You are on page 1of 24

STAG2003

Sedimentologi
sedimen

Struktur sedimen

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SEDIMEN
Struktur sedimen merupakan suatu fitur berskala besar atau megaskopik dalam sedimen atau batu sedimen. Contohnya perlapisan, riak, gumuk pasir, lapisan silang, rekahan lumpur dan sebagainya. Struktur sedimen ini biasanya dikaji di lapangan, dan bukannya di makmal seperti kajian tekstur sedimen, litologi dan fosil. Jika dilihat pada skala yang lebih besar, beting pasir dalam sungai dan pulau penghalang juga merupakan fitur yang terbentuk akibat pengendapan dalam sekitaran sedimen. Tetapi fitur yang terlalu besar ini tidak dianggap sebagai struktur sedimen.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SEDIMEN
Struktur sedimen tidak boleh dikitar semula atau dihakis dan dibawa ke tempat lain seperti mana yang boleh berlaku kepada butiran sedimen. Jadi ia sangat penting untuk menentukan proses yang berlaku dan sekitaran pengendapan sesuatu sedimen atau batuan sedimen. Struktur sedimen membayangkan proses pemendapan sedimen, dan pentafsiran tentang asal mula struktur sedimen adalah berdasarkan kajian taraannya yang moden, ujikaji di makmal dan teori fizik. Bila dihakis dan diendap kembali, struktur sedimen asal musnah dan terbentuk yang baru
Lapisan silang Kamal roslan mohamed Geologi UKM Graded bedding

Kegunaan struktur sedimen


Menentukan proses pengendapan yang berlaku Menentukan di sekitaran mana sedimen atau batuan sedimen terendap Menentukan arah aliran arus atau punca sedimen Menentukan kedudukan atas atau bawah sesuatu lapisan batuan sedimen, terutamanya yang tercangga.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

PERLAPISAN
Jasad sedimen atau batuan sedimen mempunyai bahagian dasar dan permukaan atas yang rata atau planar, dan secara mendatarnya tersebar dengan meluas (extensive laterally). Jasad sedimen ini dipanggil perlapisan. Jasad sedimen atau perlapisan ini boleh berbeza dengan perlapisan lain di atas dan di bawahnya.
Lapisan boleh dijelaskan sebagai unit pengendapan, iaitu ditakrifkan sebagai ketebalan sedimen yang kelihatan telah dimendapkan dalam keadaan fizikal asas yang tetap. Contohnya lapisan silang tunggal, atau satu unit diamiktit aliran lumpur. Perbezaan lapisan atau unit pengendapan ini boleh disebabkan oleh; Perbezaan komposisi Warna Saiz Bentuk butiran Susunan butiran Orentasi butiran

Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan proses yang memendapkan sedimen, atau punca sedimen berubah.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Perlapisan boleh dibahagikan kepada unit yang lebih terperinci, tergantung kepada ketebalan perlapisan. Lapisan yang ketebalannya kurang daripada 1cm dipanggil laminasi, manakala untuk ketebalan yang melebihi 100cm pula dipanggil lapisan masif. Dua atau lebih lapisan boleh dikumpulkan dalam satu kumpulan yang dipanggil koset (cosets atau bedsets), yang mana boleh terdiri daripada unit yang mudah (simple) atau komposit (composite).

PERLAPISAN

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

PERLAPISAN
Lapisan boleh berbentuk selari (parallel) atau tidak selari (non-parallel) antara satu sama lain, dan boleh ada yang rata atau plana, bergelombang atau wavy atau melengkung (curved) Sempadan antara lapisan boleh sangat jelas atau tajam, iaitu perubahan secara mendadak antara dua lapisan, atau boleh juga suatu lapisan berubah kepada lapisan lain di atasnya secara berangsur-angsur. Untuk kes perubahan secara berangsur-angsur, kadang-kadang sukar untuk kita menentukan sempadan lapisan dengan tepat.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

PEMBAHAGIAN STRUKTUR SEDIMEN


Struktur sedimen boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, berdasarkan morfologi dan masa pembentukannya. Struktur sedimen biogeni. Struktur sedimen ini dibuat atau terbentuk hasil daripada
aktiviti organisma, sebaik sahaja sedimen terendap. Aktiviti organisma ini boleh berlaku di atas permuakaan sedimen, atau di dalam lapisan sedimen.

Struktur pra-pengendapan.

Struktur ini berkaitan dengan lapisan yang menindihnya, dan wujud atau ditemui di atas permukaan antara lapisan. Sebahagian besar struktur ini terdiri daripada ciri hakisan seperti alur, keruk & isi dan lain-lain.

Struktur sin-pengendapan. Ini merupakan struktur yang terdapat di dalam lapisan, dan terbentuk semasa sedimen terendap, contohnya ialah; lapisan masif, lapisan bergred, lapisan silang dll. Struktur post-pengendapan. Struktur ini sebanarnya merupakan struktur canggan terhadap struktur pra- dan sin-pengendapan. Setelah sedimen terendap dan terbentuknya struktur pra- dan sin-pengendapan, dan sebelum lapisan ini mengeras, canggaan berlaku menyebabkan lapisan terganggu dan boleh merosak atau merubah struktur dalaman yang sedia ada. Contohnyanendatan (slumping)
Selain daripada tiga kumpulan di atas, terdapat satu lagi kumpulan atau kategori yang dinamakan pelbagai, iaitu untuk struktur sedimen yang tidak dapat dimasukkan ke dalam tiga kumpulan di atas. Antaranya ialah kesan titisan hujan dan rekahan lumpur

Struktur pelbagai.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
Struktur ini berkaitan dengan Scour kaut / keruk lapisan yang menindihnya, dan ditemui di atas permukaan antara lapisan , sebelum sedimen atau lapisan baru terendap. Struktur yang ada ini akan menjadi atau menyediakan acuan untuk lapisan baru di atasnya.
Tool marks - Kesan alat

Sebahagian besar struktur ini terdiri daripada ciri hakisan seperti alur, keruk dan isi, flut, peparit dan kesan alat. Struktur dalam kumpulan ini ialah alur. Sungai adalah salah satu jenis alur, dan sedimen iangkut dan boleh juga diendap dalam alur ini. Alur boleh terbentuk akibat hakisan linear tempatan oleh aliran bendalir yang dibantu oleh beban dasar yang menghakis. Struktur alur yang lebih kecil dipanggil keruk dan kambus (scour-and-fill). Hakisan yang dihasilkan oleh aliran bendalir kemudiannya diisi oleh pengendapan sedimen baru.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN Scour kaut / keruk


Kesan flut (flute casts)
Flut adalah lohong berbentuk seperti ruang tumit yang dikerut oleh arus dasar lumpur. Setiap lohong biasanya diisi oleh pasir dan bersambung dengan lapisan pasir lain atau yang baru berendap di atasnya. Lebar flut antara 1 5cm dan panjangnya 5 20cm. Hujung flut yang membulat menunjukkan hulu arus, dan hujung yang melebar adalah bahagian hilir arus. Flut selalunya berkelompok. Biasanya kesan flut ini dihubungkan dengan tindakan pengerukan (hakisan) setempat oleh arus yang bergerak di atas dasar lumpur tak konsolidat.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN Kesan alat (tool marks)

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
Kesan alat (tool marks)
Kesan alat adalah ciri hakisan yang menuris atau mengguris dasar lumpur lembut seperti flut dan peparit, tetapi bentuknya sangat tidak sekata dari segi pandangan plan atau keratan rentasnya. Dalam keadaan yang ideal, alat yang menuris kesan ini mungkin boleh ditemui di bahagian hilirnya, contohnya kelikir, kayu dan serpihan tumbuhan, cengkerang dan tulang. Kesan alat boleh digunakan untuk menentukan arah pergerakan arus kuno.

