You are on page 1of 41

Hubungan Etnik Di Malaysia

(CTU553)
WEDNESDAY, SEPTEMBER 26, 2012
Tajuk-Taju Esei Untuk Kerja Kursus
Aplikasi Islam dalam hubungan etnik.
Asas hubungan etnik menurut perspektif Islam.
Cabaran hubungan inter-intra etnik di Malaysia.
Dasar-dasar Kerajaan dalam hubungan etnik
Faktor penentu kejayaan pembinaan masyarakat Malaysia.
Islam dan keharmonian hubungan etnik.
Kepelbagaian etnik di Malaysia.
Kesultanan Melayu Melaka sebagai kemuncak pluraliti Alam Melayu.
Konsep dan proses penggubalan perlembagaan Malaysia.
Konsep etnik. budaya dan masyarakat.
Konsep modenisasi dalam pembangunan ekonomi.
Konsep pembangunan politik dan pembinaan negara bangsa.
Konsep perpaduan dan integrasi.
Latarbelakang politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
Masyarakat pluralistik selepas merdeka.
Pelan tindakan dan strategi ke arah masyarakat berintegrasi.
Pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
Pendekatan Islam dalam pembangunan ekonomi.
Penglibatan dan penyertaan pelbagai etnik dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.
Penjajahan dan pembentukan masyarakat pluralistik.
Peranan Masyarakat dalam hubungan etnik
Peranan NGO dalam hubungan etnik
Perlembagaan Islam dan hubungan etnik.
Perlembagaan Malaysia sebagai suatu'kontrak sosial' dalam hubungan etnik
Persepakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Pluraliti menurut perspektif Islam.
Prinsip Islam dan nilai-nilai kemanusiaan dalam hubungan etnik
Rasional unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia dalam hubungan etnik
Sejarah masyarakat plural dan pluraliti di Malaysia dalam hubungan etnik
Senario hubungan etnik di Malaysia.
Posted by i in Hrjin -

at 8:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
TUESDAY, SEPTEMBER 25, 2012
Kandungan Kursus

Bab Satu - Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
1.1 Konsep etnik. budaya dan masyarakat.
1.2 Konsep perpaduan dan integrasi.
1.3 Kepelbagaian etnik di Malaysia.
1.4 Pluraliti menurut perspektif Islam.

Bab Dua - Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah
2.1 Sejarah masyarakat plural dan pluraliti di Malaysia.
2.2 Kesultanan Melayu Melaka sebagai kemuncak pluraliti Alam Melayu.
2.3 Penjajahan dan pembentukan masyarakat pluralistik.
2.4 Masyarakat pluralistik selepas merdeka.

Bab Tiga - Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
3.1 Konsep dan proses penggubalan perlembagaan Malaysia.
3.2 Perlembagaan Malaysia sebagai suatu'kontrak sosial'.
3.3 Rasional unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia.
3.4 Perlembagaan Islam dan hubungan etnik.

Bab Empat - Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
4.1 Konsep pembangunan politik dan pembinaan negara bangsa.
4.2 Latarbelakang politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
4.3 Persepakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Bab Lima - Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
5.1 Konsep modenisasi dalam pembangunan ekonomi.
5.2 Pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
5.3 Penglibatan dan penyertaan pelbagai etnik dalam pembangunan ekonomi di
Malaysia.
5.4 Pendekatan Islam dalam pembangunan ekonomi.

Bab Enam - Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
6.1 Pelan tindakan dan strategi ke arah masyarakat berintegrasi.
6.1.1 Dasar-dasar Kerajaan.
6.1.2 Peranan Masyarakat.
6.1.3 Peranan NGO.

Bab Tujuh - Cabaran Hubungan Etnik Di Malaysia
7.1 Senario hubungan etnik di Malaysia.
7.2 Cabaran hubungan inter-intra etnik di Malaysia.
7.3 Faktor penentu kejayaan pembinaan masyarakat Malaysia.

Bab Lapan - Islam Dan Hubungan Etnik
8.1 Islam dan keharmonian hubungan etnik.
8.2 Asas hubungan etnik menurut perspektif Islam.
8.3 Prinsip Islam dan nilai-nilai kemanusiaan.
8.4 Aplikasi Islam dalam hubungan etnik.

Bab Satu - Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik


BAB 1
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:
1. Mendefinisikan konsep asas hubungan etnik
2. Menjelaskan peringkat-peringkat hubungan etnik.
3. Mengaplikasi konsep integrasi etnik dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk
Malaysia.


1.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan beberapa konsep penting dan aplikasinya dalam
mewujudkan hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Antara konsep penting
termasuklah konsep etnik, masyarakat, budaya, integrasi dan sebagainya.

Bab ini juga akan membincangkan peringkat-peringkat hubungan etnik yang
dikemukakan oleh para pengkaji masyarakat dan aplikasinya dalam konteks negara kita
Malaysia

1.2 Konsep etnik, budaya dan masyarakat.

1.2.1 Masyarakat

Kamus Dewan : Masyarakat (society) dapat didefinisikan sebagai kumpulan individu
yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat khususnya melalui
hubungan bersemuka yang berulangkali akan membina kesepaduan masyarakat
sebagai satu unit sosial.

Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial seperti
berkongsi kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya, contoh : budaya
gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama merayakan hari kebesaran dan
sebagainya.

Jelasnya, masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya, memduduki
satu-satu kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang bersatu padu.
Dari keterangan di atas dapatlah dikatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara
yng mempunyi msyrkt erilng ngs tu msyrkt mjmuk.

Masyarakat Majmuk

Istilah masyarakat majmuk dipelopori oleh J.S Furnivall menerusi kajiannya mengenai
masyarakat Indonesia dan Myanmar.

Menurut beliau masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik.
Masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam. Walau pun
mereka hidup di bawah satu sistem politik, namun mereka menjalani kehidupan secara
berasingan. Interaksi di antara mereka adalah amat sedikit dan amat terbatas. Interaksi
wujud hanya dalam bidang ekonomi seumpama ketika proses jual beli di pasar sahaja.
Seterusnya pemisahan tersebut berlarutan sehingga di bidang pekerjaan, di mana
bidang pekerjaan adalah mengikut etnik atau kaum tertentu.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Penduduknya
terdiri dari pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Iban dan
sebagainya. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah disebabkan oleh
perkembangan industri bijih timah dan getah yang pesat di sekitar abad ke 19.

Walau pun etnik ini tinggal di dalam sebuah negara dan di bawah satu sistem politik
(pemerintahan penjajah British), namun masing-masing tetap dengan tradisi, identiti,
adat resam, budaya, agama mereka. Senarion ini dapat dilihat dalam sambutan hari
kebesaran etnik masing-masing hari ini.

Ciri-Ciri Masyarakat

Berkelompok
Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok. Adalah mustahil
seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada
individu lain. Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat
berinteraksi dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota
masyarakat yang lain.

Berbudaya
Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya, umpamanya budaya
makan dengan tangan bagi orang Melayu. Budaya ini akan diperturunkan dari satu
generasi kepada satu generasi.

Berinteraksi
Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah terdapatnya perhubungan, interaksi
dan bekerjasama di antara anggota masyarakat. Perhubungan, interaksi dan
bekerjasama ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.
Mengalami perubahan
Sesebuah masyarakat adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan. Perubahan
tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri.
Sebagai contoh penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan
amalan masyarakat Melayu dari perubatan tradisional kepada perubatan moden.

Mempunyai kepimpinan
Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. Ia wujud di pelbagai
peringkat sama ada kepimpinan peringkat rendah, sederhana mahupun tinggi. Sebagai
contoh bapa adalah pemimpin keluarga, penghulu adalah pemimpin kampung dan
Perdana Menteri pemimpin negara.

Mempunyai aturan sosial
Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undang-
undang. Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat.

1.2.2 Budaya
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata
jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya
membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas
pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan
dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.

Kmus Dewn (2005) Buy adalah kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir),
erkelkun n seginy (Kmus Dewn Eisi Keempt. 2005).

Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsep menyeluruh yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan
lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.

Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satu-satu
kumpulan insan. Ia merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial, kepercayaan, adat, nilai
dan sebagainya.

Ciri-ciri budaya:

Boleh dipelajari
Ia tidak lahir dengan sendiri, oleh itu mesti dipelajari. Ibu bapa mengajar anaknya
bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan
sebagainya.

Boleh diwarisi
Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Budaya rakyat
Malaysia (Melayu, Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang
mereka dahulu.

Boleh dikongsi
Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja, tetapi boleh diamalkan juga oleh etnik
lain. Umpamanya makan nasi lemak, roti canai, nasi ayam yang sudah menjadi budaya
rakyat Malaysia.

Boleh berubah-ubah
Budaya adalah tidak statik, tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan
tempat. Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah, dan
berubah kepada atap genting dewasa ini. Dulu ekonomi masyarakat Malaysia
kebanyakannya berteras ekonomi sara diri dan telah berubah kepada ekonomi kapitalis.

Bersifat sejagat
Ia wujud dalam semua kelompok manusia, umpamanya budaya menghormati alam
sekitar. Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik dengan etnik lain
disebabkan oleh nilai setempat, pengaruh luar, agama dan sebagainya

Mempunyai unsur simbolik
Unsur-unsur berupa imej (bendera, warna, logo, lambang dan sebagainya), bunyi
(siulan, bunyian alat muzik ), isyarat, ( isyarat tangan, muka dan sebagainya)
mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.

1.2.3 Etnik

Etnik : kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. Ini
termasuk adat resam, kegiatan ekonomi, bahasa dan pakaian.

Ras : ras adalah merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri persamaan
dari segi fizikal seperti warna kulit dan sifat-sifat biologi.

Pengkaji barat, Carl von Linne mengkategorikan manusia kepada:
a) Caucasoid (putih)
b) Negroid (hitam)
c) American (merah)
d) Mongoloid (kuning)
1.2.4 Bangsa

Bangsa : Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal usul atau keturunan
yang sama.
Biasanya konsep bangsa digunakan untuk menggambarkan bilangan anggota etnik yang
besar dalam satu-satu kelompok. i.e. bangsa Cina, Melayu, India dan lain-lain.

Pada peringkat lebih tinggi dalam konteks Malaysia, bangsa menggambarkan anggota
etnik yang lebih besar yang mana di bawahnya terdapat kelompok etnik. i.e Melayu,
Cina, India dsb.

Sistem Nilai Yang Lahir Dari Konsep Asas Hubungan Etnik

Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku
yang sama yang menyatukan mereka.

Etnosentrisme : Kepercayaan dan kebanggaan yang wujud di kalangan anggota
sesebuah kelompok bahawa kehebatan cara hidup, budaya warisan serta etnisiti mereka
adalah jauh lebih baik dari kelompok lain.

Kepercayaan begini akan membawa beberapa implikasi:
a) Menolak apa-apa yang baik yang terdapat dalam budaya lain
b) Mencetuskan persengketaan senyap kerana budaya etnik lain dianggap
mengganggu dan meruntuhkan martabat manusia
c) Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara etnik kerana sikap ego dan
kebanggaan yang melulu
d) Menjadikan cara hidup dan kebudayaan sendiri sebagai piawai untuk mengukur
cara hidup dan budaya etnik lain
e) Enggan mengetahui cara hidup dan budaya etnik lain sehingga menjadikan mereka
seperti ktk i wh tempurung.

Rasisme : Pandangan pemikiran dan kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap
kelompok lain berdasarkan fizikal atau biologi.

Diskriminasi : Perbuatan membezakan seseorang individu atau kelompok berasaskan
ciri-ciri etnik.

Prejudis : Pandangan negatif terhadap kelompok lain. Ianya dibuat berdasarkan
generalisasi dan prasangka sahaja.

Dalam konteks hubungan etnik ianya berlaku apabila satu etnik memandang rendah
terhadap etnik lain. Kesan prejudis dapat dilihat bilamana satu etnik berlumba untuk
mendapat sesuatu yang terhad baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Streotaip : Ia terbentuk daripada sikap prejudis terhadap etnik-etnik lain. Walau pun
sesuatu perlakuan itu dilakukan oleh sekumpulan kecil etnik, tetapi kerana sikap
prejudisnya maka ia dianggap seluruh etnik tersebut mempunyai perlakuan yang sama.

Oleh itu stereotaip bolehlah didefinisikan sebagai gambaran berlebih-lebihan tentang
perlakuan samada ianya positif mahupun negatif terhadap satu-satu kumpulan.

Contohny penulis rt mengtkn: kekayaan yang dimiliki oleh orang Cina kerana
kerjas keras mereka, manakala kemiskinan orang Melayu adalah kerana sikap malas
n oros merek. Pnngn streotip orng Melyu terhp orng Cin: Orng
Cin lh pengotor,

1.2 Konsep perpaduan dan integrasi.

Definisi integrasi: Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan
petempatan dalam sesebuah unit politik.

Integrasi sosial adalah proses menyatu padukan berbagai kelompok dalam masyarakat
melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan identiti masing-masing.

Jelasnya bahawa integrasi akan wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahlinya
menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka.
Ianya akan melenyapkan sikap prasangka, diskriminasi terhadap satu sama lain.

Istilah integrasi sosial ini adalah cetusan idea seorang ahli sosiologi British David
Lockwood di dekad 1950an dalam usaha beliau mencari formula keamanan dan
keharmonian bagi sesebuah masyarakat yang berbilang etnik.

Menurut Shamsul Amri integrasi etnik dapat diklasifikasikan kepada beberapa Jenis,
antaranya:
a) Integrasi wilayah : Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah dalam konteks
ekonomi, politik, sosial dsb.
b) Integrasi ekonomi : Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik
c) Integrasi kebudayaan : Usaha menyatukan budaya pelbagai etnik sehingga menjadi
budaya kebangsaan.
d) Integrasi sosial : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial.
e) Integrasi pendidikan : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program
pendidikan.
f) Integrasi politik : Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama politik dan
melalui konsep pembahagian kuasa.
g) Perpaduan : Satu proses menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara
melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Jelasnya perpaduan adalah melibatkan penyatuan masyarakat dalam semua aspek
kehidupan baik fizikal, ekonomi, politik dan sosial.

Perpaduan adalah penting bagi mewujudkan kestabilan politik yang mana akan
merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

1.3 Kepelbagaian etnik di Malaysia.
1.3.1 Pendahuluan
Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi bersama
dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi tersendiri,
bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza berbanding orang
lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi wilayah sama serta terlibat
atau mengamalkan budaya yang sama. Terdapat tiga kumpulan etnik utama di Malaysia
iaitu Melayu (pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India.

1.3.2 Masyarakat Pribumi (Melayu, Sabah dan Sarawak)
Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang naif/naive (setia)
kepada wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara. Konsep
pribumi secara khusus pula merujuk kepada penduduk asal Malaysia yang terdiri
daripada orang melayu dan orang asli di Semenanjung Malaysia serta kumpulan etnik
pribumi di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2000, penduduk Pribumi meliputi 65 peratus
daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak 14.35 juta mengikut
komposisi penduduk Malaysia. Pada tahun 2005, jumlah penduduk Pribumi telah
bertambah kepada 65.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan
sebanyak 16.06 juta.

1.3.3 Masyarakat Pribumi Semenanjung Malaysia
Masyarakat Pribumi di Semenanjung Malaysia meliputi orang Melayu dan orang asli.
Orang asli terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli
atau Melayu-Proto. Kumpulan Negrito terdiri daripada suku bangsa Kinsui, Kintak,
Lanoh, Jahai, Mendrig dan Bateq. Kumpulan Senoi terdiri daripada suku bangsa Temiar,
Semi, Semoq Beri, Che Wong, Jh Hut n Mhmeri. Kumpuln Melyu sli n
Melayu-Proto terdiri daripada suku bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq,
Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Laut.

1.3.4 Masyarakat Pribumi di Sabah
Masyarakat di Sabah terdiri daripada empat kelompok utama seperti Kadazan Dusun
mewakili 24.8 peratus daripada jumlah populasi masyarakat Sabah diikuti kategori
pribumi lain sebanyak 20.6 peratus, Bajau 18.5 peratus dan Melayu 18.5 peratus.
Masyarakat Pribumi di Sabah dikatakan berasal daripada Tanah Besar Asia yang
bertutur dalam kelompok bahasa Austronesia. Masyarakat Pribumi di Sabah adalah
Kadazan / Dusun, Murut, Lun Dayeh, Bisaya, Bajau, Kedayan, Orang Sungei, Melayu
Brunei, Iranun dan Suluk.

1.3.5 Masyarakat Pribumi di Sarawak
Di Sarawak etnik Dayak, Melayu dan Melanau berjumlah 73.2 peratus daripada 2.181
juta orang penduduk Sarawak. Etnik Dayak mewakili 44.3 peratus daripada jumlah
penduduk diikut oleh etnik Melayu sebanyak 23.2 peratus dan Melanau sebanyak 5.7
peratus. Masyarakat Pribumi di Sarawak adalah Bidayuh, Iban, Melayu, Kayan, Kenyah,
Kelabit, Murut dan Lun Bawang, Punan, Penan, Melanau, Kedayan dan Bisayah.

1.3.6 Masyarakat Cina
Menurut sejarah, Masyarakat Cina mula bertapak di Malaysia pada zaman Keagungan
kerajaan kerajaan Melayu Melaka. Petempatan awal orang Cina adalah di Melaka. Pada
tahun 1403, Laksamana Yin Ching mengetuai rombongan di Melaka membawa
permintaan Parameswara kepada Maharaja China memohon untuk bernaung di bawah
perlindungan negara China. Pada tahun 1405, utusan dari China diketuai Laksamana
Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah
kerajaan Melaka oleh maharaja China. Melaka terus berkembang sebagai pusat
perdagangan yang masyhur.

Kegemilangan Melaka menyebabkan maharaja China menghantar puterinya iaitu Puteri
Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah. Puteri
Hang Li Po bersama pengikutnya kira-kira 500 orang telah disambut baik oleh sultan
Melaka dan kesemuanya memeluk agama Islam. Dipercayai Puteri Hang Li Po dan
pengikutnya menetap di suatu tempat dalam daerah Melaka yang dihadiahkan oleh
sultan. Kawasan petempatan dinamakan Bukit Cina. Perkahwinan sekufu dan silang
budaya masyarakat Cina telah meningkatkan hubungan diplomatik di antara negara
China dengan Melaka serta mewujudkan masyarakat Cina terawal di Melaka khasnya
dan di negara ini amnya.

Mengikut catatan sejarah, masyarakat Cina di Malaysia berasal dari China Selatan iaitu
dari wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi. Kelompok utama etnik Cina adalah
Hokien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kemasukan etnik Cina di Malaysia
dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1848 hingga 1914.
Selepas tahun 1914, majoriti kemasukan orang-orang Cina adalah secara persendirian.
Etnik Cina aktif sebagai pekerja lombong (di kawasan Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping,
Ampang, Seremban dan lain-lain) dan membuka kedai runcit.

1.3.7 Masyarakat India
Mengikut catatan sejarah, masyarakat India di Malaysia berasal dari India Selatan (Tamil
Nadu). Kelompok utama etnik India adalah Tamil, Malayani, Telugu dan Sikh.
Kemasukan etnik India di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang
diperkenalkan sejak tahun 1880an hingga 1910. Pada tahun 1891, terdapat 75,000
orang India di Tanah Melayu dan jumlah ini telah meningkat kepada 471,536 orang pada
tahun 1921. Etnik India aktif sebagai buruh ladang getah dan pekerja kemudahan asas
(buruh pembinaan) seperti membina jalanraya dan keretapi.
1.4 Pluraliti menurut perspektif Islam.

Menurut Islam, manusia walaupun berlainan bangsa, kulit, bahasa dan agama adalah
berasal dari keturunan yang sama iaitu Adam a.s. Ini dinyatakan oleh Allah swt:
(o)o9u -o+.B+. _t/ tH#u' |N~o+(=uHuu e eq9.9-#
c(ot7.9-#u N~o+.uu CeiB eM~t7_qv:9-# (O~uZ(=o(u
4v?t 9e2 (s0eiB -o+.)v=, O.o?
Sesungguhny Kmi telh memulikn nk-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah
memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah
lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah
Kami ciptakan. (al Isra:70)

Dalam Islam, Islam juga tidak membezakan antara seseorang dengan seseorang yang
lain berdasarkan warna kulit, etnik dan sebagainya. Sabda Rasulullah saw:

Tik keleihn ngs r ke ts ngs jm n tik keleihn ngs
Ajam ke atas bangsa Ar.

Sehubungan dengan itu Rasulullah pernah memarahi Abu Zarr apabila Abu Zarr
menghin Bill engn mengtkn whi nk hitm. S Rsulullh sw pkh
engkau menghinanya kerana ibunya?, sesungguhnya pada diri mu itu terdapat sifat-sifat
jahiliyh (Shih Bukhri)

Seterusnya Islam menganjurkan supaya umat Islam mewujudkan hubungan yang mesra
antara umat manusia sepertimana firman Allah: Hujurat : 13
-tk+~t -Z9-# -+Pe) /'3~o+.)v=, eiB 9.o 4oP&u
|N'3~o+(=\u -/u\'v ~_!-t7ou (#)u\(u-\tIe9 4 |e) |/'3tBt}2&
+e !-# |N'39o).?& 4 |e) v!-# Ae=t e7, _c
Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang
lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Hujurat : 13).

BAB 2
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

2.1 PENGENALAN
- Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke
5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi
dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah.
- Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel
dan Glory).
- Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti
terutama melalui aktiviti perdagangan.


2.2 CIRI-CIRI PLURALISME
- Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa
paksaan oleh mana-mana pihak.
- Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam Melayu. Keputusan
tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga.
- Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya
masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka.
- Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada
masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur
dan sebagainya.

2.3 KEMUNCAK PLURALISME DI ALAM MELAYU
-Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan Kesultanan Melayu
Melaka. Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat
penyebaran agama Islam. Menurut Tom Pires, seorang penulis Belanda, yang dipetik
oleh Zainal Abidin Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16)
Mlcc is very fmous n prosperous. In my opinion, it hs no comprison in the
worl .. It is city more suitle for tring proucts thn ny other in trhe
worl(Nruin Hj. Moh Jli et l, p.6). Mnkl seorng lgi penulis Belanda,
Durte Bros, pul menyiftkn Mlcc is the richest port, with merchnts who tre
wholesale and obtain shipping services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali
et al, p.6)
-Antara faktor yang membawa keagungannya sehingga diberi jolokn The Venice of the
Est:

i. Pemerintahan yang bersistematik
Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi dan misi yang jelas untuk maju, untuk
menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan barat. Pemerintah
telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan
seumpama jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya

Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan diplomasi
dengan kuasa besar pada masa itu. Hubungan Melaka dengan negara China telah
membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segi politik mahu pun dari segi
ekonomi. Dari segi politik, Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari negara China
yang menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Manakala dari segi
ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-
anasir luar.

Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan
kejawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik. Dalam hal ini,
menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik
memegang jawatan penting di istana sultan.

Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin
dengan wanita tempatan.

Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan
kepada semua penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang
Laut Melaka yang berteraskan Islam

ii. Perdagangan
Perdagangan berkembang pesat hasil jaminan keselamatan dan undang-undang.
Ancaman lanun dapat dikawal sepenuhnya dengan wujudnya Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka

Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif i. e laksamana, shahbandar dan
sebagainya yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

iii. Kebudayaan
Kehadiran imigran adalah tanpa syarat passport, visa dan sebagainya.
Natijahnya, ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kota metropolitan

2.4 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU
-Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah
khususnya Inggeris.
-British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang
getah.
-Dsr yng ugunkn oleh British p ms itu ilh ivie n rule ntr etnik i
Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu.
-Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk
mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun
sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka,
lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.
-Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun
negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu
etnik dengan etnik lain.
-Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda
sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan
kolonialisme.
-Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas,
getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka.
-Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik,
ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan. Ini
dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti :
-Politik dan pemerintahan
>Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama (sains, ekonomi dan
sebagainya)
>Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa (kehakiman, eksekutif,
perundangan) yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap
badan yang lain.

1. Sistem dan Struktur

>Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-
undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu.
>Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut
telah berpindah ke tangan gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada
pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup
seperti ekonomi dan sebagainya.
2.5 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA
-Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan
penjajah.
-Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi beberapa
aspek :

1. Aspek politik

>Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO
mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India.
>Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang
dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan
penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan
Nasional
>Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya
mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk
memberi fokus kepada soal pembangunan negara.

ii. Perlembagaan
Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia)
>Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu. Beberapa perubahan telah dibuat bagi membolehkan penyertaan Sabah
Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia.
>Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi
negara. Ia menjadi asas kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik
iii. Pendidikan
>Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis sekolah, kurikulum,
orientasi dan sebagainya telah diteruskan selepas merdeka.
>Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang
kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan yang
kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.
>Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk menyatukan kanak-kanak
berbilang bangsa di bawah satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

iv. Ekonomi
>Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu adalah dasar ekonomi bebas
lisse fire.
>Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua sistem ekonomi iaitu ekonomi
tradisional (berasaskan pertanian) yang melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden
(berasaskan pasaran dan modal) yang melibatkan orang Cina.
>Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagai masalah ekonomi,
antaranya wujud jurang pendapatan yang luas antara etnik.
>Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan
memperkenlkn eerp lngkh pemngunn erencn, ntrny
Rncngn Mlysi
DEB
Wwsn 2020 n seginya
2.6 KESIMPULAN
Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan
Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem
hidup barat seumpama politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
>Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam
Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya.
>Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi
memastikan negara terus berada dalam susana aman dan harmoni.


BAB 3
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:
n Menjelaskan faktor British memperkenalkan Malayan Union dan penentangan rakyat
Tanah Melayu terhadap Malayan Union
n Menjelaskan Konsep Perlembagaan Persekutuan dan sejarah pembentukannya
n Menghuraikan unsur-unsur tradisi Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial

3.1 PENGENALAN
-Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang
tertinggi yang menjadi dasar dan panduan dalam pemerintahan sesebuah negara.
-Dalam konteks negara Malaysia, perlembagaan mengandungi beberapa peruntukan
yang berkaitan dengan corak pemerintahan negara, kewarganegaraan, agama, bahasa
kebangsaan, kewangan, kehakiman, kewarganegaraan, hak asasi, pilihanraya dan
sebagainya (Salleh Abbas : 2).


3.2 KONSEP PERLEMBAGAAN
-Definisi perlemgn: Stu okumen yng mengnungi semu susunn perturn
dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan
pentirn seseuh negr (Huungan Etnik Di Malaysia, Oxford Fajar). Manakala
Slleh s menefinisikn perlemgn sutu surtn tu surt cr yng
mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
menubuhkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi
punca bagi semua undang-unng, sm yng suh tu yng kn iut
(Salleh Abbas : 2).
-Perlembagaan terbahagi dua iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.
-Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu
dokumen, contohnya perlembagaan Malaysia. Perlembagaan bertulis boleh dipinda bagi
memenuhi tuntutan semasa menerusi proses parlimen (Perkara 159 dan 161E).
Manakala perlembagaan tidak bertulis adalah perlembagaan yang tidak terkumpul dalam
satu dokumen. Ianya merupakan undang-undang yang diputuskan oleh parlimen dan
keputusan-keputusan mahkamah dan pandangan serta pendapat para ilmuan undang-
undang (jurist) yang terkemuka, contohnya perlembagaan negara Brittain. Ini adalah
kerana masyarakat Brittain merasakan kehidupan mereka terjamin oleh konvensyen
perlembagaan mereka dan kebijaksanaan mahkamah mereka (Salleh Abbas : 3).

3.3 KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
-Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia, yang menjadi
punca kepada semua undang-undang samada yang sudah digubal mahu pun yang
bakal digubal. Semua undang mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan. Sekiranya wujud percanggahan maka ianya akan terbatal dengan
sendirinya.

* Badan eksekutif, legislatif dan kehakiman, malah YDPA juga memperoleh kuasa
daripada perlembagaan. Dengan lain perkataan, kesemua badan tersebut tertakluk
kepada undang-undang.

-Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.
Secara ringkasnya ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman,
kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu,
Bumiputera Sabah dan Sarawak dll.

* Perlembagaan berperanan untuk menubuhkan negara, menentukan bentuk
pemerintahan, menentukan had-had kuasa pemerintah, menjaga dan mendokong hak
asasi serta membahagikan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman serta antara
kerajaan pusat dan kerajaan negeri di samping sebagai tempat rujukan tertinggi bagi
mahkamah.

-Tiap-tiap negeri di Malaysia juga ada perlembagaan atau Undang-undang Tubuh
masing-masing yang menentukan corak pemerintahan negeri berkenaan.

3.4 TUJUAN PERLEMBAGAAN

1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
Kemasukan hak istimewa Orang Melayu, agama Islam (perkara 3 (1) dan bahasa
Melayu (perkara 152) adalah untuk berlaku adil kepada penduduk peribumi Negara ini.

2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
Terdapat beberapa peruntukan khas kepada YDPA dan raja-raja Melayu. Walau Pun
mereka mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka tertakluk
kepada (Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40). Maka dengan ini dapat mengelak
penyalahgunaan kuasa.

3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
Perlembagaan bukan sahaja peruntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada
rakyat (Bahagian 2, Perkara 5-13). Ini dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh pihak
tertentu.

4. Menjamin keamanan dan kestabilan negara
Melalui sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengasasi pergerakan setiap
warganegara (Bahagian 2, Perkara 10).

3.5 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
-British kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan september 1945 dan menubuhkan
British Militery Administration (BMA), iaitu selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia
Kedua.
-Usaha untuk mewujudkan perlembagaan bagi Tanah Melayu bermula apabila British
merancang untuk menggabung semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu
pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan Union.
-Penubuhan Malayan Union pada dasarnya adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi
British di Tanah Melayu.
-Walau pun ianya ditentang hebat oleh orang Melayu, namun gagasan tersebut tetap
diteruskan di mana Malayan Union diluluskan oleh British pada 10 Okt 1945.
-Bagi menjayakan gagasan tersebut, Sir Harold Mac Micheal ditugaskan untuk
mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Malayan Union diistiharkan pada 1 April
1946 i Kings House (Crcos Seri Negr) Kul Lumpur engn Sir Ewr Gent
sebagai gabenor pertama.

3.6 FAKTOR MALAYAN UNION DIPERKENALKAN

1. Menyatukan negeri-negeri dan mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan
pentadbiran kerana negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu pada masa itu
memerlukan perbelanjaan yang besar. Sebelum PDII, Tanah Melayu terbahagi kepada
tiga sistem pentadbiran yang berbeza iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kepelbagaian sistem ini
memakan kos yang tinggi dan ini menyebabkan pembangunan ekonomi tidak
seimbangan antara satu negeri dengan negeri yang lain.
2. British menyimpan dendam terhadap Orang Melayu yang telah dikatakan telah
memberi sokongan kepada Jepun dalam PDII. Dengan pembentukan Malayan Union,
British berharap orang Melayu akan menumpukan taat setia kepada Malayan Union dan
orang bukan Melayu akan melupakan negara asal mereka. Ia akan menjamin kepesatan
pembangunan ekonomi Malayan Union.
3. Bagi menyediakan Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri apabila Tanah
Melayu memperoleh kemerdekaan satu masa nanti.

3.7 CIRI-CIRI MALAYAN UNION

1. Malayan Union mengandungi sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan
Melaka
2. Singapura kekal sebagai tanah Jajahan British dan ditadbirkan oleh seorang
Gabenor.
3. Pentadbiran Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British, dan ianya dibantu
oleh dua buah majlis iaitu Majlis eksekutif dan Majlis Legislatif.
4. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam adat dan agama Islam
sahaja.
5. Hak kerakyatan sama bagi semua tanpa mengira etnik menerusi konsep jus soli.
Melalui konsep ini etnik imigran yang layak mendapat taraf warga negara ialah:

berumor 18 tahun atau lebih dan telah menetap di Tanah Melayu selama 10 daripada
15 tahun sebelum 15 Februari 1942, dan
Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union.
3.8 PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

Sebab penentangan:

1. Pemerintahan negeri Melayu diletakkan di bawah gabenor British.
2. Penghakisan kuasa raja-raja Melayu. Mereka berkuasa hanya pada agama Islam dan
adat istiadat Melayu sahaja. Orang Melayu sukar menerima konsep pemerintahan
Malayan Union kerana mereka menganggap raja-raja Melayu adalah pelindung mereka.
Pada mereka raja-raja Melayu adalah lambang kekusaan orang Melayu, hilangnya
kuasa raja-raja Melayu bermakna lenyapnya kuasa orang Melayu.
3. Cara British mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan cara paksaan dan
ugutan. Sebagai contoh Sir Harold MacMichael mengugut Sultan Badlishah Kedah akan
kehilangan kuasa sekiranya baginda enggan menandatangi persetujuan perjanjian untuk
menubuhkan Malayan Union.
4. Kebanyakan sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis
Mesyuarat Negeri seperti mana yang terjadi kepada Sultan Perak.
5. Hak kerakyatan diberikan kepada bukan Melayu. Mereka bimbang pemberian
kerakyatan yang begitu mudah akan mengancam status quo orang Melayu dan akan
membawa kesan politik dan ekonomi orang Melayu. Kebimbangan mereka ini ada
rasionalnya kerana pada tahun 1947 orang Melayu hanya mewakili 47.46% dari jumlah
penduduk Tanah Melayu.

Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union adalah dalam pelbagai bentuk
antaranya melalui media massa (Utusan Melayu, Majlis, Saudara, Warta Malaya) dan
melalui organisasi (Persatuan Melayu Singapura, Persatuan Melayu Selangor, Kesatuan
Melayu Muda dan sebagainya)Nazaruddin, p.30. Di Alor Star, lebih 50, 000 orang
Melayu telah mengadakan demonstrasi pada Januari 1946, di Kelantan 10, 000 orang
telah berdemonstrasi pada 15 Disember 1945 bilamana Mac Michael tiba untuk
mendapat tandatangan Sultan Kelantan, manakala di Johor pula lebih 15, 000
mengadakan demonstrasi pada 10 Februari 1946. Tentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union telah menyebabkan British mengambil keputusan untuk membubarkan
Malayan Union.

Penentangan terhadap Malayan Union bukan sahaja datang dari orang Melayu tetapi
juga dari bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank
Swettenham, R.O. Winstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi. Mereka telah
menyuarakan pandangan mereka melalui media di London supaya British menjaga
kepentingan dan hak istimewa orang Melayu.

Walau bagaimana pun terdapat juga sebilanngan kecil orang Melayu dan parti politik
yang menyokong pembentukan Malayan Union. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada
golongan Melayu radikal. Antaranya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),
Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar.

Tentangan beberapa pihak diatas telah menyebabkan British bersetuju untuk
membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya pada 1
Februari 1948.

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Selepas pembubaran Malayan Union, British telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja
bagi merangka perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan Malayan Union.
Jawatankuasa tersebut terdiri dari 6 orang pegawai British, 4 orang wakil Raja-raja
Melayu dan 2 orang wakil Umno.

Jawatankuasa Kerja tersebut telah membuat beberapa cadangan, antaranya:
i. Mengekalkan kuasa dan daulat raja-raja Melayu
ii. Mengetatkan syarat pemberian taraf kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu
iii. Mengekalkan hak istimewa orang Melayu

Walau bagaimana pun beberapa pihak telah menolak cadangan yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Kerja tersebut, antaranya:
1. All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock
menyarankan beberapa perkara:
Penyatuan negeri termasuk Singapura
Pemerintahan oleh sebuah badan legislatif pusat dan ahlinya dipilih oleh rakyat
Taraf kewarganegaraan yang sama untuk semua

2. PUTERA yang dianggotai oleh Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), mahukan:
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
Hubungan luar dan pertahanan adalah di bawah tanggungjawab bersama antara
kerajaan Malaya dan British
Perktn Melyu igunakan untuk kerakyatan Malaya
Warna pada bendera mestilah menggunakan warna kebangsaan Melayu

1 Februari 1948 British isytiharkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Ciri-cirinya:

Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat.
Singapura kekal sebagai sebuah tanah jajahan British.

Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis
Mesyuarat Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerja.

Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British.

Orang Melayu diberi hak istimewa

Syarat kewarganegaraan diperketatkan. i.e orang yang layak memohon mestilah lahir di
Tanah Melayu dan bermestautin selama 8 daripada 12 tahun sebelum permohonannya
dan mempunyai pengetahuan B. Melayu atau Inggeris dengan baik.

3.9 HUBUNGAN ETNIK SEBELUM MERDEKA
Perpaduan dan hubungan antara etnik merupan satu permasalahan besar. Ini adalah
disebabkan penduduk negara ini bukan sahaja terdiri dari berbilang etnik abahkan juga
berbilang budaya, adat agama dan bahasa. Masing-masing ingin menjadikan bahasa
ibunda, agama, adat budaya masing-masing sebagai teras dalam pembentukan negara.

