You are on page 1of 68

ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER (ADHD)

DR. MOHD ANUAR BIN ABDULLAH


UNIT PENDIDIKAN KHAS JAB. ILMU PENDIDIKAN IPGM KAMPUS IPOH

DEFINISI

Satu bentuk gangguan kurang tumpuan, impulsif/hiperaktif yang mana lebih kerap dan teruk daripada pemerhatian yang dibuat ke atas individu mengikut perkembangan. (American Psychiatric Association, 2000, p.78)

Karektor ADHD
Karektor

Kognitif Karektor Akademik Karektor Sosial dan Emosi Karektor Tingkah Laku

Karektor Kognitif
Barkley (1997) : mengutarakan bahawa kekurangan utama bagi individu yang yang menhidapi ADHD adalah tidak berkaitan dengan tumpuan sepenuhnya. Ia adalah satu penyekatan tingkah laku (behaviour inhibitation) dan masalah kawalan diri yang berkaitan dengan faktorfaktor neurologi.

Kanak-kanak ADHD bukannya tidak boleh memberi tumpuan, tetapi mereka tidak boleh mengawal ke mana tumpuan mereka harus diarahkan atau bagaimana kerap tumpuan mereka bertukar kepada perkara lain. Dalam penerangan yang lebih teknikal, individu ADHD ini gagal untuk membangunkan executive function iaitu aktiviti mental untuk membantu mereka mengawal tingkah laku.

Oleh itu, Barkley (1997), mencadangkan bahawa executive function dibahagikan kepada 4 aktiviti mental iaitu:
Ingatan Kerja (Working Memory) Ucapan Arahan Kendiri (Self Directed Speech) Mengawal Emosi dan Motivasi Pembentukan Semula (Reconstitution)

1. Ingatan Kerja (Working Memory)

Aktiviti mental ini membolehkan individu untuk mengingat tugas yang diberikan dan berapa banyak masa yang diberikan kepada mereka untuk menyiapkan tugas. Ia juga membantu individu untuk belajar dari kesilapan lepas. Contoh: bagi kanak-kanak normal, sekiranya seseorang pelajar pernah ditegur oleh gurunya kerana bangun dari kerusi, maka kanak-kanak normal ini akan mengingati arahan atau kata-kata guru tersebut apabila mereka ingin bangun dari tempat duduk. Walaubagaimanapun, bagi kanak-kanak ADHD berkemungkinan tidak boleh mengingat arahan guru dan akan bangun dari tempat duduk semula.

2. Ucapan Arahan Kendiri (Self Directed Speech)


Aktiviti mental ini dipanggil self talk iaitu bercakap dengan diri sendiri. Ia merupakan satu mekanisma yang digunakan pelajar untuk mengingat kembali tentang bagaimana mereka melakukan sesuatu tugas, menyelesaikan masalah dan mengikut peraturan. Ucapan arahan kendiri ini merupakan satu suara kecil di dalam kepala seseorang yang menyebabkan seseorang berfikir tentang sesuatu topik.

3. Mengawal Emosi dan Motivasi


Aktiviti mental ini mengenepikan kekecewaan atau lain-lain emosi dengan tujuan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ia juga melibatkan proses menjana emosi secara dalaman. Sebahagian kanak-kanak ADHD tidak boleh mengawal emosi mereka dan berdepan dengan tugas-tugas yang mengecewakan.

4. Pembentukan Semula (Reconstitution)


Aktiviti mental ini merujuk kepada keupayaan untuk menganalisis apa yang diperhatikan dan untuk menggabungkan beberapa bahagian untuk melaksanakan satu tindakan baru. Membolehkan guru mengajar pelajar dengan kemahiran utama.

Contoh:

Kanak-kanak normal boleh belajar untuk membuat sebahagian ayat, dan mereka juga boleh menulis ayat yang lebih panjang, menambah kata adjektif, kata nama di dalam ayat dan kanak-kanak ini boleh mengenali banyak konteks ayat. Manakala bagi pelajar ADHD, secara akademik dan tingkah laku mempunyai kesukaran dengan aktiviti ini. Mereka tidak boleh mengenali persamaan satu tugas akademik dengan yang lain atau mereka tidak menyedari peraturan bilik darjah adalah sama dengan peraturam dalam kantin.

