You are on page 1of 4

PPG Sem III

LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK RUMAH. UNDI , SUBIS Senarai guru-guru PPG semester Tiga yang terlibat : 1. En Malik ( Kem Komandan PPG 3 IPGKS ) 2. En. Stanley Deri ( PPG 3 IPGKS ) 3. En. Joe Bujang ( PPG 3 IPGKS ) 4. En. Taib Omar ( PPG 3 IPGKS ) 5. En. Michael Lapek ( PPG 3 IPGKS ) 6. En Danny Manium ( PPG 3 IPGKS ) 7. Pn. Lydia Unggam ( PPG 3 IPGKS ) 8. En Safri ( PPG 3 IPGKTAR )

Pada 12 dan 13 Oktober 2012, Guru-guru PPG semester tiga ( IPGK Sarawak dan Seorang dari PPG semester tiga IPGK Tun Abdul Razak ) berkumpul di Sk Rumah Undi , Subis bagi mengadakan aktiviti perkhemahan unit beruniform. Seramai 8 orang guru PPG semester tiga, guru guru Sk Rumah Undi serta terdapat 29 orang murid mengikuti aktiviti perkhemahan tersebut . Objektif utama aktiviti perkhemahan ini merupakan syarat lulus bagi semester tiga dan memenuhi kehendak PPG . Selain daripada itu juga, tujuan aktiviti ini dijalankan bagi melahirkan murid-murid yang lebih tahan lasak serta mempelajari pengalaman baharu . Tepat jam 2:30 petang, semua unit beruniform serta guru-guru yang terlibat memulakan aktiviti dengan mendirikan khemah . Terdapat tiga khemah untuk muridmurid lelaki serta tiga lagi khemah untuk murid-murid perempuan . Satu khemah induk didirikan ditengah-tengah padang . Semua murid yang mengikuti aktiviti ini diselia oleh seorang guru PPG serta guru-guru lain sebagai pembantu untuk mereka mendirikan khemah . Setelah selesai mendirikan khemah, murid-murid diberikan minuman petang tepat jam 3:30 petang. Selepas selesai minum petang, murid-murid diarahkan untuk berkumpul dalam kumpulan yang telah dibahagikan kepada enam kumpulan kecil. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti ikhtiar hidup. Semua kumpulan dibekalkan sekotak mancis, sehelai getah hitam, sebiji telur , kayu api dan dua bungkus mi maggi.
1

PPG Sem III

Setiap kumpulan haruslah memasak dengan cara sendiri serta dibantu oleh semua guru-guru PPG . Setelah menerima arahan daripada Kem Komandan, semua murid bergerak ke hutan yang berdekatan dengan sekolah tersebut .Dalam perjalanan menuju ke kawasan hutan, setiap kumpulan diarahkan untuk mencari seekor serangga serta sayur-sayuran dalam perjalanan. Tepat jam 4:05 petang, semua kumpulan telah selamat sampai ke kawasan hutan yang berdekatan dengan sekolah tersebut . Aktiviti seterusnya ialah, setiap kumpulan diarahkan untuk menunjukkan serta menerangkan tentang serangga dan sayur-sayuran yang mereka telah jumpai sepanjang perjalanan . Banyak kumpulan yang telah membuat persembahan menarik serta baik. Kebanyakkan murid-murid terdiri daripada keluarga petani. Tidak mustahil bagi mereka mencari serta menerangkan tentang sayur-sayuran serta serangga yang telah mereka jumpai. Secara keselurahnya semua kumpulan membuat pembentangan kumpulan dengan baik . Setelah selesai,semua kumpulan diberikan masa 20 minit untuk memasak mi maggi dengan usaha sendiri . Semua guru-guru PPG diminta untuk menyelia sebuah kumpulan bagi tujuan membantu serta memberikan markah berdasarkan usaha dan kerjasama. Pelbagai cara digunakan oleh murid-murid untuk menghidupkan api bagi memasak mi maggi tersebut. Secara keseluruhnya , semua kumpulan berjaya melakukan dengan baik. Objektif aktiviti telah tercapai dengan baik. Semua kumpulan berjaya menghidupkan api serta memasak mi maggi sehingga masak . Setelah selesai, semua kumpulan berkumpul untuk membuat laparon serta menerima arahan seterusnya . Kem komandan memberikan arahan kepada semua kumpulan agar balik ke khemah dalam keadaan tersusun . Tiba sahaja di tapak perkhemahan, murid-murid diminta untuk berkumpul di tapak perkhemahan. Arahan seterusnya ialah murid-murid diminta untuk membersihkan diri . Pada jam 6:30 petang, aktiviti selanjutnya ialah kerohanian. Memandangkan semua murid merupakan beragama kristian, mereka dikumpulan didalam satu dewan untuk sesi kerohanian. Aktiviti kerohanian telah diketuai oleh salah seorang guru PPG yang telah dilantik . Pada pukul 7:00 malam, murid-murid diberi makanan untuk makan malam . Aktiviti seterusnya ialah persembahan kumpulan . Setiap kumpulan diminta untuk
2

PPG Sem III

membuat persembahan . Guru-guru PPG telah dilantik sebagai penilai setiap persembahan kumpulan . Pelabagai persembahan telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Contohnya persembahan Dikir Barat, Bacaan Puisi, bacaan pantun dan pelbagai lagi . Persembahan setiap kumpulan amat baik serta tersusun . Pada jam 9:00 malam, Semua kumpulan diminta untuk berkumpul dihujung padang sekolah bagi aktiviti unggun api . Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti wajib bagi setiap aktiviti perkhemahan . Salah seorang guru PPG telah dilantik untuk mengajar serta berhibur bersama-sama murid. Murid-murid berasa amat gembira serta seronok bersama menghiburkan diri pada waktu tersebut. Pada pukul 10:00 malam, semua kumpulan diminta untuk berkumpul dalam kumpulan masing-masing . Aktiviti selanjutnya ialah aktivi burung hantu . Aktiviti ini dijalankan bagi menguji keberanian serta ketabahan hati setiap peserta perkhemahan . Semasa menjalankan aktiviti tersebut, Guru-guru PPG terlibat bagi menyediakan tempat serta membantu guru-gur sekolah tersebut bagi menjaga keselamatan murid-murid tersebut . Aktiviti dilangsungkan selama satu jam sahaja . Tepat jam 11:00 malam, semua peserta diberikan minum malam dan tidur . Pada pukul 6:30 pagi, murid-murid diminta untuk membersihkan diri serta bersiap. Jam 7:00 pagi pula, aktiviti senaman dijalankan bagi membina kecergasan murid-murid yang terlibat dalam perkhemahan tersebut. Aktiviti senaman diketuai oleh guru- guru PPG. Pada jam 7:30 pagi pula, murid- murid diberikan sarapan pagi Aktiviti selanjutnya ialah demonstrasi ikatan . Salah seorang guru PPG telah dilantik bagi mengajar murid-murid dengan pelbagai jenis ikatan . Sebanyak 4 jenis ikatan telah diajar kepada semua murid-murid . Semua jenis ikatan yang diajar merupakan ikatan asas dalam menyediakan gadget . Semua guru PPg terlibat bagi membantu serta menilai hasil kerja setiap murid. Setelah selesai membuat demonstrasi, Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membina gadget segitiga . Semua guru-guru PPG bertindak sebagai pembantu serta penilai bagi setiap hasil kerja kumpulan . Semua kumpulan diberikan masa sebanyak 30 minit bagi menyiapkan gadget masing-masing . Secara keseluruhannya , aktiviti tersebut telah berjaya mendidik semua kumpulan bekerjasama dan membuat ikatan dengan betul. Hasil kerja setiap murid sempurna serta gadget dalam keadaan kukuh . Tepat jam 1030 pagi, semua kumpulan berkumpul di tapak perkhemahan . Kem komandan memberikan arahan untuk semua kumpulan untuk membersihkan
3

PPG Sem III

khemah serta mengemaskan khemah . Semua guru PPG terlibat bagi membantu murid-murid bagi mengemas khemah tersebut . Pada jam 1100 pagi , Perasmian penutupan telah dijalankan. Perasmian penutupan dirasmikan sendiri oleh kem komandan memandangkan Guru Besar Sk Rh Undi tidak dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut . Secara keseluruhannya, aktiviti perkhemahan ini telah berjaya serta mencapai objektifnya . Semua guru-guru PPG Semester 3 ( IPGKS dan IPGKTAR ) telah melakukan kerjasama yang baik . Aktiviti sebegini haruslah dijalankan sentiasa agar dapat membina jati diri serta melahirkan murid-murid yang lebih tahan lasak . Aktiviti perkhemahan ini berjalan dengan lancer dengan tiada murid-murid yang mengalami kecederaan .

Laporan Disediakan Oleh ;

16 OKTOBER 2012

____________________ ( STANLEY ANAK DERI ) Setiausaha PPG 3

You might also like