P. 1
kajian tindakan MUZIK

kajian tindakan MUZIK

|Views: 216|Likes:
Published by YokePui
kajian
kajian

More info:

Published by: YokePui on Apr 14, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/06/2013

pdf

text

original

Kajian Tindakan 2013

Pendidikan Muzik Tajuk Kajian KEBERKESANAN KAEDAH “HAN YU PIN YIN” DALAM P&P PENDIDIKAN MUZIK

Nama Penyelidik Fong Yoke Pui

Kumpulan Penyelidik / Nama Sekolah SJK(C) Chio Chiao

Cadangan Kajian Seterusnya 8 . Pelaksanaan Kajian 6. Kumpulan Sasaran 5. Refleksi Kajian 3 2. RefleksI Kajian 5 5-7 7 7.ISI KANDUNGAN Subtopik Penghargaan / Abstrak ______ Muka surat 3 1. Fokus Kajian / Pernyataan Masalah / Isu Keprihatinan 3. Objektif Kajian 4 4 4.

Tinjauan awal dilakukan melalui pemerhatian dan soal selidik. 1. Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membantu murid supaya dapat menghafalkan lirik dalam Bahasa Cina agar pandai menyanyi lagu cina di kalangan murid bangsa Melayu. saya mendapati murid mengalami masalah menghafal lirik lagu dengan baik. Masalah ini biasanya berlaku pada murid-murid Melayu dan juga segelintir murid Cina . Segala bakti dan jasa serta kerjasama yang telah dicurah akan tetap dikenang. nasihat serta panduan yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. sahabat handai yang bersama-sama membantu serta memberi nasihat dan dorongan setiap masa. Hasil dapatan awal menunjukkan ramai murid yang tidak fasih menyanyi dan kurang faham lagu Bahasa Cina . maka ada lagu yang tidak dapat nyanyi dengan betul walaupun lagu itu sedap didengar.Penghargaan Dalam usaha menyempurnakan projek ini. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua semua guru-guru.0 Refeleksi kajian Saya telah mengajar pendidikan Muzik selama 5 tahun . Akhir sekali untuk suami. Kenangan ini akan kekal buat selamalamanya. bimbingan. Mengikuti pengalaman saya . saya ingin merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar atas usaha. pelajar-pelajar yang terlibat membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Kajian ini telah dijalankan terhadap 8 orang murid Tahun 3.

0 Fokus Kajian Dengan ini. 2. murid juga kurang berminat akibat daripada kurang fasih dengan lirik. saya fokuskan kajian ini terhadap masalah tidak dapat menghafal lirik dengan baik di kalangan murid. 3.0 Objektif Kajian Objektif Kajian Mendedahkan kaedah menghafal dan memahami lirik dengan berkesan. Saya berharap kaedah yang akan didedahkan mendapat sambutan yang baik dan dapat membantu mereka. saya rasa masalah ini perlu ditangani dengan segera supaya semua murid berasa seronok semasa waktu Pendidikan Muzik. Mengingati lirik dan memahami maksud lirik dengan baik. 2. . Di samping itu. Maka. Menanam minat menyanyi di kalangan murid . Dengan ini. mereka tidak dapat mempersembahkan lagu dengan baik dan ia juga mengganggu P&P dalam kelas kerana ia mengambil masa yang panjang untuk menjalankan aktiviti. Objektif Khusus: 1.yang lemah dalam Bahasa Cina.

5.sebab faktor utama mereka ialah kurang mahir membaca dan tidak memahami maksud lagu yang mengakibatkan mereka berasa bosan dan tidak berminat menyanyi.0 Pelaksanaan Kajian 5. .1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini. Satu sesi soal selidik telah dilakukan dan dicatat dalam jadual berikut: Bil 1 2 3 4 Alasan Tidak pandai membaca Tidak faham maksud lagu Tidak berminat menyanyi Berasa bosan Ya 8 8 1 2 Tidak 0 0 7 6 Soal selidik tentang murid kurang aktif dalam P&P 5. saya dapati mereka memerlukan lebih perhatian.4. Ia bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. tinjauan masalah akan dibuat. 0 Kumpulan sasaran Kajian ini melibatkan 8 orang murid Tahun 3A yang terdiri daripada 5 lelaki dan 3 perempuan.2 Analisis Tinjauan masalah Hasil dapatan daripada soal selidik yang telah dijalankan ke atas murid-murid tersebut.

4. guru akan menerangkan maksud lirik supaya dapat membantu murid mengingatkan lirik dengan lebih berkesan. Mereka mulai suka . murid-murid ini menunjukkan minat kerana mereka belajar dengan kaedah yang menarik. Guru akan memasangkan lagu berulang-ulang supaya murid dapat menyanyi dengan betul.3 Tindakan Aktiviti : “Han Yu Pin Yin” Demi mencapai objektif supaya murid dapat menyanyi bersama. Diharapkan kaedah “Han Yu Pin Yin” dapat membantu mereka. 5. Di samping itu. 5. murid sudah dapat menguasai banyak perkataan baru. murid membaca lirik lagu bersama guru. P&P akan dijalankan seperti biasa selepas murid sudah biasa dengan kaedah ini dan pada masa itu.4 Pelaksanaan Kajian Pada permulaan pengajaran. kaedah “Han Yu Pin Yin “ digunakan untuk membantu murid membaca dan mengingati lirik.5. Guru memberikan “Han Yu Pin Yin” kepada murid sasaran dan mengajar murid membaca dengan betul. P&P akan dipanjangkan kepada 90 minit untuk 1 lagu pada permulaan kajian supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca lirik.1 Pemerhatian Aktiviti Berdasarkan daripada pemerhatian pengkaji.

Bil 1 2 Perkara Adakah anda suka menyanyi Adakah anda faham maksud lagu dengan sepenuhnya 3 4 Adakah kaedah ini membantu Adakah anda rasa bosan semasa waktu Muzik 6 0 2 8 Ya 7 6 Tidak 1 2 Berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan melalui soal selidik selepas tempoh kajian. kerana mereka sudah dapat menyanyi dengan betul bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain di dalam kelas. 5. 6. didapati bahawa majoriti sasaran ada peningkatan pencapaian individu dalam menguasai sesebuah lagu Bahasa Cina. Jadual berikut merupakan pendapatan daripada soal selidik. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik .menyanyi lagu Bahasa Cina kerana mereka mulai memahami lirik lagu dan mampu menyanyi dengan sebutan yang betul.4. Murid berasa suka hati selepas bimbingan dibuat oleh guru dengan kaedah ini.2 Refleksi Aktiviti Pengkaji merasakan pendekatan ini dapat membantu murid yang tak dapat menguasai lagu Bahasa Cina.0 Refleksi Kajian Soal selidik dijalankan pada semua sasaran selepas aktiviti dijalankan.

murid amat gembira dengan pencapaian mereka. Pengkaji amat berpuas hati atas perubahan ini. Dengan ini. Kaedah ini telah berjaya membantu murid menyanyi dengan betul.mengingati lirik dengan lebih mudah dan seraca tidak langsungnya meningkatkan kefahaman mereka terhadap perkataan-perkataan Bahasa Cina.0 Cadangan Kajian Seterusnya Setelah melihat hasil kajian ini. murid-murid nampak muram dan tidak aktif.dan dalam keadaan yang ceria. mereka berasa suka hati dan bersifat aktif walaupun mereka terpaksa belajar dalam tempoh masa yang lebih panjang dari cara belajar biasa . kerana mengizinkan usaha yang sedikit ini mampu membantu mengubah persepsi murid bahawa setiap sesuatu itu akan menjadi mudah seandainya kita lebih tekun dan bersungguh-sungguh. Syukur kepada Tuhan. berharap guru-guru Muzik yang lain boleh menggunakan kaedah ini supaya murid ceria pada setiap waktu Muzik. Pada permulaannya. 7. pengkaji bercadang untuk membantu murid-murid yang lemah dan mempunyai masalah seperti ini. tetapi selepas aktiviti ini dijalankan. FONG YOKE PUI) Disemak dan disahkan : . Prosedur kajian: Disediakan oleh: _______________________ (Pn.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->