Karektor Akademik

Karektor akademik bagi pelajar ADHD adalah berbeza di antara satu sama lain. Sebagai contoh: sebahagian pelajar ADHD gifted atau berbakat yang mana guru perlu membantu pelajar ini untuk memfokuskan diri kepada keupayaan unik masing-masing. Sekiranya pelajar-pelajar ADHD ini mendapat intervensi awal yang efektif, mereka boleh berjaya di sekolah.

Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar ADHD menghadapi kesukaran untuk mengikuti struktur dan peraturan sekolah dan oleh kerana itu, pencapaian akademik mereka adalah rendah.
Bagi sesetengah pelajar ADHD, konsep kendiri akademik adalah satu faktor penyumbang yang penting. Apabila pelajar melihat diri mereka tidak boleh berjaya dalam akademik, maka mereka akan lebih suka untuk tidak mencuba dan berkelakuan yang boleh menyebabkan kegagalan akademik. Tetapi sekiranya pelajar ADHD ini berjaya membangunkan konsep kendiri akademik yang positif, maka mereka akan berpeluang untuk berjaya dalam akademik.

Karektor Sosial dan Emosi

Karektor sosial dan emosi melihat kepada dua perkara iaitu: i. Self Esteem ii. Sosial

i. Self Esteem

Definisi : anggapan atau penghargaan secara keseluruhan seseorang terhadap dirinya sendiri. Bagi pelajar ADHD tidak dapat dipastikan sama ada mereka mempunyai self esteem yang positif atau negatif. Slowkowski, Klein & MAhhnuzza, 1995: mendapati bahawa pelajar ADHD mempunyai self esteem yang lebih rendah berbanding kanakkanak normal yang sebaya dengan mereka. Bussing, Zima, Bekn & Forness, 2000 : mendapati bahawa self esteem untuk kanakkanak ADHD ini adalah sama.

ii. Sosial

Pelajar ADHD biasanya berdepan dengan cabaran dalam menyesuaikan diri dengan kehendak sekolah dan rumah. Contoh: Pelajar ADHD ini mungkin tidak menyedari bahawa mereka perlu berkelakuan berbeza dalam situasi sosial yang berbeza. Mereka mungkin tidak menyedari yang mana ada cara-cara tertentu untuk bertindak apabila berada di sekolah iaitu tingkah laku bercakap dengan guru adalah berbeza degan tingkah laku bermain dengan kawan-kawan di padang.

Pelajar-pelajar ADHD tidak dapat menilai keupayaan sosial mereka. Dan biasanya mereka cenderung untuk terlebih dalam menganggar keupayaan sosial mereka. Pelajar-pelajar ADHD ini juga menghadapi masalah dalam mewujudkan dan mengekalkan persahabatan.

Karektor Tingkah Laku


Masalah tingkah laku bagi kanak-kanak ADHD adalah berbeza. Pelajar ADHD (hiperaktif-impulsif), biasanya mempunyai masalah tingkah laku di sekolah. Bagi pelajar ADHD (kurang tumpuan), mungkin tidak mempunyai banyak simptom tingkah laku, tetapi mereka mungkin mengganggu bilik darjah dan memerlukan bantuan guru untuk terus menumpukan perhatian kepada kerja mereka.

Agresif
Satu jenis kelakuan bagi pelajar ADHD (impulsif dan hiperaktif) adalah agresif. Kanak-kanak ADHD adalah lebih agresif daripada kanak-kanak normal. Kanak-Kanak kecil yang menghidapi ADHD dan bertindak agresif akan mengakibatkan masalah di sekolah kelak.

