LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

Unit

1
LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA
HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat: i. menerangkan definisi linguistik dan cabang-cabangnya, ii. mengetahui asal perkataan linguistik, iii. mengetahui pelopor linguistik moden, dan iv. menjelaskan ilmu linguistik aliran tatabahasa transformasi generatif.

Pengenalan
Unit ini membincangkan hal tentang Linguistik dan Cabang-cabangnya yang mencakupi konsep linguistik, asal perkataan linguistik, pelopor linguistik moden, cabang-cabang linguistik serta aliran linguistik tatabahasa transformasi generatif.

Tahukah Anda Pengertian Linguistik?
Menurut Kamus Dewan (2005:945) linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. Oleh David Crystal dalam bukunya, A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (the scientific study of language).

1

LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

Tahukah Anda Asal Perkataan Linguistik?
Perkataan linguistik berasal daripada perkataan Latin, iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (langue, langage), bahasa Itali (lingua), atau bahasa Sepanyol (lengua) atau dalam bahasa Inggeris (linguistics). Perkataan linguistik dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis, iaitu linguistique. Orang yang pandai atau faham bermacam-macam bahasa asing atau ahli bahasa dipanggil linguis, dan orang yang mengetahui atau bertutur dalam dua bahasa atau banyak bahasa dikenali sebagai bilingual, atau multilingual.

Siapakah Pelopor Linguistik Moden?
Ferdinand de Saussure ialah seorang sarjana bangsa Swiss. Beliau dianggap sebagai pelopor linguistik moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi, misalnya langage, langue dan parole (Prof. Dr. J.W.M. Verhaar, 1983:1). Langage bererti bahasa pada umumnya, misalnya semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa. Langue bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu, misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau langue-langue tersendiri. Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu dan parole pula merupakan pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagai idiolek.

Kesimpulan Tentang Ilmu Linguistik
Kesimpulannya, ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu.

2

sentimen atau falsafah dan hasil kajian itu pula boleh diuji kebenarannya.2 Siapakah pelopor Linguistik Moden? Tahukah Anda Cabang-cabang Linguistik? Linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Linguistik Deskriptif (Descriptive Linguistics) Linguistik Historis (Historical Linguisticsi) Linguistik Komparatif (Comparative Linguistics) Sosiolinguistik (Sociolinguistics) Neurolinguistik (Neurolinguistics) Linguistik Am (General Linguistics) Linguistik Terapan (Applied Linguistics) Psikolinguistik (Psycholinguistics) i. 1. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh berdasarkan agak-agakan. sistem fonem. Apakah Linguistik Deskriptif? Linguistik Deskriptif ialah satu cabang linguistik yang menghuraikan satu-satu bahasa tertentu pada satu-satu masa tertentu. Misalnya. ramalan. bentuk dan sistem bahasa itu.1 Jelaskan konsep Linguistik.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu. morfem. ilmu linguistik yang 3 . misalnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan. frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. 1. kata. Kita mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan.

konsonan. bahasa Jawa. bahasa Iban. Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal. bahasa Perancis. Linguistik Deskriptif menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana sistem bahasa Melayu itu digunakan dalam bidang fonologi. iaitu seperti yang benar-benar wujud dalam bahasa itu. sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu. bahasa Tagalog mahupun bahasa Mandarin. Linguistik Deskriptif juga tidak berminat untuk mengkaji sejarah perkembangan atau pertumbuhan bahasa Melayu. frasa dan ayat bahasa Melayu.4 4 . bahasa Itali dan lain-lain. Apa yang diutamakan dalam disiplin ini ialah menghuraikan bentuk dan sistem bahasa itu secara objektif dan secara empirikal. bahasa Inggeris. perkataan. Ilmu Linguistik Deskriptif boleh digunakan untuk mengkaji dan menghuraikan secara umum sebarang bahasa di dunia. bahasa Perancis.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 menghurai atau menganalisis bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. bahasa Tamil. Linguistik Deskriptif hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu. frasa atau ayat bahasa Melayu dengan ciri-ciri dan sistem dalam bahasa Inggeris. tetapi tidak membuat perbandingan antara sistem vokal. baik bahasa Melayu. bahasa Jepun. Misalnya. sistem suku kata. Jepun atau bahasa Cina. diftong. bahasa Portugis. morfologi. perkataan. baik pada awal ataupun pada akhir satu-satu zaman itu. konsonan. suku kata.3 Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Deskriptif? Apakah yang menjadi keutamaan dalam disiplin Linguistik Deskriptif? 1. diftong. 1. bahasa Kadazan.

1. iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. bahasa Murut dan lain-lain atau membandingkan bahasa Inggeris dengan bahasa-bahasa induk Jerman yang lain seperti bahasa Belanda. Namun demikian. 5 . dialek Negeri Sembilan dan dialek Perak dengan bahasa Melayu baku. Misalnya. ahli bahasa membandingbandingkan ciri-ciri bahasa serumpun seperti membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa. Apakah Linguistik Historis? Linguistik Historis ialah satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa itu daripada sudut sejarah. bahasa Tagalog.6 Apakah yang menjadi keutamaan dalam disiplin Linguistik Historis? iii. bahasa Kadazan. Apa yang diutamakan dalam disiplin ini ialah sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 ii.5 Huraikan maksud Linguistik Historis. ada pula ahli-ahli bahasa yang turut membandingkan struktur bahasa-bahasa yang bukan daripada satu rumpun seperti membandingkan struktur frasa dan ayat bahasa Melayu dengan struktur frasa dan ayat bahasa Inggeris. 1. baik daripada segi fonologi. morfologi. Linguistik Komparatif kerap digunakan untuk membandingkan antara dialek Kedah dengan dialek Perak atau dialek Kelantan dengan dialek Terengganu atau membandingkan bidang fonologi. Lazimnya. Apakah Linguistik Komparatif? Linguistik Komparatif ialah cabang linguistik yang mengkaji bahasa secara perbandingan. Linguistik Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini atau mengkaji sejarah perkamusan bahasa Melayu atau sejarah sistem ejaan bahasa Melayu dan seumpamanya. iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa itu. morfologi dan sintaksis antara dialek-dialek seperti dialek Kedah. bahasa Iban. Perancis dan Jerman. sintaksis dan seumpamanya.

cara ia menyebutkan perkataan. huraikan Linguistik Komparatif. Daripada apa yang dicakapkan. seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya. Sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar (setting). Apakah Sosiolinguistik? Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. bagaimanakah ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu. 1981:4) dan Fishman (1968) pula menyatakan bahawa Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa. Bagaimanakah orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberikan tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri (Nik Safiah Karim. buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. ciri-ciri fungsi variasi-variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketigatiga unsur ini berinteraksi. Dengan perkataan lain. Menurut Dell Hymes (1966). tajuk perbincangan.8 Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung. fungsi sesuatu interaksi. pekerjaannya dan berbagai-bagai aspek latar 6 .7 Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Komparatif? 1.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 1. peserta (participant). iv. serta jenis-jenis perbendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang telah diterimanya. berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Bagaimanakah seseorang itu bercakap. bunyibunyi perkataan. Sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan.

9 Apakah yang anda faham tentang Sosiolinguistik? Bincangkan aspek-aspek yang boleh dikaji dalam bidang Sosiolinguistik. Sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama. “Tuan”. sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat dalam masyarakat Melayu seperti penggunaan kata ganti nama. “Encik”. “Tan Sri”. “anda”. “engkau”. panggilan dan gelaran seperti “aku”. “beta”.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 belakangnya. “Abang”. “Dato”. “Pak Cik”. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu.10 7 . “patik”. “Adik”. “Puan Sri” dan seumpamanya. 1. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian pada aspek atau topik seperti yang berikut: i) Bahasa rasmi ii) Bahasa kebangsaan iii) Pidgin iv) Kreol v) Bilingualism vi) Multilingualism vii) Dialek viii) Ideolek ix) Ragam bahasa x) Sikap terhadap bahasa xi) Sistem panggilan dalam masyarakat xii) Kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa 1. “Mak Cik”. “Puan”.

