You are on page 1of 42

Perlukah Manusia Kepada Tuhan?

“Kalau kamu setuju bahawa kamu perlukan Tuhan dalam hidup ini, baru saya boleh jelaskan
mengapa kamu kena solat. Jika kamu setuju bahawa kamu perlu bersolat kerana kamu perlukan
Tuhan dalam hidup ini, baru saya boleh jawab soalan mengapa kamu kena pakai tudung!”, itu
penjelasan yang sering saya ulang di dalam ceramah, ketika mengulas perbualan saya bersama
dengan dua remaja yang memaksa saya memerah diri untuk membezakan di antara presented
problem dengan real problem.

Masalah yang kelihatan ialah dirinya enggan memakai tudung, enggan bersolat, mahu membela
anjing di rumah dan benci kepada JAIS yang menangkap artis di The Zouq, Jalan Ampang.

Tetapi masalah yang lebih besar, adalah kegagalan beliau melihat, apakah beliau perlu kepada
Tuhan dalam hidup ini? Justeru masih relevankah agama dalam saki baki kehidupan dunia akhir
zaman ini?

Jika persoalan “perlukah manusia kepada Tuhan” tidak diselesaikan, kita mahu membebel
marahkan orang yang enggan bersolat, kita mahu menyuruhnya bersolat untuk menyembah apa?
Menyembah siapa?

Seandainya hal ini tidak selesai, segala nasihat tentang tudung, aurat, berpakaian sopan dan
sebagainya… adalah seumpama bunyi motor rempit melintas jalan di depan rumah. Mengganggu
ketenteraman awam, dan menyakitkan telinga.

Cabaran terbesar bagi saya sebagai seorang pendakwah, adalah untuk mengajak manusia
berfikir, “perlukah mereka kepada Tuhan?” Itulah sebesar-besar persoalan yang mesti
diselesaikan, sebelum segala wacana agama mahu diketengahkan.

Sekurang-kurangnya Sheikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri telah memulakan kitabnya bertajuk
Aqidah al-Mu’min, dengan topik, “Keperluan Manusia Kepada Aqidah”. Persoalan mengapa
manusia perlu kepada agama, didahulukan sebelum aspek-aspek lain diketengahkan untuk
perbahasan.

Namun sejauh mana pendakwah menghalusi keperluan menyelesaikan soalan ini seperti yang
ditunjukkan oleh Sheikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri, sebelum dengan mudah kita berbahasa
klise, “Aqidah Itu Penyelesaian”?

Inilah isu yang memaksa saya untuk meneliti persoalan-persoalan asas tersebut, kerana saya
amat terganggu dengan hakikat semasa bahawa manusia sudah terputus talian dengan Tuhan.
Jika di era hidup yang serba susah, kita menyuruh manusia beriman kepada Tuhan demi mencari
kekuatan, ia tidak rumit. Tetapi dalam suasana kehidupan manusia yang serba ada pada hari ini,
bagaimanakah Tuhan dan Akhirat, masih relevan?
PENGALAMAN BERAGAMA

Saya suka meminjam sebahagian pengalaman Rene Descarte (1596 - 1650) dalam usahanya
membina asas kebenaran. Bersekolah di Jesuit School La Flêche, beliau menghabiskan pengajian
dengan soalan paling besar, “apakah apa yang kupelajari selama ini, adalah benar?”

Alangkah segarnya diri, untuk menghumban segala ilmu yang dikumpul di atas segulung ijazah,
dan kemudian membina semula kepercayaan hasil pilihan, bukan lagi sumbatan, warisan dan
indoktrinasi yang melesu lagi merabunkan.

Lantas beliau mula mempertikaikan segala apa yang dipelajarinya selama ini, meragui segala-
galanya hingga akhirnya Descarte tiba kepada asas yang paling kukuh, yang tidak mungkin ada
sebarang keraguan… iaitulah hakikat diri!

Beliau tidak dapat meragui dirinya kerana beliau dapat merasakan bahawa dirinya adalah realiti,
bukan ilusi. Beliau dapat memastikan dirinya realiti, kerana beliau melakukan sesuatu yang
penting iaitu BERFIKIR. Berfikir menjadikan dirinya realiti, dan bukan bermimpi, jauh sekali
berilusi. Lantas terpacul kata-katanya yang masyhur:

Dubito, ergo cogito, ergo sum!


“Aku meragui, lantas kuberfikir. Aku berfikir, lantas kutemui diri”

Itu cara Descarte mencari kebenaran untuk dirinya. Rasional sekali, memulakan kembara dengan
mengenal pasti diri. Berfikir lalu bertemu diri.

KENAL DIRI

Jalan membina kepercayaan harus terbina di atas usaha manusia mengenal diri. Itulah asasnya
agama kita mengajar:
“Barangsiapa yang kenal akan dirinya, maka kenallah dia akan Tuhannya” [sila rujuk komen
ke-13 di bawah untuk keterangan mengenai qaul ini]

Kenal Tuhan melalui jalan Kenal Diri…

Itulah kuncinya untuk manusia kembali menjalin hubungan dengan Tuhan. Iaitu hasil keupayaan
mengenal diri. Soalnya ialah, apakah aspek diri yang mahu dicari?

Manusia yang meneroka diri, akan bertemu dengan dua realiti. Setiap insan, mempunyai
kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan inilah yang mesti dikenal pasti, untuk
manusia meneroka dan mengenal diri.

Manusia yang sedar bahawa hidupnya harus berperanan akan memaksa diri untuk mencari
potensi. Semuanya atas keyakinan bahawa tiada manusia yang lahir dengan asal kebodohan,
sebaliknya setiap insan lahir dengan kepandaian-kepandaian yang berbeza.

Apa yang membodohkan seorang manusia adalah segala yang ada di sekitarnya. Mungkin ibu
bapa, malah mungkin juga guru dan sekolah itu sendiri. Sekolah tidak sepatutnya melahirkan
pelajar yang pandai dan bodoh. Sebaliknya sekolah harus melahirkan pelajar yang berbeza-beza
kepandaian. Tugas sistem pendidikan adalah untuk meneroka potensi kelebihan setiap pelajar,
bukan mengasingkan pelajar yang tidak mengikut bentuk kepandaian yang diselaraskan.

Tetapi manusia tidak akan dapat mengenal pasti kelebihan diri jika dia hidup ala kadar. Kerja ala
kadar. Berfikir ala kadar.

“Buat kerja betul, betul-betul!”, kata bijak pandai.

Mengusahakan sesuatu secara bersungguh-sungguh akan mempercepatkan manusia


menggunakan segala kekuatan dan kelebihan diri. Setelah segala kekuatan diri dikenal pasti,
bertemulah dia dengan batasan dan kelemahan diri.

Itulah jalan saintis bertemu Tuhan. Baginya sains bukan sekadar penerokaan peluang, tetapi
akuran terhadap batasan mutlak di kiri dan kanan. Batasan itu bukan berpunca dari alam yang
kelihatan, tetapi dari diri yang terlalu kerdil untuk menggarapnya.

Itulah akibatnya meneroka angkasa lepas, bahawa manusia dan Sains, terlalu kerdil untuk
menawarkan jawapan kepada persoalan alam. Kebanyakan yang kita fahami tentang angkasa,
adalah tafsiran data dan jauh dari kesan pengalaman. Data yang membuktikan kesempurnaan
sistem alam, dan kelemahan penghuninya yang bernama manusia.
Saintis menjadi manusia yang lemah dan terbatas, di hadapan kesempurnaan sistem yang
dibuktikan, kesempurnaan Tuhan.

KEKUATAN MENEMUKAN KELEMAHAN

Allah berikan manusia kelebihan untuk kita berperanan.

Allah berikan manusia kelemahan untuk kita mencari Dia.

Manusia tidak mampu sentiasa kenyang. Dia akan lapar. Dan kelaparan itu mendesak dirinya
mencari makanan. Hasil makanan, kelemahannya dapat diatasi. Buat sementara.

Manusia tidak mampu untuk sentiasa segar. Dia akan letih dan mengantuk. Tanpa perlu diajar-
ajar, keletihan dan mengantuk itu mendesak dirinya untuk mencari kerehatan. Hasil kerehatan,
manusia memulihkan kekuatan. Buat seketika.

Itu kelemahan fizikal manusia. Tanpa perlu diajar-ajar, kelemahan itu memandu manusia kepada
sumber kekuatan untuk mengatasinya. Kelemahan yang muncul dalam bentuk kelaparan,
mendesak manusia mencari kekuatan melalui makan. Kelemahan yang muncul dalam bentuk
letih dan mengantuk, mendesak manusia mencari kekuatan melalui kerehatan dan tidur.

Kelemahan dan batasan manusia bukan hanya pada fisiologi dirinya, bahkan jiwa, emosi…
rohani.

Tanpa perlu diajar-ajar, manusia yang ditindas dan dizalimi, akan merintih jiwanya mencari
keadilan. Rintihan jiwa manusia yang dizalimi itu mencari keadilan, adalah jalan untuk dia
bertemu dengan Tuhan. Di situ Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai YANG MAHA ADIL
(AL-‘ADL).

Tanpa perlu diajar-ajar, manusia yang keresahan dan ketakutan, akan merintih jiwanya mencari
keamanan dan keselamatan. Rintihan jiwa manusia yang hidup dalam keresahan dan ketakutan
itu, adalah jalan untuk dia bertemu Tuhan. Di situ Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai
YANG MAHA SEJAHTERA (AL-SALAM) dan YANG MAHA MENGAMANKAN (AL-
MU’MIN).

Di situlah tujuan Allah SWT memperkenalkan Diri-Nya dengan 99 nama, agar setiap manusia
datang kepada-Nya melalui tawaran KEKUATAN, tatkala manusia dibelenggu KELEMAHAN.

SOALNYA

Manusia akan hanya berhajat kepada Tuhan, apabila mengiktiraf kelemahan diri. Kelemahan diri
tidak akan tertonjol jika manusia tidak bersungguh mengoptimumkan upaya diri. Kesungguhan
itu tidak ada jika manusia malas dan acuh tidak acuh terhadap kehidupan.
Justeru jatuhlah hukuman paling berat di alam ini, ke atas jenayah paling binasa… apabila
manusia HIDUP SAMBIL LEWA dan MALAS BERFIKIR.

Malas itu DOSA kerana ia menyekat manusia dalam kewajipan mengenal diri dan mengenal
Tuhan.

Manusia inilah yang menyangka dirinya tuhan…

“Tidakkah engkau perhatikan gelagat orang yang bertuhankan hawa nafsu dirinya sendiri? Dan
dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas
penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah
Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang
yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [Al-Jatsiyah : 23]

Sedangkan hakikatnya, dia lebih sesat dari haiwan ternakan…

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi)
tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar
dengannya; mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai.” [Al-A'raaf : 179]

Kedua-dua ayat di atas, mengaitkan hidup manusia yang bertuhankan diri, serta hidup ala-ala
binatang, sebagai berpunca dari akal, mata, telinga dan hati yang tidak berfungsi. Kedua-duanya
berpunca dari keengganan berfikir dan memerhati kehidupan. Diberi akal, dengan mata dan
telinga untuk melihat dengan hati… tetapi kesibukan duniawi menjadikan manusia lupa siapa
dirinya dan siapa DIA.
Selayaknyalah manusia yang alpa ini dihukum Tuhan kerana culas dalam mencari.

Fikir-fikirkanlah…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com


56000 Kuala Lumpur

1. 1

Saladen2 April 14th, 2008 at 3:58 pm

erm..memang rasa bertuhan ni penting..


tapi yang payahnye sekarang ni..media pun byk sgt dok siar crita2 yang buat
org rasa xnak bertuhan..
kene ade plan tindakan juga ni..

Tulis Komen

2. 2

aye April 14th, 2008 at 4:19 pm

Salam… hmm teringat kuliah Dasar yg ustaz berikan kpd ‘team’ sy di upm awal
thn 2006..
syukran..

Tulis Komen

3. 3

Kak Ija April 14th, 2008 at 4:20 pm

Di situlah isunya, dalam keadaan serba mewah sukar bagi manusia untuk rasa
perlu bertuhankan Allah, akibatnya kebanyakan manusia bertuhankan hawa
nafsu atau lebih tepat lagi hiburan dan cara hidup hedonistik.

Akak nak sebut pada ustazlah apa yang anak akak nyatakan pada akak kerana
sentiasa mengulang2 isu Spiritual Quotient nih, “Mak tak jemu2 ulang pasal
tu”.
“Ustaz, terima kasih kerana tidak jemu-jemu mengulang-ulang apa ertinya kita
menganut Islam dari segi aqidah”. Allah jua yang dapat membalasnya.
InsyaAllah kalau berkesempatan akak belanja kopi.

Tulis Komen

Pak Din reply on May 8th, 2008 12:21 pm:

Salam Kak Ija


Saya harap Kak Ija (dan yang lain semuanya) tidak ambil hati, makan hati,
kecik hati atau jauh hati, dengan apa yang saya tulis. Saya mendendangkan
nada RAP (Ransangan Akal bukan Perasaan), tetapi kekadang Melayu
mengingatkan ‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’ pun tak boleh pakai juga
kerana inai blonde dah jadi trend (cuba check rambut anak Akak, hehe).

Seperti Akak “Ayah ni tak jemu-jemu ke ulang pasal tu” … wording lain
sekitlah, kata anak saya di Kelas Permata999. Saya menjawab “Sudah pasti
anak-anak menyesal bila ayah dah jemu mengatakannya!”.

Tang, berkesempatan itu harap-harap tidak menjadi kesempitan.

Tulis Komen

4. 4

Abu Saif April 14th, 2008 at 4:29 pm

Terima kasih Saladen2, aye dan Kak Ija…

Saya tulis artikel ini kerana sedang memerah kepala mengapa bangsa Melayu
semakin jauh dari agama dan Allah SWT… Ada kemungkinan, ia berpunca dari
sikap SELAMBA, ACUH TAK ACUH, CINCAI… yang amat berbeza dari budaya
masyarakat Eropah.

Mungkin kerana itu, Eropah beransur-ansur mendekati agama, dan tempat kita
berbondong-bondong meninggalkan agama.

Tulis Komen

5. 5

pentium 4 April 14th, 2008 at 4:36 pm


Tuhan… Sekali lg ustaz membahaskan satu persoalan yg paling basic… iaitu
keperluan bertuhan dlm diri… yg dgn selesainya persoalan tersebut diharapkan
manusia akn akur dgn tuntutan2 yg dtg dr Tuhan… tp ustaz, jika manusia
tersebut mmg rasa dia tidak perlu bertuhan?… camne? mohon sahabat2 yg lain
tunjukkan jalan… puas pikir dah ni…

Tulis Komen

6. 6

Abu Saif April 14th, 2008 at 4:38 pm

maka pentium 4, bertemulah sekali lagi kita semua dengan batas, kelemahan
manusia. bahawa HIDAYAH hanya milik Allah

Tulis Komen

7. 7

NoNaMe UnKnOwN April 14th, 2008 at 5:23 pm

oh ye ustaz, ape kesudahan crite 2 adik bradik remaja tu?

Tulis Komen

8. 8

Amin Ahmad April 14th, 2008 at 6:21 pm

ustaz, jujurnya kenapa saya sangat suka dgn tabligh even sampai skrg, kerana
ia sgt konsisten memulakan sesuatu dgn persoalan erti hidup berTuhan.
mengangkat kedudukan Tuhan dan peranan-Nya dalam hidup bukan mudah dan
ia mengajar diri menginsafi segala kelebihan dan kekurangan yang ada dan
terus berusaha yg terbaik juga kerana Tuhan. Dari sana juga muncul kemahuan
hidup berakhlaq mulia semahunya dan kasih kpd insan lain atas kepercayaan
siapa juga jika mereka dicampakkan iman dalam diri, maka tidak ada yg lebih
bahagia.

Semoga Allah s.w.t. selaku Tuhan yang kita sembah akan mengurniakan kita
dengan kefahaman yang banyak agar kita lebih mengerti kemahuan-Nya dari
panduan-panduan yang di’wakil’kan-Nya.

Tulis Komen

9. 9
Muhtar Suhaili April 14th, 2008 at 6:28 pm

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Saya pernah diberitahu oleh seorang rakan sekerja yang mengaku atheist:

“I’m proud to tell you that I’m going the other way around from the majority of
people.. I’m transforming my life from a believer (Christianity) to a non-
believer!”.

Alhamdulillah, artikel ini menjawab pendekatan kepada persoalan entri saya


suatu masa dahulu: Atheists: Bagaimana Mengajak Mereka Ke Syurga?.

Terima kasih ustaz!

Tulis Komen

10. 10

Babaiman April 14th, 2008 at 6:33 pm

Ustaz

Ada juga terdengar kata-kata”Barangsiapa kenal dirinya,maka binasalah ia”


Bertitik tolak dari sini,ramai yang malas berusaha atas alasan “dah tuhan
takdirkan gitu,apa nak buat!”
macam mana nak tolong?

Tulis Komen

11. 11

Abu Saif April 14th, 2008 at 6:34 pm

Saya dapati, kebanyakan orang yang mengaku tidak percaya kepada Tuhan ini,
tidak berseni. Baju mereka membosankan, design rumah mereka plain, takde
nilai keindahan, malah cakap-cakap mereka juga sangat straight forward dan
keras beku. Agaknya mereka ini lack of imagination. Saya tidaklah bermaksud
mengatakan bahawa Tuhan itu adalah imaginasi. Tetapi ketidakupayaan
seseorang melihat sesuatu di luar fizikal yang gersang ini, menyebabkan
mereka hilang daya memahami sesuatu yang tidak kelihatan.

Tulis Komen

12. 12
dzihnun April 14th, 2008 at 8:02 pm

salam ustaz, boleh saya tahu “Barangsiapa yang kenal akan dirinya, maka
kenallah dia akan Tuhannya” tu kata2 siapa?

Tulis Komen

13. 13

Abu Saif April 14th, 2008 at 8:09 pm

Wsalam.

Saya menggunakan ayat “ISLAM MENGAJAR KITA…” kerana mahu mengelakkan


perbahasan tentang qaul man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu” itu. tetapi
bagus jika boleh dikongsi di ruangan komen ini.

Abu Muzaffar ibn al-Sam’ani mengatakan bahawa qaul ini tidak tsabit sebagai
hadith. Ia diriwayatkan dari Yahya ibn al-Muadz al-Razi, bahawa qaul ini adalah
qaul Yahya. Imam an-Nawawi juga memberikan pandangan yang sama bahawa
ia tidak tsabit sebagai hadith nabi saw (keterangan oleh Imam Sakhawi dalam
Madasud al-hasanah).

Jika qaul ini dinisbahkan kepada Nabi SAW maka ia menjadi hadith palsu. Akan
tetapi jika ia dinisbahkan kembali kepada Yahya ibn al-Muadz al-Razi, maka ia
menjadi kata-kata yang memberi kebaikan. Maka janganlah disangka qaul ini
sebagai Hadith dan jangan sekali-kali ia dinisbahkan kepada Nabi SAW.

Golongan Wahdatul Wujud yang ‘memanipulasi’ qaul ini, harus dilihat sebagai
kesalahannya datang dari mereka dan bukan dari qaul ini.

Wallahu A’lam bi al-Sawaab

Tulis Komen

Pak Din reply on May 8th, 2008 12:00 pm:

Saya bersetuju dengan Ustaz berhubung pemanipulasian yang berlaku


berhubung qaul itu. Kekuatan indera akal sebagai alat untuk berfikir hanya
boleh diperluas ruang pencapaiannya hanya dengan kemajuan sains. Sebagai
contoh indera penglihatan dari jasad mata yang diberikan, tidak dapat
menganalisa kuman yang hadir bersama kita, tetapi dengan kemajuan sains,
indera penglihatan itu telah dapat diperluas dengan adanya microscope.
Sekarang ini bukan setakad kuman saja yang dapat diintai penghidupannya,
kemajuan sains yang dipacu oleh golongan yang minat Sunnah Allah, telah
mencipta electron microscope, yang saisnya lebih besar dari sebuah rumah
banglo. Usah ditanya berapa cawan kopi ia perlukan tetapi percuma sekalipun,
seperti ilmu Allah di Kitab Alam, Muslim tidak akan dapat memaksimakan
penggunaannya untuk mengintai akidah yang bersarang di jiwa.

“Saya kira tidak keseorangan dalam meredah arus mencari persimpangan yang
sepatutnya, kerana persimpangan yang telah di ambil salah kerana tercemar
dengan isu dalam jubah, sehinggakan bagi membendung keganasan berfikir,
terpaksa difatwakan haram segala yang berkaitan, dan semacam ada papan
tanda ‘jalan mati’ dipacak di situ. Saya tidak persoal hukuman mati yang telah
dijatuhkan dahulu, kerana kita tidak mengetahui peristiwa sebenar, adakah
unsur konspirasi disebaliknya. Bagaimanapun jalan ke arah itu semamangnya
menyeramkan kerana alat yang hendak digunakan, iaitu falsafah dan sains,
bukan merupakan alat yang diterima ramai untuk membuktikan keesaan Allah,
di mata arus perdana” Dari ‘R61 Hadiah cuti’ #24 Pak Din Says:
December 11th, 2007 at 2:33 am http://saifulislam.com/?p=1127#comment-
10080

“7. Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam
jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan
sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan
kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada
persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil
berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus
takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara
besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia
bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith’s unity atau
sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan
dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub). ”
Dari ‘#46 Pak Din Says:December 5th, 2007 at 11:12 am

Tulis Komen

14. 14

dzihnun April 14th, 2008 at 8:28 pm

Jazakallah ustaz

Tulis Komen

15. 15

imakubex April 14th, 2008 at 10:02 pm


assalamualaikum,

maafla nk ckp ni, blasphemous sket.

kalo kite amik purely evolutionary point of view (yg x invoke tuhan), then the
need for a God may be viewed as being a natural need in which humans
evolved at the same time as feelings, as a device to maintain social control.

such a reasoning could be understood because if we think of it, the evolution of


intelligence means a greater complexity in social interactions, which may
require certain skills that does not exist before this, therefore, in response to
that, we develop many different scenarios in which God may have been a
simple offshoot from that development.

hence, we can say that such a need is indeed not self evident in nature, rather,
it is something conceived out of the imagination and weakness of humans
themselves.

so, the question becomes, why do we need to ask that question? and is it
meaningful to ask that question?

benda2 camni jarang di diskus, esp by ustaz2 in this manner. maaf kalo pnjg sgt

wallahua’lam

Tulis Komen

Pak Din reply on May 9th, 2008 10:43 am:

Why not? Why not the question of “benda2 camni” be discussed by Ustaz. I fully
supported Ustaz idea of questioning and I found it interesting to read your blog.
Your ability to wonder beyond Big Bang, to include feeling (emotions),
intelligence, evolution are all interesting topics, which have impact on our
aqidah, hence, definately should be dissussed by ustaz-ustaz, especially Al-
Ustaz (to be Dr Hasrizal). Other ustazs who do not discuss these issues should
be attending refreshment courses on the the topic of ‘Apa itu ayat-ayat Allah?’

Yes, you have a fantastic imagination (not that negative one). Remember our
good old friend, used-to-be-clerk dr Eienstien. His work is a product of
imagination. His job (being a clerk at a patents office) allow him to visit
warmak (if he is a Malay) but because he believe in God, and said that God did
not play dice, God gave him the best idea ever produced in the displine of
sciences, the two theories of relativities, all due to his imagination.
I value imagination, and so do Al-Ustaz (#11), because it’s the beginning of
everyhings. Belief needs imagination. Science need imagination. Arts need
imagination. Even when we are in love we need imagination. To be able to
produce results, in undertaking tasks, we need imagination. Only when the
imagination becomes infocus (or unfocus) or out of focus, then it become blur.
Vision 2020 becomes, you know what? Our ability to focus, from the starting
point of imagining something, determines the result.

Now start by embedding in our imagination the question of “…. Tuhan?” Our
ability to focus is directly proportional function of our intelligence. If along the
way the image become blurred, we know what went wrong!. Which parts or
tools (or device as you put it) need repair? Should we change the tool and opt a
different approach. Only if we are rigid (due to some environmental constrain,
such as perangkap adat) and unwilling to open up our mind, then we are doom
for failure.

Allah should not, at our age (Balig Hakiki), be an imagination. He should not be
virtual. He should not be Fana’, to quote the Ilmu Kalam. He is as clear an
image (imagination without ‘ination’) can be. We are virtual. We are in
‘fantasy’. We do not exist, if He does not exist. It’s a question of existence. To
clarify, let examine a situation a cotton shirt made from a lump of cotton.
Cotton being transform into tread, then sheet of cloth before finally converted
to a shirt. Focus carefully, or you will get blurred, do cotton exists or cotton
shirt exists, in essence. The shirt exits by name (nama) but the cotton exist by
matter (zat). Apakah boleh disamakan kewujudan pada nama dengan
kewujudan pada zat?

Saya tak setuju cadangan Ustaz suruh tulis Melayu. Melayu ke, Arab ke, English
ke, ‘blasphemous sket” ke, semuanya alat. Message dari pemikir dah sampai
kepada yang hendak berfikir, lainlah kalau dia memang tak nak berfikir? Atau
esok kena hantar ke pensyarah untuk penilaian markah? Markah kita Dia yang
jaga, Bahasa Jawa sekalipun Dia tahu! Maaf dipinta pada hati yang tersentuh,
tujuannya nak menyentuh akal.

Tulis Komen

16. 16

Abu Saif April 14th, 2008 at 10:29 pm

mewakili kawan-kawan yang lain, boleh tak imakubex tukor ke bahasa melayu.
kami tak paham…

Tulis Komen

17. 17
Umar_Al_Khattab April 15th, 2008 at 12:00 am

tulisan ustaz kali ni agak ‘hidden’ . saya hanya dapat mencungkil apa yg ustaz
ingin sampaikan pada 2 perenggan yang terakhir…

satu penulisan di mana saya terpaksa baca semula apa yg ustaz tulis setelah
saya fahami babak akhir nya.

adakah ini menunjukkan satu penulisan berkualiti tinggi atau ianya sesuatu yg
tidak baik kerana mesejnya tidak boleh difahami oleh every Tom, Dick and
Harry ???

ini seperti menonton filem the Sixth sense…. saya pasti ramai org akan
menonton filem itu kembali kerana babak akhir filem itu… ia buatkan kita
berfikir dan kita akan menontonnya semula…

Tulis Komen

18. 18

semutraksasa April 15th, 2008 at 12:30 am

Artikel yg bermanfaat utk mengajak manusia mengoreksi diri, berfikir utk


mencari & memerlukan tuhan . Setiap yg gah pasti ada kelemahannya ,
cukuplah tuhan sebagai penolong.

Tulis Komen

19. 19

white_sabre April 15th, 2008 at 12:48 am

salam..
tentang komen imakubex tu(yang saya faham la)..dari pandangan teori
evolusi..manusia apabila semakin berkembang(evolve) dari segi
intelektual,sedar bahawa dalam kehidupan sosial yang kompleks..wujud
kelemahan-kelemahan pada manusia..

dan untuk menampung kelemahan itu,menjadi satu keperluan untuk manusia


mewujudkan satu “kuasa ghaib” iaitu “Tuhan”..untuk menyempurnakan
kekurangan sosial mereka…dan mewujudkan satu kawalan dalam diri dan
masyarakat..
(kalau salah tolong betulkan ya imakubex)

teringat kepada perbualan dengan seorang atheis..katanya..”manusia apabila


sudah maju tidak perlukan lagi agama,kewujudan agama hanyalah untuk
mengawal tindak tanduk manusia/masyarakat yang masih tidak maju
fikirannya,buktinya..di negara maju..semakin ramai atheis,agama hanya
diperlukan di negara-negara mundur”..namanya Jesus..tapi tidak percaya
adanya Tuhan..

terima kasih ustaz untuk artikel ini..harap perbincangan disini boleh membantu
untuk menjawab soalan/pendapat begini..

wallahualam..

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 3:55 pm:

“tidak perlukan lagi agama” tidak membawa erti tidak perlukan Tuhan. Tidak
perlukan nasi tidak menjamin kepada tidak perlukan makan, umapmanya.
Tidak perlukan wang bukanlah bermakna tidak mengharapkan kebahagian atau
ketenangan. Semuanya adalah alat. Alat untuk mencapai sesuatu. Antara alat
yang diperlukan untuk mencapai sesuatu, kebiasaannya. Kita perlukan sebab
untuk memungkinkan musabab.

Dalam erti kata sebenar, memang kita tak perlu sebab. Tak perlu agama (awas)
tetapi kita perlu Tuhan. Bila kita balig hakikat, ia menjadi common sense, dalil
aqli untuk wujudnya Allah adalah adanya alam ini. Sedikit dari ilmu kalam.
Common sense balig syarie, menjelaskan kenapa bayi tak kenal api untuk
membezakannya dari mainan, atau isi dan kulit pisang. Tetapi common sense
syarie berbeza dari balig hakiki.

Sekiranya Tuhan diperolehi tanpa agama maka ia seperti memperolehi kenyang


tanpa perlu kepada makan. Kemarahan atheis bersebab dari penafiran salah
golongan penyampai tentang Tuhan. Umpamanya Allah datangkan Islam, bukan
sahaja sejak dari N Adam as, malah dari Big Bang (azali) tetapi disampaikan
bahawa ISlam adalah pembawaan Nabi Muhammad saw.

Tulis Komen

white_sabre reply on May 8th, 2008 6:48 pm:

salam..
setuju…bila saya cerita kisah atheis ini pada TGNA,dia juga ada sebut benda
yang hampir sama…tak ingat sangat secara detail..tapi pointnya..jika
diperhatikan alam…sudah cukup untuk manusia mengetahui adanya Tuhan..

namun,kalau kita perhatikan hujah2 atheis…majoritinya memang


memerhatikan alam(Jesus yang saya jumpa ini seorang saintis)..yang mengkaji
kebenaran Al-Quran dan Islam pun ramai…tapi bak kata Pak Din syarat utama
iaitu common sense/balig yang tiada…maka tetaplah dengan
atheisnya..nauzubillah…

Hidayah itu milik Allah untuk diberikan kepada sesiapa yang


dikehendakiNya..semakin difikirkan,semakin nikmat Islam dan Iman ini saya
syukuri…Alhamdulillah..

Wallahualam…

Tulis Komen

20. 20

imakubex April 15th, 2008 at 1:18 am

maafla ye ustaz,

persoalan die, kenapa kite perlu bertanya soalan adakah manusia memerlukan
tuhan?

kalau kita amik 100% argumen evolusi (kite amik stand atheist yg assume
manusia datang dari monyet), then ada kemungkinan yang pencarian untuk
tuhan ni hanyalah relic atau tinggalan dari masa intelligence 2 developed.
mungkin bile manusia start ada kebijaksanaan, then die mule pikir macam2
tntg alam, dan kreativiti ni telah menyebabkan wujudnya perasaan ni dalam
diri manusia yang diwarisi sejak dari dulu

bukan nak kate sy ade view ni, tapi kalo nk debate dgn non muslim atheist,
mungkin benda2 camni boleh jadi releven kot…

menariknya, saintis seolah2 mencari tuhan yang hanya tersembunyi di tmpt2 yg


x boleh diexplain oleh sains lagi, yang mengukuhkn argumen ketiadaan tuhan
(God of the Gaps arguements)

insyaALLAH sy masih muslim, juz bnd2 camni kite jarang dapat bincang.
persoalan2 yg kite selalu bincang ialah cam, kenape kite perlukan tuhan, apa
makna hidup ni etc. tapi ada jugak soalan2 yg mungkin lebih falsafah n sains
die cam:
1. kenape kite bertanye soalan kenape perlukn tuhan?
2. ada makne ke bertanye soalan ape makne hidup ni?
sbb soalan2 yg kite selalu tny ni memberi erti kite ni mempunyai tugas dan
tujuan hidup di dunia ni, 1 pandangan yg bukan semua org setuju

wallahua’lam

Tulis Komen

Pak Din reply on May 13th, 2008 9:44 am:

shar di rumah.
Mei 13, 2008 pada 9:33 am
Awwal Ad Din Maaarifatullah.

Salam

What is important is that sync pulse, and as you put it very rightly, ‘based on
observations’, cause Al Quran mentioned that, so many time, especially
observations that is done by our two important sensors, the emotion and
thought. Afala ta’kilun, afalah tazakrun and anything similar.

You know without that sync pulse, which include handshake in protocol, all
those packets of information, will be tons of garbage. All these tarbiah from
Allah, will be of no information to humankind, as what happen to Muslim now.
Allah sets events in the universe, on a very artistic manner, that look like total
randomness, but with scientific approach, those randomness, formulate into
theories, laws, a beautiful creation, intelligent design in the other form,
random natural selection in the right ways, all due to the availability of a sync
pulse.

It’s not for the sake of you and me, is for the ummah, it for the sake of Islam.
So acute the angle of diversion of Muslim from the straight path, the term
Muslim becomes irrelevant to fight for compared to the real understanding of
concept of Allah and his Universe. Not to invoke the sensitivities of main
stream Muslim, but the truth is not in the name, it in the hakikat, as I have put
it, the one which exists by zat not by name, especially when we can name any
thing to what we like or understood.

There exist differences between a believer, a scientist, a believing scientist, a


scientific believer and we have to define all these toward achieving the
ultimate goal of maarifatullah. The seed of believe has to be sown, and we are
lucky enough to be born as Taklid Muslim. With the opportunities that we have,
being exposed to the western thinking world, we should maximize the use of
brain’s power award to us by Allah. Then only we improve our status, or Taklid
Iman to Knowledge Iman, toward the Ideal Iman.

The school of scientific study, call for the need to make and gather
observations, then analytical process of taking only the truth and proven right.
Finally the scientific community conclude on singularity (the unity of
existence), which than developed into 4 basics natural forces (during Big Bang –
azali), stipulated by the Theory of Everything (ToE). All these when carefully
used assist our understanding toward the oneness of Allah. It’s all Tauhid. ToE
is tauhid. Scientific approach is parallel to Tauhid objective, understanding the
existence and oneness of Allah. I put it as Tauhid (belief) and Tauhid (proof).

Do not be alarmed by the finding of science, that God does not exist. Allah
yang dimanusiakan manusia yang tidak wujud. Rujuk artikel saya berhubung
bagaima manusia memahlukkan Allah, kerana tidak dapat mengimaginasikan
denga cara yang hakiki, manusia mengambil jalan memahlukkan Allah, kerana
itu lebih mudah untuk dikomunikasi dan diimaginasikan. Memang Tuhan begini
tidak akan dijumpai, tetapi ToE, bukan 4 dimensi, 3 ruang 1 masa, Sekurang-
kurangnya 11 atau 21 kata mathematiknya. Ini yang kita cari. Maarifatullah.

Tulis Komen

21. 21

drkadir April 15th, 2008 at 4:40 am

Benarkah apa yang hendak ustaz utarakan, Keengganan dan kemalasan manusia
untuk mengoptimumkan keupayaan diri sehingga berjumpa kepada titik
kelemahan menyebabkan mereka tidak sampai kepada rasa wujudnya kuasa
yang mengatasi segala-galanya iaitu Allah sebagai tuhan.

Ini mungkin boleh menjawab untuk persoalan-persoalan yang melibatkan


ketidak percayaan seseorang tentang kewujudan tuhan sebagai contoh seorang
atheist tadi.

Bagaimana pula kalau seseorang yang sedar kewujudan tuhan, tahu kehebatan
dan kekuasaanNya namun masih mampu untuk meninggalkan segala suruhan
dan melaksanakan segala laranganNya? Dalam masa yang sama, kebanyakan
golongan ini adalah mereka yang diberikan Allah kesenangan dan kemewahan
dalam hidup yang mungkin menjadi istidraj kepada mereka dalam kehidupan
ini. Dan mungkin juga golongan ini hanya mengenali tuhan dengan sifat
pemurah dan penyayangNya, pengampun dan pemaafNya sehinggga lupa
bahawa Dia juga adalah seperti yang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz dahulu
sebagai Yang Maha Samseng (terhadap hamba yang ingkar kepadaNya)

“SOALNYA
Manusia akan hanya berhajat kepada Tuhan, apabila mengiktiraf kelemahan
diri. Kelemahan diri tidak akan tertonjol jika manusia tidak bersungguh
mengoptimumkan upaya diri. Kesungguhan itu tidak ada jika manusia malas dan
acuh tidak acuh terhadap kehidupan.”

Kejayaan dan kemewahan yang dicapai hasil daripada kesungguhan manusia


kepada kehidupan mungkin boleh membawa mereka semakin jauh daripada
tuhan…

Sekadar lontaran fikiran selepas exam chest round tadi:)

Moga sihat-sihat dan ceria-ceria selalu ustaz.

Tulis Komen

22. 22

oga April 15th, 2008 at 5:15 am

assalamua’laikum…

“tetapi kesibukan duniawi menjadikan manusia lupa siapa dirinya dan siapa
DIA”

“bertemulah sekali lagi kita semua dengan batas, kelemahan manusia. bahawa
HIDAYAH hanya milik Allah”

bukak jek saifulislam.com pagi ni


rasa gembira sangat sebab adanya “perlukah manusia kepada Tuhan?”

saya sangat berminat dengan topik ni sebab saya percaya iman pada ALLAH
membawa diri kepada ISLAM dan seterusnya TAAT

seingatnya persoalan ni mula hadir dalam diri semasa sekolah menengah dulu

sekarang ia menjadi persoalan harian dan hadir hampir dalam setiap keadaan
tambah lagi bila berkawan dengan rakan yang atheist/free thinker

1. kenape kite bertanye soalan kenape perlukn tuhan?


2. ada makne ke bertanye soalan ape makne hidup ni?
……………..saya cuba fikirkan jawapannya,
yang pasti ia datang dengan sendiri (fitrah?)

Tulis Komen

23. 23
itu_aku April 15th, 2008 at 7:41 am

slm

maaflah,sy nk brtnya soalan yg agk menyimpang sket drpd atheist..

bagaimana kalau seorang hamba ni dia percaya kewujudan Tuhan,sbb setiap


benda dlm alam ni mestilah ada penciptanya.tpi dia x percaya akn kesahihan
al-Quran itu diturunkn kpd nabi Muhammad dan x percaya kerasulan
Muhammad.

hujah die,kita x pernah nmpk al-Quran (or wahyu)diturunkn kpd Muhammad.so


siapa yg dpt buktikan Muhammad ni rasul?apa buktinya?kita x boleh nak bagi
hujah ‘dlm al-Quran ada menyakan Muhammad itu rasul Allah sbb dia x percaya
pd Al-Quran.hujah dia,slain Quran,siapa atau apa yg boleh membuktikan
kerasulan Muhammad?

dia juga x percaya bahawa al-Quran itu sahih dri dulu smpi skarang.hujah
dia,kalo betul wahyu tu indeed diturunkn pd Muhammad,dia seorang yg buta
huruf,x tahu menulis,maka dia hanya hafal saja ayat2 tersebut sblom ditulis
oleh sahabat2.so dia kata ada possibility ayat2 tu silap kalau nabi terlupa or
salah hafal.dia jugk x boleh terima sifat ‘maksum’ nabi(nabi x bwat silap) sbb
die mmg x percaya pd kerasulan Muhammad.

apa pendapat ustaz ntuk jwb keraguan dia?

trima kaseh.maaf sbb dh menyimpang tajuk.

Tulis Komen

Pak Din reply on May 6th, 2008 7:13 pm:

Banyak soal-soal luar kotak atau konteks, seperti saudara kemukakan, disorok
bawah karpet kerana sikap mendewa berbanding menghormati oleh kebanyakan
penyampai sehinggakan Muslim arus perdana hilang kewarasan atau takut
menjawabnya.

Tulis Komen

24. 24

Abu Saif April 15th, 2008 at 7:49 am


Tentang al-Quran, jenguk-jenguklah http://saifulislam.com/?p=1719

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 3:04 pm:

Masaalahnya Ustaz bila kita sebut ‘jenguk-jenguk’ mereka berusaha keras


‘baca-baca’, tetapi tidak seperti membaca telegram (zaman anti-Jepun) at e-
mail (zaman suka Jepun). Tiada tindakan selepas membaca kerana bukan tak
faham Arab, tak tahu nak critical thinking).

Seronok guna reply button ni Ustaz, sampai lebih sudu dari kuah?

Tulis Komen

25. 25

infinit April 15th, 2008 at 9:16 am

Assalamualaikum..

Thaniah ustaz kupasan isu yang menarik..Kenapa perlu bertuhan,


Berfikir,Mengenal diri, mengenal tuhan. macam bertasauf..
Tapi kalu difikirkan, awal agama mengenal tuhan…dlm konteks silibus agama
islam kat malaysia ni biasa nya kita kena belajar taharah,sembahyang,baca
quran.. mananya awal agama mengenal tuhan…
mengenal diri…biasanya kita diajar fakta fiq dan syariat basic..sedangkan untuk
megenal diri hanya pada tariqat bertasauf bukan fakta semata mata..
Ambil cnth Al-ghazali pada masa keungulanya hadis,fiq,falsafah dan tasauf
dikuasai setelah perjalanan megenal diri dan megenal tuhan ditempuhi dan
menemuinya..

Sedangkan Alquran untuk orang yang berfikir dan bertakwa…

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 2:55 pm:

Saya sokong sepenuh tenaga soalan lansung saudara, “mananya awal agama
mengenal Tuhan”? Malah bukan setakad itu, pengalaman saya menimba ilmu,
hanya bertemu dengan Tok Fekah yang kurang selesa dan menjadi resah bila
ditanya soalan luar Fekah. Jauh lebih mudah memberikan jawapan halal haram
dari memberikan jawapan mengapa halal haram.

Bagaimanapun bertarikat bertasauf masih perlu pendekatan baru. Secara


tradisinya bertarikat yang berdasarkan falsafah (ke arah critical thinking)
akhirnya tidak begitu berkesan tanpa pembuktian melalui displin ilmu sains.
Sebaliknya juga, bertolak dari ilmu sains dengan tidak melalui sistem
kepercayaan (iman) juga tidak menjanjikan hasil mengenal Tuhan. Hanya
apabila benih percaya (iman) dibajai dengan pembuktian melalui Kitab Alam
(melalui displin ilmu sains atau ilmu mengenal cara kerja Allah), hasil sebenar
akan tajjali.

Syariat, tarikat, hakikat, marifat dan hadirat menyempurnakan perjalanan


insan mencari Tuhan. Memanglah Nabi Ibrahim tidak menggunakan perkataan
ini dalam menolak kenapa bulan dan bintang yang tenggelam timbul, tidak
layak menjadi Tuhan, tetapi itulah Islam sebenar, menyokong evolusi jasmani
dan rohani.

Al Quran semamangnya untuk orang yang berfikir dan hendak/mahu


menggunakan akal fikiran. Hanya Ulil AlBaaab yang dapat merungkai adanya
Kitab Alam (ayat-ayat Allah) dan hidup memperjuangkannya. Dan disebutkan
lagi bahawa ayat-ayat Allah (yang ghaib itu) atau Sunnah Allah atau Carakerja
Allah itu tadak berubah mengikut masa. Yang berubah adalah kefahaman kita
terhadapnya.

Tulis Komen

26. 26

arief April 15th, 2008 at 11:27 am

Kenapa kita perlu solat?


sebab hakikat diri perlukan Tuhan,
Kenapa kita kena pakai tudung,
sebab hakikat diri perlukan Tuhan….

banyaknye soalan yang boleh dijawab dengan


satu jawapan…

‘Selayaknyalah manusia yang alpa ini dihukum Tuhan kerana culas dalam
mencari.’

hmm.. teringat kata-kata mantan rektor UIA,


“orang yang sentiasa mencari, pasti akan menemui bahawa kebaikan yang Allah
berikan nilainya abadi”

Terima Kasih Ustaz.

Tulis Komen

27. 27

bint Haris April 15th, 2008 at 2:55 pm

Assalamua’alaikum Ustaz

Persoalan yang menarik… tetapi berat untuk difikirkan bagi mereka yang benar-
benar berfikir sebagaimana orang yang lahir tanpa agama berfikir… berfikir
untuk mencari kebenaran dan seterusnya menegakkan kebenaran untuk ummah
sejagat.

Kita(atau mungkin lebih tepat saya, dididik dengan asas agama yang kukuh
(kukuh pada penilaian muslim Malaysia), bersekolah di sebuah sekolah agama
ulung dan ternama… dididik untuk menerima dan mengulangi hujah yang
diajar, takut untuk menyuarakan persoalan, kerana takut dikatakan murtad,
syirik, atheist dsb.

Sedangkan kebenaran yang diperolehi dengan pencarian itu lebih bermakna dan
bernilai.

Persoalan saya, mana yang diterima:

1. Insan yang mengaku beragama Islam bertuhankan Allah kerana tradisinya


begitu, sekadar mengamalkan ritual agama (solat, puasa, zakat, haji, syahadah
sekadar syahadah dalam solat)
@
2. Insan yang dalam pencarian hakikat mengapa dia diciptakan… bagaimana
sekiranya dalam pencarian tersebut, tidak sempat untuk bertemu dengan
realiti kebenaran?

Mungkin Ustaz akan kata, diterima di sisi Tuhan, adalah penilaian Tuhan… Tapi
bagaimana untuk memastikan sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk
berada di landasan yang benar yang sebenar-benarnya?

Tulis Komen
Pak Din reply on May 6th, 2008 6:01 pm:

Soal bertemu itu secondary, primary nya seperti yang bintun tulis, mencari
hakikat dan saya mendapati ilmu sains banyak membantu.

Tulis Komen

28. 28

hufaida April 15th, 2008 at 3:02 pm

artikel kat atas antara pengisian pertama yang saya dengar dari ustaz kira2 2
tahun lepas kat surau kolej kami,,sangat membuka minda dan menyedarkan
saya tentang konsep ibadah,,shukran ustaz,,juga tentang signature buku
terbaru ustaz,,walaupun just kirim kat kawan tapi dapat juga lihat handwriting
ustaz,,:)

Tulis Komen

29. 29

j-QAF April 15th, 2008 at 3:47 pm

Assalamualaikum..

Memang susah nak fahamkan orang lain kalau mereka sendiri tidak mahu
ber’fikir’ untuk mencari ‘apa’ yang masih ‘kosong’&’kurang’ dalam
‘diri’&’hidup’ mereka, walaupun keluarga sendiri.

Persoalan yang ‘berfikir’ dan ‘berhikmah’ perlu terus diutarakan


agar terlaksana fungsi akal kerana ana yakin bahawa masih ramai yang
merasakan hidup mereka ’serba tak ada’ zaman ini.

Fikir itu kuncinya, Sabar itu penawarnya, Tawakkal&Redha itu bekalnya,


Hidayah itu MILIKNYA.

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 3:18 pm:

Kalau yang dibahas (kesan dari berfikir) itu adalah hal-hal carakerja mahluk,
ketahuilah bahawa manusia itu bersikap bolak-balik (flip-flop kata Mahathir)
atau kata lain banyak perangai dan ragamnya, yang menimbulkan banyak
(divergent) hasilnya. Tetapi kalu yang difikirkan itu tentang carakerja Haliq,
ketahuilah bahawa Al-Quran mengingatkan kita bahawa Sunnah Allah itu tidak
berubah (convergent) mengikut masa.

Ini tidak bermakna kehidupan itu perlu tidak berwarna atau tidak mengharap
kesenian yang pelbagai. Kepalbagaian warna dan seni dalam menjalani
carakerja mahluk, terutamanya manusia, akan lebih bermakna dan diredhai
Allah, sekiranya ia dibuat setelah kita berusaha memahami dan ke arah
membudayakan carakerja Allah.

Ketahuilah warna putih itu mengandungi semua warna bagi yang berilmu sains
(sebab itu adanya pelangi, yang hanya memperlihat 7 warna sebagai contoh).
Arus perdana sudah pasti mengatakan puti itu boring, tak ada taste, tak macho,
monotonous dan sbg, sedangkan hakikat sebenarnya hanya dapat diketahui
dengan critical thinking melalui dislpin ilmu sains.

Tulis Komen

30. 30

israkmikraj April 15th, 2008 at 4:16 pm

wow!

Amat benar pak ustaz! Errr Salam Ustaz….Terasa macam ustaz karangkan
artikel kali ini untuk saya pulak!! hehehe.

Saya bukanlah seorang yang biasa bercakap diatas pentas, hanya pekerja bank
lepaih tu kerja dlm industri islamic finance. Bebaru ni ada orang talipon suruh
bagi talk pasal islamic finance yang kita ni dahlah baru setahun jagung
berkecimpung dalam hal ini. Gugup jugak rasanya nak mengatakan ya. Tapi
setelah rujuk dengan Tuan Guru dia beri pendapat yang macam Ustaz berikan
inilah……. Kalau tak terai macam mana potensi diri kita kita nak kenali! kalau
kita tak kenali diri kita macam mana kita nak kenali Allah!!!? Allah telah
memberi ruang kepada kita melalui makhluknya…. Saya yang berkira2 pada
awalannya untuk menerima pelawaan untuk menjadi panelist dalam
perbincangan untuk islamic finance itu sebab ianya akan dibuat kat Hong Kong!
Tapi bila Tuan Guru beri motivasi bahawa pelawaan yang datang itu tentulah
Allah telah mengetahui kita telah bersedia untuk melalui perkara tersebut!
Saya kat Malaysia pun bukanlah orang yang selalu berucap! Inikan pulak kat
Hong Kong! Aduhai…… Tapi InsyaAllah sekarang ni sebok kumpul bahan untuk
dibaca dan dibahaskan di Hong Kong nanti…. Kalau kita tak terai tak tahu pulak
keupayaan diri….. GULP! Anyway siapa kenal diri kenal dia akan
Tuhannya………….

Tulis Komen
Pak Din reply on May 7th, 2008 3:33 pm:

“Allah telah memberi ruang kepada kita melalui makhluknya”. Kalau difahami
betul-betul “Inna lilLlah wainna ilahi rojiun” dengan penglibatan ilmu sains,
kita akan mendapati bahawa kesemua yang ada di alam ini adalah terbena dari
atom (neutron, elektron dan proton), walaupun ramai yang tidka mahu atau
tidak dapat menghubungkaitkan kenyataan itu dengan akidahnya.

Selanjutnya, diperingkat Quantum Physics (ilmu sains yang lebih halus seninya),
pembuktian telah dibuat oleh sains (yang dahulunya telah membuktikan
bahawa Bumi mengelilingi Matahari, bukan sebaliknya), bahawa Teory of
Everthing menyarankan tiada apa yang ada di alam ini melainkan tenaga.
Tenaga siapa?

Segala tindak-tanduk mahluk yang berdiri di atas zat jasmani yang ada, juga
tidak lain daripada kesan atau asalnya dari tenaga yang sama. Ini bermakna
potensi ke arah kesempurnaan itu berada di semua mahluk, terutamanya
manusia, kerana telah dihampirkan lagi dengan adanya bekalan akal fikiran.
Maka ini menjawab “siapa kenal diri kenal dia akan Tuhannya” atau nak
diterbalikkan juga masih berkesan untuk digunakan.

Tulis Komen

Kak Ija reply on May 7th, 2008 3:55 pm:

Welcome back, Pak Din. Lajunya komen, guna petrol PRIMAX ke?

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 6:56 pm:

Suka yang hijau ke?

Tulis Komen

31. 31

Unknown April 15th, 2008 at 4:36 pm


Assalamualikum ustaz,

Saya ada membaca e-mail dpd kawan pejabat saya mengenai artikel filem fitna
yg ditulis oleh ustaz.Saya tetarik dengan pendapat serta pandanga ustaz, lalu
teman saya memberi website ustaz lansung saya ingin bertanya kemusykilan
yang selau bermain di kepala saya.

Kemusykilan ini bukanlah berkaitan dengan filem fitna tetapi mengenai


kejadian manusia , tanggungjawab manusia kepada allah dan mengenai alam
akhirat dan bemacam-macam lagi. Mungkin kerana saya kurang ilmu dan
membaca perkara-perkara begini sering bermain di fikiran saya. Senang cakap
saya ni agak jahil.Walaupun jahil..saya tetap menjaga solat, puasa, aurat dan
peradaban sebagai seorang islam.Hanya inilah yg saya tahu..selainnya zero.

Saya takut untuk bertanya kepada kawan, suami atau keluarga, kerana saya
takut mereka akan mengatakan saya terpesong akidah dan sebagainya. Tetapi
saya tidak boleh menipu diri sendiri….sudah lama pekara-perkara ini sering
bermain di kepala saya.

Di dalam komen ini saya rasa cukup untuk menanyakan satu soalan sahaja.

Saya selalu merasa amat sedih tidak tertahan apabila setiap kali saya
melahirkan anak. Bukan sedih sebab dapat anak,tetapi saya berasa kasihan
akan anak itu yg terpaksa menempuh segala ranjau berduri dari lahir sehingga
ia menemui allah. Saya rasa bertanggugjawab membawa dia ke dunia ini. Saya
pernah terbaca bahawa dari ramai manusia ini, hnay sedikit sahaja yg masuk
syurga…Jadi saya berfikir berapakah kebrangkalian anak aku akan masuk
syurga? dan begitu juga dengan saya..Dalam dunia seperti sekarang apakah
peluang org seperti saya dan anak saya untuk masuk syurga? Bila difikirkan saya
rasa sedih, dan takut…sedangkan saya rasa saya tidaklah jahat sgt..tetapi bila
saya baca buku agama..saya tidak confident saya ini akan dimasukkan ke dalam
syurga.Bayangkanlah walaupun sembahyang tetapi tidak khusyuk pun
dimasukkan ke dalam neraka…..jadi saya ni di mana kedudukannya.rasa tak
termampu utk mencapai syurga. Itulah sebab saya sedih bila saya lihat anak
saya yg baru lahir.

Ustaz atau sesiapa tolonglah nasihatkan saya yg jahil ini….tolonglah redakan


pekara-pekara jahat yg sering bermain di fikiran saya.

Soalan anak saya yg berumur 5 tahun:-

Anak: Mak, kalau orang kena petir boleh mati tak ?


Mak :Boleh..
Anak: Org yg kena petir tu jahat ke baik?
Mak : Ada yg baik ada yg jahat..
Anak: Petir tu allah yg BUAT KAN mak
Mak : Ya…
Anak:Allah tu baik..tapi kenapa petir tu kena kat org baik jugak.
Mak : Nanti abg dah besar mak terangkan….

Ustaz tolonglah saya untuk menjawab kepada soalan-soalan anak saya yg


beumur 5 tahun ini.
Byk lagi soalan-soalan yg tidak boleh saya jawab..

Terima Kasih

Tulis Komen

Pak Din reply on May 10th, 2008 3:04 pm:

Pendekatan tradisi sediaada memanusiakan Allah, memahlukkan Allah, sudah


pasti tanpa di sedari oleh yang melakukannya. Sebagai manusia kita
menggunakan bahasa manusia untuk berhubung atau memberitahu dan
mengambil-tahu sesuatu yang berlaku. Fakta ini telah di ketahui umum dan
mudah untuk semua orang menangkapnya. Apabila sudah terbiasa dengan
menceritakan tentang manusia atau tentang mahluk, manusia terbawa-bawa
menceritakan kewujudan Allah sebagaimana mereka menceritakan tentang
manusia atau mahluk. Maka bermulalah satu pengumpulan data-data yang salah
dan semakin berlalu masa dan zaman, menebal kepercayaan terhadap apa yang
dipercaya tentang Allah, terutama kerana ramainya yang tidak mahu
mengapplikasikan kritikal tinking dalam pemikiran seharian.

Manusia hidup dalam kepercayaan. Manusia boleh hidup dalam kepercayaan


walaupun kepercayaan itu tidak berasaskan kepada satu pembuktian yang
kukuh. Ini telah berlaku zaman berzaman. Contoh yang paling ketara ialah,
tamadun manusia yang telah berkembang sejak 5,000 tahu dahulu mampu
melakar sejarah walaupun tanggapan atau kepercayaan salah terhadap
kebenaran yang berlaku di alam. Manausia hanya tahu yang Bumi ini
mengelilingi matahari kurang dari 500 tahun dahulu, dari 5000 tahun
bertamadun. Itupun berlaku setelah satu jiwa terkorban dalam menyatakan
kebenaran tersebut. Kita mungkin mengatakan itu tidak berlaku di dalam Islam,
kerana padri Kristian yang menghukum mati ahli sains yang bercanggah
pendapat dengan kepercayaan mereka.

Sedar atau tidak apa yang berlaku tentang kepercayaan boleh hidup tanpa
kebenaran, masih terus berlaku sekarang, dengan berleluasanya keengganan
masyarakat mendekatkan diri kepada ilmu sains, satu-satunya (the only) dislpin
yang dapat membuktikan kebenaran Alam. Seperti yang pernah saya utarakan
di dalam Siri DARWIN, memang ramai yang mengatakan mereka tidak menolak
sains, tetapi sains bagaimana yang tidak ditolak? Hanya apabila sains
menghasilkan kejuruteraan dan kemudian teknologi yang membantu
menyenangkan hidup mereka. Contohnya, sains gunaan yang menghasilkan
kereta dan segala pekakas dan peralatan modern, termasuk internet yang
digunakan, tetapi apabila sains tersebut cuba menghubungkaitkan antara
persekitaran dan ketuhanan, ilmu itu ditolak ke tepi, kerana ada ilmu alternatif
yang lebih mudah, iaitu percaya sahajalah.

Jiwa anak-anak yang baru mengenal Alam, secara fitrahnya sangat ingin
mengetahui dan mengenali kebenaran. Tanpa disedari ibubapa kebanyakaannya
mematikan semangat ini, kerana kebuntuan mencari jawapan abibat dari
perwarisan ‘perangkap adat’ yang tidak mengutamakan pemikiran. Maka
membesarlah anak itu seperti ibubapanya, mewarisi warisan yang sama.
Budaya ini terus dipertahan dan ada yang sanggup berkorban sehingga
mengatakan ‘biar mati anak, jangan mati adat’. Penafsiran Islam yang berlaku
selama itu tidak menjernihkan keadaan kerana pewarisan salah yang sangat
menebal di kalangan masyarakat.
Tidak dapat tidak, kita perlu menyedari kesalahan kita meneruskan
kepercayaan tanpa mahu mencari pembuktian. Hidup kita terus dihantui sikap
selesa dengan kepercayaan yang ada, dibuktikan hanya dengan ayat-ayat yang
tidak mengajak mencari bukti, sedangkan ada ayat-ayat yang mengarah untuk
mencari pembuktian. Malangnya antibody melindungi kepercayaan ini sangat
kebal dan disusahkan lagi oleh sikap empunya diri mahu mengekalkan
kekebalan tidak menentu itu. Maka Allah terpaksa menutup hati dan minda
mereka, dan memberikan ilham tentang ilmuNya itu kepada yang bersedia
menerimanya. Sebab itu dikalangan Muslim pelajaran sains menjadi satu beban
dan kesusahan yang amat sangat.

Maka teruslah kita menangguhkan jawapan sehinggalah anak dah besar, yang
pada masa itu telah pun diimmunisasikan oleh masyarakat sekelilingnya dengan
kekebalan yang diceritakan tadi. Berpusinglah satu kitaran lagi, dari generasi
ke generasi. Hanya segelintir kecil yang dapat memikirkan kebenarannya,
tetapi antara segelintir yang kecil itu juga ramai yang hanyut di bawa arus
perdana melainkan sebahagian kecil dari segelintir tadi. Maka teruslah tradisi
‘.. akan jawab bila dah besar nanti’ sebagai warisan bangsa.

Tulis Komen

32. 32

Fayhsal, UTP April 15th, 2008 at 8:06 pm

Salam Ustaz,

Bagaimana pandangan ustaz tentang world view yang salah? Kita mungkin kenal
Allah tetapi our thinking system dari segi epistemologinya salah.
Syed Naquib menegaskan tentang the loss of adab:

1.Kekeliruan dan kesilapan persepsi tentang ilmu pengetahuan yang seterusnya


menciptakan:

2.Kehilangan adab dalam masyarakat yang melahirkan:

3.Munculnya para pemimpin yang bukan saja tidak layak memimpin umat malah
tidak memiliki akhlak yang luhur dan keupayaan intelektual dan spiritual
mencukupi, yang sangat diperlukan dalam kepimpinan Islam.

Dalam posting saya yang terbaru(http://sosialiskanan.blogspot.com/), Prof


Wan menjelaskan perkara yang sama.

Saya sangat ingin mendengar ulasan Ustaz berkenaan dengan gagasan pemikiran
Syed Naquib ini.

Of course semua ini adalah satu perbincangan yang dalam ditambah lagi jika
merujuk buku beliau seperti Islam and Secularism dan magnum opus beliau
Prologomena of Metaphysics.

Saya dulu tak faham jugak kenapala susah sangat nak faham dan complicated
sangant. Tapi lama2 saya dpt kesani bahawan what Syed Naquib try to address
is something very fundamental of the Ummah decadence.

Wallahualam, harap Ustaz dapat emel saya dan jemput para pembaca untuk
merujuk postin saya diatas.

Tulis Komen

33. 33

ariff55 April 15th, 2008 at 8:52 pm

Bismillah-irRahman-irRahim

Iqra
Bismi rabbi kallazi khalaq
Khalaqal insana min alaq… akhir ayat

Hamba sahaya mesti dimerdaheka kan…


Abdi hitam legam Bilal Rabah r.a merdaheka drp tindasan thaqut kpd cinta
Ahad Ahad Ahad

Rasulullah beruzlah di gau hira tak kira sunnah?


Sedangkan umurnye menjangkau 40 tahun
Menerima Jibril Alaihissalam Mursyid dan juga Wahyu
Sekali dgn syahadat menuju makrifat bila pula Isra Mi’raj menerima Solat
setelah kenal
Tak kenal maka tak cinta
Tak cinta maka tak harap
Tak harap maka tak takut
Back to the basic Tarbiya tuna ar ruhiyyah…

mengenal musyahadah muraqabah uzlah cinta harap dan takut semuanye


sunnah rasulullah s.a.w AHWAL baginda s.a.w

Aisya r.anha pernah menegur sujud solat hingga bengkak kaki… HAMBA yg
bersyukur jawab baginda
HAL baginda SYUKUR…

segalanye IHSAN… PERLUKAH KEPADA IHSAN???

wabillahi taufiq wal hidayah wa inayah

Tulis Komen

34. 34

ariff55 April 15th, 2008 at 9:30 pm

bismillah

Jika Mat Rempit di bawa di hening malam bertahajuj (uzlah) ape mereka akan
fikrkan???

Solat malam dirikanlah>>>UZLAH

Perbanyakan berpuasa >>> membawa HAL keadaan insaf untuk bersedekah?

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 4:19 pm:

Sekiranya kita berjaya membawa Mat Rempit untuk bertahajud, maka credit
untuk kita memperkenalkan cara kepadanya, tetapi mengalikan tujuan
merempit kepada persoalan dari mana datangnya keseronokkan semasa
merempit, credit kita akan lebih menghampiri kesempurnaan. Mat Rempit
menggunakan naluri yang sama, iaitu percaya keseronokan itu datanganya dari
merempit, sebagaimana adanya ‘abid yang percaya seronok datang dari
beribadah kepada Tuhan.

Menyelami hakikat seronok. yang datang dari percaya kepada sesuatu itu,
sebagaimana yang disebut kedua-dua di atas tidak menghasilkan kepada
mengenali Tuhan. Ia dibuktikan apabila si Iblis lebih mudah mengganggu ‘abid
tersebut, berbanding si ‘alam yang sedang tidur.

Pokonya ialah, ilmu yang menghurai dari mana datangnya keseronokan itu yang
akan memberikan hasil mengenal Tuhan dari mendalam cara bagaimana
seronok itu diperolehi.

Tulis Komen

35. 35

hambaallah86 April 15th, 2008 at 10:40 pm

Ustaz,mhn respon mengenai kedatangan pengurus dan pemain kelab bola sepak
Chelsea yang merupakan warga Israel ke negara in

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 2:27 pm:

Apakah dengan kedatangan pemain Isreal, terus Allah menjadi ada dua? Apakah
dengan tiadanya syaitan di bulan Ramadhan, maka semua orang berpuasa?
Apakah dengan kesedaran memboikot barangan Denmark? atau USA menjadikan
bulan puasa akan datang, pasar maghrib berkurangan? (jumlah keseluruhan
makan yang di ambil berkurang dari bulan biasa). “Lakum dinnukum waliya din”

Tulis Komen

36. 36

mardiah April 16th, 2008 at 6:31 am

salam ustaz. suka baca aritkel ni. teringat juga, kalu x silap hadith qudsi, (tapi
mungkin ade org kate bukan, wallahua’lam): ‘Al-Insanu sirri, wa Ana sirruhu’-
manusia tu rahsiaKu, dan Akulah rahsianya (betul ke ustaz?).
Saya rasa masalah umat Islam hari ini ialah goyahnya aqidah, sebab sedari kecil
kita hanya belajar bab feqah je (the do’s and the don’t’s), without knowing
and understanding the real reason behind it.

The solution, which i can think of would be, mengenal diri, dengan mengenal
Penciptanya. Tak kenal maka tak cinta. Betul lah kata orang tua2. Kalau kita
tak kenal Dia, macammana kita nak mencitai Nya, apatah lagi nak buat segala-
gala suruhanNya. Maka, jadilah, buat kerana terpaksa, dan akhirnya
memberontak dan inginkan kebebasan seperti gerakan liberalisme yang ada dan
sedang menular ni.

Eh, panjang pula, over excited tengok ustaz tulis psl topik ni, hehe.
Wallahua’lam.

p/s: kirim salam pada kak muna, saif dan adik2nya. dah besar saif ek. hehe, yg
bawah2 tu x kenal sangat. wassalam.

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 2:19 pm:

“Awwal ad-din maarifatullah” Bermulanya agama itu mengenal Allah. Tidak


dinafikan kepentingan syariat, peraturan, undang-undang dsb tetapi
menghidupkannya adalah jauh lebih penting. Manusia membesar dari setitik air
dan bersamanya berkembang kesedaran berbekalkan akal yang diberikan. Tiada
cara yang terbaik untuk melatih melainkan dari kecil diasuh dengan bersyariat.
Malangnya apabila ‘keselesaan’ bersyariat tidak diimbangi dengan sikap
mengambiltahu apa yang dilakukan, jadi;ah situasi yang yang disebutkan di
atas, iaitu mendewakan fekah dan orang yang mengajar fekah. Mendewa,
kerana pada tahap itu tiada persoalan dikemukakan dengan hanya sekedar
mengikut dan terus mengikut.

Al Quran menitik beratkan solat (yang menjadi tiang agama) tetapi solat
bagaimana yang Allah wajibkan. Dengan kefahaman kepada ayat “Fa waylul
lilMusoleen”, Allah mengatakan bahawa ada solat yang menyebabkan ke
neraka, iaitu solah yang yang hanya ‘kyusuk’ (mengingat Allah) di dalam solat
tetapi di luar solat dia lupa Allah. Ini semuanya kerana tidak mengenali Allah
dan tidak mengenali diri. Malangnya kebanyakan penyampai fekah mahir di
bidangnya dan enggan berbincang masaalah ketuhanan.

Tulis Komen

37. 37
Samad April 16th, 2008 at 10:20 am

Apa yang saya faham, keperluan kepada tuhan adalah fitrah atau naluri
semulajadi manusia. Sebagaimana bayi yang lahir je automatik tahu
menggerakkan otot dalam mulutnya utk minum susu ibu, begitulah juga
automatiknya naluri memerlukan kepada tuhan itu muncul.
Maknanya, kalau org tu malas berfikir, dlm subconsiousnya dia ada naluri
memerlukan tuhan itu.
Masalah timbul bila org tersalah fikir. Ini yang membawa kepada pemikiran
atheist.Conciousnya menolak
Saya rasa golongan atheist adalah golongan yang banyak fikir. Kalau dia tak
banyak fikir, susah nak jadi atheist. Sbb ini kerja melawan arus.
Saya boleh bersetuju antara punca melayu meninggalkan agama adalah kerana
malas berfikir tetapi ini bukan bermakna dia merasakan tidak perlukan Tuh

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 1:06 pm:

Ni lepas Ustaz seronok tengok saya seronok tengok format baru. Turutan
pengeluarannya tidak berturut.

Kita memang arif dengan Balig Syarie (Ibadah) (Mumayyiz, Mukallaf dan setara)
tetapi kita jarang memikirkan tentang Balig Hakiki (Tauhid). Di tahap balig
hakiki, “keperluan kepada tuhan adalah” bukan sahaja “fitrah atau naluri
semulajadi manusia” tetapi itulah kehidupan, itu kita, itulah segala-galanya.

Tulis Komen

38. 38

Samad April 16th, 2008 at 10:40 am

Saya rasa, disebabkan melayu MALAS BERFIKIR lah me nyebabkan kita mudah
menerima Islam.
Setahu saya yang tak berapa pandai sejarah ni, Islam masuk ke tanah melayu
melalui dakwah oleh pedagang2 arab. Sebelum tu nenek moyang kita beragama
hindu. Berbanding agama hindu, Islam jauh lebih simple. Tuhan Islam satu,
Tuhan hindu beribu. Tak payah fikir panjang pun mudah paham. So, ajaran
yang simple ini AGAKNYA sesuai dengan org melayu yang MALAS BERFIKIR.
Tambah pulak, Islam tersebar luas melalui pengislaman Sultan. Bila Sultan
masuk Islam, berbondong-bondong rakyat masuk Islam jugak. Masa tu, masuk
Islam agaknya jadi trend temoden pada waktu itu. Sebagaimana umat melayu
mudah terpengaruh dengan budaya kuning dari barat hari ini, begitu jugalah
melayu terpengaruh dengan Islam pada masa tu.

Pendek kata, disebabkan MALAS BERFIKIR melayu sangat mudah terpengaruh


dengan suasana. Jika suasana baik, maka baiklah melayu. Jika suasana jahat,
maka jahatlah melayu.

Pihak yang paling berperanan membentuk suasana itu adalah pemerintah.


Bila sultan masuk islam, org melayu masuk islam.
Bila british perintah, mula ikut british.
Bila BN memerintah, ikut perangai BN lah. Yang ni, kalau nak hurai boleh jadi
panjang mengalahkan artikel ustaz.

Tulis Komen

39. 39

Abu Saif April 16th, 2008 at 10:46 am

Alhamdulillah, menarik jika dapat dibual-bualkan begini

Kalau kita terima idea bahawa Islam mudah diterima oleh Melayu kerana
Melayu malas berfikir, ia mengiyakan teori yang dikemukana oleh Sir Naipaul di
dalam dua bukunya iaitu Among the Believers dan Beyond Belief. Juga
pandangan orientalis seperti Bernard Lewis.

Kata mereka, hanya Islam yang sesuai dengan bangsa-bangsa macam Melayu ni
sebab mereka ni berkecamuk dan lembab, maka hanya agama yang berkecamuk
dan lembab seperti Islam sahaja yang sesuai dengan mereka.

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 11:26 am:

Terima kasih Ustaz format yang batu ni. Seronok pulak guna. Artikel ini juga
sangat menarik. Setuju dengan ungkapan menarik itu, tetapi menjadi Melayu ni
takut juga nak guna butang reply. Tapi …

Keberanian Sdr Samad mengatakan Melayu malas berfikir (dan huruf besar lagi)
dan petikan Ustaz tentang kata mereka, sepatutnya menjadikan kita mahu dan
kemudian tahu kepentingan berfikir. Masaalahnya ialah warna berfikir itu yang
berbeza. Sesetengah warna tidak membawa kita jauh kerana keterbatasannya.
Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 11:29 am:

Dah bagi peluang pembetulan pun masih ada silap .. ‘baru’ bukan ‘batu’. Tak
rugi bayar duit kopi. Hehe.

Tulis Komen

40. 40

ariff55 April 16th, 2008 at 12:51 pm

Bismillah

Melayu? India? Cina? mana yg rajin berfikir? tentu Cina tapi tak ramai yg
convert pun? India mungkin lebih berfikir tapi ramai juga convert? penyebab
nye PENDAKWAH yg mals tak macam misionaries tu… dah tau Malaysia ni ramai
Islam baka… terus mintak IFC? mengapa fikiran mereka jauh… nak jauhkan
Malaysian Malaysia drp AHWAL Islami… yg Islam Baka pula tak jaga ahli
keluarga… kunu anfusakum wa ahli nara… semua taruk atas kepala partisan…
malas ayat tu terang-terang taklif ketua keluarga… aasyik partisan di kedai kopi
je? malas daie konon?
Solat malam tak buat sebab tak cinta?puasa mana boleh sentiasa di warong
sembang partisan, zikir malam haram!!! anak pernah ajak solat, tu kenal
partisan lebih drp kenal ALLAH…

wallahu’alam

Tulis Komen

41. 41

ariff55 April 16th, 2008 at 1:19 pm

Bismillah

Pertama kita mesti akur bahawa Melayu Muslim di Malaysia ni Muslim baka… so
mak pak wajib kenalkan dan cintakan ALLAH dan Rasul, hari akhirat, kitab,
malaikat, qada dan qdr Allah… Rukun Islam tu cam solat lima waktu tu jaga
anak-anak kita buka nak minta jaga anak org lain dulu…SUNNAH dakwah rasul
s.a.w keluarga, keluarga terdekat, jiran, baru keluar… ipar duai ade kite dah
buat, tanya iman masing-masing… ngaku daie illah, SUNNAH mula dakwah pun
hancus…

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 11:39 am:

Seronoklah guna reply ni Ustaz, sekali lagi.. terutama waktu artikel keluar
kesibukan (apa yang sibuk tak pasti?) melanda.

Sdr Ariff55, dah dengar tentang suku sunnah, iaitu Muslim yang mengikut
sunnah hanya pada apa yang Nabi saw buat selepas berumur 40 tahun. Sunnah
Nabi dari Baliq hingga menjadi Rasul tak begitu dipedulikan. Nabi saw
bertungkus-lumus mendalami ilmu perniagaan, perdagangan, ekonomi, inter-
faith business dan beracam lagi yang berkaitan, sehinggkan beliau
mengingatkan ‘90% dari rezeki itu ada di perniagaan’. Ini menjadikan Muslim
separuh sunnah. Kemudian ambilkira Muslim tidak meletakkan keutamaan
kepada sunnah yang lebih besar (Sunnah Allah), maka keseluruhan menjadi
hanya Muslim suku sunnah.

Tulis Komen

42. 42

infinit April 16th, 2008 at 4:14 pm

Asalmualaikaum..

Melayu malas berfikir… saya rasa tak semua.. kalu dikaji sejarah melayu
melaka adalah amat gemilang.. boleh rujuk
http://merahsilu.blogspot.com..Mungkin dah aturan Allah jadi macam sekarang
di tambahkan lagi dengan fakta putar belit.. berfikirlah dan kaji sejarah…bagai
mana islam berkembang di nusantara dari kalangan ahli bait.. dan bagaimana
ahli bait diusir dari kota mekah..banjir besar dimekah setelah bermandi darah..

Tulis Komen

43. 43

PeneRockers April 16th, 2008 at 5:54 pm

Mungkin melayu ni malas membaca sebab itu kita mempunyai pemikiran yang
sempit terhadap cemuhan orang asing terhadap agama suci kita ini. Moga
dengan blog ustaz ini dapat menyemarakkan lagi semangat membaca teruama
dalam kalangan golongan belia seperti saya.

Tulis Komen

44. 44

annur1911 April 16th, 2008 at 6:24 pm

Assalamua’laikum ustaz,

Puas! itulah ungkapan saya setelah membaca artikel ustaz, tapi belum
cukup.Setakat ni tak pernah missed lagi. Kebanyakan artikel ustaz MAMPU
membangkitkan semangat yang membara kepada pembaca.

Apapun ustaz, saya benar2 kaget dengan cara ustaz patahkan hujjah2 para
komentar penuh dengan gaya bahasa yang hikmah dan bijaksana.
Kan bagus kalau saya dapat lakukan macam ustaz buat.

Nak mengadap rakan sepejabat yang dah banyak berlaku kemalangan jiwa kat
depa ni. Yang belah kanan dok sebok dengan pinggan mangkuk koleksi
terbaru,baru beli.(time keje menular memang biasa). Kalau boleh satu
bangunan nak wartakan. Yang belah kiri pulak sebok dengan lawak bin
jenakanya (Yang tak lawak mana kalau didengar). Menempik dengan kuat tak
kira baru atau lama itulah tradisi kehebatan diorang kat sini. Buat ketupat
bla,bla.. masa breakfast, lunch itulah santapan rohani. Yang belakang sama gak
join pinggan mangkuk yang bagai nak rak lagaknya. Saya kat tengah2 ni join
ustaz. Ceh, cam bagus jer bunyik. Tapi itu realiti. Sehari, seminggu, sebulan
sampai dah bertahun saya kat sini depe sama ler cam gitu jugak. Kadang tu
sampai jammed kepala dibuatnya. Yang depan tok sah cerita lah, memang
bagus abis (pendiam sangat). Dia la ni pun dah join ustaz.. start saya kenalkan
saifulislam kat dia, cuma dia kata kadang2 malas sikit nak kene baca banyak.
Saya kata kat dia ” try bagi peluang kat diri coz kat situ ade kebenaran”. So far
la ni dia dah ketagih nak baca artikel ustaz. Yang lain tu saya kene email kat
diorang mana yang power2 abis tuh, siap besarkan font lagi sampai 20 (dengan
harapan ade la yang baca ndaknya). Memang mesej ustaz benar2 sampai kat
diorang. Paginya macam ade malaikat lalu, tengahari macam kenduri arwah
pulak, bahasa pun dah nampak molek sikit.

Tapi ustaz… 3 hari jer tahan mesej tu kat diorang pastu back to normal. Paling
nampak perubahan lepas bagi diorang ” Tidak Bersih Islam dengan Kotor
Muslim”. Mungkin kena batang hidung kut, atau mungkin juga kerna isinya yang
padat, mudah dfahami dan bersahaja. Sesuai sangat untuk diorang yang malas
nak membaca, jauh sekali nak berlama2 dalam berfikir.
Sebenarnya,

Maafkan saya ustaz, merepek sikit. lari gak tajuk ngan topik kat atas serta
menggunakan bahasa rojak buah jambu, mangga + pisang kelat. Walaupun tau
ustaz tidak sukakannya.(dgn harapan ustaz dapat membayangkan itulah realiti
kondisi tempat saya bekerja. ILUSI BELAKA!)

Tulis Komen

45. 45

mamat April 19th, 2008 at 1:49 am

saya fikir jalan sebaik membuat manusia mencari dan merasakan perlu tuhan
yang maha berkuasa ialah dengan mengadakan or engineered ‘kesusahan’
dalam liku hidup depa

agaknya itu ler sebab kita di tuntut berpuasa setiap bulan ramadhan

kita di tuntut bersederhana, humble, jimat jangan bazir..apa pun pendek kata
pada saya yang penting perlu beri kesusahan tu pada roh dan jasad supaya
manusia tu ‘berfikir’

i think ibu bapa perlu faham maksud saya tu.

kita bukan menyusahkan untuk depa btui susah tapi kita menyusahkan untuk
nanti depa senang

so virtue macam SABAR tu pada saya ibu bapa kene instill pada anak2 sejak
kecik, the rationale kenapa kene sabar, kene susah, apa erti ujian hidup so
individu itu ‘tidak putus’ hubungan dia dengan tuhan di samping hubungan dia
dengan manusia lain

quran tu pada saya buku sosialisma terbaik.

saya cuma kembangkan dari tulisan ostad saja , meneliti dari sudut lain, apa
ostad tulis tu bahkan semuanya saya setuju.

berkenaan melayu malas fikir dulu dan kini semuanya tu pada saya kita kene
tenguk apa itu CONTEXT.

kita tahu di dunia ni kita tertakluk pada time and space. Yakni masa or era
serta geografi tertentu

so ada kala malas fikir tu bagus tapi ada kala merugikan


lagi satu kalau kita dapat khalifah macam sahabat besar tu MASAKINI or ketua
yang akhlak macam sahabat besar nabi, maka pengikut tak perlu fikir susah2,
taat Allah taat rasul dan taat ulul amri di kalangan kamu..btui kan?

tapi kalau era dan keadaan tempat tu muncul ketua zalim, ketua akhlak
berlawanan macam akhlak nabi dan kita tetap malas fikir, ni nama dia korek
kuboq sendiri lah..kan?

so last2 mende tu balik pada diri kita sendiri , macam rene descartes ceritakan
dan ostad dok tulis tuh.

wasalam

Tulis Komen

46. 46

Pak Din May 7th, 2008 at 11:49 am

Satu artikel yang membuatkan saya berazam menukar kopi kepada ekspresso …
kalau tidak kerana kesempatan atau kesempitan.

Terima kasih Ustaz.

Tulis Komen

Pak Din reply on May 8th, 2008 7:00 am:

Salam Shila
Banyak lagi ke kajian yang perlu dibuat tu? Bukan secawan, seteko pun
mungkin, cuma …. Kehidupan mesti ada up down, untuk memastikan kita
merasa semua warna emosi yang menghasilkan keputusan berbeza.
Best tak format baru Ustaz ni? Susah payah Ustaz mengadakannya, kalau tak
dimanfaatkan, tak bersyukur namanya? Senang buat pembetulan. Terima kasih
Ustaz.
Belum sempat nak browse your comments. Permata sedang menghampiri 500.

Tulis Komen

Pak Din reply on May 8th, 2008 11:37 am:


Allah dan Emak, tolong saya.
Baru ternampak tersilap mengukir nama … Maaf Dr Shiha.

Tulis Komen

shiha reply on May 10th, 2008 6:26 pm:

Shila, Shima, Shina, Shiha… semua saya dah merasa.. apalah ada pada nama..
orangnya tetap yg sama :]

Tulis Komen

47. 47

Abu Saif May 7th, 2008 at 12:40 pm

Masya Allah..

Pak Din tengah seronok meneroka sistem baru ni…

Alhamdulillah seronok melihat komen Pak Din semakin bertambah semula.

Tulis Komen

48. 54

kasehsejati March 22nd, 2009 at 4:32 pm

salam…

satu masa dulu..ustaz pernah kata dalam banyak kata2 tu ada la terletak satu
kata-kata yang sangat bermakna…jalan hanya boleh ditunjuk,nak ikut atau tak
terpulang pada diri sendiri…ayat power nih!

dalam mencari Tuhan…ce citer cikit..di mana Tuhan yang disebut2 nih!
Siapa kita yang sebenarnya…
mcmmana kita nak tahu kita dah jumpa tuhan yang sebenar ke blom?

Tulis Komen

49. 55

awnur March 22nd, 2009 at 5:24 pm


aduhai sungguh apa yg aku terfikir selama ini, maka aku ingin mengenali
Tuhanku, maka aku menemui Islam

Tulis Komen

50. 56

awnur March 22nd, 2009 at 5:27 pm

kalau kita tgk apa yg teleskop Hubble dah lihat di angkasa sana, sedarlah kita
ni satu ‘dot’ yg amat infiniti kecilnya. jadi tidak perlu tuhan ini semacam satu
‘dot’ ini menyombong kpd yg mencipta dan menyayangi ‘dot’ ini

You might also like