You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Secara umumnya, semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu
linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran.
Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud
isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti.
Kemudian semainein diinggeriskan menjadi semantics, dan dalam bahasa Melayu
menjadi semantik. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.
Breal, 1900.
Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna
dalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak,
2003). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik
boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan.
Bahasa merupakan satu gelombang suara dan tulisan yang semuanya merujuk
kepada satu makna tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau
hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan
sejenis tanda atau sign. Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotik atau
semiologi (Ahmad Mahmood Musanif, 2004).
Asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud
sesuatu benda. Contohnya, ‘ini bola’, sambil menunjuk ke arah sebiji bola. Makna
perkataan ‘bola’ boleh diperolehi apabila kita melihat sebiji bola. Namun, apabila
sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda hendak ditunjuk dan bersifat abstrak,
seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak dapat diberikan makna. Oleh itu,
timbullah dalam bidang semantik istilah-istilah seperti sinonim, antonim, polisim dan
hiponim. Dengan ini, makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk
perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang
lain (Adenan bin Ayob, 2007).

2.0 TEORI MEDAN MAKNA

1
Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan-perkataan yang tidak boleh
diberikan makna dengan menggunakan istilah-istilah tersebut. Sebagai contoh,
perkataan sekolah, kita tidak boleh menggunakan sinonim Institut Pengajian Tinggi
dalam memberi makna kepada sekolah. Ini kerana, sekolah dan Institut Pengajian
Tinggi adalah dua buah institusi yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Penggunaan
antonim juga tidak boleh mendapatkan makna yang tepat untuk sekolah. Contohnya,
kita katakan lawan kepada sekolah adalah masjid. Kita juga boleh katakan pejabat ,
stadium atau kedai lawan kepada perkataan sekolah. Oleh itu, kita tidak memberi satu
definisi yang tepat kepada perkataan sekolah. Dengan ini, timbullah satu teori yang
dinamakan Teori Medan Makna (Semantics Field Theory).
Teori Medan Makna membawa maksud kosa kata sesuatu bahasa adalah
himpunan kata dalam bidang atau medan tertentu dan bukan sebagai satu senarai
unsur yang tidak berkaitan (dipetik daripada Modul KDPM Pengajian Melayu). Menurut
Ahmad Mahmood Musanif (2004) pula, medan makna adalah kumpulan butir leksikal
yang maknanya saling berhubungan disebabkan kehadiran masinsg-masing dalam
konteks yang serupa. Ia merupakan makna yang didukung oleh kata atau kumpulan
kata.
Sebagai contoh, kita jelaskan makna perkataan hospital. Kita boleh katakan
hospital adalah sebuah organisasi yang mengurus hal-hal kecemasan, kecederaan dan
kematian. Hospital mempunyai wad-wad yang menempatkan pesakit mengikut kategori
masing-masing. Pengurusan dan pentadbiran diketuai oleh Pengarah Hospital dan
diikuti oleh doktor-doktor pakar, doktor dan jururawat. Walau bagaimanpun, penjelasan
ini belum mampu memberi satu makna yang tepat untuk perkataan hospital. Inilah yang
dikatakan medan makna, himpunan perkataan-perkataan yang mempunyai hubungan
semantik dengan hospital.
Definisi ini tidak cukup sempurna, tetapi memadailah untuk menunjukkan
bahawa banyak kata yang lain terlibat atau ditarik masuk ke dalam definisi ini. Dengan
kata lain, medan makna kata hospital ini mencakupi banyak kata yang ada kaitan
dengannya. Medan makna boleh diterjemahkan dalam bentuk gambar rajah.
Perkataan-perkataan yang mengelilingi perkataan hospital mempunyai hubungan

2
dengan perkataan hospital. Perkataan-perkataan tersebut boleh diistilahkan sebagai
medan makna.

