NYANYIAN

PENGENALAN

Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini member pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vocal seperti register/ perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi.

Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti alat-alat resonan yang terpenting dan penggunaan alat-alat vokal bagi pengeluaran suara yang baik; 2. Mengetahui kedudukan dan perletakan suara yang betul; 3. Menguasai kemahiran pembentukan resonan bagi pembunyian balik suara dengan jelas; 4. Kemahiran menggunakan alat-alat vokal melalui latihan yang sistematik.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Topik ini mengandungi tiga sub topik iaitu: 1. Pengenalan alat-alat vokal artikulasi. 2. Teknik vokal ± Resonan dan Pelontaran Suara. 3. Teknik vokal ± Sebutan Dalam Nyanyian.

Dengan cara itu. maka semakin tinggi picnya. udara di dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu. maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar daripada paru-paru manusia. udara daripada paru-paru akan melaui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Gabungan antara gigi. suatu bunyi akan terhasil. bunyi trumpet terhasil. permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Semakin nyaring bunyi. lelangit keras. Contohnya apabila meja diketuk. Bunyi itu diolah oleh bahagian mulut (gigi. Bunyi tidak terhasil semasa bernafas kerana pita suara membenarkan udara melaluinya tanpa halangan. Atau apabila trumpet ditiup. Biasanya semasa bernafas. lelangit lembut. lidah dan bibir bagi menghasilkan pelbagai suara manusia). Apabila hendak mengeluarkan bunyi. Alat-alat Nyanyian Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada kerongkong manusia.Latihan vokal secara amali seperti pembentukan posisi mulut yang luas. latihan pelontaran suara yang jelas dengan menggunakan alat-alat vocal perlu dilakukan secara sistematik mengikut urutan dan secara latih tubi. ALAT-ALAT VOKAL DAN ARTIKULASI Bunyi terhasil daripada getaran sesuatu. Semakin tegang vocal cords. lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi kosonan dan vokal. Terdapat empat bahagian yang terlibat dalam pengeluaran suara. . Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat. vocal cords (pita suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetar udara yang melauinya. Kadar ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic. Simbol agi vokal dan konsonan adalah huruf-huruf. Begitu juga dengan suara manusia.

4. Artikulasi Dilakukan oleh lidah bibir dan dagu. Kord-kord vokal ialah kulit yang berlipat-lipat di kedua-dua belah trakea dengan tenggorok. Pembesar Suara (Resonator) Ruang mulut yang dibentuk oleh lelangit. Ruang kepala juga terlibat.1. Getaran kord-kord vokal ini akan mengeluarkan bunyi. 3. mulut dan kerongkong. Vibrator (Penggetar) Ini adalah kord-kord vocal dio dalam peti suara (larynx) kita. Rajah 3. Suara bergetar di dalam ruang ini sebelum keluar dari mulut. 2.1: Organ / Alat Vokal Manusia . kord-kord akan tutup dengan membenarkan sedikit udara keluar sahaja. Tekanan nafas akan menjadikan kord-kord vokal ini menggetar dan bunyi didengari. Penarikan akan melakukan tekanan nafas dan ia akan bertentangan dengan kord-kord vocal dan menjadikan ia menggetar. Motor Ini ialah tekanan nafas. kord-kord vokal ini bukan untuk membenarkan udara masuk atau keluar. Di dalam pernafasan biasa. Apabila bersedia untuk menyanyi.

Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik. 3. Manusia memiliki 3 buah resonator. Rongga dada sebagao resonator kedua. kerana alat-alat muzik tersebut memiliki rongga resonator yang berlainan. Di dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. kawalan pernafasan dari paru-paru berkait rapat dengan resonan dan berapa peratus penggunaan resonator yang telah dinyatakan. 25% resonator mulut. Tidak ada satu pic pun yang dihasilkan hanya dengan menggunakan 100% resonator kepala dan tidak ada pula yang hanya menggunakan 100% resonator dada. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Suatu rongga yang boleh menghasilkan resonan disebut resonator. Mengapa alat muzik boleh menghasilkan bunyi nyaring? Jawabnya. 15% resonator dada. Kebiasaannya pic yang dihasilkan merupakan kombinasi ketiga-tiga rongga resonator. 2. Resonan Resonan adalah getaran udara dalam suatu rongga. lontaran suara. untuk menghasilkan pic tinggi yang baik. Suara menjerit jelas tidak bermutu sama sekali tidak menghasilkan ton suara yang baik. Rongga hidung dan kepala sebagao resonator ketiga. Rongga mulut sebagai resonator pertama. Rongga resonator di dalam diri manusia dapat diperkayakan suara kita dengan resonan dan lontaran suara kita akan menjadi lebih besar. .TEKNIK VOKAL ± RESONAN DAN PELONTARAN SUARA Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara daripada paru-paru. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar. Menjerit bukan cara menyanyi yang baik. Bentuk mulut. Sebagai contoh. 1. kita menggunakan: y y y 60% resonator kepala.

20% resonator mulut. Untuk menyanyikan pic mendatar/sederhana. kita menggunakan: y y y 70% resonator dada.Sebaliknya untuk menghasilkan pic rendah yang baik pula. semakin tinggi pic yang kita nyanyikan. Kesimpulannya. tengah dan dada. Suara Kepala . kita menggunakan resonator mulut. Sebaliknya. semakin besar peratus penggunaan resonator dada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator kepala. semakin besar peratus penggunaan resonator kepada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator dada. 10% resonator kepala. 1. Perletakan Suara PERLETAKAN / REGISTER SUARA Terdapat tiga perletakan suara atau tingkat register suara di kalangan penyanyi ± register kepala. semakin rendah pic yang kita nyanyikan.

cuba nyanyikan skel menurun di bawah. . kawalan pernafasan yang cukup dan betul adalah perlu.Salah satu set otot tekak mengawal mekanisme vokal untuk nyanyian register tinggi sementara rongga di kepala yang member kesan gema digunakan untuk menggemakan ton atau bunyi yang dihasilkan oleh penyanyi tersebut. kualiti seakan alat tiup kayu lebih luas renjnya (julat) kalau dibandingkan dengan suara dada. Adalah baik dan sihat sekiranya suara kepala dapat digunakan di dalam mekanisme nyanyian. Setelah mendapat kedudukan suara kepala yang dikehendaki. anda perlu menyanyikan satu not yang berpic atau dalam sebutan µnoo¶ atau µmoo¶ atau µloo¶ dengan lembut dan panjang. Ia juga menyediakan penggunaan yang sihat dalam nyanyian falsetto. Suara kepala juga banyak membantu lelaki semasa mengalami perubahan suara semasa menyanyikan pic tinggi. Ia menghasilkan suara yang jelas. Ini dikenali mekanisme ringan atau suara kepala. Untuk mendapatkan suara kepala yang bermutu. Untuk merasai suara kepala.

Walaupun suara dada boleh dihasilkan secara sihat. . Suara Tengah Suara tengah adalah perletakan suara dari paras hidung ke kerongkong pada jarak suara. letakkan tangan pada bahagian dada semasa menyanyikan not. ³Laa´ atau ³Maa´ panjang. latihan di bawah boleh dijalankan. Renj suara dada adalah kecil di dalam penggunaannya. Anda akan merasai getaran pada tangan. dengan sebutan ³Haa´. Suara Dada Untuk mengawal nyanyian register rendah di mana rongga di dada merupakan alat resonans dikenali sebagai suara dada. Untuk merasainya.2. namun ia tidak digalakkan untuk penyanyi permulaan memandangkan terdapat transisi vokal yang kompleks di dalam nyanyian. Penyanyi lelaki lebih selesa menggunakan suara dada berbanding penyanyi wanita. 3. Untuk merasai suara tengah. Suara dada sebenarnya boleh merosakkan suara penyanyi kanak-kanak kerana ia dihasilkan tanpa pernafasan yang baik.