Lain-Lain Karektor Tingkah Laku


Gagal untuk membuat kesilapan yang sedikit dalam kerja sekolah. Gagal untuk menyiapkan kerja sekolah. Gagal untuk mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Kesukaran untuk mengorganisasi tugas dan aktiviti. Pengelakan, ketidaksukaan, keengganan untuk terlibat dalam sebarang tugas yang memerlukan usaha mental seperti kerja sekolah/kerja rumah.

Bagaimana Individu ADHD Dikenalpasti

Bagaimana pelajar ADHD menerima pendidikan mereka bergantung kepada banyak pembolehubah termasuk bila mereka didiagnosis, sama ada mereka layak menerima perkhidmatan untuk pendidikan khas dan sebagainya. Terdapat beberapa kaedah penilaian yang dapat dilakasanakan bagi mengenal pasti kanak-kanak ADHD. Antara kaedah penilaian tersebut adalah: Rujukan awal Penilaian (Perubatan dan Ujian Pencapaian Berterusan) Penilaian ibubapa Penilaian guru dan sekolah Pembezaan antara pelajar pintar cerdas dan ADHD

a. b. c. d. e.

Rujukan Awal

Sesetengah ibubapa telah berbincang dengan pakar tentang tingkah laku anak-anak mereka sejak awal lagi. Para pelajar juga telah didiagnosis dan disahkan mempunyai tingkah laku ADHD sejak awal persekolahan lagi.

Walaubagaimanapun, rujukan awal keatas pelajar mula dikesan hanya apabila timbulnya permasalahan apabila pelajar berhadapan dengan struktur dan keperluan asas sekolah. Apabila pelajar ini telah berhadapan dengan kesukaran dengan peraturan sekolah, ibubapa baru menyedari dan merujuk pada doktor bagi memeriksa anak mereka.

Penilaian

a. b. c. d. e.

Terdapat beberapa penilaian yang boleh dilakukan bagi mengesan samada pelajar menghidap ADHD atau tidak. Antara kaedah penilaian: Penilaian melalui perubatan Penilaian ibubapa Penilaian guru dan sekolah Pembezaan antara pelajar ADHD dan pintar cerdas Kelayakan

Penilaian Melalui Perubatan

Sebagai permulaan untuk menilai pelajar yang menghidap ADHD, pakar akan mengabaikan masalah-masalah lain yang secara kasar dapat mengesahkan ciri-ciri ADHD yang ada pada pelajar. Doktor atau pakar akan bertanya pada ibubapa tentang perkembangan kanak-kanak dalam tempoh kandungan dan juga sejarah perkembangan kanak-kanak.

a.

b. c. d.

e.
f.

Antara contoh soalan yang diajukan pada ibubapa: Bila kali pertama, anda mula menyedari anak anda mempunyai tingkah laku berlainan dengan kanakkanak lain? Bagaimana pencapaian anak anda di sekolah? Adakah antara ahli keluarga anda yang mempunyai sejarah menghidap ADHD? Dalam situasi yang bagaimana anda dapati anak berhadapan dengan masalah tingkah laku? Di rumah? Di Sekolah? Cara yang anda rasakan berkesan dalam mendisiplinkan anak anda? Kecenderungan anak anda?

Persoalan-persoalan ini adalah untuk mengenal pasti samada kanak-kanak mempunyai kriteria ADHD. Bagi mendapatkan kefahaman yang lebih baik, pakar juga akan bertanya pada kanak-kanak. Biasanya persoalan akan berkait dengan tentang persepsi mereka tentang masalah yang telah dialami dan apa yang menjadi punca kepada masalah tersebut. Doktor akan menyalur dan menyelaraskan maklumat yang telah diperolehi daripada ibubapa dan kanakkanak dengan input daripada guru.

Penilaian Ibubapa

Sekiranya kanak-kanak bakal dinilai dan di taksir untuk mengenal pasti ciri-ciri ADHD, ibubapa akan menyediakan maklumat yang kritikal dalam menyalurkan maklumat kepada pihak profesional. Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat daripada pihak ibubapa ini kaedah penyoalan dan temuduga boleh dilakukan. Ini kerana maklumat daripada ibubapa akan dapat melengkapkan semua skala persoalan tingkah laku pelajar dan seterusnya dapat membantu dalam mengenal pasti ADHD.

Penilaian Guru dan Sekolah

Guru adalah insan yang paling rapat dalam kehidupan kanakkanak selain daripada ibubapa. Kebanyakan pelajar didapati mempunyai ciri ADHD apabila mula berada dalam alam permulaan persekolahan.

Ini kerana, guru dan pelajar banyak meluangkan masa bersama-sama setiap hari.
Guru menyediakan perspektif yang bernilai terhadap fungsi pelajar dalam persekitaran sekolah dan guru senantiasa menyediakan senarai tingkah laku harian yang sama seperti senarai yang diberikan oleh ibubapa.

Setelah pakar dapat senarai tingkah laku daripada ibubapa dan juga guru, maklumat itu boleh digunakan dalam proses diagnosis. Pakar juga boleh memutuskan sebarang percanggahan maklumat antara ibubapa dan guru terutama mengenai persepsi terhadap pelajar.

Guru juga menyediakan bentuk-bentuk maklumat lain berhubung dengan pelajar mereka yang berkemungkinan ada ADHD.
Selain itu, guru juga mampu menyediakan data dan sampel-sampel kerja pelajar yang menggambarkan perhatian pelajar dengan lebih terperinci, kebolehan pelajar untuk menyiapkan kerja dan mematuhi arahan.

Pembezaan Antara Pelajar Pintar Cerdas & ADHD

Pembezaan antara pelajar pintar cerdas dan pelajar ADHD ini juga merupakan salah satu penilaian bagi mengenal pasti pelajar ADHD. Ini kerana, pada kebiasaannya kekeliruan antara pelajar pintar cerdas dan ADHD sering berlaku. Dengan membezakan antara kedua pelajar ianya akan dapat mengenal pasti pelajar ADHD.

Kekeliruan berlaku disebabkan oleh banyak pertindihan tingkah laku keduanya. Sebagai contoh: impulsif, perhatian cepat beralih dan sukar mengikut peraturan.

Meskipun demikian, menurut Webb & Latimer (1993), kedua-dua jenis pelajar meskipun sama namun mereka tidak serupa. Wujud juga beberapa perbezaan kedua jenis pelajar ini.
Bagi pelajar yang mengalami ADHD, mereka tidak dapat memberikan tumpuan penuh hampir dalam kesemua situasi. Manakala bagi pelajar pintar cerdas, tumpuan mereka akan terganggu hanya apabila situasi tertentu benar-benar membosankan mereka.

Ciri-ciri impulsif juga menggambarkan tingkah laku pelajar ADHD, tetapi bagi pintar cerdas it often is a signal that good judgement is lagging behind intellectual development. Pelajar ADHD juga tidak dapat patuhi peraturan disebabkan oleh ketidakupayaan mereka mengawal tingkah laku mereka. Manakala bagi pelajar pintar cerdas mereka tidak dapat mematuhi peraturan disebabkan oleh kelebihan mereka dalam mempersoalkan peraturan-peraturan dan cuba membuat peraturan mereka sendiri.

Kelayakan

Keputusan terhadap pelajar samada menghidap ADHD atau tidak semuanya dilakukan oleh pakar. Sekiranya pelajar adalah adalah ADHD, maka doktor @ pakar akan berbincang dengan ibubapa dan mencadangkan bentukbentuk intervensi dan rawatan kepada pelajar. Ibubapa dan doktor akan mengikuti perkembangan pelajar.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan menentukan samada pelajar ini mempunyai ADHD @ tidak.
Jika ada ADHD maka pelajar akan dipastikan terlebih dahulu samada prestasi mereka boleh menjejaskan pencapaian sekolah. Sekiranya pelajar ADHD ini boleh menjejaskan sekolah, maka pihak sekolah boleh mengisytiharkan pelajar ADHD ini sebagai layak menjalani sistem pendidikan bekeperluan khas.

