You are on page 1of 40

1.

0 PENDAHULUAN Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004 menyatakan bahawa mengajar adalah tugas utama bagi pekerjan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai pekerja. Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar. Begitulah juga halnya dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik darjah. Semasa berada di institut perguruan atau di universiti, di samping didedahkan dengan pelbagai pengetahuan, bakal-bakal guru juga dilatih tentang pelbagai kemahiran mengajar. Mengajar boleh dijelaskan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Hal ini juga boleh dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukn oleh murid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakan strategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan.

-1-

2.0 KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN 2.1 Sumbangsaran Sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secara kumpulan. Tujuan sumbangsaran menjana idea tanpa mengira idea tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh yang demikian,penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid. Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua puluh minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan oleh guru. Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan sebelum murid-murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu. Setiap kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 rang ahli. Seterusnya muridmurid akan membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing sebelum membuat pendirian masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi sumbangsaran yang sebenarnya, ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan. Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil inisiatif untuk menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai pandangan ahli-ahli kupulan yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya bertindak positif dengan menerima semua idea yang diterima oleh murid-murid.

-2-

Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid.Keadah ini merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid berbanding dengan kaedah analitikal biasa.

2.2 Bercerita Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam manamana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan,pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka. Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahana-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat muridmurid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secarakritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah :

-3-

a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah. b) Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan. Kemahiran bukan verbal yang perlu dikuasia oleh guru dalam teknik bercerita ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat eksperesif. Aktiviti yang paling penting dalm teknik becerita ialah hasil perbincangan yang menyusuli guru selepas tamat guru bercerita. Dalam proses perbincangan, guru mestilah memastikan yang dia perlu menguji kefahaman murid tentang cerita yang telah disampaikan olehnya. Guru juga dapat membina pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran selepas satu sesi cerita iaitu seperti kefahaman, latihan tatabahasa dan merumuskan isi-isi penting dalam cerita. Dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan. Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita : a) Sebelum bercerita Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan.Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.

-4-

Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkngsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam. b) Semasa bercerita Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menctat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu,ia juga bertujuan untul memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan. Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact ) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. 2.3 Perbincangan Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah. Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat , idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid. Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu , pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid kan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan. Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak muridmurid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitf,perbincanganboleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif,

-5-

perbincangan

menggalakkan

murid-murid

meninjau

pendapat-pendapat

mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan. Pada asasnya terdapat dua jenis perbincangan : a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion ) Dalam perbincangan ini guru harus mengendali perbincangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan. Dalam perbincangan kelas perlu dan wujud panel dan

perbahasan.Panel,

simposium

perbahasan

melibatkan

sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dn perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataaan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan. Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi manakala murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap tiap ahli memberi kenytaan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.

-6-

Simposium pula hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel. Perbahasan pula ialah satu pendekatan perbincangan yang formal.Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli akan membangkang idea dari kumpulan lain. Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya. b) Perbincangan kumpulan kecil Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain dari mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi,perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi,kepimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesan perbincangan kumpulan kecil. Perkara pertama ialah guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan. Kedua, guru harus pastikan murid-murid kepada mempunyai kumpulan pengetahuan tesebut. harus kecil asas Oleh mengikuti untuk yang satu menyumbang perbincangan

demikian,perbincangan

pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang brdasarkan topik-topik yang pernah diajar. Ketiga ialah guru harus merancang perbuncagan yang pendek dalam topik tersebut. Teknik yang paling akhir ialah murid-murid harus diberi arahan yang tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus

-7-

melaporkan hasil kerja kepada kelas. Hal ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan . Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan aktiviti perbincangan : a) Mengambil kira matlamat perbincangan b) Mempertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid c) Mengkaji isu-isu yang terlibat d) f) Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila perlu bermakna h) Menerapkan unsur jenaka i) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan e) Menyediakan persekitaran yang menyeronokkan g) Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan kepada satu unit yang

Dalam perbincangan, murid akan memberikan reaksi atau tindak balas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawaan guru. Teknik perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran di sekolah. Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid membiasakan diri bercakap dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat. Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan diri dan konsep kendiri murid. Guru harus menggalakkaan murid mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan hujah,pendapat,menyoal serta menyelesaikan masalah. Selain itu, guru harus memupuk unsur0unsur kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang lain. Topik perbincangan mestialh sesuai dengan objektif dan minat muridmurid tambahan pula guru perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama ada perbincangan itu adalah untuk mengumpul fakta atau menyelesaikan sesuatu masalah. Peranan guru dalam situasi perbincangan iaitu sebagai pemudah cara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan.

-8-

Seterusnya, guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggalakan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-rakan mereka. Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya murid-murid menumpukan perhatian. Guru juga mesti meneliti tingkah laku murid agar mereka tidak menyeleweng atau bermain-main dala satu sei perbincangan. Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam perbincangan.

2.4 Demonstrasi Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara. Demonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran. Kuliah memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasivdengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu. Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh muridmurid. Demonstrasi boleh digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan demonstrasi, meperkenalkan demonstrasi untuk

-9-

memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian,olahraga, permainan dan membuat uji kaji.Kebaikan tujuk cara ialah ia memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi,guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan. Dalam proses demonstrasi ,guru mesti mewajibkan murid-murid

memberikan perhatian yang sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis, perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan oleh guru. Guru juga boleh mengarahkan murid-murid untuk menulis laporan ringkas tentang demonstrasi tersebut. Dalam pelaksanaan demonstrasi,guru hendaklah menentukan topik,objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Satu kebaikan demonstrasi ialah ia memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan kaedah demonstrasi ialah ia memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.

2.5 Penyelesaian masalah ( Theory of Constraint , TOC ) Teori Konstrain ( TOC) boelh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh digabunkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheran dan mengubah sistem pengurusan. Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk yang boleh dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah supaya dapat mengambil ikhtibar kefahaman sesuatu situasi. Teori ini digunakan untuk membentuk penyelesaian common sense dan juga memudahkan komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang terlibat dalam penyelesaian ini. Bagi meletakkan alat-alat dalam hubungan,mereka mesti

- 10 -

menyokong satu daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif masingmasing mempunyai tujuan dan mempunyai kepastian. Objektif yang pertama ialah apa yang perlu diubah.Ia berkaitan dengan penilaian situasi, perihal tentang situasi semasa dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaian andaian yang menyokongnya seperti diagnosis. Objektif yang kedua pula ialah apa yang perlu diubah kepada iaitu visi atau penyelesaian yang telah diverbalisasikan dan strategi diperihalkan supaya mencapai status yang diingini iaitu preskripsi,membuat keputusan dan memperkembangkan penyelesaian. Ketiga ialah bagaimana perubahan boleh dilakukan dalam perkembangan rancangan-rancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apa yang berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam implementasi strategi seperti merancang dan membina kumpulan. Penyelesaian masalah merupakan satu proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi . Dalam teknik penyelesaian masalah, murid-murid perlu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kemahiran tertentu. Kaedah penyelesaian masalah membina pemikiran murid supaya bersedia untuk menghadapi masalah, cara menyelesaikan dan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasi tersebut. Penyelesaian masalah juga membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah. Ia juga dapat meingkatkan keyakinan diri murid-murid khasnya apabila mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga mengerakkan murid-murid untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Masalah yang dikemukakan oleh guru dalam kaedah peneyelesaian masalah hendaklah berkaitan dengan tajuk topik-topik dalam mata pelajaran mereka. Guru perlu membimbing dan merangsangkan proses perbincangan penyelesaian masalah. Dalam proses penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen tentang masalah dikemukakan. Jika penyelesaian masalah dapat dicapai,murid-murid diminta mengemukakan contoh-contoh baru bagaiamana masalah itu boleh

- 11 -

diselesaikan. Jika peneyelesaian masalah tidak diselesaikan, alernatif-alternatif lain akan dikemukakan oleh guru dan murid. Terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasikan dalam teknik penyelesaian masalah. Antaranya ialah penyelesaian masalah, memahami masalah, menentukan cara-cara penyelesaian masalah,mencuba cara-cara penyelesaian yang baru dan merumus serta menilai penyelesaian. Dalam kaedah ini.kemahiran berfikir murid digalakkan kerana murid-murid perlu memikirkan cara-cara penyelesaian tanpa bantuan guru. Murid-murid akan memikirkan cara-vara mengumpul maklumat yang dapat menolong menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Dalam langkah merumus dan menilai penyelesaian,murid akan melihat kembali proses penyelesaian dan menilai sama ada cara penyelesaian berjaya atau tidak.Kelebihan proses penyelesaian masalah ialah terdapat penglibatan aktif murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai teknik lain dapat digunakan oleh guru dalam proses

penyelesaian masalah seperti inkuiri, sumbangsaran,perbincangan dan simulasi. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid dan juga dapat memupuk interaksi sosial yang positif. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk memperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi mereka. Kelemahan kaedah penyelesaian masalah ialah ia memerlukan masa yang panjang untuk dirancang dan dikendalikan oleh guru. Kaedah ini juga tidak begitu sesuai untuk murid-murid yang lemah dan yang tidak dapat memikirkan langkah-langkah penyelesaian masalah yang sesuai.

- 12 -

3.0 PEDAGOGI BESTARI Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di sekolah bestari telah direka bentuk hasil daripada kritikan yang menyatakan bahawa melalui sistem tradisi, penyampaian pengajaran hanya melahirkan murid yang mampu mengingat fakta dan angka tanpa mengetahui cara mengaplikasikannya. Pedagogi bestari berusaha mengatasi kelemahan ini dengan hanya menyediakan persekitaran pembelajaran yang lengkap dan melahirkan generasi tenaga manusia yang boleh berfikir secara celik teknologi.

E-Pembelajaran ialah satu cara untuk proses peningkatan kendiri seorang guru. Ia ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web yang dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Selaras dengan zaman globalisasi, guru perlu mahir dan mempunyai maklumat terperinci mengenai bahan pengajaran yang ingin diajar. Pihak Kementerian Pendidikan sedar akan peranan komputer dalam pembelajaran. Sehubungan itu, komputer telah diintegrasikan dalam kurikulum pendidikan di bawah Rancangan Malaysia ketujuh. Bagi melibatkan guru dengan E-Learning, 40-45 unit komputer telah diperuntukkan bagi 750 orang murid sekolah oleh kerajaan Malaysia (Dasar Komputer Kementerian, 1996). Diantara jenis pendidikan yang diperkenalkan di bawah E-pembelajaran ialah : pendidikan jarak jauh dan pendidikan komputer. Pendidikan jarak jauh boleh dijalankan melalui media atau pendidikan komunikasi. Pendidikan melalui siaran/jarak jauh dikendalikan dengan menggunakan pelbagai jenis alat penghantaran seperti radio, televisyen tempatan dan komputer di mana tenaga pengajar menyampaikan pengajaran tanpa bersemuka dengan pelajar-pelajarnya. Selain itu, pendidikan jarak jauh boleh juga dijalankan melalui televisyen satelit. Guru juga harus mengikuti kursus-kursus melalui pembelajaran secara online melalui program-program yang ditawarkan oleh universiti terbuka. Keistimewaan programprogram universiti terbuka ialah tidak memerlukan kelayakan akademik atau ikhtisas, diberikan peluang belajar kepada semua dan universiti ini menggunakan aplikasi seperti video, internet dan televisyen.

- 13 -

Melalui pendidikan komputer, seorang guru harus mahir dan mengetahui perisianperisian seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel, Microsoft Publisher dan Microsoft Access. Guru juga harus tahu menggunakan aplikasi-aplikasi internet kerana alat-alat ini sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah Jaringan Web Sedunia, E-mel, kumpulan perbincangan dan senarai mel. Untuk membuat peningkatan kendiri, guru juga harus menyertai Smart Learning Environment (SLE). SLE ialah satu program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan infrastruktur sekolah dengan meningkatkan kemahiran sumber manusia di kalangan guru. Ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pihak pengurusan sekolah serta meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Matlamatnya adalah untuk guru mengaplikasikan teknologi maklumat di bilik darjah. Beberapa aplikasi seperti word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing telah diperkenalkan dalam program ini. Dalam SLE guru perlu mempelajari aktiviti-aktiviti komputer seperti membangunkan modul pengajaran, menghantar e-mel, memuat turun bahan pengajaran, membuat perkembangan web, membuat grafik, membuat program kolaboratif dengan sekolah-sekolah di luar negara dan membuat pencarian maklumat di Internet.

- 14 -

4.1 Pengajaran Direktif Strategi pengajaran direktif bertujuan membantu murid bagi memahami dan mencari maklumat berasaskan pembacaan dan penaakulan kritis. Dalam pendekatan ini, murid dikehendaki menguasai tingkah laku dan kemahiran yang ditunjukkan oleh guru. Hal ini akan melibatkan latih tubi,amali, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung dalam bilik darjah, Ia juga bersifat authoritarian di mana guru berperanan sebagai sumber maklumat. Fokus utama di sini ialah guru. Murid biasanya bersifat pasif dan bergntung kepada guru untuk memberi fakta dan maklumat dalam menyelesaikan masalah. Guru yang mengguanakan pendekatan ini biasanyan mendemostrasikan proses menggunakan idea atau peristiwa yang biasa dengan murid dan menggunakan proses tersebut kepada keadaan yang tidak biasa bagi mereka, selalunya kandungan yang baru dalam kurikulum. Sebagaimana yang telah dinyatakan, guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat. Aktivitiaktiviti yang sesuai bagi pendekatan ini termasuklah menstruktur maklumat, memilih obejektif yang hendak dicapai, mencadangkan cara bagi mencapainya dan tetapkan kriteria bagaimana pencapaian dapat dinilaikan. Di samping itu terspaat pendekatan untuk menyediakan organisasi maklumat, menyemak untuk pemahaman dan simpanan serta memberi ganjaran kepada hasil pencapaian yang diharapkan. Pengajaran langsung yang dijalankan dalam bilik darjah boleh melibatkan penyampaian maklumat yang aktif daripada guru, computer atau murid lain.Proses utama dalam penyampaian aktif ini termasuklah mendapatkan perhatian daripada murid, memberi petunjuk yang mendorong penglibatan murid,megguna pengurusan grafik, mendedahkan kepada isi kandung yang diperlukan dan pengetahuan yang berkaitan dengan murid. Satu lagi kepentingan pengajaran langsung adalah ia dilakukan melalui langkah demi langkah, dari satu subtajuk ke satu subtajuk berasaskan analisis tugasan.Penggunaan contoh, bantuan visual dan demonstrasi bagi menerangkan konsep-konsep konkrit dan abstrak adalah digalakkan dalam

- 15 -

pengajaran langsung. Penilaian berterusan juga perlu dilakukan bagi menguji pemahaman murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebagai rumusan pengajaran direktif adalah berasaskan kepada strategi pemustan guru dan di bawah kategori tradisi. Penggunaan masa dan pengurusan bilik darjah yang berkesan memainkan peranan penting dalam mengamalkan pengajaran sehala dalam penyampaian pengetahuan dan kemahiran. Perbincangan seterusnya adalah mengenai strategi pengajaran yang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengaran dan pembelajaran. 4.2 Pengajaran Mediatif Pengajaran mediatif adalah satu pendekatan yang membolehkan murid belajar untuk menilai isu, menghargai pandangan orang lain serta menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan ini guru adalah sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan masalah bagi merangsang murid untuk meneroka pengetahuan. Seterusnya mereka dapat merumus serta menggunakan konsep-konsep yang ditemui dalam menyelesaikan masalah. Dalam proses pengajaran, guru perlu mengelakkan diri daripada membuat pertimbangan terhadap idea yang dikemukakan oleh murid. Guru perlu membantu membimbing bagimencuba dan menguji idea mereka. Murid perlu digalakkan mengemukakan idea logik secara induktif dan deduktif. Dalam pengajaran mediatif murid diberi kuasa dalam merancang dan mengawal proses pembelajaran,peneyelesaian masalah,perancangan dan penilaian. Hal ini melibatkan proses menolong murid secra terus bagi mengaplikasikan pengetahuan menyelesaiakan masalah dan konflik. Melalui pendekatan ini diharapkan murid dapat mengenal pasti strategi menggunakan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan masalah berdasarkan kefahaman mereka. Murid akan mendapat kesedaran tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang sepatutnya dilakukan pada masaakan datang. Mediator

- 16 -

menunjukkan murid bagi mencapai arah kendiri (self regulation) secara aktif dengan menghasilkan kaedah baru dalam penyelesaian masalah. Pendekatan ini menggabungkan aktiviti-aktivti penaakulan, bimbingan dan perbincangan terbuka. Lama kelamaan ini akan mengurangkan pergantungan murid terhadap guru boleh berfungsi sendiri. Selain perbincangan terbuka (open-ended) pendekatan utama yang lain dalam startegi mediatif adalah penguasaan konsep,pembentukan konsep dan penemuan.Penggunaan konsep (mengikut Bruner) adalah proses mendefinisikan konsep melalui ciri-ciri yang ditentukan bagi menggambarkan dengan tepat makna konsep tersebut. Dalam pengajaran penguasaan konsep, guru perlu membimbing murid melalui empat fasa. Fasa pertama.guru-guru akan menjelaskan matlamat aktiviti dan kaedah yang digunakan bagi menentukan konsep. Fasa kedua pula,murid diminta memberikan contoh-contoh yang menggamabarkan konsep tersebut dan cuba memperkembangkan.Setelah murid memberikan definisi dengan betul barulah guru memberikan nama konsep tersebut. Fasa ketiga,murid diminta membuat analisis tentang proses berfikir yang digunakan semasa membina konsep. Fasa terakhir adalah fasa membuat penilaian tentang aktiviti yang dijalankan. Ia akan berjaya sekiranya murid dapat mengenal pasti contoh-contoh yang lain yang berkaitan dengan konsep yang dibina. Model Taba dibina berasaskan konsep yang merupakan sebahagian daripada pengetahuan sedia ada murid, dan hubungannya dengan pembinaan pengetahuan baru. Disini murid diajar membuat pemerhatian,membentuk pelbagai jenis inferens daripada pemerhatian,memproses data kumoulan berasaskan pengamatan yang sama. Mereka kemudian mengkategori dan melabelkan data dan seterusnya membentuk sistem konseptual. Dalam proses ini, murid telah memperkembangkan kemahiran berfikir mereka. Pendekatan lain dalam pengajaran mediatif adalah inkuiri iaitu, guru perlu mengajar cara mengkaji sesuatu masalah dan mengemukakan soalan

- 17 -

berasaskan fakta dan pemerhatian. Umumnya, model inkuiri adalah berasaskan kepada lima langkah iaitu, menenal pasti masalah, membuat hipotesis,mengumpul data, menganalisi data dan membuat generelisasi. Dengan menggunakan naluri ingin tahu murid, strategi mediatif yang menggunakan pendektan inkuiri akan membentu murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka pada masa akan datang dengan lebih yakin, memlih angkubah yang relevan dan meperbaiki proses daya ingatan dalam mengintergrasikan bahan ke dalam struktur kognitif mereka serta memudahkan proses ingat kembali. Oleh itu, peranan guru dalam pengajaran mediatif melalui pendekatan inkuiri adalah membina situasi masalah,menyediakan prosedur penemuan, respon kepada penemuan murid,membantu murid memberi fokus pemenuan mereka dan memudahcara perbincangan penyelesaian masalah dikalangan murid. Umumnya, dalam strategi pengajaran mediatif , murid diharapkan dpat mengumpul maklumat,memproses dan menilai idea sendiri sebelum membuat kesimpulan terhadap konsep yang baru dipelajari. 4.3 Pengajaran Generatif Ramai yang berpendapat bahawa pengajaran generatif dapat membantu murid mencipta pengetahuan dan membina cara-cara baru dalam meneyelesaikan masalah. Pendekatan ini bermatlamat merangsang imaginasi murid dengan menggunakan metafora atau keadaan yang luar biasa. Guru akan mengelak daripada memberi pertimbangan nilai yang boleh menyekat kreativiti Strategi ini dapat membantu murid belajar cara bertingkah laku yang sesuai mengikut situasi dan menggunakan kebijaksanaannya yang pelbagai.Hal ini termasuklah penggunaan sumbangsaran,sinetik, pemikiran lateral dan kreativiti melalui sesuatu reka bentuk.

- 18 -

Pengajaran generatif boleh digunakan dalam penulisan, penyelesaian masalah yang bukan rutin dan penemuan. Dalam situasi yang terkawal, murid dibenarkan mengguna kreativitinya semasa mengguna bahan baru di makmal sains, mendapat celik akal dan intuisi semasa cuba menyelesaikan masalah disiplin di sekolah. Diharapkan murid akan lebih metafora dalam proses berfikir. Langkah-langkah dalam merancang pengajaran generatif adalah seperti menentukan kepiaawaian dengan murid, menyediakan kriteria secara eksplisit sambil memberi kuasa kepada murid untuk mengaplikasikannya dan meneroka pendekatan dan strategi alternatif bagipelbagai tugasan. Sinetik adalah sebagai alat sumbngsaran yang digunakan dalam pengajaran generatif. Ini adalah suatu pendekatan bagi pemikiran kreatif. Di sini, guru membimbing murid mengguna anologi atau metafora untuk melihat perhubungan antara bahan-bahan baru dengan bahan yang mereka ketahui. Pendekatan ini kerap diguna kreatif dalam bagi kumpulan untuk membantu memperkembangkan respon menyelesaikan masalah,untuk berkemahiran mengguna

mengekalkan maklumat baru,membntu menjana penulisan dan meneroka masalah sosial dan disiplin. Ia membantu pengguna menukar pemikiran sedia ada dan menghayati konsep abstrak. Antara langkah yang wujud dalam sinetik model ialah memberi maklumat,memberi anologi, mengguna anologi peribadi untuk mewujudkan konflik yang tertekan, membandingkan konflik tertekan dengan subjek,mengenalpasti perbezaan,memeriksa semua subjek asal, membina analisis baru dan menilai.

- 19 -

4.4 Pengajaran Pemerhatian Dalam pengajaran pemerhatian,pembelajaran berlaku dengan memerhati orng lain melaksanakan sesuatu tugas.Murid belajar secara kognitif bagaimana melakukan sesuatu dan apakah kesan yang mugkin berlaku.Pembelajaran ecara pemerhatian berlaku apabila tingkah laku pemerhati berubah selepas melihat tingkah laku model. Tingkah laku seorang pemerhati boleh membawa kesan positif dan negatif iaitu peneguhan atau hukuman eksplisit daripada tingkahlaku model. Menurut Bandura peneguhan atau hukuman (1977), terdapat empat proses tertentu dalam penggunaan pembelajaran pemerhatian iaitu prose memveri perhatian,proses mengingat,proses reproduksi motor dan proses motivasi. Dalam proses menarik perhatian,murid memberi perhatian kepada ciri-ciri signifikan tingkah laku yang ingin dipelajari oleh mereka. Murid memerlu beberapa cara memberi simbol, memahami dan menyusun pemerhatian mereka supaya ingat apa yang telah diperhatiakn oleh mereka dalam proses mengingat. Dalam proses reproduksi motor, diperhatikan oleh mereka dalam proses mengingat. Dalam proses reproduksi motor, murid melakonkan gerakan fizikal sebenar melalui proses cuba jaya. Dalam proses motivasi, murid menerima keadaan motivasi yang sesuai supaya mereka dapat melakukan tingkah laku yang pelajari. Pembelajaran pemerhatian memberi impak kepada pembelajaran dan menjadikannya berkesan, murid harus diberi peluang untuk memerhati dan mencontohi tingkah laku model yang membawa peneguhan positif. Pada masa yang sama,guru harus mengalakkan pembelajaran kolaboratif kerana kebanyakan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan persekitaran. Bagi mempamerkan tingkah laku yang dipelajari, guru haruslah membekalkan insentif dan persekitaran yang mengglakkan tingkah laku itu berlaku.

- 20 -

4.5 Pengajaran Konstektual Pengajaran konstektual membantu kita mengaitkan kandungan bahan belajar kepada situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat hubungan antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan bagaimana ilmu digunakan dalam kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan ahli masyarakat. Menurut teori ini,pembelajaran berlaku hanya ketika murid memproses maklumat dengan cara yang bermakna mengikut ruang rujuk mereka iaitu dunia ingatan, pengalaman dan maklum balas mereka sendiri. Teori ini menggalakkan guru memilih dan membentuk persekitaran pembelajaran dengan memasukkan sebanyak mungkin pelbagai pengalaman dari aspek sosial, fizikal dan psikologi dalam usaha ke arah hasil pembelajaran yang diingini. Dalam persekitaran seumpama itu,murid menenui hubungan bermakna antara idea abstrak dan mengaplikasika amali dalam dunia sebenar di mana konsep diterima, dikukuhkan dan dihubungkaitkan. Dalam proses pembelajaran konstektual,urid digalakkan mengalami lima teknik belajar, iaitu startegi REACT.Pertama,murid menceritakan (R) di mana murid digalakkan unuk mengalami (E) pembelajaran melalui penerokaan, penemuan dan mencipta idea. Barulah mereka akan mempelajari dalam konteks cara mengapilikasi (A) ilmu atau maklumat dalam situasi lain.Dalam pengajaran dan pembelajaran konstekstual, murid bekerjasama (C) untuk memberi maklum balas dan berkomunikasi di kalangan ahli kumpulan dan guru. Akhirnya, murid diharapkan supaya belajar dalam konteks memindah (T) pengetahuan sedia ada serta pengetahuan membina yang mereka tahu.

Contoh pengajran kontekstual adalah pembelajaran berasaskan aktiviti, sesi hands-on, seminar, bengkel dan program buat sendiri. Dalam pengajaran biologi,misalnya murid akan belajar bagaimana seorang petani menderita dan memberi sumbangan kepada kemerosotan persekitaran.

- 21 -

Rumusannya,

strategi pengajaran

dan pembelajaran

konstekstual

menekankan penyelesaian masalah dan mengenal pasti keperluan untuk pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam pelbegai konteks seperti rumah, komuniti dan tempat kerja. Strategi ini juga mengajar murid membuat pemantauan dan pembelajaran arah kendiri supaya mereka akan menjadi murid yang berdikari.Pengajaran konstekstual menentukan pengajaran dalam pelbgai konteks hidup dan menggalakkan mereka untuk belajar daripada satu sama lain dan bersama-sama.Penilaian autentik digunakan uuntukmenilai pengjaran konstektual dan strategi mengajar. 4.6 Pengajaran Metakognitif Pengjaran metakognitif adalah pengajaran tentang proses berfikir mengenai pemikiran, apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu. Flavell (1976) menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran, seperti ciri-ciri pembelajaran relevan. Sebagai contoh, saya menggunakan metakognitif jika saya dapati saya mempunyai masalah mempelajari perkara A berbanding perkara B: jika saya rasa saya perlu menilai semula perkara C sebelum bersetuju menerimanya sebagai fakta. Flavell berpendapat bahawa metakognitif menjelaskan sebab kanakkanak berlainan umur berbeza dalam menghadapi tugasan pembelajaran.Mereka telah membina strategi pemikiran yang baru.Metkognitif memerlukan pemantauan yang aktif dan peraturan proses kognitif. Pengajaran metakognitif meningkatkan kesedaran terhadap apa yang mereka tahu untuk menyelesaikan masalah atau memahami sepenuhnya konsep yang sukar untuk difahami. Menurut Dirkes (1985), strategi asas metakognitif ialah menghubungkan maklumat baru dengan maklumat yang lama,memilih strategi berfikir dengan teliti dan merancang,memantau dan menilai proses berfikir.

- 22 -

Terdapat strategi untukmembina perlakuan metakognitif dikalangan murid. Pertama murid harus mengetahui apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu. Mereka akan mengesahkan,menjelas dan memperkembangkan atau menggantikannya dengan maklumat yang lebih tepat. Semasa merancang dan menyelesaikan masalah, guru haruslah menerangkan cara berfikir yang betul supaya murid boleh mengikut proses berfikir yang diterangkan itu. Cara lain untuk memperkembangkan metakognitif dikalangan murid adalah melalui penggunaan jurnal atau buku log pembelajaran, di mana murid membuat refleksi terhadap pemikiran mereka, menulis nota tentng kesedaran mereka terhadap kesamaran dan ketidaktekalan serta memberi komen mereka terhadap cara mengatasi kesulitan. Murid perlu mengandaikan tanggungjawab untuk merancang dan mengatur pembelajaran termasuk keperluan masa, penyusunan bahan dan jadual prosedur yang diperlukan untukmelengkapkan aktiviti. Selepas sesuatu aktiviti, guru harus membimbing murid membuat ulasan tentang aktiviti tersebut, mengumpul maklumat tentang proses berkaitan, mengenal pasti strategi berfikir yang digunakan dan akhirnya menilai pasti semua bahan bernilai untuk digunakan pada masa akan datang dan mencari pendekatan yang lebih berkesan lagi. 4.7 Pengajaran Kajian Luar (Field Study Teaching) Seluruh dunia ini adalah sumber pembelajaran sekiranya orang berpengetahuan membimbing kita menggunakan sumber tersebut. Pengajaran kajian luar, menyediakan murid dengan peluang-peluang belajar berdasarkan pengalaman langsung (learn handle on experience) dalam dunia sebenar.Pengalaman tersebut diperolehi daripada kajian di mana murid berpeluang membuat pemerhatian terhadap sesuatu perkara dalam persekitaran semulajadi. Kajian luar yang dirancang dengn baik merupakan salah satu cara yang paling berharga untuk membantu murid mengaplikasikan pembelajaran buku teks danbilik darjah dengan dunia sebenar. Ia memperkaya dan memperluaskan kurikulum sekolah serta menyediakan murid dengan pengalaman yang sukar

- 23 -

diperoleh dalam bilik darjah biasa. Contoh pengajaran kajian luar adalah praktikum, lawatan ke kilang,memgusahakan tanaman dan lain-lain. 4.8 Kajian Masa Depan (Futuristic Studies) Kajian masa depan berdasarkan kepada pemahaman bahawa murid perlu bersedia berhadapan dengan cabaran dan perubahan masa hadapan yang dinamik. Kenapa kita perlu mengajar tentang masa hadapan? Kauffman (1976) menyatakan bahawa,kita sebagai guru harus memberikan kefahaman kepada murid kita terhadap isu-isu penting, masalah dan peluang-peluang yang mereka akan hadapi,mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan untuk terus berjaya dalam kehidupan dan menyediakan mereka dengan caracara yang berkesan untuk menghadapi segala halangan dan tekanan kesan daripada perubahan mendadak. Pengajaran kajian masa depan membolehkan murid berkomunkasi dengan jelas, membentuk sistem dan nila,mencari menguruskan dan memahami dengan pengetahuan,melaksanakan peristiwa masa hadapan. Terdapat tiga kemahiran asas yang perlu dipelajari dalam kajian masa depan, iaitumembuat ramalan tentang perubahan dan trenda masa hadapan berdasarkan maklumat dan pengetahuan itu sendiri. Selain itu, kemahiran membuat tekaan yang bijak berkaitan dengan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dan yang akhirnya menggunakan sumber dalam mengawal dan mengurus perubahan yang boleh membawa keuntungan yang maksima. kajian maklumat

berkesan serta berfikiran kreatif dan kritis bagi membuat keputusan tentang

- 24 -

4.9 Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri adalah suatu kaedah pembelajaran keindividualan yang menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada bahagianbahagian kecil pembelajaran dan kemahiran yang akan dipelajari. Ia direka bentuk untuk memastikan bahawa semua murid mencapai objektif pembelajaran dan setiap murid mempunyai masa yang cukup untuk mencapai tujuan tersebut. Model masteri memastikan supaya murid mencapai tahap penguaaan masa pembelajaran yang fleksibel dan setiap orang murid menerima arahan sasaran pembelajaran, latihan yang diperlukan dan maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan yang tradisi dan pengajaran pemulihan dan pengayaan secara individu. Dalam strategi ini, guru mendiagnos kebolehan murid dan kemudian mencadangkan aktiviti pengajaran individu yang sesuai. Pembelajaran masteri pada asalnya dibina oleh Bloom (1976, rujukan oleh Burden & Byrd) menekankan fleksibel masa yang distrukturkan dengan kandungan,pengajaran dianostik dan preskriptif dan mencapai semua objektif dengan jayanya oleh semua murid.Dua unsur utama pembelajaran masteri adalah arahan yang tepat dan masa. Guru menggunakan pembelajaran masteri untuk mengurus pengajaran bilik darjah dengan teliti,menyampaikan maklumat dan kemahiran mengikut coraknya, sentiasa menentukan kemajuan muridnya,memaklumkan kepada murid tentang kemajuannya, membantu murid mengatasi masalah melalui bimbingan, latihan dan pengajaran atau latihan tambahan serta memberi pengayaan tambahan kepada mereka yang menguasai pembelajaran dengan cepat. Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah menentukan dengan jelas apa yang perlu dipelajari dan bagaimana penilainya, membenarkan murid belajar mengikut kemampuannya sendiri dan menilai kemajuan dan memberi

- 25 -

maklum balas yang sepatutnya serta menguji untuk menentukan bahawa kriteria pembelajaran telah dicapai. Pembelajaran masteri memerlukan perancangan, pengurusan dan ujian diagnostik guru teliti ini. Tugasan dan aktiviti alternatif perlu disediakan oleh guru untuk keperluan setiap murid. Terdapat beberapa kebaikan pembelajaran masteri. Antara kebaikannya adalah murid mempunyai kemahiran sedia ada sebelum ke unit yang seterusnya. Selain itu, kebaikan pembelajaran masteri adalah memerlukan guru membuat analisis tugasan, dengan itu menjadi lebih bersedia mengajar unit tersebut. Seterusnya ia memerlukan guru menyatakan objektif sebelum membahagikan aktiviti dan boleh menyekat kegagalan ( terutamanya penting untuk murid yang kurang bernasib baik ) Pembelajaran masteri juga ada kekurangannya. Satu daripadanya ialah, bukan semua murid akan menguasai pembelajaran pada kadar yang sama.Oleh itu, murid yang telah menguasai sesuatu pembelajaran pada kadar yang sama.Oleh itu, murid yang telah menguasai sesuatu pembelajaran terpaksa menunggu murid lain yang belum menguasainya. Guru perlu mempunyai pelbagai bahan untuk pemulihan dan pelbagai jenis ujian diperlukan. Sekiranya guru hanya mengguna ujian objektif , ini akan menyebabkan murid menghafal dan belajar yang spesifik sahaja dan tidak menggalakkan pembekajara tahap tinggi. 4.10 Murid Pengajaran Koperatif atau Kolaboratif dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk

menyempurnakan tugasan kumpulan, bertukar pendapat,membuat perancangan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah. Pengajaran koperatif adalah satu strategi yang melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan menggalakkan interaksi positif.

- 26 -

Pembelajaran koperatif menyumbangkan kepada pencapaian akademik, mudah dilaksanakan dan tidak mahal. Tingkh laku dan rekod kedatangan murid yang bertambah baik dan lebih sukakan sekolah adalah antara kebaikan yang dikenal pasti (Slavin, 1987) Tambahan kepada hasil positif yang dikenal pasti adalah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan motivasi murid, menggalakkan proses kumpulan, memupuk interaksi sosial dan akademik di kalangan murid dan memberi ganjaran kepada penyertaan kumpulan yang berjaya. Satu daripada dapatan kajian yang konsisten adalah aktiviti pembelajaran koperatif memeperbaiki perhubungan murid dengan rakan sebayanya,lebih-lebih lagi mereka yang datang dari kumpulan sosialetnik yang lain. Apabila kanak-kanak mula melaksanakan tugasan kesediaan, kerjasama boleh memberi peluang untuk berkongsi idea, belajar bagaimana orang lain berfikir dan bertindak balas terhadap masalah dan berlatih mengguna kemahiran bahasa lisan dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif boleh menghasilkan perasaan positif terhadap sekolah, guru dan rakan sebaya.Perasaan begini menjadi asas yang penting untuk kejayaan seterusnya di sekolah. Murid juga digalakkan mempelajari bahan denan lebih mendalam untuk membuktikan kepada guru yang mereka telah menguasai bahan yang diperlukan. Dalam pasukan pembelajaran koperatif,murid yang berpencapaian rendah, berpeluang memberi sumbangan kepada kumpulan dan mengalami kejayaan dan semua boleh meningkatkan kefahaman idea dengan menerangkan kepada rakan lain (Featherstone,1986). Tugasan pemebelajaran koperatif yang dibina dengan baik menggalakkan sifa saling bergantung antara mereka di samping memerlukan akauntabiliti individu. Walaubagaimanapun, untuk berjaya dalam pembelajaran kumpulan koperatif, murid juga perlu menguasai kemahiran interpersonal yang diperlukan oleh kumpulan untuk menyempurnakan tugasan mereka. Untuk bekerja dengan jayanya dalam pasukan pembelajaran koperatif murid perlu juga mnguasai kemahiran interpersonal untuk melengkapkan tugasan yang diberikan.

- 27 -

4.11

Integrasi Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kebolehan murid untuk melibatkan diri dalam situasi pengajaran pembelajaran yang bermakna dalam bilik darjah ialah keperluan umum bagi rakyat yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik dan sebagai tenaga kerja yang mahir untuk menjadi ahli fikir yang berkesan adalah lebih diiktiraf dalam matlamat pendidikan sekarang. Jika murid mahu berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang berteknologi tinggi, maka mereka perlu melengkapkan diri dengan kajian dan kemahiran berfikir sepanjang hayat untuk memperoleh dan memproses maklumat di dunia yang sentiasa berubah. Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang normal di seolah bestari, kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kajian dan kemahiran belajar,kemahiran pemudah caraan,kemahiran berfikir dan kemahiran berfikir di kalangan murid. Sebenarnya, kebanyakkan badan kesusasteraan mengakui bahawa daya kreativiti murid dalam berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah boleh dipertingkatkan melalui pengajaran dan amalan (Robinson,1987). Perlu ingatkan bahawa murid boleh belajar befikir dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah dnegan cara yang lebih berkesan jika sekolah menumpukan kepada mengajar mereka cara melakukannya.

- 28 -

Kemahiran pemudah caraan merangkumi beberapa aspek berikut : a) Challenging : Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang b) Attending : Memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satu perbincangan c) Disclosing : Memperlihatkan atau mendedahkan sesuatu perkara d) Cognitive structuring : Satu kaedah membina kefahaman menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabung dengan fakta dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman yang baru yang lebih bermakna dan memuaskan. e) Feedback : Teknik pemudahcara berdasarkan kepada pendapat dan penerimaan setiap penerangan. Ia melibatkan perbincangan secara dua hala f) Focussing : Proses penumpuan dalaman mengenai kesedaran kendiri dan pemulihan emosi. g) Goal-setting : Menetapkan objektif ke arah P & P yang lebih rasional. h) Instructing : Pengajaran berdasarkan guru sebagai penyampai maklumat dan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dan terperinci tentang sesuatu topik i) Modelling : Satu proses demonstrasi bagi menggambarkan sesuatu dengan berkesan, menarik minat murid mengikuti proses P & P dengan lebih terancang j) Trailing (menjejak) : Mengesan masalah pelajar dan memudahcara penyampaian k) Questioning : Membantu dan melatih pelajar berfikir secara mendalam dan meluas l) Reflecting (renungan): Mencermin, menggambar, membayang, berfikir dalam-dalam atau sebagai pantulan sesuatu perkara yang telah diperkatakan m) Thematising : Suatu perbincangan yang menumpukan kepada tema atau tajuk yang telah ditetapkan

- 29 -

5.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, kaeadah pengajaran bestari meliputi pelbagai kaeadah bestari. Terdapat pelbagai isi utama yang merangkuminya. Strategi pengajaran direktif berhasratkan untuk membantu murid memahami dan memperoleh maklumat sebagai asas bagi bacaan dan penaakulan secara kritis. Dalam pendekatan ini,murid perlu menirutingkah laku atau kemahiran yang ditunjuk atau disampaikan oleh guru. Pengajaran mediatif membolehkan murid belajar untuk menilai pelbagai sudut pandangan tentang isu-isu kontroversi, menghormati pendapat orang dan menggunakan proses penyelesaian masalah. Pendapat utama pengajaran generatif adalah membantu murid membina ilmu serta membentuk cara baru dan celik akal untuk mendekati dan menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran pemerhatian,pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melaksanakan sesuatu tugas.Murid belajar dengan mengguna kognitif ini bukan hanya belajar cara membuat sesuatu tetapi juga belajar sebab dan akibat yang mungkin boleh berlaku. Pengajaran kontekstual membantu kita menghubung kait kandungan subjek kepada situasi kehidupan sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat pertalian antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dengan bagaimana ilmu itu digunakan dalam kehidupan sebagai ahli keluarga dan warganegara. Pengajaran metakognisi adalah pengajaran proses berfikir terhadap pemikiran. Manakala, penjaran kajian luar memberi peluang kepada murid belajar melalui pengalaman langsung dunia sebenar.Kajian masa depan berdasarkan pemahaman bahawa murid perlu menyediakan diri untuk menghadapi cabaran dan perubahan masa depan yang dinamik.Pengajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran individu yang menggunakan kurikulum berstruktur. Pengetahuan dan kemahiran dalam kurikulum dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil untuk dipelajari. Ia direka bentuk untuk memastikan murid mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa yang mereka perlukan. Akhirnya murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk melengkapkan tugasan kumpulan. Mereka bertukar pendapat, membuat perancangan dan mencadangkan jalan penyelesaian masalah.

- 30 -

BIBLIOGRAFI
Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. 2005.Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kuala Lumpur. Hazri Jamil, Hashim Othman, Rohizani Yaakub. 2004.Penghantar Keadah Pengajaran Pelajaran Ilmu Kemanusiaan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open University (OUM). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. 2004.Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Modul 2/3. Kuala Lumpur :Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Mook Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan 2001.Pembelajaran Malaysia. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi Pembelajaran & Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan. Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd. Kurikulum Masteri. Kementerian Kuala Lumpur Pendidikan :Kementerian Malaysia. Pendidikan

- 31 -

LAMPIRAN

- 32 -

Lampiran B Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 1 RINGKASAN MENGAJAR

Pengetahuan dan kemahiran

1. Pengetahuan am tentang kaum yang ada di Malaysia. 2. Boleh mendapatkan bahan rujukan yang mencukupi dari buku dan internet. 1. 2. 3. 4. komputer LCD OHP Menayangkan video tentang sambutan parayaan mangikut kaum. 5. Menerangkan tajuk dan penerangan melalui power point. 1. Pelayar Internet 2. Multimedia 3. Emel

Bahan bantu mengajar

Perisian

Sumber Internet

1. http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=banjir1
(diakses pada 5 April 2007) Laman web ini memberi maklumat tentang, kaum di Malaysia, bahasa, bencana alam seperti banjir, kejadian Tsunami, tanah runtuh dan sebagainya.

objektif

1. 2. 3. 4. 5.

Mengetahui tentang perayaan dan sambutan yang ada. Memahami perayaan kaum lain dalam masyarakat setempat. Menghargai kemeriahan sambutan perayaan. Memupuk kerjasama antara kaum. Mensyukuri nikmat Tuhan.

Penerapan nilai Hasil pembelajaran

Menghormati setiap kaum yang ada dalam masyarakat setempat. 1. Murid akan lebih mengetahui budaya kaum lain. 2. Menghormati kebudayan, agama dan kepentingan kaum lain. 3. Dapat mengekalkan keamanan hidup di Malaysia dengan masyarakat yang berbilang kaum.

- 33 -

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 2

Rancangan Pengajaran Harian


Kelas Tarikh Tajuk HPU 6 Cerdik 5 September 2007 Nilai Murni Pembentuk Bangsa Mengenal pasti dan menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan tajuk pengajaran daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 I. Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh. Menghasilkan sebuah cerita pendek yang berkaitan dengan tajuk iaitu nilai-nilai murni melalui aktiviti lakonan. Aras 1 I. Mengenal pasti isi dan maklumat penting tentang nilai-nilai murni. Aras 2 I. Menyediakan dialog-dialog yang sesuai dengan tajuk untuk aktiviti lakonan. Aras 3 I. Membuat aktiviti lakonan berkaitan dengan tajuk iaitu melakonkan watak yang terdapat pelbagai nilai-nilai murni dalam cerita tersebut dengan menarik dan mempunyai mesej yang berguna kepada murid-murid yang lain. 60 minit Di akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam kehidupan seharian. 2. Mengenal pasti peranan, kumpulan sasar, tugasan dan hasilan projek. 3. Mencatat maklumat ringkas daripada cerita yang telah dilakonkan. 4. Mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita yang dilakonkan dan daripada sumber yang lain. 5. Membuat aktiviti lakonan bertemakan nilai-nilai murni yang menjadi pembentuk kepada bangsa. Pengetahuan Sedia Ada Penerapan Nilai BBM Pengetahuan am tentang nilai-nilai murni. 1. Menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Video klip Amalan nilai murni. Persembahan Elektronik Guru (Power Point) Pengenalan kepada Projek. Video cerita bertajuk Pengorbanan Seorang Guru

HPK

Masa Objektif

- 34 -

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 2

Bumi dikenali sebagai Earth dalam bahasa Inggeris. Planet ketiga daripada
sembilan planet dalam Sistem suria, Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Troposfera (Troposphere) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan


terhampir dengan permukaan bumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisan tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud). Dalam lapisan tropopause, suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar 17oC hingga 52oC. Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah lapisan tropopause. Lapisan ini ialah lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling ideal untuk menampung kehidupan di bumi. Di lapisan ini kehidupan juga terlindung dari pancaran radiasi yang dipancarkan oleh matahari dan objek langit lain.

Stratosfera (stratospere) merangkumi kawasan bermula daripada lapisan


troposfera (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud) sehingga lapisan mesosfera (lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di sempadan atas stratopause), dan pada masa yang sama melindungi bumi daripada sinaran uv.

Mesosfera (Mesosphere) merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhu


atmosfera akan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan keempat termosfera. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Kebanyakan meteor yang sampai ke bumi biasanya terbakar di lapisan ini. Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi, manakala suhunya berkurang dari 290 K hingga 200 K (18oC hingga 73oC). Lapisan Termosfera terletak di atas mesosfera dan di bawah eksosfera. Lapisan ini hanya mempunyai sedikit sahaja udara. Fenomena aurora (tirai cahaya) terhasil di sini hasil tindak balas angin suria dengan medan magnet bumi. Di lapisan ini juga sinaran uv akan menyebabkan pengionan.

- 35 -

Kumpulan 3 telah membentangkan RPH mereka dalam bentuk Microsoft Power Point
Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 4 Rancangan Pengajaran Harian Kelas Tarikh Tajuk HPU : : : : 6 Biru 10. 10. 2007 Flora dan Fauna Mengenal pasti maklumat daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 i. HPK : Aras 2 i. Aras 3 i. Masa Objektif : : 60 minit Di akhir pembelajaran murid dapat: 6. 7. 8. 9. Pengetahuan Sedia Ada Penerapan Nilai BBM : : : mengenal pasti kategori flora dan fauna mengklasifikasikan jenis flora dan fauna mencatat maklumat ringkas daripada gambar yang dilihat. mengenal pasti maklumat berkaitan dari pelbagai sumber berdasarkan tajuk projek 10. menghasilkan satu folio mengenai flora dan fauna Pengetahuan am tentang flora dan fauna 2. Menghargai setiap hidupan di muka bumi ini. Persembahan Elektronik Guru (PowerPoint)- Pengenalan Projek Video klip- jenis-jenis ikan Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh. Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk. Menghasilkan folio secara terancang, tertib, dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik bersertakan gambar.

- 36 -

Langkah Set Induksi (10 minit)

Kandungan Persembahan elektronik

Aktiviti P&P Guru menayangkan powerpoint tentang flora dan fauna. Melalui aktiviti sumbangsaran, guru meminta murid membincangkan soalan utama mengelaskan flora dan fauna mengikut kategori.

Catatan TKP : Verbal Linguistik, interpersonal KBKK: Menjana idea Menyatakan pendapat Nilai: Menghargai keindahan alam sekitar TKP: -

flora fauna
Murid mencatatkan pendapat mereka dalam Borang Soalan Utama.doc. Guru memperdengarkan lagu yang berkaitan dengan flora dan fauna. Lagu hijauSoalan Borang
Utam a.doc
Pengenalan Projek.ppt

Langkah 1 (10 minit)

Sajak Sayangi Bumi

Verbal linguistik Visual Ruang

Guru meminta murid membentuk kumpulan untuk menyanyikan semula lagu tersebut. Lirik

Borang Soalan Utam a.doc

Murid mengenal pasti perkataan yang tidak difahami dan mencari makna perkataan tersebut dengan menggunakan kamus. Dalam kumpulan masing-masing, murid diminta mencatat isi-isi penting yang terdapat dalam sajak dalam bentuk peta minda. Dalam kumpulan masing-masing, murid diminta menghasilkan folio bertemakan flora dan fauna. TKP: Verbal linguistik

Langkah 2 (10 minit)

Langkah 3 (25 minit)

KBKK: -Menjana idea -Mengumpulkan

- 37 -

Langkah

Kandungan

Aktiviti P&P

Catatan maklumat

Murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. Guru meminta murid membuat refleksi tentang soalan utama secara lisan.

TKP -Pembelajaran Koperatif

Penutup (5 minit)

Rumusan P&P

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 5

- 38 -

Rancangan Pengajaran Harian Kelas Tarikh Tajuk HPU : : : : 6 Bestari 11 Jun 2007 Kesultanan Melayu Melaka Mengenal pasti maklumat daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 ii. HPK : Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.

Menghasilkan lakonan cerita tentang kesultanan Melayu Melaka Aras 1 ii. Aras 3 ii. Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk. Menghasilkan lakonan dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.

Masa Objektif

: :

60 minit Di akhir pembelajaran murid dapat: 11. mendalami pengetahuan tentang sejarah kesultanan melayu melaka 12. mengenal pasti peranan masing-masing 13. mencatat maklumat ringkas daripada cerita yang dilakonkan 14. mengenal pasti maklumat berkaitan dari pelbagai sumber berdasarkan tajuk projek 15. menghasil satu lakonan semula tentang sejarah melayu melaka Pengetahuan am tentang sejarah 3. Menghargai peninggalan sejarah 4. Meneladani perkara yang baik dan buruk Video Klip Sejarah Melaka Pesembahan Elektronik Guru (PowerPoint)Pengenalan Projek Lakonan semula oleh pelajar

Pengetahuan Sedia Ada Penerapan Nilai BBM

: : :

- 39 -

Lampiran C BORANG PENILAIAN Selepas membentangkan tugasan Konsep Alam Belajar, kumpulan kami telah menyediakan satu tugasan kepada kumpulan yang lain.Mereka perlu memilih satu subtajuk dalam subjek major iaitu Pengajian Sains Sosial dan membentangkannya dalam bentuk Rancangan Mengajar Harian (RPH) secara bestari. Mereka juga perlu menerangkan bagaimana konsep pengajaran dan pembelajaran tersebut dijalankan. Berikut merupakan hasil penilaian yang telah dilakukan terhadap pembentangan yang telah mereka lakukan.

KUMPULAN 1 2 3 4 5

CARA PENYAMPAIAN 2 2 2 2 2

ISI 2 2 1 2 2

RPH 2 2 2 2 2

KERJASAMA 2 2 2 2 2

UNSUR BESTARI 2 2 1 2 2

JUMLAH 10/ 10 10/ 10 8/ 10 10/ 10 10/ 10

Dalam tugasan ini terdapat beberapa kekeliruan yang belaku pada mulanya dalam pemberian tugasan . Namun setelah pembentangan dilakukan oleh kumpulan kami, kumpulan lain mulai faham dan tahu bagaimana cara untuk membuat Rancangan Mengajar Harian (RPH) secara bestari. Akhirnya mereka mampu melakukan tugasan tersebut dengan berdedikasi. Ternyata melalui sistem penilaian di atas kami mendapati kumpulan-kumpulan tersebut mampu melaksanakan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

- 40 -

You might also like