P. 1
Perkembangan Sains Dan Teknologi Dalam Islam

Perkembangan Sains Dan Teknologi Dalam Islam

|Views: 209|Likes:
Published by Fadzrulez Amri

More info:

Published by: Fadzrulez Amri on Apr 16, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/06/2016

pdf

text

original

Perkembangan Sains dan Teknologi Dalam Islam

Sains dan teknologi zaman Anbiya’ Sains dan teknologi zaman Rasulullah SAW Sains dan teknologi zaman kerajaan-kerajaan Islam Sumbangan sains dan tekologi Islam kepada peradaban dunia

Disediakan oleh:

Hj Fadzlullah Hj Shuib miqdad4@gmail.com....jalinusfarabi@gmail. com....muhasibisuyuti@gmail.com UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan

•Keperluan mengkaji sejarah dalam Islam Konsep dan gagasan sejarah Ibn Khaldun menyatakan:

Sejarah Sains dan Teknologi Dalam Islam

‫خبر عن االجتماع االنساني الذي هو عمران العالم‬ Ibn Khaldun merumuskan insan dlm Konteks perubahan adalah: ‫االنسان مدني للطبعي‬
4/16/2013 2

Sejarah Sains dan Teknologi Dalam Islam

ْ َ‫ولِي اِّل‬ َ ‫د‬ ‫ب‬ ْ َ‫لَق‬ َ ‫ك‬ ْ‫ع‬ َ‫ب‬ َ َ‫ان فِي ق‬ ِ ‫لبَا‬ ِ ‫م‬ ِ ‫ص‬ ْ ُ‫رةٌ أِّل‬ ْ‫ه‬ ِ ‫ص‬
Maksudnya:Demi sesungguhnya kisah Anbiya` itu mengandungi pengajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang2 yang mempunyai akal fikiran.Surah Yusuf ayat 111. •S & T Zaman Anbiya` Allah SWT telah mentanzilkan sains dan teknologi kepada Adam a.s. dan zuriatnya terutama para Anbiya’ a.s. yang mewarisi kekhalifahan dan kepimpinannya.
4/16/2013 3

Firman Allah SWT:

• Historiografi Islam menerima kewujudan Haramisah ( Hermes atau guru Falsafah dan Sains ) yang dikenal dalam sejarah sains Barat sebagai Corpus Hermeticum. • Hermes pertama ialah Nabi Idris a.s.yang merupakan keturunan ke enam Nabi Adam a.s..Nabi Idris mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang astronomi,matematik dan teknologi binaan.

4/16/2013

4

Kemahiran Anbiya` dalam S & T
Para Anbiya’ a.s. seperti Adam a.s.( menguasai ilmu bahasa,pertanian dan kejuruteraan besi ),Idris a.s. ( adalah keturunan ke enam dari Adam a.s. mahir dalam lapangan astronomi,perubatan,matematik dan kejuruteraan binaan ),Nuh a.s. ( adalah nabi yang ke empat selepas Adam a.s. berkeahlian dalam kejuruteraan pembuatan kapal ),Nabi Ibrahim a.s. ( mendalami astronomi ) dan Nabi Daud a.s. ( kejuruteraan besi dan pakar strategi peperangan ) bukan sahaja mahir dalam ilmu kerohanian dan teologi tetapi mereka juga mempunyai kemahiran tertentu yang menjadi mukjizat kenabian untuk melestarikan dakwah 4/16/2013 5

Imam al-Bukhari dan Jaafar al-Sadiq dalam karya2 mengenai “al-Tibb al-Nabiyy” SAW. • Kepakaran Nabi Muhammad SAW dalam sains perubatan dirakamkan oleh Ibn alQayyim.pentadbiran.organisasi dan peperangan yang turut menjayakan misi kerasulannya pada abad ke 7 M.Penguasaan Nabi Muhammad SAW dalam S & T khususnya Perubatan dan Ketatanegaraan • Kemahiran Nabi Muhammad SAW dalam bidang ketatanegaraan. 4/16/2013 6 .

(S.1992.2 Sains dan teknologi zaman Rasulullah SAW Zaman Nabi Muhammad SAW 610 – 632 M • Era ini amat penting dalam konteks tercetusnya budaya ilmu Islam yang ditayangkan melalui gagasan Iqra‟ yang ditiupkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.H.Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam).Nasr. • Profesor S.1. Nasr menyatakan bahawa benih spiritual yang ditanam oleh Nabi Muhammad SAW sejak abad pertama Islam telah membuahkan kesan zahir dalam bidang sains dan teknologi pada abad ke 4 dan ke 5 Islam. 4/16/2013 7 .H.

Sains dan teknologi zaman kerajaankerajaan Islam • Zaman Khulafa‟ al-Rasyidin 632 – 661 M : Dua usaha penting dalam konteks sains dan teknologi Islam pada era ini iaitu pertama. penyerapan tradisi Parsi dan Yunani dalam bidang pentadbiran dan peperangan terutama pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. 4/16/2013 8 .Kedua. perluasan wilayah Islam yang meliputi sebahagian wilayah Romawi seperi Iskandariah dan Parsi yang memiliki pusatpusat sains.

4/16/2013 9 .kimia dan astronomi terutama pada zaman al-Walid bin Abdul Malik ( 705 – 715 M ).Zaman Bani Umayyah 661 – 750 M : • 90 tahun pemerintahan Bani Umayyah telah bermulanya tahap penterjemahan karya-karya sains asing terutama dalam bidang sains amali seperti perubatan .Cina.India. Perluasan Wilayah Islam juga turut mensintesiskan sains Islam dengan sains Yunani.Parsi.Babylon dan Mesir.

Antara kriteria utama era Abbasiyah dapat diikhtisarkan sebagaimana berikut : 4/16/2013 10 .Zaman Abbasiyah 750 – 1258 M • Zaman Abbasiyah diidentitikan oleh para sarjana sejarah sains sebagai Zaman Keemasan Intelektual Islam disebabkan pencapaian cemerlang pada period tersebut dalam berbagai inovasi sains dan teknologi.

alBiruni dan al-Ghazzali yang mewakili kaum intelektual masyarakat Neo-Muslim Abbasiyah yang terbilang.zoologi dll .Ibn Haytham. ii.geogra fi.optik. al-Kindi.i.matematik.Muhammad bin Musa al-Khawarazmi. Mereka menghasilkan pelbagai disiplin ilmu dan metodologi sains yang merangkumi kimia.Ibn Sina.astronomi.biologi.perubatan. Keunggulan polisi sains atau naungan politik para khalifahnya terutama al-Ma‟mun (813833 M) terhadap para cendekiawan dan kegiatan intelektual mereka. Kemunculan failasuf saintis spt Jabir bin Hayyan. 4/16/2013 11 botani.al-Farabi.fizik.

Demikian juga lahirnya aliran-aliran pemikiran Islam dalam bidang tasawuf.ilmu kalam.Pada era ini muncul aliran-aliran fiqh Islam yang berpengaruhseperti Malikiyyah.falsafah.sains dan berbagai bidang pemikiran Islam yang lain. 4/16/2013 12 .Hanabilah.• iii. Era Abbasiyah juga telah memperkukuhkan penginstitusian ilmuilmu tradisi Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.Syafi‟iyyah.Hanafi yah dan seumpamanya.

universiti hospital ( bimaristan ). dan kompleks sains yang menjadi mekanisme kebangkitan sains dan teknologi Islam. 4/16/2013 13 .• iv.Universiti Nizamiyah. Tercetus penginstitusian ilmu yang meliputi ilmu-ilmu wahyu dan rasional telah berjalan dengan lebih bersemarak lagi dengan kemunculan Bayt al-Hikmah sebagai pusat penterjemahan karya-karya ilmu asing ke dalam bahasa Arab yang menjadi wahana kepada kebangkitan intelektual Islam yang tiada tolok bandingnya. perpustakaan. • v.observatori. Kemunculan rangkaian Madaris ( madrasah-madrasah ).

al-Zahrawi dan lain-lain tokoh sains dan teknologi Islam Sepanyol atau Andalus telah terpahat di dada sejarah intelektual.Ibn Hazm.Kejatuhan Sepanyol Islam bererti bermulanya kebangkitan Eropah Kristian Moden yang diikuti dengan kemunculan Zaman Moden.Islam di Andalus /Sepanyol 711 – 1492 M • Kebangkitan Intelektual Islam Sepanyol juga telah mewarnai zaman Pertengahan Eropah yang menyumbangkan zaman renaisans Eropah.Ibn Tufail.Kesarjanaan Ibn Rushd.Ibn Firnas. 4/16/2013 14 .

Hasan bin Nu‟man alGhassani.Maslamah.Misi perluasan wilayah Islam di kedua-dua benua Afrika dan Eropah telah dijayakan oleh panglima-panglima Islam yang berkaliber.Andalus sebagai anugerah Tamadun Islam kepada kebangkitan Eropah Perluasan wilayah Islam (al-Futuhat alIslamiyyah) di Afrika dan Sepanyol telah berlaku pada zaman pemerintahan Bani Umayyah terutama dalam era pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (685-705M) dan puteranya Al-Walid bin Abdul Malik (705 -715M).Musa bin Nusair dan Tariq bin 4/16/2013Ziyad.Antaranya „Uqbah bin Nafi‟. 15 .

• • • • • Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol meliputi empat tahap.961-976M.iaitu: Tahap pembinaan (750-852M) Tahap krisis (852-912M) Tahap kecemerlangan (912-976M) era pemerintahan Abdul Rahman III alNasir. 4/16/2013 16 .912-961M dan puteranya alHakam II al-Mustansir. Tahap kemerosotan (976-1002M).

Ibn Sidah(md 1066M).Malaga dan Dervia mencapai puncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III dan alHakam II.Said al-Andalusi (md 1070M).Badajoz.Cordoba merupakan pusat pentadbiran dan intelektual yang utama di Andalus.Marwan Ibn Hayyan (md 1075M).17 .al-Qali.Granada.Kota ini dan kota-kota lain seperti Seville.Almeria.Naungan politik pemerintah ke atas bidang intelektual menyebabkan mekarnya kegiatan keilmuan yang menaungi bintang-bintang keilmuan seperti Ibnu Abdul Rabbíh (860-940M).Ibn Hazm(994-1064M).Toledo.Va lencia.Ibn Zaydun(1003-1071M).Ibn 4/16/2013 Abdul Barr (md 1071M) dan Ibn al-Qutiyah.alZubaydi.

Ibn Jubayr (md 1217M).Ibn Bajjah (md 1138M). 18 4/16/2013 .al-Idrisi (md 1115M).Pada zaman pemerintahan al-Murabitun dan al-Muwahhidun yang berpengkalan di Afrika Utara.Ibn Basykuwal (md 1183M).Ibn Zuhr (md 1162M).Ibn Khaqan (md 1137M).Ibn Tufayl (md 1185M) dan Ibn Rusyd (md 1198M).Ibn Sabin (md 1269M).Antara mereka ialah Ibn Bassam (md 1148M).Ibn „Arabi (md 1240M).Andalus telah dianugerahkan dengan seangkatan ilmuan yang gemilang di sekitar abad ke 12 dan 13M yang merupakan kesinambungan kecemerlangan intelectual Islam Andalus sebelumnya.Ibn Baytar (md 1248M).

Tokoh-tokoh sejarawan lain adalah Ibnu Musa al-Razi (md 886M) dan Marwan ibnu Hayyan (md 1075M) yang menghasilkan karya-karya sejarah yang terperinci seperti ensiklopedia sejarah. 4/16/2013 19 .falsafah.perundangan.• Sejarawan yang terawal muncul di Andalus ialah Abdul Malik ibnu Habib (md 845M) yang menghasilkan 1000 buah karya mengenai sejarah.akhlak.tatabah asa.sastera dan sejarah.Antara karya besarnya “al-Matin” sebanyak 50 jilid dan “alMuqtabis” sebanyak 10 jilid.Sejarawan unggul Andalus berikutnya ialah Ibn Hazm (md 1064M) menghasilkan 400 karya dalam teologi.puisi.

al-Bakri ( md 1094M).al-Idrisi (1100-1166M) dan Ibn Batutah (md 1377M).Muhammad bin Yusuf al-Warraq (md 973M).beliau telah mencipta glob yang diperbuat daripada perak yang menggambarkan keadaan muka bumi secara komprehensif. 4/16/2013 20 .Ketika berkhidmat dengan Raja Roger II di Sicily.• Ahli geografi tersohor Andalus ialah Ahmad bin Muhammad al-Razi (md 936M).Ketokohan al-Idrisi sebagai ahli geografi Islam Amat menyerlah.Beliau dianggap orang yang pertama menghasilkan peta dunia.Ahmad bin Umar al-„Udhiri (md 1084M.Abdullah al-Hijari (md 1155H).Semua usaha al-Idrisi yang didedikasikan kepada Raja Roger itu telah dibukukan yang dipanggil The Book of Roger atau didalam bahasa Arab disebut ”Nuzhat al-Musytaq fi Ikhtinaq”.

Afrika Timar.Yaman. 4/16/2013 21 .Selain al-Idrisi pengembara ilmiah Andalus ialah Ibnu Jubayr (1145-1219M) dan pengembara ulung Ibnu Batutah (1304-1377M) yang telah menjelajah ke Afrika Utara.Constantinopla.Hasil pengembaraan itu telah dirakamkan didalam adikaryanya “Rihlah Ibn Batutah”.Laut Hitam.Crimea.Afghanistán.I ndia dan China.Lembah Nil.Laut Merah.Asia Timar.Mekah.Syria.Lapangan geografi telah mencetuskan kegiatan pengembaraan.Iraq.

Keindahan bangunan-bangunan di Andalus meliputi bahagian luaran dan dalamannya.077 perumahan penduduknya serta 80.60.600 buah masjid yang indah.Antara gubahan kesenian senibina Andalus diilhami rekabentuk geometri yang halus dan kompleks disulami pula dengan khat dan ukiran Arab yang syahdu.300 rumah-rumah pegawai kerajaan dan tentera.900 tempat mandi umum.• Lapangan senibina mencapai tahap yang cemerlang di Andalus.455 gedung-gedung 4/16/2013 22 .AlSyaqundi didalam nukilannya “Rísalah” telah menditilkan bahawa menjelang abad ke 10M Cordoba memiliki 1.213.Mencu tanda kegemilangan senibina ialah istana Alhambra yang dinisbahkan sebagai “The artistic genius of Muslim Spain”.Al-Muqarri didalam karyanya “Nafh al-Tibb” telah memperincikan senibina kota Cordoba yang mengasyikkan.

Ibnu Abi „Ubaydah.Karya-karya astronomi kaum Muslimin Andalus telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona.Maslamah alMajriti (md 1008M).Michael Scot dan Kalonymons David.Jabir ibn al-Aflah (md 1150M) dan Abu Ishak al-Bitruji ( md 1204M).al-Zarqali dari Toledo. • 4/16/2013 23 .• Astronomis Andalus yang paling terbilang ialah Ma SyaAllah (md 815M).Berikutnya muncul astromis yang bernama Abu Ma‟syar (md 886M).

4/16/2013 24 . • Kemuncak pencapaian sains perubatan Andalus dijuarai oleh Abu al-Qasim al-Zahrawi (936-1013M) yang pernah berkhidmat di istana al-Hakam II sebagai pakar bedah.Manakala ahli perubatan yang terkenal pada era pemerintahan al-Hakam II dan Hisyam II di Andalus ialah Ibn Juljul yang dilahirkan di Cordoba pada tahun 943 M.Beliau telah menghasilkan adikarya dalam bidang sains pembedahan yang dinamakan “al-Tasrif”.Ahli perubatan tersohor selepas al-Zahrawi ialah Abu Marwan ibn Zuhr (md 1162M) yang memiliki kepakaran dalam bidang farmasi.• Ahli sains perubatan terawal Andalus ialah Ahmad Ibn Iyyas (md 856M).

Ibn Rusyd telah merevolusikan pemikiran intelectual golongan elit Eropah dan membantu usaha ke arah pembebasan pemikiran yang dibelenggu oleh aliran-aliran klasikal. Ibn Rusyd (1126-1198M) telah meninggalkan dampak yang mendalam kepada kebangkitan “The Enlightenment” Eropah.Pengaruh aliran falsafah beliau menguasai Eropah sehingga abad ke 17M.Ibn Rusyd dan Maimonides.Karyakarya Ibn Rusyd telah dijadikan teks rujukan terpenting di universiti-universiti Eropah pada abad ke 14 dan 15 Masihi terutama dalam memahami logik Aristotle.Apa yang menarik kebanyakan failasuf Andalus juga turut tercebur dalam bidang perubatan.Dalam lapangan falsafah. 4/16/2013 25 .Ibn Tufayl (11051185M).Antara mereka ialah Ibn Bajjah (md 1139M).

Mesir dan Mesopotamia.Al-Kindi ( 801-873 M ).algebra.Thabit bin Qurrah ( 826 – 901 M ).Antara penemuan matematik Islam ialah sistem nombor.Tokohtokoh utama bidang ini ialah Muhammad bin Musa al-Khawarazmi ( 780-863 M ). 4/16/2013 26 .trigonometri dan geometri.Yunani.sistem perpuluhan arismatik.4 Sumbangan sains dan tekologi Islam kepada peradaban dunia • Sumbangan Para Intelektual Islam Klasikal dalam Sains dan Teknologi • i Matematik : Bidang matematik Islam berkembang hasil dari aktiviti ahli matematik Islam mensintesiskan metodologi matematik India.1.Al-Biruni ( 973 – 1051 m ).

960 M ).Abu al-Fath „Umar al-Khayyam ( 1048 M – 1121 M ). 1424 M ).Abu Kamil Syuja‟ bin Aslam ( 850 – 930 M ).Abu Bakar al-Karkhi ( m.d. Abu al-Hasan al-Qalsadi ( 1412 – 1487 M ) dan Baha` al-Din al-„Amili ( 1547 – 1622 M ). 4/16/2013 27 .d.Abu al-Wafa al-Buzjani ( 940 – 997 M ).d. Jamsyid Al-Kashi ( m.d. 1024 M ). 929 M ).Karya utama beliau ialah Kitab al-Jabr wa al-muqabalah. Tokoh paling cemerlang dalam matematik Islam ialah AlKhawarizmi yang dianggap bapa Algebra.Abu Ja‟far AlKhazini ( m.• al-Battani ( m.

pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.Ahli-ahli astronomi generasi pertama Islam muncul pada pertengahan abad ke 8 Masihi di Baghdad. 112 ).Ahli astronomi Muslim telah meneruskan tradisi astronomi Ptolemy serta tradisi Parsi dan India.1976. 28 4/16/2013 .ii Astronomi : Ia merupakan sains kajian bintang yang melibatkan kedudukan.Rekod terawal mengenai pencerapan astronomi dalam dunia Islam bertarikh 184 H apabila Ahmad alNahawandi mencerapi pergerakan matahari di Parsi ( Nasr.

sungai atau laut.Alat ini digunakan untuk menentukan altitud bintang.Ia juga boleh digunakan untuk mengukur waktu.ketinggian gunung serta dalamnya perigi. 4/16/2013 29 .Manakala alat astronomi yang terpenting ialah astrolab yang berbilang kegunaannya.matahari dan planet.• Para astronomis Islam telah membina balai-balai cerap atau observatori untuk melakukan pencerapan cakerawala.Antara observatori terkenal dibina di Maraghah pada tahun 657 H.

Sains astronomi menekankan metod empirikal dengan pembinaan balai-balai cerap astronomi sejak zaman al-Ma‟mun hinggalah ke zaman Nasiruddin al-Tusi pada zaman Monggol abad ke 13 M.• Tokoh-tokoh astronomi Islam ialah Muhammad alFazari m.Demikian juga pencapaian bidang ini di Andalus dan Mesir dizaman Pemerintahan Fatimiyyah.Ibn alShatir.Muhyuddin al-Maghribi dan al-Kashani. 4/16/2013 30 .al-Khawarazmi.alBatani.d.al-Zarqali.Ulugh Beg. Abdul Rahman al-Sufi.Umar Khayyam.Nasiruddin al-Tusi.Abu al-Qasim al-Majriti.alBiruni.al-Faraghani.Qutbuddin al-Shirazi.Ibn Yunus.Abu al-Wafa alBuzjani. 777 M.Abu Said al-Sijzi.Abu Sahl al-Kuhi.

Sedangkan nilai yang diukur pada hari ini hanyalah 40.Para astronomis Islam telah diarahkan oleh Khalifah alMa`mun untuk mengukur lilitan bumi. • 4/16/2013 31 .• Sumbangan terpenting astronomi Islam ialah jumlah cerapan bintang dan cakerawala yang mengatasi rekod cerapan astronomis Yunani.yakni perbezaan kurang daripada 0.Mereka mendapati nilai sebanyak 40.Ibn Yunus pada tahun 397 H = 1007 M telah melaporkan di dalam jadual astronominya Kitab al-Zayj al-Kabir al-Hakimi tentang cerapan pertama yang dibuat oleh astronomis Islam pada abad yang ke 9 M lagi.000 kilometer melalui kutub.253 kilometer.5 %.068 kilometer melalui Khatulistiwa dan 40.

4/16/2013 32 .Pengukuran-pengukuran yang dihasilkan oleh para astronomis Islam telah dibukukan dalam bentuk jadual-jadual berupa taqwim atau kalendar.alBatani .Astronomis yang bernama al-Faraghani yang hidup se zaman dengan al-Khawarazmi telah menulis dua karya yang penting dalam bidang ini iaitu Usul al-Falak ( Prinsip Astronomi ) dan Jawami‟ „Ilm al-Nujum wa Usul al-Harakat al-Samiya ( Sains Bintang dan Prinsip Pergerakan Cakerawala ).Manakala Abdul Rahman al-Sufi mengarang karya astronomi berjudul Suwar al-Kawakib.astronomis se zaman dengan al-Faraghani mengarang jadual astronomi yang berjudul Zij alSabi.

Selanjutnya al-Zarqali.astronomi Islam yang menjadi pengarah observertori Maraghah menghasilkan karya astronomi berjudul Tazkirah ( Catatan astronomi ) dan tokoh astronomi Islam dari Samarqand .Nasir al-Din al-Tusi .astronomis Islam di Sepanyol telah menghasilkan jadual astronomi berjudul Zij Toledo.Ulugh Beg ( 1393 – 1449 M ) menghasilkan jadual astronomi berjudul Zij Ulugh Beg.al-Biruni pula menghasilkan karya berjudul Qanun al-Mas‟udi. 4/16/2013 33 .

iii Perubatan : Sains Perubatan Islam adalah hasil sintesis al-tib al-Nabawi atau perubatan Tradisi Nabi Muhammad SAW dengan perubatan yang berasal dari budaya ilmu asing Yunani.Mesir.Yahya al-Masawayh dan Jurjis bin Bakhtishu‟. 4/16/2013 34 .Babylon.Tokoh-tokoh terawal perubatan terdiri dari golongan Arab Nestorian yang beragama Kristian seperti Hunayn ibn Ishaq.Cina dan India.Parsi.

Beliau telah menghasilkan 200 buah karya perubatan.Selepas generasi Hunayn baru muncul tokoh-tokoh perubatan Islam seperti Zakaria al-Razi ( 865 – 925 M ). 4/16/2013 35 . Al-Razi mempelajari ilmu perubatan dari Hunayn bin Ishaq di Baghdad.Al-Razi sebagai seorang doktor yang mempunyai daya analisis yang tajam tentang gejala-gejala dan kesan-kesan penyakit.Beliau meletakkan etika perubatan di tempat yang tinggi dan menentang sebarang unsur penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan.cara pendekatan serta pemulihannya.

Beliau juga merupakan pengasas dan pengarah pertama hospital Baghdad.cacar tulen ( small pox ) dan campak biasa ( measles ). Kitab Al-Mansur dan Kitab alAsrar yang merupakan tiga buah ensiklopedia perubatan Islam yang agung sebelum Ibn Sina.Sumbangan terbesar al-Razi dalam sains perubatan ialah kajian beliau tentang penyakit dan pemulihan campak.Antara yang terkenal ialah Kitab AlHawi. 4/16/2013 36 .

4/16/2013 37 .• Tokoh kedua terpenting dalam bidang perubatan Islam ialah Ibn Sina ( 980 – 1037 M ) yang juga turut dikenali sebagai failasuf dan tokoh perubatan.Beliau telah menghasilkan 250 buku dalam berbagai bidang falsafah dan sains.Sehubungan ini beliau menghasilkan sebanyak 116 buah karya dalam bidang sains perubatan.

4/16/2013 38 .Islam dan hasil cerapan beliau sendiri.Keunggulan kitab ini apabila ia menjadi rujukan bukan sahaja di dunia Islam malah di Eropah selama enam ratus tahun.Kitab yasng merupakan ensiklopedia perubatan ini terdiri daripada 14 jilid yang boleh dibahagikan kepada lima bahagian penting iaitu .• Karya agung beliau dalam bidang ini ialah al-Qanun fi al-Tib yang merupakan gabungan pengalaman perubatan Yunani.

4/16/2013 39 .• i Asas-asas umum dalam perubatan • ii Ubat-ubatan mudah • iii Jenis-jenis penyakit pada anggota dalaman tubuh • iv Penyakit-penyakit biasa yang merebak ke seluruh tubuh seperti demam. • v Ubat-ubatan sebatian.

perubatan psikisomatis ( psychosomatic medicine ) dan memperkembangkan kaedah diagnosis melalui denyutan jantung ( pulse diagnosis ) untuk mengenal pasti ketidaklseimbangan humor dalam penemuan dan penentuan jenis penyakit.• Sumbangan besar Ibn Sina kepada sains perubatan ialah memperkembangkan ilmu psikologi . 4/16/2013 40 .

4/16/2013 41 .• Abu al-Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi ( 936 – 1013 M ) merupakan sebuah nama besar dalam bidang pembedahan di Andalus.Karya terpenting beliau dalam bidang pembedahan ialah Kitab al-Tasrif Li Man Ajiza al-Talif .Kitab mengandungi 30 bahagian yang terdiri daripada perbahasan berikut : • i Manual tentang peralatan pembedahan yang direka oleh al-Zahrawi.Bahagian ini mengemukakan tesis pembedahan berilustrasi dan pembekaman. • ii Seni amalan perubatan • iii Rawatan kauteri untuk menghentikan pendarahan.

d 1288 M ) dari Syria yang menghasilkan karya perubatan berjudul al-Syamil fi al-Sina‟at al-Tibbiyah yang memberi penjelasan tentang sistem peredaran darah melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru. 4/16/2013 42 . • 2 „Ala` al-Din Ibn Nafis ( m. • 3 Ali bin Isa dari Baghdad pengarang kitab perubatan dalam kajian optalmologi berjudul Tazkirat al-Khaza`in. Karya utama beliau dalam bidang perubatan ialah al-Kulliyat fi al-Tibb. • 1 Ibn Rusyd ( 1126 –1198 M ) yang juga tersohor sebagai failasuf Islam Sepanyol.Tokoh perubatan Islam yang lain ialah .

4/16/2013 43 . 1161 M ) menghasilkan karya perubatan berjudul Kitab al-Taysir fi al-Morawah wa al-Tadbir.d.Ia merupakan kitab perubatan yang menjelaskan perawatan penyakit batu karang dan penyakit telinga.Beliau juga merupakan pakar bedah Islam yang menghasilkan karya dalam bidang ini berjudul al-„Umdah fi al-Sina‟ah alJurahah. 944 M ) tokoh perubatan farmakologi yang melakukan penemuan analgesik ( dadah yang menghilangkan rasa kesakitan atau pembiusan ). • 6 Ibn al-Quff ( 1233 – 1286 ).• 4 Ali ibn al-Abbas al-Majusi ( m. • 5 Ibn Zuhr ( m.Beliau telah menghasilkan karya perubatan berjudul Kitab alMaliki yang terdiri dari 110 bab.d.

iaitu.• iv Kejuruteraan : Sains kejurutertaan yang • • • • • • • • • • dianggap oleh para cendekiawan Islam klasikal sebagai sebahagian daripada sains matematik terdiri daripada dua belas sub-bidang. i Bangunan xi Mekanik ii Ukur xii Industri iii Pelayaran dan pengapungan iv Optik v Cermin membakar vi Mesin perang vii Pusat graviti viii Pengangkatan bebas berat ix Neraca x Pertanian 44 4/16/2013 .

Hill membahagikan teknologi kejuruteraan kepada lapan bahagian . i Kejuruteraan mesin ii Kejuruteraan awam iii Kejuruteraan militeri iv Kejuruteraan perkapalan ( Navigasi ) v Kejuruteraan kimia vi Kejuruteraan tekstil.oleh Ahmad Y.kertas dan kulit ( pembuatan ) vii Kejuruteraan pertanian viii Kejuruteraan logam dan galian.iaitu . 45 4/16/2013 .al-Hassan dan Donald R.• • • • • • • • • Islamic Technology : An Illustrated History ( 1986 ).

4/16/2013 46 . • ii Keseimbangan ( tawazun ) : Prinsip keseimbangan pula bahawa sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut.• Dua prinsip kejuruteraan Islam ialah : • i Kesetaraan ( mizan ) : Prinsip kesetaraan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem.

• ii Setelah kejatuhan empayar Islam baik di Timur mahu pun di Barat banyak buku-buku dan manuskrip yang dihasilkan oleh saintis dan jurutera Islam telah menghadapi kemusnahan.• Terdapat dua faktor kenapa hasil-hasil karya teknologi kejuruteraan amat berkurangan jika dibandingkan dengan sumbangan saintis Islam dalam bidang yang lain : • i Para jurutera Islam pada era inovasi sains dan teknologi Islam dari abad ke 8 M hingga abad ke 12 M lebih banyak menumpukan usaha-usaha mereka ke arah penggunaan teknologi yang dicipta daripada mempergiatkan kerja-kerja penulisan. 4/16/2013 47 .

48 . • ii al-Muqaddasi ( m. • iii al-Idrisi di Toledo.Sepanyol menulis sebuah makalah pada tahun 584 H = 1154 M tentang kejuruteraan mesin roda air yang digunakan untuk mengangkut air dari Sungai Tagus untuk dibekalkan 4/16/2013 ke Kota Toledo. 390 H = 1000 M ) menerangkan tentang mesin roda air di sepanjang Sungai Ahwaz .Iran.d.• Sungguhpun demikian karya-karya yang masih wujud untuk dianalisis oleh generasi terkemudian tetap ada antaranya : • i Karya-karya Banu Musa di abad ke 9 M seperti kitab al-Hiyal ( Kitab Pengetahuan Peranti Mekanik ) yang menjelaskan tentang mesin roda pengangkut air serta mesin untuk mengisar jagung dan bijirin yang lain.

.d.• iv Taqiyuddin .al-Zarqali di Sepanyol. • vi al-Himyari seorang jurutera Islam dari Sepanyol menulis buku kejuruteraan berjudul Kitab al-Rawd alMi‟tar pada tahun 661 H = 1262 M.Mesin-mesin itu digerakkan dengan tenaga binatang dan kuasa air atau haidro. • vii Penciptaan jam telah diusahakan oleh sebilangan jurutera Islam seperti Ibn Haytham ( m. 1039 M ). • v al-Jazari pada abad ke 13 M telah menghasilkan mesin pemancut cairan yang boleh mengubah jet pancutannya secara automatik.Buku itu menjelaskan tentang kincir angin yang digunakan sebagai mesin penggiling gula dan tepung.al-Khazini dan 4/16/2013 49 Muhammad al-Sa‟ati.jurutera Islam abad ke 12 M telah menulis dan menghasilkan mesin pengangkut air yang dikenal sebagai syaduf.saqiya dan naura.

Hakikat ini begitu menyerlah dengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip karya saintis Islam yang ditemui di dalam perpustakaan-perpustakaan terbesar di dunia.walaupun sebahagian besarnya telah dimusnahkan oleh tentera Tartar pada tahun 1258 M atau dimusnahkan oleh pihak tentera Sepanyol Kristian pada tahun 1492 M berikutan kejatuhan kota Granada di Sepanyol.• Para cendekiawan Islam telah memberi sumbangan yang tiada tolok bandingnya kepada tamadun dan kemajuan sains dan teknologi dunia.Manuskrip-manuskrip tersebut masih tersimpan di negara-negara umat Islam dan Eropah. • 4/16/2013 50 .

• Sebahagian besar karya-karya cendekiawan Islam itu adalah tentang sains dan teknologi. 4/16/2013 51 .Walhal saintis Islamlah yang menyumbangkan saham yang besar kepada tercetusnya era renaisans di Eropah dan kemunculan zaman Moden di Barat.Malangnya berbagai pihak yang berpandangan serong dan cemburu dengan Islam tetap berusaha menafikan sumbangan para cendekiawan Islam dalam berbagai lapangan sains.Amat menyedihkan lagi apabila sebilangan besar penganalisis tamadun Moden Barat mengungkapkan kekagumannya kepada tamadun Yunani yang dianggap satu-satunya peradaban yang bertanggungjawab melahirkan tamadun Barat Moden yang gemilang.

4/16/2013 52 .Kemunculan tamadun Islam dalam tempoh itu yang dipanggil zaman pertengahan sejak abad ke 7 M hingga abad ke 16 M telah menyelamatkan Eropah dari terus menerus berada dalam kegelapan dan kejahilan.• Sebenarnya tamadun Yunani setelah tumbangnya Empayar Romawi telah gagal menyelamatkan Eropah dari zaman kegelapan selama 500 tahun.Benar sekali rumusan yang dibuat oleh sarjana sains Amerika yang bernama George Sarton sehubungan dengan ini.Malah pihak berotoriti di Eropah di kala itu menindas dan menekan saintis dan failasuf mereka yang telah menerima cahaya ilmu sains dan teknologi Islam dari universiti-universiti Islam di Sepanyol.

tetapi meninggalkan sumbangan Muslim akan memusnahkan ceritanya.dalam menjelaskan sejarah budaya Eropah.kerana tidak boleh diterima akal. • “….sepeertilah kaitan Amerika dengan Eropah pada masa sekarang.kita boleh meninggalkan langsung sumbangan Hindu dan Cina dalam perkembangan matematik.Sarjana Muslim menandingi sarjana Yunani.” 4/16/2013 53 .Dalam ”A Guide to the History of Science”George Sarton berkata: .

walaupun sebahagian besarnya telah dimusnahkan oleh tentera Tartar pada tahun 1258 M atau dimusnahkan oleh pihak tentera Sepanyol Kristian pada tahun 1492 M berikutan kejatuhan kota Granada di Sepanyol.Manuskrip-manuskrip tersebut masih tersimpan di negara-negara umat Islam dan Eropah.RUMUSAN • Para cendekiawan Islam telah memberi sumbangan yang tiada tolok bandingnya kepada tamadun dan kemajuan sains dan teknologi dunia.Hakikat ini begitu menyerlah dengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip karya saintis Islam yang ditemui di dalam perpustakaan-perpustakaan terbesar di dunia. 4/16/2013 54 .

• Sebahagian besar karya-karya cendekiawan Islam itu adalah tentang sains dan teknologi.Amat menyedihkan lagi apabila sebilangan besar penganalisis tamadun Moden Barat mengungkapkan kekagumannya kepada tamadun Yunani yang dianggap satu-satunya peradaban yang bertanggungjawab melahirkan tamadun Barat Moden yang gemilang.Walhal saintis Islamlah yang menyumbangkan saham yang besar kepada tercetusnya era renaisans di Eropah dan kemunculan zaman Moden di Barat.Malangnya berbagai pihak yang berpandangan serong dan cemburu dengan Islam tetap berusaha menafikan sumbangan para cendekiawan Islam dalam berbagai lapangan sains. 4/16/2013 55 .Sebenarnya tamadun Yunani setelah tumbangnya Empayar Romawi telah gagal menyelamatkan Eropah dari zaman kegelapan selama 500 tahun.

• Kemunculan tamadun Islam dalam tempoh itu yang dipanggil zaman pertengahan sejak abad ke 7 M hingga abad ke 16 M telah menyelamatkan Eropah dari terus menerus berada dalam kegelapan dan kejahilan.Malah pihak berotoriti di Eropah di kala itu menindas dan menekan saintis dan failasuf mereka yang telah menerima cahaya ilmu sains dan teknologi Islam dari universitiuniversiti Islam di Sepanyol. 4/16/2013 56 .

‫والحمد هلل رب العالمين‬ ‫والسالم•‬ ‫‪4/16/2013‬‬ ‫‪57‬‬ .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->