You are on page 1of 24

Didik Hibur : Satu Alternatif Pendekatan Pengajaran Membaca dalam Kalangan Pelajar Linus Dr.

Mashudi Bin Baharia*, Zainiyah bt. Md Zaina, Dr. Nurfarah Lo Abdullahb


a

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai, 59000 Kuala Lumpur *Penulis untuk dihubungi: mashudibahari@yahoo.com Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan pendekatan Didik Hibur (DH) dalam pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu (BM) kepada murid program LINUS. LINUS akronim bagi Literasi and Numeracy Screening, merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid Tahap 1 sekolah rendah memperoleh kemahiran asas membaca dan mengira. Aspek seni bahasa dalam rangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) memasukkan elemen seni bahasa. Oleh hal yang demikian, pendekatan DH sebagai satu alternatif strategi pengajaran membaca supaya pembelajaran bahasa Melayu menjadi lebih seronok, kecindan, dan santai untuk diikuti oleh murid. Guru boleh menyampaikan unsur DH dan seni bahasa secara nyanyian, berlakon, bercerita, bermain, berpuisi, melukis, drama pendek, serta kombinasi strategi visual, audio, kinestetik dan taktikal (VAKT). Dalam rangka kertas kerja ini, DH berdasarkan nyanyian lagu kanak-kanak diterapkan untuk penguasaan kemahiran membaca daripada konstruk 1 hingga konstruk 12 yang terdapat dalam tahap kemahiran membaca program LINUS. Pemilihan seni kata lagu merupakan satu instrumen strategi bacaan. Hal ini demikian kerana seni kata lagu yang dibaca oleh murid merupakan lambang-lambang tulisan. Lambang-lambang tersebut diucap atau diungkap secara bersahaja. Membaca, mengingat dan memahami serta menaakul huruf, membaca perkataan, sehinggalah membaca ayat penuh akan menjadi lebih mudah dengan pendekatan pengajaran secara DH. Justeru, empat elemen motivasi instrinsik, iaitu cabaran, ingin tahu, kawalan dan fantasi, menjadi landasan teori DH. Cabaran merupakan aktiviti yang mengandungi tujuan pembelajaran bermakna, ingin tahu pula menggunakan deria kognitif, yang mana murid sedar pengetahuan belum sempurna atau ke langkah penyempurnaan. Manakala kawalan pula bermaksud memberi autonomi dalam pembelajaran dengan cara murid mampu memilih cara belajar dan menangani situasi pembelajaran. Konsep fantasi pula menggunakan imej mental dan khayalan bayangan situasi sebenar. Secara rumusnya, pendekatan DH dapat diaplikasikan kepada murid LINUS biasa atau LINUS tegar yang mengikuti pembelajaran secara berasingan. Malah DH juga untuk murid kelas LINUS keseluruhan sebagai satu daripada strategi pelepasan dalam ujian saringan peringkat satu, peringkat dua dan peringkat tiga. Apabila murid melepasi ujian saringan satu, dua dan tiga, murid LINUS boleh berada dalam kelas biasa atau kelas perdana.

Kata kunci : pengajaran Bahasa Melayu, didik hibur, LINUS, konstruk ujian pelepasan, otak

DIDIK HIBUR : SATU ALTERNATIF PENDEKATAN PENGAJARAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID LINUS 1.0 Pengenalan LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening. LINUS merupakan satu program khas untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Literasi bermaksud kebolehan murid membaca, menulis, memahami perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk yang mudah. Kebolehan dalam kemahiran literasi membolehkan murid menguasai kemahiran berkomunikasi dan menaakul. Numerasi pula merujuk kepada kebolehan murid mengira, iaitu operasi asas matematik yakni olahan mencampur, menolak, mendarab dan membahagi. Di samping berkemahiran matematik murid dapat mengaplikasikan pengetahuan asas matematik dalam kehidupan mereka seperti mengira dan mengenal nilai wang Malaysia. Jawatankuasa Program LINUS, Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) merupakan satu badan induk di bawah Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), menjalankan tugas bagi memastikan program tersebut lancar dan mencapai sasaran KPM. Badan induk ini mengandungi enam agensi pelaksana, iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Bahagian Perkembangan Kurikulum pembina modul untuk guru dan murid Bahagian Pendidikan Guru menguruskan hal latihan guru dan FasiLINUS Lembaga Peperiksaan Malaysia menguruskan instrumen ujian saringan Bahagian Sekolah Harian penyebaran maklumat, kutipan data dan analisa Jemaah Nazir jawatankuasa kawalan mutu pemantauan dan bimbingan Bahagian Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap murid yang berkeperluan khas. Sasaran sub National Key Result Area (NKRA), KPM ialah murid kohort pertama Tahun Satu pada tahun 2010 dapat menguasai sepenuhnya (100%) kemahiran asas 3M, selepas tahun 2012, iaitu murid tersebut sudah berada di Tahun Empat (Tahap Dua). Dalam melaksanakan program ini, KPM telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi secara bersepadu dan ansur maju. DH merupakan penggabungjalinan dan pengulangan konsep tersebut untuk dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran bagi membantu guru melaksanakan program literasi. (KPM, 2010)

