You are on page 1of 23

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.

T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Encik Misli Bin Rosbadi dan guru pembimbing saya iaitu Puan Vijaya Kumari A/P Ganapathi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya iaitu bonda Puan Hazlin Binti Hussein yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh

Bagi memenuhi sukatan pembelajaran tingkatan tiga,saya dan pelajar-pelajar tingkatan tiga telah diarahkan untuk melakukan satu kerja kursus yang bertajuk Pengangkutan Awam Dan Penternakan di suatu kawasan kajian.

Saya mamilih tajuk Pengangkutan Awam kerana ia mudah untuk disiapkan. Selain itu,saya dapat melihat betapa pentingnya pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat,Johor. Masa yang diberikan oleh guru geografi saya untuk menyiapkan kerja kursus geografi tingkatan tiga ialah selama dua bulan,dari bulan Februari hingga April.Tempoh masa yang diberikan cukup panjang dan saya telah mengunakan tempoh masa tersebut dengan sepenuhnya.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk: A. Mengkaji jenis-jenis pengangkutan awam di Parit Yaani, Johor. B. Untuk mengetahui dengan lebih jelas kepentingan perkembangan pengangkutan di Kampung Istana, Batu Pahat , Johor. C. Mengenal pasti masalah pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor. D. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor. E. Mengetahui konsep pengangkutan awam bas di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor. Saya berasa bersyukur dan berbangga kerana dapat menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor.

Saya telah memilih kawasan Kapung Istana, Batu Pahat sebagai kawasan kajian kerana saya tidak perlu mengeluarkan kos untuk pergi ke kawasan kajian.Kampung Istana, batu pahat ini berjarak lebih kurang 5 KM di timur laut Bandar Batu Pahat. Kampung Istana berdekatan dengan BP Mall iaitu pusat membeli belah yang terbesar di Batu Pahat . Di sini kemudahan lain seperti sekolah,surau dan pondok menunggu bas mudah untuk dijumpai. Jika menaiki bas dari bandar Batu Pahat masa yang diambil untuk sampai ke bandar hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit jika menaiki bas Johore Motor ,tambang yang dikenakan bagi seorang penumpang hanya RM 0.60. Saya amat bersyukur kerana memilih kawasan Kampung Istana, Batu Pahat. sebagai kawasan kajian kerana semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kawasan Kampung Istana, Batu Pahat ini sangat baik.

Semasa saya menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah. Antara kaedah yang saya guna ialah: 1)Kaedah Pemerhatian Saya telah mengunakan kaedah ini kerana ia mudah dilakukan. Saya memerhatikan nama bas tersebut dan operasi bas ini mengangkut penumpang bermula dan berakhir. 2)Kaedah Temu Bual Saya telah menyediakan sebuah borang yang mengandungi beberapa soalan mengenai kepentingan bas di kawasan Kampung Istana seramai 20 orang. (lihat lampiran) 3)Kaedah Rujukan Saya menggunakan kaedah ini untuk memahami lebih mendalam mengenangi konsep pengangkutan awam melalui bahan bacaan,internet dan orang sumber.

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM BAS


Menurut http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awamPengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan

JENIS PENANGKUTAN AWAM BAS

Berdasarkan pemerhatian saya , terdapat pelbagai jenis pengangkutan yang digunakan seperti teksi dan bas . Namun begitu , bas merupakan pilihan utama penduduk Kampung Istana, Batu Pahat. Terdapat pelbagai pihak pengusaha yang telah menyediakan perkhidmatan bas di kawasan ini dan salah satu yang mengusahakannya ialah syarikat bas Johore Motor Bus. Bas Johore Motor mempunyai 50 tempat duduk , warna merah sebagai warna rasmi syarikat. Perkhidmatan bas ini beroperasi daripada pukul 7 pagi hingga 7 malam bersamaan 12 jam sehari . Tambang yang dikenakan pula ialah sebanyak RM1.00 bagi orang dewasa manakala RM 0.60 bagi pelajarjika hendak pergi ke Bandar Batu Pahat dari Kampung Istana. Di samping itu , bas ini juga telah melalui beberapa jalanjalan penting seperti Jalan Rugayah , Jalan Bukit Pasir , Jalan Abu bakar seterusnya Parit Raja, melalui jalan kluang, melepasi kawasan Kampung Istana dan berhenti di stesen bas ayer hitam.

