You are on page 1of 4

Tazkirah Remaja:

1) Wuduk pembersih zahir batin


SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan
cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan
pembedahan plastik, asalkan cantik.

Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka
ialah cantik.

Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.

Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung
ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa
saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik.

Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik.
Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga. Kenapa?

Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek
luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty).

Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya
berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan
hingga ke akhirat.

Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari
kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk." Ini satu jaminan
kecantikan yang abadi.

'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya
peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya
bermula daripada wuduk.

Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin
seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala
kebaikan dan kebajikan.

Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan
secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu.

Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh
tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang
ikhlas sahaja. Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya.

Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih
dengan keikhlasan.

Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan
sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada
wajahnaya cahaya keikhlasan.

Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat. Malaikat sebagaimana yang
kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor.

Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah
sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi
terdorong melakukan kebaikan.

Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan. Sebab itulah orang berwuduk terpancar
kebersihan dan cahaya dari wajahnya.

Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak
akan terserlah kecantikan.

Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu
hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada
kesetiaan dan integriti.
2) Beribadat tanda syukur kepada Allah
KETIKA Rasulullah s.a.w mengembala kambing, tidak jauh darinya ada sekumpulan remaja
sedang lepak, berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah:

“Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana tu?”

Rasulullah dengan tegas menjawab: “Saya diciptakan bukan untuk itu.”

Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan, malah
kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan itu yang merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat
kepada Allah.

Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa menunaikan solat. Mereka yang bermain bola
pada waktu petang di padang tidak malu lagi dengan azan yang berkumandang. Sudahlah
dengar azan, padang bola pula bersebelahan dengan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing, lembu pun sudah balik ke kandang tapi sesetengah kita
kadangkala masih asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang
Nabi.

Waktu bekerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi
sayang waktu ibadat tidak dimasukkan di dalam jadual.

Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat? Sibuk. Kalau sempat buatlah,
kalau tidak sempat qada saja.

Dalam ruangan kali ini, saya hendak mengajak adik remaja memahami kenapa dan alasan
kenapa kita mesti beribadat.

Di sana ada enam alasan kenapa kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita
memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk
pun kita.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah
dalam al-Quran (Qs 51:56) yang bermaksud: “Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan
supaya beribadat kepadaku.”

Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadat lebih utama lagi.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu
banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma
pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.

Bil elektrik hujung bulan, bil telefon dan jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung
percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil,
tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat ini matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah (QS 7;172)
mengingatkan kita maksudnya: “... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu.
Mereka menjawab bahkan betul.”

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak
manusia menyembah Allah dan menjauhkan thaghut (kejahatan). Jika Nabi yang sangat rapat
dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apa lagi kita.

Firman Allah (QS 16: 36) bermaksud: “...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu
rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.”

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling
berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja
lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan
menanti kita di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran
menyebut bagaimana orang yang mengikut Nabi membuat pengakuan.
Ini terbukti dalam firman Allah (QS 6:15) maksudnya: “Sesungguhnya aku amat takut
kepada azab hari kiamat jika menderhakai Tuhan.”
3) 6 akibat buruk makan berlebihan
MANUSIA perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak
digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan
menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu
terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.

Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan
menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

Menimbulkan banyak penyakit.

Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh
daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”

You might also like