Neurolinguistik menumpukan kajian terhadap bagaimana bahasa itu diproses di dalam otak dari awal pemerolehan bahasa sampailah ke bahasa itu berkembang dalam kehidupan manusia. otak manusia mempunyai dua bahagian. Damasi H. Neurolinguistik ingin mengetahui bagaimana otak diorganisasi pada waktu mengelolakan aspek-aspek kemampuan bahasa dan perlakuan bahasa yang begitu rumit. Hemisfera kanan mempunyai fungsi mengendalikan semua fonem segmental (aspek-aspek intonasi dan prosodi) dan tona suara. Oleh sebab itulah. Teori Neurolinguistik Wernicke merupakan teori yang pertama lahir daripada beberapa kes kajian penyakit afasia. 1987 telah mengemukakan penemuan terbaharu beliau yang menunjukkan bahawa Medan Broca tidak sahaja berfungsi untuk melaksanakan proses-proses sintaksis dan produksi fonologi. Neurolinguistik mempunyai hubungan yang erat dengan afasiologi kerana kedua-dua disiplin ini sama-sama mengkaji penyakit bertutur. Dengan perkataan lain. Menurut ilmu Neurolinguistik. iaitu Medan Wernicke korteks (hemisfera kiri korteks) dan Medan Broca korteks. Medan Broca korteks menukar kalimat-kalimat yang disimpan dalam Medan Wernicke korteks kepada bentuk bunyi. Kalimat-kalimat difahami melalui Medan Wernicke belahan kiri (hemisfera kiri korteks) otak manusia. Neurolinguistik banyak mendapat manfaat daripada kerjasama antara psikologi dengan linguistik dan afasiologi pula mendapat manfaat daripada neurologi. Apakah Neurolinguistik? Neurolinguistik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal otak dan perkaitannya dengan bahasa. terutama untuk tujuan mengubatinya dan Neurolinguistik cenderung untuk mengetahui hakikat hubungan antara otak dengan bahasa demi pengubatan penyakit bertutur. hemisfera kanan berfungsi untuk komunikasi kebahasaan yang penting. diwujudkan oleh P.. Medan Broca korteks pula berfungsi melahirkan kalimat-kalimat.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 v. Menurut teori Neurolinguistik Klasik. ekspresi muka dan gerak-geri badan waktu bertutur dan makna perumpamaan serta ungkapan ideomatik juga. Afasiologi mengkaji penyakit bertutur.Wernicke. Pakar kajian neurolinguistik. Medan Wernicke mengandungi representasi ingatan perbendaharaan bentuk kata yang berfungsi mengamati dan menerima ucapan. pemahaman kalimat-kalimat terganggu apabila hemisfera kanan secara aktif terlibat dalam 8 . tetapi juga proses-proses morfologi. Neurologi mula-mula wujud pada abad ke-19. Kalimat-kalimat bahasa disimpan dan diproses di hemisfera kiri otak manusia.Broca dan C.

pendekatan-pendekatan atau model-model yang digunakan dalam kajian bahasa. teori dan kaedah kajian bahasa mengikut aliran transformasi generatif. sedangkan hemisfera kanan bertanggungjawab mengendalikan makna-makna tersirat. Maksudnya. pengubatan penyakit bertutur. muzik dan lagu. Implikasi penemuan ini sangat penting pada bidang pendidikan.11 1. Dalam Linguistik Am turut dihuraikan cara kajian bahasa dilakukan mengikut teori. Bincangkan hubungan Neurolinguistik dengan Afasiologi. kaedah dan pendekatan tradisional. proses kegiatan gestalt. ruang dan segala sesuatu yang termasuk ke dalam apa yang dulunya terkenal dengan istilah bawah sedar.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 proses kebahasaan pada waktu berkomunikasi (Mangantar Simanjuntak. inovasi dan kekaryaan (Mangantar Simanjuntak.12 Jelaskan konsep Neurolinguistik. permainan tenis. relasional. Kedua-dua hemisfera bekerjasama pada waktu berkomunikasi untuk menjamin pemahaman dan penyampaian makna yang sempurna. Kajian Neurolinguistik juga mendapati bahawa hemisfera kiri mengendalikan kata-kata yang membawa makna-makna literal (tersurat) dalam kalimat-kalimat. hemisfera kanan juga berfungsi untuk semua hal yang berkaitan dengan pembentukan idea yang bukan bahasa seperti kebolehan konstruksi. pengenalan muka dan garis gambar yang rumit. 1991:142-143). 9 . dalam Linguistik Am dibicarakan hal-hal tentang teori-teori kajian bahasa. 1991:143). kajian bahasa mengikut aliran struktur. fungsional dan seumpamanya. Di samping itu. Apakah Linguistik Am? Linguistik Am juga disebut linguistik umum merupakan ilmu linguistik yang membuat kajian atau membicarakan bahasa secara umum. pengajaran bahasa. kaedahkaedah. 1. vi. badminton.

bahasa Itali dan seumpamanya. patologi bahasa dan sebagainya. bahasa Mandarin.14 vii. sintaksis dan seumpamanya secara umum. bahasa Thai. Apakah Linguistik Terapan? Linguistik Terapan ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. kajian ditumpukan kepada perkara-perkara umum dalam bahasa secara universal.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Dalam Linguistik Am. bahasa Inggeris. pendekatan. Dengan menggunakan pengetahuan ilmu Linguistik Am. bahasa Jepun. stilistik. penulisan buku-buku teks. kaedah dan hasil kajian linguistik sangat berguna untuk diterapkan ke dalam pengajaran bahasa.13 Apakah yang dibincangkan dalam Linguistik Am? Huraikan ciri-ciri Linguistik Am bahasa Melayu.15 Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Terapan? Bagaimanakah Linguistik Terapan dapat dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa? 1. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa. Teori. ahli bahasa dapat mengkaji dan menghuraikan segala bahasa yang dituturkan oleh manusia di dunia seperti bahasa Melayu. 1. 1.16 10 . penterjemahan. sama ada pengajaran bahasa sebagai bahasa pertama ataupun sebagai bahasa kedua. deskripsi. bahasa Tamil. morfologi. bahasa Perancis. Huraian bahasa secara umum dan universal ini mencakupi bidang fonologi. 1. dalam leksikografi.

Emmon Bach dengan singkat dan tegas mengutarakan bahawa Psikolinguistik adalah satu ilmu yang meneliti bagaimana sebenarnya para pembaca/ pemakai sesuatu bahasa membentuk/ membangun atau mengerti kalimat-kalimat bahasa tersebut” (Bach. Psikolinguistik turut mengkaji perkaitan antara peranan bahasa dengan proses mengingat. 1976:220). Psikolinguistik turut meneliti aspek penguasaan bahasa kanak-kanak dan mengkaji proses akal kanakkanak dalam memahami. Psikolinguistik ialah studi atau telaah mengenai behaviour atau perilaku linguistik. 1968:6) (lihat Henry Guntur Tarigan. membuat persepsi. pemerhatian dan pembelajaran. bentuk-bentuk bahasa dan perkataan-perkataan yang digunakan oleh penutur dan hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur itu.17 Jelaskan Psikolinguistik berdasarkan definisi tokoh-tokoh bahasa. Langacker. perubahan bahasa dan hal-hal yang ada kaitannya dengan itu yang tidak begitu mudah dicapai atau didekati melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri” (Lado. Psikolinguistik menganalisis jenis-jenis. mengingat dan melahirkan kembali bentuk-bentuk bahasa dalam pertuturan. 1985:3). Robert Lado. Maksudnya. Apakah yang diteliti dalam Psikolinguistik? 1.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 viii. bahasa dalam pemakaian. Apakah Psikolinguistik? Psikolinguistik ialah cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan jiwa manusia. seorang ahli dalam bidang pengajaran bahasa mengatakan bahawa Psikolinguistik ialah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah atau studi pengetahuan bahasa.18 11 . 1. Menurut Ronald W. iaitu performansi atau perbuatan dan perlengkapan atau aparat psikologis yang bertanggungjawab atasnya” (Langacker. Disiplin ini juga memberikan perhatian terhadap pengaruh ingatan ke atas pertuturan dan kefahaman. 1964:64).

