You are on page 1of 34

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

MEI 2012

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN

: :

810713125386001 810713125386

NO. TELEFON E-MEL

: :

0128101102 kongchuilee@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

HBML1203

NO 1.0 2.0 Pengenalan

ISI KANDUNGAN

MUK A SURA 3 3-4 4-5 6 6 6 6 6 7 7 7 7-8 8 9-10 10-11 11 12 12 12 12 13 13 13 14 14 14 15 15

Penghasilan bunyi-bunyi bahasa 2.1 Organ Artikulasi dan Fungsinya 2.1.1 Bibir 2.1.2 Lidah 2.1.3 Gigi 2.1.4 Gusi 2.1.5 Lelangit 2.1.6 Anak Tekak 2.1.7 Rongga 2.1.8 Pita suara Penghasilan bunyi Bahasa Melayu 3.1 Cara penghasilan bunyi-bunyi vokal 3.1.1 Vokal hadapan 3.1.2 Vokal belakang 3.1.3 Vokal tengah 3.1.4 Vokal sengau

3.0

4.0

Bunyi konsonan 4.1 Konsonan letupan 4.1.1 Letupan bibir 4.1.2 Letupan gusi 4.1.3 Letupan lelangit lembut 4.1.4 Letupan pita suara 4.2 Konsonan geseran 4.2.1 Geseran gusi 4.2.2 Geseran pita suara 4.3 4.4 Konsonan Getaran Konsonan Sisian

HBML1203

4.5

Separuh Vokal

15

HBML1203

4.6 4.7

Konsonan pinjaman Konsonan Sengauan 4.7.1 Sengauan bibir 4.7.2 Sengauan gusi 4.7.3 Sengauan lelangit keras 4.7.4 Sengauan Lelangit lembut

16 16 16 17 17 17 17 18-19 19 20 20 20-21 21 22 22 22 22 22 23-24 24 25

4.8 4.9

Carta konsonan Bahasa Melayu Transkripsi Fonetik Dan Fonemik 4.9.1 Transkripsi Fonetik 4.9.2 Transkripsi Fonemik

5.0

Fonologi 5.1 5.2 Fonem Alofon Tekanan Panjang- pendek Tona Jeda

6.0

Ciri-ciri Supresegmental Bahasa Melayu 6.1 6.2 6.3 6.4

7.0 8.0 9.0

Kepentingan Dalam Pengajaran Kemahiran Lisan Kesimpulan Rujukan

HBML1203

1.0 Pengenalan Bahasa adalah satu cara yang amat penting bagi menimbulkan dan memupuk perhubungan antara manusia. Suatu pandangan yang menyeluruh mengenai bahasa berdasarkan linguistik, serta pengalaman dalam mengajar dan pembelajaran bahasa akan dikemukakan dahulu. Bagi seorang guru bahasa dan ahli linguistik , bahasa merupakan mata pelajaran penting untuk dikaji. Umumnya, ilmu linguistik itu suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang dilakukan secara saintifik ( J. Lyons,1968:1). Haruko Momma (2001) pula berpendapat bahawa ilmu linguistik ialah disiplin atau bidang ilmiah yang berkaitan dengan kajian bahasa sebagai sains. Terdapat beberapa bidang bidang kajian yang dinyatakan dalam buku-buku C. F. Hockett (1955), Robin (1957) dan lain-lain seperti psikolinguistik, linguistik komputer, linguistik gunaan dan sosiolingustik. Setiap bidang ini meneliti aspek tertentu dalam bidang bahasa. Justeru, ilmu linguistik amat penting dalam kajian terhadap bahasa. Dalam bahasa mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan dapat kita menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa dengan baik dan berkesan, Seorang pengguna bahasa perlulah mempunyai ilmu pengetahuan fonologi untuk menuturkan atau mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna. Ilmu fonologi ialah ilmu yang berkaitan dengan cara-cara pengguna bahasa menuturkan atau melahirkan secara saintifik. 2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Bahasa P.B.Denes dan E.N. Pinson (1963) dalam bukunya The Speech Chain telah membuat kajian fonetik dari segi urat-urat saraf dan tindakannya dalam menghasilkan bunyi. K.L.Pike, ( 1943) pula telah membuat sumbangan yang penting dalam bukunya bertajuk Phonetics, yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa itu diujarkan. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada 2 bidang, iaitu fonetik dan fonologi.Fonetik merupakan kajian bunyi bahasa dari segi organ pertuturan , pendengaran (auditori) dan sifat bunyi bahasa (akustik). Oleh itu, fonetik Terdapat 3 bidang utama ilmu fonetik iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonologi pula kajian mengenal pola bunyi bahasa, iaitu kajian sistem bunyi bahasa yang bermakna yang 6 bunyi yang bermakna dalam bahasa

HBML1203

artikulasi. diucapkan oleh manusia melalui alat

Kajian tentang fonetik( Rajah dipetik daripada buku OUM) 2.1 Organ Artikulasi Dan Fungsinya Organ artikulasi merupakan alat yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut. Alat yang terlibat ialah alat yang menerbitkan bunyi setelah udara daripada paru-paru dipam ke dalam organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam sistem ujaran ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan. Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang terlibat dalam penghasilan bunyi.

HBML1203

artikulasi. diucapkan oleh manusia melalui alat

Rajah Sistem Pernafasan

HBML1203

Organ dalam sistem penghasilan bunyi dikenali sebagai organ artikulasi.Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti berikut:

1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 9

Rajah Organ artikulasi. 11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 14. Epiglotis 15. Pita suara

HBML1203

6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak Tekak 9. Hujung lidah 10. Hadapan lidah

16. Rongga tekak 17. Rongga hidung 18. Rongga mulut 19. Rahang 20. Tenggorok

10

HBML1203

2.1.1 Bibir Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut yang boleh berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.Bibir berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. 2.1.2 Lidah Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah, hadapan, dan belakang. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Maka, lidah aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan disebut sebagai artikulator. 2.1.3 Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi tetapi ia kurang aktif kerana gigi tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan hanya berfungsi sebagai penahan udara daripada terus keluar dengan bebas daripada rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c],[q] gigi turut sama berperanan, dan dikenali sebagai daerah penyebutan. 2.1.4 Gusi Gusi ialah bahagian yang embung, dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Ia berfungsi sebagai daerah artikulasi. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t], [d], [l], [r], [s], [z] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 2.1.5 Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi. Lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Jika diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Organ ini penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau pun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukan bunyi sengau. 11

HBML1203

2.1.6 Anak tekak Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut dan berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. 2.1.7 Rongga Rongga terbahagi kepada rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar masuk daripada paru-paru. 2.1.8 Pita suara Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia juga amat penting untuk penghasilan bunyi. Lubang di antara dua keping selaput itu boleh diluas atau disempitkan dalam usaha mengeluarkan bunyi. Jika seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu.

Rajah Pita suara 3.0 Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu Umumnya, dalam Bahasa Melayu terdapat 3 golongan bunyi iaitu, vokal, konsonan dan diftong. Pertama, bunyi dikeluarkan dengan cara udara tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tersekat atau terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan sedemikian akan dikenali sebagai Vokal. 12

HBML1203

Kedua, bunyi-bunyi itu dapat dihasilkan dengan menekan udara keluar dari paruparu. Aliran udara itu kemudian terganggu oleh alat-alat sebutan tadi semasa melalui rongga mulut atau rongga hidung.Bunyi yang dikeluarkan dengan cara demikian dikatakan bunyi konsonan. Menurut cara sebutan tersebut yang diterangkan di atas, bunyi bahasa tersebut dibahagi kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan. Deskripsi bunyi yang mengasingkan bunyi vokal dan konsonan adalah suatu cara tradisional.Analisis ciri-ciri pembeza ini dimulakan oleh R.Jacobson(1956) dengan melihat ciri-ciri akustik bunyi-bunyi tersebut.Setiap bunyi itu ditentukan oleh ciri pembeza sahaja, iaitu di mana ia berbeza antara satu sama lain. 3.1 Cara Penghasilan Bunyi-bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah , keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu seperti contoh jadual berikut:

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

13

HBML1203

Rajah Vokal yang dihasilkan

14

HBML1203

3.1.1 Vokal Hadapan Kalau bahagian lidah yang terlibat itu hujung lidah, maka bunyi vokal yang dihasilkan vokal hadapan kerana hujung lidah itu terletak di bahagian mulut. Depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran sempit untuk udara keluar.Saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal .Ada 4 buah fon vokal depan iaitu [ i ], [ e ], [ ? ] dan [ a ]. Vokal Hadapan dapat menghasilkan : No (i) Lamban g Fonetik [i] Gambarajah vokal hadapan sempit Penjelasan Dan Contoh Apabila hujung lidah diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut tetapi lidah tidak menyekat aliran udara dari paru- paru. Udara ditekan keluar dari paru-paru. Maka bunyi vokal akan dihasilkan. ( Rajah dipetik daripada buku OUM) vokal hadapan separuh sempit Contoh: bilik , titik , ipar , jari , cari Hujung lidah dibawa turun 1/3 daripada titik untuk vokal sempit.Udara dari paru-paru ditekankan keluar.Dua bibir dileperkan. Ini menghasilkan bunyi vokal separuh sempit. Contohnya: kole , tauge , bendi , elok ( Rajah dipetik daripada buku OUM)

(ii)

[e]

15

HBML1203

(iii)

[?]

vokal hadapan separuh luas

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan lidah diturunkan 1/3 dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal [ e ]dan[ i ]. Contohnya: tauke , gelek , gesek , gerek

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

16

HBML1203

(iv)

[a]

vokal hadapan luas

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal [ e ]dan[ i ]. Contohnya: pandai , anak ,

( Rajah dipetik daripada buku OUM) 3.1.2 Vokal Belakang

landai , siapa

Kalau bahagian belakang lidah yang terlibat, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu akan dikenali sebagai vokal belakang. Untuk menghasilkan bunyi ini, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Kita boleh melakukan satu kajian kecil bahawa letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah ketika kita menghasilkan bunyi [u].

Rajah Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) Vokal belakang dapat menghasilkan : No Lamban g Fonetik Gambarajah Penjelasan Dan Contoh

17

HBML1203

(i)

[u]

vokal belakang sempit

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin di atas,tetapi tidak menutup ruang aliran udara.Bentuk bibir dibundarkan.

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

Contohnya: ubat , ulat , undang , udang

18

HBML1203

(ii)

[o]

vokal belakang separuh sempit

Bunyi dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah.Keadaan bibir pula dibundarkan. Contohnya: obor , solo, toko

( Rajah dipetik daripada buku OUM) (iii)


[ ]

vokal belakang separuh luas

Mengikut Yunus Maris(1969), vokal ini adalah gantian vokal belakang separuh sempit [ o ].Ia wujud kerana pengaruh dialek daerah. Bunyi dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan.

3.1.3 Vokal Tengah Kalau lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dalam keadaan sedikit tegang maka vocal yang dihasilkan itu dipanggil vokal tengah [ ]. Vokal tengah dapat menghasilkan : No (i). Lamban g Fonetik [ ] Gambarajah vokal tengah pendek Penjelasan Dan Contoh Meletakkan di lantai lidah terhampar

rongga

mulut.Tengah

lidah agak melengkung ke atas sedikit.Luas rongga mulut agak sederhana.Keadaan bibir juga bersahaja. Contohnya:perahu, 19

HBML1203

3.1.4 Vokal Sengau Vokal sengau adalah vokal yang dihasilkan dengan artikulasi yang hampir sama dengan artikulasi bunyi-bunyi vokal oral yang telah dihuraikan di atas.Perbezaannya adalah dari segi aliran

arus udara dari paru-paru itu dibenarkan keluar melalui rongga nasal dengan sebahagian darinya tetap mengalir juga di rongga mulut.Vokalnya ini dibezakan dengan vokal oral dengan cara menandakan tanda diakritis [ ~ ]di atas vokal berkenaan. Contohnya, seperti [mkan] , [mndi]. 4.0 Bunyi Konsonan Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara dari paru-paru yang tersekat, disempitkan dan lain-lain semasa rongga mulut atau disalurkan melalui rongga hidung. Ia bertentangan dengan bunyi vokal yang dihasilkan tanpa gangguan terhadap aliran udara tersebut. Dalam mendeskripsikan bunyi-bunyi konsonan ini, ketiga-tiga faktor ini akan digunakan iaitu daerah artikulasi, cara sebutan dan keadaan pita suara.Bunyi-bunyi konsonan Bahasa Melayu boleh dibahagi kepada duo golongan, iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. 4.1Konsonan Letupan Bunyi letupan ini dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana daerah sebutan.Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat.Apabila udara tersekat ini dilepaskan dengan serta-merta maka bunyi letupan akan dihasilkan. Bunyi letupan akan berubah jika daerah dan alat sebutan berubah.Kita memanggil bunyi letupan itu mengikut daerah sebutannya. 4.1.1 Letupan bibir [p] , [b] Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari paru-paru akan bertahan.Kalau letupan itu dilakukan dengan getaran pita suara maka bunyi itu menjadi letupan bibir tak bersuara, iaitu [p] dan [b] pula dilakukan dengan pita suara tidak bergetar.Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan bibir.

20

HBML1203

Letupan bibir [p] , [b] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.1.2 Letupan gusi [t] dan [d] Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Udara yang tertahan dalam rongga mulut dilepaskan dengan serta merta.Bunyi dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [t] dan letupan gusi bersuara [d]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan gusi.

Letupan gusi [t] dan [d] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.1.3 Letupan lelangit lembut [k] dan [g] Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.Udara yang tertahan dilepaskan dengan serta merta dan menghasilkan bunyi letupan lelangit lembut [k] tak bersuara dan bersuara [g]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan lelangit lembut [k] dan [g].

Letupan lelangit lembut [k] dan [g] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.1.4 Letupan pita suara [?] Jika pita suara dirapatkan dan tekanan udara dari paru-paru dilepaskan dengan serta merta, dan menghasilkan bunyi letupan. Letupan berlaku di pita suara, maka kita tidak mengambil kira ianya bersuara atau tidak. [?]dijadikan lambang bunyi. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan pita suara [?]. 21

HBML1203

Letupan pita suara [?] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.2 Konsonan Geseran Konsonan geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui rongga mulut.Lelangit lembut dirapatkan ke dinding belakang rengkung dan udara hanya keluar melalui rongga mulut. Penyempitan rongga mulut menyebabkan udara dari paru-paru kita keluar dengan cara bergeser untuk menghasilkan bunyi geseran.Geseran ini boleh bersuara dan tidak bersuara. 4.2.1 Geseran Gusi [s], [z] Hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras tetapi aliran udara tidak tersekat.Udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser. Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara[s] dan yang bersuara [z]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi geseran [z]. gusi [s],

Geseran Gusi [s] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.2.2 Geseran pita suara [h] Pita suara boleh disempitkan dan menyebabkan udara keluar di antara pita suara dengan bergeser. Pita suara ini tidak dikatakan bersuara atau tidak.Geseran pita suara ialah [h].Dalam tesis Ph. D.nya, bertajuk Some Aspects of Malay Phonology and Morphology (1976), Farid Onn, mengatakan [h] mempunyai cirri bersuara. Rajah dibawah menunjukkan bunyi geseran pita suara [h].

22

HBML1203

Geseran pita suara [h] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.3 Konsonan Getaran [r] Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan mengetarkan lidah dalam rongga mulut.Terdapat satu bunyi getaran dalam Bahasa Melayu.Lidah diangkat ke arah gusi atas.Udara dari paru-paru ditekan keluar hingga menggetarkan lidah untuk menghasilkan bunyi getaran [r].Bunyi ini bersuara. Rajah dibawah menunjukkan konsonan bunyi getaran [r].

Konsonan Getaran [r] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.4 Konsonan Sisian [l] Bunyi ini dihasilkan dengan menggetarkan lidah dari kiri dan kanan dalam rongga mulut.Hujung lidah diangkat ke arah gusi atas.Udara dari paru-paru ditekan keluar ikut kiri dan kanan lidah. Satu bunyi sisian [l]dihasilkan dan bunyi bersuara dalam Bahasa Melayu. Rajah dibawah menunjukkan konsonan Sisian [l].

Konsonan Sisian [l] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.5 Separuh Vokal [w] dan [y] Separuh vokal ini merupakan bunyi vokal yang tidak selesai.Ia tidak tidak dikenal sebagai vokal penuh kerana ia tidak terdapat sebarang gangguan kepada aliran udara, tetapi di sini mempunyai masalah gangguan aliran udara.Ada dua bunyi separuh vokal, 23

iaitu:separuh vokal bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. Rajah dibawah menunjukkan Separuh Vokal [w] dan [y].

Separuh Vokal [w] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.6 Konsonan pinjaman Gigi bawah dirapatkan ke arah bibir atas tetapi tidaklah rapat sehingga menyekat aliran udara.Udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser.Bunyi geseran gigibibir yang bersuara ialah [v]dan yang tak bersuara ialah [f]. Rajah dibawah menunjukkan Konsonan pinjaman [v] dan [f].

Konsonan pinjaman [v] dan [f] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.7 Konsonan Sengauan Konsonan ini dihasilkan dengan cara yang seakan serupa dengan letupan. Tetapi lelangit lembut diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.Bunyi sengauan akan terhasil.Semua bunyi sengauan adalah bersuara. 4.7.1 Sengauan bibir [m] Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas.Ini menghasilkan bunyi sengau bibir [m]. Rajah dibawah menunjukkan sengau bibir [m].

Sengauan bibir [m] ( Rajah dipetik daripada buku OUM)

HBML1203

4.7.2 Sengauan Gusi [n] Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Ini menghasilkan bunyi sengau gusi[n]. Rajah dibawah menunjukkan sengauan gusi [n].

Sengauan Gusi [n] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.7.3 Sengauan Lelangit Keras[] Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dikenali sebagai bunyi sengauan lelangit keras bersuara[]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [].

Sengauan Lelangit Keras[] ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 4.7.4 Sengauan Lelangit Lembut[] Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara[]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara[].

Sengauan Lelangit Lembut[] ( Rajah dipetik daripada buku OUM)

HBML1203

4.8 Carta Konsonan Bahasa Melayu Untuk menjelaskan bunyi-bunyi yang dideskripsi, satu carta telah dimasukkan sebagai rujukan.Dalam carta ini, daerah sebutan dirujukkan kepada cara sebutan, dinyatakan juga sama ada bunyi itu bersuara atau tidak.

Carta Konsonan Bahasa Melayu 4.9 Transkripsi Fonetik dan Fonemik Kita telah membincangkan bagaimana bunyi dihasilkan, baik vokal mahupun konsonan. Transkripsi adalah penurunan lambang-lambang bunyi daripada lambang tulisan yang mencatat sesuatu dalam kehidupan. Semua lambang dapat dipakai bagi merakamkan bunyi secara bertulis.Hanya setelah bunyi-bunyi ini terakam dalam bentuk lambang barulah bunyi tersebut dapat dianalisa.Penganalisaan bunyi untuk menimbulkan sistem bunyi dalam kajian fonologi. Bermacam-macam bunyi boleh dilahirkan sekiranya daerah sebutan dibahagi dengan lebih rapi.Transkripsi terbahagi kepada dua jenis iaitu transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik. Ini dapat dilihat dalam carta Fonetik Antarabangsa di bawah.

HBML1203

Carta Fonetik Antarabangsa 4.9.1 Transkripsi Fonetik Transkripsi fonetik merupakan cara yang mempelajari segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang-lambang fonetik untuk bunyi itu masing-masing. Contohnya seperti berikut:

4.9.2 Transkripsi Fonemik Transkripsi fonetik pula merupakan cara yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem.Ia lebih ditumpukan transkripsi dalam bentuk tulisan.Contohnya seperti berikut: Fonem Fonem Fonem Fonem dieja sebagai"th" dieja sebagai"dh" dieja sebagai"ng" dieja sebagai"gh"

5.0 Fonologi Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan,khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, phonology is the study of the function and patterning of speechsounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula,fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri. 5.1 Fonem Fonem adalah unit pada tingkat bunyi yang distingtif.Selain itu, fonem boleh dimengertikan sebagai unit sifat bunyi yang membezakan erti ( Bloodmfield: 1933).Satu unit ujaran yang bermakna dan terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contohnya seperti kaya , baya , paya , maya dan saya. Seseorang tidak lagi teragak-agak mengatakan yang bunyi-bunyi konsonan /k/ , /b/ , /p/ , /m/ dan kata itu. Terdapat beberapa contoh di bawah. /s/. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem.Fonem juga bermaksud bunyinya hampir sama, yang membezakan erti antara dua

HBML1203

Misalnya : b diganti dengan p , maka bagi akan bertukar menjadi pagi . p diganti dengan b , maka paku akan bertukar menjadi baku . g diganti dengan k , maka geli akan bertukar menjadi keli . k diganti dengan g , maka kitar akan bertukar menjadi gitar . g diganti dengan k , maka gelipar akan bertukar menjadi kelipar . b diganti dengan p , maka bagi akan bertukar menjadi palu . Oleh itu b , p , k , g dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. 5.2 Alofon Alofon adalah pengwujudan dari fonem yang berbeza dari segi sifat-sifat fiziknya. Dengan kata lain,alofan merupakan bunyi-bunyi kelainan yang tergolong kepada kelas fonem yang sama, dan dengan sendirinya merupakan anggota kepada keluarga fonem tersebut.Bunyi-bunyi yang dikaji itu haruslah dilihat dari segi kesamaan fonetis.Selain itu, bunyi-bunyi yang berbeza dikaji haruslah jangan mendatangkan perbezaan makna. Perkataan-perkataan di bawah mempunyai erti yang sama tetapi berbeza secara fonetis pada bunyi pertamanya . Contohnya seperti berikut: Ugama agama / u / boleh diganti dengan / a / supaya perkataan yang sama boleh disebut sebagai agama. igama pikir paham ugama fikir faham Akhir kata, dalam membuat pertimbangan bagi menentukan alofon-alofon kepada sesuatu fonem dalam sesuatu bahasa, seorang pengkaji harus dapat membezakan keadaan yang seolah-olah sama dengan variasi bebas di mana kerap terjadi sebutan yang alternatif dari suatu kata yang memperlihatkan adanya perbezaan yang fonemis.Unit bunyi juga boleh saling berganti secara alternatif itu adalah fonem-fonem yang berasingan yang / i / boleh diganti dengan / u / supaya perkataan yang sama boleh disebut sebagai ugama . [ f ] dan [ p ] adalah alofon-alofon kepada fonem /p/ dalam Bahasa Melayu. [ f ] dan [ p ] adalah alofon-alofon kepada fonem /p/ dalam Bahasa Melayu.

HBML1203

sudah terbukti dengan jelasnya dalam sesuatu bahasa itu.