Kesan alat ini boleh diperincikan lagi mengikut cara atau proses pembentukannya, antaranya ialah; kesan lantunan (Bounce atau skip marks) kesan tujahan (Prod marks) kesan multiple lantunan (Multiple bounce marks) kesan alur (Groove marks) Chevron marks Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
Kesan peparit (groove marks)
Kesan peparit cenderung untuk memotong lumpur dan ditimbus oleh pasir. Struktur ini mempunyai kesan hakisan yang panjang, halus dan lurus. Lebar atau dalamnya jarang melebihi beberapa mm, tetapi panjangnya boleh berterusan sehingga beberapa meter. Peparit merupakan ciri hakisan yang selari dengan arus, dan kelurusannya menunjukkan aliran lebih berifat lamina, dan bukannya berkocak. Peparit mungkin boleh diukir oleh objek yang dibawa oleh arus, tetapi objek ini mestikan bukan diangkur secara loncatan atau gulingan.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
rill-mark water erosion forms
Kesan laluan air, biasa ditemui atas pasir di tepi pantai.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Struktur sin-pengendapan merupakan struktur yang sebenarnya dibentuk semasa pengendapan sedimen sedang berlaku. Pada asasnya struktur ini merupakan struktur yang membina, yang terdapat di dalam lapisan sedimen atau unit pengendapan. Antara struktur yang dikenal pasti ialah; lapisan masif perlapisan rata lapisan bergred lapisan silang dan laminasi silang riak serta

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan masif
Ketiadaan sebarang bentuk struktur dalam lapisan sedimen juga dianggap sebagai struktur sedimen dan dipanggil lapisan masif. Ketiadaan apa-apa bentuk dan struktur ini diakibatkan oleh beberapa sebab. Lapisan menjadi masih boleh disebabkan oleh proses diagenesis, terutamanya ditemui dalam batu kapur. Struktur endapan yang ada termusnan semasa diagenesis. Lapisan juga boleh menjadi masif akibat kemusnahan oleh korekan organisma. Lapisan masif biasanya ditemui dalam dalam batuan berbutir halus yang terendap di sekitaran bertenaga rendah. Dalam batu pasir, perlapisan masif jarang berlaku. Walaupun dengan mata kasar kelihatan batu pasirnya masif, tetapi sebenarnya ada strutkur, samada lapisan silang atau lapisan sekata yang dapat dilihat dengan bantuan sinar-X. Ini disebabkan kebanyakan batu pasir mempunyai saiz yang sekata.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Perlapisan rata atau datar
Sedimen, apabila terendap akan cenderun untuk mempunyai permukaan yang mengufuk, dan akan menghasilkan perlapisan yang selari dengan permukaan perlapisan major. Pasir yang diendapkan akan disusun dengan paksi panjang butiran selari dengan arah aliran

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan bergred
Lapisan bergred ialah lapisan yang di dalamnya terdapat perubahan saiz butiran secara menegak. Penggredan normal ditandakan oleh suatu pengurangan saiz butiran dar bawah ke atas, dan terdapat berbagai-bagai jenis penggredan yang lain. Lapisan bergred terbenuk apabila sedimen terendap secara ampaian, biasanya semasa fasa mereda dalam aliran turbidit.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan silang
Perlapisan silang adalah satu struktur yang paling lazim dan paling penting berbanding dengan struktur sedimen lain. Perlapisan silang terhasil daripada poses pengendapan secara seretan, baik oleh air atau angin, dan boleh ditemui di berbagai sekitaran pengendapan.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Perlapisan silang terdiri daripada perlapisan yang memiring condong dibendung oleh permukaan-permukaa sub-mengufuk. Setiap unit dipanggil set, dan set yang bersentuhan secara menegak dipanggul koset. Lapisan yang condong dipanggil set hadapan atau foreset. Kecondongan foreset di bahagian atas dan bawah boleh mengurang, dan masing-masing dikenali sebagai topset dan bottomset atau toeset.
Kemiringan foreset menunjukan sudut rehat yang maksimum untuk pasir ketika diendapkan. Biasanya pasir eolian mempunyai sudut rehat yang lebih besar berbanding pasir sub-akua (terendap dalam air). Dalam sedimen kuno, sudut rehat yang ditemui biasanya lebih rendah daripada sedimen moden. Beberapa sebab yang kemungkinan ini berlaku ialah; Permukaan bendungan set bukanlah data paleohorizontal yang sah. Kemiringan ketara yang direkodkan yangdirekodkan kurang daripada kemiringan sebenar Pengurangan disebabkan pemadatan

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan silang boleh dibahagiakan kepada beberapa jenis berdasarkan hubungan foreset dan permukaan yang membendungnya, iaitu; Lapisan silang plana atau menyatah

pipih (tabular planar cros-bedding). Lapisan silang planar ini mempunyai foreset yang selari antara satu sama lain, dan dibendung oleh satah submenggufuk.

Lapisan silang palung (trough cross-bedding). Foresetnya cengkung ke atas ke arah hulu, dan terpotong ke arah hilir oleh palung yang seterusnya. Foreset yang cekung ke atas terletak antara kerukan hakisan yang memanjang selari dengan aliran arus.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan silang tulang ikan
(herring bone cross-bedding). Di sekitaarn laut cetek, lapisan silang yang berbentuk seperti tulang ikan, yang mana foresetnya menunjukkan dua arah yang bertentangan atau bimodal. Foreset bimodal ini dihasilkan oleh pergerakan arus pergi dan balik arus pasang-surut.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Lapisan silang hummocky atau pengstrataan silang bergon mengandungi beberapa set lapisan silang yang mencembung ke atas, sekitar 10-15cm tebal. Lapisan silang ini cenderung untuk wujud di dalam susunan seragam kira-kira 0.5m tebal. Dasar setiap unit biasanya merupakan suatu permukaan hakisan menyatah dan mungkin terdapat kelikir tinggalan di dasar ini. Bahagian atasnya tajam atau bergred. Lapisan silang hummucky ini ditafsirkan sebagai endapan semasa ribut di sekitaran laut, iaitu di pelantar benua.

Lapisan silang hummocky.

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Riak dan laminasi silang
Riak adalah bentuk lapisan seperti ombak yang wujud dalam pasir halus yang terdedah kepada arus seretan yang lembut atau lemah. Riak tidak terbentuk dalam sedimen lempung, dan pasir kasar serta kelikir. Riak cuma ditemui dalam lodak kasar dan pasir halus / sederhana (kurang daripada 0.6mm diameter). Riak yang bergerak akan memendapkan sedimen berlaminasi silang. Set laminasi silang individu jarang melebihi 2-3cm tebal, berbeza dengan lapisan silang yang biasanya melebihi 50cm tebal.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Dalam keratan rentas, riak boleh dibahagikan kepada;
gelombang atau vorteks. Riak ini biasanya dihasilkan di air cetek oleh pergerakan ombak berorbit. Profil tidak simetri. Riak ini dihasilkan oleh arus seretan uniarah, contohnya dalam sungai.

Profil simetri atau juga dipanggil riak

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Kedua-dua riak simetri dan riak tidak simetri boleh wujud bersama-sama dengan kekanta lumpur yang terpisah, dan ini diistilahkan sebagai lapisan flaser. Jika kandungan pasirnya bertambah, lapisan flaser akan menjadi lapisan pasir yang berlapisan silang, dan tiada profil riak, atau riak cuma terdapat di bahagian atas lapisan sahaja. Terdapat istilah-istilah khusus untuk menerangkan bentuk dan genesis riak ini, antaranya ialah riak memanjat (climbing ripples) dan lapisan riak hanyutan (ripple-drift bedding).

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Pada pandangan plan, riak menunjukan bentuk yang berbagai. Antaranya ialah; Riak berkemuncak lurus Riak sinus atau bergelombang Riak bulan sabit Riak linguoid Riak gangguan

Satu kajian mendapati bahawa bentuk riak yang dinyatakan di atas mempunyai kaitan dengan kedalam air. Perubahan bermula daripada riak berkemuncak lurus kepada kemuncak sinus dan juga kepada deretan bulan sabit dan linguoid. Kedalam air tidak mempengaruhi ketinggian dan jark gelombang.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Struktur post-pengendapan terbentuk akibat berlakunya gangguan terhadap sedimen yang baru terendap, dan masih dalam keadaan lembut. Gangguan atau canggaan ini berlaku sebaik sahaja sedimen terendap, dan proses pengendapan masih berterusan semasa gangguan atau selepas gangguan ini terjadi. Tidak berlaku perubahan sekitaran pengendapan akibat gangguan ini. Ini berbeza dengan canggaan tektonik yang mana tiada pengendapan berlaku semasa dan selepas canggaan tektonik.

water-escape structures

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Dish structure
Dish structure terbentuk akibat pergerakan air ke atas.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Lapisan konvolut
Lapisan konvolut ini merupakan satu siri lipatan plastik di dalam lapisan pasir. Sinklin rata yang terbuka memisahkan kemuncak antiklin tajam, dan antiklin tajam ini kadang kala condong ke hilir. Ia pergerakan air secara mencancang atau menegak melalui pasir yang longgar. Air ini boleh berpunca daripada kepala hidrostatik air atau disebabkan keporosan pasir menjadi kurang apabila pasir menjadi pada, dan ini menyebabkan berkalunya lebihan air dan akan keluar menegak daripada lapisan pasir ini. Pembalikan lapisan konvolut ke arah hilir menunjukkan bukti bahawa arus yang kuat memainkan peranan penting dalam pembentukannya. Canggaan lapisan pasir berlapisan silang selalunya dihubungkan dengan lapisan konvolut. Set hadapan atau foreset menjadi terbalik ke hilir dalam bentuk lipatan rebah. Untuk sedimen berbutir halus, contohnya lodak, struktur yang serupa boleh ditemui, dan dipanggil laminasi konvolut. Laminasi konvolut merupakan pasir turbidit.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Kas beban (loadcasts)
Apabila lapisan pasir menindih lapisan lumpur, beban lapisan pasir yang berat menyebabkan tercangganya lapisan lumpur di bawahnya, membentuk struktur kas beban, struktur bola dan bantal (ball and pillow structures). Struktur ini kadang-kadang kelihatan hampir sama dengan kesan hakisan seperti flut, kesan alat dan sebagainya. Dalam kes yang tertentu, pasir yang melengkung ke bawah ini boleh terpisah daripada induknya, dan membentuk jasad pasir di dalam lapisan lumpur dan ianya dipanggil pseudonodul.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Struktur api (flame structures)
Kejadiannya seperti pembentukan kas beban.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Nendatan dan Gelongsoran
Nendatan juga merupakan canggaan pastik dalam lapisan pasir dan lumpur, yang mana juga meliabatkan pembentukan struktur lipatan. Lipatan nendatan merupakan bukti yang jelas tentang pergerakan mengufuk dalam satu arah yang tetap. Sejumlah jisim atau lapisan sedimen dianjakkan secara mengufuk di sepanjang permukaan gelongsoran. Apabila pergerakan gelongsoran terhenti, pemendapan sedimen diteruskan, dan kita akan dapati lipatan nendatan terletak di atara dua lapisan yang tidak tercangga. Ini adalah bukti yang menunjukkan lipatan nendatan merupakan lipatan sin-pengendatan dan bukannya lipatan tektonik. Nendatan dan gelonsoran memerlukan pemendapan sedimen berlumpur yang pantas di atas suatu cerun yang curam dan yang tidak stabil. Pergerakan mengufuk ini mungkin dimulakan oleh gempa bumi, ribut atau boleh juga secara spontan. Struktur ini banyak ditemui di sekitaran delta atau kipas laut dalam.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR PELBAGAI
Kesan atau bekasan hujan (rain prints)
Bekasan hujan wujud pada batu lodak dan batu lempung, dan apabola lapisan tersebut ditindih oleh batu pasir yang sangat halus. Bekasan hujan ini berbentuk bulat atau lonjong juga ada angin bertiup semasa hujan jatuh. Bekasan hujan ini bersaiz 2 hingga 10mm, dan mempunyai tepian yang tinggi di sekelilingnya. Kas beban tidak mempunyai tepian yang meninggi. Bekasan hujan merupakan petanda pendedahan subaerial (atau sekitaran daratan) yang baik.

moden

kuno

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR PELBAGAI
Rekahan pengontangan (desiccation crack)
Rekahan pengeringan merupakan rekahan yang menirus ke bawah dalam lumpur yang diisi oleh pasir. Pada pandangan plan, struktur ini berbentuk poligon. Lebar rekahan individu adalah sekitar 1 mm atau lebih sedikit, dan poligon biasanya sekitar 0.5 m diameternya. Seperti bekasan hujan, struktur ini juga menunjukkan sekitaran subaerial yang kontang.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR PELBAGAI
Daik pasir (sandstone dyke)
Daik pasir ialah gembar pasir mencancang yang telah merejah ke dalam lumpur dari lapisan pasir di bawah. Walaupun susunannya hampir serupa dengan rekahan pengontangan, namun rekahan daik pasir ini cenderun untuk pupus ke atas, dan oleh fakta bahawa struktur ini bermula dalam lapisan pasir induk di bawah. Struktur daik pasir ini boleh mencapai beberapa meter lebar dan satu kilometer panjang.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI


Berbagai-bagai jenis struktur dalam batuan sedimen boleh diletakkan sebagai hasil kerja organisma, dan dirujuk sebagai struktur biogeni. Struktur ini juga dikenali sebagai fosil surihan, dan di antara struktur biogeni ialah; Kesan akar tumbuhan (plant rootlets) Kesan tapak (footprints) Rintisan (trails) Perlubangan sedimen lembut (soft sediment burrows) Korekan batuan keras (hard rock boring)

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI


Fosil surihan menjadi petunjuk yang baik untuk menentukan sekitaran pengendapan, dan kurang sesuai untuk penentuan usia. Fosil surihan atau iknofosil dikumpulkan atau dikelaskan mengikut aktiviti yang membinanya, atau mengikut topografinya, iaitu;
TATANAMA AKTIVITI (Seilacher, 1964) Repichnia : lubang merangkak Dimichnia : lubang perumahan Fodichnia : lubang pemakan Pascichnia : rintisan pemakanan Cubichnia : rintisan rehat TATANAMA TOPOLOGI (Martinsson, 1965) Endichnia dan Exichnia Epichnia dan Hypichnia

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Aspek fosil surihan yang paling berguna ialah hubung kait yang luas antara sekitaran pemendapan dengan himpunan fosil surihan atau dikenali sebagai iknofasies.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI


SEKITARAN PENGENDAPAN Teristrial atau daratan Antara pasang-surut IKNOFASIES Jejak atau tapak vertebrata Substatum sedimen biasanya terdedah kepada pengerukan atau hakisan oleh tindakan arus. Scolithos. Lubang mencancang. Di zon ini, tindakan marin (lautan) kurang merosakkan. Haiwan membina lubang, tetapi cenderun untuk cetek Cruziana. Rintisan dwicuping (bilodate trail) Zoophycus. Berbentuk spira heliks pada pandangan pelan. Terbentuk di sekitaran air tenang. Invertebrata hidup di atas substratum, dan bukan dalam substratum sedimen. Nereites. Rintihan berbentuk bermeander, dan tidak wujud korekan.

Sub-pasang surut

Laut dalam

Struktur sedimen biogeni boleh mengganggu struktur sedimen bukan biogeni. Jika korekan terlalu banyak dan padat, ini menyebabkan gangguan progresif pada lapisan. Struktur sedimen biogeni juga boleh menyebabkan porositi dan ketelapan batuan bertambah, dan sesuai untuk batuan takungan. Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sekian

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

You might also like