2.0 Definisi Konsep Literasi dan Didik Hibur Kamus Dewan (2000:949) memberi makna secara literal bahawa `literasi ialah kebolehan menulis dan membaca. KPM (2011) mentakrifkan `literasi sebagai keupayaan murid untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Institut Pendidikan Guru Malaysia (2012) menjelaskan bahawa `literasi ialah keupayaan membaca, menulis, dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan kata hubung dan dalam Bahasa Malaysia dan mampu menggunakan perkataan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian murid. Membaca ialah satu tindakan komunikasi, iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan, dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa. Kehebatan membaca ialah kemahiran mentafsir dan memahami teks yang bercetak (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009, Cohen, 1990). Keupayaan dan darjah kefahaman membaca yang tinggi berkait rapat dengan peluasan medan pengetahuan seseorang. Hal ini bermakna semakin banyak membaca semakin banyak pengetahuan diperoleh oleh seseorang. 3.0 Model Pengajaran Didik Hibur Didik Hibur (DH) merupakan satu kaedah alternatif semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan oleh KPM,terdapat tiga kemahiran utama, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dua aspek tambahan dalam KSSR ialah aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Pendekatan aspek yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah melalui DH. `Didik bermaksud mengajarkan sesuatu pelajaran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. `Hibur dalam konteks pengajaran bermakna pembelajaran yang menyenangkan atau menggirangkan serta berasa seronok. Strategi ini dimasukkan dalam KSSR sebagai satu transformasi kurikulum persekolahan (KPM, 2011). Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid untuk mengungkap dan mengapresiasikan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagian aktiviti secara DH (KPM, 2010). Penekanan yang wajar diberikan dalam aspek ini ialah teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. 3.1. Ciri-ciri Didik Hibur Antara ciri yang penting yang diberi penekanan dalam DH adalah: i. Pembelajaran yang seronok, ceria dan santai.

Dapat meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid melalui pengalaman sedia ada. iii. Murid terlibat secara langsung membolehkan mereka berkomunikasi secara verbal (lisan), dan bukan verbal (bahasa badan). iv. Murid dapat menghayati, memahami dan ada perubahan tingkah laku hasil daripada pembelajaran. v. Murid dapat berkolaborasi dalam bilik darjah secara kumpulan. vi. Murid bersikap toleran sedia menerima dan memainkan peranan yang diberi. 3.2 Objektif Didik Hibur Antara objektif DH yang terkandung dalam KSSR adalah: i. Mengguna dan memahami lirik lagu secara DH. ii. Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita. iii. Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara DH. 3.3 Aspek Didik Hibur Antara aspek DH yang disarankan dalam KSSR adalah: i. Nyanyian lagu kanak-kanak yang sering didengar atau diketahui oleh murid. Lagu rakyat yang mudah difahami dan seni kata lagu tersebut juga boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Bercerita cerita rakyat, cerita binatang, cerita rekaan. Kandungan cerita hendaklah menjurus kepada perkembangan tahap kognitif dan kesesuaian murid. Berlakon lakonan spontan, lakonan yang mempunyai skrip yang mudah diingat dan dibaca oleh murid. Berpuisi pantun dua kerat, pantun empat kerat (sekiranya murid mampu menguasai bahan atau teks puisi). 3.4 Nyanyian dalam Didik Hibur

ii.

ii. iii. iv.

Secara fitrahnya, manusia sejak lahir sudah didendangkan dengan pelbagai lagu oleh ibu mereka ketika bayi. Dendangan lagu menjadi satu impak kepada naluri kanakkanak. Lagu yang seni katanya mudah diingat atau dihafaz akan menjadi siulan kanakkanak. Nyanyian disampaikan melalui bunyi suara yang mengandungi irama, rentak dan alunan nada yang merdu. Nyanyian boleh digembeleng dengan iringan muzik atau alat muzik dan tepukan tangan sebagai memurnikan seni kata lagu. Irama dan lagu saling berkait, maka pemilihan lagu mesti sesuai dengan situasi bilik darjah dan tahap kemampuan murid. Bunyi suara atau vokal mestilah jelas, jelas sebutan terutama pada bunyi huruf vokal. Kesimpulannya, nyanyian yang dipelajari lebih berkesan dan daya tahan ingat (memory) lebih kekal. Nyanyian dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan,

intonasi, rima, tekanan, jeda dan membunyikan perkataan dengan jelas dan ayat yang dibaca juga lancar. Murid LINUS adalah murid yang lambat proses penerimaan pembelajaran, jika dibandingkan dengan murid kelas perdana (kelas murid yang sudah menguasai keseluruhan 3M) 3.4.1 Prinsip Nyanyian dalam Didik Hibur Beberapa prinsip nyanyian yang dipilih untuk bahan pengajaran dan pembelajaran murid LINUS adalah seperti yang berikut: Lagu yang sesuai dengan tahap perkembangan mental dan fizikal murid. Lirik lagu yang mempunyai makna, bahasa yang indah dan tatabahasa yang betul. ii. Pemilihan melodi dan lirik yang hampir dengan murid LINUS. iii. Sifat lagu yang mempunyai mesej yang jelas, mempunyai jalinan cerita yang merujuk kepada nilai murni dan motivasi murid. iv. Murid LINUS seronok dengan nyanyian yang dialun, dan mengubah persepsi kesukaran mengeja, membunyikan suku kata dan membatang perkataan serta membaca ayat mudah. v. Lirik lagu yang pernah didengar dan kecenderungan ini membina pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu murid. 3.4.2 Kepentingan Nyanyian dalam Didik Hibur Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka kemasukan konsep DH adalah penambahbaikan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada KSSR sebagai transformasi untuk membangunkan sistem pendidikan, khususnya supaya murid LINUS tidak ketinggalan dalam pengisian pembelajaran mereka. Semua perkara mempunyai nilai kepentingan untuk disasarkan atau dicapai objektifnya. Oleh hal yang demikian, nyanyian dalam pengajaraan dan pembelajaran mempunyai kepentingan yang signifikan seperti yang berikut: Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, berasa seronok, bermotivasi dan membina ketrampilan diri murid. ii. Nyanyian dapat membantu murid mengingat konsep seperti nama huruf, bunyi suku kata, perkataan dan ayat yang dipelajarinya secara semula jadi. iii. Mengukuhkan aspek kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran menaakul. 3.5 Latar Belakang Pendekatan Membaca Mengikut Isahak Haron (2004) kajian membaca dipengaruhi oleh dua perspektif atau mazhab tentang cara kanak-kanak mula belajar membaca. Mazhab pertama berasaskan perspektif linguistik yang beranggapan bahawa bahasa terdiri daripada bunyi dan adunan bunyi menjadi perkataan dan ayat yang boleh difahami oleh orang i. i.

lain. Pendekatan ini, mengajarkan kanak-kanak dengan simbol atau abjad dan bunyi huruf-huruf tersebut. Kaedah ini dikenali sebagai Kaedah Abjad atau Kaedah Fonik. Kanak-kanak diperkenalkan nama huruf dan membunyikan nama huruf. Kaedah abjad memperkalkan huruf a b c sehinggalah huruf z. Fonik pula membunyikan a sebagai /a/ b /beh/ sehinggalah z /zeh/. Kaedah Fonik menekankan bunyi setiap huruf. Kaedah ini popular di Amerka Syarikat, juga di Indonesia. Di Indonesia ketara sekali sebutan pada bunyi huruf vokal /a/ /i/ /u/ /o/ /e/. Di Malaysia pada suatu ketika, bacaan berdasarkan morfofonemik atau sebutan baku dijalankan dalam pengajaran bahasa Melayu. Namun kini, sebutan baku yang menekankan bunyi vokal pada akhir perkataan tidak lagi menjadi keutamaan. Mazhab kedua pula berdasarkan perspektif teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman yang bermakna. Isahak Haron (2004:11) memperincikan hal tersebut: i. ii. Mula-mula kanak-kanak ditunjukan tentang benda yang ada disekeliling mereka, misalnya meja (ditulis perkataan meja secara keseluruhan di tepi gambar meja). Kemudian perkataan meja itu dicerakinkan menjadi me dan ja (suku kata), seterus suku kata me ja dipecahkan menjadi setiap huruf berasingan m e j a (Bahagian ini dikenali sebagai Kaedah Cerakinan). Pusat Perkembangan Kurikulum menggunakan Kaedah Cerakinan untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menjadi asas Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahap 1, KBSR (1981). 3.5.1 Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) Sebagai Kerangka Teori Didik Hibur dalam Pengajaran Membaca Murid LINUS Kertas kerja ini cuba membincangkan pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) yang diilhamkan oleh pakar Bahasa Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dengan pendekatan DH untuk pengajaran murid LINUS. Beliau mengembangkan idea KGBK secara rancak dan meluas ketika menjadi pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Kajiannya cukup berjaya dan mendapati kanak-kanak prasekolah berjaya dan berkebolehan dan cepat membaca dengan kaedah ini. Model KGBK merupakan satu kaedah yang sistematik, mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan suku kata yang jelas. Proses pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran bunyi beberapa huruf vokal asas ( a, i , u ) satu huruf konsonan b untuk membentuk suku kata : b+a=ba, b+i=bi, b+u=bu, untuk membentuk perkataan seperti babu, babi. baba dan terus dibunyikan [baba], [babi], [babu] dan bentuk frasa yang bermakna /i bu/ + /baba/ = /ibu baba/. Melalui pendekatan ini, murid tidak perlu menghafal semua huruf a b c hingga x y z, sebaliknya unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh

digabungkan dalam satu masa pengajaran membaca. Guru boleh memperluas gabungan huruf vokal dan konsonan dengan memilih beberapa perkataan suku kata terbuka yang bermakna secara ansur maju. Penekanan kaedah ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan kemahiran membaca secara developmental. Buku Mari Membaca, terbitan Utusan Publication (1982), buku Mudah Membaca Bahasa Melayu, terbitan Fajaf Bakti (1990) dan Buku Bahasa Malaysia 1-3, Siri Genius, terbitan Fajar Bakti (2003) merupakan buku rujukan untuk memantapkan penggunaan Kaedah KGBK. Kaedah KGBK dibina buat pertama kali oleh Isahak Haron pada tahun 1979 ketika pembentangan kertas kerja KONPEN IV, anjuran Persatuan Suluh Budiman bertajuk Beberapa Kaedah Mengajar Murid-Murid Membaca Bahasa Malaysia. Beliau berasa kecewa apabila penulis buku lain menyatakan yang beliau mencedok idea penulis kebelakangan ini. Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang asal usul Kaedah Gabungan Bunyi Kata , dan dakwaan orang lain yang mereka memulakan penggubalan kaedah ini, saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku yang mengguna kaedah ini (halaman 21) Pendekatan DH bersandarkan kaedah di atas, yang mana murid dikehendaki menyanyikan lagu kanak-kanak yang melodinya biasa didengari. Namun begitu, guru boleh menukarkan lirik lagu untuk disesuaikan dengan 12 Konstruk yang diukur dalam saringan literasi LINUS. (KPM, 2011): Konstruk 1: Konstruk 2: Konstruk 3: Konstruk 4: Konstruk 5: Konstruk 6: suku kata tertutup ng Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang memngandungi vokal berganding Konstruk 9: Keupayaan menulis perkataanyang mengandungi digraf dan konsonan bergabung Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi

Konstruk 10: awalan Konstruk 11: Konstruk 12: bahan

Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan dan akhiran Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan rangsangan

Berdasarkan konstruk 1-12, guru boleh membina seni kata lagu yang bahasanya merujuk kepada keupayaan murid menggungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara DH (KPM, 2011). 3.6 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Seni bahasa Daripada penelitian jadual 1 di bawah, dapat dilihat hubung kait antara aspek seni bahasa dengan kemahiran membaca dalam KSSR. Jadual 1 Aspek Seni Bahasa dalam KSSR STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara dh. dalam nyanyian secara DH. 4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara DH. 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan menggunakan bahasa badan secara dan kreatif semasa bercerita secara DH intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara DH. 4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara DH. 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dengan dan intonasi yang betul dan jelas menggunakan bahasa badan dengan tentang sesuatu perkara melalui kreatif melalui lakonan secara DH. lakonan secara DH. 4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas

tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara DH. 4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan 4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat intonasi yang betul menggunakan dengan bahasa intonasi yang betul secara DH. yang indah secara DH. 4.4.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara DH.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran membaca Model Isahak Haron dengan DH diajarkan secara gabung jalin mengikut konstruk. Contoh: Konstruk 1: Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam nyanyian secara DH. STANDARD PEMBALAJARAN 4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara DH. 4.1.2 Menyebut dengan jelas dan Memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara DH.

Contoh lirik lagu yang mudah untuk dinyanyikan oleh murid LINUS Lagu Tiga Kupang Lagu tiga kupang, Saku penuh padi Enam ekor burung Masuk dalam kuali

Bila sudah masak Burung nyanyi saja Tentu sedap makan Beri pada raja

Raja dalam rumah Buat kira-kira Suri dalam dapur Buat roti gula Hei... Dayang tepi kolam Mahu jemur tepung Datang burung hitam Patuk batang hidung Hidunghidunghidung Setelah murid menyanyikan lagu di atas, aktiviti seterusnya ialah murid dikehendaki mencari seberapa banyak bilangan huruf vokal /a/, /e/, /i/, /u/ dan /o/ dalam lirik lagu di atas. Selepas itu murid dikehendaki mencari seberapa banyak huruf konsonan yang guru pilih (bukan semua huruf konsonan). Contohnya /d/, /g/,/m/, /n/, dan /l/ pada satusatu masa pengajaran. Hal ini demikian kerana guru sudah menggabungjalinkan pembelajaran huruf vokal dan huruf konsonan dalam melodi tersebut. Harus diingat, saranan dalam Model KGBK Isahak Haron, guru tidak perlu mengajarkan satu persatu huruf abc hingga xyz. Persoalannya, sejauh manakah murid dapat mengenal huruf vokal dan konsonan dalam lirik lagu di atas? Hal ini terjawab sekiranya guru sebagai fasilitator dan penggerak minda murid, sudah pasti murid dapat mengenal, menamakan jenis huruf vokal dan konsonan pada masa pembelajaran konstruk 1 di atas. Murid berkeupayaan membilang berapa banyak huruf vokal /a/, berapa banyak huruf konsonan /d/. Secara tidak langsung apabila murid menyebut perkataan [lagu] bermakna murid mengenal huruf vokal /a/ dan /u/ dan huruf konsonan /k/. Seterusnya perkataan [tiga] [kupang] sehinggalah akhir seni kata lagu tersebut secara berulang-ulang. Proses pengajaran pemulihan bagi murid yang lemah wajar dilakukan oleh guru berkenaan. Guru perlu mematuhi prinsip pengajaran seni bahasa, iaitu: i. ii. iii. iv. pengajaran seni bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa. pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik. penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh. Guru bertindak sebagai penggerak dan pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif. Kreativiti guru disandarkan kepada keupayaan menyanyi dengan nada dan intonasi yang betul supaya murid lancar menyanyi sambil memahami dan menaakul perkataan dalam minda mereka. Mengikut Mahzan Arshad (2008), proses membaca merupakan satu proses yang rumit dalam minda murid kerana pembinaan makna dikaitkan dengan budaya, minat, persekitaran dan jenis teks (Khairuddin Mohamad, 2011). 3.7 Standard Kandungan Kemahiran Membaca dalam KSSR

Diperturunkan kandungan kemahiran membaca yang terdapat dalam dokumen KKSSR seperti dalam jadual 2 di bawah, untuk penganalisaan bahawa kemahiran membaca menjadi satu daripada fokus matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.

Jadual 2 Standard Kandungan dan Standard Pembalajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Tahun 1
STANDARD KANDUNGAN 2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul. STANDARD PEMBALAJARAN 2.1.1 Membaca bentuk-bentuk abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan yang betul. 2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul 2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul. 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata diftong, vokal berganding dengan sebutan yang betul 2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul. 2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbahgai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. 2.3.1 Membaca ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2.3.2 Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. 2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat. 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang terssurat dengan tepat daripada pelbagai bahan. 2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul. 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul

2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang tedapat dalam pelbagai bahan.

2.6 Membaca bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

maklumat dalam bahan grafik. 2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripad bahan grafik kepada bentuk bukan grafik dengan betul. 2.6.1 Membaca dan memahamipelbagai bahan bacaan secara DH untuk memperkaya kosa kata. 2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara DH untuk menambahkan pengetahuan.

. Proses menginterpretasi lambang-lambang huruf menjadi perkataan dan susunan ayatayat yang betul dan gramatis diungkap secara santai, mengikut jeda, intonasi, sebutan dan kelancaran terkandung dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia, KSSR (2010) seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. Membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca. Kurikulum Bahasa Melayu dibina begitu rupa untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Hal ini demikian kerana pada akhir persekolahan peringkat sekolah rendah (Tahun Enam) kelak, diharap semua murid akan celik huruf, celik minda dalam mendepani situasi kehidupan yang kian mencabar. Melalui kemahiran membaca murid boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik, jelas, tepat, sama ada secara lisan atau bukan lisan semasa berinteraksi untuk mencapai enam tunjang bentuk kurikulum KSSR (KPM, 2010). Menurut Mohd. Azhar Abd. Hamid, Zainuddin Hassan, Esa Khalid dan Othman Abu Kasim (2003), konsep literasi pada zaman kontemporari ini tidak terhad hanya kepada konsep 3M (membaca, menulis dan mengira). Makna dan dimensi literasi telah menyelinap dalam konteks yang luas seperti literasi budaya, literasi IT, literasi moral, literasi undang-undang dan literasi kreatif. Pandangan tersebut diungkapkan secara tirus oleh Abd Rahim (1999) bahawa dimensi baharu literasi dalam pelbagai dimensi keilmuan untuk menitiskan perubahan, membina wawasan, membentuk idealisme hidup individu dan masyarakat. Literasi dalam konteks ini mengangkat martabat manusia,

menghapuskan kejahilan, membanteras kemungkaran dan memerangi kemunduran dan membelenggu perkembangan dunia sosial individu dan sesuatu bangsa. Satu persolan yang sering kita dengar ialah mengapa murid lemah dan tidak berkeupayaan membaca dan menulis asas literasi. Mengapa? Satu transformasi pedagogi pengajaran dan pembelajaran asas literasi yang inovasi dan kreatif perlu disarankan. Maka kaedah, teknik, dan strategi perlu dipelbagaikan dan diketengahkan untuk menangani masalah murid LINUS. Hasilnya ialah pembentukan Model Pengajaran dan Pembelajaran LINUS Secara DH seperti yang digambarkan dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Model Pengajaran dan Pembelajaran LINUS Secara DH

4.0 Konsep Pengajaran DH Berdasarkan Teori Peembelajaran Berasaskan Otak Apabila kita membincangkan perkembangan kognitif kanak-kanak, kita sering merujuk kepada dapatan Piaget. Piaget ahli psikologi pendidikan yang pertama membuat kajian tentang perkembangan koginitif kanak-kanak melalui pemerhatian dan penelitiannya (Piaget, 1954). Mengikut hasil kajiannya, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagi kepada empat fasa. Iaitu: Fasa 1 : tahap sensori motor ( 0-2 tahun) Fasa 2 : tahap praoperasi (2-7 Tahun) Fasa 3 : tahap konkrit (7-11 tahun) Fasa 4 : tahap formal (11 tahun ke atas) Walaupun Piaget mengemukakan fasa-fasa tersebut, kajian beliau didapati masih ada kekurangan kerana persoalan yang wujud ialah apakah bentuk-bentuk perkembangan kognitif yang berlaku pada fasa-fasa tersebut. Hal ini demikian kerana ahli psikologi terkini telah membuat beberapa rumusan bahawa ada bentuk-bentuk perkembangan kognitif pada kanak-kanak. Contohnya, kajian terkini mendapati bahawa kognitif kanakkanak mengalami perubahan bergantung kepada beberapa faktor, antaranya bergantung kepada kecerdasan intelek atau Intelligence Quotient (IQ), kecerdasan

emosi (IE) dan kecerdasan sosial (IS). Kertas kerja ini tidak membincangkan secara lanjut tentang perkembangan IQ, IE dan IS, sebaliknya membincangkan perkembangan bahasa kanak-kanak yang ada hubung kait dengan keupayaan dan kebolehan kanakkanak membaca. Namun begitu, teori Piaget masih relevan untuk dirujuk sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid LINUS. Antaranya yang masih menjadi rujukan ialah fasa 3, yang mana murid LINUS boleh belajar dengan kaedah serta strategi yang konkrit. Murid LINUS mesti diajarkan secara tatapan atau bersemuka dengan benda-benda yang konkrit. Contoh, ketika mengajarkan perkataan bola, maka objek bola mesti ada atau sekurang-kurangnya gambar, video, lukisan tentang bola perlu ada pada murid. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar (1996), konsep bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna. Pertuturan pula ialah perlakuan fizikal pembentukan dan penyampaian bunyi-bunyi bahasa.Tambah beliau lagi ada beberapa faktor kebolehan dan keupyaan kanak-kanak bertutur dan berbahasa. Beliau bersetuju dengan pandangan ahli bahasa tersohor, Chomsky (1980) yang memperkenalkan Teori Nativisme yang mengatakan bahawa otak manusia telah diprogramkan secara semula jadi untuk bertutur dan memahami bahasa yang dikenali sebagai Language Acquistion Device (LAD), yang bergantung kepada sel-sel dalam otak serebrum korteks. LAD membolehkan kanak-kanak menganalisis bahasa yang didengari oleh mereka dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul. Murid LINUS yang tegar (konsep tegar ialah murid program LINUS yang tidak melepasi ujian pelepasan 1, konstruk 1, tetapi bukan murid berkeperluan khas), memang mempunyai memori rendah untuk mengingat sesuatu perkara termasuklah mengingat nama huruf dan angka, apatah lagi untuk membaca suku kata, membaca perkataan dan membaca ayat secara literasi dan menguasai operasi tambah, tolak, darab, bahagi dalam numerasi. Oleh hal yang demikian, satu strategi pengajaran dan pembelajaran melalui DH diketengahkan. Kertas kerja ini mengambil kira Teori Pembelajaran Berasakan Otak (TPBO)dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS yang diperkenalkan oleh Malone T, W., dan Lapper .M.K. (1997) Hal ini demikian kerana program LINUS adalah satu program mega untuk memastikan bahawa murid berkeupayaan mencapai tahap literasi dan numerasi yang disasarkan iaitu 100% pada akhir tahun 2012 kohort pertama, murid Tahun 3 sekarang. Prinsip TPBO ialah struktur dan fungsi otak untuk melakukan pembelajaran bermakna, sementara pembelajaran akan berlaku jika otak tidak dihalang daripada memenuhi proses yang normal. Yang berikut ialah 12 prinsip pembelajaran berasaskan otak, iaitu: i. Fisiologi, iaitu Pembelajaran Melibatkan Seluruh Fisiologi (Fungsi Tubuh). Otak berfungsi mengikut peraturan fisiologi. Sebahagian daripada struktur otak dipengaruhi oleh persekolahan dan pengalaman hidup. Implikasinya apa sahaja yang

mempengaruhi fungsi fisiologi mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Masa yang sesuai belajar daan kemampuan dipengaruhi oleh perkembangan semula jadi. Kanakkanak sihat boleh lima kali ganda menguasai kemampuan asas pembelajaran. ii. Memproses Serentak Proses serentak bermaksud otak dapat melaksanakan pelbagai fungsi secara serentak, perasaan, fikiran, imaginasi, tanggapan, jangkaan awal beroperasi dalam otak secara serentak. Implikasinya, reka bentuk pengalaman belajar dengan mengambil kira faktor dan cara pemprosesan serentak.

iii. Membina Makna Membina makna ialah proses semula jadi daripada pengalaman kelangsungan kehiddupan dan asas kepada otak yang merakam secara automatik pengalaman yang sudah dilaluinya. Impilkasinya, persekitaran pembelajaran menyediakan simulasi dalam pengalaman lama dan baharu. Dalam program LINUS, pembelajaran mesti menyeronokkan, mencabar dan mempunyai pelbagai pilihan untuk dipelajari oleh murid. iv. Membina Pola Proses mengorganisasikan dan mengkategorikan maklumat kerana otak boleh menerima atau menolak sesuatu maklumat yang bermakna dan tidak bermakna. Implikasinya, pembelajaran berkesan member peluang kepada murid untuk membina pola makna kendiri. Murid mesti diberi peluang untuk menggunakan kemahiran dan idea secara sendiri. v. Seluruh Dan Sebahagian Kedua-dua belah hemisfera otak berinteraksi dalam setiap aktiviti kognisi seperti menulis, melakar, mereka cipta dan berkarya. Sebelah hemisfera mencerakinkan maklumat dan sebelah lagi bekerjasama membina keseluruhan maklumat. Implikasinya, menghargai tanggapan yang dibuat secara serentak terhadap maklumat seperti pembelajaran membaca. Aspek bahasa dan DH menggunakan kedua-dua hemisfera tersebut. vi. Emosi Emosi dan kognisi saling mempengaruhi dan membentuk set minda yang melibatkan harapan, esteem kendiri dan keperluan sosial. Implikasinya, guru perlu melihat emosi seseorang murid, dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembelajaran secara DH, guru boleh mengesan keaktifan atau kesungguhan seseorang murid dalam mengikuti pembelajarannya. vii. Fokus dan Tidak Fokus

Pembelajaran melibatkan perhatian terhadap maklumat yang nyata dan maklumat yang tidak nyata. Otak menyerap maklumat yang nyata atau disedari dan memerlukan perhatian yang segera. Sebaliknya otak juga menyerap maklumat yang tidak terhad jumlahnya. Implikasinya educator, therefore, can and should pay extensive attention to all facets of the educational environment. viii. Jenis Ingatan Pembelajaran melibatkan proses sedar dan tidak sedar. Kebanyakan pembelajaran adalah hasil pemprosesan secara tidak sedar. Hal ini merujuk kepada kefahaman yang mungkin berlaku dalam kelas, tetapi selepas seminggu, sebulan setahun selepas itu baru murid meyedari hal pembelajaran yang telah diajarkan. Implikasinya, guru terbuang masa kerana murid tidak dapat memproses maklumat pada waktu pembelajaran. Murid LINUS tegar pastinya memerlukan sokongan daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

ix.

Kontekstual Pembelajaran akan lebih mudah sekiranya melibatkan dua jenis ingatan, iaitu ingatan spatial dan latih tubi atau rote learning. Spatial ialah perbuatan merakam semula pengalaman sehingga pengalaman tadi menjadi rutin pembelajaran murid. Implikasinya, murid sudah terbiasa dengan latih tubi. Walau bagaimanapun, secara amnya latih tubi untuk ingatan tidak membantu pemindahan pembelajaran.

x.

Setiap Otak Unik Otak faham dan ingat dengan berkesan sekiranya fakta bersepadu, seperti item yang spesifik diberikan makna apabila tersepadu dalam pengalaman biasa. Implikasinya, ingatan spatial lebih berjaya dalam pembelajaran melalui pengalaman. Implikasinya, lebih banyak aktiviti kehidupan sebenar seperti demonstrasi, lawatan, projek, visual, drama, cerita, nyanyian dan seumpamanya akan menjadikan otak lebih unik dalam memproses maklumat.

xi.

Cabaran dan Ancaman

Pembelajaran didorong oleh cabaran dan disekat oleh ancaman. Otak belajar secara optimum sekiranya dicabar dengan tahap pemikiran yang sesuai. Otak berada dalam keadaan tidak upaya (helplessness) sekiranya cabaran itu tidak berkeupayaan dan menyebabkan otak tidak berfungsi. Implikasinya, pembelajaran secara fun learning atau DH sesuai untuk murid LINUS dalam situasi otak murid sentiasa diberi cabaran bukan ancaman. xii. Sedar / Tidak Sedar

Otak belajar secara optimum. Hal ini bermakna pembelajaran hendaklah sentiasa dalam suasana yang disedari oleh murid. Murid belajar apa yang disedari dan otak akan memproses data kesedaran tersebut. Guru hendaklah mengekalkan suasana sedar tetapi santai, dan tiada ancaman yang akan mengganggu otak bekerja (belajar). Implikasinya, memberi peluang kepada murid untuk mempamerkan kecondongan suasana pembelajaran. Kesemua prinsip pembelajaran di atas dapat dirumuskan dalam Rajah 2 di bawah.

Rajah 2: Prinsip Pembelajaran Berasaskan Otak (TPBO) Rajah 3 di bawah pula memperlihatkan cara untuk mencapai objektif pembelajaran berdasarkan 12 prinsip TPBO melalui aspek seni bahasa dan elemen DH dalam KSSR. Tiga teknik digunakan dalam DH, iaitu Selaman, Sedar dan santai serta pemprosesan aktif. i. Selaman Terancang (Orchestrated Immersion) Melalui DH, pembelajaran bahasa (bacaan) mampu membenamkan murid dalam pengalaman belajar bacaan. Sifat pengalaman belajar; kompleks, kaya maklumat dan

bahasa dunia sebenar. Guru sebagai juruubah pengalaman (orchestrator), mengubah pengalaman murid agar murid dapat membuat perkaitan yang bermakna. ii. Sedar tetapi Santai (Relaxed Alertness) Murid belajar dalam keadaan sedar dan santai. Elakkan mereka daripada berasa takut, bimbang, tetapi pada masa yang sama kekalkan persekitaran yang mencabar. Murid mesti ada cabaran yang bermakna. Murid akan sedar dan ada motivasi instrinsik untuk menangani cabaran kerana cabaran boleh merangsang murid berfikir dan sedia belajar. DH merupakan strategi belajar secara santai seperti menyanyi, berlakon, menggerak anggota badan, bercerita dan berdrama. iii. Pemprosesan Aktif (Active Processing) Menangani pengalaman dan menyelesaikan masalah dengan cara memproses secara aktif dengan memikirkan pelbagai cara. Membuat refleksi dan analisis dengan cara yang berbeza.