Kecemasan Kecederaan Pesakit

Wad Doktor

Doktor Pakar Jururawat

Semua kata dalam lingkungan itu tergolong dalam medan makna hospital, iaitu
setiap satunya menjadi komponen atau bahagian makna kata hospital tersebut.
Bagaimanapun, medan makna dipakai untuk menentukan fonem dan morfem. Pendek
kata dalam sebarang analisa bentuk bahasa, unsur makna telah dipergunakan dengan
meluas. Dalam hubungannya dengan kata-kata yang lain, kata hospital itu juga
mungkin hanya bertindak sebagai kata kunci atau komponen atau bahagian makna
untuk kata lain misalnya medan makna untuk kata kementerian kesihatan.
Syed M. Naquib al-Attas (yang dipetik daripada Ahmad Mahmood Musanif, 2004)
menegaskan bahawa dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa terdapat apa yang
dinamakan sebagai lapangan semantik (medan makna) atau lingkungan konsepsi yang
semestinya bertindihan antara satu sama lain kerana adanya perkaitan dan
pergantungan. Jika lapangan semantik tersebut terlalu besar, maka lapangan itu akan
membentuk subperbendahraan kata.
Dalam medan makna, terdapat makna inti dan makna sampingan. Makna inti
boleh dikatakan sebagai kata fokus atau sebagai pusatnya. Dalam contoh di atas,
3
hospital adalah makna pusat, sebagai kata fokus. Manakala, perkataan-perkataan lain
yang mengelilingi perkataan hospital bertindak sebagai makna sampingan.
Menurut Adenan bin Ayob (2007), kata kunci atau kata fokus ialah makna asasi
dan makna perkaitan. Jika kita merujuk kepada lambang, maknanya ialah pemikiran
atau konsep tentang sesuatu benda atau perkara. Perkara yang paling penting ialah
untuk melihat perkaitan sebagai unsur yang tidak wujud bersendirian tetapi wujud
dalam lapangan semantik.
Konteks pula ialah situasi yang membentuk medan semantik, tetapi tidak semua
konteks menghasilkan situasi. Contohnya, “ada bantal dalam bilik air” merupakan
konteks, tetapi tiada kaitan dengan konsep. Jika kita mengatakan terdapat tuala, sabun
dan syampu, maka akan wujud medan semantik yang mempunyai kaitan dengan bilik
air.

2.1 SEGI TIGA SEMIOTIK

Menurut C. K. Odgen dan I. A. Richards dalam buku mereka The Meaning of


Meaning (1923) yang dipetik daripada modul Semantik UPM, makna sesuatu perkataan
juga boleh dianalisis dengan menggunakan istilah lambang, fikiran dan benda. Ketiga-
tiga istilah ini saling berhubungan antara satu sama lain, sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Perhubungan ini dinamakan sebagai Segi Tiga Semiotik.

FIKIRAN
(konsep)

4
LAMBANG BENDA
(perkataan)

Pada satu sudut terletak lambang, iaitu bahasa (yang terdiri daripada perkataan)
yang menjadi symbol kepada fikiran atau konsep yang terletak pada sudut kedua.
Fikiran atau konsep yang terletak pada sudut yang kedua merujuk kepada benda yang
ditujukan yang terletak pada sudut yang ketiga seperti rajah di atas.
Garis terputus yang menghubungkan lambang (perkataan) dengan benda
menunjukkan hubungan itu adalah hubungan tidak lansung. Sebaliknya perkataan
sebagai lambang terlebih dahulu melambangkan fikiran tentang benda, kemudian
fikiran tentang benda akan merujuk benda yang sebenar. Dengan ini jelas bahawa
perkataan dilahirkan sebagai hasil kombinasi di antara sesuatu makna tertentu dengan
sesuatu bentuk tertentu.
Contohnya, perkataan kek merupakan lambang yang menggambarkan sebiji kek
dalam fikiran. Ada hubungan antara fikiran dengan kek, dan ada juga hubungan antara
fikiran dengan benda sebenar. Namun, hubungan antara lambang dengan kek adalah
tidak langsung. Sesuatu lambang itu boleh berubah mengikut pengalaman dan
pemikiran seseorang. Mungkin ada yang melambangkan kek sebagai kek coklat, kek
yang mempunyai hiasan yang menarik, kek yang bertingkat dan sebagainya. Namun,
hubungan antara fikiran dengan benda dan lambang masih sama. Kesimpulannya,
makna ialah keseluruhan konsep ini (Haji Mohd Isa bin Abd. Razak, 2003).

