KRM 3013 : ASAS NOMBOR

TAJUK :

BAHAGIAN A: TUGASAN 2

KUMPULAN : UPSI07 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH : NAMA MOHD NUZAIHAN BIN MIZHAR NO. ID D20102042190 NO. TELEFON 0193756447

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: DR. MOHD UZI BIN DOLLAH : 06 MEI 2012

perpuluhan. tetapi jauh lebih penting adalah mewujudkan pengalaman bermakna kepada murid-murid.0 Pendahuluan Pengajaran matematik sekolah rendah amat menekankan kepada penguasaan dalam asas nombor. Oleh yang demikian. peraturan-peraturan langkah kerja. wang. 1. Seterusnya pelajar akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran.1 Pengenalan Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus.1. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk . Konsep dan miskonsepsi dalam pengajaran perlu diambil kira di samping pengetahuan isi kandungan pedagogi. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan makan ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Penekanan terhadap asas nombor bukan sahaja memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid. Oleh itu. walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan polapola. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus pelajar terhadap perkara yang guru mengajar. Seseorang guru seharusnya bukan hanya menganggap pengetahuan isi kandungan atau konsep sahajalah penting untuk pembelajaran berkesan. pecahan. hubungan. Setiap pelajar secara amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar belakang keluarga dan pergaulan. penguasaan pengetahuan isi kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge atau PCK) amat diutamakan demi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. malah sama pentingnya ialah strategi atau kaedah pengajaran yang sesuai. Asas nombor yang sangat diberi penekanan adalah seperti nombor bulat. bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor& Moore 1991). hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. algorithma dan teori-teorei yang kerap digunakan (Short &Spanos 1989). murid-murid akan membina makna terhadap nombor Melalui pengalaman bermakna dan seterusnya berupaya mengaplikasikannya dalam situasi yang baru dalam kehidupan mereka. Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus. dan peratus. Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh pelajar maka proses pembelajaran tidak akan berjaya.

Kesukaran berpunca daripada kecuaian murid agak mudah dikesan oleh guru tetapi kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi agak mencabar dan lebih sukar diatasi. Contohnya. guru mengajar pelajar jalan pintas untuk kira darab sesuatu nombor dengan angka 10.1 Unit 1 dan Unit 2 : Nombor Bulat 2. tetapi bagaimana pula sekiranya kalau kira darab angka 10 dengan suatu nombor perpuluhan.apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne.3) Contoh : . ( jawapan : 33. 2. Klopfer&Gunstone 1982. 2. Resnick 1983). kemungkinan tanpa disedari oleh guru.Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul. maka jawapannya adalah dengan menambahkan sifar pada nombor itu. Apabila diberikan masalah seperti (100 +23. Seterusnya pelajar akan mengingati ajaran guru. murid-murid yang menghadapi kesukaran ini akan menyusun nombor dengan mengabaikan titik perpuluhan bagi memberi jawapan yang salah.1 Miskonsepsi Nilai Tempat Murid-murid mempunyai miskonsepsi tentang nilai tempat bagi masalah aritmetik atau digit yang selalu disusun secara menegak dan bermula dari kanan.3).1. McDermott 1984. adakah caranya sama? Kecekapan guru dalam pengetahuan kandungan pedagogikal adalah sangat penting di samping penggunaan bahasa yang tersusun bagi mengelakkan pelajar daripada membuat andaian atau miskonsepsi terhadap apa yang mereka ajar (Tikunoff 1983). Secara lazimnya. Tetapi kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid banyak berpunca daripada kecuaian dan miskonsepsi.0 Kesukaran dan Miskonsepsi Dalam Pengajaran matematik Dalam mempelajari matematik murid menghadapi pelbagai kesukaran samada memahami atau mengetahui langkah penyelesaian. murid-murid diajar untuk menyusun nilai tempat digit dan tambah seca menegak.

0. minta murid-murid meletakkan titik 76. 340. Contoh: 76. Kanak-kanak dilihat menolak digit kecil dalam setiap lajur daripada digit yang lebih besar tanpa mengmbil kira kedudukan digit tersebut. 89.0 perpuluhan dan sifar selepas nombor bulat.Bagi mengatasi masalah miskonsepsi ini. Miskonsepsi ini timbul daripada kefahaman yang salah tentang operasi kira tolak iaitu”operasi tolak hanya boleh berlaku dengan nombor besar ditolak dengan nombor yang lebih kecil”. 34.1.gunakan garis nombor untuk menunjukkan beza antara integer dan nilai perpuluhan. Murid perlu sering diingatibahawa. Tindakan ini akan memberi pengukuhan tentang tujuan titik perpuluhan di samping memberi gambaran tentang nilai tempat bagi suatu nombor bulat. walaupun suatu nombor itu ditulis tanpa titik perpuluhan ( seperti 76) tetapi sebenarnya terdapat titik perpuluhan bagi sebarang nombor bulat iaitu 76. 350 Untuk latihan.0.0. 34. 89.0 Contoh garis nombor : 100 + 23. Contohnya : .3 = 2.2 Miskonsepsi Kira Tolak Kanak-kanak yang berumur 7 ke 8 tahun sering mengalami miskonsepsi ‘smaller-from-large’.

5 Contoh 2 Nombor yang besar tolak nombor yang kecil 302 -1 8 7 Seterusnya guru perlulah memberikan penekanan kepada enam kemahiran asas iaiti mengelas dan membanding. Kemungkinan murid mengenali nombor tetapi tidak pasti berapa banyak objek yang ada. membilang. pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah menggunakan bahan konkrit untuk dijadikan bahan bantu mengajar. . memadan satu dengan satu. Mula-mula guru memberi contoh penolakan nombor yang besar ditolak nombor yang kecil kemudian barulah memberi contoh penolakan nombor yang kecil kepada nombor yang besar. Contoh 1 Nombor yang besar tolak nombor yang kecil 9 . menyusun nombor mengikut tertib dan memahami konsep nilai tempat. Tetapi dengan adanya objek yang digunakan untuk menunjuk cara murid akan mudah memahami dan menyelesaikan masalah penolakan nombor. merekodkan dengan perkataan dan simbol.Bagi mengatasi masalah ini. Apabila guru menggunakan nombor murid tidak mengenalpasti berapa bilangan yang ada. Seterusnya berikan penjelasan menggunakan contoh yang dikemukakan antaranya ialah jumlah objek yang sedikit tidak dapat ditolak kerana bilangannya tidak mencukupi.

Pecahan ini terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut. Dalam perkembangan seterusnya. 75 peratus bermaksud 75/100. Ptolemy juga antara yang termasyhur dan terawal dalam mengetengahkan nombor pecahan ini iaitu kira-kira 125A. Penyebutnya adalah nombor asas sepuluh yang dikuasakan dengan nombor yang ditentukan oleh bilangan digit di kanan titik perpuluhan.C lagi. pecahan perpuluhan pula diperkenalkan. Kemahiran mengelas dan membanding merupakan konsep asas pranombor yang harus ditrekankan di peringkat awal pengajaran matematik. Antaranya Babylon purba telah menggunakan matematik semenjak 2000 B. satu perempat. pecahan "kasar" atau pecahan biasa telah dibangunkan dan ia masih digunakan sehingga hari ini. dan seterusnya.2 Unit 3 dan Unit 4 : Nombor Percahan Nombor pecahan telah digunakan oleh manusia semenjak sebelum masehi lagi. pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan. Dalam matematik. Jadi. pengangka. menunjukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan.75 mempunyai pengangka 75 dan penyebut 10 kuasa 2 (kerana terdapat 2 digit di kanan titik perpuluhan).Di peringkat awal proses pembelajaran kanak-kanak perlu diberi penekanan tentang kefahaman secara bermakna dan rasional tentang konsep-konsep asas matematik . Untuk menyelesaikan masalah penolakan nombor murid telah memahami bahawa objek yang sedikit tidak boleh digunakan untuk menolak benda yang banyak. Jadi nombor perpuluhan 0. Pada peringkat murid diberikan benda maujud yang digunakan untuk membilang dan membanding secara intuitif dan mengenal pasti kumpulan yang banyak atau sedikit. Penerangan yang jelas daripada guru membolehkan murid memahami cara penyelesaian yang mudah. 4. 2. menunjukkan 3 bahagian sama. Pecahan (Bahasa Inggeris: fraction dari Bahasa Latin fractus. "dipecahkan") ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda. yang menggunakan penyebut 100 sahaja. Di samping itu juga murid perlu diperkenalkan dengan kaedah pengumpulan semula untuk menyelesaikan masalah penolakan ini.Pecahan terawal adalah salingan integer-integer yang menggunakan simbol mewakili satu perdua. sementara penyebut.Kemudian. satu pertiga. Sebagai contoh dalam pecahan 3/4. set untuk semua pecahan (kasar) dipanggil set nombor nisbah dan diwakili simbol Q. 3. Jadi penyebutnya ialah 100. yang kini hanya dikenali sebagai "perpuluhan". Jenis pecahan ketiga yang sering digunakan ialah "peratusan".D.Penggunaan lain pecahan .

nombor di atas dikenali sebagai pengangka sementara yang di bawah dikenali sebagai penyebut. ia digelar vinculum atau secara tidak rasmi. ia digelar solidus atau slash. satu garisan memisahkan keduanya. seperti : . Lazimnya. Jika garisannya melintang. beberapa pecahan dinyatakan dalam satu angka. ia banyak digunakan dalam isyarat lalu lintas di beberapa negara. Dalam paparan komputer dan tipografi. pecahan 3/4 juga digunakan untuk menunjukkan nisbah 3:4 (tiga kepada empat) dan pembahagian 3 ÷ 4 (tiga dibahagikan dengan empat).ialah untuk menunjukkan nisbah dan pembahagian. Jadi. Pecahan biasa atau kasar biasanya ditulis dalam satu pasangan nombor. yang mengurangkan ruang tetapi masih memberi makna dalam konteksnya. "palang pecahan". Jika garisan ini mencondong. 34). Antaranya:  (satu perempat)  (satu perdua)  (tiga perempat)  (satu pertiga)  (dua pertiga)  (satu perlapan) . Tanda solidus boleh diabaikan dari gaya mencondong (cth. contoh 3⁄4.

kesilapan berlaku pada semua jenis kemahiran yang perlu mengumpul semula. Kesilapan ini didapati semakin berkurangan apabila tahap keupayaan murid-murid semakin bertambah.2. Jumlah bilangan kesilapan adalah 21.2.1 Miskonsepsi Pengangka dan Penyebut Dianggap sebagai Nombor Bulat Secara Berasingan 2. Beliau mengesani masalah ini dengan menggunakan item-item yang berhubung kait secara langsung untuk menguji idea-idea nilai tempat. (tiga perlapan)  (lima perlapan)  (tujuh perlapan) 2. . Misalnya : Ward (1979) melaporkan bahawa kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh muridnya adalah kerana murid kurang memahami konsep nilai tempat.2 Miskonsepsi Penyebut Bagi Kira Tambah dan Kira Darab Nombor Pecahan Kesilapan Mengumpul Untuk penolakan pecahan. Dapatan ini selaras dengan kajian Cox (1975) yang juga mendapati bahawa kesilapan paling kerap berlaku dalam penolakan pecahan yang melibatkan digit kecil berbanding dengan digit besar.9% daripada sejumlah 402 kesilapan yang telah dikenalpasti.

Misalnya : Kesalahan pelajar dalam kes ini mungkin disebabkan salah interpretasi atau salah faham tentang pengajaran guru. Misalnya : dan Algoritma Defektif Kesilapan murid adalah melibatkan pengaplikasian algoritma yang salah. Akan tetapi tiada kesilapan jenis ini yang dilakukan oleh murid dari kumpulan kurtil tinggi. . menyeleweng dan berkecenderungan kepada operasi yang lain. Engelhardt (1977) juga mendapati bahwa kebanyakan kesilapan jenis ini berlaku pada nombor yang berdigit besar dan bukannya disebabkan oleh kegagalan kanak-kanak mengingati nombor fakta. Misalnya: Operasi yang Salah Kesalahan biasa ini bukan disebabkan oleh pengingatan fakta asas yang silap tetapi menyalahgunakan operasi.Kesilapan Fakta Asas Kesilapan melibatkan mengumpul semula dan beberapa fakta asas. biasanya murid-murid menggunakan operasi yang betul pada permulaannya tetapi kemudiannya. Untuk jenis kesilapan ini.

Murid-murid berkenaan mungkin berpendapat bahawa penolakan nombor pecahan dan penambahan nombor pecahan akan menghasilkan nombor yang sama. Bagaimanapun pengajaran melibatkan nombor perpuluhan ini agak mengelirukan dan perlu dilaksanakan secara berhati-hati. Pengajaran nombor bulat dan nombor pecahan merupakan prasyarat sebelum pengajaran nombor perpuluhan dilaksanakan. Kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid adalah berpunca daripada kefahaman yang salah tentang sesuatu konsep matematik atau miskonsepsi.Kesilapan Identiti Kesalahan kanak-kanak dalam kes ini disebabkan oleh kekeliruan dalam pengiraan nombor yang sama dengan 1. kerana nombor perpuluhan mempunyai pertalian yang erat dengan nombor bulat dan nombor pecahan.35. Misalnya: Sekali lagi. pengetahuan dan kemahiran nombor bulat menjadi asas penting sebelum meneruskan kepada pengajaran nombor perpuluhan. kanak-kanak mungkin melakukan kesilapan ini disebabkan kurang memahami konsep sifar dalam operasi penolakan pecahan. Misalnya Kesilapan Sifar Kanak-kanak menghadapi masalah tentang konsep sifar.35 ini boleh dicerakinkan kepada dua bahagian nombor yang utama iaitu nombor bulat dan nombor perpuluhan. ahagian nombor bulat ialah 2 manakala bahagian nombor perpuluhan ialah 0. Kesukaran ini sukar dikesan oleh . 2.35? Sebenarnya nombor 2. Contohnya nombor 2.3 Unit 5 dan Unit 6 : Nombor Perpuluhan Secara umum. Kecuaian yang dilakukan oleh murid-murid dapat dikesan dan diatasi dengan cara menyemak semula penyelesaian aygn telah dilakukan.

45 adalah lebih besar daripada 54. Terdapat kekeliruan di mana sifat-sifat (properties) nombor bulat yang diaplikasikan kepada nombor perpuluhan atau tidak boleh diaplikasikan. lebih kecil nombor tersebut (Resnick &Neshaer. iii.45.3. ii. Ini menunjukkan pelajar membuat overgeneralization of decimal features instead of wholenombor perpuluhan .34. Pelajar dilihat membuat generalisasi peraturan bagi nombor bulat diguna pakai untuk nombor perpuluhan dan ‘misuse’ peraturan nombor bulat bila membuat penyelesaian bagi nombor perpuluhan.1 Kesukaran dan Miskonsepsi Mengaplikasikan Nombor Perpuluhan Sebagaimana Nombor Bulat Terdapat banyak miskonsepsi dalam kalangan murid dalam tajuk nombor perpuluhan ini adalah berpunca daripada perbezaan peraturan dalam mengaplikasikan berbanding dengan nombor bulat. sebagaimana berikut: i. Terdapat juga pelajar beranggapan sebaliknya iaitu lebih banyaknombor di sebelah kanan titik perpuluhan.3. Contohnya: pelajar mengalami kesukaran untuk mengenal magnitude bagi nombor perpuluhan jika terdapat nombor digit di sebelah kanan titik perpuluhan dan menganggapkan nombor perpuluhan sebagai nombor bulat. Sebaliknya.34234 adalah dianggap lebih kecil daripada 12. dianggap sebagai 3245. Terdapat pelajar yang mengalami kesukaran dengan ‘sifar’(zero). Oleh itu guru memainkan peranan penting untuk mengesan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dan mencari jalan mengatasinya. sebaliknya menambah sifar di sebelah kiri bagi nombor asal tidak menambah nilai nombor tersebut. Contohnya berlaku miskonsepsi apabila menganggap nombor 23. iaitu titik perpuluhan dianggap tidak bermakna dalam memberi nilai sesuatu nombor.1983). seperti 32. Pelajar membuat anggapan bahawa lebih banak digit di sebelah kanan titik perpuluhan maka lebih besar nombor tersebut. lebih sedikit bilangan digit di sebelah kanan sesuatu nombor maka lebih kecillah nopmbor tersebut. iv. number features’. 2. contohnya 12. Pelajar sedar dengan menambah sifar di kanan digit bagi \nombor bulat akan menambah nombor dengan faktor 10.murid-murid sendiri.

pengajaran tentang wang ini harus dilihat daripada dua aspek yang berbeza iaitu : 1. walaupun mereka masih kecil. Operasi matematik melibatkan wang.10 RM1. Sebagai seorang guru.3.2. Contoh : 10 sen / RM0. Kemahiran penyelesaian masalah melibatkan wang.4. Oleh itu miskonsepsi yang berlaku dalam pembelajaran tentang wang amat berkait dengan miskonsepsi yang berlaku dalam operasioperasi matematik tajuk nombor bulat dan perpuluhan. x dan ÷ tetapi juga operasi dan konsep wang seperti nilai sesuatu unit wang dan penggunaan wang 2.4 Unit 7 dan Unit 8 : Wang Wang merupakan asas dalam kehidupan manusia. 2.1 Kesukaran dan Miskonsepsi Mengenal bentuk wang Kesukaran murid dalam tajuk ini berlaku dalam dua bentuk iaitu pertama kesukaran murid dalam mempelajari pengajaran tentang wang berkait secara langsung dengaan pengetahuan tentang nombor yang lain seperti nombor bulat. Ini disebabkan perwakilan wang adalah ditulis dalam nombor perpuluhan dan peratus. sudah tentu dia juga menghadapi masalah dalam kiraan tentang wang. perpuluhan dan peratus. Boleh dikatakan setiap orang atau murid berpengalaman dalam soal kewangan serta mengetahui peranan wang dalam kehidupan seharian manusia.2 2. -.50 . Dalam aspek ini murid bukan sahaja perlu menguasai operasi matematik asas yang biasa digunakan seperti +.00 50 sen / RM0.

Banyak atau sedikit kepingan atau helaian wang juga boleh mempengaruhi murid dalam menentukan nilai wang. Kesukaran ini berpunca daripada Berkaitan dengan bahan yang digunakan untuk membuat wang. Contohnya : i.00 Kedua adalah berkait dengan nilai wang miskonsepsi tentang nilai wang. berat. Bagi murid-murid pra sekolah atau murid darjah 1 mungkin menghadapi masalah untuk menentukan nilai wang syiling dan wang kertas. guru hendaklah mengadakan aktiviti yang melibatkan murid dengan wang. Dalam hal ini terdapat murid yang menganggap wang 50 sen lebih bernilai daripada wang RM 1.Contoh jadual : Catatan pada permukaan Jenis duit syiling 5 sen 10 sen 20 sen 50 sen 1.00.RM5. ii. guru.00 Saiz duit syiling Depan duit syiling Belakang Murid dibimbing untuk mengisi jadual yang disediakan oleh Catatan pada permukaan Jenis duit syiling 1 ringgit 5 ringgit 10 ringgit 50 ringgit 100 ringgit Saiz duit syiling Depan duit syiling Belakang . nombor yang ditulis dan ukiran di belakang syiling.00. Murid diberi wang contoh seakan-akan wang sebenar. Dalam hal ini terdapat murid-murid terutama di peringkat awal persekolahan yang menganggap 2 helai duit RM1. Untuk mengatasi miskonsepsi ini. itu sendiri. Murid diminta meneliti wang berikut dengan mencatat butiran wang seperti warna.00 adalah lebih berharga daripada 1 helai RM5.

Disamping itu juga guru perlu menerapkan nilainilai murni agar murid sayangkan wang dan tidak boros semasa berbelanjaserta terapkan hasil pendapatan yang halal perlu ditekankan dalam usaha untuk mendapatkan wang. Setelah membuat pembentangan . Contohnya : Murid diminta menekap atau melukis permukaan wang. Contoh ketika menentukan barangan yang lebih murah selepas diskaun. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan.Ini menimbulkan kekeliruan dan kesukaran murid-murid kerana menganggap beli 1 percuma 1 adalah lebih murah. .00 ditawarkan diskaun 50%. Akhir sekal. Seterusnya mewarnakan dan menampal lukisan tersebut pada jadual mengikut wang syiling masing-masing. murid diminta membuat refleksi berdasarkan pengalaman masing-masing tentang nilai mata wang .2 Kesukaran dan Miskonsepsi Menenentukan Nilai Wang Dalam urusan jual beli juga sering menimbulkan miskonsepsi dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Contohnya nilai wang yang lebih besar boleh membeli barangan yang lebih mahal atau lebih banyak.guru akan membuat rumusan tentang nilai wang yang ditentukan melalui nombor yang tertera pada permukaannya. Bagi mengatasi kesukaran dan miskonsepsi murid dalam menentukan nilai wang guru hendaklah memberi kefahaman kepada murid tentang nilai wang melalui aktiviti kelas.4.00 ditawarkan pembelian 1 percuma 1 Barangan yang berharga RM5. Misalnya ketika menentukan :   Barangan yang harga RM5.2.

Jenis Mata Wang 5 sen 10 sen 20 sen 50 sen 1 ringgit 5 ringgit 2.1 Kesukaran dan Miskonsepsi Peratus Pengajaran peratus merupakan aplikasi kepada pembelajaran yang dilaksanakan terdahulu. Contohnya : . Peratus juga boleh diwakilkan dalam bentuk pecahan dengan penyebutnya ialah 100.5 Unit 9 dan Unit 10 Pengajaran Peratus Ianya Tekapan/Lukisan Wang-Muka 1 Tekapan/Lukisan Wang-Muka 2 Simbol (contoh RM1 dan RM5) Perkataan Perkataan “peratus” sememangnya tidak asing kepada kebanyakan kira.5. Perkataan peratus adalah berasal daripada perkataan latin iaitu “per centum” yang bermaksud “perseratus”. Sebenarnya simbp. menggambarkan maksud perbandingan dua kuantiti. % adalah perwakilan bagi perkataan “peratus”. menggunakan simbol % bagi menunjukkan pengurangan harga daripada harga asal sesuatu barang.Contoh jadual Mengenali Nilai Wang. Perkataan “peratus” ini banyak digunakan di pasar raya terutama ketika jualan musim perayaan. pecahan dan perpuluhan. iaitu nombor bulat. Peratus ialah nisbah bagi sesuatu kuantiti yang dibandingkan dengan nombor seratus atau 1 / 100. 2. Bagaimanapun pembelajaran tentang peratus sering menimbulkan kesukaran di kalangan murid-murid terutama untuk memahami konsep peratus.

Contohnya melibatkan murid dengan aktiviti jual beli dengan mengaitkan pengalaman sedia ada dan kehidupan persekitaran murid. Rosman menerima wang saku sebanyak RM2. Guru perlu bertanyakan berkatain masalah yang dihadapi. Contohnya : • Seorang peniaga mengatakan 20% daripada buah manggisnya dalam sebuah kotak rosak? • Kirakan bilangan buah manggis dalam sebuah kotak berkenaan yang mengandungi 100 biji? Semasa di tahun 5. Contohnya : Apakah 50% daripada 100? Jawapan murid 100/50 =2 membuat komputasi peratus.00 bermaksud jumlah keuntungan RM30. iaitu pelajar perempuan. Bagaimanapun terdapat murid yang mencari peratus berdasarkan nisbah antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.00 Murid mengalamai kesukaran untuk menyatakan pecahan sebagai peratus. Berapa peratus pelajar lelaki? Satu penyelesaian yang mungkin ialah ¼ x 100% iaitu 25%. Setelah memasuki Tahun 6. iaitu 100%.00 sehari daripada bapanya. Penyelesaian ini adalah berdasarkan kepada 1 bahagian daripada keseluruhan pelajar lelaki dan perempau. Ahmad mendapat kenaikan jumlah wang saku daripada sebanyak 20% Berapakah wang saku yang diterima oleh Ahmad semasaa di Tahun 6 sekarang? ATAU 100/50 x 100 – 2 Murid selalunya menghadapi .Jika harga beg tangan ini adalah RM100. Elakkan murid menghafal formula semata-mata tanpa memahaminya. Mereka keliru dalam mencari peratus sama ada daripada keseluruhan pelajar atau kumpulan pelajar yang satu lagi.asalah mengenal pasti asas yang betul (correct base) dalam .00 + RM30. Pembelajaran secara bermakna dengan mengambil kira pengalaman pelajar sendiri amat digalakkan. murid perlu diberi penekanan berkaitan konsep peratus. Dedahkan murid dengan soalan yang berkaitan kehidupan seharian mereka.00.00 iaitu RM130. Contohnya : ¼ daripada murid kelad 4B adalah lelaki. Masalah seterusnya yang dihadapi dan dlilakukan oleh pelajar ialah berkaitan menggunakan konsep nilai keseluruhan (whole) untuk mendapatkan jawapan. Untuk mengatasi masalah kesilapan dan miskonsepsi berkaitan peratus. Sekiranya beg tangan ini deijual dengan keuntungan 30% Berapakah harga barunya? Dalam masalah ini murid dapat gambaran bahawa 30% daripada RM100.00. Oleh itu harga jualan barangan tersebut ialah RM100.

Terdapat empat kemahiran yang boleh Perbincangan berkumpulan dan ksimpulan daripada pelajar sendiri tentang konsep peratus amat bermakna kepada mereka. memperkayakan kefahaman murid terhadao konsep peratus ialah :     Gambaran peratus berdasarkan objek sebenar. Gambaran peratus dalam bentuk gambarajah.. Algoritma atau prosedur mencari peratus menggunakan rumus.Soalan sebeignin memerlukan pemahaman murid-murid tentang konsep peratua. . Konsep peratus serta hubungannya dengan pecahan dan perpuluhan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful