You are on page 1of 1

PERMAINAN SUKANEKA (MEKAP PASANGAN) Alatan: Baju, kain, selendang, bedak compact, lip stick, bunga- bungaan, Peserta:

7 orang (1 Kumpulan) Perempuan: bedak compact, lip stick, baju & kain Lelaki: selendang, bunga-bungaan, cekak Prosedur permainan 1. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 orang iaitu empat orang perempuan dan tiga orang lelaki. 2. Salah seorang daripada peserta perempuan perlu menjadi pengantin perempuan. 3. Peserta yang selebihnya akan mengandam pengantin perempuan menggunakan peralatan yang dinomborkan mengikut urutan secara bergilirgilir. 4. Peralatan yang disediakan terdiri daripada baju, kain, selendang, bedak compact, lip stick, bunga- bungaan,dan cekak. 5. Peserta perlu berlari sejauh 5 meter untuk mengambil peralatan yang telah dinomborkan dan teruskan larian lagi sejauh 5 m untuk mengandam pengantin menggunakan peralatan yang diambil. 6. Setelah itu, peserta perlu berlari semula ke tempat permulaan. 7. Permainan diteruskan oleh peserta yang lain dalam kumpulan tersebut menggunakan peralatan yang seterusnya. 8. Peserta yang terakhir dikehendaki membawa peralatan yang terakhir iaitu bunga kepada pengantin seterusnya membawa lari pengantin ke garisan penamat. 9. Pasangan yang berjaya menamatkan permainan dalam masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

You might also like