililiter mereka hendaklah didedahkan kepada kemahirankemadiran seperti Rajah 10.1. Secara keseluruhannya untuk kefahaman yang berkesan.199| O p e r a s i D a l a m I s i P a d u C e c a i r isi padu cecair. 10. berkemungkinan hasil tambah. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi yang paling sesuai dan berkesan sebagai permulaan untuk mengajar dan mempelajari operasi dalam isi padu cecair ialah dengan menggunakan alat penyukat. 10. 100 dan 1000. Operasi darab pula adalah pendaraban isi padu cecair dengan satu nombor satu digit. Manakala operasi bahagi pula adalah pembahagian dengan satu nombor satu digit. hasil tolak.1 Kemahiran Isi Padu Cecair mengikut Tahun dan Tahap .

Rosnah memasukkan 7.15 l 7.65 l 9. Berapakah jumlah isi padu air.3 l 0. Guru memberikan contoh masalah operasi tambah yang melibatkan perpuluhan bercampur dalam liter. dalam l.2 l air untuk membasuh dan 11. Penambahan.15 l. Aktiviti 10. Contoh soalan: Untuk menyediakan air sirap limau. Nadiah menggunakan 10.2 Maka. yang telah Nadiah gunakan? . dalam jag tersebut ? Penyelesaian: + l 1.1 Operasi tambah melibatkan perpuluhan bercampur dalam liter 1. penolakan. pendaraban dan pembahagian dalam modul ini akan memfokuskan kepada liter dan milliliter.3 l air untuk mandi.2 l air. isi padu cecair dalam jag ialah 9. dalam l.65 l jus limau dalam jag. Berapakah jumlah isi padu cecair.A s a s U k u r a n |200 Operasi Tambah Operasi melibatkan isi padu cecair adalah salah satu sub-tajuk yang penting untuk diajarkan kepada muridmurid.3 l sirap dan 0. 1.

dalam ml ? Penyelesaian: 15 ml +33 ml 48 ml Maka. Contoh soalan: Dalam cawan biru terdapat 15 ml air kopi. Berapakah jumlah isi padu air kopi. dalam ml ? . Berapakah jumlah isi padu air. Guru memberikan contoh masalah operasi tambah yang melibatkan perpuluhan bercampur dalam mililiter. Cawan merah pula mengandungi 33 ml air kopi.2 Operasi tambah melibatkan perpuluhan bercampur dalam mililiter 1. Baldi kecil pula mengandungi 153 ml air.201| O p e r a s i D a l a m I s i P a d u C e c a i r Aktiviti 10. jumlah isi padu air kopi ialah 48 ml Dalam baldi besar terdapat 350 ml air.

Berapakah jumlah isi padu air yang telah mereka gunakan. . Guru memberikan contoh masalah operasi tambah yang melibatkan perpuluhan bercampur dalam liter dan militer Contoh soalan: Kamal telah menggunakan 1375 ml untuk membancuh air oren.3 Operasi tambah melibatkan perpuluhan bercampur dalam liter dan mililiter 1. isi padu air yang telah digunakan ialah: 1705 ml = 1000 ml + 705 ml = 1l 705ml + 330 ml 1705 ml Cuba konstruk masalah operasi tambah yang melibatkan perpuluhan bercampur dalam liter dan mililiter. dalam l dan ml ? Penyelesaian: 1375 ml Mula-mula tukarkan 3.3 l = 3.3 X 1000 ml = 330 ml Oleh itu.3 l kepada 330 ml: 1 l = 1000 ml 3. Rozie pula telah menggunakan 3.A s a s U k u r a n |202 Aktiviti 10.3 l air untuk membancuh air sirap.

4 Operasi tolak melibatkan perpuluhan bercampur dalam liter 1. Contoh soalan: Terdapat 15 l air dalam sebuah tangki.3 l air untuk memasak nasi.3 l 5.5. Berapakah isi padu air yang tinggal dalam tangki tersebut.3 l + 2. Puan Aminah telah menggunakan 3.6 l Oleh itu.0 l . Guru memberikan contoh masalah operasi tolak yang melibatkan perpuluhan bercampur dalam liter.6 l 9.5 l air untuk membasuh pinggan dan 3.15 l . Berapakah isi padu sebenar air dalam tangki tersebut.3l air untuk membasuh pinggan dan 2.4 l Aminah telah menggunakan 2.203| O p e r a s i D a l a m I s i P a d u C e c a i r Operasi Tolak Aktiviti 10.75l air untuk memasak nasi. Isi padu air yang tinggal dalam tangki tersebut ialah 5. isi padu air yang tinggal ialah: 15. dalam l? Penyelesaian: Mula-mula tentukan isi padu air yang telah digunakan oleh Puan Aminah: 3. dalam l ? .

Cawan merah pula mengandungi 23. Contoh soalan: Terdapat 11.2 ml air.A s a s U k u r a n |204 Aktiviti 10. Apakah beza isi padu air yang diminum oleh mereka ? .5 Operasi tolak melibatkan perpuluhan bercampur dalam mililiter 1.5 ml air dalam cawan biru.11.3 ml .3 ml air.5 ml 11. Milah pula minum 16.8 ml Sarah minum 22. Guru memberikan contoh masalah operasi tolak yang melibatkan perpuluhan bercampur dalam mililiter.7 ml air. Berapakah beza isi padu air ? Penyelesaian: Beza isi padu air ialah: 23.

5 l air dalam sebuah bekas.6 Operasi tolak melibatkan perpuluhan bercampur dalam liter dan mililiter 1.3 l air untuk membancuh air sirap. isi padu air yang tinggal ialah: 1150 ml . Kamal telah menggunakan 375 ml untuk membancuh air oren.5l = 1150 ml Isi padu air yang telah digunakan oleh Kamal dan Rozie: 375 ml + 330 ml 705 ml Oleh itu. Contoh soalan: Terdapat 11. Guru memberikan contoh masalah operasi tolak yang melibatkan perpuluhan bercampur dalam liter dan mililiter. Kamal telah menggunakan 375 ml untuk membancuh air oren.205| O p e r a s i D a l a m I s i P a d u C e c a i r Aktiviti 10.705 ml 445 ml Terdapat 11. Berapakah jumlah isi padu air yang tinggal dalam bekas itu? Penyelesaian: * Ingat kembali pertukaran unit yang telah dipelajari sebelum ini: 3.3 l = 330 ml dan 11. Rozie pula telah menggunakan 3. Berapakah jumlah isi padu air yang tinggal dalam bekas itu? .5 l air dalam sebuah bekas.

7 Operasi darab melibatkan perpuluhan bercampur menggunakan nombor satu digit 1. Berapakah isi padu susu.A s a s U k u r a n |206 Operasi Darab Aktiviti 10. dalam l ? . Mei Ling membeli 6 kotak manakala Susan membeli 7 kotak.625 l Rahman membeli 3 botol jus oren yang mana setiap botol mengandungi 1750 ml .25 l Susan membeli 7 kotak: 375 ml X 7 kotak = 2625 ml Tukar kepada l: bahagi 1000 (ingat kembali pelajaran yang lepas) 2625 ml 1000 = 2. Guru memberikan contoh masalah operasi darab yang melibatkan perpuluhan bercampur menggunakan nombor satu digit. Contoh soalan: Isi padu satu kotak susu segar ialah 375 ml. Berapakah jumlah isipadu jus oren. dalam l yang telah dibeli oleh: a) Mei Ling ? b) Susan ? Penyelesaian: Mei Ling membeli 6 kotak: 375 ml X 6 kotak = 2250 ml Tukar kepada l: bahagi 1000 (ingat kembali pelajaran yang lepas) 2250 ml 1000 = 2.

Guru memberikan contoh masalah operasi bahagi yang melibatkan perpuluhan bercampur menggunakan nombor satu digit.8 Operasi bahagi melibatkan perpuluhan bercampur menggunakan nombor satu digit 1.83l = 7830 ml 1 kotak susu cokelat isi padunya ialah: 7830 ml 5 = 1566 ml Ibu membeli 3 peket minyak yang jumlah isi padunya ialah 3. Nyatakan dalam ml .207| O p e r a s i D a l a m I s i P a d u C e c a i r Operasi Bahagi Aktiviti 10. Contoh soalan: Ibu Ali telah membeli 5 kotak susu cokelat yang jumlah isi padunya ialah 7. Nyatakan dalam ml .68l. apakah isi padu minyak dalam setiap peket ? .83 l. apakah isi padu susu cokelat dalam setiap kotak ? Penyelesaian: * Ingat kembali pertukaran unit yang telah dipelajari sebelum ini: 5 kotak susu cokelat isi padunya ialah : 7.

Apakah isi padu air oren yang terdapat dalam jag kecil tersebut.5 X 1000 ml = 2500 ml daripada 2500 ml : X 2500 ml = 1875 ml Cuba konstruk masalah seperti yang diberikan di atas.5 l Maka. dalam ml ? Penyelesaian: Tukarkan dahulu 2. Guru memberikan contoh masalah menghitung isi padu daripada satu situasi yang dinyatakan dalam pecahan. Dia telah menuangkan ¾ daripadanya ke dalam sebuah jag yang lebih kecil.9 Menghitung isi padu cecair daripada satu situasi yang dinyatakan dalam pecahan 1.5 l air oren. Contoh soalan: Ramlah telah membancuh 2. . = 2.5 l kepada ml : 2.A s a s U k u r a n |208 Aktiviti 10.

Isi padu cecair 2. Terdapat pelbagai istilah yang diperkenalkan dalam unit ini seperti: o Lebih sedikit daripada o Lebih banyak daripada o Kurang daripada o Sama banyak  Bagi memperolehi sukatan yang tepat.  Simbol bagi liter ialah ”l” dan simbol bagi mililiter pula ialah ”ml”. dua unit piawai iaitu liter dan mililiter digunakan.  Perkaitan antara unit literdan mililiter adalah: 1 l = 1000 ml KATA KUNCI 1. Sama banyak .209| O p e r a s i D a l a m I s i P a d u C e c a i r RUMUSAN  Isi padu cecair adalah banyaknya cecair dalam sesuatu bekas.  Pelajar diperkenalkan dengan konsep isi padu cecair dengan menggunakan aktiviti perbandingan. Kapasiti 3.

A s a s U k u r a n |210 PETA KONSEP . Tolak. Darab & Bahagi (l dan ml) SELESAI MASALAH HARIAN SUKAT CECAIR SUKAT DAN TULIS GUNA DAN PELBAGAI PERBENDAHARAAN KATA ISI PADU CECAIR .1 ISI PADU CECAIR PENGENALAN TAHAP 1 TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 GUNA UNIT RELATIF UKUR GUNA UNIT BUKAN PIAWAI KENAL ml & l TULIS ml & l ANGGAR ISI PADU CECAIR TUKAR UNIT l. ml OPERASI ASAS Tambah.

Darab & Bahagi (kg dan g) km & m .2 ISI PADU CECAIR PENGENALAN TAHAP 2 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 PERKAITAN ANTARA UNIT UKUR GUNA UNIT PIAWAI PERKAITAN ANTARA UNIT TIMBANG DAN BANDING GUNA DAN APLIKASI KIRAAN PECAHAN KEPADA MASALAH HARIAN MELIBATKAN ISI PADU CECAIR OPERASI ASAS & SELESAI MASALAH HARIAN Tambah.211| O p e r a s i D a l a m I s i P a d u C e c a i r PETA KONSEP . Tolak. Darab & Bahagi (kg dan g) OPERASI ASAS & SELESAI MASALAH HARIAN Tambah. Tolak.

dalam ml.air yang perlu diisi lagi 8 supaya bekas itu penuh ? 250 ml Rajah 2 3. dalam l . Shantini membeli sebotol minuman yang berisi padu 2l.Isi padu air dalam sebuah bekas adalah 5 daripada isi padu penuh bekas tersebut. Semua cecair tersebut dicampurkan dan kemudian diisi sama banyak ke dalam tiga buah bikar. bagi setiap bikar itu? ½l 120 ml 70 ml Rajah 1 ¾l 2. Anggarkan baki isi padu air. Berapakah kandungan cecair tersebut. dalam botol itu.A s a s U k u r a n |212 PENILAIAN KENDIRI 1. . Rajah 2 menunjukkan isi padu air di dalam sebuah bekas. Dia menuang air itu ke dalam lima biji gelas supaya setiap satu mempunyai isi padu antara 240 mlhingga 275 ml. Rajah 1 di bawah menunjukkan isi padu cecair yang terdapat dalam empat buah bekas. Berapakah isi padu. dalam ml.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Textbook. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). (2006).org/cyberchase/games/liquidvolume/liquidvolhttp://www. Kuala Lumpur: Aras Mega Sdn. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2.com/JIMSMeasurementpage. (2004). Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yook Lean. Wan Yusof Wan Ngah. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Wan Yusof Wan Ngah. Marzita Puteh & Santhi Periasamy. Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 3 Textbook Part 2. Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Wang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://jmathpage. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Khairuddi Yahya. Marzita Puteh. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Teachers’ Handbook. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Abdul Razak Saleh & Rabiyah Fakir Mohd. (2007).html http://pbskids.com/watch?v=iPkZlce84ag . Ukuran dan Sukatan untuk Sekolah Rendah. Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Bhd. Mohamad Khairuddi Yahya. Wan Yusof Wan Ngah. Rosli Maun & Haslina Jaafar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Santhi Periasamy. Santhi Periasamy. (2010). (1998). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzita Puteh. Mohamad Khairuddi Yahya.youtube. Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. (2006). Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2. Bahagian Pendidikan Guru. (2005). Isa. Bhd. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Textbook.213| O p e r a s i D a l a m I s i P a d u C e c a i r RUJUKAN Abdul Razak Othman. Marzita Puteh. Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. Mohamad Khairuddi Yahya. (2004). Daud Zakaria & Abdullah Md.Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4 Teachers’ Handbook. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. (2011). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Khairuddi Yahya. Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 5 Teachers’ Handbook. (2007).

.my No. Tel : 019-3581115 Berkenaan naskhah buku.upsi.Sila Hubungi : Profesor Dr. Marzita Puteh Emel : marzita@fsmt.edu.

Asas Ukuran M O D U L .