You are on page 1of 10

Kesan Pengaplikasian Teknologi dalam Pendidikan

Lee Cheau Yih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan Kepujian Universiti Utara Malaysia clcy2903@gmail.com 1.0 Pengenalan Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya. Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan ICT, pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengambil langkah awal dengan memperkenalkan pelbagai program seawal sekolah rendah dalam usaha untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan ICT di kalangan generasi muda. Maka dengan itu, wujudlah istilah pendidikan dan teknologi pendidikan dan komunikasi yang sering dilaungkan-laungkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan oleh kemajuan ICT yang memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertimbangkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke-21. Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun penggunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.

2.0 Kesan Pengaplikasian ICT dalam Pendidikan

2.1 Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat meningkatkan produktiviti profesion keguruan dan membantu guru dalam meningkatkan kualiti dalam pengurusan dan pentadbiran. Selain itu, ia dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Contohnya, guru membuat blog sendiri untuk memudahkan pengajaran. Guru dan pelajar boleh menggunakan email untuk berinteraksi. Contohnya, soal jawab melalui email walaupun berada di luar waktu kelas. Tujuan: 1. Komputer literasi

Pelajar dapat menggunakan komputer dengan betul. Contohnya, pelajar tahu namanama komponen komputer dan fungsi- fungsinya. Pelajar boleh membuat tugasan dengan menggunakan program di dalam komputer. Contohnya, dengan menggunakan PowerPoint. Pelajar akan tahu menggunakan tulisan jawi dan software al-Quran dalam membuat tugasan. 2. Pembelajaran melalui komputer

Pelajar dapat mencari maklumat tentang subjek pendidikan Islam. Contohnya, mencari gambar-gambar bangunan yang bersejarah dalam tamadun Islam. Boleh melatih pelajar untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Contohnya, pelajar tahu cari bahan dengan enjin menggelintar. Pelajar boleh memuat turun nota-nota atau latihan untuk subjek pendidikan Islam. Contohnya, melalui e-learning. 3. Komputer sebagai alat pembelajaran

Pelajar dapat belajar menggunakan modul berbentuk softcopy yang disediakan oleh guru. Contohnya, memperdengarkan rakaman bacaan al-Quran mengikut tajwid yang betul. Dapat merangsang minat pelajar untuk belajar . Contohnya, belajar dengan komputer, guru boleh memaparkan gambar yang menarik. Pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran dengan menggunakan komputer. Contohnya, dengan teka silang kata, atau permainan lain yang disediakan oleh guru.

Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan

pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senang menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993). Cabarancabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.

2.1 Kesan Penggunaan Internet dalam Pendidikan Dalam satu kajian lain menunjukkan proses pembelajaran berasaskan laman web dapat mengurangkan sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut (Hannaford 1993). Dapatan kajian mendapati: Pelajar mengambil masa yang kurang untuk mempelajari sesuatu. Menambahkan tumpuan perhatian kepada tugas dan motivasi. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap penggunaan komputer di kelas. Komputer tidak menyekat kreativiti pelajar. Faedah penggunaan komputer bergantung kepada persekitaran dan cara komputer digunakan. vi. Komputer berjaya mengajar pelajar yang terdahulunya tidak boleh diajar dan tidak berminat untuk belajar. 2.2 Kesan pembelajaran berbantukan komputer i. ii. iii. iv. v.

