You are on page 1of 4

Teori Keperluan Maslow

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan


keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian
daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan
rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan
beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan
keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.

Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku
luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan
terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai
keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya,
persekitaran dan perbezaan tahap generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow
sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari
keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan
keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang
dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat
dalam bentuk hieraki.
Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air,
makanan, tempat tinggal dan tempat belajar bagi bagi memenuhi kehendak
pertama dan utama ini. Kata lain, apa-apa sahaja yang diperlukan untuk diri atau
fizikal seseorang. Sebagai contoh, pelajar kurang zat makanan dan pelajar tersebut
tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru
menerangkan di depan. Maka, guru tersebut perlu beri perhatian dan ambil berat
kepada tanda-tanda kekurangan fizikal ini.

Keperluan Keselamatan

Setelah keperluan pertama dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup,


kestabilan kerja, jagaan masyarakat sekeliling, undang-undang serta membebaskan
diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat
diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ianya merupakan keperluan lumrah
bagi setiap yang bernyawa. Sebagai contoh, keselamatan di dalam kelas, makmal
sains mahupun di padang ketika bersukan. Hal ini penting kerana pelajar akan
merasa lebih selamat dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada
pelajaran.

Keperluan Sosial

Dalam memenuhkan keperluan sosial pula, manusia perlukan hubungan dengan


insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan
kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh
wujud bersendirian. Dalam konteks dalam kelas pula, pelajar akan berasa
terganggu atau emosi jadi tidak stabil jika kelas berlaku pertengkaran apatah lagi
jadi tegang apaabila dimarahi guru. Jadi, perlunya hubungan baik dan mesra antara
pelajar dan antara pelajar dengan guru.

Keperluan Penghormatan

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghormatan. Kita mahu berkuasa,


sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga
perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia
ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Bagi seorang pelajar
pula, ianya berkaitan dengan penerimaan oleh orang lain terhadap diri seseorang
pelajar lain. Penerimaan rakan sebaya penting untuk rasa tidak tersingkir. Justeru
itu, penerimaan guru sangat penting untuk membina keyakinan diri. Apabila
diterima oleh rakan-rakan, pelajar tersebut dapat berinteraksi secara positif di
dalam kumpulan. Apa yang guru dapat lakukan untuk memastikan supaya tahap ini
dipenuhi adalah dengan menyediakan aktiviti yang membolehkan mereka
berdamping dan saling mendampingi antara satu sama lain.
Keperluan Pencapaian Hasrat Diri

Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai hasrat diri.
Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum
seseorang itu inginkan hasrat diri atau kesempurnaan kendiri. Ianya berkaitan
dengan apa yang seseorang itu boleh jadi dan ia mesti jadi iaitu potensinya
dilahirkan. Jadi guru hendaklah memberi ruang kepada pelajar untuk memenuhi
keseluruhan kendirinya. Sebagai contoh, kebebasan memilih aktiviti kokurikulum
diminati. Selain itu, guru perlu sediakan rancangan belajar yang bebas dan fleksibel
serta wujudkan sesi bimbingan supaya pelajar tidak ‘sesat’ dalam mengejar apa
yang dihajati.

Hubungan antara Teori Keperluan Maslow dengan Insentif dan Ganjaran


Pembelajaran

Kalau kita teliti secara mendalam, kesemua tahap keperluan Maslow adalah sangat
berkaitan rapat dengan langkah untuk mewujudkan insentif dan ganjaran
pembelajaran. Perlu kita ingat, sebagai guru kejayaan seseorang pelajar
memerlukan insentif dan ganjaran di rumah dan di sekolah. Jadi, apakah peranan
seorang guru? Guru hendaklah mempelbagaikan insentif dan ganjaran supaya
motivasi pelajar untuk belajar meningkat.

Dari segi terminologi, insentif bermaksud peransang, penggalak dan


pendorong dan stimulasi kepada seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat atau
sasaran. Ganjaran pula bermaksud sebagai hadiah (untuk perbuatan baik dan lain-
lain). Erti kata lain, insentif dan ganjaran adalah alat penggerak kepada perlakuan
untuk membangkitkan tindakan-tindakan ke arah positif. Selain itu, ia juga sebagai
alat untuk meningkatkan motivasi pelajar atau guru dan untuk menghargai serta
mengiktiraf ke atas sumbangan mereka di peringkat sekolah ataupun di peringkat
yang lebih tinggi. Antara contoh insentif yang boleh dilaksanakan di sekolah ialah
pasukan pidato sekolah akan diberi insentif makan percuma KFC jika mendapat
Johan di peringkat gabungan atau negeri selain daripada insentif asas yang lain.
Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang dapat meningkatkan pencapaian
peperiksaan, mereka akan dinaikkan ke kelas yang lebih baik. Kemudian, guru boleh
juga sediakan insentif alternatif seperti pelajar yang tidak pernah ponteng sekolah
akan diberikan kemudahan meminjam buku lebih di perpustakaan. Semua insentif
di atas akan memenuhi keperluan pertama dan kedua dalam Teori Keperluan
Maslow.

Manakala ganjaran yang dapat disediakan oleh pihak sekolah atau guru itu
sendiri terbahagi kepada ganjaran sosial, ganjaran simbolik, dan ganjaran
kewangan. Ganjaran sosial yang dimaksudkan adalah seperti pujian lisan, surat
penghargaan, ucapan terima kasih, hadiah, berjabat salam, pujian, diminta
pendapat, kata-kata dorongan dan lain-lain. Manakala ganjaran simbolik adalah
pemberian yang memberi nilai dan makna kepada penerimanya. Contohnya seperti
trofi, hadiah peribadi, dijemput makan bersama pengetua dan sebagainya. Akhir
sekali, ganjaran yang menjadi kesukaan pelajar adalah ganjaran kewangan. Guru
boleh memberi wang atau diskaun membeli barang di koperasi sekolah dan lain-
lain. Apabila diteliti semua insentif dan ganjaran yang telah diterangkan di atas,
ianya mampu untuk membangkitkan semangat belajar pelajar-pelajar kita
seterusnya dapat mencapai apa yang dihasratkan oleh pelajar itu sendiri. Secara
tidak langsung memenuhi tahap ketiga, keempat dan seterusnya tahap tertinggi
Teori Keperluan Maslow iaitu Keperluan Pencapaian Hasrat Diri.

You might also like