You are on page 1of 5

IMPLIKASI NEGATIF KELAS MESRA BUDAYA TIDAK BERJAYA DILAKSANAKAN

MURID

SEKOLAH

MASYARAKAT

Tiada interaksi harmonis dan sihat Mementingkan diri sendiri Sukar untuk sesuaikan diri Takut untuk belajar dan beri idea Rasa rendah diri dan tidak dihargai Iri hati terhadap rakan

Jenayah meningkat Kakitangan pentadbir serta guru mengalami tekanan Gejala sosial meruncing Masyarakat yang tidak mesra dan pentingkan diri

Pencapaian akademik rendah

Tidak bertolak ansur dan bekerjasama Tidak menyumbang kepada kemajuan negara Prasangka buruk

Masalah disiplin murid yang tinggi

Kelas mesra budaya perlu diwujudkan bagi membentuk suasana bilik darjah yang harmoni seterusnya dapat melahirkan generasi akan datang yang lebih matang dan berkualiti. Namun, jika pelaksanaan bagi mewujudkan kelas yang mesra budaya gagal di lakukan, terdapat pelbagai implikasi negatif yang mendorong kepada jatuhnya sesebuah negara bangsa. Implikasi negatif daripada kegagalan mewujudkan kelas yang mesra budaya bakal menyerang tiga golongan yang saling berkaitan iaitu murid, sekolah dan masyarakat. Salah satu implikasi negatif yang mungkin akan terjadi kepada murid adalah murid akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri di sekolah. Hal ini disebabkan oleh murid akan berasa tidak selesa dengan keadaan di dalam kelas kerana sentiasa berlakunya masalah diskriminasi sama ada diskriminasi dari segi jantina, agama, bangsa dan tahap ekonomi

keluarga mahupun tahap kognitif murid itu sendiri. Guru atau rakan-rakan mungkin akan meminggirkan murid yang berlainan agama dan bangsa. Terdapat juga negara-negara yang meminggirkan seseorang murid kerana perbezaan jantina. Biasanya di negara mundur, murid perempuan akan dianggap lemah dan tidak sepatutnya datang ke sekolah untuk menimba ilmu. Selain itu juga, terdapat guru dan sekolah yang lebih mengutamakan murid yang mempunyai tahap kognitif yang lebih baik berbanding murid yang mempunyai tahap kognitif yang lemah. Hal ini akan membuatkan murid tersebut berasa kurang selesa dan tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. Di samping itu juga, terdapat juga murid lain yang memilih untuk berkawan dengan rakan yang mempunyai tahap ekonomi keluarga yang kukuh berbanding murid yang terdiri daripada golongan keluarga yang mengalami masalah kewangan. Implikasi negatif seterusnya yang berlaku kepada murid adalah murid akan berasa takut untuk belajar dan hadir ke sekolah. Hal ini mungkin berpunca daripada masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam kelas. Majoriti murid mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan mempunyai semangat belajar yang kuat. Namun murid tersebut sering berasa usahanya untuk menimba ilmu terganggu dan dihalang. Contohnya, semasa sesi perbincangan di dalam kelas, idea yang diajukan oleh murid tersebut sering dipertikaikan atau tidak diendahkan langsung oleh rakanrakan sekelas. Masalah ini akan lebih menjadi parah sekiranya guru sendiri tidak menerima idea yang diberikan oleh murid tersebut. Implikasi lain yang akan berlaku sekiranya kelas yang mesra budaya gagal untuk diwujudkan ialah murid akan mempunyai keyakinan diri yang rendah di samping akan berasa bahawa diri mereka tidak dihargai oleh guru dan rakan-rakan mereka. Hal ini kerana setiap usaha dan idea yang ingin disampaikan, mereka telah mencuba untuk melakukannya dengan sehabis baik, namun segala usaha mereka itu dirasakan sebagai satu yang sia-sia dan tiada sebarang nilai kepada rakan dan guru mereka. Oleh itu, murid tersebut akan merasa putus semangat untuk belajar dan akan berasa tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri kerana sering diperlekehkan. Selain itu juga, implikasi lain yang akan dihadapi oleh murid ialah murid sendiri akan berasa iri hati dan mempunyai perasaan yang tidak sihat sperti dengki terhadap rakan yang lain. Hal ini mungkin berlaku hasil akibat daripada masalah diskriminasi yang berlaku semasa di dalam kelas terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Murid tersebut berkemungkinan akan menaruh rasa dengki kepada rakan mereka yang lebih diutamakan oleh guru serta rakan sekelas yang lain. Hal ini mungkin akan mendorong murid tersebut untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaan seperti akan memberikan kecederaan kepada murid lain. Selain daripada itu, murid tersebut juga mungkin akan memberontak kerana terlalu iri hati dengan perhatian lebih yang diberikan

oleh guru kepada rakannya itu. Perasaan iri hati terhadap rakan adalah satu perasaan yang tidak baik untuk perkembangan murid semasa di sekolah. Perasaan tersebut berkemungkinan akan menyebabkan masalah lain yang lebih dahsyat lagi. Selain itu juga, jika kelas mesra budaya gagal untuk diwujudkan, murid akan mempunyai sikap negatif iaitu murid-murid di sekolah akan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri dalam apa juga keadaan. Murid juga gagal dididik untuk menjadi seorang insan yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Melalui kelas yang tidak mesra budaya, murid akan lebih mementingkan diri bagi menjadikan diri mereka lebih di utamakan oleh guru dan rakan sekelas yang lain. Murid tersebut juga tidak lagi mementingkan sikap bantu-membantu terutama dalam membantu rakan yang lemah dalam pelajaran. Mereka akan mula mengabaikan rakan-rakan mereka kerana bagi mereka perkara yang penting adalah untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada orang lain tanpa memikirkan untuk membantu rakan-rakan mereka yang lemah. Di samping itu juga, masalah akan berlaku dalam proses interaksi iaitu akan terjadinya interaksi yang tidak harmoni dalam kalangan murid dengan murid serta murid dengan guru. Hal ini kerana interaksi yang sihat tidak lagi wujud dengan suasana kelas yang tidak mesra budaya. Setiap individu di dalam kelas akan mengamalkan sikap mementingkan diri dan kumpulan sendiri. Kegagalan guru dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya akan menjerumuskan murid kepada masalah yang lebih besar seperti akan berlakunya pergaduhan sesama mereka. Masalah lain juga turut akan menimpa pihak lain sekiranya kelas yang mesra budaya gagal dilaksanakan. Implikasi negatif ini juga turut akan mengheret pihak sekolah untuk samasama mengalami pelbagai masalah. Salah satu daripada implikasi negatifnya ialah sekolah akan mengalami tekanan yang dahsyat. Pihak pentadbiran sekolah serta guru-guru akan mengalami tekanan daripada kegagalan pelaksanaan kelas mesra budaya tersebut. Sekolah terpaksa menghadapi masalah disiplin murid yang semakin kronik. Hal ini disebabkan oleh terdapat sebilangan besar murid-murid yang gagal untuk dididik dan dibentuk dalam kelas yang mesra budaya. Mereka akan menimbulkan pelbagai masalah lagi kerana mereka tidak akan mengamalkan disiplin yang baik. Murid-murid ini akan lebih berkelakukan seperti samseng dan mereka turut akan membuat kegiatan vandalisme seperti melakukan kerosakan kepada kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi meluahkan rasa tidak puas hati yang mereka pendam kepada pihak guru dan sekolah. Selain itu, implikasi seterusnya ialah, sekolah akan menghadapi masalah pengurusan kerana sekolah tersebut perlu menghadapi masalah sokongan daripada murid terhadap program-program yang dijalankan di sekolah tersebut. Di samping itu juga, sekolah tersebut gagal dalam mencapai kecemerlangan seperti yang

disasarkan. Hal ini disebabkan oleh kegagalan pelaksanaan kelas yang mesra budaya. Muridmurid tidak dapat menyumbang kecemerlangan yang berkualiti seperti yang diimpikan pihak sekolah kerana perkembangan mereka dalam bidang akademik mahupun kokurikulum telah terhalang oleh masalah perbezaan budaya. Implikasi negatif daripada kegagalan mewujudkan kelas yang mesra budaya akan memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat. Salah satu implikasi daripada kelas mesra budaya yang tidak berjaya diwujudkan ialah masyarakat akan menjadi masyarakat yang tidak mesra dan mementingkan diri serta kumpulan masing-masing. Contohnya, masyarakat daripada kaum merupakan kaum majoriti di sesebuah negara mungkin tidak lagi prihatin dan menghiraukan kesusahan yang dialami oleh kaum minoriti di negara tersebut. Mereka hanya akan mengutamakan kaum mereka sendiri dan mungkin menyimpan anggapan bahawa kaum lain akan cuba untuk mengambil kesempatan di atas kebaikan mereka jika mereka membantu kaum lain. Jika perkara ini terjadi, maka jelaslah bahawa kegagalan untuk mewujudkan kelas yang mesra budaya akan menyebabkan masalah lain yang lebih kronik iaitu masalah keruntuhan negara bangsa di sesebuah negara. Hal ini turut akan melahirkan tanggapan yang kurang enak daripada negara lain terhadap negara tersebut. Selain daripada itu, kegagalan untuk mewujudkan kelas yang mesra budaya turut akan menyebabkan masyarakat yang enggan mengamalkan sikap bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain. Hal ini kerana, daripada didikan yang diberikan di sekolah, maka akan lahirlah masyarakat seperti acuan yang digunakan untuk membentuk mereka. Semasa di bangku sekolah lagi mereka tidak didedahkan untuk memahami dan menghargai kumpulan lain yang berbeza budaya dengan mereka. Maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang tidak menerapkan semangat kerjasama dan sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Hal ini akan menyebabkan sesebuah negara tidak dapat mencapai kemajuan kerana mempunyai masyarakat yang mempunyai pemikiran yang jumud dan tidak berkembang. Kegagalan untuk mewujudkan kelas yang mesra budaya akan mengakibatkan kepada bermulanya masalah yang lebih parah iaitu masyarakat akan saling mempunyai prasangka buruk antara satu sama lain. Terdapat kelompok kaum yang akan memandang kaum lain dengan pandangan yang penuh dengan kecurigaan. Mereka juga akan berasa terancam jika mereka berada di samping kaum lain. Hal ini mungkin akan berlarutan dan akan membawa kepada implikasi lain yang bakal menjadikan masyarakat masa kini yang tidak lagi prihatin dengan keadaan sekeliling mereka. Implikasi tersebut bakal mengundang gejala sosial yang tidak terbendung dan akan mengakibatkan masyarakat setempat lepas tangan terhadap gejala sosial yang terjadi. Masing-masing hanya menuding jari antara satu sama lain

tanpa ada sebarang usaha untuk membanteras gejala tersebut daripada menjadi lebih dahsyat lagi. Perkara yang lebih membimbangkan terjadi implikasi daripada kegagalan dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya ialah kes-kes jenayah akan bermaharajalela. Masyarakat yang tidak didedahkan dengan kefahaman untuk mengenal dan memahami budaya yang berbeza sejak di bangku sekolah tidak dapat memberikan sumbangan dalam membanteras gejala sosial dan seterusnya gagal dalam memerangi jenayah yang berlaku di kawasan sekitar mereka. Keadaan ini amat membahayakan lebih-lebih lagi terhadap golongan muda. Perkara ini mengakibatkan golongan muda melihat contoh tidak elok seperti yang

ditunjukkan oleh masyarakat setempat yang tidak mempedulikan situasi sekitar mereka yang dihujani dengan pelbagai kes jenayah. Golongan ini akan mengikuti jejak langkah yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Maka kes jenayah yang semakin rancak berlaku tidak akan menemui pengakhirannya. Hal ini akan menyebabkan wujudnya keadaan tidak sihat untuk perkembangan masyarakat dan negara tidak dapat mencapai kemajuan yang diimpikan. Kegagalan dalam usaha mewujudkan kelas yang mesra budaya akan menyebabkan pelbagai implikasi negatif terutama kepada murid, pihak sekolah dan seterusnya masyarakat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usaha dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya bukanlah satu usaha yang sia-sia dan remeh. Melalui inisiatif dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya, semangat integrasi dalam diri setiap individu dapat dipupuk seawal di bangku sekolah lagi.

You might also like