Klasifikasi Suara Setiap orang mempunyai suara yang unik. Penyanyi wanita yang mempunyai suara tinggi dikenali sebagai penyanyi soprano. Biasanya di dalam kumpulan koir sekolah atau kumpulan kecil hanya empat jenis suara yang biasa digunakan iaitu soprano. Suara lelaki yang dalam dan rendah dikenali sebagai suara bes. Suara wanita dan lelaki. mezzo soprano. alto. contralto atau counter-tenor. Jenis-jenis suara mengikut urutan ialah: soprano atau treble. baritone dan bes. tenor. alto. tenor dan bes. . sama ada dewasa atau remaja boleh dikategorikan mengikut jenis suara dan renj not yang boleh dinyanyikan.

tetapi pastikan aliran nafas adalah rata. lidah dan rahang. Jangan nyanyi dengan kuat. 2. y y Alat-alat resonan ialah lelangit dan hidung. Jangan naikkan dagu dan kepala. bibir. pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal. y Jangan paksa suara keluar. rahang dan lidah hendaklah selesa. dada dan rahang. Di dalam nyanyian. kualiti ton dan intonasi yang baik. Cara menyanyi bunyi yang tinggi. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya member laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan . TEKNIK VOKAL ± SEBUTAN Sebutan adalah penting di dalam nyanyian. Organ-organ yang terlibat di dalam menghasilkan sebutan ialah mulut. y y Fikirkan bahawa not-not tinggi adalah senang dinyanyikan. y y y y y y Nyanyi dengan bunyi vokal yang jelas. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Jangan turunkan kepala atau bongkokkan badan. Alat-alat resonan ialah kerongkong.Pelontaran Suara 1. Pembukaan mulut semakin kecil apabila not-not menurun. Nafas dengan dalam dan gunakan tenaga nafas untuk mengeluarkan bunyi yang tinggi. Cara menyanyi bunyi yang rendah. Bibir. Kurangkan tenaga nafas pada pinggang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Buka mulut cukup besar.

y y y y Tenaga Intensiti Kekuatan bunyi Harkat (panjang dan pendek) Simbol a e i O u Bentuk mulut bagi bunyi vokal. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas.ton yang lebih resonan. ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting. Ciri-ciri ton nyanyian meliputi. Bunyi Fonetik ah ay/ey ee o/oh oo Contoh Perkataan ayam @ father ekor @ ever Itik @ mee orang @ obey ular @ too . Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten dan berterusan.

hujung lidah berada di belakang gigi bawah. . bibir dan gigi terpisah.Untuk membentukkan dengan betul.i. rahang bawah relaks dengan bibir dan gigi sedikit terpisah. Inilah vowel yang menolong murid-murid membuka mulut. menjulur dari gigi. 5.o. AH (perkataan ayam) Rahang bawah digerakkan ke bawah sekali. 3. EH (perkataan ekor) Agak sama seperti EE. semua penyanyi hendaklah dilatih dan ditunjuk cara-cara membentuk dan membunyikan vowel iaitu a. 4.Cara-cara Membentuk Vowel Sebelum menjalankan latihan suara. OH (perkataan kopi) Mulut dibujurkan.u. Rahang bawah dan lidah tengah harus diturunkan sedikit berbanding dengan EE. Ini adalah penting supaya mereka boleh membentuk suara dengan baik. OO (perkataan ular) Bibir bulat dan sempit. 1.e. hujung lidah dan belakang gigi bawah. EE (perkataan itik) vowel ini adalah yang paling cerah dan memerlukan sedikit sahaja ruang dalam mulut. Adalah baik jika melatih EE dan EH dan bandingkan sebelum pergi ke vowel lain. 2.

intensiti. Penghasilan Ton Seseorang penyanyi berupaya menyanyi dengan ton yang jelas. bergema sepanjang renj vokal sekiranya ia memahami konsep penghasilan ton. Ton di dalam nyanyian meliputi tenaga. .Contoh latihan untuk vowel. Ini member ton yang bergema dan intonasi yang baik. kuat-lembut bunyi ton dan panjang-pendek ton tersebut. Apabila vokal seperti µah¶ disokong dengan pernafasan dan dibentuk dengan mulut dan intensitinya (kekuatan) ditingkatkan. Ton nyanyian berbeza daripada ton bercakap melalui panjang-pendek ton dan kualiti vokal intensitinya.

Setiap kali ia disebut dan dibunyikan. Kualiti ton nyanyian dimanipulasikan melalui bunyi vokal (a.e.o. Apabila vokal terang. Bentuk vokal disokong oleh pernafasan.o.u). Ini perlu dibuat dalam renj yang selesa dan tahap dinamik yang sederhana.e. Setiap vokal mempunyai bentuk yang berlainan. Udara melalui kord vokal dan keluar melalui mulut.u) adalah asas di dalam teknik vokal. (a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas (a.Luciano Pavarotti adalah seorang penyanyi tenor yang terkenal di seluruh dunia. Ton nyanyian bermula dengan tenaga atau kuasa pengeluaran pernafasan. Beliau berkhidmat untuk Opera La Scala di Italy.i.u). Pertukaran kualiti vokal menentukan pic dan intonasi. menentukan posisi dan arah sesuatu ton.i. ton mungkin kedengaran sumbang atau syap dan sekiranya vokal itu gelap ia akan kedengaran flet. Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut. Latihan menyebut dan menyanyikan vokal perlu dimulakan dengan vokal terbuka seperti ³ah´ dan ³oo´. Formasi vokal (a.e.i.o. (b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat. Bermula dengan menyebutnya dahulu perlahan-lahan kemudian beransur-ansur memanjangkan bunyi vokal tersebut. Mulakan dengan nyanyian vokal asas. . anda perlu memerhatikan pembentukan mulut mengikut bunyi vowel.

4. Jangan memaksa atau menolak ton keluar. Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah: (a) Glissando vokal dengan sebutan µo¶. (c) Mengajuk bunyi siren. (b) Menguap dengan bunyi µah¶. Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka. 1. 2. keretapi. (d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti berikut: Hee hee hee! Apa khabar? (e) Ah -Hm Empat perkara di dalam menghasilkan ton yang baik. Jangan menjerit. . angin. Pastikan tekak terbuka dan rileks dan bernafas dengan betul. 3.(c) Mulakan dengan nilai not yang pendek dan kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang. Dengar ton yang dinyanyikan dan pastikan ia mempunyai getaran yang sama rata. dan siulan.

3. bentuk mulut bibir dan artikulasi bunyi adalah penting untuk kepaduan suara. Ada yang melaksanakan ³warmup´ tanpa mengaitkan dengan latihan yang sebenarnya. Member fokus.Warna dan Ekspresif Ton. 2. Semasa menyanyi. 4. sesetengah bunyi diubah picnya untuk mendapatkan sustain pada ton yang baik. Mewujudkan tabii bernafas dengan betul. sebutan dalam nyanyian mestilah dilebih-lebihkan daripada sebutan bertutur. 4. 3. mulut dan kerongkong haruslah dalam kedudukan terbuka (open position) untuk membenarkan pengudaraan masuk dan resonan. Pada amnya. 5. 1. Sebutan nyanyian biasanya sustain sebab terikat kepada nilai not. Untuk nyanyian secara ensemble. y y y Biasa ± (Ah dan Oh) Gelap ± (Awe dan Oo) Terang ± (Ee dan Ay) Perbezaan Sebutan Bertutur dan Nyanyian 1. Mewujudkan kesediaan dari segi fizikal sebelum memulakan nyanyian. 5. Teknik ³Warm-Ups´ Ramai guru yang mengajar nyanyian tanpa ³warm-up´. 2. Member peluang ahli kumpulan (ensemble) mendengar suara mereka sendiri di samping suara ahli-ahli lain . Member peluang menyediakan suara untuk nyanyian. Tujuannya adalah untuk. Setiap ³warm-up´ yang dijalankan perlu mempunyai tujuan dan perkaitan dengan latihan yang sebenarnya. . Ada kalanya.

4. 2. 7. Cekak pinggan ± ke kanan dan kekiri.6. . Meregangkan tangan ± tarik nafas dan angkat tangan ke atas dan lepaskan nafas perlahan-lahan dalam 8 kiraan pada ahh« Buat beberapa kali. Keretapi ± ³urut belakang kawan´ kanan dan kiri dalam 30 saat. 7. 9. merangsangkan tubuh badan dari merasa letih dan lesu. 3. Mencapai penyatuan vokal. 8. 6. Gerak boneka ± ini adalah untuk postur bermula dengan membongkok ke bawah dan pembimbing akan menyanyi atau membunyikan alat muzik dan pada setiap bunyi mereka akan bangun sehingga dalam kedudukan postur yang baik. Menjangkau ke langit ± melihat ke atas dan buat seolah-olah menjangkau dengan tangan ke atas. tunduk dan dongak 8 kiraan. 5. Menghubungkait dengan lagu atau muzik yang hendak dipersembahkan. Menggerakkan bahu kehadapan dan ke belakang dalam 8 kiraan. bahu kiri dan kedua-dua bahu. Meregangkan siku dan tangan dalam 8 kiraan. ke belakang. ³Warm-ups´ Fizikal ³Warm-ups´ ini bertujuan melegakan ketegangan. Setelah itu. Mewujudkan intonasi secara melodi dan harmoni. Bisikan ± bisikan bunyi mengikut konsonan ³p´ ³f´ ³k´ ³t´ ³r´ ³s´ ke semua dalam 8 kiraan.eh dijalankan dari 5 hingga 10 minit mengikut keperluan penyanyi. Bol. ke bawah dan ke hadapan. ke hadapan dan kebelakang dalam 8 kiraan. kiri dan regangkan tangan ke atas. Untuk merehatkan bahu. kanan. Contoh ³warm-ups´ fizikal ialah: 1. Main bahu ± tarik nafas sambil naikkan bahu kanan dalam 8 kiraan dan lepaskan nafas dalam kiraan. 8. Kanan. Setelah itu ke kiri. Toleh kepala ± ke kanan 8 kiraan dan kiri 8 kiraan.

arpegio.ah.³Warm-ups´ Vokal Vokal seperti oo.eh dan oh adalah lima vokal yang digunakan di dalam latihan vokal. Contoh ³warm-up´ vokal yang boleh dijalankan: . Latihan nyanyian skel. dan jeda mengikut nama solfa dengan tujuan untuk mendapatkan pic yang tepat.ee.

3. ³Warm-ups" atau latihan persediaan mesti dilakukan sebelum menyanyi.o.i.e. 7. Keindahan. Formasi vokal (a. Penghasilan ton dipengaruhi kemahiran penggunaan dan mengawal organ alat vokal (mulut. Semasa nyanyian sebutan bunyi vowel dan konsonan haruslah jelas. Mulut mesti dibuka seluas-luasnya mengikut sebutan vokal untuk menghasilkan ton suara yang berkualiti dan sedap didengar. 4. 5. 2. rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara. bibir. Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada kerongkong manusia. GLOSARI Falsetto ± suara tinggi lelaki seperti suara perempuan Renj ± julat / jarak Vocal Cord ± peti suara . 6. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar dari paru-paru. kemerduan dan kemurnian suara adalah bergantung kepada pembentukan mulut dan sebutan yang jelas dan bersepadu.u) adalah asas di dalam teknik vokal.RUMUSAN 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful