UJIAN DIAGNOSTIK Definasi ujian diagnostik :Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan

punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuan ujian diagnostik :1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitankesulitan yang dihadapi oleh murid. 2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. 3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. 4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. 5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid. Membina Ujian Diagnostik 1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : 1.1.Objektif ujian 1.2.Kemahiran yang hendak diuji 1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. 1.4.Siapa yang hendak diuji – sasaran. 2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. 4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah. 5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu. Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik 1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid

2. sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan. 9. 6. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka. Markah uijan yang diberi tidak penting. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu. maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. 10. tetapi yang penting ialah keteranganketerangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar. 7. penggunaan. Analisis ujian diagnostik 1. 3. pemahaman. 4. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut. 5. – 2. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis.Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN Rasional: . 8.

. jarak. corak. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu. Apa itu pengamatan: 1. huruf. corak.Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain. 2. saiz. menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk. 6. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari.Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak. huruf. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan.Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. 5. suku kata dan perkataan. Pemgamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.Mengingat kembali. nombor.Menentukan sesuatu saiz. warna. nombor. suku kata. 3. kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting.Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. 4. 2.Mengecam orentasi kedudukan. persamaan atau perbezaan bentuk. Objektif Ujian Pengamatan: Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam .Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. perkataan dan ayat. tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. 3. 1.

5.Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz . jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. huruf dan sebagainya.Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan. 2. bentuk. 3. bentuk. bentuk. warna. 6. warna. warna. 7. nombor. 5.Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan. nombor.Turutan ( Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri. 6. huruf dan sebagainya. huruf dan sebagainya. atau ke bawah dan dari bawah ke atas. bentuk.Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek. Komponen Ujian Pengamatan: 1.Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek. corak.Sequencing. huruf dan sebagainya. nombor. warna. corak. 4.Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.Diskriminasi saiz ( Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek. nombor. corak.Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. .Diskriminasi kedudukan ( Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek. corak. 8.4.Koordinasi Motor –mata –tangan. kanan dan sebagainya.

Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian. Bahan ujian dan keputusan ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan. Ianya menjadi asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi.Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak. Pelaksanaan. 1. 6. 2. Pengenalan Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas.Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas. Ia juga merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu. 1.9.Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan. Panduan melaksanakan ujian pengamatan: 1. 5.Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu. .2.Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan. Ujian adalah untuk menilai penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar.Menyalin ( Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti proses pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. 4. Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan dalam kelas.Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel. 10. Sekiranya terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa. 3. 2.1. Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran tertentu. maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan. UJIAN PENCAPAIAN 1.

Halim tidak pernah berkunjung ke rumah saya. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan. iii. vi. iv.Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian. ii. [6 markah] menerusi meneruskan menemui menemukan menaiki menaikkan (b) Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk. i. Para pelajar dapat melayari internet. terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. i. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan . iii. Adakah kamu hendak ke hospital? Adakah kamu hendak ke klinik sahaja? Halim tinggal di sebelah rumah saya. menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah. v. ii. Membina Ayat Ujian Diagnostik 1.

Pencemaran ini bukan terhad pada satu kategori seperti pencemaran darat.menghidangkan akuan . iii.menghubungkan (b) Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat majmuk sahaja. Sejak kecil lagi kita diasoh agar bersopan santun apabila cakap dengan orang yang lebih tua. i. Hampir setiap hari media elektronik menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Persatuan Penduduk Taman Bahagia telah mengada mesyuarat agong untuk memilih ahli jawatan kuasa yang baharu. [6 markah] 2. terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Zalila telah mengeposkan bungkusan yang berisi kueh raya itu kepada abangnya di London. Hampir setiap hari media cetak menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. ii. ii. iii. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur . menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan. Terdapat juga pencemaran air. Fenomena ini berlaku di Malaysia.mengakui hubungan . [6 markah] hidangan . udara dan bunyi juga. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia. i. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.

kemudahan fizikal atau organisasi. Sementara buli secara tidak langsung atau buli psikologi melibatkan kata-kata (verbal) termasuk memanggil atau ejek-mengejek dengan nama tertentu. ditertawakan rakan lain. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli secara langsung dan tidak langsung. sama ada akibat kelemahan guru. Perbuatan membuli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. atau menyebarkan gosip liar terhadap seseorang. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal. tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. ii. . disepak. i. Secara tidak langsung. Panjang rumusan andahendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. atau membalas pukulan. Kebanyakan kejadian buli berlaku di sekolah yang kurang pemantauan disiplinnya. Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. [6 markah] Rumusan & Pemahaman Ujian Diagnostik Soalan 1: Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan gejala buli dan langkah-langkah mengatasinya. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga.dan maksud asalnya. Semua barang keperluan harian dapat diperolehi di pasaraya yang baru dibuka di Taman Jauhari. Biasanya mangsa buli datang dari keluarga yang menyokongnya manakala pembuli datang daripada keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. dikacau. malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi. budaya dan nilai yang diamalkan. dan perompak. Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri. Kerajaan negeri Kedah bercadang untuk memperlebarkan beberapa buah jalan kampong. Azizi dan Mimi ialah pasangan yang cucuk kerana kedua-duanya berminat dalam ilmu ubatan tradisional. iii. Buli secara langsung termasuk diugut. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting. menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. perogol.

[4 markah] . mereka dikaunseling bukan si pembuli tetapi mangsa kerana mereka perlu dibantu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ogos 2005. Dr. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi. malah takut diugut. berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Sebetulnya perasaan “takut” yang luar biasa ini amat memeritkan. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dia pula akan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. apakah bentuk hukuman yang wajar dikenakan ke atas (iii) pembuli yang membabitkan kes kematian. si pembuli berasa seronok kerana dapat membuli orang lain. Apakah maksud rangkai kata mengambil tindakan intervensi berdasarkan (i) petikan? [2 markah] Nyatakan kesan-kesan yang serius berlaku ke atas pelajar yang dibuli? [3 markah] (ii) Pada pendapat anda. Mangsa bukan sahaja takut ke sekolah. Sebaliknya. Suradi Salim. dipukul dan sebagainya. Jika dibiarkan akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Biasanya. Kuala Lumpur) Soalan 2: Pemahaman Berdasarkan petikan di atas. (Diubahsuai daripada “Menangani Masalah Buli di Sekolah” dalam Dewan Siswa. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal.Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi dan merasakan persekitaran sekolah tidak lagi selamat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful