You are on page 1of 76

HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA NOR AMIZA RAZALI MAWARNI JAFFAR MARIANI NURDIN NORAINI ANGKUM

MOHAMED ASHRAFIZREE AHMAD JABATAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk melihat hala tuju pendidikan awal kanak-kanak di malaysia.Transformasi pendidikan yang berkesan mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap pembangunan ekonomi yang lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi. Elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu di terapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Hala tuju pendidikan awal kanak-kanak di malaysia, dilihat dari segi sistem pendidikan di malaysia, perbandingan pendidikan awal kanak-kanak dahulu dan sekarang,

transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem serta dasar kerajaan dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak.

PENGENALAN Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science, 1990). Kepentingan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal dan cabaran

pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat, tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Hal ini kerana kanakkanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah

agama. Mereka merupakan generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan islam sebagai agama sejagat (Mastura Badzis, 2008). Oleh yang demikian, dalam penulisan ini akan menghuraikan secara umum dan khusus berkaitan Hala Tuju Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia secara ringkas dan padat sebagai rujukan dan sumber ilmu pengetahuan berdasarkan fokus dari segi bidang yang berkaitan dengan pendidikan awal kanakkanak.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAHULU DAN SEKARANG DI MALAYSIA Sebagai institusi sosial yang utama, pendidikan akan terus menerima tumpuan dan perhatian masyarakat. Masyarakat akan tetap menaruh harapan yang tinggi terhadap kuasa dan pengaruh pendidikan. Tanda-tanda yang terdapat pada hari ini menujukkan bahawa masyarakat percaya kegemilangan masa depan akan bergantung kepada perlaksanaan sistem pendidikan. Apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah dan diberi pendidikan secara formal maka sekaligus anggota masyarakat itu telah mencorak dan menentukan hauan masa depan anak-anak mereka. Secara kasar, masa depan sesuatu sistem pendidkan itu ditetapkan oleh perkembangan yang terdapat hari ini dan juga perkembangan yang berlaku pada masa lalu (Robiah Sidin, 1992). Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran,

tingkah

laku,

dan

akhlak

yang

baik,

pengetahuan

kerohanian

dan

seni

mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan (Mohd Kassim Jaffar, 2001). Pada peringkat pertama, terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Menurut Mohd Kassim Jaffar (2001), Pendidikan keagaamaan dikatakan bermula sejak abad ke-15 dengan menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan tajwid (bacaan Al-Quran), fardu ain, membaca dan menulis jawi, menghafal doa-doa dan sebagainya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah" serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi British sahaja (Ummul Kasturi, 2010).

Pendidikan pada peringkat pendidikan telah berjalan secara ad hoc tanpa di kawalan oleh satu garis panduan yang konkrit. Hal ini kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di ' periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen ( benovelent welfare policy). Di sebabkan perkara ini, objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja. Pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system ) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk (Ummul Kasturi, 2010). Sistem pendidikan pada peringkat prakemerdekaan (1950-1957) semasa penjajah mentadbir Tanah Melayu, penjelajah menyedari tentang kepentingan pendidikan di tanah melayu, penjelajah menyedari perlunya memperbaiki kesilapan atas tindakan mereka. Hal ini kerana penjajah tidak mahu generasi akan datang menyalahkan ke atas tindakan penjajah. Dengan itu, mereka telah membuat dasar baru dalam sistem pendidikan iaitu mengembalikan hak peribumi seperti bahasa dan hak mendapatan pendidikan. Selain itu, dasar menyatupaduakan masyarakat berbilang kaum agar tidak berlaku kekacauan .yang dibuat menyedari perlunya penambahbaikan terhadap sistem pendidikan. Pada ketika ini, Pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan tetapi hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja (Ummul Kasturi, 2010).

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN AWAL MERDEKA Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India, dan negara jiran banyak berubah. Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan (Ummul Kasturi, 2010). Orang Melayu mula mendesak, supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuah jawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolahsekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransuransur kepada sekolah Kebangsaan dengan

memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina (Ummul Kasturi, 2010). Laporan Fen wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu, Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar (Ummul Kasturi, 2010). Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-

a) Laporan Razak (1957) Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah:1) Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan. 2) Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama. 3) Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia. (Musliha, 2004) Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia (Musliha, 2004). b) Laporan Rahman Talib (1960) Laporan Talib yang cita-cita diperakukan yang dalam Akta dalam Pendidikan Laporan 1961 Razak telah dan

mengabdikan

terkandung

menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu: 1. Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. 2. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah, dan menengah atas. 3. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir. 4. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. (Musliha, 2004) c) Laporan Kabinet (1979) Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah:1. Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. 2. Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) dan pengajaran pemulihan.

3. Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional. 4. Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun. 5. Pendidikan kerohanian yang kukuh. 6. Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran. (Musliha, 2004) Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan negaranegara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek, di samping berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut. Perlaksanaan kurikulum baru KBSR dan KBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979 (Manroy, 2009). Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan negaranegara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek, di samping berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut. Perlaksanaan kurikulum baru KBSR dan KBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979 (Manroy, 2009).

AKTA PELAJARAN 1961 Secara amnya, Akta Pelajaran 1961 adalah berdasarkan kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Penyata Razak 1956. Asas utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut adalah pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu. Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberi tumpuan atau penekanan kepada penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid (Ahmad Fauzi, 2009). Walaupun dari segi dokumen Akta Pelajaran 1961 merupakan satu risalah perundangan pendidikan yang komprehensif, namun akta tersebut perlu disemak semula. Setelah tempoh pelaksanaannya melebihi 35 tahun, akta tersebut telah menampakkan kekurangan dan didapati banyak lompong (loopholes) khususnya untuk menangani pelbagai perubahan serta cabaran baru dalam sistem pendidikan negara. Olehyang demikian, kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan mendapati akta tersebut memerlukansemakan, pemansuhan dan peruntukan-peruntukan baru selaras dengan keperluan dan cabaran pendidikan semasa (Ahmad Fauzi, 2009).

10

AKTA PENDIDIKAN 1996 Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang disediakan melalui akta ini adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan akan memenuhi keperluan negara, serta juga memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik (Ahmad Fauzi, 2009). Dekad terakhir abad ke-20 iaitu zaman dasar pembangunan Negara (1991-2000) menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, sebagai contoh, Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain (Kulanz, 2009). Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk: 1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari. 2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;

11

3. .Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma; 4. .Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan 5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. (Kulanz, 2009) PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINI Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Kulanz, 2009).

PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAHULU DAN SEKARANG DI MALAYSIA KURIKULUM Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di Malaysia bermula pada tahun 1970-an yang pada ketika itu lebih dikenali dengan kindergarten atau tadika yang dilaksanakan

12

secara lebih teratur dari tahun-tahun sebelumnya yang pada ketika itu hanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, NGO's clan pihak swasta. Pada tahun 2003, Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002, Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, NGO's dan swasta mulai 1 Januari 2003 (Laman Sesawang Prasekolah Baling Sik, 2009). Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri yang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan 1996. Inisiatif terkini KPM adalah membangunkan panduan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) pada tahun 2003 yang kemudiannya dikemas kinikan pada tahun 2010 untuk menghasilkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pembaharuan dalam kurikulum prasekolah kebangsaan ini diadakan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh para pendidik dalam menterjemahkan teori ke dalam dunia praktikal (Farida Yunus & Hasnah Toran, 2010). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan salah satu kurikulum yang terdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Sempena dengan perlaksanaan program pendidikan prasekolah annex iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan pendidikan

prasekolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993. Akta Pendidikan 1996

13

telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara ini. Hal ini, bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 1993). Komponen kurikulum prasekolah berdasarkan garis panduan ini ialah komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioekonomi, komponen perkembangan fizikal, serta komponen kreativiti dan estetika (IPGM Kampus Dato Razali Ismail, 2009). Kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang diguna pakai dalam rujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti. Ia dibentuk bagi memberi panduan kepada pendidik-pendidik mengenai pengurusan taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pegasuhan secara holistik, di samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir perkembangan kanakkanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob et al. 2008). Kurikulum PERMATA berbeza kerana

14

ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA ialah skop kurikulum PERMATA meliputi perkembangan sosio emosi, sahsiah dan kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan pra-matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia, perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri, serta aspek asuhan meliputi keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan dan amalan asuhan (PERMATA Negara, 2010). Pada masa sekarang, Kurikulum standard prasekolah kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Antara bentuk kurikulum standard prasekolah kebangsaan adalah meliputi komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, fizikal dan estetika, serta lestari dan sains teknologi (Bahagian

Pembangunan Kurikulum 2009).

BILANGAN KELAS DAN SEKOLAH

15

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1970 dengan memulakan projek rintis sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yang lebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992, berdasarkan mesyuarat Jemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Laman Sesawang Prasekolah

BalingSik, 2009). Semenjak dilancarkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)

Pendidikan, bermula pada Januari 2010, daripada 1353 yang dirancang untuk beroperasi pada tahun 2010, sebanyak 987 buah telahpun beroperasi mengikut pecahan berikut:

16

Selain itu, sebanyak 4 kelas prasekolah (tambahan) akan dibina dirumah panjang Sarawak dan 4 lagi akan dibina di Sabah (Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, 2010). TRANSFORMASI KURIKULUM DAN PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA PERUBAHAN DALAM KURIKULUM Maksud Perubahan dalam kurikulum Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perubahan bermaksud pertukaran, peralihan dan hal berubah. Oleh itu, perubahan kurikulum bermaksud kurikulum tersebut diubah kepada yang lebih baik ataupun boleh jadi lebih buruk lagi. Sekiranya, kita tidak dapat menerima hakikat dalam sesebuah perubahan menunjukkan ianya membawa ke arah lebih buruk. Menurut Razali Arof (1991), istilah atau konsep pembaharuan kurikulum adalah lebih khusus dan memberi gambaran bahawa kurikulum yang sedia ada akan diberi elemen-elemen yang baru dan diperbaiki dengan keadaan kurikulum yang ada supaya kurikulum tersebut menjadi lebih berkesan. Bagi mengamalkan pembaharuan sebuah kurikulum, yang paling penting mestilah terlebih dahulu terdapat satu bentuk kurikulum. Sekiranya kurikulum itu tidak ada, maka proses pembaharuan kurikulum sudah tentulah tidak boleh dilaksanakan.

17

Faktor-faktor Perubahan Kurikulum Razali Arof (1991), juga mengatakan terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan sesuatu kurikulum perlu diperbaharui. Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendiri dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktornya ialah: a) Kewujudan ilmu-ilmu yang baru atau perkembangan penemuan ilmu-ilmu baru.

Ilmu sentiasa berkembang dan tidak statik. Ilmu boleh dicari dengan kemudahan teknologi seperti membaca akhbar, majalah atau

mendengar melalui radio atau melihat melalui kaca televisyen. Contohnya, dalam bidang perubatan kita mendapati ia berkembang dengan pesat sekali. Sekiranya terdapat penyakit baru yang datang, penyelidik akan cuba mencari penawar untuk sesuatu penyakit itu. Oleh itu, ia penting kepada ahli-ahli pengubal kurikulum untuk mengemaskini supaya penerima kurikulum mendapat ilmu mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman. Ilmu-ilmu yang baru itu mungkin dalam prinsip atau teori dan sebagainya.

b) Keperluan individu.

Keperluan individu ialah berdasarkan minat dan kemahiran asas (3M) seseorang dan ini membolehkan murid untuk memperolehi kemahiran

18

sosial, berupaya memahami diri sendiri, mengembangkan minat dan potensi dan pembentukan perwatakan.

c) Keperluan universal.

Keperluan universal ialah dengan menyebarkan ilmu dan latihan kepada murid untuk membolehkan murid menerapkan pemahaman dan kerjasama secara universal. Keperluan universal juga dilakukan dengan penambahbaikan cara hidup masyarakat dengan menekankan nilai, sentimen, ilmu dan kemahiran untuk memastikan kestabilan masyarakat, motivasi individu dan kawalan tingkah laku.

d) Kehendak masyarakat yang berubah.

Kehendak masyarakat sentiasa berubah. Begitu juga dengan sesuatu benda, tiada yang kekal dan pasti akan berubah. Elemen yang mempengaruhinya ialah tahap kedewasaan dan tahap kematangan ahli-ahli masyarakat itu. Maka, setiap kemahuan masyarakat akan menjadi faktor penting perubahan kurikulum.

e) Perkembangan dasar kerajaan.

19

Pembaharuan

kurikulum

juga

boleh

berlaku

disebabkan

oleh

perkembangan dasar kerajaan. Setiap arahan daripada kerajaan memerlukan pihak pembentuk kurikulum meneliti semua kurikulum yang sedang digunakan dan seterusnya membuat pelbagai tindakan ke arah memperbaharui kurikulum sedia ada. Sekiranya tiada perubahan tentu ia menyimpang dengan kehendak kerajaan. Oleh itu, perkembangan dasar kerajaan mempengaruhi perubahan kurikulum.

f) Kelemahan yang telah dilakukan ataupun yang terdapat dalam kurikulum.

Contohnya, mungkin telah didapati bahawa proses pemilihan objektif ataupun isi bagi kurikulum telah tidak dilaksanakan dengan sempurna dan oleh hal yang demikian, menyebabkan kurikulum itu tidak dapat berkesan. Oleh itu, perwujudan aspek pembaharuan dalam sesuatu kurikulum itu wujud. (Razali Arof,1991)

Langkah-langkah Perlaksanaan Perubahan Kurikulum Razali Arof (1991), melaksanakan proses pembaharuan kurikulum mempunyai beberapa langkah yang perlu dilaksanakan atau perlu dilalui. Langkah-langkah itu perlu dilaksanakan supaya proses pembaharuan akan menjadi lebih berkesan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:

20

a) Mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan.

Aktiviti ini cuba menyelesaikan persoalan yang berkaitan dengan mengapakah sesuatu kurikulum itu boleh diubah? Jawapan kepada persoalan tersebut adalah penting kerana ia merupakan asas kepada aktiviti seterusnya. Sekiranya, kita tidak tahu atau tidak faham dan tidak jelas mengapa sesuatu kurikulum itu perlu diubah menyebabkan proses pembaharuan itu menjadi kacau dan tidak mempunyai rangka panduan dan tujuan yang sepatutnya. Maka perubahan tidak akan menjadi seperti yang diinginkan.

b) Mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum dengan masalah yang telah dikenalpasti.

Langkah ini adalah penting untuk mewujudkan bukti yang lebih kuat dan nyata lagi mengenai kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada itu. Malah, perlu dikenal pasti aspek-aspek kurikulum yang perlu dibaiki supaya menjadi lebih berkesan.

c) Mewujudkan objektif.

21

Pemikiran mengenai objektif sepatutnya selari dengan pemikiran yang diperolehi daripada langkah-langkah sebelumnya. Seterusnya, langkah haruslah sesuai dengan objektif pembaharuan yang telah diwujudkan.

d) Mewujudkan rangka bentuk atau model pembaharuan.

Langkah ini penting dilakukan supaya model yang akan diwujudkan nanti dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keseluruhan bentuk pendekatan proses pembaharuan itu. Dengan kata lain, unsurunsur praktikal dan realiti perlu diberi pertimbangan dalam perwujudan konseptual model tersebut.

e) Mengenalpasti keperluan dan kemudahan yang dikehendaki.

f) Membuat penilaian mengenai hasilnya.

Tujuan langkah ini untuk memberi gambaran awal mengenai hasil proses pembaharuan supaya dengan demikian, mereka yang

bertanggungjawab memperbaharui kurikulum ini tidak akan berasa terkejut dan gelisah sekiranya terdapat beberapa kelemahan selepas

22

dilaksanakan. Sekurang-kurangnya, kita dapat memikirkan cara mengatasi kelemahan yang ada.

g) Melaksanakan.

Langkah-langkah

yang

terlibat

diperingkat

ini

bukan

sahaja

memperbaharui kurikulum yang berkenaan tetapi melaksanakan kerjakerja menguji kurikulum yang telah diperbaharui. Penilaian formatif akan terus dilakukan dianalisa untuk terus memperbaikinya. Selepas itu barulah kurikulum ini diperkenalkan sepenuhnya kepada semua sekolah yang berkenaan. (Razali Arof, 1996)

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sekitar Tahun 1960-an. Sekitar tahun 1960-an, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat (Bernard Van Lee, 2009).

23

Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Mereka dipilih daripada Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor. Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van Lee, 2009).

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sekitar Tahun 1970-an Pada tahun 1970, melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun (Mohd Faiz et al. 2009). Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/Sekolah Asuhan)(Pendaftaran).

24

Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988 dalam Mohd Faiz et al. 2009) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90 % daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998 dalam Mohd Faiz et al. 2009). Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak. Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, sekitar tahun 1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation, 2009).

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sekitar Tahun 1980-an. Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan

25

awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut (Mohd Faiz et al. 2009).

TRANSFORMASI DAN PEMBAHARUAN PENDIDIKAN Menurut Muhyiddin (2009), sistem pendidikan di Malaysia sentiasa melalui proses transformasi dan pembaharuan dari masa ke masa seiring dengan peredaran zaman. Dalam dasar awal selepas merdeka, pendidikan Malaysia menjadi wahana penting untuk membangunkan negara dan memupuk perpaduan nasional. Oleh itu, dasar awal pendidikan kebangsaan digubal untuk mencapai dua matlamat penting ini. Sewaktu Malaysia sedang mengorak langkah sebagai sebuah negara industri baru yang pesat membangun dalam dekad 80-an dan 90-an, pendidikan menjadi wahana untuk melahirkan sumber manusia yang berupaya untuk mengisi keperluan perindustrian negara. Kini, ketika Malaysia sedang bersiap sedia untuk melakukan lonjakan berganda bagi mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi, pendidikan menjadi wahana penting untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berketerampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan (Muhyiddin, 2009). Menurut Muhyiddin di Majlis Perasmian Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 (2009), keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan, di samping mengekalkan matlamat asas untuk melahirkan insan yang baik, merupakan prasyarat utama kepada kejayaan rakyat
26

memajukan negara dan pada masa yang sama membina masyarakat yang beradab. Malah, sistem pendidikan yang berfungsi dengan baik ialah sistem yang sentiasa melalui proses transformasi dan pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, beberapa dasar yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, termasuk dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan memperkasa pendidikan prasekolah merupakan komponen penting transformasi dan pembaharuan yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan negara, yang mana natijah akhirnya ialah berlakunya peningkatan pada kualiti pendidikan (Muhyiddin, 2009).

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES TRANSFORMASI DAN PEMBAHARUAN PENDIDIKAN YAB Perdana Menteri menjadikan pemeluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berdaya maju dan mampu memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Pengenalan NKRA pendidikan merupakan sebahagian daripada proses transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan Malaysia akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini (Muhyiddin, 2009).

27

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Dalam Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan (2010), kerajaan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu Prasekolah, Literasi & Numerasi (LINUS), Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah. Kurikulum khas untuk literasi dan numerasi telah direka khusus untuk kanakkanak berkeperluan khas. a) Prasekolah. Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan , 2010).

72% enrolmen untuk kohort kanak berumur 4+ dan 5+ menjelang 2010

b) Literasi & Numerasi (LINUS) Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan, 2010).

90% Menguasai Literasi &Numerasi pada 2010 28

c) Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT) Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolahsekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan, 2010).

Sasaran 20 HPS menjelang 2010

d) Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan, 2010).

2% Pengetua/ Guru Besar menerima ganjaran menjelang 2010

29

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN Terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta. Dari segi statistik didapati sehingga kini, KPM telah menyediakan sebanyak 7511 kelas prasekolah, KEMAS sebanyak 8,525, JPNIN 1643 dan prasekolah swasta yang berdaftar sebanyak 6378. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 2.9 peratus (69.9%) daripada kadar enrolmen pada tahun 2009 iaitu 67 peratus (Muhyiddin, 2010). Dalam Pelan Hala Tuju (GTP) 2010 memetik, bagi mencapai sasaran kadar penyertaan 72% dan 87% masing-masing pada hujung 2010 dan 2012 (dari kadar sekarang 67%), Program Transformasi Kerajaan telah mengenal pasti tujuh teras bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti, iaitu: 1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah dalam Kementerian Pelajaran (MOE) untuk mentadbir semua penyedia prasekolah (Pelan Hala Tuju (GTP) , Jabatan Perdana Menteri , 2010). Penubuhan tersebut juga ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras semua dasar dan pelaksanaan prasekolah Kerajaan dan Swasta yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran dan dianggotai oleh Ketua Pengarah KEMAS dan JPNIN serta pihak swasta. Jika selama ini, prasekolah KPM, KEMAS dan JPNIN bergerak secara bersendirian, tetapi

30

dengan

adanya

jawatankuasa

ini,

maka

semua

dasar-dasar

berkaitan

prasekolah dapat diselaraskan (Muhyiddin, 2010). 2. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta (Pelan Hala Tuju (GTP) , Jabatan Perdana Menteri , 2010). 3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita (Pelan Hala Tuju (GTP) , Jabatan Perdana Menteri , 2010).

Dari segi geran per kapita yang disediakan kepada kanak-kanak prasekolah agensi kerajaan akan diseragamkan sebanyak RM100 seorang kanak-kanak setahun. Dan pada masa yang sama, pihak Kementerian berusaha untuk meningkatkan kadar bantuan makanan kanak-kanak prasekolah daripada RM1.50 sedia ada kepada kadar yang lebih tinggi di semua agensi kerajaan di seluruh Negara (Muhyiddin, 2010). Kerajaan memperuntukkan RM4.9 juta pada tahun 2010 untuk operasi prasekolah swasta di kawasan miskin bandar dan luar bandar dan jumlah peruntukan itu akan ditingkatkan kepada RM5 juta pada tahun akan datang (Utusan Online, 2010).

31

4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah, lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun (Pelan Hala Tuju (GTP) , Jabatan Perdana Menteri , 2010). Guru lulusan ijazah akan diambil bagi menjadi pendidik di peringkat prasekolah di masa depan bagi meningkatkan kualiti pembelajarannya selaras dengan Dasar Pendidikan Negara. Langkah menyediakan guru terlatih ini boleh mengurangkan masalah kurangnya penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dalam kalangan pelajar (Muhyiddin, 2009). 5. Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4+ tahun, dianggarkan kira-kira 10,000 kelas tambahan (Pelan Hala Tuju (GTP) , Jabatan Perdana Menteri , 2010). 6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan

prasekolah bagi mencapai kelas tambahan yang diperlukan di samping mematuhi standard kebangsaan (Pelan Hala Tuju (GTP) , Jabatan Perdana Menteri , 2010). Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti tidak seharusnya diletakkan di atas pihak kerajaan sahaja. Meningkatkan perkongsian pintar kerajaan dan pihak swasta dalam pembangunan pendidikan pada semua peringkat daripada prasekolah sehinggalah ke peringkat menengah adalah sangat penting. Strategi ini selaras dengan Model Ekonomi Baru yang inginkan penglibatan pihak swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi negara. Dengan cara ini, akses kepada

32

pendidikan khususnya pendidikan prasekolah dapat diperluaskan (Muhyiddin, 2010). Dalam usaha meningkatkan perkongsian pintar kerajaan dan swasta supaya lebih banyak pendidikan prasekolah ditubuhkan, beberapa pendekatan baru telah diwujudkan, antaranya mempercepatkan tempoh kelulusan daripada agensi-agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk penubuhan prasekolah swasta daripada 40 hari kepada 7 hari sahaja. Dengan mempermudahkan proses ini, harapan kerajaan lebih banyak lagi pihak swasta akan menubuhkan prasekolah khususnya di kawasan berkeperluan tinggi. Mana-mana guru prasekolah swasta yang belum pernah mengikuti latihan atau tiada sijil pendidikan prasekolah akan diberikan kursus latihan secara percuma (Muhyiddin, 2010). 7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut (Pelan Hala Tuju (GTP), Jabatan Perdana Menteri, 2010).

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Kspk Bermula 1 Jan 2010, Prasekolah di seluruh Malaysia menggunakan kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010).

33

Rekabentuk Kurikulum Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010) : a) Kurikulum berasaskan standard b) Kurikulum berbentuk modular a) Kurikulum Berasaskan Standard Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010).

34

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran. Terdapat enam standard iaitu: a) Guru Prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak. b) Guru Prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya pembelajaran berkesan dan

membawa makna kepada murid. c) Guru Prasekolah perlu menjalankan kaedah seperti pentaksiran yang secara di berterusan Standard

menggunakan Pentaksiran.

pelbagai

dinyatakan

d) Guru Prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah. e) Penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid. f) Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru Prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan member nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).
35

b) Kurikulum Berbentuk Modular Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu (Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010): 1. Modul Asas terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. 2. Modul Bertema iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak).

Tunjang Pembelajaran Dalam Kspk :

Tunjang Komunikasi Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Tunjang Kemanusiaan Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
36

Tunjang Ketrampilan Diri

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M (Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010):

Membaca

37

Menulis Mengira Menaakul

Objektif Kspk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut: 1- Membina kecergasan badan. 2- Mempunyai tubuh badan yang sihat. 3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik. 4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri. 5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar. 6- Mempunyai kematangan emosi. 7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri. 8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan. 9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain 10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

38

11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya. 12- Mengamalkan nilai-nilai murni. 13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. 14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian. 15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas. 16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah. 17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian. 18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika. 19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya. (Program Prasekolah KPM, 2010) KURIKULUM PERMATA Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma, 1985). Oleh hal yang demikian, kurikulum awal kanak-kanak harus melihat kepada tahap

39

perkembangan mereka. Perkembangan kurikulum awal kanak-kanak di Malaysia telah berkembang secara baik sehingga kini dengan penubuhan agensi, institusi, dasar, program dan latihan yang berkaitan dengan kanak-kanak supaya impian Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan modal insan Negara yang hollistik dan produktif bermula dari peringkat awal kanakkanak lagi. Implikasi daripada polisi ini sebenarnya, kita akan Berjaya menghasilkan tenaga kerja dan warganegara yang produktif yang akan membawa pulangan ekonomi yang baik kepada Negara (Aminah Ayob et.al, 2008). Pada awal 2006, sekumpulan pakar yang dipimpin oleh Y.A Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia telah bertekad untuk membantu kerajaan melahirkan modal insan Negara yang holistik dan produktif, bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Oleh itu, Projek Perintis Setiap Anak PERMATA Negara telah dilaksanakan di lima buah pusat anak PERMATA Negara (PAPN) di luar bandar dan pinggir bandar. Hasil kajian yang dibuat, didapati projek perintis ini telah dapat memberi kesan yang sangat positif terhadap pembinaan sahsiah, jasmani, rohani sosial dan intelek kanak-kanak. Kini, setiap kanak-kanak akan berpeluang diasah bakat dan mindanya dari awal lagi untuk menjadikan mereka berjaya apabila dewasa kelak (Aminah Ayob et.al, 2008).

Falsafah PERMATA Falsafah permata adalah untuk melahirkan setiap anak permata negara, setiap anak amat berharga, setiap anak adalah modal insan negara. Malah, pendidikan awal kanak-

40

kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan Komunikasi mereka. Malah, fokus permata adalah kepada pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang memenuhi kriteria seperti berumur antara satu hingga lima tahun, menetap di pinggir atau luar bandar, datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah serta disertai berbilang kaum dan agama (Sekretariat PERMATA Negara, 2009).

Konsep Kurikulum PERMATA Konsepnya ialah menyediakan pengalaman pembelajaran untuk perkembangan holistik kanak-kanak. Pembelajaran awal dan amalan didikan dan asuhan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak, perkembangan bahasa, komunikasi dan awal literasi asas pembangunan intelek kanak-kanak. Malah, menghargai kepelbagaian potensi dan kebolehan kanak-kanak dengan melibatkan kolaboratif antara pendidik dan ibu bapa. Seterusnya, perkembangan maksimum berlaku dalam persekitaran yang kondusif selamat, ceria dan kasih sayang. Pembelajaran secara bermain diterapkan dan penjagaan kesihatan kanak-kanak penting untuk memastikan perkembangan fizikal dan minda yang sihat. (Aminah Ayob et.al, 2008)

Penekanan Kurikulum a) Kasih sayang dan kegembiraan b) Interaksi dan komunikasi c) Pemikiran dan pembacaan
41

d) Kebebasan pembelajaran, pengupayaan, dan belajar melalui bermain e) Menggunakan kebolehan dan potensi kanak-kanak f) Kegembiraan dalam bermain dan belajar g) Memperbanyakkan muzik , seni, nyanyian, lukisan, tarian, ritma dan lakonan h) Belajar bergaul dan saling memahami pelbagai budaya i) Pendidikan secara inklusif j) Pengesanan awal dan intervensi k) Menyediakan pendidikan dan asuhan kanak-kanak berkualiti mengikut standard antarabangsa (Aminah Ayob et.al, 2008) Komponen Pembelajaran PERMATA Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia serta mengandungi enam bidang pembelajaran seperti perkembangan emosi, rohani dan sosial. Malah, perkembangan dari segi bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan Pra matematik dan logikal. Seterusnya, perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan

pengurusan diri serta perkembangan daya kreativiti dan estitika. Bagi menyesuaikan kurikulum dengan perkembangan fizikal kanak-kanak selaras dengan umur mereka ia dipecahkan dalam lima modul iaitu Modul 1 : 0 6 Bulan, Modul 2 : 6 12 Bulan, Modul

42

3 : 1 2 Tahun, Modul 4 : 2 3 Tahun dan Modul 5 : 3 5 Tahun (Aminah Ayob et.al, 2008). Teknik pembelajaran permata ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Kurikulum permata menerapkan mereka juga suka berkawan dan

bersosial kanak-kanak kecil, Kanak-kanak suka meneroka, mengeksperimen, bertanya, mencipta dan merekabentuk, membina minat membaca dan berfikir sejak dari awal dan merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik (Aminah Ayob et al, 2008).

KURSUS-KURSUS

YANG

DIADAKAN

BAGI

MEMPERKASAKAN

SISTEM

PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK. Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Prasekolah Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Prasekolah diadakan pada 19 - 21 Ogos 2009 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur bagi Guru Besar Negeri Pahang. Slot yang diisi ialah seperti slot Pengurusan, Kewangan, Tatatertib dan Kurikulum Prasekolah. Hadir bersama dalam kursus ini ialah En, Zulkarnain Saidi, Pen. Pengarah Sektor Pend Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah, KPM dan Pen. Pengarah Unit Perkembangan Kurikulum KPM (Prasekolah Permata Hatiku, 2009).

