You are on page 1of 5

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 4 berasaskan Model ASSURE

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Kelas : Tahun 4 Kreatif 8 Mac 2013 2.20 3.20 : Pak Samad Seorang Penternak Binatang

Tarikh : Masa Tajuk :

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Mengisi sekurang-kurangnya tiga jawapan dengan betul berdasarkan jawapan yang disediakan.

Menulis sekurang-kurangnya dua ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan.

Menyatakan sekurang-kurangnya empat kata kerjayang terdapat dalam petikan.

FOKUS UTAMA:

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan itonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. ARAS :

Aras 3 (ii) - Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

FOKUS SAMPINGAN:

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

ARAS:

Aras 1(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

SISTEM BAHASA :

Kata kerja

PENGISIAN ILMU: NILAI: i Kasih sayang ii Kerjasama iii Usaha Sains Kajian Tempatan

BAHAN BANTU MENGAJAR: i Petikan ii Lembaran kerja

Set Induksi Langkah Isi Kandungan Set Induksi (5 minit) Bunyi Binatang: Lembu Kambing Ayam Itik Aktiviti 1. Guru memperdengarkan beberapa bunyi binatang. 2. Guru mengarahkan murid meneka bunyi-bunyi tersebut. 3. Guru mengaitkan bunyi tersebut dengan isi pelajaran. Catatan

Langkah 1 Langkah Isi Kandungan Langkah 1 (15 minit) Tajuk Petikan: Pak Samad Seorang Penternak Binatang Aktiviti 1. Guru mengarahkan murid membaca petikan yang dipaparkan di hadapan kelas secara senyap. 2. Guru bercerita kepada murid tentang cerita yang terdapat dalam petikan. 3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan petikan. 4. Guru mengedarkan lembaran kerja. 5. Guru mengarahkan murid menjawab lembaran kerja yang diedarkan. 6. Guru berbincang dengan murid jawapan yang betul. 7. Guru membetulkan kesilapan murid. Catatan

Langkah 2 Langkah Isi Kandungan Langkah 2 (20 minit) Perkataan: Menternak Memelihara Ayam Kolam Reban Kandang Aktiviti 1. Guru mengeluarkan beberapa perkataan yang terdapat dalam petikan. 2. Guru berbincang dengan murid makna perkataan-perkataan tersebut. 3. Guru mengarahkan murid membina ayat tunggal berdasarkan perkataan -perkataan tersebut. 4. Guru meminta sekurangkurangnya 10 orang murid membacakan ayatnya. 5. Guru membetulkan kesilapan murid. Catatan

Langkah 3 Langkah Isi Kandungan Langkah 3 (15 minit) Kata Kerja: Memelihara Membina Menternak Mencari Memberi Aktiviti 1. Guru menerangkan mengenai kata kerja. 2. Guru memberi beberapa contoh kata kerja. 3. Guru mengarahkan murid menyatakan kata kerja yang terdapat dalam petikan. 4. Guru membetulkan kesilapan murid. Catatan

Penutup Langkah Isi Kandungan Penutup (5 minit) Nilai murni: Kerjasama Usaha Kasih sayang Aktiviti 1. Guru menerapkan nilainilai murni yang terdapat dalam petikan. Catatan

You might also like