British cuba menyelesaikan permasalah ini dengan menubuhkan Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949 (Comunities Liason Committee-CLC) sebagai
medan perbincangan dan pemyelesaian apa jua masalah perkauman. Ini termasuklah
masalah kewarganegaraan, politik, ekonomi, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Oleh
itu penubuhan jawatankuasa ini dianggap amat bermakna dan dan bertindak sebagai
forum dalam menyemai semangat tolak ansur antara etnik demi kemajuan dan
keamanan negara.

Semangat tolak ansur antara etnik tersebut dapat dilihat menerusi kerjasama antara
etnik dalam pilihanraya perbandaran dan pilihan raya umum. Pakatan UMNO dan MCA
dalam pilihanraya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 telahmemenangi 9
daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pilihanraya umum 1955
menyaksikan Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi.

Memorandum Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London pada Februari 1956
untuk berunding mengenai kemerdekaan Malaya. Rombongan tersebut diwakili oleh 4
orang wakil raja-rj Melyu iitu Dtuk Pnglim Grng, Dto hm Kmil, ul
i Mji n Dto Mohd Sheth; manakala wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku
ul Rhmn, Dr. Ismil ul Rhmn, Dto ul Rk Hussein n Kolonel H.S.
Lee dan wakil British Malaya.

Hasilnya satu perjanjian telah ditandatangani pada 8 Feb. 1956 yang dinamakan
Perjanjian London. Aantara isi kandungan Perjanjian London ialah:
British akan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sistem pemerintahan T. Melayu adalah demokrasi dan Tanah Melayu adalah anggota
Komanwel.
British berhak menempatkan tenteranya di T. Melayu.
Sebuah Suruhanjaya bebas bagi merangka perlembagaan T. Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Susulan daripada Perjanjian London, British memerintahkan supaya dirangka satu
perlembagaan baru bagi Persekutuan Malaya yang merdeka. Sebuah Suruhanjaya telah
ditubuhkan dan diketuai oleh Lord Reid. Manakala ahlinya terdiri daripada Sir Ivor
Jennings, Sir William Mckell (Australia), B.Malik (India) dan hakim Abdul Hamid
(Pakistan). Suruhanjaya tersebut dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid mengambil
sempena nama ketuanya iaitu Lord Reid.

Mesyuarat demi mesyuarat telah di adakan oleh Suruhanjaya tersebut dari bulan Jun
hingga Oktober 1956 da telah mengadakan telah menerima sebanyak 131 memorandum
bertulis daripada parti politik dan juga orang ramai. Ini menunjukkan ianya telah
mendapat persetujuan ramai baik Melayu dan bukan Melayu. Cadangan perlembagaan
Suruhanjaya Reiod telah diterima oleh Majlis Kerja Persekutuan (Faderal Legislative
Council) pada 15 Ogos 1957 dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.

Berasaskan kepada beberapa perkara seperti kedudukan Yang Di Pertuan Agong
sebagai ketua negara, orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal negara ini dan
diberi hak istimewa, bahasa Melayu dan agama Islam diiktiraf sebagai bahasa dan
agama rasmi negara, pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu yang lahir di
Malaya selepas merdeka; maka dianggap Perlembagaan Malaya bolehlah dikatakan
satu perlembagaan berasaskan sistem monarki dan sistem demokrasi.

Orang Melayu dan bukan Melayu telah bersetuju mengenai beberapa perkara penting
seperti hak kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam,
kedudukan bahasa Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. Inilah yang dikatakan
kontrak sosial.
Prof Ahmad Ibrahim: Perlembagaan Malaysia digubal atas persetujuan ramai. Oleh itu ia
bukan sahaja dokumen perundangan tetapi juga merupakan kontrak sosial antara etnik
di Malaysia.

3.10 Unsur-Unsur Tradisi Perlembagaan dan Kontrak Sosial.

1. Bahasa Melayu.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dimaktubkan dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Ia mestilah dugunakan untuk maksud-maksud
rasmi seperti dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu, Majlis Mesyuarat Kerja
Kerajaan Negeri dsb. Walau bagaimana pun Perkara 152 (1) menyatakan penggunaan
bahasa lain dalam pertuturan, pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dilarang.

Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan status Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsan juga tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya wujud pihak tertentu menggunakan
isu bahasa i.e untuk meraih undi, maka ia boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah
Akta Hasutan 1984, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Ordinan (kuasa-kuasa perlu)
Darurat Nombor 45, 1970.

Kesan dari jaminan Perlembagaan Persekutuan dan dari usaha untuk memertabatkan
Bahasa Melayu telah melahirkan Dasar Pelajaran kebangsaan dan juga penubuhan
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970.

2. Agama Islam
Dimktukn lm Perkr 3 (1) Perlemgn Persekutun i mn Islm
merupakan agama bagi Persekutun, iitu gm rsmi negr. Wlu gimn pun
Perlemgn tetp memeri keesn terhp gm lin iitu gm lin oleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
(Perlembagaan Persekutuan 1995; Perkara 3(1).

Jaminan kebebasan beragama ini dinyatakan dalam Perlembagaan(Perkara 11) :
1. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, dan tertakluk
kepada fasal (4), mengembangkan agamanya.
2. Tiada siapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai
itu adalah diperuntukkan khas samada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-
maksud suatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
3. Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak:
1. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
2. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau
khairat; dan
3. Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang (Perlembagaan Persekutuan 1995; Perkara 11:8)

Namun (Perkara 11) juga menyatakan limitasinya iaitu:
o Ia perlulah memelihara ketenteraman dan keharmonian masyarakat awam, kesihatan
awam dan akhlak atau tingkah laku.
o Seseorang tidak boleh dipaksa membayar apa-apa cukai atau bayaran untuk tujuan
bukan agamanya.
o Hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh disekat oleh undang-undang
negeri, atau undang-undang Persekutuan dalam kes wilayah Persekutuan, jika
penyebaran agama itu dibuat di kalangan mereka yang sudah menganut agama Islam.

* Disamping menjelaskan status agama Islam sebagai agama Persekutuan,
Perlembagaan juga menyatakan bahawa mazhab yang diiktiraf iaitu mazhab Shafei dari
Ahli Sunnah Waljamaah
* Natijah daripada pengiktirafan Islam sebagai agama persekutuan, maka kerajaan
pusat dan juga kerajaan negeri mempunyai kuasa dan kebebasan untuk menubuh,
menyelenggara institusi-insitusi Islam serta mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan
perkembangan Islam (Perkara 12).
* Dalam konteks ketua agama Islam, maka perlembagaan menyatakan Sultan adalah
ketua agama di negerinya masing-masing. YDPA adalah ketua agama bagi Wilayah
Persekutuan, Melaka, P.Pinang, Sabah dan Sarawak.

3. Hak istimewa Orang Melayu

Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan Orang Melayu sebagai:
>Beragama Islam
>Bertutur bahasa Melayu
>Mengamalkan adat istiadat Melayu

* Perkara berkaitan dengan Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak ialah:
1. Perkhidmatan awam

-Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tanggungjawab YDPA atas
nasihat Jemaah Menteri merizabkan untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah
Sarawak suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam
memandangkan sebelum ini amat kurang golongan tersebut memegang jawatan
perkhidmatan awam.

2. Ekonomi

-Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan Hak istimewa Orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang ekonomi.
-Jika sesuatu permit atau lessen yang dikehendaki bagi menjalankan perniagaan atau
perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang
bertanggungjawab bagi mengeluarkan permit atau lessen tersebut. Ini bagi menolong
golongan tersebut melibatkan diri dalam perniagaan memandangkan tidak ramai dari
kalangan mereka yang terlibat dalam sector tersebut semasa penjajahan.

3. Pendidikan.

-Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA
bertanggungjawab menentukan perizaban kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak seumpama biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran
yang diadakan oleh kerajaan persekutuan.
-Namun YDPA tidak boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuan kepada kaum-
kaum lain.

4. Tanah Rizab Melayu (Perkara 89 dan 90).

-Tanah yang dirizabkan untuk orang Melayu dan tidak boleh ditukar milik dan
diselenggarakan kepada bukan Melayu.
-Menurut Moh Slleh s, iny ijelskn lm Perkr 86 n 90 erhuung
dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang
perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada berkenaan perkara melindungi
tanah rizab orang Melayu dari iselenggrkn oleh orng ukn Melyu.
-Wlu gimn pun menurut eliu lgi, p mmlnny nyk tnh ri
Melyu telh ipinhknke tngn orng ukn Melyu.
v. Pemerintahan Beraja
-Institusi Raja terus dikekalkan mana sistem pemerintahan Malaysia dikenali sebagai
pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
3.11 Rasional Perkara 153

1. Pengorbanan orang Melayu dalam masalah kewarganegaraan.

-Semasa proses penggubalan Perlembagaan dilakukan semangat toleransi di antara
orang melayu dan bukan Melayu ini dapat dilihat di mana orang Melayu sanggup
berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu. Orang Melayu menerima
prinsip jus soli iaitu pengecualian mengetahui bahasa Melayu kepada bukan Melayu. Ini
membawa kepada pemberian kerakyatan kepada 800, 000 kepada orang Cina.

2. Perkhidmatan awam.

-Semasa pemerintahan British, jawatn tinggi dipegang oleh British dan jawatan bawahan
pula dipegang oleh orang India dan Sri Lanka yang boleh bertutur bahasa Inggeris.
Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampong hanyalah sebagai petani sahaja.


1. Ekonomi.

-Peruntukan ini adalah untuk menolong orang Melayu melibatkan diri dalam dunia
perniagaan memandangkan amat sedikit orang Melayu terlibat dalam bidang tersebut
sebelum merdeka.
-Kerajaan juga ingin menghapuskan dominasi dan pengenalan satu-satu etnik mengikut
pekerjaan. Oleh itu kerajaan lancarkan DEB.

2. Pendidikan

-Keistimewaan dalam bidang pendidikan ini adalah untuk mengelak orang Melayu
ketinggalan dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana maju mundurnya ekonomi orang
Melayu adalah bergantung kepada pendidikan yang mereka terima.
3.12 ISLAM DAN PERLEMBAGAAN
-Konsep negara berperlembagaan diperkenalkan oleh Rasulullah melalui penggubalan
Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah). S. Madinah mengandungi 47 fasal.
-Ianya merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Prinsip-prinsip penting Sahifah Madinah dapat diringkaskan:
-Penggantian ikatan kesukuan atau keetnikan digantikan dengan ikatan keislaman.
Fasl ke2 menytkn Sesungguhny umt Islm i Ythri n Qurisy lh stu
umt.. Kestun umt Ythri tik ersrkn sl usul n suku kum, tetpi
beradasarkan ikatan agama.Fasal ke25 kemudiannya pula menyebut bahawa orang-
orang Yahudi dari Bani Auf adalah segolongan dengan orang-orng mukmin. Ini
bermakna Yahudi juga dikira sebahagian dari umat Madinah.
-Pengiktirafan semua etnik terhadap Rasulullah sebagai ketua negara Madinah.
Fsl ke23 menyeut Sekirny erlku perselisihn fhm ntra kabilah atau etnik
dalam satu-satu perkara, maka ianya hendaklah diselesaikan mengikut agama Islam dan
irujukkn kep Rsulullh. Ini kn memeri keiln kep semu kilh tu
etnik tanpa mengira asal usul mereka.
Penekanan kepada prinsip persamaan dan keadilan kepada semua orang tanpa
diskriminasi.
Fasal ke 15 dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang yang beriman, orang-
orang yang lemah akan diberi perlindungan supaya menjadi kuat. Perlindungan ini tanpa
mengira kabilah atau puak.
Fasal ke 16 Orng-orang Yahudi yang mengikuti langkah kami, akan memperoleh
pertolongan dan hak yang sama. Mereka tidak akan dianayai dan dimusuhi.
-Kebebasan di dalam mengamalkan adat tradisi masing-masing.
Setiap etnik dibenar meneruskan adat tradisi yang mereka warisi dari nenek moyang
merk. Ini inytkn lm Fsl ke3 Kum Mhjirin es melksnkn
kebiasaan mereka. Mereka menerima atau membayar tebusan darah antara mereka
seniri engn cr yng ik n il.
Begitu jug fsl ke4 Suku Bni Auf bebas melaksanakan kebiasaan mereka, akan
menerima dan membayar tebusan darah serta menebus tawanan mereka sendiri
dengan cara yang baik dan adil, di antara orang-orang yang beriman
-Memerangi kemungkaran adalah tanggungjawab semua kabilah atau etnik.
Fasal ke13 menyatakan : Orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah harus
melawan orang-orang yang melakukan kejahatan, dosa, rasuah, meskipun yang
melakukan itu adalah anak atau kabilahnya sendiri.

* Dilarang bantu membantu dalam kejahatan.

Fasal ke 14 Orang-orang beriman tidak boleh membunuh sesama orang beriman
untuk kepentingan orang kafir. Orang-orang beriman juga tidak boleh membantu orang
kafir memusuhi orang beriman.

KESIMPULAN
Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, perlembagaan merupakan sebuah
dokumen yang penting dalam sesebuah negara. Ia merupakan dasar yang menyatakan
hala tuju dalam pemerintahan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, proses
penggubalannya memakan masa yang panjang dan mengambil kira pelbagai faktor
seperti kedudukan orang Melayu, kerakyatan etnik imigran, kedudukan sistem beraja,
agama, bahasa dan sebagainya.
Pengorbanan orang Melayu dan penerimaan etnik imigran terhadap perkara-perkara
yang terkandung dalam perlembagaan telah membawa kepada keamanan negara,
perpaduan yang jitu di kalangan rakyat. Kesejahteraan dan keharmonian hidup ini
membolehkan kerajaan menumpukan usaha untuk membangunkan negara ke arah
menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

BAB 4
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep pembangunan politik
2. Menghuraikan proses pembangunan politik di Malaysia
3. Menghuraikan kemunculan politik berparti di Malaysia
4. Menganalisis bagaimana bagaimana politik mampu memupuk hubungan etnik yang
harmonis


4.1 PENGENALAN
-Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang etnik yang
diwarisi dari zaman penjajahan.
-Oleh itu perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara, ini
adalah bagi memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin.
-Persoalannya sejauhmanakah masyarakat Malaysia kini prihatin terhadap semangat
perpaduan dan menjiwai konsep bangsa Malaysia yang dilaungkan oleh pemerintah.


4.2 KONSEP PEMBANGUNAN POLITIK
-Menurut para sarjana sains sosial dan kamanusiaan, pembangunan adalah sebahagian
daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya. Pembangunan itu
pula dibahagikan oleh mereka kepada dua kategori besar. Pertama, pembangunan yang
dirancangkan, dan kedua pembangunan yang tidak dirancangkan. Ternyata hampir
keseluruhan tumpuan dunia selama ini adalah terhadap pembangunan yang dirancang.
-Pembangunan berbentuk ini melibatkan usaha sedar manusia merancang perubahan
dalam hidup mereka. Tindakan ini sering diungkapkan sebagai social engineering yang
pula melibatkan banyak pihak untuk menjayakannya:perecana, pelaksana, penerima dan
terpenting sekali pembiaya. Dalam konteks sebuah masyarakat, tindakan merancang
pembangunan menjadi tanggungjawab semua lapisan rakyat, masing - masing dengan
bentuk sumbangan yang tertentu. Ahli politik, anggota profesional, para akademik,
saudagar dan pemodal, pakar teknologi, kaum tani, kelas pekerja dan berbagai-bagai
golongan lain termasuk rakyat terbanyak, semuanya sama-sama terlibat memupuk
proses pembangunan berbentuk ini.
-Alat utama dalam pembangunan yang dirancangkan ini adalah sebuah institutsi yang
dikenal sebagai "perancang pembangunan" atau development planning. Institutsi ini pula
bertunjangkan satu elemen penting yang disebut "Rencana Pembangunan" atau
development plan 1. Rencana pembangunan ini dirakamkan secara bertulis dalam
sebuah buku, yakni buku rencana pembangunan..(Shamsul Amri Baharuddin, (1990).
Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur).

-Pembangunan politik dianggap sebagai prasyarat kepada pembangunan ekonomi sosial
dan sebagainya. Ini adalah kerana pembangunan aspek tersebut tidak boleh dicapai
tanpa melalui sistem politik tertentu. Oleh itu berjaya atau tidaknya usaha untuk
mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara adalah bergantung pada
senarion, ideologi dan sistem politik negara terbabit (Ahmad Shukri bin Mohd Nain dan
Rosman Mohd Yusof, 2009. Konsep, teori dan isu pembangunan, Johor Bahru : UTM, p.
162)
-Pembangunan politik bermakna modenisasi politik iaitu membangunkan sistem politik
demokrasi barat sebagai model pembangunan politik negara membangun.
-Sehubungan dengan itu pembangunan politik juga merujuk kepada suatu sistem yang
bersifat tempatan seperti sistem kekerabatan, kesukuan digantikan dgn sistem
pentadbiran yang menggunakan prosedur yang standard untuk mempertahankan
kestabilan dan menguruskan segala sumber ekonomi yang produktif untuk kepentingan
bersama sebagai sebuah negara. Unsur nasionalisme dalam konteks mewujudkan
sebuah negara adalah penting. Dengan perkataan lain, konsep pembangunan politik
juga dikaitkan dengan pembangunan negara-bangsa.
-Matlamat pembangunan politik adalah untuk membina negara bangsa. iaitu bangsa
Malaysia yang yang bersatupadu dan hidup dalam suasana aman damai.
-Kaedah pembinaan negara bangsa (Kaedah top down):
>Penghayatan ideologi negara i.e Rukun Negara (lihat di bawah).
>Penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh kerajaan
>Pemupukan semangat nasionlisme melalui lambang dan ritual negara

* Pembangunan politik juga melibatkan perubahan dalam aspek struktural dan budaya
sehingga membawa kepada perubahan sistem politik masyarakat. Ianya melibatkan tiga
proses utama, iaitu:

i. Perbezaan struktural politik: iaitu perubahan dari konsep feudal kepada struktur
pembahagian kuasa kepada kehakiman, eksekutif dan perundangan.
ii. Sekularisasi budaya politik: Perubahan daripada budaya politik feudal yang tidak
memisahkan antara agama dengan negara kepada pemisahan antara kedua-duanya.
iii. Penyertaan politik oleh rakyat: kuasa rakayat dalam menentukan hala tuju politik.

-Pembangunan politik oleh diukur dan dianggap tercapai (wujud demokrasi) sekiranya
wujud :
>Parti-parti politik
>Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
>Perlembagaan negara
>pilihan raya
4.3 PELAKSANAAN PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA
-Dalam usaha membina negara bangsa, Malaysia hadapi pelbagai cabaran, antaranya
migrasi, penjajahan, wilayah yang berbeza, etnik yang berbeza dan kerajaan yang
berbeza.
-Walaubagaimana pun, Malaysia komited untuk membina sebuah negara bangsa yang
aman lagi makmur.
-Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beberapa kaedah digunakan, antaranya:
i. Program penghayatan ideologi negara i. e Rukun Negara
ii. Penerapan dasar-dasar awam i. e DEB, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar
Pendidikan Kebangsaan (lihat bab 5).

-Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) dan diisytiharkan pada Ogos 1970.
-Ia adalah bagi mewujudkan interaksi antara etnik di Malaysia, ekoran dari peristiwa 13
Mei 1969, di mana berlaku perselisihan antara etnik Melayu dengan etnik Cina yang
berpunca dari ketidakpuasan hati mengenai kedudukan sosio-ekonomi antara etnik
Melayu dengan bukan Melayu.
RUKUN NEGARA
-Matlamat Rukun Negara adalah:
>Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
>Memelihara satu cara hidup demokratik.
>Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama.
>Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
pelbagai corak
>Membina satu masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi
moden.

-Bagi mencapai matlamat tersebut, maka dirangka 5 prinsip Rukun Negara:
>Kepercayaan kepada Tuhan
>Kesetiaan kepada Raja dan Negara
>Keluhuran Perlembagaan
>Kedaulatan Undang-Undang
>Kesopanan dan kesusilaan.
4.4 KEMAJMUKAN ETNIK DALAM SISTEM POLITIK DI MALAYSIA
Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan jumlah
penduduk seramai hampir 26.6j (2006) orang yang terdiri dari etnik Melayu (55%), Cina
(25%), India (7%) dan etnik Sabah dan Sarawak. Kemajmukan sistem politik Malaysia
dapat dilihat dari sudut:

1. Demografi dan komposisi penduduk di Malaysia:

Secara keseluruhannya etnik Melayu merupakan etnik majoriti di Malaysia
Komposisi etnik antara negeri adalah tidak seimbang di mana Kelantan 90% daripada
rakyatnya adalah orang Melayu, manakala P.Pinang mempunyai komposisi penduduk
yang agak seimbang antara Melayu dan bukan Melayu. Di Sarawak dan Sabah majoriti
penduduknya adalah etnik peribumi Sabah dan Sarawak, orang Melayu dan Cina
merupakan penduduk minoriti.

2. Data pilihanraya, antaranya dapat di simpulkan:

i. Di semenanjung dominasi etnik Melayu dalam pilihanraya adalah jelas, di mana
Melayu menguasai 125 kerusi parlimen 2004
ii. Di Sabah dan Sarawak 31 kerusi dimenangi oleh etnik peribumi. Ini menjadikan kurusi
Melayu dan bumiputera 156 kerusi (71.2%).
iii. Cina semenanjung mempunyai 23 kerusi parlimen (10.5%)
iv. Cina Sabah dan sarawak memenangi 7 kerusi. Ini menjadikan kerusi etnik Cina
keseluruhannya 30 kerusi (13.7%).
v. Tiada satu kerusi parlimen pun majoriti pengundi India.
vi. Daripada 219 kerusi parlimen 33 kerusi (15.1%) adalah kerusi plural. Ini bermakna
dalam kawasan parlimen tersebut tiada satu pun etnik yang mewakili etnik majoriti
pengundi di kawasan berkenaan.
vii. Formula agihan kerusi parlimen berdasarkan komposisi penduduk satu-satu
kawasan telah berjaya meneruskan konsep kerjasama politik dan konsep perkongsian
kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional.
4.5 KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK
-British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik
tradisional kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem
pembahagian kuasa.
-Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya adalah
bersifat keetnikan.
-Namun ia tidak menghalang wujudnya kerjasama antara parti politik. Usaha untuk
mengadakan kerjasama politik yang berteraskan etnik ini telah dimulakan dengan
pembentukan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1952.
-Perikatan telah menyertai Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang dan Pilihanraya
Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi Pilihan raya
Perbandaran Kuala Lumpur yang di adakan pada Februari 1952.
-Kerjasama tersebut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC pada tahun 1954 dan
seterusnya membentuk parti Perikatan. Perikatan dan telah berjaya menawan 51
daripada 52 kerusi dalam pilihanraya 1955.
-Percubaan untuk menghindarkan parti berbentuk etnik dan menubuhkan parti multi etnik
telh ilkukn oleh Dto Onn Jfr gn menuuhkn Prti Kemerekn Mly
(IMP) tetapi ditolak oleh parti-parti politik di Malaya ketika itu.
-Pada 1972, Perikatan telah ditukar nama kepada Barisan Nasional bagi membolehkan
lebih banyak parti politik menyertai kerjasama tersebut.
-Penubuhan BN disambut baik oleh rakyat negara ini. Ini dibuktikan dengan
penguasaannya terhadap kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kebanyakan
negeri dan kemampuannya memerintah Malaysia sehingga kini.

4.6 ASAS-ASAS PENTING POLITIK DIMALAYSIA
-Kontrak sosial.
KS adalah persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina, India semasa
mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu.
Diantara perkara penting dalam KS ialah :
>Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu tidakboleh dipersoal.
>Hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoal.
>Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli.
>Islam sebagai agama persekutuan.
>Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
-Perjanjian Malaysia 1967
Perjanjian yang dicapai bagi penubuhan Persekutuan Malaysia dengan kemasukan
Sabah, Sarawak dan Singapura. Ia tidak mengubah kedudukan Kontrak Sosial sebelum
ini
20 PERKARA TUNTUTAN SABAH YANG DITERIMA DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 1: AGAMA
...
"walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi malaysia, agama rasmi
tidak ada di borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut
pelembangaan malaya hendaklah tidak merangkumi borneo utara."

Perkara 2: BAHASA

"(a) bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan.
(b) bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari
malaysia.
(c) bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi borneo utara, untuk semua tujuan
baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa had tempuh."

Perkara 3: PERLEMBAGAAN

"walaupun perlembagaan persekutuan malaya diterima sebagai asas perlembagaan
malaysia, perlembagaan malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan
berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui dalam
keadaan yang berlainan sama sekali. perlembagaan baru untuk borneo utara sudah
tentu perlu."

Perkara 4: KETUA PERSEKUTUAN

"ketua negara borneo utara tidak boleh menjadi ketua negara persukutan."

Perkara 5: NAMA PERSEKUTUAN

"malaysia" bukannya "melayu raya".

Perkara 6: IMIGRESEN

"kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di malaysia dari luar adalah terletak
di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke borneo utara perlu mendapat
kelulusan kerajaan negeri. kerajaan persekutan tidak boleh menghalang kemasukan
orang ke borneo utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab keselamatan.

borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal
pergarakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di malaysia ke dalam borneo utara,
selain daripada yang bekerja dengan kerajjan persekutuan di borneo utara."

Perkara 7: HAK PEMISAH

"tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada persekutuan."

Perkara 8: PERBORNEOAN

"pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan
dengan secepat mungkin."

Perkara 9: PEGAWAI BRITISH

"segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai british kekal dalam
perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak
dari borneo utara."

Perkara 10: KEWARGANEGARAAN

"saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah
merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat borneo utara dalam persekutuan,
tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:

(a) perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun;

(b) demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a)
hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepulah tahun" dan bukkannya "lapan daripada dua
belas tahun"; dan

(c) perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan
kewarganegaraan ibu-bapa - seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia
mestilah menjadi warganegara persekutuan."

Perkara 11: TARIF DAN KEWANGAN

"borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan tarifnya
sendiri."

Bab12 Perkara 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA

"pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-hak
istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di malaya, tetapi formuka malaya
yang digunakan di malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk borneo
utara."

Perkara 13: KERAJAAN NEGERI

"(a) ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak
rasmi;
(b) sistem menteri yang sempurana hendaklah diujudkan di-borneo utara."

Perkara14: TEMPOH PERALIHAN

"tempoh peralihan hendaklah diserahkan pada negeri borneo utara oleh perlembagaan
dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan."

Perkara15: PELAJARAN

"sistem pendidikan yang ada di-borneo utara sekarang hendaklah dikekalkan dan
diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negiri."

Perkara16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

"kerajaan pusat tidak boleh membuat sebarang puindaan, mengubahsuai atau menarik
balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada borneo utara tanpa
persetujuan kerajaan borneo utara. kuasa membinda perlembagaan negeri borneo utara
adalah hak mutlak rakyat negeri itu."

Perkara17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

"ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk borneo utara tetapi juga saiz
dan petensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada singapura."

Perkara18: GELARAN KETUA NEGARA

"yang di pertua negara"

Perkara19: NAMA NEGERI

sabah

Perkara20: TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

"peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis tanah
negara tidak harus merangkumi borneo utara. majlis kebangsaan bagi kerajaan
tempatan juga tid...ak harus merangkumi borneo utara."

-Perkongsian kuasa
Perkongsin kus i ing politik i Mlysi ermul p thun 1950n engn
penubuhan parti Perikatan (kemudiannya BN), di mana pemimpin ketiga-tiga etnik
terbesar (Melayu, Cina dan India) sedar bahawa kunci keamanan adalah bertitik tolak
dari pemuafakatan etnik di bidang politik
Konsep perkongsin kus ini memeri pelung kep semu etnik, sm kecil
atau besar, terlibat dalam pentadbiran negara.
-Kerajaan Demokratik
ntr ss penting lm politik i Mlysi ilh kerjn yng emokrtik, i
mana Malaysia telah mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen sejak merdeka
1957.
Menerusi sistem ini setip etnik erpelung menytkn hsrt, cadangan dan juga
bangkangan terhadap kerajaan dan juga dasar-dasarnya, selagi ia tidak menyentuh
sensitiviti etnik dan merosakkan keamanan negara.

4.7 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS MERDEKA
-Secara umumnya Malaysia telah berjaya memupuk perpaduan dan integrasi etnik di
kalangan rakyatnya. Bahkan Malaysia dijadikan contoh sebuah negara berbilang etnik
yang dapat hidup aman harmoni.
-Namun hubungan etnik dalam sosial adalah kurang mantap, hanya wujud secara luaran
sahaja.
-Buktinya:
1980an kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu yang mengapi-apikan
perkauman
Peristiwa Kampung Medan 2000, pertelingkahan antara Melayu dengan India
-Bagi merealisasikan hubungan etnik yang sebenarnya kerajaan telah mengambil
langkah mewujud dasar-dasar yang dirangka kerajaan i.e DEB, Wawasan 2020 dan
sebagainya.
>Dasar-dasar tersebut menyediakan peluang kepada semua etnik untuk berada dalam
ruang fizikal dan bukan fizikal yang sama.
>Ia juga banyak mempertemukan perbincangan antara etnik demi pembentukan negara
bangsa Malaysia yang maju i.e dalam ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.


PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK
Prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam

* Musyawarah

Asas musyawarah yang paling utama adldah berkenaan dengan pemilihan ketua negara
dan oarang-oarang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah.
Asas musyawarah yang kedua adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara
pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam Al-Quran dan As-
Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi
menetukan perkara-perkara baru yang timbul di dalangan ummah melalui proses ijtihad.

* Keadilan

Prinsip ini adalah berkaitan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan
sistem ekonomi Islam. Dalam pelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang
terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan merangkumi segala jenis
perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara
rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersebgketa di hadapan pihak
pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-
anaknya.kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah di antara asas
utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam
untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip
nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia
dalam segala aspeknya.

* Kebebasan

Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berterskan
kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenaradalah
tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta menjadi asas-asas
utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.

* Persamaan

Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut hak,
persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan
oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah kuatkuasa
undang-undang.

* Hak menghisab pihak pemerintah

Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap
tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak pemerintah untuk
melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran
negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap
anggota dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan
kemungkaran. Dalam pengertian yang luas, ini juga bererti bahawa rakyat berhak untuk
mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.
Tujuan Politik Menurut Islam
Tujuan sistem politik Islam adalah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan
dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat
Islam. Tujuan utamanya ialah menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.
Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syariat, maka akan tertegaklah Ad-Din
dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan-tuntutan Ad-Din tersebut.
Para fuqahak Islam telah menggariskan 10 perkara penting sebagai tujuan kepada
sistem politik dan pemerintahan Islam:

1. Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati oleh ulamak salaf
daripada kalangan umat Islam
2. Melaksanakan proses pengadilan dikalangan rakyat dan menyelesaikan masalah
dikalangan orang-orang yang berselisih
3. Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai
4. Melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan syarak demi melindungi
hak-hak manusia
5. Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi
kemungkinan serangan daripada pihak luar
6. Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam
7. Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat, dan sedekah sebagaimana yang
ditetapkan syarak
8. Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara
agar tidak digunakan secara boros atau kikir
9. Melantik pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara
dan menguruskan hal-ehwal pentadbiran negara
10. Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yang rapi dalam hal-ehwal awam demi
untuk memimpin negara dan melindungi Ad-Din

BAB 5
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

5.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan hubung kait pembangunan ekonomi dan hubungan etnik.
Ia juga akan menjelaskan konsep modenisasi, pembangunan ekonomi dan politik.

5.2 KONSEP MODENISASI
1. Modenisasi : proses transformasi / merubah sesebuah masyarakat dalam segenap
bidang kehidupan samada politik, sosial, ekonomi dll.
2. Transformasi terbahagi kepada dua iaitu berencana dan tidak berencana
3. Transformasi berencana iaitu perubahan yang mempunyai matlamat, kaedah dan
ianya dapat diukur.
4. Pembangunan ekonomi dapat diukur melalui:
5. Pertumbuhan Dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK)
6. Peningkatan kualiti hidup (pendidikan, kesihatan, persekitaran, kemudahan asas
dsb.

5.3 MODENISASI DI MALAYSIA
1. Modenisasi Malaysia adalah bermodelkan modenisasi barat yang banyak
menitikberatkan pembangunan ekonomi.
2. Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia sedar bahawa negara tidak boleh
selamanya bergantung kepada sektor pertanian kerana harga komoditi pertanian
sentiasa mengalami turun naik.
3. Oleh itu Malaysia meletakkan matlamat ingin keluar dari status negara pertanian
kepada sebuah negara industri.
4. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, beberapa langkah telah diambil, antaranya:
5. Menyediakan prasarana i.e jalanraya, keretapi, tenaga elektrik, komunikasi dsb.
6. Pembangunan dan penggunaan teknologi terkini/moden dan mengenepikan ilmu
tradisional dan menggantikannya dengan ilmu saintifik.
7. Pembangunan pertanian : pertanian sara diri diubah kepada pertanian komersil.
8. Urbanisasi : memindahkan penduduk luar bandar ke bandar bagi memenuhi
permintaan tenaga buruh.
9. Perhebatkan proses industrialisasi : Pengeluaran barangan kilang / siap secara
besaran2.
10. Perubahan daripada industri gantian import kepada industri berasaskan ekspot.
11. Di abad ke 21, Malaysia memberi fokus kepada pembangunan beasaskan K-
Ekonomi.
12. Secara umumnya Malaysia berjaya memodenkan ekonomi. Buktinya :
13. Pertumbuhan ekonomi 1990an berada pada 8-9%.
14. Peningkatan kualiti hidup
15. Inflasi terkawal

5.4 URBANISASI DI MALAYSIA (DALAM KONTEKS POLITIK)
1. Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan ekonomi tidak dapat dipisahkan
dengan pembangunan politik.
2. Ini adalah kerana Persekutuan Malaysia adalah terbentuk dari gabungan beberapa
negeri dan juga gabungan beberapa etnik yang membentuk negara bangsa.
3. Berbekalkan gabungan tersebut, maka Malaysia beriltizam untuk membentuk
sebuah negara bangsa yang aman dan harmoni.
4. Dalam konteks pembangunan ekonomi, kemajuan ekonomi bukan hanya untuk
kemakmuran ekonomi semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu iaitu untuk
pembentukan sebuah negara bangsa yang mampu hidup bersama.
5. Oleh itu kerajaan sedar bahawa pembangunan di Malaysia mesti mengambilkira
soal etnik dan demografi. Tanpanya akan berlaku pertelingkahan etnik sepertimana
peristiwa 13 Mei 1969.
6. Bagi mengelak peristiwa tersebut berulang, maka kerajaan telah perkenalkan
beberapa rancangan, antaranya:
7. Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama
8. Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
9. Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
10. Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
11. Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua
12. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
13. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
14. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
15. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
16. Rancangan Pembangunan Negara Fasa Ketiga
17. Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
18. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
19. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
20. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)
21. Bagi merancakkan lagi pembangunan Negara, kerajaan telah merangka Rangka
Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Ianya adalah:
22. Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990)
23. Dasar Ekonomi Baru (DEB).
24. Matlamatnya :
25. Mengurang dan membasmi kemiskinan.
26. Menyusun semula masyarakat.
27. Strategi yang digunakan:
28. Mewujudkan peluang pekerjaan dipelbagai sektor
29. Merapatkan jurang pendapatan antara etnik & wilayah
30. Rancangan Pembangunan Wilayah.
31. Matlamat:
32. Memperbaiki taraf hidup
33. Pembukaan tanah dan pembukaan Bandar baru, i.e KESEDAR, KETENGAH,
KEJORA dll.
34. Pembangunan Perindustrian.
35. Industri berat berasaskan modal dan teknologi i.e HICOM
36. Meningkatkan peranan swasta dalam pembangunan negara

5.5 ISU-ISU EKONOMI

Agihan ekonomi.
>Pertumbuhan ekonomi negara adalah amat memberangsangkan i.e 8-9% pada 1996
>Isu agihan di sini dilihat dari dua sudut iaitu agihan berdasarkan kelas sosial dan agihan
berdasarkan kelompok etnik.

Equality (kesamarataan) dan Equity (keadilan)
>Perlembagaan fasal 8 perkara (1) menjelaskan bahawa semua orang adalah samarata
disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan samarata disisi undang-
undang.
>Oleh itu ada pihak-pihak tertentu berhujjah bahawa Hak istimewa Orang Melayu perlu
dinilai semula.

DEB dan hubungan etnik.
>DEB diperkenalkan 1970 bagi menyelesaikan masalah jurang ekonomi antara etnik. Ia
juga adalah bertujuan menyusun semula masyarakat.
>Diharapkan pada 1990 ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara mencapai 30%. Ini
adalah bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Pendidikan, Ekonomi dan identiti bangsa
>Kerajaan melihat aspek pendidikan mampu merubah struktur ekonomi dan politik
negara. Oleh itu diwujudkan pengajaran sains dan matematik di sekolah menggunakan
bahasa Inggeris.

Globalisasi : Ekonomi dan Hubungan Etnik.
>Kejayaan ekonomi Asia di dekad 1990an, termasuk Malaysia adalah disebabkan
elemen globalisasi. Ia dibuktikan oleh aliran masuk modal asing (FDI) dan perlaksanaan
dasar liberalisasi ekonomi dan kewangan negara.
>Aliran masuk modal asing ini dianggap sebagai wang panas yang mana kemudiannya
telah menyebabkan negara-negara Asia, termasuk Malaysia dilanda kegawatan ekonomi
pada 1997-98.

Krisis Ekonomi
>Implikasi Terhadap Usahawan Bumiputera, 1998 lebih 25, 000 usahawan bumiputera
gulung tikar. 191 IKS bumiputera muflis.

BAB 6
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

6.1 PENGENALAN
-Perpaduan dan integrasi etnik adalah penting bagi memastikan pembangunan negara
berjalan lancar
-Kemampuan integrasi etnik telah dibuktikan di zaman sebelum penjajahan di mana
golongan Baba telah berasimilasi dengan kebudayaan Melayu.

6.2 DEFINISI
-Perpaduan : Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan tanah air
-Integrasi : Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan
yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
-
6.3 DASAR DAN PELAN TINDAKAN KE ARAH PERPADUAN
6.3.1 Rukun Negara
1. Digubal untuk menyemai dan memupuk semangat perpaduan etnik ekoran peristiwa
13 Mei 1969.
2. Dperkenalkan pada 1970
3. Terdapat 5 rukun semuanya.

6.3.2 Dasar Ekonomi Baru.
Matlamat:
i. Membasmi kemiskinan.
>Kadar kemiskinan 1970 49.3% menurun kpd 17% pd 1987. Dalam kes kumpulan etnik
pula, di semenanjung, paras kemiskinan b/putra menurun dr 46% 1976 kpd 24% 1987.
Manakala kaum India drp 27% kpd 10% dan Cina 17% kpd 8% pd 1987.
(Perubahan Fasa Ekonomi Malaysia. 2003. Samuel Bassey Okposin, Abdul Halim Abdul
Hamid & Ong Hway Boon. K:L Utusan Publication. p.35-37).
ii. Penyusunan semula guna tenaga.
>Penyusunan semula guna tenaga menunjukkan kemajuan sepanjang dekad 1970an
dan 1980an dgn lebih banyak b/putra berpindah ke sektor moden dan pekerjaan bergaji
tinggi.
>Perubahan dlm sektor guna tenaga ini diiringi perubahan dlm sektor penduduk,
pertumbuhan tenaga kadar perbandaran dan pertumbuhan ekonomi
>Jelasnya kadar pertumbuhan yg pesat membawa kpd pertumbuhan yg lebih tinggi dlm
guna tenaga dlm prospek yg lebih baik untuk penyerapan b/p kedlm sektor swasta dan
awam. Pertumbuhan ekon yg perlahan 1980an telah meningkatkan kadar pengangguran
dikalangan b/p drp 7% 1980 kpd 7.6% 1985 dan tahap yg lebih tinggi dijangkakan iaitu
8.7% berbanding 8% bg India dan 5.7% bg Cina.(Ibid. p.38)
iii. Penyusunan semula pemilikan.
Pemilikan ekuiti b/p meningkat dr 4.3% 1971 kpd 19% 1990. Cina 34% ke 56.7% dgn
kepentingan asing merosot drp 62% 1972 ke 23.4% pd 1990.(Ibid, p.39)
iv. Masyarakat perdagangan dan perindustrian BP.
Adalah sukar untuk menilai tahap kejayaaan DEB dlm Rancangan Pembangunan
Usahawan b/P, kecuali kita melihat kpd penyaluran sumber kpd komuniti b/p.
Rancangan Pembangunan Usahawan b/P termasuklah bantuan kewangan, khidmat
runding cara khidmat nasihat dan latihan, bantuan teknikal, sokongan pentadbiran dan
penglibatan langsung kerajaan dlm sektor swasta. Sejumlah besar agensi terlibat dlm
Pembangunan Usahawan b/P termasuklah MARA, ITM (kini UiTM), UDA, MIDF, NPC,
Pernas, CGC. (Ibid, p.40)

6.3.3 DASAR PANDANG KE TIMUR
-Bermaksud Malaysia ingin mengikut jejak langkah negara yg pesat membangun di
Timur, terutamanya Jepun, Korea dan Taiwan. Unsur penting dlm dasar ini ialah
ketekunan dan disiplin ketika bekerja, kesetiaan kepada negara, orientasi kumpulan,
meningkatkan produktiviti negara dan kualiti, meningkatkan kecekapan, mengurangkan
pembaziran dan merapatkan jurang antara eksekutif dengan pekerja.
(Ibid. p.42)
-Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia HICOM adalah satu Usaha kearah
merealisasikan program perindustrian berat negara. Ia telah membawa kepada
pembentukan syarikat multinasional yang berpusat di Malaysia. Keadaan ini seterusnya
mewujudkan pembangunan kelompok perindustrian, yang mana setiap kelompok pula
mempunyai industri utama yang disokong oleh pembekal komponen, bahan mentah,
khidmat sokongan dan infrastuktur khusus kelompok. Seterusnya untuk menggalakkan
pengeluaran secara besar-besaran, maka penekanan diberikan kpd 4 perkara,
antaranya:
1. meluaskan kemudahan infrastruktur
2. meninggikan kualiti tenaga kerja
3. memperbaiki teknologi
4. menambah pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)

6.3.4 Dasar Penswastaan
-Di Malaysia dua dasar utama yang berkait secara langsung dengan penswastaan entiti
awam ialah Dasar Penswastaan dan Dasar persyarikatan Malaysia. Dasar Penswastaan
diperkenalkan untuk membawa perubahan positif dalam organisasi, pengurusan dan
prestasi perusahaan awam yang mana sebelum ini menjadi t//jwb kerajaan. Dasar ini
menggambarkan iltizam kerajaan untuk mengurangkan penglibatan langsung kerajaan
dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan tahap dan skop perbelanjaan awam serta
membenarkan kuasa pasaran mengawal ekonomi.
-Dasar Penswastaan bermaksud pemindahan 3 komponen iaitu tugas pengurusan
kerajaan, asset (dengan atau tanpa liability) atau hak menggunakan asset dan
kakitangan kepada sektor swasta. Kelebihan utama penswastaan ialah memupuk etika
kerja yg cekap dan produktif di kalangan pekerja memandangkan sektor swasta
sememangnya diketahui lebih cekap dan lebih bermotivasi.

Antara objektif penswastaan ialah (Sawal, 1996) (Ibid. p.184-190)
i. Meringankan beban kerajaan
-Pemindahan khidmat awam kepada sektor swasta dapat menjimatkan perbelanjaan
kerajaan, seterusnya mengelakkan deficit belanjawan dan mengurangkan hutang
kerjaan. Dana yang disimpan ini boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan
ekonomi yang lain, menumpukan kepada fungsi tradisional, iaitu mengekalkan undang-
undang dan ketenteraman serta menyediakan sokongan untuk mencapai pertumbuhan
dan kestabilan ekonomi.
ii. Meningkatkan kecekapan
-Penswastaan akan menambah bilangan syarikat dalam industri. Ekoran itu syarikat ini
terpaksa bersaing antara satu samalain untuk mendapatkan tempat dalam pasaran
perniagaaan. Untuk bersaing, syarikat yang diswastakan terpaksa meningkatkan
kecekapan dan produktiviti pekerja mereka yang akan membawa kepada pengeluaran
barangan yang bermutu tinggi, persaingan penetapan harga dan prestasi kewangan
yang lebih baik.
iii. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
-Syarikat swasta berorientasikan keuntungan dan akan menggunakan kos pengeluaran
minimum untuk menghasilkan pengeluaran maksimum. Penswastaan syarikat awam
bertujuan memupuk amalan ini yang akan mendatangkan kesan positif terhadap aoutput
dan pendapatan negara. Hasil kerajaan daripada cukai langsung dan tidak langsung
akan bertambah apabila syarikat yang diswastakan menghasilkan lebih banyak output
dan memperoleh lebih keuntungan. Oleh yang demikian, peningkatan output negara dan
cukai kerajaan akan merangsangkan KDNK negara.
iv. Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi.
-Penswastaan ekuiti awam akan mengurangkan saiz sektor awam dalam ekonomi. Lama
kelamaan ekonomi semakin dikuasai oleh sektor swasta yang cekap dalam peruntukan
sektor pengeluaran
v. Memenuhi Dasar Ekonomi Baru
-Salah satu objektif DEB adalah menyediakan peluang untuk menambah penyertaan bp
dalam sektor pembuatan dari segi kesaksamaan, guna tenaga, pemasaran dan khidmat
professional. Penswastaan akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk
disertai oleh b/p.

6.3.5 Wawasan 2020
-Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya berteraskan industri
menjelang tahun 2020 mengikut acuan Malaysia sendiri.
-Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi semua bidang Ekonomi, Politik, Sosial,
Kerohanian, Kejiwaan, Saikologikal dan Kebudayaan.

9 cabaran asasi yang harus ditangani iaitu:
1. Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,
berasaskan persamaan hak dan keadilan.
2. Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,
berasaskan persamaan hak dan keadilan.
3. Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, berkeyakinan terhadap diri sendiri,
berbangga dengan apa yang dicapai serta cekap menghadapi pelbagai rintangan,
sentiasa mengejar kecemerlangan dan dihormati oleh rakyat negara lain;
4. Membentuk dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,
mengamalkan satu bentuk persefahaman dan demokrasi yang unggul berasaskan
masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun;
5. Membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika, dengan warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh;
6. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum
bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan
pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada negara;
7. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya cipta tinggi dan
memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan;
8. Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, iaitu sistem sosial
yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak
berkisar kepada negara atau individu;
9. Menjamin pembentukan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi, yang mampu
mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum; dan
10. Mewujudkan masyarakat makmur yang tinggi daya saing dan ketahanan dinamik,
serta tangkas menghadapi perubahan


Antara Strategi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020:
1. Memupuk perpaduan dan semangat patriotisme, kematangan politik, membina
ketahanan ekonomi, melahirkan masyarakat bertoleransi dan penyayang
2. Penyusunan semula masyarakat bagi memastikan pemilikan ekuiti bumiputera
sekurang-kurangnya 30% menjelang 2010
3. Membasmi kemiskinan menjelang 2005 dengan menumpukan kepada golongan
berpendapatan rendah
4. Menggalakkan pelaburan swasta dan asing bagi mengukuhkan ekonomi negara
5. Meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan kemajuan sains dan teknologi,
menggalakkan pertumbuhan IKS dan membangun syarikat bertaraf dunia,

6.3.6 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Objektif:
1. Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan
tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam
Penyata Razak- 1956)
2. Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta
Pelajaran - 1961)
3. Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang,
bersatu dan berdisplin
4. Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa
5. Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan
teknologi semasa

Falsafah Dasar Pendidikan Kebangsaan
-Peniikn i Mlysi lh stu ush erterusn ke rh memperkemngkn
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumngn terhp kehrminin n kemkmurn msyrkt n negr.

Pelaksanaan dan Pencapaian
Strategi Perlaksanaan:
1. Menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama
4. Menyediakan pendidikan asas selama 9 tahun
5. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum

Pencapaian:
1. Berjaya melahirkan tenaga mahir dan separa mahir untuk keperluan pembangunan
negara
2. Berjaya menurunkan kadar kemiskinan di peringkat negara dan juga peringkat etnik
3. Berjaya mewujudkan integrasi etnik di peringkat persekolahan

BAB 7
CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

7.1 PENGENALAN
-Usia lima puluh tahun kemerdekaan banyak mengajar negara mengenai erti perpaduan,
integrasi dan cabaran hubungan etnik.
-Di sepanjang usia tersebut negara telah menempuh pelbagai pengalaman dalam
mewujudkan hubungan antara etnik, ada yang manis dan tidak kurang yang pahit
disebabkan kepelbagai budaya, agama, adat dan budaya
7.2 Bentuk-Bentuk Cabaran Hubungan Etnik

1. Cabaran dari segi Politik:
-Sistem politik di Malaysia adalah sistem politik berbentuk keetnikan / perkauman.
-Walaupun bernaung di bawah satu payung (BN), namun terdapat parti politik yang
berjuang menjaga ekonomi, pendidikan, agama, hak dan masa depan etnik mereka
sahaja
-Sistem politik perkauman ini telah menyebabkan sentimen dan semangat perkauman
semakin menebal dari masa ke semasa.
-Kecenderungan ini sedikit sebanyak mengganggu usaha kerajaan untuk mewujudkan
integrasi etnik

2. Cabaran Sosial.
i. Pemisahan penempatan
>I kit sistem pech n perinth British, fktor geogrfi i.e ntra Sabah, Sarawak
dengan semenanjung.
>Akibatnya tidak interaksi dan komunikasi, tebalnya semangat kekitaan, etnosentrisme
dsb.
ii. Pengasingan sistem pendidikan
>Akibat pemisahan sistem pendidikan yang diamalkan British yang menggunakan
bahasa ibunda masing-masing.
>Akibatnya interaksi hanya dalam satu-satu etnik sahaja. Mereka tidak memahami
budaya lain selain budaya dan adat mereka sahaja.

3. Cabaran ekonomi.
-Perbezaan pekerjaan
-Orang Melayu disektor pertanian, bukan Melayu disektor perniagaan dan pekerjaan
berteknologi tinggi
-Perbezaan pekerjaan telah menghalang interaksi antara etnik di bidang ekonomi.
-Dominasi sektor ekonomi
-Perbezaan sektor ekonomi akan membawa kepada jurang pendapatan dan jurang
miskin-kaya. Ini membawa kepada ketidakstabilan politik negara.
-Pengaruh ekonomi bebas. Pengaruh ekonomi bebas ini akan membawa satu-satu etnik
tidak mementingkan interaksi dengan etnik lain. Apa yang penting ialah mendapat
keuntungan hasil dari aktiviti ekonomi mereka.

4. Cabaran dari aspek kepentingan nilai.
-Masyarakat Malaysia mempunyai nilai agama, budaya, bahasa masing-masing
-Setiap etnik akan mengutamakan nilai agama, budaya, bahasa dan kaum kerabat
masing-masing. Ini akan membawa kepada polarisasi etnik di Malaysia
-Pengaruh S&T yang mampu memusnahkan nilai kemanusiaan, keluarga, masyarakat
dan negara

5. Cabaran Globalisasi (Pengaruh ideologi barat)
-Barat ekspot budaya hedonisme yang negatif ke Negara timur. Ianya akan merosakkan
nilai ketimuran yang luhur dan sebagai gantinya nilai dan pemikiran moden barat.
-Ia adalah sebahagian dari penjajahan bentuk baru iaitu penjajahan budaya dan
pemikiran masyarakat di negara dunia ketiga.
-Penjajahan bentuk ini akan menghalang pembinaan jatiditi dan tamadun bangsa
Malaysia.
-Sekiranya ia tidak dikawal maka akan menjerumuskan satu-satu etnik kepada semangat
perkauman dan prasangka buruk terhadap etnik lain.

7.3 Implikasi Hubungan Etnik Di Malaysia
1. Hubungan etnik di Malaysia mengalami pasang surut.
-Sebelum PDII hubungan adalah baik, kemudiannya berubah menjadi longgar semasa
PDII dimana terdapat etnik yg memberi sokongan kepada pendudukan Jepun di
T.Melayu.
-Hubungan tersebut kembali kukuh di era kemerdekaan kerana British meletakkan syarat
semua etnik mesti bersatu sekiranya mahu merdeka. Kemudian kembali longgar ketika
peristiwa 13 Mei 1969.
-Kini secara umumnya hubungan adalah baik disebabkan pelbagai program anjuran
kerajaan i.e Rukun Negara, Rukun Tetangga dsb.
2. Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969.

-Berlaku kerosakan harta benda.
1. Ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak, menang jadi arang, kalah jadi abu.
2. Kerosakan harta benda dan korban jiwa yang banyak i.e di Selangor 196 orang mati
dan 493 cedera.

-Peristiharan perintah berkurung.
1. Menyekat kebebasan bergerak, berinteraksi, beraktiviti dll.
2. Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung.
3. Pilihanraya S&S digantung.
4. Jangan mencabar perlembangaan i.e kedudukan Orang Melayu
-etnik bukan Melayu jangan mencabar peruntukan yang telah dimaktubkan dalam
perlembagaan i.e jangan mencabar Orang Melayu kerana mereka akan menentang
habis-habisan.
-Pembahgian kekayaan negara atau ekonomi negara perlu mengambil kira etnik di
Malaysia kerana ketidakseimbangan ekonomilah menyebabkan tercetusnya 13 Mei
1969.

7.4 Pembinaan Masyarakat Malaysia

-Faktor kejayaan pembinaan masyarakat Malaysia
1. Political Will (Keazaman politik) : Para pemimpin berazam untuk mewujudkan
hubungan etnik di pringkat negara.
2. Critical Mass : Mewujudkan badan untuk merealisasikan niat diatas i.e Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institut kajian dan Latihan Integrasi Nasional
dsb.
3. Kekukuhan Ekonomi : Usaha mengukuhkan ekonomi setiap bangsa, bukannya
hanya pada etnik tertentu sahaja.
4. Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk survival
manusia dipenuhi.
5. Perkongsian wawasan : Mempunyai wawasan bersama untuk terus maju dan
berintegrasi i.e Wawasan 2020.
6. Penggunaan S&T : IT dan ICT digunakan sepenuhnya untuk menghubungkan etnik
pelbagai di Malaysia i.e penggunaan S&T untuk menghubungkan etnik Semenanjung
dengan S&S.
7. Menerima perbezaan antara agama

7.5 Kaedah penyelesaian Hubungan Etnik
1. Jadikan Islam sebagai rujukan
-Menjadikan Sahifah Madinah sebagai panduan di dalam mengintegrasikan penduduk yg
beragama Islam dengan bukan Islam
-Pengintegrasian tersebut jelas menunjukkan ianya dibuat dengan adil di mana Orang
Yahudi dan bukan Islam dipertahankan oleh perlembagaan iaitu:
-Orang Yahudi Madinah diktiraf oleh perlembagaan dan mereka perlu sama-sama
mempertahankan kota Madinah

2. Tekankan Pembinaan Jati Diri Malaysia
-Definisi jati diri : gambaran atau dari segi identiti bangsa, semangat kebangsaan,
keperibadian, kewarganegaraan dan semangat patriotisme yang ada pada seseorang.
-Jati diri Malaysia bermakna seseorang yang mempunyai identiti bangsa, semangat
kebangsaan, keperibadian, kewarganegaraan dan semangat patriotisme Malaysia.
-Jati diri Malaysia mampu dicapai kerana kita adalah negara merdeka dan berdaulat,
dimana semua perkara yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia adalah untuk
membawa kepada kewujudan jati diri Malaysia.

-Elemen yang perlu diambil kira dalam pembinaan jati diri adalah:
1. Islam sebagai agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan
2. Keturunan Melayu yang dominan, di mana Orang Melayu mendominasi politik dan
pemerintahan.
3. Dominasi ekonomi oleh orang Cina.
4. Minoriti India, Kadazan dll

Acuan Jatidiri Malaysia
-Setiap negara ada acuan pembinaan jati diri masing-msing, contohny merik sl
owl, Inonesi pncsil Singpur sosio-engineering.
-Perkara yang perlu diteliti dalam bidang pembinaan Jati diri acuan Malaysia :
1. Kesedaran : iaitu kesedaran, kemahuan dan mempunyai ilmu bagaimana untuk
bersatu.
2. Menangani perbezaan : Tahu apakah perbezaan yang boleh kita raikan / terima dan
apakah pula yang tidak boleh diraikan i.e soal sekedudukan apakah boleh kita raikan,
perbezaan cara pakaian apakah boleh kita raikan ?
3. Kerjasama : Kerajasama antara etnik dalam badan-badan amal, kelab dsb.
4. Sistem pelaksanaan dan pemantauan : Perlunya ada agensi pelaksanaan dan
pemantauan dari pelbagai pihak umpamanya kerajaan.

BAB 8
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM


7.1 PENBGENALAN

7.2 ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM
1. Berkenal-kenln (truf)
-Allah cipta manusia dalam pelbagai bangsa, warna kulit dan sebagainya
-Perbezaan sifat tersebut janganlah dijadikan halangan untuk hidup bermasyarakat dan
kenal mengenali antara satu samalain, tetapi ia seharusnya dijadikan tarikan untuk
berhubung antara satu samalain
-


[49:3] Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka
itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka
ampunan dan pahala yang besar. (Hujurat : 3)

-Kenal mengenali di sini bukan hanya bermaksud mengenali nama sahaja tetapi lebih
daripada itu iaitu mengenali latar belakang keluarga, keturunan, budaya, adat, tradisi
seseorang individu dan sesebuah bangsa.
-Dengan wujudnya budaya kenal mengenali ini maka secara tidak langsung akan
mengelakkan perkelahian antara individu, etnik dan juga bangsa.

2. Faham memahami (Tafahum)
-Apabila satu-satu etnik mengenali budaya, adat, tradisi etnik lain, maka akan lahir sifat
untuk memahami budaya etnik tersebut secara lebih dekat. Umpamanya kenapa orang
Islam Islam melaungkan azan setiap kali sebelum solat, kenapa orang Hindu bawa
kavadi dan sebagainya.
-Apabila seseorang memahami budaya etnik lain, maka mereka tidak akan
menentangnya kerana sedar ia adalah tuntutan agama, masyarakat dan sebagainya.
-Dengan itu akan melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu samalain.

3. Bekerjsm (Twun)
-Apabila wujud persefahaman di antara anggota masyarakat, maka ia akan melahirkan
konsep tolong-menolong dan bekerjasama dalam satu-satu aktiviti.
-Konsep tolong-menolong di sini bukan hanya terhad kepada pertolongan berbentuk
tenaga sahaja, tetapi melewati pertolongan kewangan, buah fikiran dan sebagainya.
-Konsep bekerjasama dan tolong-menolong antara etnik bukan hanya menguntungkan
satu etnik sahaja tetapi juga seluruh masyarakat. Umpamanya berkerjasama dalam
mencegah jenayah, membina kekuatan ekonomi, politik dan kemajuan negara itu sendiri.

4. Persaudaraan (Ukhwah)
-Dalam konteks Islam, semua orang Islam adalah bersaudara. Tanpa mengira etnik,
warna kulit, pertuturan dan sebagainya.
-Apabila wujud konsep persaudaraan Islam dalam jiwa setiap muslim, maka akan lahir
sifat ikhlas, belas kasihan dan sebagainya. Selanjutnya ia tidak akan menyebabkan
seseorang itu melakukan perkara yang tidak baik kepada saudara seislamnya
-Sifat persaudaraan tanpa mengira etnik dan warna kulit ini akhirnya menjadikan umat
Islam satu kesatuan. Natijahnya umat Islam akan digeruni dan dihormati oleh musuh.

5. Kasih Sayang (Mahabbah)
-Apabila seseorang itu memahmi konsep persaudaraan Islam maka akan lahir sifat kasih
mengasihi antara satu samalain.
-Dengan kasih sayang seseorang akan menyebabkan seseorang rasa tidak tenang
apabila melihat saudaranya berada dalam kesusahan. Ia merasakan bahawa ia
berkewajipan untuk membantu meringankan kesusahan saudara seislamnya
-Dalam Islam konsep kasih sayang ini tidak terhad kepada sesama Islam sahaja, tetapi
melewati batasan etnik dan warna kulit.
-Kasih sayang yang mendalam tehadap anggota masyarakat dan umat akan membawa
kedamaian hidup dalam sesebuah masyarakat dan negara.

6. Jamin menjamin (Tadhamun)
-Kasih sayang antara anggota masyarakat akan melahirkan sifat jamin menjamin dari
sudut ekonomi, sosial, hak asasi manusia dan juga perundangan.
-Ekonomi : Seseorang muslim akan memberi nafkah, infak, zakat, sedekah, waqf dan
sebagainya untuk menjamin golongan kurang bernasib baik mendapat pembelaan dan
hidup yang lebih sempurna.
-Perundangan : Undang-undang Islam memberi jaminan bahawa setiap orang, termasuk
orang bukan Islam akan dibela dan di jamin keselamatan jiwa, harta, akal dan agama
masing-masing.

8.3 Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Islam
-Kemesraan komunikasi
-Budaya ziarah menziarah
-Hormat- menghormati
-Bersama dalam membuat keputusan


8.3 Keperluan mewujudkan hubungan etnik
1. Fitrah kemanusiaan
2. Ttuntutan keagamaan
3. Memenuhi keperluan hidup
4. Elak dari bergantung dengan kuasa luar
Posted by Abd Aziz bin Hrjin -

at 10:05 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Picture Windo

You might also like