You are on page 1of 2

Apakah perbezaan antara grafik bitmaps dengan grafik vektor? Bincang dengan contoh yang sesuai.

Grafik boleh dikategorikan kepada dua kumpulan yang utama iaitu grafik bitmap dan grafik vektor. Grafik bitmap juga dikenali sebagai imej raster. Ia dibina daripada piksel / bit iaitu satu susunan titik-titik. Saiz fail atau ruang storan yang diperlukan untuk menyimpannya adalah besar. Ini adalah kerana grafik jenis ini disimpan dalam bentuk bit. Bitmap mewakili sesebuah imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap dot atau piksel yang wujud dalam membentuk sesuatu imej. Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesar atau dikecilkan. Imej yang terhasil dari proses pengecilan dan pembesaran saiz ini biasanya akan kelihatan kabur, bergerigi dan tidak begitu menarik perhatian. Semakin tinggi nilai piksel sesebuah imej bagi satu unit lokasi, semakin baik resolusi dan semakin jelas sesebuah imej tersebut. Pengimbas imej (scanner) merupakan antara perkakasan yang boleh digunakan bagi memperolehi imej jenis bitmap. Imej bitmap sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang agak mendalam serta kualiti paparan imej seperti mana di dalam kehidupan yang sebenar diperlukan. Contoh perisian : Adobe Photoshop, Painter dan Macromedia X-Res. Grafik vektor pula lebih dikenali sebagai imej jenis lukisan / imej berasaskan objek. Ia dibina daripada koleksi objek seperti garisan lurus, garisan bujur dan garisan kotak. Saiz fail atau ruang storan yang diperlukan untuk menyimpannya adalah kecil. Ini adalah kerana grafik jenis ini disimpan berdasarkan set-set arahan komputer / lakaran pada komputer. Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dan sebagainya. Imej jenis vektor dibina berdasarkan garisan pada dua penjuru yang bertentangan. Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut. Gabungan pelbagai bentuk objek yang dihubungkaitkan antara satu sama lain membentuk suatu imej yang lebih bermakna. Imej ini sesuai dan mudah untuk dikendalikan bagi tujuan mengubahsuai atau manipulasi imej. Saiz, kedudukan serta bentuknya boleh diubah suai di dalam pelbagai sudut dan arah tanpa gangguan terhadap kualitinya. Semua imej vektor adalah dihasilkan oleh komputer maka ini bermakna ianya adalah kurang realistik ataupun kurang memenuhi ciri-ciri objek sebenar di dalam kehidupan sebenarnya. Semakin kompleks imej yang dilukis semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk ianya dipaparkan pada skrin. Kepakaran di dalam grafik berkomputer

juga amat diperlukan bagi menghasilkan sebuah imej vektor yang berkualiti tinggi. Imej ini amat sesuai bagi tujuan menyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip Art yang kemudiannya digunakan serta dipasarkan secara komersial dengan meluasnya. Ia juga sering digunakan terutamanya di dalam bidang teknikal seperti CAD/CAM ('Computer Aided Design / Manufacture'), permodelan saintifik, senibina, senireka dan sebagainya. Semua bidang ini memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imej seperti memindah, memadam, menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain. Contoh perisian: Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, AutoCad, Corel Draw dan sebagainya.

You might also like