You are on page 1of 4

ANALISIS SWOT

PERSEKITARAN DALAMAN

PERSEKITARAN LUARAN

STENGTHS (KEKUATAN) >Dapat menjadi seorang beretika tinggi. >Lebih berkeyakinan bercakap di hadapan khalayak ramai. >Dapat mempelajari cara berbahasa dengan lebih sopan. >Mengaplikasikan kemahiran mendengar dengan baik. >Mendapat pendedahan tentang etika semasa berada di meja makan yang betul. >Berupaya mengendalikan majlis rasmi dengan lebih tertib dan sistematik. >Dapat mengaplikasikan cara berpakaian mengikut personaliti sebagai seorang guru. OPPORTUNITY (PELUANG) >Kesedaran kepada guru mengenai etiket sosial dan protokol sangat penting. >Pengaplikasian di sekolah atau sesuatu organisasi. >Sangat berkait rapat dengan kehidupan.

WEAKNESS (KELEMAHAN) >Tidak mendapat gambaran sebenar sesuatu protokol. >Demontrasi tidak jelas.

THREAT (ANCAMAN) >Penyebaran budaya barat semakin luas. >Kurangnya kesedaran kepentingan beretika dalam hidup. >Tidak semua orang mahu berkongsi ilmu ini. >Kadang kala, sesetengah orang menganggap etiket sosial dan protokol sesuatu yang remeh.

ULASAN SEPANJANG PROGRAM DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada 24 Februari 2013, satu Bengkel Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 telah diadakan bermula pukul 12 tengah hari hingga pukul 3 petang. Peserta yang terlibat adalah seramai 89 orang iaitu daripada PISMP Ambilan Januari 2012.

Penceramah jemputan merupakan pensyarah dari IPG Kampus Sultan Mizan iaitu Encik Hazmin Bin Mat Yusof. Sepanjang program berlangsung, kami telah mendapat ilmu yang baharu berkaitan dengan tajuk bengkel tersebut iaitu Etiket Sosial dan Protokol. Slaid yang disediakan oleh penceramah adalah terlalu terperinci dan sangat jelas serta berguna kepada peserta. Penyampaian yang dilakukan oleh beliau amat baik dan profesional bersesuaian dengan tajuk bengkel tersebut.

Semasa program ini berlangsung, kami telah mendapat pendedahan supaya lebih beretika dalam pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi seperti susun atur tempat kedudukan, pengacaraan dan sambut tetamu serta etika berpakaian. Kami mendapat sedikit gambaran melalui demonstrasi yang dilakukan dengan memilih beberapa orang peserta secara rawak bagi menunjukkan protokol dalam pengendalian majlis rasmi.

Penceramah turut menunjukkan cara memegang sudu, garfu, pisau dan gelas dengan betul semasa makan. Sebagai contoh, garfu dipengang pada tangan kiri manakala pisau dipegang pada tangan kanan. Beliau juga telah memberitahu tentang cara makan yang betul iaitu mendahulukan jenis makanan yang bagaimana seperti buah-buahan yang dijadikan sebagai pencuci mulut dan dimakan selepas mengambil makanan berat.

Selain itu, dari segi etika berpakaian, Encik Hazmin telah menjelaskan faktor penting dalam menggayakan pakaian. Oleh itu, untuk menggayakan sesuatu pakaian faktor bentuk badan, warna baju, potongan dan umur perlu dititikberatkan. Keadaan ini amat penting memandangkan guru menjadi ikon kepada murid dan masyarakat. Hal ini kerana etika berpakaian yang baik menggambarkan pribadi seorang guru yang bersahsiah.

Berdasarkan pengalaman semasa program tersebut, kami dapati mikrofon tidak berfungsi dengan baik. Ekoran daripada itu, kami semua tidak dapat mendengar dengan jelas dan ini menggangu proses penyampaian pengisian bengkel tersebut. Maka, kami mencadangkan supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan teknikal membuat persediaan terlebih awal bagi memastikan bengkel tersebut berjalan dengan lancar. Kami berharap masalah seperti ini tidak berulang lagi.

Di samping itu, penyampaian dilakukan secara tergesa-gesa dan ringkas disebabkan oleh masa yang diberikan terlalu singkat. Tambahan pula, demonstrasi tidak dapat dilakukan dengan lebih sempurna kerana kesuntukan masa. Pada pendapat kami, sepatutnya bengkel ini dijalankan dengan masa yang lebih lama supaya objektif bengkel ini tercapai dengan jayanya. Jadi, peserta dapat memperoleh pengetahuan dengan lebih mendalam tentang pengisian yang ingin disampaikan.

Kefahaman tentang sesuatu ilmu yang diberikan tidak sampai sepenuhnya oleh peserta kerana demonstrasi yang diberikan terlalu terhad. Oleh itu, kami tidak mendapat gambaran yang jelas tentang sesuatu etika dan protokol. Sebagi contoh, kami tidak dapat merasai pengalaman sebenar mengaplikasikan tertib di meja makan. Padahal, etika tersebut sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian. Sebagai penambahbaikannya, pihak pengurusan harus menyediakan sedikit bajet dan tempat untuk melaksanakan demonstrasi tersebut.

Justeru, setiap apa yang disampaikan oleh Encik Hazmin berkenaan dengan Etiket Sosial dan Protokol sangat bermanfaat dan boleh diaplikasikan oleh peserta. Semoga segala kekurangan daripada program ini dapat diperbaiki manakala segala kebaikannya dapat dijadikan panduan oleh semua peserta.

You might also like