43

Kursus Asas Tarian Tradisional Melayu Seramai 63 peserta terdiri Guru Prasekolah Negeri Pahang mengikut Kursus Asas Tarian Tradisional Melayu yang diadakan pada 25 hingga 29 Mei 2009 di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Semua bentuk dan bunga tarian tradisional telah didedahkan sebagai pengetahuan pada kelompok pertama kursus ini. Setiap daerah menghantar lima orang guru wakil bagi zon masing-masing (Prasekolah Permata Hatiku, 2009).

Mesyuarat Penyelarasan Brif Projek Prasekolah KPM Bertempat di Hotel Quality, Shah Alam, satu Mesyuarat Penyelarasan Brif Projek Prasekolah KPM kali ke 3 diadakan pada 16 - 18 Jun 2010. Intipati mesyuarat tersebut tentang spesifikasi kelas Prasekolah bagi perluasan kelas baru prasekolah di bawah NKRA (Prasekolah Permata Hatiku, 2010).

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Satu Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ) telah diadakan pada 19-22 Oktober 2009 untuk semua Penyelia Prasekolah PPD dan Penyelia KEMAS dari seluruh negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, N Sembilan dan Melaka (Prasekolah Permata Hatiku, 2009).

44

Pendedahan tentang kriteria yang perlu dilihat bagi pemantauan pelaksanaan dan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi rancangan tahunan, tema, jadual waktu dan pengajaran 'montessory' dan lain-lain. Pendekatan 50% BM dan 50% BI dalam P&P memungkinkan satu siri kursus latihan dalam Bahasa Inggeris yang diuruskan oleh KPM kepada guru prasekolah (Prasekolah Permata Hatiku, 2009).

DASAR KERAJAAN DAN KUALITI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA PENGGUBALAN DASAR Menurut Muhyiddin (2009), sesuatu dasar yang digubal tentunya mempunyai matlamat untuk dicapai. Dalam konteks pendidikan, dua matlamat penting yang lazimnya disasarkan ialah untuk membangunkan potensi insan secara menyeluruh dan memenuhi keperluan sosio-ekonomi negara. Kedua-dua matlamat ini saling berkait antara satu sama lain. Sesuatu sistem pendidikan yang bertujuan membangunkan potensi insan secara menyeluruh sudah pasti akan melahirkan manusia yang bukan sahaja mampu untuk memacu pembangunan ekonomi negara, tetapi juga mengisi makna kemajuan dengan nilai-nilai yang luhur. Lantaran itu, tokoh pembaharuan Islam tersohor, Muhammad Abduh, menegaskan bahawa matlamat asas pendidikan (al-talm wa al-tarbiyyah) ialah untuk membentuk sahsiah insan melalui penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa peribadinya agar ia menjadi insan yang baik (rijlan slihan f nafsih).

45

Dasar pendidikan di Malaysia dipandu oleh Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan insan kamil, iaitu insan yang terbangun segala potensi manusiawinya secara sempurna dan seimbang. Dalam erti kata lain, matlamat pendidikan di negara kita ialah untuk melahirkan insan yang baik melalui sistem pendidikan yang mampu menggarap dan membina potensi akal, jasmani, emosi dan rohani murid secara holistik. Matlamat ini yang melandasi setiap dasar dan perancangan pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di negara kita. Justeru itu, dalam mencapai matlamat melahirkan modal insan yang akan mengisi keperluan untuk memajukan ekonomi negara di masa hadapan, kita bukan sahaja menekankan aspek penguasaan ilmu dan kemahiran, tetapi juga keterampilan dan keperibadian insan yang mulia (Muhyiddin, 2009).

PENGGUBALAN DASAR AWAL KANAK- KANAK Latar Belakang Pelbagai kajian mengenai perkembangan awal kanak-kanak khususnya di bawah umur 4 tahun menjelaskan bahawa otak kanak-kanak mengandungi 100 bilio sel saraf (neuron) yang akan membina perhubungan (sinaps) apabila sel-sel dirangsang. Hampir 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku dengan pantas semasa mereka berumur di bawah 4 tahun. Ini membuktikan bahawa peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan seseorang individu (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

46

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara, memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan dan misi ini seharusnya dimulakan sejak dari lahir bagi memastikan perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak lebih optimum dan bersedia apabila memasuki alam persekolahan formal di umur 5 tahun (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). Dasar yang komprehensif diperlukan atas pelbagai sebab yang rasional. Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mewujudkan Dasar Pendidikan Awal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Sehingga kini, masih belum ada satu dasar yang komprehensif yang menggabungkan asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun di negara ini. Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini merupakan asas penting sebagai landasan jangka panjang dari pelaburan awal dalam pembangunan modal insan seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Penumpuan kepada peringkat umur ini merupakan salah satu strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan

menghasilkan insan berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan teknologi dan sosioekonomi global (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). Keperluan menyediakan program Early Childrens Education Curriculum (ECEC) yang berkualiti adalah sangat penting kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanak-kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar

47

di masa hadapan. Ini disebabkan program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21 yang berteraskan teknologi dan ICT (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). a) Penyataan Dasar Penjelasan secara khusus penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanakkanak Kebangsaan ialah: "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanakkanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada". (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. Justeru itu, semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahankemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-kanak (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Objektif Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan

48

Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah:i. Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa. ii. Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan. iii. Membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanakkanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan. iv. Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif; v. Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. vi. Meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal.

49

vii.

Memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanakkanak. (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009)

Komponen Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak ini meliputi 4 komponen utama iaitu: i. ii. iii. iv. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Kemudahan Fizikal Tenaga pendidik Penglibatan Ibu Bapa (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009)

i.

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan adalah berasaskan kurikulum PERMATA dan kurikulum Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Kurikulum PERMATA telah dibangunkan selaras dengan kurikulum Sure Start yang diguna pakai di Pen Green Centre, Colby, England. Kurikulum ini telah diuji rintis di empat belas buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN), dan dikaji semula serta dibuat penambahbaikan dengan mengambil kira kurikulum-kurikulum Kursus

50

Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, kurikulum Sijil Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak TASKA (SAPAKT) dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Hasil daripada penambahbaikan ini, maka sebuah Kurikulum Kebangsaan yang lengkap telah digubal untuk kegunaan TASKA di seluruh Malaysia (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

ii.

Kemudahan Fizikal Kemudahan fizikal dan persekitaran pembelajaran pusat pendidikan awal akan menyumbang kepada pembinaan keyakinan, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak. Pada masa ini, kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan oleh pelbagai agensi di sektor awam adalah berbeza disebabkan oleh keupayaan kewangan. Kemudahan yang berbeza-beza ini tidak berupaya memberi hasil pembelajaran yang optimum kepada kanak-kanak terutama di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Bagi membolehkan penyertaan maksimum dari kumpulan sasar adalah dicadangkan supaya Pusat PERMATA ini diwujudkan di lokasi yang berhampiran di kawasan kediaman kumpulan sasar (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

iii.

Tenaga pendidik

51

Perkhidmatan Tenaga Pendidik yang terlatih dan berkelayakan akademik sekurang-kurangnya di peringkat Diploma dalam bidang perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak telah dibuktikan sebagai antara faktor terpenting menyumbang kepada kejayaan program pendidikan awal yang bertujuan membina asas perkembangan emosi dan minda kanak-kanak yang kukuh. Tenaga Pendidik yang berkelayakan dalam perkembangan kanakkanak diperlukan atas sebab-sebab berikut: a) Pendidik memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah dan sikap anak-anak. Khususnya bagi kanak-kanak yang baru mengenali diri, emosi dan kebolehan interaksi sosial mereka. b) Hasil pembelajaran awal yang positif hanya boleh dipastikan oleh pendidik yang berkualiti dan berkelayakan dan mereka perlu membantu kanakkanak yang buat pertama kalinya berada dalam kumpulan anak-anak dari bangsa, budaya dan agama yang berlainan. c) Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan kanak-kanak, rakan sekerja dan keluarga kanak-kanak. d) Berkeupayaan melaksanakan program, menggunakan peralatan

pembelajaran secara berkesan. e) Berdaya kreatif dan mampu membawa perubahan sesuai dalam kehidupan kanak-kanak dan keluarga mereka. (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009)

52

iv.

Penglibatan Ibu Bapa Kajian menunjukkan perkembangan dan prestasi pembelajaran anak-anak adalah lebih baik apabila ibu bapa mereka terlibat secara aktif dan berterusan dalam pendidikan mereka sejak awal lagi. Penglibatan aktif dan sokongan ibu bapa di peringkat ini akan dapat meningkatkan potensi pembelajaran anakanak melalui penerusan kaedah pembelajaran tersebut di rumah. Asuhan dan didikan yang serupa di pusat dan di rumah akan membantu kesinambungan proses pembelajaran dan mengelakkan kekeliruan di kalangan anak-anak. Di samping itu, ia juga dapat menjalinkan perhubungan yang rapat di antara ibu bapa dan tenaga pendidik, juga bagi membolehkan pendidik mengenali serta memahami anak-anak dengan lebih mendalam. Dengan yang demikian ibu bapa adalah di wajibkan untuk menyumbang kepada aktiviti pusat sekurangkurangnya 4 jam sebulan (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Menyentuh tentang pendidikan prasekolah, kesedaran telah ditunjukkan bukan sahaja oleh masyarakat malah di peringkat atasan juga. Seperti dinyatakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998) iaitu pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan kanak kanak. Oleh itu, program yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran, meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-

53

kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun, pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup bermasyarakat. Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi untuk mengendalikan pusat prasekolah. Dengan kewujudan pelbagai model prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan akan wujud pula paradigma 'rumah satu tiang seribu atau infinit' disebabkan kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum yang digunakan di prasekolah.

Pemerhatian penulis ke tadika-tadika semasa penyeliaan pelajar praktikum menunjukkan kebanyakan tadika swasta memberi penumpuan yang lebih kepada aspek kognitif, iaitu, kemahiran 3M. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga yang menitikberatkan aspek lain seperti sosial, moral dan keagamaan serta berbagai lagi penekanan yang berbeza (Mariani, 2006).

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI Aspek Perundangan Peranan dan tanggungjawab agensi dalam pelaksanaan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah berasaskan aspek perundangan, prinsip bidang tugas, amalan sedia ada dan kesediaan agensi (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

54

Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2008 [P.U.(A)170/2008] dalam PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri (2009) memperuntukkan bahawa Y.B Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah

bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan dengan penggalakan dan penguatkuasaan perkhidmatan asuhan kanak-kanak dan pusat jagaan, pembentukan dasar dan strategi program pembangunan kanak-kanak dan penyelarasan dan pemantauan program pembangunan kanak-kanak. Manakala Menteri Pelajaran adalah bertanggungjawab ke atas perkara- perkara berkaitan dengan pengurusan pendidikan prasekolah, rendah dan menengah (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini

menggabungkan dua aspek, iaitu pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Walaupun aspek pengasuhan adalah suatu komponen dalam Kurikulum ini, namun fokus utama Kurikulum adalah berhubung dengan pendidikan yang merupakan perkara spesifik di bawah tanggungjawab Menteri Pelajaran, manakala komponen pengasuhan adalah perkara umum di bawah tanggungjawab Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berdasarkan bahawa tanggungjawab spesifik mengatasi tanggungjawab umum, oleh yang demikian perkara berkaitan dengan penggubalan, pelaksanaan, naziran Kurikulum Kebangsaan ini serta penyediaan guru boleh diletakkan di bawah Menteri Pelajaran (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

55

Kementerian Pelajaran Peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran mencakupi perkara--perkara menggubal Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan berasaskan Kurikulum PERMATA dengan mengambil kira aspek asuhan Kurikulum KAAK. Ini bagi memastikan kesinambungan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang

diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun dan melakukan pengawalseliaan, pemantauan / naziran ke atas pelaksanaan Kurikulum serta berperanan dalam penyediaan tenaga pendidik, termasuk perkara-perkara berkaitan dengan penetapan kelayakan pengasuh dan tenaga pendidik (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah agensi bertanggungjawab

menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak Tahun 1984 (Akta 308). Akta tersebut meliputi antara lain aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA bagi mematuhi penetapan ciri-ciri piawaian minimum yang merangkumi tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah ruang oleh pusatpusat asuhan yang berdaftar. KPWKM dari itu perlu meneruskan peranan dan tanggungjawabnya seperti mana di bawah Akta tersebut. Di samping itu JKM juga perlulah meneruskan peranannya sebagai agensi penyelaras Taska Komuniti (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

56

Jabatan Kemajuan Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu meneruskan peranannya sebagai agensi pelaksana program asuhan dan didikan awal kanak-kanak melalui TASKA KEMAS dengan tumpuan kepada kawasan-kawasan di luar bandar. Namun demikian, pengubahsuaian perlu dilaksanakan dari segi pemakaian Kurikulum, teknik

pembelajaran, serta keperluan fizikal dan peralatan pembelajaran di TASKA-TASKA KEMAS mengikut kemampuan dari segi kewangan dan tenaga pengajar (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada masa kini terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun atau di peringkat prasekolah. Adalah dicadangkan supaya Jabatan ini menubuhkan juga Pusat PERMATA di TABIKA Perpaduan untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah di kawasan bandar dan pinggir bandar (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Pada peringkat permulaan, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak

Kebangsaan (NCDRC) akan melaksanakan pengawalseliaan dan naziran ke atas


57

pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan secara pentadbiran sebelum diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dan menyediakan keperluan latihan tenaga pendidik sehingga Kementerian Pelajaran bersedia untuk melaksanakannya (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). Di samping itu, peranan dan tanggungjawab NCDRC juga akan diperluaskan bagi melaksanakan tugas-tugas seperti menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan kanak- kanak, menjadi pusat rujukan dan memberi khidmat latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA serta lain-lain pihak yang berminat, mewujudkan pangkalan data kanak-kanak seluruh Malaysia bagi tujuan memantau dan menyelidik perkembangan kanak-kanak seluruh Malaysia, menerbitkan bahan bacaan atau rujukan mengenai pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak hasil dari kajian yang dijalankan berasaskan keperluan pembangunan kanak-kanak dan membina jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak di Malaysia (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) di bawah Jabatan Perdana Menteri akan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti menjadi urus setia kepada Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara, menyelaras perluasan Program Didikan dan Asuhan Awal Kanak-kanak PERMATA di seluruh negara dan mengurus 14 Pusat PERMATA sedia ada sebelum pengurusannya diserahkan kepada Kementerian Pelajaran (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

58

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN DASAR Pelaksanaan Dasar ini akan dijalankan secara berperingkat melalui Fasa I dan Fasa II mulai tahun 2009 (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Fasa Pertama (mulai 2009).

Pemakaian Kurikulum Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Di Taska Yang Dikelolakan Oleh Kerajaan. Pemakaian Kurikulum Kebangsaan ini hanya terpakai bagi TASKA yang dikelolakan oleh Kerajaan atau badan-badan berkanun seperti TASKA KEMAS yang dikelolakan oleh KEMAS, Kementerian Kemajuan Luar Bandar, TASKA Perpaduan yang dikelolakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, TASKA Kementerian Pertahanan dan Pusat Anak PERMATA Negara (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). Pemakaian kurikulum ini boleh dibuat secara pentadbiran, tanpa perlu meminda mana-mana undang-undang. Hal ini kerana TASKA yang dikelolakan oleh agensi Kerajaan tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang. Seksyen 3 Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) telah mengecualikan TASKA yang dikelolakan oleh kerajaan daripada pemakaian Akta tersebut. Bagi TASKA yang dikelolakan oleh pertubuhan perbadanan dan perlu berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanakkanak 1984, seperti TASKA FELDA, pertubuhan perbadanan boleh memilih untuk

59

menerima pakai Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Pusat PERMATA KEMAS Fasa 1 akan melibatkan peningkatan taraf 304 taska sedia ada dari aspek latihan, perjawatan, kemudahan dan peralatan (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). i. Latihan Bagi melaksanakan kurikulum PERMATA di semua Taska KEMAS sepenuhnya, latihan tambahan kepada pegawai dan kakitangan KEMAS sedia ada yang mengendali dan memantau Taska KEMAS perlu diadakan seperti kursus Jurulatih Utama kepada seramai 20 orang Jurulatih KEMAS dan Pegawai / Penyelia Prasekolah untuk menjadi 'Master Trainers, kursus Orientasi Kurikulum PERMATA kepada seramai 840 orang Pengasuh dan Penyelia / Pegawai Pemantau. Ia akan di buat secara berperingkat dalam jangka masa 3 tahun, mempertingkatkan tahap kelulusan akademik Pemaju Masyarakat sedia ada ke peringkat diploma di institusi pengajian tinggi secara jarak jauh pada hujung minggu, latihan pra perkhidmatan kepada Pemaju Masyarakat baru yang akan dilantik dan dengan mengambil kira nisbah seorang pengasuh kepada 5 orang kanak-kanak dari itu program PERMATA KEMAS akan memerlukan seramai 818

60

orang pengasuh tambahan (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

ii.

Kemudahan Premis dan Peralatan Bagi menjadikan Taska KEMAS setaraf dengan Pusat PERMATA

pengubahsuaian dan naik taraf dari segi ruang dan kemudahan serta peralatan pembelajaran perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

iii.

Perjawatan Pada masa kini jawatan Pemaju Masyarakat Taska KEMAS adalah bertaraf kontrak dengan tangga gaji disandarkan ke jawatan Gred N11. Dengan perancangan latihan dan cadangan peningkatan tahap kelulusan akademik, gred jawatan Pemaju Masyarakat Taska KEMAS ini perlu disesuaikan selaras dengan kelulusan akademik. Di samping itu KEMAS juga memerlukan penambahan jawatan sebanyak 818 orang di peringkat Pemaju Masyarakat dan 356 orang di peringkat Pembantu Taska (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Penubuhan Pusat PERMATA Perpaduan

61

Sebagai permulaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mencadangkan supaya Taska PERMATA Perpaduan ini dilaksanakan dalam lingkungan kawasan Rukun Tetangga di bandar dan pinggir bandar seperti di Pusat Aktiviti Perpaduan, pusat Rukun Tetangga dan bangunan Tabika Perpaduan. Bagi Fasa I sebanyak 105 Pusat PERMATA Perpaduan akan ditubuhkan iaitu 15 bagi tahun 2009, 30 buah Pusat pada tahun 2010 dan 60 buah Pusat pada tahun 2011. JPNIN mencadangkan supaya Pendidik dilantik pada Gred S27 dengan pembantunya pada Gred N11 berasaskan kelayakan akademik mereka (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009). Bilangan jawatan yang diperlukan bagi 105 Taska PERMATA Perpaduan ialah seperti berikut: Tahun 2009 2010 2011 Jumlah TASKA 15 30 60 105 60 120 240 420 Pendidik Pembantu Pendidik 30 60 120 210

Penubuhan Pusat PERMATA FELDA FELDA bercadang untuk memperluaskan program PERMATA dengan menambah lima lagi Pusat iaitu di FELDA Jaya Raja Alias, FELDA Gugusan Besout, FELDA Gugusan Kertih, FELDA Ciku Kelantan dan FELDA Tenggaroh. Bangunan- bangunan sedia ada di lokasi-lokasi tersebut akan dinaiktarafkan supaya sesuai dengan keperluan program PERMATA (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

62

Penubuhan Pusat PERMATA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan Pusat PERMATA di 5 buah lokasi iaitu Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur (Markas ATM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur (Markas Tentera Darat), Pangkalan TLDM Lumut (Markas Tentera Laut), Pangkalan Udara Subang (Markas Tentera Udara), dan Taskanita Kementerian Pertahanan (PUSPANITA). ATM seterusnya akan menambah 8 lagi Pusat PERMATA ATM iaitu 4 lokasi bagi Tentera Darat, 2 lokasi bagi Tentera Laut dan 2 lokasi bagi Tentera udara (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Fasa Kedua (Mulai 2010)

Pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Di Taska Swasta Sekiranya pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak ini akan dijadikan mandatori bagi semua TASKA, termasuklah yang ditubuhkan dan dikelolakan oleh pihak swasta, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 bagi pemakaian Kurikulum Kebangsaan prasekolah di TADIKATADIKA termasuk TADIKA Swasta, maka pindaan hendaklah di buat kepada Akta Pendidikan 1996 bagi memasukkan peruntukan yang serupa (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

63

Berhubung

dengan

Akta

Taman

Asuhan

Kanak-kanak

1984

yang

memperuntukkan mengenai pengawalseliaan taska swasta, khususnya pendaftaran TASKA swasta, walaupun ia tidak memperuntukkan mengenai penggubalan dan pemakaian kurikulum di TASKA, namun pemakaian Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak adalah di peruntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Di Institusi) 1985 yang dibuat di bawah Akta tersebut. Memandangkan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang digubal oleh Kementerian Pelajaran akan terpakai bagi semua TASKA, maka beberapa pindaan mungkin perlu dibuat kepada Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984. Bagi melaksanakan pemakaian Kurikulum Kebangsaan di semua TASKA swasta, adalah dicadangkan supaya pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dipinda pada tahun 2010 (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

AKTA Akta 611 Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia juga boleh dilihat seawal tahun 1947 dengan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak pada 1991. Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju konsep perlindungan terhadap kanak-kanak dan juga mengakui bahawa perlunya pembaharuan di dalam undangundang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan

64

komprehensif mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan iaitu Akta KanakKanak 2001 (kemudian disebut sebagai Akta 611) dan telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002. Tajuk panjang Akta 611 berbunyi (Jal Zabdi bin Mohd Yusoff & Zulazhar bin Tahir, 2005): Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Akta 611 merupakan satu Akta yang merangkumi pelbagai isu penting mengenai kanak-kanak. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapaatau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanakkanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak,

penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya (Jal Zabdi & Zulazhar, 2005).

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Akta ini dinamakan Akta Pendidikan 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri

65

boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini (Akta Pendidikan 1996, 1997). Dalam bab 2 Akta ini menceritakan tentang larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau pengurusan tadika iaitu (Akta Pendidikan 1996, 1997): 1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini. 2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. Di dalam Akta ini juga mengatakan tentang kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika. Kurikulum prasekolah iaitu program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri. Selain itu, Akta ini juga menyebut tentang walaupun terdapat bahasa kebangsaan, bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib (Akta Pendidikan 1996, 1997).

DASAR PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK DI KUCHING. Di Sarawak, satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang lebih bersifat tempatan akan dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan pelaksanaannya di
66

negeri tersebut kerana demografi di Sabah dan Sarawak tidak sama dengan demografi di Semenanjung Malaysia. Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah, dasar bersifat tempatan itu penting kerana ia sesuai dengan keperluan dan ciri-ciri perkembangan penduduk di Sarawak. Datin Fatimah yang juga pengerusi MPPAK mengakui untuk menyediakan akses pendidikan awal kanak-kanak terutama pembinaan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) bagi yang berusia empat tahun dan ke bawah memerlukan peruntukan yang banyak daripada kerajaan pusat dan negeri. Menurut Datin Fatimah, pendidikan Taska perlu diberi penekanan kerana kemajuan prasekolah (Lima hingga enam tahun) di negeri tersebut tidak jauh ketinggalan kerana ia disediakan Kementerian Pelajaran (Utusan Borneo, 2010).