3.0 MEDAN MAKNA IPG

Makna bagi perkataan IPG tidak akan diperolehi secara tepat. Ini kerana,
perkataan IPG adalah ringkasan kepada Institut Perguruan Guru. Oleh itu, kita tidak
dapat memberi satu benda yang tepat kepada IPG. Kita tidak boleh menunjukkan
sebuah bangunan atau sebuah kompleks bangunan sebagai IPG. Sedangkan, modul-

5
modul yang digunakan oleh pelajar-pelajar IPG juga boleh memberi makna kepada
perkataan IPG. Oleh itu, teori medan makna yang dibincangkan sebelum ini boleh
memberi satu himpunan makna yang sesuai untuk perkataan IPG.
Kita boleh mengatakan makna IPG merujuk kepada sebuah pusat pengajian
tinggi yang memberi latihan kepada bakal-bakal guru (guru pelatih) dan guru-guru yang
telah lama berkhidmat melalui kuliah, kegiatan kokurikulum (gerko) dan pratikum.
Pengajaran dan pembelajaran akan dipantau oleh seorang tenaga pengajar yang
dipanggil sebagai pensyarah. Kebiasaannya, sesi kuliah akan dijalankan di dewan
kuliah atau di dalam kelas. Bagi kursus-kursus tertentu seperti sains, kuliah akan
diadakan di dalam makmal. Kegiatan kokurikulum pula akan dijalankan di padang atau
di dalam dewan.
Selain itu, terdapat perpustakaan yang mempunyai pelbagai judul buku dalam
semua bidang disediakan untuk pelajar-pelajar mencari bahan rujukan serta
kemudahan internet. Daripada segi infrastruktur pula, terdapat tempat tinggal guru
pelatih yang dipanggil kolej kediaman. Bagi memudahkan guru pelatih muslim, surau
turut dibina dalam kawasan IPG.
Kursus utama yang dikendalikan di IPG ialah Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMK), Program Perguruan Pengajian Rendah Empat Tahun (PPPRPET)
dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Selain PISMK, PPPRPET dan KPLI, ada
juga KPLI mod Kursus Dalam Cuti (KDC) dan mod Latihan Perguruan Berasaskan
Sekolah (LPBS) serta Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah J – Qaf.
Selain itu, setiap guru pelatih diwajibkan untuk mengikuti satu kursus yang
dipanggil Bina Insan Guru (BIG). Kursus ini adalah wajib dihadiri oleh guru pelatih sekali
sepanjang pengajian. Guru pelatih IPG juga perlu menjalani latihan pratikum semasa
dalam pengajian. Latihan pratikum ini akan menentukan sama ada guru pelatih layak
untuk menjadi seorang guru atau tidak. Walau bagaimanapun, sebelum guru pelatih
menjalani latihan pratikum, mereka perlu dahulu mengikuti pengalaman berasaskan
sekolah (PBS). PBS akan memberi gambaran awal tentang keadaan sekolah dari
pelbagai aspek seperti pengurusan, jadual, kelas, guru-guru dan lain-lain lagi.
Oleh itu, medan makna bagi perkataan IPG adalah:

1. Guru pelatih

6
2. Kegiatan kokurikulum (gerko)
3. Kuliah
4. Pensyarah
5. Dewan kuliah
6. Makmal
7. Padang
8. Dewan
9. Surau
10. Perpustakaan
11. Kolej kediaman
12. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMK)
13. Program Perguruan Pengajian Rendah Empat Tahun (PPPRPET)
14. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
15. KPLI mod Kursus Dalam Cuti (KDC)
16. Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
17. Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah J – Qaf
18. Bina Insan Guru (BIG)
19. Pratikum
20. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

MEDAN MAKNA IPG

GURU PELATIH GERKO KULIAH

7
PENSYARAH DEWAN KULIAH MAKMAL PADANG

BIG PBS PRATIKUM

KOLEJ KEDIAMAN PROGRAM IJAZAH SARJANA


MUDA PERGURUAN(PISMP)

PROGRAM PERGURUAN PENGAJIAN KURSUS PERGURUAN


RENDAH EMPAT TAHUN(PPPRET) LEPASAN IJAZAH(KPLI)

KPLI MOD KURSUS DALAM CUTI

4.0 RUJUKAN

Buku

Adenan bin Ayob (2007); HBML3803:Ilmu Makna dan Bahasa Melayu;Open Universiti
Malaysia;Kuala Lumpur

Ahmad Mahmood Musanif, Ph.D (2004); Modul Pembelajaran:BBM 3206 Semantik;


Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan

8
Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak (2003); KDPM Mod Latihan Perguruan Berasaskan
Sekolah:Pengajian Melayu;Bahagian Pendidikan Guru;

You might also like