You are on page 1of 5

CABARAN: KESEDIAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks

pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu: 1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya. 2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu. 3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari". 4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan dorongan c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah. 5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif. JESSICA AGNES FLETCHER (196878) CABARAN: KEBERKESANAN KOKURIKULUM SEKOLAH Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan

melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini. Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar. CABARAN: PENGURUSAN PENDIDIKAN Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti: 1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan. 2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. 3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. 4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail. 5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar. 6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. 7. Penempatan pelajar dalam kelas. 8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. 9. Pembinaan jadual waktu guru. 10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. 11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru. PERANAN PENDIDIK

Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan

bahawa proses globalisasi telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan. Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar. NG NOOR VEEN (197475)

PERANAN PELAJAR Isuisu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati hati dalam memilih segala maklumat yang diperolehi. Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada

tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar. Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang. SITI NORSAIDAH BT MOHD AZIMI (195751) PERANAN IBUBAPA Ibu bapa merupakan contoh terbaik untuk pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ia bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti anak-anak supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Keindahan tingkah laku dalam diri anak-anak menjamin masa depan yang cerah bagi belia untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam cabaran globalisasi masa kini terutama di Malaysia semakin mencabar. Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang terbaik dalam mengorak langkah bagi membimbing anak-anak mereka ini. Seawal dalam kandungan lagi, ibu bapa haruslah cuba untuk menjaga permakanan dan kesihatan agar dapat melahirkan anak yang baik. Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik dari guruguru dan seboleh-bolehnya ibu bapa haruslah cuba untuk memenuhi keperluan pelajaran mereka seperti menyediakan komputer peribadi kepada mereka, bahan-bahan bacaan yang mencukupi dan memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan agar masa terluang mereka tidaklah diabaikan begitu sahaja. Tambahan pula, ibu bapa mesti sentiasa peka dengan pembelajaran anak-anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik agar mereka dapat belajar dalam persekitaran yang baik dan tenang bagi memudahkan mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa menemani anak mereka terutama pada waktu malam sekiranya ibu bapa ada kelapangan bagi menemani anak-anak mengulangkaji pelajaran. Dengan itu, tidaklah mereka berasa sunyi dan ada teman untuk berbual atau teman ketakutan. Maka, jelaslah peranan ibu bapa amatlah besar dalam cabaran globalisasi pendidikan masa kini di Malaysia khususnya. NUR AMIRA BINTI ISMAIL (195612) ESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan

yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah: budaya pembelajaran sepanjang hayat kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar perubahan peranan guru dalam bilik darjah peluang pendidikan terbuka luas persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

kadar pengangguran semakin meningkat pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda perdagangan pendidikan penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani

berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

You might also like