You are on page 1of 2

Apakah Itu Unit Piawai?

Maksud Unit Piawai


Apakah Apakah Itu Unit Piawai? maksud standard atau Apa Maksud piawai dalam Unit Piawai? kehidupan ini? Maksud perkataan standard atau piawai ialah: Ukuran, darjat, biasa, lazim, mutu. Unit Piawai bermaksud unit yang biasa digunakan di dunia ini oleh semua pihak. Ini memudahkan sebarang komunikasi, penterjemahan atau pelaporan bagi satu-satu perkara. Unit Piawai adalah unit yang telah ditetapkan ukurannya untuk kegunaan semua atau sedunia. Kepentingan Unit Piawai (Standard Units)

Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita. Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut. Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium. Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder). Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'. Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa. Posted
Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuksistem metrik yang moden yang telah atau sedang diiterimaguna di seluruh dunia. Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang terakhir untuk menerimaguna sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana. Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk memastikan keadilan dan gambaran. Bureau international des poids et mesures (BIPM) telah ditugasi untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI). Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh diterima.

Dalam bidang-bidang fizik dan metrologi, unit-unit merupakan piawai-piawai untuk mengukur kuantiti fizikal dan yang perlu diberikan takrif yang jelas supaya berguna. Kebolehulangan ujian merupakan pokok kaedah saintifikdan oleh itu, satu sistem unit yang piawai dapat memudahkan pelaksanaan ini. Sistem-sistem unit saintifik merupakan perbaikan konsep timbang dan ukur yang dikembangkan untuk tujuan perdagangan sejak lama dahulu. Sains, perubatan, dan kejuruteraan seringnya menggunakan unit-unit ukuran yang lebih besar atau lebih kecil daripada unit-unit yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari, dan merujuk kepada unit-unit mereka dengan lebih tepat. Pemilihan unit-unit ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik dalam penyelesaian masalah (sila lihat, umpamanya analisis dimensi).

Terangkan mengapa unit piawai ukuran diperlukan?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Unit piawai ukuran diperlukan kerana

You might also like