Troubetzkoy dan lain-lain.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Apakah Cabang Linguistik Lain? Terdapat juga beberapa cabang linguistik yang lain seperti Linguistik Etnografi (Ethnographic Linguistics). Linguistik Kognitif (Cognitive Linguistics). Pike. iaitu analisis bahasa yang memberi perhatian kepada pelbagai fungsi bahasa. iaitu cabang linguistik yang menggunakan teknik komputer dalam kajian bahasa dan kesusasteraan. iaitu cabang Linguistik Terapan yang mengkaji permasalahan dalam bahasa seperti cacat bahasa dan sebagainya. misalnya menerapkan teori dan dapatan kajian linguistik dalam mencari kaedah-kaedah yang efektif dalam pengajaran bahasa dan lain-lain. Linguistik Fungsional (Functional Linguistics). iaitu satu teori linguistik yang lahir sebagai satu alternatif kepada teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Linguistik Saussure 12 . telah wujud Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar). Lamb mengakui bahawa teori stratifikasi merupakan sejenis Linguistik Kognitif. baik dalam bidang bahasa ataupun di luar bidang bahasa. Linguistik Renaisans (Renaissance Linguistics). Pada tahun 1970-an. iaitu cabang kajian bahasa yang menerapkan teori dan hasil kajian bahasa dalam pengajaran. Martinet. Firth. iaitu kajian terhadap lingkungan alam dan budaya sesuatu masyarakat dan hubungannya dengan bahasa dan situasi pertuturan. Huraian tentang Linguistik Fungsional ini ada terkandung di dalam teori dan tulisan sarjana-sarjana seperti Buhler. Linguistik Pedagogi (Pedagogical Linguistics). iaitu cabang linguistik yang mengkaji persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa atau dialek-dialek untuk mencari prinsip-prinsip yang dapat diterapkan dalam pengajaran bahasa atau penterjemahan. Kajian ini juga disebut patologi bahasa. Linguistik Medis (Language Pathology). iaitu zaman sesudah linguistik abad pertengahan yang ditandai oleh perluasan kajian atau pandangan di luar bahasa Yunani dan Latin dan bahasa-bahasa Indo-Eropah dengan menambahkan beberapa konsep dan kategori baharu dalam kajian bahasa. Halliday. iaitu kajian terhadap bahasa yang menekankan hubungan antara bentuk-bentuk bahasa dengan informasi-informasi yang terdapat di dalam otak atau akal manusia. Linguistik Kontrastif (Contrastive Linguistics). iaitu kajian linguistik pada zaman Renaisans. iaitu sejenis kajian terhadap bahasa yang mempelajari ciri-ciri matematik dalam bahasa dengan menggunakan konsep-konsep statistik dan algebra. Linguistik Matematik (Mathematical Linguistics). Linguistik Komputasi (Computational Linguistics).

Cara Linguistik Sinkronis ini digunakan dalam kajian Linguistik Deskriptif. iaitu kajian bahasa yang dilakukan terhad pada satu-satu masa tertentu.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 (Saussure Linguistics) ialah istilah yang digunakan untuk kajian linguistik teori Ferdinand de Saussure. Linguistik Diakronis (Diachronic Linguistics). misanya kajian bahasa Melayu pada hari ini. 13 . medan makna dalam bidang semantik dan sebagainya. iaitu bidang kajian linguistik yang menggunakan teori. yang mencakupi pemisahan antara pendekatan diakronis dan sinkronis. Linguistik Taksonomi (Taxonomic Linguistics) ialah pendekatan kajian dan analisis bahasa dengan tujuan utama untuk mendaftarkan dan mengklasifikasikan pelbagai fenomena bahasa kepada kelompok atau golongan seperti kelas atau golongan kata dalam tatabahasa. iaitu mengkaji satu-satu bahasa itu pada satu-satu masa tertentu. Ferdinand de Saussure. Linguistik Struktural (Structural Linguistics). Aliran ini menumpukan kajian ke atas bahasa lisan dan tidak mengutamakan aspek semantik. jenis-jenis konsonan dalam bidang fonetik. misalnya mengkaji bahasa Melayu pada zaman sebelum merdeka dengan bahasa pada zaman selepas merdeka dengan melihat perubahan-perubahan bahasa daripada segi fonologi. atau pada abad ke-20 tanpa melihat perubahan-perubahan pada bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan antara perkembangan bahasa dari satu masa ke satu masa. Linguistik Sinkronis (Syncronic Linguistics). morfologi. Hasil kajian linguistik struktural ini boleh digunakan untuk melatih pelajar-pelajar asing atau yang baru mempelajari bahasa atau pelajar yang lemah pencapaian dalam penguasaan bahasa. sintaksis dan semantik. iaitu linguistik yang mengkaji bahasa pada dua masa atau yang berlainan masa. Ferdinand de Saussure (1916). Cara kajian Linguistik Diakronis ini diperkenalkan oleh ahli bahasa bangsa Swiss. hubungan paradigmatis dan sintagmatis. kaedah dan pendekatan struktural. iaitu yang menganggap bahasa itu mempunyai struktur atau sistem yang bebas. Teori ini dianut pula dengan perubahan atau tanpa perubahan oleh aliran Praha dan Glosematik. perbezaan antara langue dengan parole. Kajian cara Sinkronis ini diperkenalkan oleh linguis bangsa Swiss.

Kedua. iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau dengan kata lain membentuk semantik ayat. setiap ayat yang dilahirkan mengandungi dua peringkat.19 1. Tatabahasa aliran Transformasi Generatif ini ialah satu aliran kajian bahasa yang dikemukakan oleh ahli bahasa Amerika bernama Noam Chomsky. Kemudian Chomsky telah memperbaiki teori ini dan menerbitkan pula buku Aspects of the Theory of Syntax pada tahun 1965 dan teori ini dianggap sebagai teori standard.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 1. iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa yang dinamai komponen fonologi (Nik Safiah Karim dan rakanrakan.20 1. peringkat struktur permukaan.21 Terangkan cabang linguistik lain. peringkat struktur dalaman. Beliau telah mengemukakan teori tatabahasa Transformasi Generatif ini dalam buku monografnya yang terkenal. 14 . Pertama. iaitu Syntactic Structures pada tahun 1957. rasanya tidak lengkap jika tidak disentuh serba ringkas tentang ilmu Linguistik Aliran Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar) sebagai pengetahuan ringkas. Teori Transformasi Generatif ini dianggapkan sebagai satu aliran linguistik yang baru dan sebagai revolusi dalam bidang kajian tatabahasa. Huraikan maksud Linguistik Fungsional. Bincangkan perbezaan antara Linguistik Sinkronis dengan Linguistik Diakronis. Linguistik Aliran Tatabahasa Transformasi Generatif Apabila membicarakan ilmu linguistik dan cabang-cabang atau bidang-bidangnya. 2003:505). Teori ini menumpukan kajian dalam bidang sintaksis atau ayat dan mengutamakan bidang makna atau semantik. Profesor Linguistik dan bahasa-bahasa moden di Massachusetts Institute of Technology. Menurut teori ini.

Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa itu menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu (ibid:202).26 15 . Jelaskan rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Bentuk ayat struktur permukaan selalunya tidak serupa dengan bentuk struktur dalaman. 1. Huraikan Ilmu Linguistik yang melihat perubahan dan perkembangan bahasa. iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi.23 1.22 Huraikan konsep Linguistik Aliran Tatabahasa Transformatif Generatif. menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata.24 1. Rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Kedua-dua jenis struktur. Bincangkan sejauh mana Ilmu Linguistik penting kepada guru bahasa. Nyatakan semua Cabang Linguistik. 1. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa kemudian akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi.25 1. Rumus struktur frasa menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman dan rumus transformasi pula berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa.

2 Jawapan bagi soalan ini perlu menyentuh: i. Sila rujuk sumber lain daripada buku. frasa dan ayat bahasa Melayu secara deskriptif iv. Ciri-ciri Linguistik Deskriptif ii. Langage. jurnal. termasuklah bidang fonetik dan fonologi kata. jurnal. anda harus menghuraikan: i.1 Bagi soalan ini. Parole. anda perlu memberikan: i. misalnya menghuraikan bahasa Melayu iii. dll. internet. jurnal. frasa dan ayat iii. internet. Laras-laras linguistik seperti Langue. Contoh perkembangan bahasa secara historis. Sila rujuk sumber lain daripada buku. internet. 1. Sila rujuk sumber lain daripada buku. bilingualisme dan multilingualisme iv. jawapan anda harus mencakupi: i. perihal Ferdinand de Saussure dan hasil usahanya dalam bidang ilmu linguistik (Linguistique General) ii. Sertakan contoh-contohnya sekali. Aspek yang dihuraikan meliputi fonetik dan fonologi kata. internet. anda perlu memberikan: i. Sertakan contoh-contoh bidang linguistik yang dihuraikan oleh Linguistik Deskriptif.3 Bagi soalan ini. jurnal.4 Bagi soalan ini. youtube dan seumpamanya 1. Definisi Linguistik Historis ii.5 Bagi soalan ini. Bapa linguistik moden iii. Asal usul perkataan linguistik ii. 1. Maksud Linguistik Deskripstif ii. misalnya bahasa Melayu sebelum merdeka dan bahasa Melayu selepas merdeka 16 .LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 PANDUAN MENJAWAB SOALAN LATIHAN UNIT 1 1. youtube dan seumpamanya 1. Sila rujuk sumber lain daripada buku. youtube. youtube dan seumpamanya.

