You are on page 1of 2

Karangan Jenis Perbahasan

SOALAN:
Kamu mewakili kelas kamu dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk
“Belajar Komputer Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada
Keburukan”. Sebagai pencadang, kamu diminta menyediakan hujah-hujah
bagi menyokong tajuk yang diberi.

Sediakan hujah-hujah kamu selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang dan rakan sekalian. Tajuk
perbahasan saya pada kali ini ialah “Belajar Komputer Banyak
Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”.

Hadirin sekalian,
Belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan. Hal ini kerana
dengan belajar komputer, kita dapat mempelajari pelbagai kemahiran.
Antaranya adalah kemahiran menaip, melukis, mengarang, dan sebagainya.
Hasil kerja yang dihasilkan dengan menggunakan komputer juga tentulah
lebih kemas, bersih, dan cantik.

Kita juga dapat menimba pelbagai pengetahuan dengan menggunakan


komputer. Kemudahan internet di komputer memudahkan kita memperoleh
maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan pelajaran, pelancongan,
kesihatan, dan sebagainya. Dengan ini, ilmu pengetahuan kita akan
bertambah luas.

Hadirin yang dihormati,


Penggunaan komputer menyebabakan dunia bagai di hujung jari. Hal
ini demikian apabila peristiwa dan berita di luar negara atau di dalam negara
dapat diketahui dengan pantas melalui internet. Justeru itu, kita tidak lagi
menjadi katak di bawah tempurung.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah agar
tidak terjebak dalam aktiviti yang negatif. Mempelajari komputer tidak akan
merugikan seseorang kerana komputer banyak menyumbang bakti kepada
kita khususnya murid-murid dalam pelajaran.

Justeru, benarlah bahawa belajar komputer banyak mendatangkan


kebaikan daripada keburukan. Sekian, terima kasih.

Karangan Jenis Syarahan.


AKTIVTI PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN

SOALAN:
Kamu dipilih untuk mewakili sekolah kamu dalam pertandingan syarahan
peringkat daerah. Tajuk syarahan itu ialah “ Cara-cara Menjaga Kesihatan
Diri”.

Tulis syarahan kamu selengkapnya.

Susun keratan teks syarahan di bawah menjadi sebuah karangan syarahan


yang lengkap. Nomborkan petak mengikut urutan yang betul.

Hadirin yang dihormati,


Menjaga kebersihan diri memanglah tanggungjawab kita.
Ada banyak cara untuk menjaga kesihatan diri. Antaranya, kita
mestilah mandi dan menggosok gigi pada setiap hari. Dengan ini,
badan kita akan menjadi bersih, sihat, dan segar. Kita juga tentu
berasa lebih selesa.
Oleh itu, hargailah kesihatan diri untuk hidup lebih sejahtera
dan bahagia. Sekian, terima kasih.
Di samping itu, kita mestilah cukup tidur dan rehat. Orang
yang tidak cukup tidur kebiasaannya kelihatan letih dan tidak
bermaya. Kadang-kadang orang yang kurang tidur mudah pitam
atau pengsan malah penyakit jantung mudah menyerang orang
yang tidak cukup rehat.
Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan, dan
sidang hadirin sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan
sebuah syarahan yang bertajuk “Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri”.
Kita hendaklah makan makanan yang berkhasiat dan
seimbang. Makanan tersebut mestilah mengandung protein,
karbohidrat, lemak, vitamin, dan sebagainya. Makanan yang
berkhasiat penting untuk tumbesaran tubuh badan kita. Makanlah
banyak sayuran dan buah-buahan supaya dapat mengelakkan badan
kita daripada penyakit.
Hadirin sekalian,
Kita juga mestilah bersenam setiap hari. Apabila
bersenam, badan kita akan mengeluarkan peluh dan seterusnya
badan kita menjadi sihat. Badan yang sihat akan menyebabkan otak
cerdas. Selain itu, dengan bersenam pelbagai penyakit dapat
dihindari.

You might also like