HBML1203

6.0 Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu Ciri-ciri suprasegmental adalah sifat bunyi yang menindihi sesuatu segmen bunyi samada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi urutan yang bermakna akan menghasilkan kata yang jika seharusnya dilengkapkan dengan ciri-ciri yang non-segmental seperti panjang-pendek , tekanan , tona dan jeda , maka barulah makna kata itu menjadi pasti dan jelas. 6.1 Tekanan Tekanan adalah keras atau lemahnya suara yang diperlukan bagi menyebut sesuatu suku-kata. Bunyi vokal boleh berbeza dari segi kenyaringan dalam kesatuan bunyi-bunyi.Terdapat 4 jenis tekanan dengan tanda-tanda tertentu seperti berikut: = tekanan keras / dua = tekanan sedang / dua 6.2 Panjang- pendek Dua bunyi, khususnya bunyi vokal mungkin serupa dalam semua aspek fonetik melainkan berbeza dari segi panjang-pendek.Lambang ini akan digunakan bernama mora[:]. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Dalam kebanyakan bahasa, panjang-pendek bunyi vokal dan konsonan penting sekali peranannya bagi membezakan morfem. 6.3 Tona Tona adalah meninggi atau menurunnya nada suara pada menyebut sesuatu sukusuku atau morfem.Perbezaan tona merupakan sesuatu perbezaan yang disebabkan oleh perbezaan nada suara seperti tona tinggi,tona rendah, tona mendatar dan tona turun naik. 6.4 Jeda Jeda dikenali sebagai persendirian , iaitu unsur hentian yang memisahkan antara perkataan, ayat atau rangkaian kata. Lambang digunakan untuk membezakan makna. jeda digunakan ialah #. Unsur ini \ = tekanan lemah / tiga v = tekanan paling lemah

HBML1203

7.0 Kepentingan dalam pengajaran kemahiran lisan Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat menunjukkan bahawa kanak-kanak

mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan. Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah mengeluarkan buah fikiran mereka dengan sebutan yang betul. Dengan itu mereka akan lebih berani, yakin diri untuk bersuara semasa pengajaran dijalankan. Contohnya, kanak berdiri untuk membaca perkataan yang hampir sama dan berbeza sedikit bunyi dari segi fonetiknya yang diberi oleh guru secara persendirian. pagi & bagi beli dara & & beri darah

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh. Contohnya: 1) Dia sudah lari. 2) Dia sudah lali. Kanak-kanak dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan Perbezaan antara r dan l

menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Contohnya: Pengalaman yang diceritakan oleh kanak yang melawat ke zoo negara di dalam kelas dapat membantu kanak-kanak lain mengenali lebih banyak tentang kehidupan haiwan .

HBML1203

Kanak-kanak dapat mendengar dan memahami pertuturan yang disampaikan oleh orang lain dalam kehidupan harian sama ada di dalam atau di luar rumah.Mereka dapat melakukan apa yang disampaikan oleh orang lain.Contohnya seperti berikut: Ibu:"Ali , tolong beli sebotol kicap di kedai runcit ." Ali:"Baiklah, ibu. Saya pergi membeli sekarang. " Secara keseluruhan kemahiran lisan adalah amat penting, guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini boleh memudahkan kanak-kanak untuk belajar. 8.0 Kesimpulan Melalui kerja kursus ini banyak yang kita dapat pelajari daripada BahasaMelayu dimana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan satu kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik pula berkaitan tentang kajian fungsi dan struktur bunyi bahasa. Di samping itu , saya juga mengkaji bagaimana vokal dan konsonan dihasilkan. Setelah mengkaji, vokal merupakan bunyi bersuara kerana tiada halangan semasa udara keluar dari peparu. Lidah dan bibir pula memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir iaitu gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, dan rongga hidung yang memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearah-daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih mendalam, carta vokal, konsonan dan fonetik antarabangsa dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini sebagai rujukan. carta

HBML1203

RUJUKAN / REFERENSI Abdullah Hassan, (1980), Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti SDN.BHD. Arbak Othman, (1983), Permulaan Ilmu Linguistik satu pengenalan konsep bidang kajian secara teoritis, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. T.Jensen, J. (1995), Morfologi Struktur Kata Dalam Nahu Generati, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Peter Trudgil , (1984), Sosiolinguistik Satu Pengenalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Robert Lado, (1964), Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik, Amerika Syarikat: Nombor Kad Katalog Perpustakaan Kongres. Yunus Maris, (1966), The Malay Sound System, Kuala Lumpur : University Malaya Press. http:// www.oum.edu.my Kuala Lumpur:

You might also like