You are on page 1of 5

Teori Kognitif Dan Kaitannya Dengan Pembangunan Pendidikan Di Negara Kita 1.

Prasekolah Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berhadapan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau diluar jangkaan. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap pengalaman yang yang diperolehi oleh individu akan disusun dalam minda dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Skema ibarat satu garis panduan yang digunakan oleh individu-individu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Piaget telah mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu: 1. Peringkat sensorimotor(semenjak lahir 2 tahun) 2. Peringkat pra operasi(2 7 tahun) 3. Peringkat operasi konkrit(7 11 tahun) 4. Perigkat operasi formal( 11 tahun ke atas)

Pelajar Prasekolah berada di peringkat kedua, iaitu peringkat Pra Operasi(2 7 tahun). Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak dan jelas. Mereka masih belum berupaya berfikir secara rasional dan logik. Langkah kerajaan meletakkan Prasekolah dibawah salah satu sub NKRA dalam bidang pendidikan menunjukkan bahawa pendidikan Prasekolah amat perlu dititikberatkan. Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah dikeluarkan dan telah disemak semula dan dan kemudiannya diubah menjadi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pada 2010. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulumini adalah yang holistik, tidak terlalu

akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa. Langkah ini sesuai dengan kemampuan kognitif kanak-kanak Prasekolah. Menurut Piaget, pada usia ini, kanak-kanak Prasekolah lebih bersifat intuitif, iaitu iaitu pemahaman kanakkanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak dan jelas. Mereka masih belum berupaya berfikir secara rasional dan logik. Antara objektif Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) ialah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak pada usia ini juga menunjukkan sikap egosentrik iaitu mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Oleh itu, persekitaran pembelajaran yang dapat menyuburkan aktiviti pembelajaran kanak-kanak pada usia ini amatlah penting kerana mereka banyak belajar melalui pemerhatian(>>>>><<<<<).

2. Program LINUS LINUS adalah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan). Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana. Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Bagi pelajar yang mengikuti program LINUS, mereka berada pada peringkat ketiga, iaitu yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Oleh itu, program-program pemulihan seperti program LINUS ini sangat wajar dilaksanakan, kerana pada peringkat ini, pelajar sudah belajar untuk belajar menerima pendapat orang lain. Berdasarkan takrifan dari UNESCO, literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks

dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak(2010), kanak-kanak pada tahap operasi konkrit berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (Slavin, 1990). Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak belajar untuk menerima pendapat orang lain, ini bermakna, pemikiran ini memnolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran ditempatkan di kelas-kelas pemulihan dan program LINUS adalah salah satu program seumpamanya. Didalam program LINUS, pelajar-pelajar yang engikuti program LINUS diajar menggunakan bahan-bahan konkrit. Penggunaan bahan pembelajaran yang konkrit amat penting kerana pada tahap peringkat konkrit ini, kanak-kanak masih belum mampu memebuat hipotesis. Contoh bahan-bahan pembelajaran untuk program LINUS:

Mengenal nombor 11- 20

carta tingkap perkataan KV+KV

3. Program PERMATA Kurikulum PERMATA merupakan kurikulum yang diguna pakai dalam rujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari kalangan pensyarahpensyarah universiti. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pegasuhan secara holistik, di samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob et al. 2008). Kurikulum PERMATA melihat perkembangan kognitif sebagai perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia, bukan sebagai penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum PERMATA menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik.

http://unitprasekolahjpnt.blogspot.com/2010/04/ucapan-tpm-sempena-majlis-pelancaran.html

http://linusppdpendang.blogspot.com/2011/03/bahan-bantu-mengajar.html

You might also like