You are on page 1of 3

1. KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN BAHASA DAN SISTEM SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.

Arus globalisasi dan dunia tanpa sepadan kian melanda marcapada tidak terkecuali juga masyarakat di Malaysia. Manusia berlumba-lumba mengejar pembangunan teknologi, namun arus pembangunan yang seakan tiada noktah tidak seiring dengan perkembangan akhlak di kalangan masyarakat sekarang. Keruntuhan akhlak remaja terpampang di dada-dada tabloid tempatan tidak kurang juga yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat. Remaja melayu khususnya yang dahulunya terkenal dengan baik budi bahasanya, lembut tutur katanya, dan tinggi budi pekertinya kini hanya tinggal kenangan.

Kebanyakan remaja sekarang, kasar bahasanya. Orang yang lebih tua tidak lagi dihormati. Mereka tidak lagi mengamalkan amalan yang tua dihormati dan yang muda disayangi, bagi mereka semua adalah sama. Mereka lebih cenderung menggunakan perkataan aku, tidak kira kepada rakan sebaya, orang yang lebih tua malahan ibu bapa mereka sendiri. Telah diketahui umum, kata ganti nama aku adalah agak kasar dan nampak pelik untuk digunakan terhadap orang yang lebih tua dikalangan masyarakat melayu.

Golongan penulis dilihat berperanan penting dalam membentuk kembali akhlak remaja sekarang dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam karya mereka. Penggunaan gaya bahasa misalnya, penulis dapat menasihati pembaca supaya bersatu padu. Selain pada itu penulis juga boleh menerapkan unsurunsur kebaikan dengan menggunakan simile. Antara simile yang terkenal ; baik seperti nabi,rajin seperti semut, dan bermuafakat seperti aur dengan tebing.

WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Kesantunan bahasa juga boleh digunakan oleh penulis dalam hasil nukilan mereka. Penulis boleh menggunakan perbualan-perbualan yang sesuai dalam hasil tulisan mereka. Contoh yang mudah, pak cik, boleh saya tolong ? penggunaan kata nama pak cik menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua. Ia secara tidak langsung mendidik pembaca tentang cara-cara berkomunikasi dengan orang yang lebih tua.

Di samping itu, gambaran akhlak-akhlak yang baik juga dapat digambarkan oleh penulis. Contoh yang boleh saya ambil melalui cerpen di atas ialah apabila Timah berharap agar dapat makan bersama-sama kakak Inab dan Kakak

Kiah .Jelas di sini penulis mampu menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan mewarnai semula semangat perpaduan yang saya kira semakin pudar sedangkan warna-warna individualistik semakin terang.

Dapat saya simpulkan disini bahawa penulis-penulis haruslah terus-terusan menghasilkan karya-karya yang mampu membentuk jiwa dan mewarnakan semula akhlak masyarakat zaman sekarang.

WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

You might also like