You are on page 1of 6

KARANGAN.

Sambutan Hari Kebangsaan.

Setiap tahun pada 31 Ogos, rakyat Malaysia


akan menyambut Hari Kebangsaan. Salah satu
acara yang diadakan ialah perbarisan yang
biasanya diadakan di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur.
Ketika itu pelbagai pasukan unit
beruniform, badan bukan kerajaan dan
kementerian menyertainya. Mereka
menunjukkan kecekapan berbaris di hadapan
Yang Di-Pertuan Agong dan para menteri.
Orang ramai dan para pelancong tidak
melepaskan peluang untuk menyaksikannya.
Bagi para pelancong, mereka sambil
menyelam minum air kerana tujuan mereka
datang ke Malaysia adalah untuk membeli-belah
dan melawat tempat-tempat menarik di
Malaysia.
Selain perbarisan akan diadakan perarakan
kereta berhias dan pertunjukan kapal terbang di
angkasa. Peristiwa bersejarah yang bermula
seawal jam 7.30 pagi akan disaksikan oleh
rakyat Malaysia menerusi televisyen.
Sambutan Hari Kebangsaan merupakan hari
istimewa untuk melahirkan rasa cinta rakyat
kepada negara. Waktu seperti itu merupakan
detik yang paling baik untuk mengenang para
pejuang negara ketika menuntut kemerdekaan.
Gotong-Royong.
Biasanya pada awal tahun, pihak sekolah akan
meminta para pelajar membersihkan
persekitaran sekolah. Tujuan diadakan aktiviti
tersebut untuk memastikan persekitaran
sekolah ceria agar proses pembelajaran lebih
selesa.
Biasanya kerja-kerja membersihkan sekolah
bermula jam 8.00 pagi. Pihak sekolah akan
menyediakan barangan keperluan seperti
plastik sampah, bakul dan pongkes. Sebelum
kerja-kerja dijalankan, Tuan Pengetua akan
menyampaikan taklimat.
Memegang kata-kata bidalan, “Hidup kayu
berbuah, hidup manusia biar berjasa”,
pelajar-pelajar melakukan aktiviti dengan
perasaan ikhlas. Hati mereka akan berasa
gembira sekiranya sekolah mereka dalam
keadaan bersih.
Pada jam 10.30 pagi aktiviti berhenti
sebentar untuk menikmati makanan ringan
berbentuk mi goreng yang disediakan oleh guru-
guru yang mengamalkan sikap orang berbudi
kita berbahasa, orang memberi kita
merasa.
Pada jam 12.00 tengah hari persekitaran
sekolah sudah kelihatan ceria. Tuan pengetua
melahirkan rasa gembira akan komitmen yang
ditunjukkan oleh warga sekolah.

Suasana Di Stesen Bas.

Sebagai tempat persinggahan bas, suasana


kesibukan sudah menjadi lumrah. Menjelang
hari perayaan, suasana akan lebih sibuk dengan
bas bertali arus masuk ke terminal untuk
mencari penumpang.
Kebiasaannya pengguna bas dalam
kalangan mereka yang berpendapatan
sederhana kerana perlu berhemat berbelanja
agar dapat melangsungkan kelangsungan
hidup.
Bunyi jeritan dan tangisan sering berbaur di
stesen bas. Drebar bas kadang-kadang terpaksa
menjerit untuk memanggil penumpang.
Manakala kanak-kanak yang keletihan atau
terpisah daripada ibu bapa mereka akan
menangis.
Apa yang dikesali ialah sikap masyarakat
yang tidak tahu menjaga kebersihan. Walaupun
tong sampah sudah disediakan, tetapi
masyarakat suka membuang bekas makanan
dan puntung rokok di merata-rata tempat.
Stesen bas merupakan tempat pertemuan
bas sebelum meneruskan perjalanan ke
destinasi yang ditetapkan. Jika ada keperluan,
kita juga akan menggunakan stesen bas.

Aktiviti Kokorikulum.

Setiap pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti


kokorikulum yang ditetapkan oleh pihak
sekolah. Untuk melahirkan masyarakat yang
sihat dan mempunyai sahsiah yang tinggi,
pelajar perlu memasuki aktiviti persatuan, unit
beruniform, dan olahraga.
Kebiasaannya aktiviti bermula pada pukul
3.30 petang hingga 5.30 petang. Menjelang
sesuatu kejohanan seperti pesta sukan, aktiviti
akan dijalankan lebih kerap. Rata-rata pelajar
menunjukan sikap positif untuk menyertai acara
yang diadakan.
Langkah Kementerian Pelajaran mewajibkan
pelajar terlibat dalam aktiviti kerana mahu
masyarakat Malaysia aktif. Apa gunanya
cemerlang dalam pelajaran tetapi bersikap pasif
dalam serba-serbi.
Sebagai orang harapan sekolah, pelajar
akan bermain bola sepak, berlari, dan
seterusnya menyertai kejohanan dengan
bersungguh-sungguh. Mereka berjuang merebut
kejuaraan untuk mengharumkan nama sekolah.
Disebabkan kepentingan kokorikulum,
adalah diharapkan pelajar-pelajar tidak
melepaskan peluang menyertai aktiviti
kokorikulum. Badan yang sihat akan
mewujudkan minda yang cerdas.

Berkelah.

Kita beruntung kerana negara dikelilingi Selat


Melaka dan Laut Cina Selatan yang
menghamparkan air di pesisir pantai. Pantai
yang indah seperti Teluk Kemang, Teluk Batik
dan Teluk Cempedak terus dibanjiri manusia
untuk berkelah.
Sebagai destinasi yang murah, masyarakat
akan mengunjungi pantai pada hari minggu.
Selain bermandi-manda, mereka berasa seronok
apabila diri ditiup angin yang dingin

You might also like