1.Pencemaran udara dan bunyi

2.Infrastruktur yang tidak lengkap dan rosak

4.Kebersihan yang tidak dijaga

3.Tambang yang mahal jika penumpang ramai

MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAMPUNG ISTANA, BATU PAHAT, JOHOR.

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang kajian ini dijalankan terdapat beberapa masalah yang dialami oleh penduduk Kampung Istana disebabkan pengangkutan

awam. Sebagai contoh, pelbagai pencemaran mula timbul iaitu pencemaran bunyi dan udara yang disebabkan dari asap dan hon pengangkutan awam. Seterusnya,sesetengah pemandu dan pengurus syarikat tidak peka terhadap kelengkapan dan infrastruktur yang lengkap. Masalah ini menyebabkan penumpang akan mendapatkan pengangkutan awam yang lain. Akhir sekali, kebersihan bas yang tidak jaga menyebabkan keadaan penumpang berasa tidak selesa.Nilai murni yang dapat saya peroleh ialah saya dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Istana dan berusaha memperbaikinya.

1. Mengurangkan kesesakan lalu lintas

Kepentingan Pengangkutan Awam Bas Kampung Istana

3. Menjimatkan kos dan masa

2. Mengangkut penumpang dan barang

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM BAS DI KAWASAN KAMPUNG ISTANA, BATU PAHAT, JOHOR

Hasil daripada pemerhatian saya, pengangkutan awam bas di Kampung Istana ini memberi banyak kepentingan kepadapenduduk setempat.Antara kepentingan awam bas ialah mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan penduduk tidak menggunakan kenderaan sendiri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya bertambah. Selain itu,bas memainkan peranan mengangkut penumpang. Mereka yang menaiki bas ialah para pelajar,pekerja dan penumpang lain pergi ke destinasi yang dituju. Pengangkutan awam juga menjimatkan masa dan kos. Penumpang hanya perlu membayar tambang bas sahaja berbanding kenderaan sendiri,kita perlu mencari tempat parker dan mengeluarkan duit minyak. Seterunya,iameningkatkan mobiliti penduduk. Ini kerana penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dan berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk ke mana sahaja. Saya amat bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan Kampung Istana memberi banyak faedah dari segi mobiliti penduduk dan menjimatkan masa dan kos serta lain-lain.

1. Memasang fiber pengangkutan

awam

4. Menjalankan pemeriksaan kebersihan sebelum bas beroperasi

2. Memaparkan notis syarikat seperti nombor telefon

3. Memeriksa infrastruktur didalam pengangkutan awam

CADANGAN MENGATASI MASALAH PERKEMBANGAN

PENGANGKUTAN AWAM BAS DI KAWASAN KAMPUNG ISTANA, BATU PAHAT,JOHOR.


Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang menjalankan kerja kursus ini,saya dapat memberikan cadangan untuk mengatasi masalah perkembangan pengangkutan awam bas di kawasan Kampung Istana. Antara cadangan saya ialah,setiap kenderaan pengangkutan awam perlu dilengkapi dengan fiber untuk menapis asap yang keluar dari kenderaan pengankutan awam.Selain itu,pihak syarikat perlu meningkatkan lagi bilangan kenderaan agar jangka masa mengambil penumpang dapat disingkatkan.Pihak syarikat dan pemandu perlu menjalankan pemeriksaan setiap bulan bagi memastikan segala infrastruktur dan kelengkapan pengangkutan awam lengkap. Seterusnya, pihak syarikat bas perlu menampal nombor telefon syrikat di dalam bas bagi memastikan penumpang dapat memaklumkan kelakuan dan layanan pemandu bas.Akhir sekali,pihak syarikat perlu menjalankan pemeriksaan terhadap bas sebelum bas mula beroperasi bagi memastikan bas dalam keadaan bersih dan teratur supaya keselesaan penumpang terjaga.

Saya dapat menyelesaikan masalah perkembangan pengangkutan awam dengan bantuan dari penduduk setempat yang sudi memberi kerjasama bagi keselesaan mereka.

Kajian yang telah dijalankan di Kampung Istana, Daerah Batu Pahat ini telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis pengangkutan awam iaitu bas yang terdapat di kawasan kajian saya.Selain itu,saya dapat mengetahui kepentingan pengangkutan awam di Kampung Istana. Antaranya,mengurangkan kesesakan lalu lintas,mengangkut penumpang dan barangan, menjimatkan masa dan kos serta meningkatkan mobiliti penduduk.Seterusnya,saya dapat mengenal pasti masalah yang disebabkan pengangkutan awam di Kampung Istana,iaitu pencemaran udara dan bunyi,jarak jangka masa yang lama mengambil penumpang,infrastruktur yang tidak lengkap dan rosak,serta kebersihan yang tidak dijaga.Akhir sekali,saya dapat mencadangkanlangkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Antaranya,memasang fiber pada pengangkutan awam,,memeriksa infrstrutur didalam pengangkutan awam,menampal notis yang berkaitan pihak syrikat seperti nombor syarikat dan menjalankan pemeriksaan sebelum pengangkutan awam mula beroperasi. Bersyukur saya menjalankan kajian kerja kursus ini di kawasan Kampung Istana kerana sikap kerjasama dan bantu-membantu penduduk Kampung Istana kepada saya, memudahkan saya menyempurnakan kerja kursus yang diberikan dalam tempoh sebulan.

SENARAI RESPONDEN MENGENAI MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM BAS DI KAMPUNG ISTANA

PETUNJUK:
Pencemaran udara dan bunyi-(masalah 1) Kekurngan dan kerosakan infrastruktur dalam bas-(masalah 2) Tambang yang mahal dikenakan jika penumpang ramai-(masalah 3) Kebersihan bas tidak dijaga-(masalah 4)

NAMA Haji Leman Bin Kasman Encik Shahri Bin Ishak Remy Bin Khairul Kasim Bin Abu Fatimah Binti Jazman Azura Binti Abdul Latif Iskandar Bin Rashyid Jamal Bin Hisham Abu Bakar Bin Zulkarnain Haji Sidek Bin Jamal Shamil Bin Husin Izzudin Bin Kamarul Gayah Binti Roslan Liza Binti Turkiman Faisal Bin Tahir Izwan Bin Ghazali Abdullah Bin Mazhan Kamal Bin Ismail Malik Bin Zubir Mariam Binti Zahir Fitri Bin Nasir

Masalah 1 Setuju

Masalah 2

Masalah 3

Masalah 4

Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju Berdasarkan Borang Soal Selidik

ANALISIS RESPONDEN YANG BERSETUJU TERHADAP MASALAH YANG SERING BERLAKU KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM

MASALAH YANG DIHADAPI

BILANGAN RESPONDEN YANG SETUJU

1.PENCEMARAN UDARA DAN BUNYI 2.KEKURANGAN DAN KEROSAKAN INFRASTRUKTUR DIDALAM BAS 3.TAMBANG BAS YANG MAHAL JIKA PENUMPANG RAMAI 4.KEBERSIHAN BAS YANG TIDAK DIJAGA

7 5

ANALISIS BERDASARKAN BORANG SOAL SELIDIK

BAR GRAF YANG MENUNJUKKAN BILANGAN RESPONDEN MENGENAI MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM BAS.

GRAF BAR BERDASARKAN BORANG SOAL SELIDIK

Bar graf diatas menunjukkan bilangan responden yang bersetuju dan tidak bersetuju mengenai masalah perkembangan penganagkutan awam bas diKampung Istana,BatuPahat,Johor.Seramai 7 responden bersetuju dan 3

responden tidak bersetuju dengan masalah pencemaran udara dan bunyi.7 dari 20 responden tidak bersetuju dengan kelengkapan dan kerosakan infrastruktur manakala selebihnya 13 responden bersetuju. masalah jarak jangka masa yang lama mengambil penumpang dan kebersihan bas yang tidak dijaga mendapat 11 responden setuju dan 9 responden tidak setuju .Jumlah responden yang paling sedikit bersetuju ialah 4 responden mengenai masalah tambang yang mahal jika penumpang ramai sekali gus menjadikan masalah ini mendapat jumlah responden yang paling ramai tidak bersetuju, iaitu seramai 16 responden. Saya amat bersyukur kerana dengan kerjasama penduduk Kampung Istana dapat membantu saya mengetahui masalah yang dihadapi penduduk Kampung Istana dengan lebih jelas.

1. Buku Ilmiah -Buku Teks Geografi Tingkatan 3 -Mohd Jamil Bin Mohamed,Hj Rodzli Bin Hj Hashim,Hjh Mahani Binti Hj Mahbar , 2004.Geografi Tingkatan 3,Kuala Lumpur:Johore Central Store SDN.BHD. 2. Orang Sumber - Pn.Vijaya Kumari a/p Ganapathi, Guru mata pelajaran geografi tingkatan 3 3. Internet -www.google.com.my -www.google map.com.my -www.across-the-land.com.my

You might also like