internet.6 Bagi menjawab soalan ini. Bidang Sosiolinguistik yang mencakupi semua aspek yang ada kaitan antara bahasa dengan masyarakat 17 .7 Bagi menjawab soalan ini. youtube dan seumpamanya. anda perlu: i. iaitu bahasa serumpun iv.8 Bagi menjawab soalan ini. youtube dan seumpamanya 1. anda perlu: i. iv. jurnal. bahasa Tagalog. Sila rujuk sumber lain daripada buku. youtube dan seumpamanya. Maksud bidang Sosiolinguistik ii. 1. Menghuraikan linguistik komparatif. Sila rujuk sumber lain daripada buku.10 Bagi soalan ini. youtube. Contoh bahasa serumpun: bahasa Melayu. internet. Misalnya bahasa Melayu. dialek Kelantan. 1. anda harus menghuraikan: i. youtube dan seumpamanya. internet. dan seumpamanya. jurnal. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Sila rujuk sumber lain daripada buku. misalnya bahasa yang boleh dibanding-bandingkan. Pengaruh bahasa Arab. Menjelaskan maksud linguistik komparatif ii. Tokoh-tokoh Sosiolinguistik dalam negara dan luar negara iii. mempunyai sejarah perkembangan dan pertumbuhan bahasa itu iii. bahasa Indonesia v. internet. 1. jurnal. 1. bahasa Iban. Sanskrit. jurnal.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 iii. Cina dan Inggeris dari segi sejarah turut menambah perbendaharaan kata bahasa Melayu. Memahami disiplin Linguistik Historis yang mengutamakan sejarah satu-satu bahasa itu ii. Dialek serumpun bahasa Melayu seperti dialek Kedah. anda perlu: i. jurnal. internet. Sila rujuk sumber lain daripada buku.9 Bagi menjawab soalan ini. vi. dialek Perak dan seumpamanya. anda perlu memberikan: i.

Contoh ciri-ciri linguistik am yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti huraian secara umum tentang bunyi-bunyi bahasa. Sila rujuk sumber lain daripada buku. bahasa kebangsaan. frasa. anda perlu memberikan: i. anda perlu: i. pidjin. pembentukan suku kata. youtube dan seumpamanya. Anda juga harus memberikan jawapan anda meliputi sikap terhadap bahasa.13 Bagi menjawab soalan ini. Menghuraikan kegunaan linguistik terapan dan seumpamanya. anda perlu memberikan: i. internet.11 Bagi soalan ini.14 Bagi menjawab soalan ini. Contoh linguistik am yang terdapat dalam bahasa Melayu iii. 1. Sila hurai secara am bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu. internet. jurnal. Aspek-aspek lain berkaitan dengan neurolinguistik iii. Jawapan anda juga harus meliputi bilingualisme dan multilingualisme serta dialek dan ideolek iv. Penjelasan tentang konsep neurolinguistik ii. Maksud linguistik am ii. Menerangkan maksud linguistik terapan ii.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 ii.12 Bagi soalan ini. 18 . kata.15 Bagi soalan ini. youtube dan seumpamanya. Aspek-aspek neurolinguistik 1. Anda perlu memberi jawapan anda yang meliputi bahasa kebangsaan. kreol. internet. sistem fonem. bahasa rasmi dan seumpamanya iii. jurnal. Menerangkan hubungan antara neurolinguistik dengan penyakit afasia ii. jurnal. jawapan anda harus: i. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Ciri-ciri linguistik am ii. sistem panggilan dalam masyarakat. youtube dan seumpamanya. 1. 1. 1. khususnya dalam pengajaran bahasa iii. klausa. kata. jawapan anda harus mencakupi: i. kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa. Sila rujuk sumber lain daripada buku. ayat dan seumpamanya iii.

16 Bagi soalan ini. anda perlu: i. Menjelaskan bagaimanakah linguistik terapan dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa iii. jurnal. 1. internet. jurnal. youtube dan seumpamanya. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Berikan maksud linguistik fungsional ii. anda perlu: i. Sila rujuk sumber lain daripada buku. youtube dan seumpamanya. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Memberikan contoh buku teks yang mengandungi linguistik terapan iv. Anda perlu mengenal pasti bahasa-bahasa yang lazim digunakan oleh murid-murid tertentu pada peringkat-peringkat umur tertentu iii. Anda perlu menjelaskan jenis-jenis bahasa yang kerap digunakan oleh penutur tertentu ii. 19 . internet. jurnal. Menyertakan tokoh-tokoh linguistik dan aliran mereka iv. 1. Memberikan definisi mengenai psikolinguistik ii. 1. internet. Sila rujuk sumber lain daripada buku. internet. jurnal. Menyatakan nama tokoh-tokoh psikolinguistik iii.20 Untuk menjawab soalan ini. youtube dan seumpamanya. Sila rujuk sumber lain daripada buku. anda perlu: i.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 1. Menghuraikan maksud linguistik terapan ii. jurnal. Menghuraikan dengan lebih lanjut setiap cabang linguistik tersebut iii.17 Bagi soalan ini. internet. anda perlu: i.19 Untuk menjawab soalan ini. youtube dan seumpamanya. Sertakan nama tokoh-tokoh linguistik fungsional iv. youtube dan seumpamanya. Menjelaskan aspek-aspek yang dicakupi oleh linguistik fungsional iii.18 Untuk menjawab soalan ini: i. Memberikan nama tokoh-tokoh bahasa Bahasa Melayu iv. 1. Memberikan pelbagai cabang linguistik yang anda tahu ii.

1. 1. jurnal. 20 . anda perlu: i. Ciri-ciri tatabahasa transformatif generatif iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Mengenal pasti perbezaan antara linguistik sinkronis dengan linguistik diakronis iv.22 Untuk menjawab soalan ini. anda perlulah: i.25 Untuk menjawab soalan ini: i. Noam Chomsky dan seumpamanya iii.26 Untuk menjawab soalan ini. youtube dan seumpamanya. selepas merdeka dan bahasa Melayu terkini ii. Berikan maksud rumus struktur frasa ii. Berikan penjelasan ringkas bagi setiap cabang linguistik tersebut iii. anda perlu: i. Berikan maksud linguistik diakronis iii. Berikan maksud linguistik sinkronis ii. youtube dan seumpamanya. Memahirkan murid-murid dengan sistem ejaan baharu iii.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 1. Saya yakin anda pasti dapat menjelaskan kepentingan ilmu linguistik kepada guru. huraian anda perlu: i. Sila rujuk sumber lain daripada buku. 1. jurnal. Sertakan contoh-contohnya sekali.24 Untuk menjawab soalan ini. Maksud tatabahasa transformatif generatif ii. Sila rujuk sumber lain daripada buku. 1. internet. internet. Berikan maksud rumus transformasi iii. internet. Berikan contoh-contohnya sekali iv. jurnal. Menyatakan semua cabang linguistik yang anda tahu ii. Menghuraikan segala aspek perubahan dan perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka. Memahirkan guru-guru menghuraikan bidang-bidang bahasa kepada murid-murid termasuklah frasa dan ayat 1.23 Untuk menjawab soalan ini.21 Untuk menjawab soalan ini. huraian anda perlu meliputi: i. Sila sertakan contoh-contohnya sekali. termasuklah membantu mengajar sebutan kepada murid-murid ii. youtube dan seumpamanya.

Permulaan ilmu linguistik. R. Ashby. Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. 21 . Alias Mohammad Yatim (1992). Ejaan bahasa Melayu terkini. (Ed) (1992).L. Barnhart. Bhd. New York: Oxford University Press. Kulim: Penerbit Sarlis. P. Arbak Othman (1983). & Barnhart. (Ed. Guru dan bahasa Melayu.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Rujukan Abdul Hamid Mahmood (1995).K. Abdul Hamid Mahmood (2002). Abdullah Hassan (1993).) (1981). (1995). C. International encyclopedia of linguistics. Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Toronto: World Book Inc. London: Routledge. W. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Kuala Lumpur: City Reprographic Services. Bhd. Speech sounds. Masa Enterprise. The world book of encyclopedia volume two. Bright. Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful