You are on page 1of 12

PENDAHULUAN Pengenalan Bahasa merupakan lambang serta maruah sesuatu bangsa.

Pada zaman sekarang Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebaga wahana kebudayaan moden. Bahasa juga boleh dikatakan sebagai satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa dan ianya tidak boleh tercicir malah mesti diperkukuh dan diperluas peranannya. Objektif tugasan ini adalah untuk membincangkan bagaimana wujudnya kerancuan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid di sekolah, factor-faktor yang menyebabkan kerancuan serta cadangan atau langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu murid-murid menguasai Bahasa Melayu standard.

Definisi Konsep Kamus Dewan mentakrifkan rancu sebagai keadaan yang tidak teratur atau kekacauan. Kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, ejaan, peristilahan, kosa kata serta tatabahasa dan laras bahasa. Perkataan-perkataan yang sama maksud ialah pencemaran, kecelaruan, kesalahan dan kesilapan. Dr. Nik Safiah Karim (1986), Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.

BAHAGIAN A Kerancuan bahasa di kalangan murid-murid sekolah 1. Pengaruh Bahasa Ibunda. Pengaruh bahasa ibunda merupakan satu faktor berlakunya kerancuan bahasa di kalangan murid sekolah. Satu daripada kesalahan umum penutur bukan melayu ialah kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi dan e semasa membaca dan menulis. Misalnya sepak dan spak. Selain itu, kebanyakan penutur Cina juga tidak dapat menyebut bunyi sengau lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan tepat. Oleh sebab ejaan setiap bunyi itu mempunyai dua lambang maka ia sering disebut sebagai dua bunyi. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada murid-murid Cina bahkan ia juga melibatkan kepada murid-murid Melayu. Kesalahan ini sering berlaku apabila huruf gabung ny diucapkan sebagai dua bunyi iaitu n dan y/i. Contohnya dalam banyak atau ban-niak (sepatutnya ba-nyak), nia-a-muk atau n-ya-muk (sepatutnya nya-muk). Hal yang sedemikian juga berlaku dalam sebutan ng, dimana n diasingkan daripada g seperti dalam ung-gu atau un-gu (sepatutnya u-ngu). Contoh yang lain adalah seperti tan-gan yang sepatutnya ta-ngan dan lain-lain lagi. Selain itu, masalah kerancuan bahasa juga sering berlaku dimana murid-murid Cina ini menggunakan terjemahan langsung daripada bahasa ibunda mereka. Begitu juga masalah ini tidak terkecuali kepada murid-murid India. Antara contoh-contoh terjemahan langsung tanpa mengambil kira struktur Bahasa Melayu yang betul ialah Ni hau ma dimana apabila diterjemahkan menjadi Awak apa khabar. Kerancuan bahasa yang melibatkan pengaruh bahasa ibunda ini tidak dapat tidak mempengaruhi perkembangan bahasa dalam sistem pendidikan di negara kita.

2. Pengaruh Bahasa Pasar Bahasa pasar ini merupakan bahasa yang digunakan oleh murid dalam percakapan harian. Sebagai contoh, orang Melayu sememangnya terkenal dengan sifat merendah diri dan sikap ini secara tidak langsung terbawa-bawa dalam berkomunikasi dengan kaum asing. Hal ini, menyebabkan mereka menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu. Contohnya ketika

berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf rendah atau bahasa rojak. Tindakan ini menyebabkan kaum asing meniru model yang salah ini. Akhirnya sampai bila-bila pun kaum asing tersebut sukar untuk menguasai bahasa Melayu dengan betul. Kadang-kadang pengaruh bahasa pasar ini terbawa-bawa pula ke sekolah dimana murid-murid Melayu contohnya akan bercakap dengan murid bukan Melayu menggunakan bahasa pasar atau rojak tersebut. Antara contoh kerancuan bahasa yang melibatkan bahasa pasar di sekolah adalah seperti berikut : Murid Melayu Murid Cina Murid Melayu Murid Cina : Sikalang pukul belapa? : Sikalang pukul lua belas. : Mali kita ke toilet. : Mali.

Hal sedemikian menyebabkan bahasa Melayu sukar untuk dimartabatkan. Penggunaan bahasa pasar di sekolah akan menjadi satu model yang tidak baik untuk murid bukan Melayu khususnya dalam memahami penggunaan struktur bahasa yang betul.

3. Pengaruh Bahasa Dialek/Daerah. Bahasa dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lainlain lagi. Pemilihan kepada penggunaan bahasa daerah ini disebabkan oleh beberapa faktor. Sebagai contoh di sekolah, guru sendiri mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa pengantar dengan alasan murid lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid itu sendiri. Hal ini tanpa disedari akan melahirkan murid-murid yang lemah dalam penguasaan bahasa Melayu itu sendiri. Murid-murid merupakan aset yang berharga kepada negara serta mereka inilah yang akan memegang jawatan penting dan berpengaruh seperti doktor, guru dan

sebagainya. Disamping itu, komunikasi antara murid di sekolah juga sering menggunakan bahasa daerah sesama mereka. Antara contoh bahasa daerah yang sering digunakan :

Bahasa Daerah/Dialek Awat Pi Pasai apa? Lagu mana? Besaq

Bahasa Baku Mengapa Pergi Kenapa Bagaimana Besar

Selain itu, contoh ayat yang menggunakan bahasa dialek dikalangan murid sekolah pula adalah : i) Hang mai sini. ( Kamu datang kesini. ) ( Mari kita ke kantin. ) ( Awak hendak ke mana? ) dan sebagainya.

ii) Jom pi ke kantin. iii) Hang nak pi mana?

4. Pengaruh Bahasa Inggeris dan Bahasa Lain. Pengaruh bahasa Inggeris dan bahasa lain juga menyebabkan berlakunya masalah kerancuan bahasa di kalangan murid-murid di sekolah. Hal ini berlaku kerana mereka sering menggunakan terjemahan langsung dari bahasa asal tersebut sama ada perkataan demi perkataan ataupun frasa, tanpa mengambil kira struktur bahasa Melayu yang betul. Antara contoh kerancuan bahasa akibat daripada pengaruh bahasa Inggeris dan bahasa lain di kalangan murid sekolah adalah : a. b. What is your name? menjadi Apa nama awak? Dhosthi kya hai? menjadi Persahabatan apakah itu?

5. Kerancuan dalam tatabahasa.

Disamping pengaruh-pengaruh di atas, terdapat juga kerancuan dalam tatabahasa di kalangan murid-murid di sekolah. Hal ini terjadi mungkin disebabkan kekeliruan dalam penggunaan bahasa dalam tatabahasa. Contoh kesilapan dalam tatabahasa di kalangan murid sekolah adalah termasuk kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan ialah, kata sendi nama di, ke, dari dan daripada, di antara dan antara dan banyak lagi. Kerancuan dalam penggunaan tatabahasa yang betul ini boleh merubah makna dalam sesuatu ayat jika hal ini tidak diambil berat oleh guru. Antara contoh kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid adalah : a). Kesilapan penggunaan adalah atau ialah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh kesalahan yang sering dilakukan oleh murid,

Salah Beliau adalah orang yang pertama ke angkasa lepas. Anak adalah anugerah Allah. Majlis ini ialah untuk kaum wanita.

Betul Beliau ialah orang yang pertama ke angkasa lepas. Anak ialah anugerah Allah. Majlis ini adalah untuk kaum wanita.

Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja. Kata pemeri ialah pula hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. b). Kesilapan Penggunaan kata sendi di Murid-murid sekolah juga sering terkeliru antara penggunaan di sebagai kata sendi dan di sebagai imbuhan. Bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan ejaannya.

i. Kata sendi nama di

Kata sendi nama digunakan khususnya di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutnya. Contohnya :

Salah disana dilaut dirumah

Betul di sana di laut di rumah

Selain itu, kata sendi nama di juga tidak boleh digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Antara contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid-muriod sekolah adalah : Salah Di saat ini Di zaman ini Pada saat ini Pada zaman ini Betul

ii. Kesilapan Penggunaan Kata Dalam Ayat Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata yang tidak tepat boleh menyebabkan berlakunya perubahan makna. Berikut disenaraikan kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid sekolah dalam penggunaan bahasa Melayu. Salah Haikal dihadiahkan sebuah buku Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak. Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah bapa saya. Betul Haikal dihadiahi sebuah buku. Sebuah buku dihadiahkan kepada Haikal. Saya tidak menyebelahi kedua-dua pihak. Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah bapa saya.

6. Pengaruh Media masa, Majalah,Buku dan Teknologi Pengaruh media masa juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan kerancuan bahasa terjadi. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen atau akhbar sering menjadi ikutan

pengguna bahasa khususnya murid-murid sekolah. Contohnya penggunaan istilah Sure Heboh yang digunakan suatu masa dahulu. Istilah ini jelas menunjukkan penggunaan bahasa rojak iaitu penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Istilah ini sering digunakan oleh murid sekolah yang tidak mengerti apa-apa tentang penggunaan istilah yang betul. Pencipta istilah ini sebenarnya tidak mngetahui bagaimana istilah baru dibentuk seperti yang ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (DBP, 1975) yang sudah menggariskan tujuh langkah dalam pembentukan istilah. Selain itu, pengaruh teknologi juga memainkan penting yang menyebabkan berlakunya masalah kerancuan bahasa. Jika dilihat pada masa sekarang dengan perkembangan teknologi terutamanya penggunaan bahasa singkatan seperti SMS, email dan sebagainya sedikit sebanyak mempengaruhi murid sekolah dalam menggunakan bahasa Melayu yang betul. Bahasa SMS atau singkatan yang digunakan telah terbawa-bawa dalam penulisan karangan murid sekolah itu sendiri. Contoh penggunaan singkatan dalam penulisan adalah seperti ; a. Jgn pergi ke kwsn itu. b. Kamu nk makan? Penggunaan singkatan seperti ini semakin meruncing di kalangan murid-murid sekolah kerana mereka tidak sedar bila masa yang sesuai untuk menggunakannya kerana sudah terbiasa dengan perkara tersebut. Kerancuan bahasa juga berlaku akibat daripada buku yang berbeza huraian atau pegangan. Di negara kita khususnya, ada pelbagai buku , baik buku tatabahasa ataupun buku teks Bahasa Melayu yang digunakan di sekolah. Pelajar sekolah biasanya didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan , iaitu Tatabahasa Dewan. Kekeliruan berlaku berpunca daripada ketidakseragaman huraian dari segi ejaan, golongan kata dan juga tatabahasa.

BAHAGIAN B Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, jelaskan dengan contoh tertentu langkah-langkah yang diambil untuk membantu murid-murid menguasai Bahasa Melayu standard.

Masalah kerancuan bahasa dikalangan murid-murid sekolah yang semakin meruncing pada masa sekarang boleh diatasi sekiranya semua guru khususnya dan masyarakat amnya mengambil berat tentang masalah tersebut. Semua pihak seharusnya bekerjasama dalam memartabatkan Bahasa Melayu menjadi bahasa standard. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah menambah guru Bahasa Melayu di sekolah. Guru Bahasa Melayu yang terlatih seharusnya ditempatkan di sekolah mengikut jumlah keperluan murid-murid di sekolah. Dengan adanya guru yang terlatih dan pakar dalam bahasa, secara tidak langsung penekanan akan lebih diberikan sama ada dari segi tatabahasa, struktur ayat, ejaan, peristilahan, kosa kata dan sebagainya. Dengan ini, murid-murid akan lebih mendapat maklumat atau panduan penggunaan bahasa yang betul. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah juga boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul di kalangan murid-murid sekolah. Panitia Bahasa Melayu khususnya boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Melayu serta menjadikan satu bahasa yang menarik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti mengadakan aktiviti minggu bahasa yang mana di dalamnya mengandungi aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek berbahasa yang betul serta aktiviti yang boleh menarik minat murid seperti pantun, kuiz, perbahasan. Teka silang kata dan sebagainya. Dengan ini secara tidak langsung, aktiviti yang dilakukan itu, akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid-murid tentang penggunaan bahasa yang betul. Disamping itu, pihak pentadbiran juga perlu peka dalam memantapkan guru-guru Bahasa Melayu. Guru-guru ini perlu dimantapkan dengan kemahiran terkini serta perubahan-perubahan terbaharu dalam Bahasa Melayu. Antara langkah yang boleh diambil ialah memberi kursus kepada guru-guru ini untuk memantapkan penguasaan mereka dari semasa ke semasa sama ada dari segi kandungan bahasa itu sendiri mahupun kaedah-kaedah yang sesuai serta menarik yang boleh diterjemahkan ke dalam bilik darjah.. Dengan itu, pengetahuan yang baharu ini dapat disebarkan kepada murid-murid dan tidak hanya berdasarkan kepada pengetahuan semasa guru tersebut belajar di institut perguruan sahaja. Seterusnya guru-guru juga perlu didedahkan dengan teknologi yang terkini dalam kaedah pengajaran mereka. Penggunaan internet, laptop dan juga ipad dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ianya sedikit sebanyak dapat menarik minat murid untuk

mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Dengan kemajuan teknologi seperti ini, maklumat-maklumat terkini dapat diperolehi seperti pembelajaran di atas talian bersama sekolahsekolah lain, soalan-soalan terbaharu dapat dikongsi bersama. Kaedah-kaedah pengajaran juga memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah kerancuan bahasa ini. Guru seharusnya merancang kaedah-kaedah yang lebih menarik serta menyeronokkan untuk menarik minat murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Dengan penggunaan kaedah yang sesuai, penggunaan bahasa Melayu secara tidak langsung, dapat dipertingkatkan di kalangan murid-murid sekolah tersebut. Kaedah-kaedah seperti permainan, kuiz, simulasi dan sebagainya boleh diselitkan dalam pengajaran guru untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah.

Kesimpulan Kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah masalah kerancuan bahasa dikalangan murid-murid sekolah adalah berpunca daripada beberapa faktor seperti pengaruh daripada bahasa ibunda, bahasa dialek, pengaruh bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain, pengaruh teknologi dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana murid-murid mudah mengikut tanpa

mengetahui maksud sebenar apa yang menjadi ikutan mereka itu. Secara tidak langsung, masalah ini akan merosakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul kerana bahasa Melayu ini sebenarnya mempunyai sistem tertentu, baik dari segi ejaan, morfologi, mahupun sintaksis. Murid-murid sekolah sbenarnya merupakan aset negara yang penting kerana generasi inilah yang akan menerajui negara pada masa akan datang. Sekiranya masalah kerancuan bahasa ini tidak dibendung dengan segera, berkemungkinan bahasa Melayu tidak akan menjadi satu bahasa yang mempunyai standardnya yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah ini, semua pihak seharusnya bersatu dan bekerjasama untuk membantu murid-murid menguasai Bahasa Melayu standard dengan baik. Antara langkahlangkah yang boleh diambil ialah memantapkan guru-guru bahasa Melayu, menambah bilangan guru bahasa Melayu di sekolah mengikut keperluan murid, mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik, mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran, serta penggunaan teknologi terkini semasa pengajaran guru. Banyak lagi tindakan yang boleh diambil oleh guru bagi membantu murid menguasai bahasa Melayu dengan baik. Semoga dengan langkah-langkah ini, kerancuan bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah dapat di atasi serta memantapkan penggunaan bahasa dikalangan murid seterusnya menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa antarabangsa pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Aeu (2013). ESP 313 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Farid M. Onn, PHD. Ajid che Kob. (1981). Pengaruh Bahasa Daerah Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar-Pelajar Melayu.

Abdul Rashid Melebek, amat Johari Moain. (2005). Sejarah Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan, Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1987). 30 Tahun , Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

KANDUNGAN

Pengenalan Definisi Konsep

Masalah Kerancuan Bahasa Di Kalangan Murid Sekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pengaruh Bahasa Ibunda Pengaruh Bahasa Pasar Pengaruh Bahasa Dialek/Daerah Pengaruh Bahasa Inggeris Dan Bahasa Lain Kerancuan Dalam Tatabahasa Pengaruh Media Masa, Majalah, Buku Dan Teknologi

Langkah-langkah mengatasi masalah kerancuan bahasa di kalangan murid sekolah Kesimpulan Bibiliografi

You might also like