Kajiankajian yang dijalankan Atkinson (1984); Burns dan Bozeman (1981); Forman (1982) ; Hartley (1978); Kearsley, Hunter dan Seidel (1983); Kulik et al. (1984); Niemiec and Walberg (1984); dan Visonhaler dan Bass (1972) terhadap pembelajaran berbantu komputer mendapati keputusan seperti berikut : Pencapaian pelajar mungkin meningkat, tetapi yang pasti ia dapat mempertingkatkan keberkesanan tutorial individu. ii. Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan memuaskan. iii. Pelajar yang memiliki sikap positif terhadap subjek yang diajar melalui kekerapan kehadiran, lebih menumpukan perhatian dan menambah motivasi. iv. Memberikan kekuatan kepada pembelajaran subjek sejarah dan subjek yang memerlukan fakta. v. Program yang digunakan dalam proses pembelajaran amat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam proses pembelajaran. Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000). Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah Bestari pada awal 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (Rohani 1999; Ab. Rahim 2000). Ciri utama dalam kaedah ini ialah pelajar membina pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara aktif manakala guru pula lebih berperanan sebagai pemudah cara. Kebaikan Sebagai induksi set guru berbincang dengan pelajar untuk mendapatkan maklum balas tentang pengalaman pelajar dalam penggunaan komputer dan mengaitkan dengan pengajaran hari itu. Langkah ini penting kerana prinsip utama dalam pengajaran kontruktivisme adalah mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman yang dialami oleh pelajar. Dalam era globalisasi, institusi sekolah dan universiti dituntut mengeluarkan pelajar yang berfikir, berkemahiran dan menguasai ilmu pengetahuan. Kaedah ini dianggap lebih berkesan kerana ia dapat mempromosikan pembelajaran aktif di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar di bidang komputer (Sauder et al. 2000) . Selain berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran, pelajar didapati menggunakan pemikiran pada aras tinggi, tidak hanya menghafal fakta-fakta sahaja, bekerjasama antara satu sama lain semasa menyelesaikan masalah dan seterusnya lebih berdikari dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Dari segi teorinya pelajar yang belajar menggunakan pendekatan ini memang aktif membina pengetahuan dengan berbincang sesama sendiri. Guru pula berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara pembelajaran.
4

i.

Keburukan ia memerlukan masa yang panjang untuk pelajar menyiapkan tugasan dan perbincangan. Secara tidak langsung, sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Pendekatan ini memerlukan penjadualan waktu belajar yang tersusun dan jadual waktu yang anjal (Moursund 2003). Justeru untuk melaksanakan pendekatan ini, sekolah perlu melaksanakan jadual waktu anjal itu. Memandangkan pelajar mempunyai cara tersendiri untuk belajar, pemahaman tentang isi pengajaran yang disampaikan guru juga adalah berbeza dan kadangkala di kalangan mereka berlaku pemahaman konsep yang salah. Suasana kelas ada kalanya kelihatan lebih bising daripada biasa kerana para pelajar berbincang dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Begitu juga apabila pelajar diminta bekerja secara berkumpulan, ia akan memakan banyak masa dan mereka mungkin membuat kesilapan sebelum berjaya mencari penyelesaian yang baik untuk sesuatu masalah (Herr 1992; Smerdon et al. 1999). Dengan itu, sekolah harus berani mencubanya sekurang-kurang untuk mempertimbangkannya sebagai satu kaedah alternatif yang boleh digunakan. Banyak cabaran perlu dilaksanakan untuk menjayakan pembaharuan ini. Antaranya ialah guru perlu sentiasa berusaha untuk memajukan diri, sentiasa membuat refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan pelajar untuk lebih berdikari, dan menerapkan semangat kerjasama dan kolaboratif dalam kelas. Guru bersama-sama dengan pelajar mestilah memupuk pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan pembinaan pemikiran kritis dan kemahiran teknologi sentiasa disepadukan. Kesan Penggunaan ICT dalam Pendidikan Dari Aspek Psikologi Pengenalan sistem P&P berasaskan Web-WebQuest ini mengaplikasikan unsur-unsur hypermedia seperti animasi, bunyi, grafik, hiperteks, dan warna yang menjadikan persembahan sistem lebih menarik. Dari segi aspek psikologi, pelajar akan berasa seronok sepanjang proses P&P. Hasil kajian ini juga mendapati sistem P&P Berasaskan WebWebQuest ini juga dikatakan mesra pengguna kerana ia mempunyai butang-butang kawalan yang memudahkan navigasi. Di samping itu, penggunaan butang back dan hiperteks juga disediakan untuk memudahkan pengguna ke mana sahaja mengikut kehendak mereka. Hasil kajian ini disokong oleh Saunders (2003) yang mendapati pendekatan P&P berasaskan web ini mesra pengguna dan mampu menarik minat pelajar kerana web memenuhi keperluan sumber pembelajaran. Selain dari itu, responden juga menyatakan persembahan keseluruhan WebQuest ini adalah sesuai dan menarik untuk P&P mata pelajaran ICT. Dalam sistem P&P berasaskan Web-Quest ini mempunyai beberapa keistimewaan yang pada kebiasaannya jarang diaplikasikan oleh P&P berasaskan web lain. Contohnya untuk menimbulkan minat dan keseronokan pelajar, bahagian pengenalan boleh mewujudkan suatu situasi yang mengarahkan pelajar menyempurnakan suatu misi. Sebagai pengukuhan,

ada latihan tambahan yang disediakan dalam bahagian tugasan. Bagi bahagian tugasan telah disediakan fail PDF yang memudahkan pengguna mencetak latihan atau bahan-bahan yang perlu dicetak. Sebagai bantuan, setiap langkah untuk membuat tugasan disenaraikan dalam bahagian prosedur. Kesemua aplikasi yang terdapat dalam WebQuest yang dibangunkan dapat menarik minat pelajar terhadap bahan pengajaran yang dipersembahkan. Dapatan kajian ini sangat selari dengan hasil kajian Rhynard (2002). Dengan semua aplikasi yang terdapat dalam WebQuest, beliau telah menamakan WebQuest sebagai satu aktiviti bimbingan penyelidikan. Selain dari itu, Weller & Chiavacci (1999) dalam penyelidikan mereka ada melaporkan dengan adanya peringkat Proses dan Penilaian, para pelajar akan membuat tugasan mereka dengan langkah demi langkah dan akhirnya objektif tercapai. Implikasi Penggunaan Teknologi Terhadap Guru Dan Pelajar Dari Aspek Psikologi pengenalan ICT dalam pendidikan mendorong guru bersikap positif agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancer. Ini kerana seorang guru yang bersikap positif boleh mendorong pembelajaran dan member keyakinan pada seseorang pelajar guru menggunakan computer untuk menghasilkan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menguruskan pelajar dengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar. Selain itu, pengenalan ICT dalam pendidikan juga mengakibatkan guru harus menyemai keyakinan diri terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesan penggunaan ICT dalam pendidikan dari segi psikologi adalah dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Contohnya, proses peniruan secara tidak langsung pelajar boleh berlaku melalui gambar yang dilihat, filem, video dan sebagainya. Pelajar mudah terpengaruh untuk meniru aksi-aksi yang dipaparkan atau ditunjukkan di video dan sebagainya. Ciri-ciri yang diperhatikan dari gambar dan video akan disimpan dalam bentuk imej dan dikodkan ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam otak mereka. Dengan ini, pelajar dapat mengingat sesuatu subjek yang diterangkan oleh guru dengan lebih terperinci dan mendalam. Di samping itu, kesan penggunaan ICT dalam pendidikan dari segi psikologi adalah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Justeru itu dapat merangsang minat pelajar dan mereka tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya dan keunikan persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Dengan ini, guru dapat beri rangsangan pelbagai bentuk sumber pengajaran dan pembelajaran serta suasana pembelajaran yang kondusif. Fenomena ini seiring dengan teori Edward L. Thornardike yang mengatakan pembelajaran berlaku hasil gabungan antara S-R,
6

iaitu ransangan dan gerak balas. Suasana dan persekitaran kelas yang kondusif akan menggalakkan perasaan ingin tahu pelajar dan seterusnya meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk mengikuti pengajaran guru dengan baik. Selain itu, manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT, pelajar dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui penggunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka pelajar akan lebih memahami setiap apa yang diajar kerana diberi gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT. Dengan cara ini, dapat memberi peluang kepada pelajar yang cepat atau lambat mencapai objektif pengajaran. Seterusnya, kesan penggunaan ICT dalam pendidikan dari segi psikologi adalah dapat memberi peluang kepada pelajar menggunakan kesemua pancaindera semasa proses pembelajaran berlaku. Terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan pelajar. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ini bermakna aktivitiaktiviti pengajaran bagi pelajar yang suka secara abstrak adalah mudah tetapi bagi pelajar yang belajar secara konkrit mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep dan prinsip sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi dan rajah. Penggunaan ICT dalam pembelajaran tutorial iaitu merangkumi pembelajaran ekspositori dimana guru menyampaikan maklumat kepada pelajar yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang juga dikawal oleh sistem. Tambahan pula, kesan penggunaan ICT adalah dapat membolehkan pelajar mudah berkomunikasi dengan guru dari lokasi yang berbeza dengan menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod. Hal ini dapat menangani masalah pelajar. Guru yang terlibat akan bersama-sama berbincang, merancang dan menjalankan aktiviti yang sesuai dengan pelajar mereka. Kerjasama ini akan memberi idea baru dan memantapkan lagi pengajaran guru. Kesan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pelajaran Kepada Pensyarah Dan Mahasiswa Di IPT Dari Aspek Psikologi Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pelajaran. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebuh mesra penggunaan di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman hadapan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajari mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinterksi dengan guru

dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrsikan ICT dapat membantu meringankan beban tugasan di kolej. Kelebihan seseorang pensyarah dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti computer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan memberi rangsangan kepada pelajar untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada pensyarah itu sendiri dalam proses pendidikan Penggunaan teknologi dalam pendidikan yang menjadikan pengajaran lebih menarik yang dapat memberi ransangan kepada pelajar adalah selaras dengan teori pelaziman Klasik Ivan Pavlov (1849-1936). Tingkah laku pelajar memberi perhatian ini akan dilazimkan iaitu pelajar akan terus memberi perhatian apabila pensyarah tersebut mengajar yang dikatakan mempengaruhi pelajar tersebut dari aspek psikologi. Pengkaji berpendapt adaptasi ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran pensyarah dapat meringankan beban tugas pensyarah yang semakin mencabar dewasa ini. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda penting yang perlu direalisasikan oleh para pensyarah selaras dengan apa yang terkandung di dalam misi reformasi pendidikan negara. Akhir kata Penggunaan teknologi dalam pendidikan telah memberi kesan positif dari aspek psikologi sama ada kepada guru atau pelajar. Antara kesan penggunaan ICT dalam pendidikan dari aspek psikologi adalah memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi pelajar dan guru, membolehkan pembelajaran bersendiri, dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Selain itu, ia juga dapat menimbulkan perasaan ingin mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar kepada pelajar, terlalu mahal, ,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar, dan mencungkil pelajar yang minat kepada teknologi mengikut berdasarkan kepada teori pelbagai kecerdasan Gardner (1983). Bibliography Fauziah Ab. Rahim, S. S. (2010). Aplikasi Psikologi Pendidikan. University Utara Malaysia. Zulkifli dan Raja Maznah. (1994). Attitudes, Knowledge and Previous Computer Experience of Teacher Trainees in The Diploma Of Education Programme. University of Malaya: Jurnal Pendidikan 161-180. Tom, G. (You Can Choose To Be Happy: "Rise Above". Anxiety, Anger and Depression). 1999. Long Beach: California State University. Yahaya, A. H. (2009). Kesediaan Guru Teknikal Terhadap Penggunaan Teknologi
8

Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di sekolah Menengah Teknik. University Teknologi Malaysia: Jabatan Asas Pendidikan. Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-Sekolah Rendah. Bintulu, Sawarak. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (1). Fauziah Binti Md. Jaafar (2009), Modul Psikologi Pendidikan GDY 2013, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Abdul Karim Abdul Majd (1996), Sukatan Pelajaran Berdasarkan Teknologi MaklumatMaklumat bagi Sekolah Bestari, Guru Malaysia, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Nombor 2. Forcier, R. C. 1999. The computer as an educational tool: Productivity and problem solving. 2nd ed. New Jersey: Merrill-Prentice Hall. Herr, N. E. 1992. A comparative analysis of the perceived influence of advanced placement and honors programs upon science instruction. Journal of Research in Science Teaching 29(5): 521-532. Maddux, C. D., Johnson, D. L. & Willis, J. W. 1997. Educational computing: Learning with tomorrows technologies. Ed. ke-2. Newmann, F. M., Marks, H. M. & Gamoran, A. 1996. Authentic pedagogy and student perfomance. American Journal of Education 104(4): 280-312.

Sumber Internet

1. http://www.slideshare.net/NEMOKUND/contoh

jurnal

psikologi

penyelidikan

pendidikan

2. http://www.scribd.com/doc/33359127/peranan-ICT-terhadap-pembangunan-akhlak-

remaja

3. http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran

4. www.scribd.com/.../PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

5. (http://journalarticle.ukm.my/197/1/1.pdf)

6. (http://Isu-Isu Pendidikan Semasa dan Terkini di Malaysia _ Semua Jadi Satu.htm) 7. (http://www.slideshare.net/fafa111283/artikel-penglibatan-pelajar-dan-ibu-bapa

10

You might also like