You are on page 1of 31

Ciri-Ciri Arca yang baik dan kreatif Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati tema

dan tajuk yang ingin diketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yang dihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan pengkarya. Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai penggunaan bahan dan media. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai penggunaan bahan dan media dapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema. Arca yang baik haruslah kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah arca membuktikan bahawa sebuah arca yang baik menggunakan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh. Pengkarya arca akan dianggap dapat menghasilkan sebuah arca yang baik apabila berjaya mempelbagaikan bahan yang diadun atau dipasang dengan baik. Arca khususnya asemblaj mengadunkan pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. Arca yang baik dan kreatif juga haruslah berjaya mengaplikasikan asas seni reka, estetika dan etika pengkaryaan. Objek akan digubah berdasarkan asas seni reka. Apabila asas seni reka ini diaplikasikan dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi. Akhir sekali yang paling penting dalam menhasilkan sebuah arca yang baik dan kreatif ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada ciplakan atau plagiat.

SENI ARCA

Pengenalan
Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus yang lain.penyataan dalam bentuk tiga deminsi menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan. bentuk arca yang berjisim mengigatkan kepada bentuk seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna suatu proses mengukur,melirik,mencungkil dan Mengguris. Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung Cycladic yang diukir disebuah pulau,dilaut. Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung). Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan. Perkembangan seni arca di Malaysia Perkembangan seni arca di Malaysia bermula dengan bentuk-bentuk berungsur magik untuk kegunaan keagamaan. Misalnya patung-patung orang asli iaitu kaum Jah Hut dan Mah Mari yang mempunyai ciciciri seumpama itu. Begitu juga dengan keadaanya Megalith Pedang di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan. Hanya pada sekitar tahun 1960an pengkarya mula membina arca bentuk moden antaranya ialah Anthony Lau, Latiff Mohidan,Syed Ahmad Jamal, Lim Kian Seng dan sebagainya. Pengarca kini sudah berani berkarya dengan menggunakan perbagai media dan juga material. Karya selalunya dihasilkan mengikut tema ataa isu-isu yang tersendiri berdasarkan kehendak pengkarya ataupun kehendak pasaran.

Seni Arca Asia Arca di Asia banyak menggunakan patung-patung yang menggambarkan sesuatu entiti yang khusus, biasanya manusia,peristiwa,,haiwan atau objek.Tumpuannya ialah sebagai satu perlambangan. Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah atau kehidupan seorang tokoh. Ia bertujuan sebagai seni awam

yang dipamirkan di luar dan kadangkala ia juga dipamirkan di dalam banggunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada orang ramai dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.Kadangkala,arca-arca yang dihasilkan mempunyai sejarah tersendiri. Pengarca Asia sekarang lebih berani menghasilkan karyamengikut idea dan juga tema-tema. Contohnya pengarca dari Thailand iaitu Chainapa Lepajarn yang telah menghasilkan olahan arca yangberbentuk abstrak. Dari situ dapat dilihat bahawa pengarca asia telah membawa perkembangan mengikut arus kemodenan. Seni Arca Antarabangsa Pengarca antarabangsa kebanyakan merujuk kepada sejarah dan juga budaya masing-masing sebagai panduan untuk berkarya. Banyak perubahan berlaku mengikut arus kemodenan. Dengan adanya saina dan teknologi pelbagai bentuk arca dapat dihasilkan. Arca pada zaman ini juga tidak lagi terhad kepada

carving dan mpdeling. Sekarang iayanya tertumpu kepada bentuk dan juga pengamatan tiga dimensi. Pengarca menghasilkan karya dengan menggunakan element seni yang dihasilkan menggunakan pelbagai jenis bahan. Antaranya besi, Kain,Plastik dan kayu.Kajian arca dengan teori baru telahmenarik ramai pemerhati dan pemintaan pasaran kini.Contohnya pengarca dari mexico John Webb yang banyakmenghasilkan karya berbentuk abstrak dan menggunakan bahan seperti kayu. Antara arca yang telah menjadi sejarah antarabangsa Umpamanya pada tahun 1986,apabila Patung Liberty meraikan hari ulang tahun yang ke100, satu perayaan selama tiga hari telah diadakan yang berjaya menarik Patung Liberty12 juta pengunjung. Perayaan ini dikatakan merupakan peristiwa awam yang terbesar di dunia sehingga hari ini. Definasi Arca Arca adalah hasil kerja seni dalam bentuk tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Jenis jenis arca


Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi. 1. Arca berfungsi (fizikal) Arca berfungsi adalah jenis yang awal dibina oleh arcawan.Kebanyakan arca ini hanyalah untuk upacara keagamaan dan kebudayaan,mislnya acara (patung kaum Jah Hud dan Mah Meri. Arca ini bukan sekadar dibina untuk tujuan estetika semata-mata,sebaliknya ia mempunyai kepentingan kepada masyarakat. Kini arca dipamirkan di kawasan yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai seperti ruang legar,bulatan sempang empat dan sebagainya. Kebanyakan arca ini berfungsi untuk menghiburkan pengunjung. Antara arca berfungsi ialah Tugu Negara atau tempat kanak-kanak bermain.