KESIMPULAN

67

Secara keseluruhanya, dapat disimpulkan bahawa pendidikan awal kana-kanak di malaysia sentiasa mengalami perubahan selaras dengan kemajuan negara. Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri yang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan 1996. Dengan itu, pihak KPM telah menyediakan sebanyak 7511 kelas prasekolah, KEMAS sebanyak 8,525, JPNIN 1643 dan prasekolah swasta yang berdaftar sebanyak 6378. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 2.9 peratus (69.9%) daripada kadar enrolmen pada tahun 2009 iaitu 67 peratus. Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak terus berkembang maju apabila pihak NCDRC akan diperluaskan bagi melaksanakan tugas-tugas seperti menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan kanak- kanak, menjadi pusat rujukan dan memberi khidmat latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA serta lain-lain pihak yang berminat, mewujudkan pangkalan data kanak-kanak seluruh Malaysia bagi tujuan memantau dan menyelidik perkembangan kanak-kanak seluruh Malaysia, menerbitkan bahan bacaan atau rujukan mengenai pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak hasil dari kajian yang dijalankan berasaskan keperluan pembangunan kanak-kanak dan membina jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak di Malaysia Selain daripada itu, program Early Childrens Education Curriculum (ECEC) yang berkualiti adalah sangat penting kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanak-

68

kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar di masa hadapan. Ini disebabkan program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21 yang berteraskan teknologi dan ICT. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

RUJUKAN

69

Ahmad Fauzi. 2009. Perbandingan Akta. Diperolehi pada 23 ogos 2010 daripada http://www.sahc.kedah.edu.my/esei_karya/Microsoft%20Word%20Perbandingan %20akta.pdf Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin dan Mahani Razali. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009: Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Bernard Van Leer. 2009. About the Bernard van Leer Foundation. Diperoleh pada 24 ogos 2010 daripada http://www.bernardvanleer.org/English/Home/Aboutus.html Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan. 2010. Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada

http://skguarchempedak.com/v2/wpcontent/uploads/downloads/2010/07/1275279 590.pdf Department of Education and Sciences (DES). 1990. Starting with Quality, London, HMSO. Fatimah. 2010. Dasar pendidikan awal kanak-kanak bersifat tempatan dikemukakan. Diperolehi pada 17 Ogos 2010 akan daripada

http://www.theborneopost.com/?p=19441

70

Farida Yunus & Hasnah Toran. 2010. Kajian Awal Adaptasi Silang Budaya Ke Atas Instrumen Penaksiran Autentik Untuk Kanak-kanak Berumur 3 Hingga 6 Tahun. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada

http://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jilid%202%202010/bil %207%20kajian%20adaptasi.pdf Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia. 1993. Diperolehi pada 3 ogos 2010 http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com IPGM Kampus Dato Razali Ismail. 2009. Pendidikan Prasekolah Di Malaysia, http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2009_06_01_archive.html pada 28 Ogos 2010 Jabatan Perdana Menteri. 2009. Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan. Selangor: PERMATA Negara Jabatan Perdana Menteri. 2009. Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan. Diperolehi pada 24 Ogos 2010 daripada

www.permata.jpm.my/.../Dasar_Asuhan_dan %20Didikan_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan.pdf

Jal Zabdi & Zulazhar. 2005. Akta Kanak-Kanak 2001:

71

Penguatkuasaan Semula Tugas dan Tanggungjawab Ibu Bapa atau Penjaga? Diperolehi pada 17 Ogos 2010 daripada

http://www.commonlii.org/my/journals/JMCL/2005/6.html#Heading9 Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009. Dokumen Standard Prasekolah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kulanz. 2009. Diperolah pada 18 September 2010 daripada

http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia/ Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. 2009. Pengurusan Kurikulum. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://saabd.net/pra/news.php Mariani. 2006. Realiti Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal. Diperolehi pada 17 Ogos 2010 Kanak-Kanak daripada

http://myais.fsktm.um.edu.my/4917/1/8.pdf Mastura Bazdis. 2008. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia. Diperolehi pada 24 ogos 2010 dari

http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/

Mohd Faiz, Nik Mahadi, Noralina, Nor Arini & Wong Chit Trai. 2009. Jelaskan Sejarah

72

Perkembangan Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak Kanak Di Malaysia. Diperolehi pada 17 Ogos 2010 daripada http://www.google.com.my/search? q=Jelaskan+Sejarah+Perkembangan+Asuhan+Dan+Pendidikan+Awal Mohd Kassim Jaafar. 2001. Perkembangan Pendidikan di Malaysia dalam Ilmu Pendidikan DPM. Diselenggara oleh Abdul bin Ali. Kuala Lumpur: utusan publication & Distributors Sdn Bhd Manroy. 2009. Dasar pendidikan di Malaysia. Diperolehi pada 19 ogos 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia Musliha. 2004. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia. Diperolehi pada 19 ogos 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/14533952/Perkembangan-Sistem-

Pendidikan-Di-Malaysia Noresah. 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur. Nur Fadzni, Maimunah, Nor Fadhilah, Roshidayani & Nor Hamizah. 2009. Gaya Dan Kaedah Pengajaran Guru Prasekolah Dalam Sains Awal. Diperolehi pada 17 Ogos 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-KaedahPengajaranGuru-Prasekolah-Dalam-Sains-Awal

Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 2010. Diperolehi pada 20

73

Ogos

2010

daripada

http://www.blogcikgu.com/perkongsian/pekeliling-

kurikulum-

standard-prasekolah-kebangsaan

Pelan Hala Tuju. 2010. Program Transformasi Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri. Diperolehi pada 21 Ogos 2010 daripada

http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP.pdf PERMATA Negara. 2010. Kurikulum Permata. Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://www.permata.jpm.my/kurikulum.asp Prasekolah, diperolehi pada 23 ogos 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah Prasekolah Permata Hatiku. 2009. Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Diperolehi pada 20 Ogos 2010 daripada

http://prapermata.blogspot.com/2009/10/kursus-orientasi-kurikulumstandard.html Program Prasekolah KPM. 2010. Objektif KSPK, Diperolehi pada 19 Ogos 2010 daripada http://prasekolah-kpm.blogspot.com/2010_01_01_archive.html Razali Arof. 1991. Pengantar Kurikulum. Selangor. Percetakan Bahasa dan Pustaka

74

Robiah Sidin. 1992. Tujuan Dan Haluan pendidkan Dalam Abad ke-21 dalam Aliran dalam amalan pendidikan menjelang Abad ke 21 disunting oleh juriah Long et.al ( 1992). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekretariat PERMATA Negara. 2009. Program Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak - kanak Permata Negara. Selangor: Jabatan Perdana Menteri Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan. 2010. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan . Diperolehi pada 22 Ogos 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/24496351/Taklimat%E2%80%99s Ummul Kasturi. 2010. Perkembangan Pembangunan Pendidikan. Diperolehi secara pada 29 ogos 2010 daripada Nkra

http://wacanailmupgsr.blogspot.com/2010/01/perkembangan-pembangunanpendidikan.html Muhyiddin. 2010. Geran Permulaan RM4.9 Juta Untuk Prasekolah Swasta. Utusan Malaysia Online. Diperolehi pada 25 Ogos 2010 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? ala ysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

y=2010&dt=0412&pub=Utusan_M

Muhyiddin. 2010. Guru Berijazah Mengajar Di

75

Prasekolah, Diperolehi pada 18 Ogos 2010 daripada http://prasekolah-kpm.blogspot.com Muhyiddin. 2009. Majlis Perasmian Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012. Diperolehi pada 17 Ogos 2010 daripada http://pkpsmlk.webs.com/siarankpm.htm Muhyiddin. 2010. Ucapan TPM sempena majlis pelancaran pemberian geram permulaan prasekolah swasta di bawah NKRA pendidikan, Diperolehi pada 18 Ogos 2010 daripada

http://unitprasekolahjpnt.blogspot.com/2010/04/ucapan-tpm-sempena-majlis pelancaran.html

76

You might also like