You are on page 1of 5

Doa Iftitah

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin. Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Surah Al-Fatihah

Bismilla hirrahma nirrahim. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin (*). Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)

RUKUK TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali) Maksudnya: Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) BERDIRI SAMBIL MEMBACA

Sami'allahu liman hamidah. Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya. IKTIDAL SELEPAS RUKUK BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD

Rabbana lakalhamdu. Ertinya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji. SUJUD PERTAMA TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali). Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DUDUK SEPERTI MELUTUT

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni. Maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

TAHYAT AKHIR

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid. Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

DO'A QUNUT

Allah humah dini fiman hadait. Wa'a fini fiman 'afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a'tait. Waqinii syarramaa qadzait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait. Tabaa rakta rabbana wata'alait. Falakalhamdu 'ala maaqadzait. Astaghfiruka wa'atubu ilaik. Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya: Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya. Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar, manakala orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Amin sahaja.:"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina" "Wa'a fini" kepada "Wa'a fina" ''Watawallani" kepada "Watawallana" "Wabarikli" kepada "Wabariklana" "Waqinii" kepada "Waqina"

You might also like