Arca berfungsi fizikal


2. Arca Estetika Arca jenis ini amat popular. Terdapat arca yang berbentuk realis dan berimej abstrak. Keperluan arca ini adalah menghayati dan menghargai nilai keindahannya. Oleh itu seseorang memerlukan nilai-nilai intelek untuk memahaminya. Pada kebiasaannya arca ini dipamirkan di dalam galeri.

Arca Estetika

Kategori arca
1. Arca Asemblaj

Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai junk sculpture, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. 2. Arca Binaan

Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka cantumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asas atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian

luar mengandungi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bah an-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan. 3. Arca Luakan Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. 4. Arca Timbulan Arca ini juga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini. 5. Arca Tambahan Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemudiannya dikeraskan melalui acuan seperti plaster of paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara. 6. Arca Mobail Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang. 7. Arca Stabail Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

Ciri ciri Arca Mengikut Kategori


1. STABAIL

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap atau pintu siling. 2. MOBAIL

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak. 3. ASEMBLAJ

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Idea Arca Assemblaj Kapal Layar


Kelebihan anda menjawab soalan arca assemblaj adalah anda boleh dapatkan bahan-bahan dari rumah anda sendiri. Ada payung rosak, sudu atau senduk dah berkarat, periuk lama, kerusi patah, paku atau skru yang banyak tak guna-guna... belasah ja, he he. Cabarannya pula adalah.. kena fikir nak guna apa dan bagaimana caranya nak sambungkan bahagianbahagian yang berbeza sifat bahannya tu.. Pelajar Tingkatan Lima di sekolah cikgu, guna skru untuk joinkan besi dan kayu. Skru tu, susun banyak-banyak jadi jalinan. Tak ada la kosong saja permukaan kayu.. Apa-apapun, gabungan bahan perlu 'menjadi' dan [alin penting ialah kemasan kerja.. kalau nak potong kayu, biar potong kemas, jangan senget-senget... Kalau sambung guna gam (gam bunga ), jangan gam pulak yang timbul di sana-sini.. Cikgu cadangkan anda buat arca dulu sekarang, lepas tu baru sambung buat folio. Idea-dea boleh ditokok tambah kemudian, tapi kalau start buat arca, takut anda dah boring sebab idea tak ada. Jadi cikgu letak gambar-gambar yang boleh dijadikan idea. Guna idea dari gambar tapi olah guna bahan sendiri.

A.S.S.EM.B.L.A.J

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Bicycle Wheel Marcel Duchamp, 1951

Bayu Utomo Radjikin

Syed Ahmal Jamal

Aku Lihat Warisan yang Hilang, September 1989 Azahar Abdul Manan

Rimba Anthony Lau

Apa itu ARCA?


Pernahkah anda melihatnya Maksud: Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari

pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Di mana? Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan. Tahukah anda jenis jenis arca? Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Arca Asemblaj Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai junk sculpture, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah Homeege to New York, karya Jean Tinguely Arca Binaan Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan. Arca Luakan Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung David karya Mochelangelo Arca Timbulan Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini. Arca Tambahan Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan

bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara. Arca Mobail Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang. Arca Stabail Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak.Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj Arca Dinding Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal adalah Langkawi 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin.

Arca

Definisi:

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan. Jenis Jenis Arca Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Arca Asemblaj Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. - Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Arca Timbulan Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini. Arca Mobail . Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak. Arca Stabail Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling. Tokoh-Tokoh Arca Tokoh Arca Luar Negara ~Micheal Angelo ~Henry Moore

~ Alberto Giacometti Tokoh Arca Tempatan ~Syed Ahmad Jamal ~Anthony Lau ~Raja Shariman

CONTOH ARCA ASEMBLAJ

No posts.

Arca

Reclining Mother and Child, 1975, Henry Moore, (British, 1898-1986) bronze, 94.5 x 53.5 x 47.5 Definisi: Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan. Jenis Jenis Arca Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Arca Asemblaj Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Bicycle Wheel Marcel Duchamp, 1951

Arca Timbulan Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Henri Matisse - Back, IV,

1930-1931

Jacques Lipchitz Maquette No. 1 for "Musical Instruments" (1923)

Arca Mobail Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

ALEXANDER CALDER American, 1898-1976) The Star, 1960

Polychrome sheet metal and steel wire 35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8 Arca Stabail Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

Calder, Alexander "Stabile, Paris-La-Dfense" - (1976)

Calder, Alexander "Hollow Egg" - (1939)

Arca Mobail - Seni Halus

Arca Mobail
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori

oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris

Red Mobile, oleh Alexander Calder, 1956

Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar ialah wind chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan

Contoh-contoh arca mobail

Menggunakan bahan besi yang digantung dengan saiz yang berbeza

Ideanya daripada planet dan digantung dengan dawai

Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali

Penggunaan bahan seperti dawai, kertas atau plastik juga boleh digunakan

Idea daripada kelawar dan digantung dengan dawai

menggunakan bahan besi dan mempunyai 4 warna

Idea daripada rama-rama yang berwarna-warni

Menggunakan motif lilin dan cahaya

motif manusia menggunakan bahan kertas

Menggunakan gambar sebagai idea

You might also like