You are on page 1of 8

SEJARAH BOLA BALING

Bola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah
diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czhoslovakia,
Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telah
diasaskan oleh Heizer di Jerman.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan
satu jawatankuasa khas untuk menyelaras permainan ini. Pada tahun ini juga,
Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge
di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya
dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Pada tahun 1946,
(IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF).

Negara-negara yang menguasai permainan bola baling ini adalah Jerman, Yugoslavia,
Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan juga Poland. Di Asia pula ialah Jepun,
China dan Korea adalah antara negara yang terkuat.

Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu,
Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia
di Tehran. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.

PERMAINAN BOLA BALING DI MALAYSIA

Permainan Bola Baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula
diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik
Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11
September 1985. Pada tahun 1986, persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan
Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah
Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling
Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil
bahagian.

Mulai tahun 1987, permainan Bola Baling telah diterima sebagai satu permainan yang
dipertandingkan kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks
TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986
untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di
maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum
pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-
maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.

PERALATAN DAN GELANGGANG

Permainan bola baling mempunyai beberapa peralatan tersendiri daripada kebanyakan


sukan-sukan lain. Peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan
jenis permainan. Bola baling dimainkan di dalam dewan atau kawasan yang tertutup.
Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang dalam satu
pasukan. Permainan bola baling hanya sekadar memerlukan sebuah padang atau
gelanggang yang dipasang gol pada kedua-dua hujung padang.
Padang atau Gelanggang

• Mestilah mempunyai permukaan yang rata


• Padang berumput / gelanggang bersimen seperti di dalam dewan
• Padang hendaklah berbentuk segiempat.
• Panjangnya 40 meter dan 20 meter lebar
• Keluasannya adalah dua kali lebih kecil daripada padang bola sepak
• Tiang gol didirikan di dalam kawasan gol yang panjangnya enam metar daripada
tepi tiang gol dan tujuh meter daripada garisan penjaga gol

Bola
• Bola yang digunakan ialah lebih kecil daripada bola sepak atau bola jaring
• Bola berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah yang diwarnakan
• Ketagori bola :

CARA BERMAIN BOLA BALING

Permainan bola baling adalah sejenis permainan berpasukan. Ia terdiri daripada


tujuh orang untuk satu pasukan dan dimainkan di atas padang atau gelanggang
tertutup. Sesebuah pasukan dikehendaki mendaftar 12 orang pemain untuk satu
perlawanan. Sebelum bermain, setiap pasukan hendaklah memastikan perkara-perkara
berikut

a) Memakai pakaian jersi bernombor


b) Berpakaian lengkap yang sesuai dengan permainan
c) Para pemain mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal
d) Bermain mengikut undang-undang yang ditetapkan

Memulakan Permainan

• Sebelum permainan, kedua-dua pasukan perlu memastikan tujuh orang pemain


yang akan bermain pada permulaan permainan.

• Pada peringkat permulaan permainan, sekurang-kurangnya lima orang pemain


hendaklah berada di dalam padang. Undian akan dijalankan bagi menentukan giliran
memulakan permainan.

• Sebelum permainan semua pemain dikehendaki berada di posisi masing-masing.


Lontaran pertama dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel.

• Pemain tidak dibenarkan menjaringkan gol selepas lontaran yang pertama.


Sekiranya gol, gol itu tidak akan dikira.

Masa Permainan
Biasanya sesuatu perlawanan diadakan dalam dua tempoh di mana setiap satu selama
30 minit dan 10 minit masa rehat seperti berikut :

• Pemain bola baling hendaklah terdiri daripada lelaki dan wanita yang berumur
18 tahun ke atas. Masa permainan 30 minit dan 10 minit rehat.
• Bagi pemain lelaki dan wanita mengikut peringkat umur ialah masa permainan
selama 20 minit dan setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat.
• Pasa peringkat MSSM, tempoh permainan bergantung kepada umur.

Masa diberikan kepada pemain yang membuat lontaran penalti atau lontaran percuma.
Kedua pasukan akan bertukar kawasan permainan bagi separuh masa kedua. Permainan
biasanya berakhir dengan kemenangan atau kekalahan kepada salah satu pasukan. Ada
juga perlawanan yang berakhir seri. Kadang kalamasa tambahan lima minit bagi
setiap separuh masa diberikan.

Dalam permainan bola baling, pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling,


melantun dan memukul bola dengan menggunakan tangan, kepala, paha dan lutut.
Pemain dibenarkan memegang bola tidak lebih dari tiga saat. Pemain juga dibenarkan
melantun bola serta menangkap bola itu semula semasa dalam kedudukan berlari atau
berdiri.

Pemain bola baling dibenarkan :


• Menghentikan, menangkap, melontar, memukul bola dengan sebarang cara
• Memegang bola tidak melebihi tiga saat
• Memindahkan bola dari tangan ke tangan
• Menghantar bola dalam sebarang keadaan

Membuat Jaringan Gol


• Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan gol
pasukan lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol
• Pengadil akan meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan
• Biasanya gol diperoleh menerusi permain daripada pasukan yang membuat
jaringan

Balingan Bola ke Dalam


• Balingan hanya dibenarkan ke dalam apabila seluruh bahagian bola telah
melepasi bahagian garisan tepi
• Pasukan yang tidak melakukan kesalahan sehingga bola terkeluar gelanggang
diberi peluang melakukan balingan
• Balingan dilakukan ditempat bola telah terkeluar, tetapi di penjuru
gelanggang atau kawasan perminan.

Balingan Gol
Balingan gol dilakukan apabila bola telah melepasi garisan gol oleh pasukan
lawan. Balingan gol dilakukan sendiri oleh penjaga gol atau pasukan pertahanan.
Penjaga gol akan membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol. Penjaga gol tidak
dibenarkan membuat jaringan daripada lontaran atau balingan gol.

Balingan Percuma
Balingan percuma diberikan kepada pasukan lawan kerana melakukan kesalahan-
kesalahan berikut :

• Memasuki/meninggalkan gelanggang secara tidak sah


• Memainkan bola tanpa mengikut undang-undang permainan
• Melakukan halangan terhadap pemain lawan secara sengaja
• Memainkan bola secara sengaja supaya bola melepasi garisan gol
• Kelakuan yang tidak sopan
• Melakukan kesalahan semasa membuat balingan

Balingan percuma hendaklah dilakukan dengan segera dari tempat berlakunya


kesalahan itu. Pemain tidak boleh melepasi garisan 9 meter sehingga balingan
dibuat. Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang daripada tiga meter daripada
pemain yang melakukan balingan percuma.

Melakukan Balingan Penalti


Balingan penalti dilakukan setelah berlakunya perkara yang berikut :
• Bermain dalam keadaan merbahaya
• Menghalang pemain lawan dari menjaringkan gol
• Pemain memasuki kawasan golnya dengan sengaja untuk bertahan
• Pemain memberikan bola kepada penjaga gol dengan sengaja
• Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan golnya atau keluar dari
kawasan golnya
• Melakukan kesilapan dengan pertukaran penjaga gol

Setiap balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil
meniupkan wisel. Penjaga gol hendaklah bergerak ke kawasan golnya tetapi hendaklah
berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pemain yang akan melakukan balingan.
Pemain lawan hendaklah berada di luar garisan 9 meter dan pemain-pemain pasukan
bertahan hendaklah berada tiga meter.

TEKNIK MENGHANTAR DAN MENANGKAP BOLA


Empat prinsip hantaran seperti berikut :

• KETEPATAN
Kebolehan pemain membuat hantaran hendaklah menepati arah dan destinasi yang
dituju

• KETEPATAN MASA
Pemain berkebolehan membuat penentuan berkenaan ketika atau masa tepat dan terbaik
untuk membuat hantaran walau dalam pelbagai situasi

• SUDUT HANTARAN
Pemain berkebolehan menentukan dari mana hantaran perlu dibuat bagi memudahkan
serta membolehkan rakan menangkapnya dengan selesa

• MEMBUAT PERTIMBANGAN
Pemain menentukan keadaan bola dan kemudiannya menentukan bagaimana membuat
hantaran dalam keadaan tertentu mengikut jarak dan kedudukan rakan

PRINSIP ASAS MEMBUAT LONTARAN

HANTARAN ARAS BAHU


Prinsip hantaran aras bahu :
• Bola diletakkan di tapak tangan untuk membuat hantaran
• Tangan yang akan membuat hantaran ditarik dan meninggi ke belakang
• Tangan dibengkokkan ke siku
• Salah satu kaki diletakkan ke hadapan
• Tangan yang tidak memegang bola dilintangkan manakala bahu direndahkan
sedikit semasa melakukan hantaran

HANTARAN ARAS KEPALA


• Hampir sama dengan hantaran aras bahu
• Hantaran dilakukan dengan melepasi kepala pemain yang membuat hantaran
• Hantaran ini sesuai untuk menghantar bola yang jauh dan tinggi kepada rakan

HANTARAN MELEPASI BADAN


Peraturan hantaran melepasi badan
• Pemain memegang bola pada tangan yang akan membuat hantaran
• Pemain menggerakkan bola ke sebelah serta merentasi badannya sebelum membuat
hantaran
• Pemain membuat hantaran rentas pada aras dada atau bahu dengan membawa bola
merentasi badan
• Pemain melakukan ikut lajak selepas hantaran dibuat

HANTARAN SISI
• Hantaran untuk menghantar bola merentasi padang atau gelanggang
• Hampir sama dengan hantaran lintang atau hantaran melepasi badan
• Sesuai untuk hantaran pendek yang pantas
• Selepas menangkap bola, pemain memegang bola pada kedua-dua belah tangan
lalu dibawa mengelilingi badan pada aras pinggang

HANTARAN LANTUN
• Digunakan dalam situasi tertentu
• Hantaran boleh dilakukan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan

HANTARAN ARAS DADA


• Hantaran jenis ini jarang digunakan
• Biasanya digunakan untuk membuat lontaran pendek dan pantas
HANTARAN LOMPAT
• Hantaran ini lebih merupakan ke arah gol
• Pemain perlu melompat untuk membuat jarigan dengan pergerakan segera.

HANTARAN LEPAS
• Dilakukan apabila pemain bergerak ke garisan 9 meter bagi melakukan jaringan
gol, tetapi berubah fikiran kerana mendapati rakannya berada di kedudukan yang
lebih baik untuk membuat jaringan
• Pemain tersebut akan melepaskan bola ke tanah jauh darinya untuk diambil
oleh rakannya

HANTARAN BELAKANG
• Dibuat dari belakang badan pemain
• Menggunakan sebelah tangan sahaja
• Banyak dilakukan semasa membuat serangan

HANTARAN HADAPAN
• Salah satu hantarn yang kerap digunakan
• Pemain mempunyai pilihan yang banyak untuk mengahantar bola

HANTARAN JAUH
• Dilakukan oleh penjaga gol
• Dilakukan dengan pantas

KESALAHAN UMUM SEMASA MENANGKAP BOLA

• Pemain menggunakan jejari untuk menangkap bola dan tidak tapak tangan
• Pemain menghulurkan tangannya ke hadapan yang terlalu rendah
• Pemain tidak menggunakan pergelangan tangan untuk mengawal bola
• Rakan menghantar bola terlalu tinggi
• Pemain tidak dapat mengawal langkah dan pergerakan keseluruhan badannya
SENAMAN UNTUK KECERGASAN
Terdapat beberapa jenis aktiviti senaman untuk memanaskan badan

1) Senaman menggunakan otot leher dan kepala

2) Senaman untuk menguatkan kaki, lutut dan peha

3) Senaman untuk menguatkan anggota tubuh badan dan pinggang

4) Senaman untuk menguatkan otot belakang

5) Senaman untuk menguatkan betis, kaki, pinggang dan pergelangan kaki

6) Senaman untuk mengimbangi badan, jari kaki, tangan dan bahagian lengan
7) senaman untuk menguatkan dada dan tulang belakang

8) senaman untk menguatkan anggota badan serta otot dibahagian siku dan
pergerakan badan

You might also like