P. 1
pendidikan inklusif

pendidikan inklusif

|Views: 244|Likes:
Published by Wing Aau Ty

More info:

Published by: Wing Aau Ty on Apr 15, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/07/2015

pdf

text

original

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS 1.

0 PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran untuk membantu murid-murid bermasalah pendengaran menerima pendidikan dengan selesa dan sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka boleh mengikuti program ini di sekolah-sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Pembelajaran. Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

2.0

TUJUAN KERTAS

Untuk mendapatkan kelulusan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia. 3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyebarluaskan maklumat garis panduan peranan guru pendidikan khas (guru pembimbing). kepada pihak pentadbir 3.2 Panduan umum mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif untuk dipatuhi semua pengetua, guru besar dan guru. 3.3 Memberi kefahaman yang jelas, tepat dan bersistematik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepada semua warga pendidik. 3.4 Pihak sekolah boleh menyesuaikan panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru dan sekolah masing-masing. 3.5 Sebagai satu garis panduan yang standard digunapakai di seluruh negara.

3.6 Mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbir, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas.

5.0 5.0 RASIONAL Dengan adanya garis panduan ini. Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah Guru Pendidikan Khas yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif. 5. yang membantu P&P di program pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah.3 Guru pendidikan khas (guru pembimbing).1 DEFINISI Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas. pengendalian Program Pendidikan Inklusif dapat diselaras dan diseragamkan diseluruh negara. .4 Bilik Resos Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. 5. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.5 Jumlah Waktu Guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.1 Inklusif Penuh Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).4. 5. 5.2 Program Pendidikan Inklusif Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa.2. mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.2.2 Inklusif Separa Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

” Untuk memenuhi keperluan individu. dan b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat. program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Usaha ini bertujuan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan kerja.3 Memartabatkan Profesion Keguruan Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. 6. berfungsi dan terkini perlu disediakan oleh KPM ditambah pula nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yand ada pada program pendidkan khas integrasi tersebut. mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. Falsafah Pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti pelajar bekeperluan khas supaya menjadi tanda aras kepada di negara maju.1 Kesamarataan Pendidikan Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996. yang menyatakan “guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran. Untuk tujuan itu.2 Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara Bangsa Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematik untuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan.0 ASAS PERTIMBANGAN Keperluan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolahsekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi berasaskan kepada beberapa faktor : 6.6. 6. sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: “Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan. penyediaan prasarana yang lengkap. masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti. Cabaran KPM untuk memastikan guru di SBK terdiri daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan .

v. Peringkat 3 Murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan di ii. iii. Semua murid pendidikan khas pendengaran akan memulakan sesi persekolah mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula pada bulan Januari.mampu membawa kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas pendengaran ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI). Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.1 a) Prosedur Penempatan Peringkat 1 i. iii. c) i. Semua murid pendidikan khas pendengaran yang lulus ini dalam UP1 mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun. 7.1. ii. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan ke PPKI . iv. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2. akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI. Murid pendidikan khas pendengaran akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2. Senarai pendek murid pendidikan khas pendengaran yang lulus dalam UP1 akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. b) Peringkat 2 i. atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun akan disenaraipendekkan ke Mesyauarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI. . Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang belum layak ke PPI. ii. PPKI.

Dedikasi dan komitmen yang tinggi. c) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. Gunakan BBM yang sesuai. menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif a) b) c) d) e) Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian.2.1. Layanan dan bimbingan yang adil.1.7. . Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran. e) Mengenal pasti. keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras. g) Memberi penekanan.3 Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing). 7.2 Guru pendidikan khas (guru pembimbing). b) Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan. f) Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu.2 a) b) c) d) Syarat-syarat ke Program Pendidikan Inklusif Tidak melebihi 2 tahun umur kronologi Boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dalam aliran perdana Tidak mempunyai pelbagai kecacatan Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya 7. h) Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan.1 Pengajaran dan Pembelajaran a) Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. d) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif. Murid Bermasalah Pendengaran 7.

c) Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai.5 Peranan Pengetua/Guru Besar Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna. b) Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. e) Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat. boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan. adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. 7. c) d) Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. Memastikan semua murid memakai Alat Bantu Dengar.i) Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. (a) Mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah .4 Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan a) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran.3 Pengurusan a) b) Menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik. 7. l) Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian. e) Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran. 7. d) Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan. k) Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). j) Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing).

melaksanakan senarai tugas serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaranmatapelajaran teras.En Azalan bin Afendi 4. kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Nasardin bin Saidon 3. (f) Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan. Ia juga dapat mengembangkan potensi murid pendidikan khas bermasalah pendengaran ke arah kecemerlangan pendidikan khas.0 PENUTUP Ahli mesyuarat adalah dimaklumkan akan konsep Program Pendidikan Inklusif di sekolah sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi. hendaklah membimbing murid khas mengikut matapelajaran tertentu. (c) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). (d) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing).En Mohd. Disediakan oleh: 1.0 RUMUSAN Cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini perlu diperkenalkan dalam latihan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk membolehkan guru-guru memahami dan mengenalpasti bidang tugas masing-masing.En Mohd Rafi bin Abd Latif 5. (e) Guru pendidikan khas (guru pembimbing). menumpukan segala tenaga.(b) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). (g) Membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif. 10.0 SYOR Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi 9.En Mohd. yang dilantik adalah terdiri daripada personalia terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran.Parawes bin Abdullah 2. 8.Hj Tajul Ariffin bin Lope Abdul Rahman .

En Iskandar bin Muriani 8.Hj Abdul Ghapur bin Sukimi 7.En Hishammudin bin Ahmad .6.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->