Punca ADHD
ADHD

berpunca daripada 2 faktor di bawah: Faktor

Psikologikal Faktor Persekitaran

Faktor Psikologikal
Faktor

Psikologikal boleh dibahagikan kepada 4 perkara iaitu: Faktor

Otak Faktor Neurotransmitter-Dopamine Faktor Baka Faktor Perubatan dan Toksin

1. Faktor Otak

Saintis telah menemui 3 bahagian dalam otak iaitu : 1. Prefrontal Cortex 2. Basal Ganglia 3. Cerebellum Pengkaji telah membuat satu penemuan di mana saiz bagi setiap bahagian tersebut adalah lebih kecil bagi individu ADHD berbanding individu normal. Secara lebih spesifik, individu ADHD mempunyai otak yang lebih kecil menunjukkan bahawa kekurangan dalam aktiviti metabolik dan kurang reaksi untuk mensimulasi ke dalam otak.

2. Faktor NeurotransmitterDopamine

Nerotransmitter adalah satu bahan kimia yang membantu dalam menyampaikan mesej di antara neuron di dalam otak. Pengkaji telah mengenalpasti dopamine iaitu satu bahan kimia di dalam otak yang menjadi faktor utama kepada masalah ADHD. Bukti menunjukkan bahawa tahap dopamine yang terlalu rendah dalam frontal cortex, akan mengganggu executive function dan jika tahap dopamine terlalu tinggi dalam basal ganglia akan menyebabkan hiperaktif dan impulsif.

3. Faktor Baka

Kebanyakan saintis bersetuju bahawa faktor baka atau keturunan menyumbang kepada ADHD. Pengkaji telah mengkaji tentang karektor ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang terdekat dengan individu yang mengalami ADHD. Hasilnya, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang menghidap ADHD adalah berpeluang untuk menghidap ADHD 3 kali berbanding kanak-kanak lain.

4. Faktor Perubatan dan Toksin

Toksin- agen yang boleh menyebabkan kecacatan dalam perkembangan fetus bagi ibu-ibu mengandung. Pendedahan kepada alkohol dan tembakau bagi ibu-ibu mengandung mempunyai potensi yang tinggi untuk menghidap ADHD.

5. Faktor Persekitaran

Faktor ini juga dilihat menjadi penyumbang utama kepada ADHD. Sebagai contoh: Sekiranya seorang kanak-kanak ADHD dibesarkan di rumah yang mempunyai peraturan yang jelas dan tingkah laku yang sesuai sangat ditekankan, maka kanak-kanak tersebut akan menunjukkan ciri-ciri ADHD yang sederhana. Faktor persekitaran bagi ADHD ialah kecederaan otak. (Lohey & Rowland, 1999) Kecederaan otak mungkin berlaku semasa pra natal apabila ibu mengandung merokok, minum alkohol dan menggunakan dadah. Ia juga boleh berlaku semasa kelahiran, dimana bayi alami kekurangan oksigen. Kecederaan otak juga boleh disebabkan oleh demam panas.

Bagaimana Individu ADHD Menerima Pendidikan Mereka


1.

Kanak-Kanak Awal Kanak-kanak seawal usia 2 tahun boleh dikenalpasti menghidapi ADHD. Kesukaran wujud dalam membuat diagnosis yang tepat pada usia awal kanak-kanak kerana :i. Alat penilaian formal biasanya tidak direkabentuk untuk kanak-kanak kecil. ii. Perkembangan yang berbeza di kalangan kanakkanak. iii. Sesetengah kelakuan ADHD mungkin sesuai bagi kanak-kanak yang baru belajar dan kanak-kanak prasekolah.

Bagi kanak-kanak awal yang menghidapi ADHD biasanya mengalami simptom berikut:

Mengalami masalah tidur Kesukaran untuk mengikut giliran/berkongsi Lebih banyak berlaku kemalangan dari yang dijangka Ketidakupayaan untuk kekal atau bertahan terhadap sesuatu perkara walaupun untuk beberapa minit. Kesukaran untuk mengikut arahan. Mengulangi contoh-contoh yang tidak sesuai seperti menceroboh kawasan orang lain. Pelupa

Bagi kanak-kanak awal yang menghidapi ADHD, maka intervensi awal sangat diperlukan.
McGoey et al., 2002 : mendapati bahawa walaupun rawatan, latihan keibubapaan, intervensi tingkah laku adalah efektif, namun persekitaran berstruktur yang menekankan kepada maklum balas yang cepat dan konsisten dengan umur (peluang untuk bermain dengan permainan tertentu) adalah digalakkan di bilik darjah.

2. Perkhidmatan sekolah menengah dan rendah

Pelajar-pelajar ADHD menerima pendidikan berdasarkan kepada keperluan mereka. Di Malaysia, pelajar ADHD belajar di sekolah rendah dan menengah biasa di bawah Program Integrasi iaitu mereka belajar di dalam satu kelas bersama dengan kanakkanak keperluan khas yang lain dan masih terletak di bawah satu sekolah yang sama dan bercampur dengan pelajar normal.

3. Transisi dan Kedewasaan Menurut Robin, 1998: sebanyak 50-80% pelajar yang didiagnosis menghidapi ADHD di sekolah rendah atau sebelumnya akan berterusan sehingga ke usia remaja. Dan 70% daripada pelajar-pelajar ini akan terus menghidapi ADHD sehingga dewasa.

Ciri-Ciri ADHD bagi Orang Dewasa

Kebanyakan orang dewasa dengan ADHD adalah bercelaru dan impulsif dengan kemahiran kerja Cenderung untuk menjadi kacau bilau, tidak sabar dan mudah bosan. Kerap kehilangan harta milik sendiri. Kesukaran untuk membentuk sebarang ikatan Menukar kerja secara kerap.

Amalan Pendidikan Untuk Pelajar ADHD

Pendidikan untuk profesional dan ibubapa. Sokongan persekitaran.


Intervensi tingkah Laku

Amalan Pendidikan dan Pelajar ADHD

Salah satu keperluan pertama untuk mendidik kanak-kanak ADHD ini ialah dengan mendidik ibubapa oleh guru untuk memahami dan membangunkan strategi yang efektif.

Terbahagi kepada 2: Pendidikan ibubapa Pendidikan profesional

Pendidikan Ibubapa

Ibubapa perlu mengetahui tentang kemahiran menguruskan tingkah laku, bagaimana untuk menetapkan tanggapan dan had, mencipta satu sistem disiplin yang efektif-peneguhan positif dan negatif, membangunkan strategi untuk menangani masalah tingkah laku yang serius dan mengenal pasti kekuatan kanak-kanak untuk membina self-esteem.

Ibubapa juga harus belajar teknik untuk menguruskan tekanan dan kemarahan, membuat satu strategi untuk membantu anakanak mereka menjalin persahabatan dan ibubapa perlu mengetahui kemahiran untuk bekerjasama dengan kakitangan sekolah anakanak mereka. Ibubapa juga perlu mengemaskini maklumat tentang ADHD seperti prosedur rawatan dan penilaian yang bersesuaian.

Pendidikan Profesional

Pengkaji berpendapat adalah perlu bagi guru untuk membangunkan satu sistem komunikasi sekolah-rumah yang efektif, membuat satu peraturan bilik darjah yang bersesuaian dan sistem pengurusan tingkah laku. Guru juga perlu memberi maklum balas secara senyap terhadap tingkah laku pelajar ADHD yang mengganggu kelas atau mengabaikan pelajar bila perlu.

Sokongan Persekitaran

Berperanan untuk menyusun setiap set pembelajaran supaya ia dapat menyokong pelajar-pelajar ADHD. Ruang fizikal bilik darjah harus disusun dan bebas dari gangguan. Pelajar harus dapat bekerja tanpa mengganggu rakan-rakan lain. Guru harus memberitahu dan mengikut rutin bilik darjah. Sekiranya ada perubahan dalam jadual, pelajar ADHD harus diberitahu tentang perubahan itu.

Guru perlu membuat satu arahan yang membolehkan pelajar bergerak. Sebagai contoh, murid perlu berdiri atau bertepuk tangan ketika memberikan jawapan.

Intervensi Tingkah Laku

Kebanyakan pelajar ADHD boleh diajar menggunakan strategi ini untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai.

Berikut merupakan intervensi tingkah laku: Ganjaran. Strategi penglibatan yang rendah. Token ekonomi.

Ganjaran

Ganjaran terhadap tingkah laku yang bersesuaian adalah intervensi tingkah laku yang biasa. Tingkah laku yang bersesuaian: Berinteraksi dengan orang lain dengan bersopan. Mengikut peraturan bilik darjah. Menyiapkan kerja sekolah. Berhenti bila diarahkan oleh guru dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Mengikut arahan.

Pelajar akan menunjukkan tingkah laku yang betul untuk memperolehi ganjaran. Peringatan: Sebagai guru kita harus menggunakan keduadua komunikasi ganjaran dan pujian. Kedua-dua ini harus diberikan kepada tingkah laku yang dapat membantu pelajar ADHD (menyiapkan kerja) daripada memberikan penghargaan terhadap tingkah laku seperti tidak bangun dari tempat duduk.

Strategi Penglibatan yang Rendah

Bagi pelajar ADHD, guru boleh memberhentikan tingkah laku yang tidak sesuai apabila tingkah laku tersebut baru bermula. Contoh: Ali baru hendak bercakap dengan rakan disebelah. Sebagai guru buat eye-contact dengan Ali supaya Ali berhenti bercakap. Sekiranya tidak berkesan, guru perlu bergerak ke meja Ali dan berdiri disebelah meja Ali, meletakkan tangan di atas bahu Ali sekiranya perlu untuk mendapatkan perhatian dari Ali.

Bagi sesetengah pelajar, guru mungkin memerlukan isyarat peribadi. Contoh: Sekiranya Fauziah bercakap terlalu kuat dalam perbincangan kumpulan, dua ketukan di atas meja Fauziah boleh digunakan sebagai peringatan. Sekiranya masih berterusan, guru perlu meminta Fauziah untuk berhenti dan mencipta satu arahan baru seperti meminta Fauziah menolong guru membuat kerja.

Walaupun strategi penglibatan yang rendah ini tidak mungkin efektif kepada semua pelajar ADHD, tetapi ia boleh mengurangkan jumlah masa yang dihabiskan oleh guru untuk mengawal tingkah laku pelajar dengan lebih menumpukan kepada P&P.

Token Ekonomi

Token ekonomi adalah sistem dalam kelas yang memberi ganjaran pada pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang sepatutnya.

Guru memberi pelajar token fizikal seperti sticker dan point (mata ganjaran) bagi tingkah laku yang sepatutnya.
Token tersebut boleh ditebus apabila mencapai tahap tertentu.

Langkah-langkah untuk Melaksanakan Token Ekonomi


Kenal pasti tingkah laku pada setiap pelajar yang boleh memperolehi kredit @ markah. Tentukan matawang bilik darjah. Tentukan nilai bagi setiap tingkah laku sasaran. Memutuskan ganjaran yang boleh diperolehi pelajar. Tentukan harga belian bagi setiap ganjaran. Menerangkan ekonomi pada pelajar. Membuat satu cara yang sistematik bagi pelajar untuk menukar matawang ke atas ganjaran.

Strategi Pengajaran untuk Guru-Guru

Padankan kelebihan dengan keperluan para pelajar agar penyesuaian diri dapat dibuat.

a.

Antara cadangan-cadangan untuk penyesuaian diri:


Bagi pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian 1. Dudukkan pelajar di kawasan yang senyap, dekat dengan pelajar yang bertingkah laku yang baik. 2. Jarakkan setiap meja 3. Beri masa tambahan untuk pelajar siapkan sesuatu tugasan 4. Beri tugasan yang ringkas sahaja dan sesuai dengan daya fokus pelajar 5. Pecahkan tugasan yang panjang kepada sub topik kecil untuk membolehkan pelajar melihat pengakhiran tugasannya 6. bantu pelajar dalam menetapkan matlamat jangka pendek

7. 8. 9. 10. 11. 12.

Tugasan yang diberi janganlah berlebihan (kurangkan jumlah tugasan) Arahkan pelajar untuk mengurus penyesuaian diri dengan memberi arahan berbentuk klu. Selaraskan arahan bertulisan dengan arahan lisan. Berikan arahan yang ringkas dan jelas. Cari peluang untuk melibatkan pelajar dalam P&P. Menggunakan isyarat peribadi bagi memberi klu kepada pelajar agar melakukan tugasan secara berterusan.

b.

Impulsif 1. Abaikan tingkah laku minor yang tidak sesuai. 2. Tingkatkan peneguhan berbentuk peneguhan. 3. guna prosedur time-out untuk tingkah laku yang tidak diingini. 4. Perhatikan pelajar secara dekat terutama dalam tempoh peralihan antara setiap mata pelajaran. 5. Berhati-hati dalam memberi teguran kepada tingkah laku yang tidak diingini pelajar ini. Elakkan kritikan dan membebel. 6. Lahirkan tingkah laku positif melalui puji-pujian dan lain-lain. 7. Dudukkan pelajar bersebelahan dengan guru. 8. panggil pelajar hanya apabila dia mengangkat tangan dengan cara yang betul. 9. Puji apabila dia mengangkat tangan dan dapat menjawab dengan betul.

c. Aktiviti Motor 1. 2. 3. 4. 5. Benarkan pelajar berdiri semasa membuat kerja. Sesuaikan kemudahan untuk seat breaks seperti perjalanan dekat untuk mengambil sesuatu. Berikan masa rehat untuk setiap tugasan. Beri masa tambahan kepada pelajar untuk siapkan tugasan terutama bagi pelajar yang mempunyai tempoh pergerakan motor yang lambat. Kawal pelajar dan perhatikan tingkah laku pelajar terutama dalam peralihan masa. Ingatkan pelajar untuk memeriksa hasil kerja mereka terutama apabila mereka dalam keadaan bergegas dan agak cuai menyiapkan tugasan.

6.

d. Mood 1. Sediakan suasana yang menggalakkan dan menenangkan. 2. Selalu memberi pujian pada tingkah laku positif dan pada hasil kerja yang menggalakkan. 3. Bercakap dengan nada yang lembut terutama apabila pelajar kelihatan agak gugup. 4. Analisis arahan-arahan apabila memberi tugasan baru bagi memastikan pelajar faham.

Kesimpulan

Guru harus mengaplikasikan aktiviti pengajaran yang sesuai untuk menangani masalah pembelajaran kanak-kanak ADHD ini. Ini kerana terdapat bukti yang menyatakan bahawa kanak-kanak ADHD ini boleh dididik dan berjaya. Apa yang perlu dalam pembelajaran mereka adalah peranan guru dalam memodifikasikan pengajaran dengan tingkah laku mereka.

Renungan

Sebagai renungan: Kita adalah guru yang istimewa kerana terpilih untuk mendidik kanak-kanak istimewa ini yang dijamin menjadi penghuni syurga. Jadilah guru pendidikan khas yang berkualiti agar hidup kita lebih bererti K.A. Razhiyah (2005)

BIBLIOGRAFI
Sean J. S. 2004. Exceptional Lives: Special Education In Todays School. Pearson Prentice Hall. Ohio Daniel P.H. et.,al. 2003. Exceptional Learners: Introduction To Special Education-Ninth Edition: Allyn & Bacon. New York Hjh Hasnah Udin. 1998. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur William L.H. 2000. Exceptional Children, An Introduction To Special Education-Sixth Edition: Merrill Prentice Hall. Ohio Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Marylin Friend. 2004. IDEA 2004 Update Edition, Special Education-Contemporary Perspectives For School Professional: Pearson. Boston Sandra F.R. 2005. How To Reach And Teach Children With ADD/ADHD, Practical Techniques, Strategies And Intervention, Second Edition: Jossey Bass. San Fransisco

You might also like