Rajah 3: Teknik Pembelajaran Berasaskan Otak

Satu contoh strategi pengajaran dan pembelajaran murid LINUS melalui DH bersandarkan TPBO, dapat dilihat dalam Jadual 3 di bawah. Tahun Lagu/Melodi Konstruk Strategi 12 Prinsip : : : : 1 Lagu Tiga Kupang 1 - Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan DH - Menyanyi lagu Elemen Pembelajaran kompleks A.Selaman Secara Harmoni (Orchestrated dan Immersion) Aktiviti Pengajaran Bacaan LINUS

Fisiologi Memina makna Membina pola Seluruh sebahagian

Elemen A,B,C
Memilih tema pembelajaran berdasarkan konstruk.

Emosi Fokus dan tidak fokus Jenis ingatan Konstektual Setiap otak unik

Mendengar rakaman lagu Menyanyikan lagu B. Sedar tetapi santai Elemen C,B, A (relaxed Menyanyikan lagu Lagu Tiga alertness) Kupang Bercerita tentang burung. C. Pemprosesan Mencari, memadan, mengitung Aktif (Active jumlah huruf vokal yang terdapat dalam lagu Processing)

Ancaman atau cabaran

Elemen C,A, B
Menulis huruf vokal dan huruf konsonan Murid menulis huruf vokal / a, e, i, u, o / dalam lembaran kerja. Murid menulis hufuf konsonan / b, d, f, g...x,.y.z /.

5.0 Kesimpulan Pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dilakukan oleh para pendidik. Kesemua kaedah, strategi dan pendekatan yang digunakan adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum yang digubal. KSSR adalah satu bentuk kurikulum yang mengetengahkan konsep belajar sambil berhibur, ceria dan santai (fun learning) untuk mengubah paradigma dan stigma murid belajar secara kaku (static). Kertas kerja ini cuba memaparkan tetang kepentingan DH dalam proses pengajaran murid LINUS, kerana program LINUS merupakan program mega bagi memastikan murid tahun 3 pada akhir tahun 2012 celik literasi yakni mencapai keupayaan membaca, menulis dan mengira (3M) secara tuntas. Peranan ini memanggil seruan untuk para guru bertindak sebagai agen pendidikan dalam membasmi kebutaan huruf dan kekaburan angka. Tidak ada lagi istilah buta huruf dalam kalangan generasi akan datang.

Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. DH dan seni dalam P&P BM merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti oleh murid-murid (Khairuddin Mohamad, 2011). Pengajaran ... bermula dari seorang guru biasa kepada pelajar yang kamil bahagia di dunia dan akhirat.

Rujukan Abdul Rahim Abd Rashid, 1999. Kemahiran Berfikir merentasi kurikulum. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Berhad. Asmah Haji Omar (1993). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan (2012). Peranan pendidikan bahasa dalam kehidupan. Dewan Bahasa (5): 16-19. Chiron.vadosta.edu/whuitt/files/stdtmotov.html

Condry, J. and Chambers, J. (1978). Instrinsic motivation and learning. In The hidden costs of reward, Lepper, M.R. & Greene, D. (Eds), 61-84 . New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Inc. Doryei,1990; Hansen (1999). Play and studies. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Inc. Hasnah Awang & Habibah Mohd. Samin (2010). Literasi bahasa Melayu. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Isahak Haron, (2004). Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan, Tanjong Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairuddin Mohamad (2011). Siri Pendidikan Guru Literasi Bahasa Melayu, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Bahasa Malaysia, Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Manual Am Pentadbiran Istrumen Literasi 2011, Saringan 4. Kuala Lumpur: KPM. Mahzan Arshad (2008). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan pelaksanaan, Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Malone T,W. dan Lapper, M.K.(1997) Making learning fun: A taxanomy of intrinsic motivations for learning. London: Lawrence Erlbaum Associates Publishers. Mohd. Azhar Abd.Hamid, Zainuddin Hassan, Esa Khalid dan Othman Abu Kasim (2003). Pendidik kreatif sebagai teras tranformasi literasi kreatif. Prosiding Seminar Kebangsaan

Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Piaget, J. (1954). The construction of relality in the child. New York: Basic Books. Rizuan Kamis (2012). Cabaran profesion keguruan. Dewan Masyarakat (5): 26-28.

http://wakmas.blogspot.com/2012_07_01_archive.html

You might also like