You are on page 1of 7

KERTAS KERJA LAPORAN PERANCANGAN PROGRAM

BIRO PENDIDIKAN & LATIHAN

BIRO PENDIDIKAN & LATIHAN


PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN IKS
BAHAGIAN BATU WILAYAH PERSEKUTUAN

MAC 2009
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Misi, Visi & Objektif Biro Latihan dan Pendidikan 2

3.0 Kumpulan Sasaran 3

4.0 Program 3

5.0 Kesan Perlaksanaan Program 5

6.0 Penutup 6

1 PemudaIKS.blogspot.com
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

1.0 Pendahuluan

1.1 Kertas kerja ini bertujuan memberi satu gambaran mengenai modus operandi program
Biro Pendidikan dan Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Taman IKS untuk sessi
2008/2012.

1.2 Selain itu kertas kerja ini juga merupakan salah satu polisi pentadbiran Pergerakan
Pemuda UMNO Taman IKS yang mewajibkan perancangan program di buat secara
sistematik dan teratur.

1.3 Sekiranya kertas program yang dicadangkan mendapat kelulusan, detail pecahan
(mengikut prosedur borang aktiviti program) akan menyusul.

1.4 Selain itu, ucapan terima kasih kepada saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO
Cawangan yang begitu bersunguh – sungguh dalam usaha untuk mengembalikan semula
kepercayaan masyarakat kepada UMNO.

1.5 Diharap segala usaha ini diberkati oleh Allah SWT dan dijalankan dengan penuh
tanggungjawab, jujur dan ikhlas.

2.0 Misi, Visi dan Objektif Biro Pendidikan dan Latihan

2.1 Misi

2.1.1 Selaras dengan Motto Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)


memperjuangkan Agama, Bangsa & Negara

2.1.2 Menunaikan tanggungjawab untuk menjunjung dan mengangkat martabat Agama Islam
yang syumul dan tuntutan – tuntutan syariat serta mempertahankannya dari sebarang
ancaman.

2.1.3 Mempertahan serta memperkasakan Melayu sebagai satu bangsa yang berdaulat dan
dihormati.

2.1.4 Menjaga keharmonian dan keamanan Malaysia dan seluruh penduduknya tanpa mengira
kaum, agama dan bangsa.

2.1.5 Menyokong Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO

2.1.6 Mengembalikan kegemilangan UMNO

2.2 Visi

2.2.1 Menyokong penuh kepimpinan: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu,


Pergerakan UMNO Bahagian Batu, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

2.2.2 Menunaikan dan melaksana ‘mission statements’ Biro Pendidikan dan Biro Latihan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2 PemudaIKS.blogspot.com
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

2.2.3 Menunaikan tanggungjawab dan melaksanakan ‘mission statements’ Biro Pendidikan &
Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu

2.2.4 Mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya di Bahagian Batu kepada UMNO

2.3 Objektif

2.3.1 Melahirkan generasi pelapis UMNO yang mantap dari segi ilmu dan kepimpinan duniawi
dan ukhrawi.

2.3.2 Menanamkan kesedaran berpolitik yang matang kepada ahli – ahli dan komuniti
sekeliling.

2.3.3 Memberi input dan maklumat yang berguna dari segi pendidikan, kursus, seminar,
mesyuarat dan sebagainya kepada ahli dan komuniti

2.3.4 Menganjurkan program – program yang mampu menjadikan golongan pemuda –


pemudi sebagai aset glokal dan modal insan yang kompetatif.

2.3.5 Mengembalikan kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional.

3.0 Kumpulan Sasaran

3.1 Setiap program yang dicadangkan akan ditetapkan melalui kumpulan sasaran. Kumpulan
ini diklasifikasikan kepada 4 kumpulan besar yang terdiri daripada:

3.1.1 Ahli – ahli Pemuda Cawangan Taman IKS

3.1.2 Ahli – ahli Pemuda dari 42 cawangan Pemuda Bahagian Batu

3.1.3 Komuniti Taman IKS dan kawasan sekeliling.

3.1.4 Komuniti Masyarakat Bahagian Batu/Rakan Barisan Nasional

4.0 Program

4.1 Kemahiran Jangka Pendek:


- Multimedia (Blog & Web Builder, AutoCad, Graphic Design dan Photography)
- Telekomunikasi & Komputer (IT dan pengkomputeran – Software & Hardware )
- Ketukangan dan Fabrikasi (Kayu dan Besi)
- Pertanian (Penternakan, Tanaman dan Perikanan)
- Pembuatan (Masakan, pastri dan pemprosesan herba)
- Jahitan
- Automotif

Sinopsis:

1. Menanam semangat jatidiri kepada agama, bangsa dan negara


3 PemudaIKS.blogspot.com
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

2. Menyemai doktrin perjuangan UMNO

3. Kursus – kursus ini memberikan pendedahan awal serta memberi idea kepada
individu - individu yang berminat untuk menceburkan diri di dalam industri.

4. Kursus lanjutan akan diaturkan kepada mana – mana pihak atau individu yang
berminat untuk pergi lebih jauh.

5. Biro juga akan bekerjasama (program penajaan, mentor – mentee, latihan sangkut,
‘outsource’ dan sebagainya) dengan mana – mana pihak yang berminat.

Target:

1. Lepasan sekolah

2. Belia (lelaki dan wanita)

3. Kaum wanita

4.2 Pembangunan dan Peningkatan Diri:


- Kemahiran berkomunikasi
- Kemahiran kepimpinan
- Keusahawanan
- Etika dan Protokol
- Kesedaran Politik dan Negara

Sinopsis:

1. Menanam semangat jatidiri kepada agama, bangsa dan negara

2. Menyemai doktrin perjuangan UMNO

3. Menyediakan satu platform pembangunan kendiri.

4. Mencungkil bakat dan mengilap ‘softskills’ di kalangan generasi muda.

5. Menyediakan generasi pelapis pemimpin.

Target:

1. Lepasan Institusi Pengajian Tinggi

2. Belia (Lelaki dan wanita)

4.3 Khidmat Masyarakat:


- Kelas Tambahan - UPSR, PMR dan SPM
- Celik Ilmu
- Celik IT
- Perpustakaan Mini
4 PemudaIKS.blogspot.com
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

- Perpustakaan Bergerak
- Pertandingan – pertandingan yang berasaskan kepada pembudayaan ilmu

Sinopsis:

1. Menanam semangat jatidiri kepada agama, bangsa dan negara.

2. Menyemai sejarah perjuangan tokoh – tokoh negara.

3. Membudayakan semangat kecintaan kepada ilmu dan pengetahuan.

4. Memberi peluang dan ruang untuk semua lapisan generasi mengenali dan menambah
ilmu pengetahuan dan ilmu IT.

Target:

1. Pelajar sekolah (Rendah & Menengah)

2. Semua golongan

5.0 Kesan Perlaksanaan Program

5.1 Kemahiran Jangka Pendek

5.1.1 Memberi asas pembentukan modal insan yang kompetatif di peringkat glokal.

5.1.2 Membuka ruang untuk menjana sumber ekonomi dan pendapatan peserta.

5.1.3 Mewujudkan satu rangkaian ekonomi.

5.1.4 Menawarkan peluang pekerjaan

5.2 Pembangunan dan Peningkatan Diri

5.2.1 Melahirkan generasi pelapis pemimpin negara yang hebat.

5.2.2 Mengangkat martabat dan menghilangkan perasaan ‘self inferior’

5.2.3 Menambah nilai individu

5.3 Khidmat Masyarakat

5.3.1 Mendekatkan masyarakat kepada UMNO

5.3.2 Mengubah tanggapan negatif masyarakat kepada UMNO

5 PemudaIKS.blogspot.com
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

5.3.3 Memahami dengan lebih baik kehendak dan keperluan masyarakat.

6.0 Penutup

6.1 Program – program yang dirangka ditujukan khusus untuk semua lapisan masyarakat.

6.2 Ianya juga di harap dapat memberi satu perspektif baru kepada umum mengenai fungsi
dan peranan Pergerakan UMNO Bahagian Batu amnya dan Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Batu khususnya.

6.3 Pendekatan yang lebih holistik, terbuka dan mesra rakyat perlu dititikberatkan kerana
ianya amat penting dalam meraih sokongan masyarakat kepada UMNO dan BN.
Kerjasama di antara parti – parti komponen juga amat penting demi menjaga hubungan
sesama manusia tanpa mengetepikan hak – hak mutlak yang sepatutnya.

6.4 Selaku parti pemerintah, mandat dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pengundi
wajib dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan jujur. Kita perlu sedar akan hakikat bahawa
pakatan pembangkang mula meraih sokongan pengundi. Kenapa ini terjadi? Adakah ini
disebabkan oleh kelemahan kita atau orang lain? Tanyalah diri kita sendiri.

6.5 UMNO perlu melakukan perubahan drastik sekiranya ingin mendapat kembali mandat
2/3 di Parlimen dan kerja –kerja ini perlu dimulakan dari sekarang dan berterusan
sampai bila – bila. Kita perlu menggandakan usaha untuk kepentingan rakyat khususnya
orang Islam dan Melayu dan memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu
masyarakat.

6.6 Akhir kata, segala cadangan dan pendapat yang membina dan untuk penambahbaikan
amat dialu – alukan daripada pihak pengurusan dan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda
UMNO Caw. Taman IKS.

Sekian.

Mohd Shahir Bin Omar


Pengerusi Biro Pendidkan dan Latihan
Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman IKS

6 PemudaIKS.blogspot.com

You might also like